The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by falaq93, 2022-06-09 05:15:07

Buku Abah

Usahawan

Keywords: Business

Perkongsian 8 Pemikiran
Dan Budaya Niaga dalam

80 Kisah & Cerita

1

AKAUN PERNAH BERBAKI 5 RINGGIT SAHAJA!

Cetakan Pertama Oktober 2018

HAK CIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan
daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa-apa jua
bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan,

elektronik atau cara-cara lain tanpa izin bertulis EzzNue Resources.
...........................................................................................................................................................

Editor: Manisah Bt. Mohd. Nor
Penulis: Jamal B. Mohd Amin
Reka Letak & Reka Bentuk Kulit: Ezzah Syahira Bt. Halim

Ilustrasi: Raiyan Bt. Jamal
Diterbitkan Oleh: EzzNue Resources (NS0211820-W)
Ting. 7, Menara Arina Uniti, Jln. Raja Muda Abdul Aziz,
Kg. Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

e-mail: [email protected]
Dicetak Oleh: Percetakan Mesbah Sdn. Bhd. (819193-K)

No. 11, Jalan Tun Perak 6, Taman Tun Perak,
43200 Cheras, Selangor

...........................................................................................................................................................

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Jamal Mohd. Amin, 1964-
Akaun pernah Berbaki 5 Ringgit Sahaja! / JAMAL MOHD AMIN.
ISBN 978-967-16405-0-0
1. Entrepreneurship.
2. Business.
I. Judul.
338.04

2

Fahami Konsep
hps://bi.ly/3pakFE4

3

Prakata ............................................................................................... 7
Penghargaan ..................................................................................... 8
Pengenalan ........................................................................................ 9

13
14
22
23
25
26
27
29
30
33
34
36
37
39
40
43
43
44
45

52
53
54
55
56
58
61

4

5

Pemikiran & Budaya Niaga [B] ......................................................
Pemikiran & Budaya Niaga [O] ......................................................
Pemikiran & Budaya Niaga [S] .......................................................
Pemikiran & Budaya Niaga [S] .......................................................
Pemikiran & Budaya Niaga [O] ......................................................
Pemikiran & Budaya Niaga [N] ......................................................
Pemikiran & Budaya Niaga [F] .......................................................
Pemikiran & Budaya Niaga [C] ......................................................

6

PrakataPemikiran & Budaya Niaga‘BOSSON FC’terhasil daripada

pengalaman peribadi penulis berniaga sejak 1993.

8Buku ini ditulis bagi membantu usahawan memahami

dan mengamalkan pemikiran dan budaya niaga yang penting
bagi kejayaan dalam perniagaan. 8 konsep yang menjadi
resepi kejayaan sesebuah perniagaan digayakan dalam bentuk
penceritaan. Kisah-kisah pahit manis penulis dan rakan-rakan
usahawan menjadi contoh dalam menghuraikan 8 pemikiran
dan budaya niaga.

Bab 2 sehingga bab 9 menjelaskan dengan ringkas maksud
setiap pemikiran tersebut dan di akhir setiap bab dirumuskan
cara-cara menerapkan pemikiran dan budaya niaga ini. Kesemua
pemikiran dan budaya niaga ini adalah idea asal penulis. Apabila
kesemua 8 pemikiran ini dikumpulkan, penulis memilih BOSSON
FC bagi memudahkan penulis dan pembaca mengingatinya
lantas mampu mengamalkan budaya niaga ini. Bab 10
menceritakan praktikaliti pemikiran dan budaya niaga BOSSON
FC bagi membangunkan kembali sebuah projek hartanah yang
dinamakan Pattani Jaya Township.

7

Penghargaan

Pertama dan terutama, ucapan penghargaan ini
dikhaskan buat isteri tercinta, Manisah Bt. Mohd. Nor
yang sentiasa setia di sisi menemani jatuh bangun
dalam perjuangan ini, sehingga mampu melakar 1001 kenangan.
Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan sehingga
terhasil sebuah buku yang anda pegang saat ini. Terima kasih
juga kepada anakanda, Raiyan Bt. Jamal yang telah banyak
meluangkan masa menyusun duduk letak isi buku ini.

Tidak dilupakan, tentunya, terima kasih kepada abang ipar, En.
Halim yang telah membaca deraf pertama dan mencadangkan
agar penulis menggunakan pengalaman perniagaan dalam
bentuk penceritaan bagi memudahkan penyampaian. Pastinya,
segunung penghargaan buat bonda tercinta, Hjh. Rugayah
yang tidak putus mendoakan kebaikan untuk anak-anak serta
buat arwah ayahanda, Hj. Mohd Amin, semoga sentiasa dicucuri
rahmat.

Buat rakan-rakan yang dipetik kisah dan pengalaman anda
dalam buku ini, saya meminta izin dan memohon maaf jika ada
kesilapan pada penulisan ini.

Akhir kata, saya berharap agar buku yang ditulis dalam jeda
masa 5 tahun ini bermanfaat buat pembacanya. Sebarkan isi
buku ini jika ia memberi manfaat, semoga menjadi bekalan
penulis bertemu Pencipta kelak.

8

Pengenalan

Kegawatan ekonomi adalah guruku. Kesemua krisis
ekonomi yang dilalui adalah pendidikan atau tarbiyah
buat diri ini. Krisis kewangan Asia 1997, krisis kenaikan
harga barang pembinaan hasil kenaikan harga minyak 2005
yang dipanggil bahan bakar minyak (BBM) di Indonesia,
krisis kewangan 2007/8 yang menyaksikan kebangkrapan
gergasi Lehman Brothers serta krisis-krisis kecil yang dihadapi
merupakan pengalaman berharga tidak diperolehi di mana-
mana menara gading sekalipun. Krisis-krisis ini mengajar erti
sebenar perniagaan dan hubungkaitnya dengan kehidupan kita
di dunia.

Sebenarnya banyak panduan telah Allah berikan buat usahawan.
Pemahaman, pemikiran dan penghayatan yang sahih tentang
Islam dan perniagaan akan membantu usahawan untuk
menghadapi dan mengharungi pelbagai cabaran perniagaan
termasuk krisis-krisis ekonomi yang melanda.

Perniagaan adalah suatu amalan yang bukan hanya dibenarkan
malah sangat digalakkan oleh Islam. Nabi Muhammad SAW
sendiri merupakan seorang usahawan yang berjaya. Para
sahabat, tabiin dan orang-orang Islam selepas tabiin memang
terkenal dengan kehandalan berniaga. Malah mereka telah
menjadi peniaga antarabangsa atau global sejak dahulu lagi. Ini
terbukti dengan Islamnya penduduk Malaysia dan rantau asia ini
hasil dari usaha niaga orang Islam terdahulu.

9

Mutaakhir ini orang Islam agak ketinggalan dalam perniagaan.
Bidang ini menjadi asing kepada orang Islam malah persepsi
berniaga dikaitkan dengan dunia semata-mata. Dunia
perniagaan moden sekarang diterajui oleh bukan Islam.
Pemikiran dan budaya niaga sekarang banyak dipengaruhi oleh
fahaman kapitalis yang menjadikan material dan keuntungan
sebagai objektif perniagaan.

Setelah mendapat keuntungan, sebahagian usahawan moden
melakukan apa yang dikatakan sebagai tanggungjawab sosial
korporat. Walaupun tidak dinafikan kebaikan amalan ini, Islam
sebenarnya mengajar usahawan agar melakukan kebaikan
semasa dan ketika menjalankan aktiviti perniagaan itu sendiri.
Bermula dengan bidang pembangunan hartanah, pelbagai
cabaran dan krisis ekonomi telah saya lalui sepanjang bergelar
usahawan. Penglibatan secara langsung dalam perniagaan di
Malaysia, Indonesia danThailand menjadi pengalaman berharga.

