The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatihah manaf, 2021-10-29 15:52:05

MINIT MESYUARAT MAT PIBG 26

MINIT MESYUARAT MAT PIBG 26

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26
SK SERI PAKA, DUNGUN
SESI 2020/2021

HARI / TARIKH : ISNIN / 17 FEBUARI 2020
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SK SERI PAKA
PERASMI : YM.HJ.TG. AMRAN BIN TG.AWANG

1. Ucapan Pengerusi Majlis
1.1 Memulakan ucapan dengan memberi salam dan mengalu-alukan kedatangan dif-dif
jemputan, guru-guru dan ibu bapa serta penjaga murid Sekolah Kebangsaan Seri Paka.

2. Ucapan Guru Besar
2.1. Memulakan ucapan dengan memberi salam dan berterima kasih kepada tetamu-
tetamu kehormat, Yang Dipertua PIBG, AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa / penjaga
yang menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung kali ke 26.
2.2. Memperkenalkan motto sekolah yang baharu iaitu “Murid Gembira, Guru Bahagia, Ibu
bapa Bangga, Komuniti Percaya.” Diharapkan motto ini akan dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan di kalangan murid-murid bagi mencipta
kejayaan yang berterusan untuk sekolah. Sokongan ibu bapa, guru dan komuniti juga
diharapkan dapat membantu kemenjadian murid untuk masa akan datang.
2.3. Jemputan rakan-rakan korporat di sekitar Paka adalah bertujuan memberikan
penghargaan di atas sumbangan yang diberikan kepada sekolah selama ini.
Diharapkan sekolah dan komuniti saling bekerjasama untuk membangunkan sekolah.
2.4. Guru Besar mengharapkan Ibu bapa dan komuniti agar datang ke sekolah untuk
berbincang mengenai setiap permasalahan yang timbul dan ia dapat diselesaikan
dengan baik.
2.5. Sumbangan daripada badan-badan swasta sangat membantu pihak sekolah membaik
pulih prasarana sekolah yang telah rosak. Gandingan kerjasama daripada semua ibu
bapa sangat diperlukan untuk memajukan sekolah.
2.6. Memandangkan SK Seri Paka belum mempunyai dewan, satu tabung pembinaan
dewan telah ditubuhkan. Sokongan daripada ibu bapa dan badan-badan korporat di
sekitar Paka sangat diperlukan bagi merealisasikan pembinaan dewan tersebut.
2.7. Pencapaian akademik meningkat bagi pencapaian keseluruhan A dalam PPSR 2019.
Namun begitu, pencapaian minimum D agak merosot. Pihak sekolah telah
mengadakan kelas tambahan malam bagi memastikan anak-anak mempunyai
persediaan yang sepenuhnya untuk menghadapi PPSR 2020.
2.8. Ibu bapa dan guru-guru perlu bekerjasama dalam mengukuhkan pendidikan agama
dalam diri anak-anak agar ia mampu menjadi benteng pertahanan diri anak-anak.

3. Ucapan Yang Dipertua PIBG
3.1 Puan Jawaher Binti Husin selaku YDP PIBG memulakan ucapan dengan memberi salam
dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para hadirin yang hadir untuk
mesyuarat agung PIBG kali ke 26. Menyatakan kesyukuran dengan kehadiran ahli PIBG
yang memberansangkan.
3.2 Mengingatkan ibu bapa tentang peranan PIBG sebagai satu wadah dalam membantu
kejayaan dan pembentukan karier murid-murid.
3.3 Permulaan tahun 2020 sebagai membanggakan bagi SK Seri Paka kerana telah berjaya
mencipta beberapa kemenangan di bidang kokurikulum.
3.4 Beliau sangat berharap agar impian mendirikan dewan terbuka bagi menampung aktiviti
murid-murid SK Seri Paka juga akan terlaksana. Dewan yang ada tidak mampu untuk
menampung jumlah pelajar yang ramai.
3.5 Beliau sangat mengharapkan kepimpinan pentadbiran juga guru-guru mampu mencipta
kejayaan murid-murid dari segi akademik mahupun sahsiah.
3.6 Peranan Ibu bapa juga sangat penting dan menjadi kayu ukur kepada anak-anak untuk
membentuk kejayaan diri mereka.
3.7 Akhir sekali, beliau sangat mengharapkan agar SK Seri Paka terus cemerlang dalam
pelbagai bidang.