Dua menara Apartmen Salemba Residence (ASR) setinggi 30
tingkat menjadi lapangan tarbiyah yang sangat berharga.
Pengalaman memulih dan membangun kembali projek di
Malaysia dan Thailand menjadi ilmu yang ingin saya kongsikan
buat rakan-rakan pembaca.

Pengalaman khusus dalam perniagaan pendidikan dan latihan
termasuk mendirikan dan memajukan Kolej Uniti di Port
Dickson, memutuskan pembubaran atau penutupan Kolej
Brindley di Kuala Lumpur, penjualan Sekolah Tinggi MUC
(Meridian Universiti College) di Melawai Jakarta, pemulihan
Kolej Jaiputra di Kota Baru, serta kejayaan merubah BTC dan PDS
menjadi operator latihan “open market” akan disingkap dalam
buku ini. Semua kejayaan dan kegagalan akan dikongsikan agar
penulisan ini tidak bersifat teori semata.

10

Membangunkan kembali kolej swasta yang sepatutnya ditutup
merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.
Peningkatan konsisten jumlah pelajar dari 300 kepada hampir
3000 orang di Kolej Uniti dalam masa 10 tahun menjadi bukti
kejayaan pemikiran dan budaya niaga ini. Walaupun sibuk
menyelesaikan pelbagai masalah, saya turut mampu mengemudi
syarikat untuk menyiapkan pembangunan 2 menara 30 tingkat
di Jakarta (Salemba Residence) dan bangunan pejabat 20 tingkat
di Kuala Lumpur yang dinamakan Menara Arina Uniti.

Pada akhir 2014, saya telah mengumpul kembali kesemua
konsep dan filosofi yang telah digunakan untuk membangun
kembali syarikat dan mencari cara mudah untuk mengingati
kesemua konsep ini. Maka tercetuslah idea ‘BOSSON FC’ sebagai
pemikiran dan budaya kerja syarikat.

Bagi setiap konsep pemikiran dan budaya niaga, saya bawakan
kisah-kisah perniagaan yang menjelaskan konsep tersebut. Ada
kisah yang diulang di beberapa konsep pemikiran. Walaupun
kisah berulang, tetapi ianya dipandang dari sisi yang berbeza.

Pemikiran dan budaya niaga BOSSON FC terbukti berjaya
membantu membangun kembali projek perbandaran di
selatan Thai yang dikenali sebagai Pattani Jaya Township (PJT)
atau Madinah asSalam. Bab 10 khusus ditumpukan berkenaan
pengalaman di PJT.

11

Berikut adalah pemikiran dan budaya niaga BOSSON FC yang
akan dijelaskan dalam buku ini:-

BBS: BENEFIT (manfaat),
BEST (terbaik), SINCERE (ikhlas)

CREATIVE (kreatif) B OBJECTIVE (objektif)

FACE (hadap) C O
FOCUS (fokus)
FLEXIBLE (anjal) SALES & COST
(jualan & kos)

FS

NICHE N SYSTEM
(tonjolan)
S (sistem)

O

ONE (tidak bergantung kepada satu)
OPEN (pasaran terbuka)

12

BAB 2:
APA ITU PEMIKIRAN
DAN BUDAYA NIAGA

B

13

Perniagaan memberi banyak manfaat kepada manusia tanpa
menidakkan keuntungan usahawan. Huruf B ini merupakan asas
paling penting dalam budaya BOSSON FC. Ia merupakan unsur
utama yang perlu diterapkan dalam pemikiran dan budaya niaga
syarikat, malah merupakan asas penting dalam pembentukan
lapan pemikiran dan budaya niaga BOSSON FC. Selepas huruf
B, huruf-huruf lain yang mewakili akronim ‘BOSSON FC’ tidak
disusun mengikut keutamaan.

Huruf B mewakili:
[B] BENEFIT (manfaat)

[B] BEST (terbaik)
[S] SINCERE (ikhlas)

[B] Pertama- Benefit Atau Manfaat

Huruf B pertama iaitu: BENEFIT atau manfaat mem-bicarakan
tentang tujuan suatu perniagaan dilakukan. Setiap orang yang
menceburi bidang perniagaan ini pasti mempunyai tujuan
masing-masing. Pada zaman ekonomi bersistemkan kapitalis
ini, rata-rata tujuan berniaga adalah untuk mencari keuntungan,
mengejar wang, membina kekayaan dan kemewahan. Apa yang
ingin saya tekankan ialah usahawan harus tahu akan tujuan
perniagaan kerana tujuanlah yang akan membawa organisasi
niaga ke arah kejayaan berterusan (build to last company).

Tujuan atau objektif perniagaan adalah untuk memberi
MANFAAT kepada manusia. Perniagaan se-patutnya akan
memberi manfaat kepada pelanggan, kakitangan, pengurusan,
pemegang saham, dan sesiapa sahaja yang memberi khidmat
kepada perniagaan termasuklah pembekal, subkontraktor
masyarakat malah negara juga turut mendapat manfaat dari
perniagaan yang dijalankan.

14

Objektif kita berniaga adalah

untuk memberi manfaat

kepada manusia

Objektif perniagaan bukannya keuntungan tetapi
dkealuanmtubnegrannia1ag.da.aNmTlayaaahnntfpawakaaaatnjkidbekauuriaimnpitatpuudunaslagupnaaesntraun,sikaaseugramkyaaanenrsgintumiina. netunadktaampuaektneheraurusksaann
pemberian m2a.nfaAaptamkaahlmahanjifkaaatbyearnlagkduidkaeprautigoialenhbseatkiaapl memberi
mudharat kepadakummapnuulasnia?lain. Teringat akan firman Allah dalam
surah Az-Dzariyat yang bermaksud:

3. Bagaimana syarikat memastikan manfaat itu
“Tidak Aku (Allasha)mjpaadiikkeapnadjiansdetaianpmkuamnupusilaanm? elainkan untuk

4. ApabyearnigbdaidcaaphaikoelpehadkuamKupu”.lan sasar yang
Ayat di atas digabmuenmgbdueantkgaannpheandiaigsaNmaebriaMsaugheammbmiraa?d SAW yang
telah diriway5a.tkaBnagdaaimriaJnaaajbawir,apRaansukleuplaladha sSoAaWlanbpeerrstaambdaa, , yang
bermaksud:- kedua, dan ketiga dapat membantu
“...Sebaik-baik mpaernnuiasgiaaaand?alah yang paling bermanfaat bagi

sesama manusia...” [HR. Thabrani]

Ayat al Quran dan hadis tersebut menjadi rujukan kepada
pembentukan pemikiran dan budaya niaga “B”.

Menurut ayat al Quran di atas, tujuan atau objektif
kehidupan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah.
Tujuan hidup manusia bukanlah untuk makan dan minum
semata-mata walaupun ianya adalah suatu kemestian kerana
tanpa makan dan minum manusia tidak akan boleh meneruskan
kehidupan.

15

Walaubagaimanapun jika makan dan minum merupakan
objektif kehidupan manusia, maka tiadalah banyak perbezaan
antara manusia dan haiwan. Malah manusia yang objektifnya
hanya makan dan minum, bakal mendapat mudarat akibat
terganggu kesihatannya.

Prinsip ini diguna pakai dalam perniagaan. Matlamat
atau objektif peniagaan adalah untuk memberi manfaat kepada
manusia. Keuntungan adalah suatu kemestian tetapi bukan
tujuan sesuatu perniagaan. Jika keuntungan menjadi tujuan,
usahawan boleh menipu dan menindas insan lain demi mencapai
keuntungan. Objektif perniagaan bukanlah keuntungan
walaupun ianya adalah suatu kemestian. Keuntungan
membolehkan perniagaan berkembang dan manfaat dirasai
oleh lebih ramai insan lain. Malah keuntungan yang melampau
boleh merosakkan ekonomi negara.