4. Ucapan Perasmian (YM HJ TG AMRAN BIN TG AWANG)
4.1 Memulakan ucapan dengan kata-kata aluan dan salam.
4.2 Mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, wakil PPD, barisan guru penolong kanan,
YDP serta barisan AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa yang hadir.
4.3 Beliau mengharapkan kerjasama daripada ibubapa serta komuniti dalam peningkatan
pembelajaran anak-anak.
4.4 Beliau juga mengharapkan PIBG SK Seri Paka dapat menyediakan prasarana yang baik
untuk anak-anak.
4.5 Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat ilmu pengetahuan di rumah. Ibu bapa
juga perlu mendidik anak-anak supaya tidak terlibat dengan anasir luar.
4.6 Penglibatan ibu bapa perlu bagi mendapatkan rekod kehadiran murid ke sekolah di
tahap memuaskan.
4.7 Beliau memberi contoh kejayaan Pn. Siti Nasrah Bt Omar dalam mendidik anak-anak
beliau. Antara panduan dalam mendidik anak-anak cemerlang ialah:-
1. Ibu bapa memupuk budaya membaca.
2. Asas belajar perlu diberikan kepada anak-anak. (Bimbing anak-anak belajar di
rumah)
3. Tegas dalam agama dan akhlak.
4. Amalkan sistem reward (ganjaran) dan punishment (hukuman).
4.8 Beliau menasihati ibu bapa supaya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
4.9 Beliau juga menyatakan bahawa sebagai ibu bapa, kita perlu menyediakan anak-anak
yang soleh dan solehah.
4.10 Beliau memaklumkan bahawa beliau merupakan Pengerusi Masjid Taman Hadhari, Paka,
Terengganu dan menjemput ibu bapa serta guru-guru untuk menyertai program yang
dianjurkannya.
4.11 Beliau turut menyumbang sebanyak RM3000 kepada tabung PIBG SK Seri Paka.

Akhir bicara, beliau melafazkan “Bismillahirrahmanirrahim” bagi menyempurnakan Perasmian
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Paka kali ke-26

5. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-26.
5.1. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-25
En. Zainordin Bin Othman, Penolong Kanan Pentadbiran selaku Pengerusi
Sementara Mesyuarat Agung membentangkan Minit Mesyuarat Agung ke-25
untuk diterima dan disahkan :

Pencadang: En.Rosli Bin Mat Min
Penyokong : En. Mohd Arif Fadzli

Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 25 telah diterima dan disahkan tanpa sebarang
pindaan.

5.2. Perkara Berbangkit.
Tiada

5.3 Pembentangan Pelaksanaan Program PIBG (Laporan Aktiviti Tahunan) Sesi 2019 / 2020.

Pn. Nurfatihah Binti Abd Manaf selaku setiausaha sesi 2019/2020 membentangkan
Laporan Tahunan Sesi 2019 / 2020 untuk diterima dan diluluskan.

Pencadang : En. Wan Zainuddin bin Wan Omar
Penyokong : Pn.Siti Faieza binti Mohd Noor

Laporan aktiviti tahunan sesi 2019 / 2020 telah diterima dan diluluskan tanpa sebarang
bantahan.

5.4 Pembentangan Kewangan PIBG untuk diterima dan disahkan.
Pn.Wan Sajura binti Wan Abd Razak selaku Bendahari PIBG telah membentangkan
kewangan PIBG bermula 1 Januari 2019 dan berakhir 31 Disember 2019 untuk diterima dan
disahkan :

Pencadang : Pn. Norlita Bt Muhamad
Penyokong : En. Mohd Azman bin Ali

Penyata Kewangan PIBG 2019 / 2020 telah diterima dan disahkan tanpa sebarang
bantahan.

5.4.1 Mesyuarat telah bersetuju untuk menukarkan tandatangan yang lama kepada yang

baru iaitu :

Yang Dipertua : Dato’ Nor Azuwan Affendy Bin Ibrahim

Setiausaha : Pn. Nurfatihah Binti Abd Manaf

Bendahari : Pn. Wan Sajura Binti Wan Abd Razak

5.4.2 Sebarang transaksi boleh di buat 2 daripada 3 orang penama di atas.

5.4.3 Mesyuarat turut bersetuju bagi membenarkan akaun PIBG digunakan bagi urusan
akaun PIBG dan menamakan Pn.Wan Sajura binti Wan Abd Razak (Bendahari) sebagai
maker manakala Encik Dato’ Nor Azuwan Affendy Bin Ibrahim (YDP) dan Pn. Nurfatihah
Binti Abd Manaf (Setiausaha) sebagai checker.

5.3. Pemilihan YDP dan NYDP PIBG.
(Perlantikan adalah berdasarkan undian)

5.3.1 Mesyuarat bersetuju memilih Dato’ Nor Azuwan Affendy Bin Ibrahim selaku
Yang DiPertua dan Encik Nor Shah Alam Bin Ja’afar sebagai Naib Yang DiPertua
PIBG.

5.3.2 Bagi AJK pula, Pn. Khairunnisah Binti Yusof, Pn. Fazidah Binti Abdul Rahman,
Pn. Norashikin Bt Rahim, En. Jafri Bin Ismail, En. Mohd Arif Fadzli Bin Ibrahim dan En.
Mohd Shukri Bin Said telah di lantik bagi menggantikan Pn.Nor Asiken binti Abu
bakar, Pn. Isyy Aryani binti [email protected] Ismail, dan Pn. Zuraidah binti Shafee yang telah
menarik diri untuk menjadi AJK PIBG untuk tahun seterusnya manakala Puan Zaila
binti Abd Ghani dilantik bagi menggantikan Encik Wan Azhari bin Wan Yusof untuk
pemeriksa kira-kira.

Yang Dipertua : Dato’ Nor Azuwan Affendy Bin Ibrahim
Naib Yang Dipertua : Encik Nor Shah Alam Bin Ja’afar
AJK : En.Mohd Hanif bin Mohd Kanawi
En. Wan Amelan bin Wan Sulong
En. Mohd Azman bin Ali
En. Wan Zainuddin bin Wan Omar
En. Mohd Daud bin Hasan
En. Jafri Bin Ismail
En. Mohd Arif Fadzli Bin Ibrahim
En. Mohd Shukri Bin Said
Pn. Normazlina binti Mohd Noor
Pn.Noni binti Muda
Pn. Khairunnisah Binti Yusof
Pn.Siti Faieza binti Mohd Noor
Pn. Fazidah Binti Abdul Rahman
Pn. Norashiken Bt Rahim
Pn. Rozilawati binti Mohd Yusof
En.Hamzah bin Jamal
En. Abdullah bin Mohamad

Pemeriksa Kira-Kira : Pn.Zaila binti Abd Ghani
En.Syahriman bin Abu Bakar

6. MEMBENTANGKAN DAN MEMBINCANGKAN USUL
6.1. Tempat penyimpanan buku bagi kelas di tingkat 3 – Fadzilah Binti Mohd Zahari
Pengerusi memaklumkan supaya ibubapa berbincang dengan guru kelas untuk
menyediakan tempat penyimpanan buku.

6.2 Pada setiap temu murni, di harap dapat berjumpa dengan setiap guru mata
pelajaran terutama mata pelajaran teras - Ema Azlini Bt Yahya @ Abd Aziz
Guru Besar menyatakan temu murni tahun 6 diadakan setiap kali selepas
peperiksaan. Pihak sekolah tidak dapat memenuhi permintaan untuk dapat
berjumpa setiap guru mata pelajaran memandangkan kekangan masa guru.