Tanpa keuntungan, perniagaan tidak dapat meneruskan
pemberian manfaat kepada manusia malah kerugian pasti
memberi mudharat kepada manusia. Lampiran B memberikan
sedikit panduan bagaimana menghitung keuntungan.

Satu konsep dirangka untuk mengukur bagaimana
suatu perniagaan itu memberi manfaat. Konsep ini dinamakan
BULATAN MANFAAT. Sebelum memulakan perniagaan, analisa
dahulu bulatan manfaat seperti di Lampiran A. Analisa ini boleh
membantu memperbaiki prestasi perniagaan sedia ada dan
menjawab beberapa persoalan pokok berkenaan perniagaan.
Beberapa persoalan dalam analisa bulatan manfaat adalah
seperti berikut:-

16

untuk memberi manfaat

kepada manusia

1. Nyatakan kumpulan sasar yang mendapat
manfaat daripada perniagaan ini.

2. Apakah manfaat yang didapati oleh setiap
kumpulan?

3. Bagaimana syarikat memastikan manfaat itu
sampai kepada setiap kumpulan?

4. Apa yang dicapai oleh kumpulan sasar yang
membuatkan peniaga merasa gembira?

5. Bagaimana jawapan kepada soalan pertama,
kedua, dan ketiga dapat membantu
perniagaan?

[B] Kedua- Best Atau Terbaik

Huruf B kedua dalam BBS pula membawa maksud BERUSAHA
dengan bersungguh-sungguh dan terbaik dalam menjadikan
perniagaan bermanfaat kepada manusia. Usaha memberi
manfaat dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan terbaik
serta dilakukan dengan TEKUN, KONSISTEN dan CEKAL akan
memberi kejayaan kepada perniagaan. Kegagalan yang
ditempuhi dilihat sebagai cara memperbaiki prestasi. Islam
mengajar umatnya untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan
sebaik mungkin. Rasulullah SAW mengungkapkan saranan
menerusi hadis Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Saidatina
Aisyah mafhumnya,

17

Sesungguhnya Allah Itqan merangkumi pelakuan kerja
menyukai seseorang dengancarayangterbaik,profesional,
teliti dan mahir. Pencapaian status
yang apabila itqan ini memerlukan usaha yang
melakukan sesuatu bersungguh-sungguh serta tidak
jemu untuk memperbaiki dan
pekerjaan, dia meningkatkan mutu kerja, tidak
lakukan dengan takut melakukan kesilapan malah
menerimanya sebagai suatu
ITQAN pembelajaran.

(baik, sempurna, teliti)

Riwayat al-Baihaqi

Seorang yang bertanggungjawab membawa syarikat
McDonald menjadi syarikat francais makanan segera terbaik
dunia, Raymond Albert atau lebih dikenali sebagai Ray Kroc
menyatakan kepentingan ketekunan, keazaman dan kecekalan
dalam membawa kejayaan McDonald.

KEIKHLASAN “Lakukan yang T ERBAIK
AbBeemlripeareuigkmaManeabgryeuarpkkaueAklpi&aatnanskgdhaeeaissbtleaoekkompeunerbarpaiarann(ai1sdksgnea9aipon2apsr8deeaa-ttnni2elaaug0rphbl1ias4iw)kbajuurikggnuaai., sehingga kamu lebih
FAHAM, dan apabila kamu
stealsathermaweannu,lipse7la“aSkouifnocetnevoer,birtyypi&voeitrrgntuuterhya-aafrCnieo,nyth3feuicbbdiuasusaisnahpbenuakrui lebih faham, kamu akan
dan beberapa buku puisi. melakukannya dengan

lebih baik.”

-Maya Angelou

Penilaian sesuatu pekerjaan itu

dilakukan secara terbaik bergantung kepada kemampuan

dan pengalaman  sesAemoarannagh,. Kemampuan seseorang berbeza
mengikut tahapbeirltmanuggduanngjapweanbg, alaman.Seorang kakitangan
baru dan kurabnegribnetergpreitni,g&aldaimpearncamyaei merlukan lebih latihan dan

pendedahan uSnabtuark, misteiqnacmaapha,i &tathidaapklebih baik.
mudah mengalah
18
Membendung sifat

tamak, rakus & tergesa-

Apa yang penting dalam pemikiran ‘Best’ ini adalah SIKAP
semua ahli organisasi untuk mencuba melakukan yang terbaik
mengikut kemampuan masing-masing.

[S]- Sincerity Atau Keikhlasan KEIKHLASAN
& kebenaran adalah
Huruf “S” dalam “BBS” dipilih dari asas kepada setiap
perkataan Inggeris iaitu “SINCERITY”
atau keikhlasan. Ianya adalah unsur kebaikan
penting melengkapkan tujuan
perniagaan. Sesuatu perniagaan “Sincerity & truth are the basis
bertujuan memberi manfaat kepada of every virtue -Confucius
lebih ramai manusia, dilaksanakan
dengan terbaik dan dilakukan dengan
penuh keikhlasan.

Islam mendidik KEIKHLASAN dalam setiap amal-an insan.

Kepentingan ikhlas RdiaypaadtusdiSliahlaihtinda“AriprbaadbiainekratitalaAnNbmg-akgwaiutananwabghij”au, ywlaamanbga,
besar seperti kitab

meletakkan bab ikhlas sebagai bab pertbaemrain. tegriti, & dipercayai

Seseorang yang ikhlas dalamSasbeatira,pistiaqmaamlaanh, a&katnidak
dicemburui syaitan. Allah berfirman dalammudaal-hQumraenn,gaylaanhg

bermaksud:

Membendung sifat
Iblis menjawab: “Demi kekuasaantEanmgakak,uraakkuuas k&antergesa-
menyesatkan mereka semuanya.” (asSad aygaets8a2)

“Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlas (yang terpilih) di

antara mereka.” (asSad aMyearta8s3a) Bahagia melihat
kejayaan orang lain

19 Lebih terbuka untuk
menerima teguran &
nasihat

Allah telah membuka rahsia kelemahan Iblis walaupun Iblis
berazam untuk menyesatkan semua anak Adam tetapi mengaku
tidak berupaya mempengaruhi orang yang mukhlas (terpilih).
Ayat ini sangat hebat kerana si penjahat (Iblis) mendedahkan
kelemahan sendiri kepada mangsanya.

Siapakah orang yang terpilih (mukhlas) itu? Mukhlas bermaksud
orang yang telah mencapai tahap ikhlas tanpa perlu mendorong
dirinya untukmSeieksnuhynulgakgasui.hTsneiysaeadoAarlalyanhagng dapat menggugat keikhlasannya.
Walaupun usahyaanngyaapabtiildaak dihargai manusia, dia tetap tidak
Kmaetraasualammaar,amohlearplakaeauknktkueagarkunjaanmadmnesue,nedsgkuianahanytluaims pleabnihpekuraastaadnarki egtuidnauknpgu,absaensi,haaptii,.

ITQANair dan angin. Dialah makhluk hebat dicipta Allah SWT yang

digentari iblis.

(baik, sempurna, teliti)

Kepentingan keikhlasan bukan hanya disebut oleh Islam,
malah agamaRiwlaaiynatjuagl-Baamihaeqni ekankan faktor ini.

I want to be remembered as
someone who was sincere. Even of I
made mistake, they were made in

sincerity. If I was wrong, I was
wrong in sincerity. I can deal with a
person who was wrong, as long as

they were sincere.
-Malcom X

20

Amalan pemikiran dan budaya Amanah,
niaga BBS bakal membentuk bertanggungjawab,
sifat-sifat berikut dalam diri berintegriti, & dipercayai

usahawan:- Sabar, istiqamah, & tidak
mudah mengalah

Membendung sifat
tamak, rakus & tergesa-

gesa

Merasa bahagia melihat
kejayaan orang lain

Lebih terbuka untuk
menerima teguran &

nasihat

Berikut diberikan kesan positif apabila BBS dilaksanakan:
 Usahawan dan syarikat disenangi ramai.

 Pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan.

 Mendapat manfaat dari keuntungannya.

 Mewujudkan budaya saling bantu-membantu.

 Mengamalkan konsep menang-menang.

 Meneruskan perniagaan walaupun sudah bersara, dan
kekal berniaga untuk terus memberi manfaat kepada
manusia.

 Budaya niaga bebas dari penipuan, penindasan dan
kezaliman.

 Menghasilkan ekonomi yang sihat.

21

Atuk Yang Amanah & Usahawan Indonesia

Atuk berhijrah ke Singapura dari Pulau Duyung, Terengganu.
Beliau ke Singapura untuk berniaga. Di pendekkan cerita, atuk
membuka sebuah kedai kain di pasar Geylang, Singapura.
Perniagaannya hanya setakat mampu menampung perbelanjaan
harian keluarga.

Pada suatu hari, kedai atuk didatangi seorang saudagar
dari Indonesia. Setelah membeli barang di kedai atuk, saudagar
tersebut pulang ke negaranya. Rupa-rupanya beliau tertinggal
satu barang yang dibungkus dengan  surat khabar. Alangkah
terkejut atuk apabila melihat isi dalam bungkusan tersebut.
Ianya berisi wang yang sungguh banyak.

Selang beberapa tahun, saudagar Indonesia tersebut
datang lagi ke kedai atuk untuk membeli kain. Melihat saudagar
tersebut, atuk lantas memaklumkan akan bungkusan yang
beliau tertinggal di kedai atuk. Ternyata saudagar tersebut telah
lupa akan bungkusan itu. Apabila atuk serahkan bungkusan
tersebut, isinya seperti tidak disentuh cuma balutannya sudah
kekuningan.

Kagum dengan sifat amanah atuk, saudagar itu lantas
menceritakan kisah tersebut kepada rakan-rakan perniagaan
beliau dan mengesyorkan mereka membeli dari kedai atuk.
Semakin ramai rakan-rakannya dari Seberang tertarik dengan
kejujuran atuk dan menjadi pelanggan tetap atuk.

22

Akhirnya, perniagaan atuk berkembang maju sehingga
menjadi usahawan Melayu yang terkenal di Singapura. Inilah
sebuah  kisah benar seorang usahawan jujur yang berlaku di
pertengahan abad ke-20. Beginilah sifat amanah yang lahir
apabila usahawan mengamalkan pemikiran dan budaya BBS.

Kisah Usahawan Zaman Khilafah Ottoman

Ketika itu bulan Ramadan. Saya berbuka puasa bersama
satu organisasi Turki di Kuala Lumpur. Makanan Turki yang
dihidangkan sungguh lazat namun saya lebih tertarik dengan
satu kisah yang diceritakan oleh rakan saya yang berbangsa
Turki pada malam itu.

Kisah benar yang berlaku semasa zaman pemerintahan
Ottoman ini ada tercatat dalam sebuah buku yang menceritakan
tentang krisis Kerajaan Ottoman berhadapan dengan serangan
musuh.

Dengan berpakaian seperti rakyat biasa, Khalifah turun
padang meninjau tahap kesediaan rakyatnya untuk menghadapi
perang. Lalu, beliau singgah di sebuah pasar. Di situ, beliau
membeli madu. Kemudian beliau meneruskan perjalanan
melawat ke tempat lain. Sebelah petangnya khalifah singgah
lagi ke pasar yang sama. Beliau pergi ke kedai yang sama untuk
membeli madu. Pasti terpancar wajah gembira jurujual kerana
dikunjungi pembeli yang sama.

23

Inilah yang dinamakan sebagai “returned customer” atau
“happy customer”. Apa yang menarik dalam kisah ini adalah
bagaimana si penjual melayani pelanggannya. “Boleh tuan beli
dikedai sebelah? Saya sudah cukup penjualan hari ini, tetapi kedai
sebelah belum cukup jualannya.”

Khalifah terkedu seraya berkata kepada orang-orangnya
bahawa inilah petanda Turki sudah bersedia untuk berperang.
Peristiwa tersebut menunjukkan sikap mementingkan diri
sendiri terkawal dalam masyarakat Turki ketika itu.

Beginilah sikap usahawan yang mengamalkan pemikiran
dan budaya BBS. Mementingkan diri sendiri sebenarnya tidak
membantu perniagaan. Malah kejayaan usahawan bergantung
kepada kemeriahan pasar. Apabila pasar berkembang, lebih
ramai yang berkunjung. Jika ada kedai tutup, imej pasar menurun
dan berlaku pengurangan pelanggan.

24

Atok, Cucu Dan Pohon Mempelam

Atok atau tokki sudah berbongkok tiga tetapi masih mahu
menanam pohon mempelam. Cucu menegur atok, “Tokki tanam
pokok pauh ni sempat ke tengok buahnya?”. Umur tokki ketika
itu menjangkau lapan puluhan. Logik akal seorang cucu, atok
mungkin tidak sempat merasa hasil tanamannya.

Pohon mempelam (pauh, dalam dialek Terengganu).

Sambil tersenyum, atok menjawab, kata-kata yang masih
saya ingat walaupun sudah lebih 40 tahun berlalu. Katanya, “Ma,
walaupun tokki tak sempat menikmati buahnya, tapi jika ianya
berbuah dan dimakan oleh orang lain, pahalanya sampai ke Tokki
dalam kubur.”

Inilah pemikiran dan budaya manfaat. Berbudi pada
tanah, hasilnya jika dimanfaatkan oleh makhluk Allah,
insyaAllah ganjaran besar kepada penanamnya. Jika perniagaan
dapat diteruskan walaupun pengusahanya telah pulang ke
rahmatullah, manfaatnya berterusan dirasai bagi mereka yang
masih hidup.

Alangkah bahagianya pengusaha perniagaan yang telah
meninggalkan dunia ini, namun pahalanya berterusan mengalir
hasil manfaat yang dikecapi insan lain.

25

Kilang Perabot Hangus Terbakar

Ketika itu En. M berada di luar kawasan sementara isteri dan
anak-anaknya berada di rumah. Kilang yang tidak jauh dari
rumah, mengalami kebakaran. Hangus semuanya. Tiada apa
yang boleh diselamatkan. Mesin-mesin rosak teruk. Untunglah
tiada nyawa yang terkorban. Kilang perabot yang sudah
bertahun diusahakan dan telah banyak menyumbang kepada
keluarganya, kini lenyap. Isteri En. M tidak sampai hati untuk
memaklumkan peristiwa itu kepadanya.

Kilang perabot hangus terbakar.

Lebih menyedihkan lagi, perniagaan En. M tidak
mempunyai insuran kebakaran. Ibaratnya sudah jatuh ditimpa
tangga.

Setibanya di rumah, En. M terus ke masjid berhampiran
rumahnya. Usai solat, beliau merasa diperhatikan makmum
yang lain. Pandangan mereka kepada En. M seperti ada sesuatu
yang tidak kena. Imam datang bersalaman dan meminta beliau
bersabar. Dalam keadaan tertanya-tanya dengan apa yang
berlaku, beliau bergegas ke rumah.

26

Alangkah terperanjatnya beliau dengan berita itu. Mujur
En. M tenang orangnya. Beliau terus menunaikan solat sunat
2 rakaat. Walaupun masalah yang dihadapi begitu besar dan
boleh mengganggu kehidupan keluarga, beliau tetap tenang
dan yakin dengan pertolongan Allah.