6.3 Mencadangkan menukar warna baju pj dan rumah sukan - Fadhlina Binti Abdul
Hamid dan Aznarita Bt Awing
Guru Besar menyatakan warna baju sukan pada tahun 2020 akan bertukar
daripada berlatarbelakangkan putih kepada warna lain. Dalam proses
penukaran baju rumah sukan. Baju PJ tetap yang lama.

6.4 Membina sebuah DEWAN SEK untuk keselesaan semua pelajar mengadakan
aktiviti Serta Perhimpunan - Fazidah Bt Abdul Rahman
Guru Besar menyarankan semua ibu bapa untuk bersama-sama mencari dana
bagi menampung kos pembinaan dewan.

6.5 Laluan pengambilan anak-anak ketika pulang dari sekolah terlalu sesak-
Suhaimi Bin Mukhtar
Guru Besar menegur sikap pentingkan diri sendiri dalam urusan menjemput anak-
anak pulang dari sekolah.

6.6 Van sekolah dibenarkan masuk Ke kawasan sekolah melalui pintu belakang dan
menunggu di tempat yang disediakan supaya keselamatan pelajar lebih
terjamin & tersusun - Muhammad zuraini bin Ali
Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah bersetuju membenarkan van
sekolah untuk menjemput anak-anak ketika pulang dari sekolah melalui pintu
pagar belakang.

TEGURAN DAN CADANGAN DARIPADA IBU BAPA/PENJAGA

6.7 TANDAS
Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengambil tindakan

membaik pulih tandas semampunya. Kos membaik pulih adalah sebanyak RM5000
dan menyarankan kepada ibubapa agar menasihati anak-anak untuk menjaga
kebersihan tandas dengan baik.

6.8 KANTIN
Guru Besar memaklumkan kualiti makanan dikantin akan ditingkatkan.

6.9 SUMBANGAN
Guru Besar memaklumkan bahawa pihak PIBG telah menetapkan bayaran

sebanyak RM30 untuk setiap keluarga.

6.10 TELEFON AWAM
Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menghubungi Syarikat

Komunikasi untuk dibaik pulih.

6.11 MESIN AIR
Guru Besar memaklumkan bahawa mesin air yang diletakkan di sekolah tidak

mengandungi minuman bergas. Minuman yang terdapat hanyalah jus buah-buahan
dan juga air mineral.

6.12 WAKTU REHAT
Guru Besar memaklumkan bahawa waktu rehat murid telah ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia dan tidak boleh diubah.

6.13 KAFA
Wakil guru KAFA memaklumkan berkaitan dengan pembelian buku KAFA bahawa

adik boleh menggunakan buku KAFA kakaknya. Buku Teks masih silibus yang sama
tetapi buku aktiviti tidak boleh menggunakan buku abang atau kakak.

7. HAL-HAL LAIN
7.1. Mesyuarat sebulat suara bersetuju memutuskan untuk memungut sumbangan
PIBG sebanyak RM 30.00 bagi setiap keluarga dan RM 10.00 bagi setiap murid
bagi bayaran dana kecemerlangan.

8. UCAPAN PENANGGUHAN
8.1. Dato’ Nor Azuwan Affendy Bin Ibrahim selaku Yang Dipertua PIBG mengucapkan
terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan mesyuarat agung pada hari
ini dan semoga ianya mendapat manfaat kepada ibu bapa serta guru-guru.
8.2. Beliau juga memberitahu sekiranya ada sebarang isu bolehlah hadir ke sekolah
untuk berbincang dengan PIBG dan pihak sekolah di samping mengharapkan
kerjasama yang sebaik mungkin daripada ibu bapa demi kebaikan SESKA.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 1.00 petang dengan bacaan surah Al-Ashr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………… …………………………………………
(NURFATIHAH BT ABD MANAF) (NOR AZUWAN AFFENDY BIN IBRAHIM)
Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,
SK Seri Paka SK Seri Paka
Sesi 2020/2021 Sesi 2020/2021


Click to View FlipBook Version