En. M didatangi pembekal-pembekal yang telah lama
berurusan dengan beliau. Mereka ingin membantunya untuk
bangkit semula. Mereka memberi mesin-mesin dan bahan-
bahan yang diperlukan. Mereka hanya meminta bayaran balik
setelah perniagaannya berjaya dipulihkan. Ini membolehkan
beliau bangun kembali menjadi pengilang perabot. Semua ini
tidak akan berlaku jika En. M bukan seorang usahawan yang
berintegriti dan dipercayai. Akhirnya semua hutang dengan
pembekal-pembekal selesai dibayar. Pembekal-pembekal itu
membantu En. M kerana beliau merupakan seorang peniaga
yang mengamalkan budaya niaga BBS.

Siapkan Projek Bermasalah Di Zaman
Kegawatan Ekonomi

Krisis ekonomi 1997 memberi kesan yang sangat buruk kepada
banyak syarikat. Saya yang ketika itu mengemudi sebuah
syarikat perniagaan turut sama merasai keperitannya. Pihak
bank mengetatkan pemberian kredit.

27

Pelanggan berhati-hati membuat pelaburan terutamanya
pembelian hartanah. Malah, saya terpaksa membuat keputusan
untuk menangguh satu projek kondominium kerana pihak bank
membatalkan pakej pembiayaan akhir buat pembeli.

Saya diamanahkan untuk mengendalikan satu projek
bermasalah akibat krisis kewangan. Rumah teres, lot banglo,
rumah kos rendah dan rumah kedai hampir terbengkalai kerana
kekurangan dana.

Buntu, kerana belum berpengalaman menyelamatkan
projek bermasalah. Kontraktor utama juga sudah menyerah.
Saya membuat keputusan bertemu semua subkontraktor untuk
membincangkan cara penyelesaiannya. Satu pelan tindak
bersifat‘menang-menang’perlu dibuat. Akhirnya projek ini dapat
disiapkan dengan konsep ‘menang-menang’ yang memberi
manfaat kepada semua pihak. Pemikiran manfaat yang dikongsi
semua pihak, berjaya menyiapkan hampir semua projek yang
sedang berjalan ketika itu.

Apabila ditimpa masalah, usahawan perlu berbincang
dengan mereka yang terlibat. Diskusi dan komunikasi untuk
mencari penyelesaian ‘menang-menang’ perlu dilakukan.

Kisah projek di atas adalah bukti bahwa penyelesaian
yang baik untuk semua boleh dicapai melalui perbincangan.
Pemikiran dan budaya niaga BBS menggalakkan komunikasi
yang membawa kepada saling percaya dan menghasilkan
penyelesaian yang memberi manfaat untuk semua pihak.

28

Duit Kurang, Masa Singkat Tapi Projek Siap
Sebelum Tarikh Akhir

Syukur dapat projek baru. Lama saya bertahan tanpa projek
kerajaan. Memang fokus saya hanya kepada projek swasta. Dulu
masalahnya tiada projek, tetapi sekarang pening nak siapkan
projek dalam masa singkat. Orang kata happy problem. Keadaan
aliran tunai syarikat ketika itu kurang baik. Walaupun pinjaman
bank berjaya diperolehi, namun pencariannya memakan masa.
Projek perlu disiapkan mengikut jadual. Sedangkan pihak klien
(pelanggan) sendiri agak kurang yakin saya dapat menyiapkan
projek dalam kesuntukan masa ini.

Tapak projek ketika itu masih hutan. Kerja pembersihan
hutan perlu dilakukan. Keadaan tapak berbukit menambahkan
kesukaran. Anggaran kos sukar dilakukan kerana lukisan kerja-
kerja tanah belum disediakan. Perundingan harga dengan
subkontraktor juga sukar dilakukan. Biasanya dalam kes tiada
kepastian begini, harga kontraktor akan melambung tinggi.

Allah Maha Berkuasa. Salah seorang rakan subkontrator
ketika bersama menyiapkan projek bermasalah sebelum ini
tergerak hatinya membantu. Beliau bersama menyiapkan projek
ini walaupun tanpa kontrak yang jelas. Semua ini lahir daripada
persahabatan yang menghasilkan kepercayaan. Beberapa
pembekal yang mengenali beliau turut membantu.

29

Akhirnya projek PLKN ini dapat disiapkan sebelum
pelatih masuk. Pihak klien ketika itu sangat menghargai kejayaan
menyiapkan kemudahan kem dalam tempoh yang ditetapkan.

PLKN Kem PDS Resort

Pemikiran dan budaya niaga manfaat melahirkan
persahabatan dan kepercayaan yang menghasilkan kejayaan.
Persahabatan dengan subkontraktor ini berterusan sehingga
kini.

Setiap Minggu Ke Jakarta

Jan 2004, syarikat kami menandatangani perjanjian kerjasama
untuk membangunkan  700 unit projek apartment di Salemba
Tengah, Jakarta Pusat. Setelah mendapat kelulusan awal untuk
memulakan pembinaan, kami menjalankan kerja-kerja tanah
dan memasang cerucuk. Semasa perundingan kerja struktur
bangunan, terjadi kenaikan mendadak bahan bakar minyak
(dipanggil BBM di Indonesia atau minyak petrol/diesel di
Malaysia).

30

Harga petrol ketika itu Rp 1900 seliter naik menjadi
hampir Rp 4000. Itu telah menjadikan harga bahan binaan
seperti besi dan simen melambung dua kali ganda. Malah
berita ketidakpastian harga BBM memburukkan lagi keadaan,
dan menyebabkan kontraktor takut untuk memuktamadkan
kontrak. Mereka memberikan harga yang sangat tinggi dalam
perundingan.

Kami terpaksa menukar perancangan asal iaitu berurusan
secara langsung dengan subkontraktor dan pembekal. Dengan
kata lain kami sendiri menjadi kontraktor utama.

2 menara Apartmen Salemba
Residence dengan warna awal di

Jakarta semasa pembinaan

31

Sebagai syarikat asing yang Mengendalikan projek
pertama di Indonesia, keyakinan dan kepercayaan subkontraktor
dan pembekal perlu dibina. Saya terpaksa memberikan lebih
tumpuan kepada projek di Jakarta. Setiap minggu saya terpaksa
berulang alik ke Jakarta.

Penerbangan seawal jam 7 pagi waktu Malaysia menjadi
rutin. Setibanya di Jakarta, saya terus menuju ke tapak projek.
Sampai di tapak projek biasanya pukul 9:30 pagi waktu Indonesia,
lebih awal dari orang tempatan di sana. Mesyuarat atau dalam
bahasa Indonesia, ‘rapat’ bermula pukul 10 pagi. Rapat pertama
selesai sebelum makan tengah hari dan bersambung mesyuarat
lain sehingga lewat petang.

Selesai rapat kami terus pulang beristirahat di hotel.
Keesokannya terus ke pejabat di Adhi Graha Jalan Gatot
Sobroto untuk menyelesaikan pelbagai urusan berkaitan jualan
sehinggalah masuk waktu solat Jumaat.

Usai solat, saya bergegas ke Bandara kira-kira pukul 3:30
petang bagi mengelakkan kesesakan. Biasanya penerbangan ke
Malaysia pada pukul 7 malam dan tiba di rumah sebelum pukul
12 malam. Tetapi jika berlaku kelewatan, saya akan tiba di rumah
hampir pukul 2 pagi. Inilah rutin setiap minggu selama hampir
18 bulan.

Kesungguhan ini telah berjaya menyemai keyakinan
dan kepercayaan para kontraktor, konsultan, pekerja dan rakan
kongsi.

32

Pemikiran dan budaya BBS iaitu melakukan suatu pekerjaan
dengan bersungguh-sungguh telah membina kepercayaan
dan dapat membantu saya menyiapkan projek walaupun
menghadapi cabaran yang hebat.

Pemikiran Untung Memakan Diri

“Jom ikut aku melabur dalam peniagaan forex.”
Itulah ajakan seorang kawan, perunding hiasan dalaman.
Pulangan sebanyak 4% sebulan. Wah! Sungguh menarik. Dia
telah melabur sebanyak setengah juta ringgit dan tentunya
pulangannya juga menarik. Namun, saya kurang yakin, wang
simpanan hanya cukup untuk beberapa bulan sahaja. Walaupun
pulangannya tinggi, saya khuatir jika operasi syarikat terganggu.

Beberapa lama setelah itu, kebetulan saya bertemu dia
lagi. Kali ini wajahnya agak sugul. Perniagaan yang dahulunya
mempunyai lebih 50 pekerja telah dikecilkan kepada kurang dari
10 orang. Rupanya setelah beberapa kali mendapat pulangan
lumayan, beliau menambah skala pelaburannya.

Wang simpanan syarikat juga dilaburkan. Ketika
perniagaan forex bermasalah, syarikat tidak mempunyai
kewangan yang cukup untuk membayar gaji pekerja. Akhirnya
tiada cara lain melainkan mengecilkan perniagaannya. Suatu
perniagaan boleh menghadapi masalah apabila pemikiran
dan budaya niaga BBS tidak diamalkan. Pemikiran hendak
kaya, untung cepat hanya merosakkan perniagaan. Tanpa BBS,
usahawan menjadi tergesa-gesa membuat keputusan.

33

Sekali lagi ditegaskan bahawa objektif berniaga bukan
untuk keuntungan walaupun ianya suatu kemestian. Tujuan
perniagaan adalah untuk memberi manfaat kepada lebih ramai
manusia.

Usahawan Hebat Zaman Ini

“Being the richest man in Steve Jobs dan Mark Zuckerberg
the cementary doesn’t
matter to me. Going to bed antara ikon usahawan moden.
at night saying we’ve
Walau“pMuyngobael wraadsa nedvaelramto pusat
done something kapitjaulsist cdruenaitae,amceormekpaamnye.mApunyai
wonderful, that’s what piLpnieehilmaatltnoielkaagtlibathorghohafaabuntpnetamerrsaoeeppvinfmuelaednIneratmaudnupmeodikasnaoati’nprittieacmpntrmarsaproanerefnmfaimta.dteaaaitsdntufidkanaaairntai.
perniagBauatnit mmeeraenksab. uilding
matters to me.”
-Steve Job something that actually
maSkteesvae realJyobbigs chawngaelaupun
“Menjadi orang terkaya mengalamini thekawnsoerrld.”yang sukar
diperkuburan tidak saya diubati -Mdaarnk Zutcahkeurbekregmatiannya
peduli. Tidur di malam hari
setelah melakukan sesuatu makin hampir, tetap mahu
yang baik, itu yang saya
dmimena“cniMmpfaatetaalamtmtkbeaaiknntansooasyylleoaahgrbiikumabktaa.annrRuauhmaasnigaayia.ar dapat
inginkan.” orang salah anggap seolah-
olah saya tidak peduli kepada
pendapatan dan keuntungan,
Tetapi sebenarnya saya

34bermaksud mahu membina
sesuatu yang membawa
perubahan besar kepada

Lihatlah juga pengaruh

“tfBauecjueinabgnoothakegaryriacnhmgeasndt umirseiaaknadinabpeart- “My goal was never to
btheerhcuebmunegntadrayndboeerskno’mt uni- just create a company. A
mkaatstei rdtoenmgaen. Gmoinugdatoh,becdepat lot of people misinterprate
nmdaiakatnmsndumiaogktunhadrtenaashdsrai.oayrRmietnaekgemlaatchwahiiipnemotg’arveamnendgearetpekarat-
bweordnudae.rful, that’s what that as if I don’t care
about revenue or profit.
matters to me.” ikon
usahaw-SaeSnbteevnheaerJbnoaybta ini telah But it means building
something that actually
menjadikan manfaat sebagai makes a realy big change
ob“jMeekntijfadpi oernaniaggtaearnkaymaereka.
in the world.”
Pdeimpeikrkiruabnurainnitidamk seanyJadikan -Mark Zuckerberg
pmeedruelik.aTidaunrtadri amianlasmanhtaerrikaya
sdeitdeluanhiam. elakukan sesuatu “Matlamat saya bukan hanya
membina syarikat. Ramai
yang baik, itu yang saya
orang salah anggap seolah-
inginkan.” olah saya tidak peduli kepada
pendapatan dan keuntungan,

Tetapi sebenarnya saya
bermaksud mahu membina

sesuatu yang membawa
perubahan besar kepada

dunia.”

35

Menarik Pelabur Arab

Ketika baru memulakan projek pertama di luar negara, saya telah
ke Dubai bertemu dengan rakan-rakan Arab. Saya cuba menarik
mereka untuk melabur di rantau Asia Tenggara. Malangnya
mendengar sahaja nama negara ini, semua menolak mentah-
mentah. Meskipun belum pernah berniaga di situ, mereka selalu
mendengar kisah dan pengalaman buruk dari rakan-rakan yang
berniaga di negara tersebut. Saya yakin jika suasana perniagaan
yang berasaskan BBS wujud di sesebuah negara, pelabur luar
mudah tertarik untuk melabur.

Mempertemukan Dua Usahawan Besar

Saya telah memulakan sebuah projek pembinaan apartmen di
Jakarta. Seorang rakan usahawan dari Oman sempat berkunjung
ke tapak pembinaan. Walaupun tidak melabur dalam projek
ini, beliau meminta saya memperkenalkan dengan rakan
usahasama yang merupakan sebuah syarikat milik pemerintah
untuk menjadi kontraktor di Oman. Mereka dipertemukan.
Akhirnya kontrak pembinaan sebuah projek besar di Oman
dianugerahkan kepada rakan usahasama tersebut. Walaupun
tidak terlibat dalam projek tersebut, saya gembira kerana dapat
membantu menjayakan kerjasama antara rakan-rakan tanpa
sebarang balasan. Gembira dan bahagia melihat kejayaan
rakan-rakan usahawan adalah sebahagian amalan pemikiran
dan budaya niaga BBS.

36

Bantu Rakan Hidupkan Kembali Kolej Swasta

Saya diajak membantu sebuah kolej swasta yang dikendalikan
oleh seorang kenalan. Bersama dua rakan niaga, kami ke
Kota Bharu untuk membuat penilaian. Aset paling mahal di
kolej tersebut hanyalah lesen perniagaan kolej. Sementara
sewa bangunan kolej pula telah beberapa tahun tertunggak.
Kelengkapan pengajaran dan asrama masih ada meskipun telah
usang. Mahasiswanya ketika itu hanya tinggal sekitar 30 orang.

Pendapatan kolej tidak berupaya membayar overhead
(kos perbelanjaan) bulanan. Beberapa pemiutang telah
melakukan tindakan saman di mahkamah. Setelah mendengar
taklimat dan menganalisa keadaan kolej, kami memutuskan
untuk tidak meneruskan pengambilalihan.

Walaupun ada potensi, tetapi kos untuk menghidupkan
kembali kolej ini terlalu besar dan masih banyak masalah yang
tidak jelas. Walaupun telah memaklumkan keputusan menolak
tawaran, pemilik Kolej ini masih terus berharap dan tidak
berputus asa sehingga berulang kali datang ke rumah. Atas
dasar persahabatan, saya cuba meyakinkan rakan-rakan kongsi
yang lain untuk cuba membantu. Persetujuan untuk terlibat
telah dibuat pada bulan April. Agak lewat kerana sesi kemasukan
pelajar telahpun bermula. Beberapa masalah pentadbiran dan
perundangan membuatkan aktiviti pemasaran terganggu.

Pada tahun pertama, kami tidak berjaya mendapat bilangan
pelajar untuk menampung perbelanjaan bulanan. Beberapa
perbelanjaan bulanan kolej begitu besar dan perlu dikendalikan.

37

Pemilik premis akhirnya dapat kami yakinkan untuk
memberi kami tempoh lebih masa. Malah mereka berharap
kita berjaya membangunkan kembali kolej ini. Rekod
kami menaikkan Kolej Uniti Port Dickson mungkin dapat
menambahkan kepercayaan mereka.

MoU Kolej Uniti dan Kolej Jaipetra

Tahun kedua menyaksikan langkah persediaan
pemasaran yang lebih baik. Kolej ini telah berjaya dibangunkan
kembali dan sehingga kini telah mempunyai pelajar melebihi
300 orang. Kini sewa premis berjaya diselesaikan, malah hutang
sewa juga telah dilunasi.

38

Pemikiran dan budaya niaga BBS telah banyak membantu
membangunkan kembali kolej ini. Antara contoh pemikiran ini
adalah:-
1. Nama kolej masih baik walaupun dalam keadaan kewangan

yang tenat.
2. Pemilik premis dan pemberi hutang lain telah memberikan

tempoh masa yang agak lama bagi kolej bernafas.
3. Pihak pengurusan kolej yang baru tetap berkomunikasi

dan bersilaturahim dengan pemilik premis malah sering
melaporkan prestasi kolej dari masa ke semasa.

Kejutan Di Majlis Jamuan Perkahwinan

Seorang kenalan tiba-tiba muncul seraya berkata dengan
nada yang agak lantang, “Anda masih belum membayar hutang
saya”. Terkejut dan malu takut didengari orang ramai di majlis
perkahwinan, saya bertanya dengan baik. “Hutang apa yang
dimaksudkan?” Rupanya hutang kolej yang baru kami ambil alih.
Hutang sudah lama tidak dibayar. Sekarang masih berada dalam
kes mahkamah. Saya berjaya meredakan kemarahan beliau.
Akhirnya suatu persetujuan dicapai iaitu membayar secara
bulan-an. Saman ke atas kolej juga di tarik balik. Janji ditepati,
setiap bulan bayaran dilakukan. Jika ada masalah aliran tunai,
pegawai kewangan kolej akan memaklumkan lebih awal kepada
pemiutang. Alhamdulillah, kini hutang ini sudah habis dibayar.

39

BBS mengajar usahawan berpegang dengan janji. Jika
ada masalah menunaikan janji, usahawan perlu maklumkan
lebih awal agar pemiutang dapat merancang kewangan mereka.
Maklumkan kepada pemiutang sebelum mereka menagih
hutang. Apa yang penting adalah terus menjaga komunikasi.
Mengelak daripada berkomunikasi adalah suatu larangan dalam
pemikiran dan budaya niaga BBS.

Tergesa-Gesa Mengembangkan Perniagaan
Pendidikan

Kami didatangi seorang pemilik kolej yang mahu membesarkan
perniagaannya. Beliau ingin membeli kolej kami. Rupanya telah
banyak kolej-kolej yang dibeli. Kejayaan yang mereka capai hasil
program kejururawatan ingin mereka kembangkan. Kebetulan
ketika itu kolej kami juga berada pada situasi kewangan yang
agak tenat.

Perkembangan pesat kolej itu agak membimbangkan.
Jika hanya memikirkan keuntungan, dengan menjual kolej
kami adalah merupakan keputusan yang baik. Cuma setelah
meneliti model perkembangan pesat kolej ini dan pemiliknya
yang merupakan seorang kontraktor binaan, kami tidak jadi
meneruskan penjualan ini.

Memang benar jangkaan kami, strategi perkembangan
kolej tersebut telah gagal bertahan. Kerana apabila berlaku
perubahan polisi terutama polisi kewangan oleh kerajaan, kolej
ini tersungkur. Nama kolej tersebut sudah tidak dipercayai lagi.

40

Banyak pihak mengalami kerugian termasuk pelajar-
pelajar yang menanggung hutang pendidikan. Memang sedih
melihat peristiwa ini. Sikap tergesa-gesa yang biasanya didorong
oleh keuntungan akan dapat dibendung jika kita mengamalkan
pemikiran dan budaya niaga BBS.

Tergesa-Gesa Telah Memerangkap Kami

Syarikat kami juga pernah terperangkap apabila tergesa-gesa
mengembangkan pendidikan vokasional (MLVK) yang baru
diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Pada awalnya program MLVK di Jalan Tunku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur membawa kejayaan. Setelah melihat peluang
perniagaan ini, syarikat telah membuka cawangan di Sungai
Petani dan Johor Bahru. Malangnya KSM telah merubah pe-
rancangan mereka secara mendadak. Banyak kolej tersungkur
akibat perubahan ini. Malah kolej kami juga terpaksa ditutup.
Pemikiran BBS ini melatih sifat sabar yang boleh membendong
sifat tergesa-gesa.

41

Tergesa-Gesa Membina Empayar Pelbagai
Perniagaan Mengundang Padah

Banyak contoh-contoh kegagalan perniagaan akibat sikap
tergesa-gesa. Empayar perniagaan didokong pimpinan
politik juga tidak terkecuali. Rakan saya pernah digelar
“man with midas touch” sebelum kegawatan 1997, telah
tersungkur. Perniagaannya bermula di Amerika dalam bidang
kewangan. Setelah tamat pengajian beliau pulang ke Malaysia.
Perniagaannya dikembangkan di Malaysia. Kejayaan perniagaan
kewangannya di Amerika menyebabkan rakan Arab turut
melabur.

Perkembangan perniagaannya sungguh menakjubkan.
Dalam masa yang singkat, perniagaannya menjalar ke bidang
pembinaan, mall, hartanah dan lain-lain.

Kegawatan ekonomi 1997 dan kegawatan politik
Malaysia 1998 telah menghancurkan empayar perniagaannya.
Kini, dimaklumkan beliau hanya menumpukan perniagaannya
dalam kepakarannya iaitu kewangan.

Begitulah apabila akar pohon sesebuah perniagaan tidak
kuat, badai yang kecil pun boleh menggugat, apatah lagi ribut
taufan. Pemikiran BBS menjadikan usahawan lebih berhati-hati
dan tidak tergesa-gesa mengembangkan perniagaan, tetapi
tidak bermakna takut mengambil risiko.

42

Sanggup Membakar

Klinik dan hospital dipenuhi pesakit asma. Penjualan alat
penyaman udara melonjak. Topeng penutup muka laris di
pasaran. Usahawan kelapa sawit yang bermotifkan keuntungan
sanggup melakukan pembersihan kawasan hutan dengan
menggunakan kaedah pembakaran terbuka. Ini kerana, cara
ini dapat mengurangkan kos penanaman dan menjanjikan
keuntungan. Jerebu yang dihasilkan menyusahkan kehidupan
manusia sehingga menyebabkan asma atau lelah, batuk bahkan
kematian tidak dihiraukan.

Keuntungan menjadi motif utama. Masyarakat dan negara
akhirnya terpaksa menanggung beban akibat peniaga yang
menjadikan keuntungan sebagai objektif perniagaan.

Hospital Swasta Dan Pemikiran BBS

“Mujur saya dapatkan pandangan ke dua.”Begitulah kata seorang
rakan ketika saya menjenguk beliau di sebuah hospital swasta
lebih 5 tahun lalu. Beliau ke hospital swasta kerana mengadu
sakit perut dan perlu menjalani pembedahan usus. Terdetik
untuk mendapatkan pandangan kedua, setelah diperiksa, doktor
mendapati beliau tidak perlu dibedah, malah, sihat sehingga
sekarang.

43

Teringat juga peristiwa seorang jiran yang telah menjalani
pembedahan usus di sebuah hospital swasta. Pembedahan perlu
diulang kali kedua akibat kebocoran usus. Kos pembedahan dan
rawatan meningkat dari RM 9,000 ke hampir RM40,000. Lama
beliau di hospital, keadaannya masih belum sihat juga. Bimbang
akan kos rawatan meningkat lagi, beliau minta dipindahkan
ke hospital kerajaaan di Cheras. Agak mengejutkan. Selang
beberapa hari dia sudah dibenarkan pulang dalam keadaan
sihat. Kos rawatannya hanya sekitar RM300.

Apabila pemikiran BBS ini tidak diamalkan, nyawa
manusia menjadi taruhan.

Sengaja Lewatkan

Bayaran dari pelanggan sudah diterima. Mengikut persetujuan,
bayaran kepada pembekal akan dibayar dalam masa 2 minggu.
Malangnya, apabila wang masuk, pembayaran kepada pembekal
tidak dibuat. Malah wang yang diperolehi dilaburkan atau
disimpan dalam simpanan tetap (fix deposit).

Ini sering terjadi. Usahawan kurang meletakkan
kepentingan untuk membuat pembayaran kepada pembekal.
Atau sering melewati tempoh pembayaran. Peniaga seperti
ini tidak akan dipercayai dan dihormati pembekal. Pembekal
biasanya hanya menjual secara tunai kepada usahawan sebegini.
Jika diberi kredit harganya pasti lebih tinggi.

44

Mulut pembekal juga tidak dapat dihalang.
Pembekal-pembekal lain akan tahu tentang tabiat buruk
ini. Kemungkinan pembekal lain juga tidak mahu berurusan
dengan usahawan tersebut atau menaikkan harga jualan. Ini
sudah pasti menjejaskan keuntungan perniagaan malah boleh
menyebabkan kegagalan.

Seorang usahawan yang berfikiran dan berbudaya niaga
BBS akan membuat pembayaran mendahului tarikh persetujuan.
Jika ada masalah, usahawan ini akan memaklumkan lebih
awal sebelum ditanya pembekal. Ini membolehkan pembekal
mengatur pembayarannya kepada pihak lain. Ini melahirkan
kepercayaan yang merupakan aset terpenting seorang
usahawan.

BAGAIMANA MENERAPKAN PEMIKIRAN & BUDAYA
NIAGA BBS DALAM ORGANISASI PERNIAGAAN

Kejayaan menerapkan pemikiran budaya niaga BBS menjadikan
syarikat berdaya tahan dan berdaya saing. Berikut adalah
tindakan yang perlu diambil untuk menerapkan pemikiran
budaya niaga BBS dalam organisasi perniagaan:-
Pemikiran dan budaya BBS perlu diyakini, dan diamalkan oleh:-

• Pemegang Saham syarikat

• Lembaga Pengarah syarikat

• Pengurusan Tertinggi syarikat

• Seluruh Anggota atau warga syarikat

45

Sistem dan polisi syarikat perlu digubal bagi membantu
melahirkan budaya ini:-

• Index penilaian prestasi perlu mengambil kira amalan
BBS, dan bukan hanya pencapaian keuntungan

• Polisi pembayaran kepada pembekal dan orang lain
perlu dibuat dengan jelas.

Penerangan dan latihan perlu dilakukan dengan memberi
penekanan kepada tajuk berikut:-

• Memahami bulatan manfaat syarikat.
• Memberi kefahaman kepada semua kakitangan syarikat

bahawa gaji mereka sebenarnya di-bayar oleh pelanggan.
• Membentuk sifat-sifat baik di kalangan warga organisasi

seperti sabar, tawadhu’, berbudi bahasa, sopan, dan
ringan tulang.
• Menilai kepuasan pelanggan.
• Memahami untung rugi dan implikasi kepada syarikat.

46

BAB 3:
APA ITU PEMIKIRAN
DAN BUDAYA NIAGA

O

47

Huruf kedua dalam BOSSON FC adalah huruf “O” yang bererti
OBJEKTIF. Pemikiran dan budaya niaga “O” ini penting bagi
kejayaan perniagaan. Ia melahirkan usahawan yang berbudaya
sasaran dalam setiap aktiviti atau keputusan yang dilakukan.
Semua aktiviti serta keputusan organisasi perniagaan perlu
berada dalam ruang lingkup objektif serta wawasan yang
dipersetujui kepimpinan dan didokong oleh semua warga
organisasi.

Organisasi perniagaan harus berfikiran dan berbudaya
objektif. Ia perlu mempunyai perancangan jangka panjang dan
jangka pendek. Apa yang ingin dicapai dan dilakukan dalam
selang masa tertentu per-lulah ditulis, diketahui dan difahami
oleh semua warga organisasi. Sasaran perlu dirangka secara
kuantitatif dalam tempoh waktu tertentu agar boleh dinilai
pencapaiannya.

Apabila pemikiran objektif dalam kalangan semua
warganya termasuk pengarah, pengurusan dan pekerja berjaya
dilahirkan, organisasi bakal menikmati perkara-perkara berikut:-

HASIL PEMIKIRAN OBJEKTIF:

Warga kerja lebih yakin diri Lebih mudah membuat
terutama apabila berjaya keputusan yang diperlukan
terutamanya ketika situasi
mencapai sasaran
getir

Suasana ‘menang-menang’ 48 Kejayaan lebih mudah

dihasilkan diukur

terutama apabila berjaya keputusan yang diperlukan
mencapai sasaran terutamanya ketika situasi

getir

Suasana ‘menang-menang’ Kejayaan lebih mudah
dihasilkan diukur

Syarikat akan lebih berdaya Membentuk usahawan
maju dan berdaya tahan yang memahami kehendak

pasaran & rakan niaga

Idea kreatif lebih banyak
terhasil

Bangkit Kembali Menggunakan Pemikiran “O”

Keyakinan warga kepada organisasi sangat rendah. Semangat
dan motivasi bekerja berada ditahap membimbangkan. Sikap
pesimistik menguasai organisasi. Keadaan boleh saya istilahkan
sebagai tahap pengurusan krisis. Kolej berada di takuk yang
lemah. Kebanyakan kakitangan kurang keyakinan dengan
kemampuan orga-nisasi. Setiap cetusan idea baru dipandang
sepi. Ada yang sudah mendapat pekerjaan lain. Tidak kurang ada
yang mencari alternatif. Itulah keadaan ketika saya mengambil
alih pengurusan Kolej Uniti Port Dickson.

49

Objektif utama saya ketika itu adalah mengembalikan
keyakinan diri warga organisasi. Beberapa strategi dan pelan
tindakan dirancang. Strategi 3 tahun telah dibuat untuk
mengembalikan motivasi dan keyakinan ini. Sekiranya usaha ini
gagal, saya perlu melakukan perubahan lebih besar melibatkan
pemberhentian ramai pekerja.
Kerjasama dengan pihak luar diusahakan. Kesediaan pihak
luar bekerjasama dengan UNITI bakal menaikkan semangat
kakitangan kolej. Memorandum persefahaman dengan Institut
Gurian dari Amerika Sya-rikat bagi memperkenalkan konsep
baru dalam bidang Pra Sekolah telah ditandatangani. Ianya
dijenamakan sebagai HBNG iaitu Helping Boys Nurturing Girls.
Kolej UNITI juga telah bekerjasama dengan syarikat dari Itali
iaitu Pergaminelli Design Academia (ringkasnya PDA) untuk
menawarkan kursus diploma rekabentuk grafik dan produk ala
Itali.

Signing Memorandum of Agreement

50


Click to View FlipBook Version
Previous Book
สรุปรายงาน ศยช.ธารน้ำทิพย์
Next Book
LIONS HOSPITAL APRIL 2022 NEWSLETTER