Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
SESI AKADEMIK 2020/2021 (SEM1/ A202)
DIPLOMA PASCASISWAZAH (PENDIDIKAN ISLAM)
KOHOT KE-6 (SEMESTER 1)
EEA 7103
PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH
PENSYARAH
DR. HAYATI BINTI ISMAIL
JURNAL MINGGUAN
Nama Pelajar: Ezzah Syahira Binti Halim
Nombor Matrik: 2202560
Baca Buku di anyflip
1
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
MINGGU 1 (4 APRIL 2021)
Tajuk: MATLAMAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Pada tarikh enam haribulan April tahun 2021 ini bakal menjadi tarikh keramat buat diriku. Buat
julung kalinya, saya menulis jurnal. Awalnya, saya meragui akan keputusan yang dibuat untuk
meneruskan pengajian dalam diploma pendidikan ini. "Guru adalah agen perpaduan yang
menjadi cita-cita dalam Rukun Negara." Namun, kata-kata inilah yang terus memberikan saya
keyakinan dan keazaman untuk menimba ilmu dalam bidang perguruan agar dapat mendidik
anak bangsa dengan metode yang betul.
Ketamadunan sesebuah bangsa itu dilihat pada tahap pendidikan warganya. Jadi, betapa
pentingnya seorang pendidik itu memahami dasar dan matlamat pendidikan bagi membina
sebuah tamadun negara. Saya terkesan dengan kupasan berkenaan Rukun Negara oleh Dr.
Hayati. “Berapa ramaikah kenalan kamu daripada kaum selain kaum Melayu yang ada dalam
senarai akaun kenalan dalam telefon pintar kamu?” Pertanyaan ini diajukan oleh Dr. Hayati
yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa Utama merangkap Pengarah
Kolej GENIUS Insan, Universiti Sains Islam Malaysia.
Hal ini benar-benar membuka minda saya untuk menjadi pendidik yang turut membantu
mencapai matlamat pendidikan kebangsaan. Pada suatu ketika dahulu, pernah terlintas dalam
fikiran saya, apakah sumbangan yang pernah saya berikan kepada agama dan bangsa?
Tambahan pula, negara kita unik dengan berbilang bangsa. Selama saya mengajar di sebuah
sekolah rendah, peluang dan ruang yang saya ada sebagai pendidik ini seharusnya
dimanfaatkan dalam membina generasi yang bukan sahaja baik rohaninya malah turut menjadi
individu yang memberi sumbangan dalam keharmonian dan kemakmuran negara.
2
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
Teringat saya akan satu peristiwa dalam perang Badar di mana, Rasulullah SAW pernah
memerintahkan tawanan perang Badar yang berkebolehan supaya mengajar 10 orang kanak-
kanak Islam sehingga mereka tahu membaca dan menulis sebagai syarat menebus diri. Satu
integrasi ilmu daripada sejarah Islam yang menunjukkan kepentingan pendidikan. Pastinya
yang menjadi tawanan dalam perang Badar ketika itu adalah bukan daripada mereka yang
beragama Islam. Tetapi, Baginda Rasulullah SAW memilih kaedah pendidikan bagi
mewujudkan keharmonian antara orang Islam dengan bukan Islam.
Berdasarkan setiap peristiwa, atau aspek yang dibincangkan dan dikongsikan oleh rakan-
rakan dalam kelas pertama ini, saya pelajari bahawa sistem pendidikan kebangsaan sudah
merangkumi pelbagai aspek utama untuk membentuk individu. Namun, matlamat ini tidak
mampu dicapai tanpa sokongan dan keazaman daripada warga pendidik yang seharusnya
menggalas amanah ini dengan sebaiknya.
3
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
MINGGU 2 (11 APRIL 2021)
Tajuk: DEFINISI KURIKULUM
Saya kira, bagi semester satu ini, subjek EEA7103 menjadi subjek kesukaan saya. Bukan
kerana mudahnya subjek ini untuk difahami atau topiknya kena dengan minat saya. Tetapi,
pensyarah yang mengajar telah berjaya menjentik sekali lagi semangat saya untuk terus
mendidik anak bangsa. Anak bangsa lah yang akan menjadi pewaris bagi generasi kita untuk
terus membina tamadun bagi negara Malaysia tercinta ini.
Imbas kembali pada zaman sekolah dahulu. Matematik merupakan subjek yang paling
saya minat, bukan pada nombor dan formulanya, tetapi guru yang mengajar itu sentiasa
bersemangat sehingga saya berjaya capai ke tahap sekarang. Walaupun profession ini tidak gah
pada pandangan segolongan masyarakat kita, namun ia adalah satu kerjaya yang sangat
dibanggakan oleh Guru Matematik saya. Pesan beliau, "Pergi temuduga cikgu, usah mereka-
reka dengan jawapan yang di tanya oleh ahli panel. Bagi mak, cuma satu, mak nak ajar anak
murid mak tentang sesuatu itu dengan kefahaman yang boleh memberi manfaat untuk
sepanjang kehidupan anak murid mak." Itulah cikgu yang mendidik saya sejak dari alam rahim
lagi.
Menjadi seorang guru, mungkin nampak mudah. Masuk kelas, buka buku dan menulis
di papan putih. Matlamat menjadi pendidik bukan cukup bulan, masuk gaji. Namun, lebih besar
tanggungjawab dan amanah yang perlu digalas. ^Berguru demi ilmu, bina generasi baharu^.
Lihat sahaja pada tema sambutan Hari Guru pada tahun 2020. Tema ini menyentuh peranan
guru dalam memperkasa keilmuan dan professionalisme bagi membina generasi baharu negara
yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Petikan daripada
mysumber.com.
4
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
Sekolah itu terbentuk dengan adanya kemahiran yang ingin diajar, golongan yang ingin
belajar, dan mereka yang mahir untuk mengajarkan kemahiran atau sesuatu ilmu. Satu
tambahan ilmu yang saya dapati bagi unit kedua ini ialah tentang filosofi sekolah itu sendiri.
Sekolah merupakan satu tempat di mana berlakunya pertukaran ilmu. Mengikut statistik yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di portal rasmi nya, pada tahun 2020,
sebanyak 10, 220 buah sekolah kebangsaan yang ada di negara kita. Dalam satu negara, ada
satu falsafah pendidikan. Justeru, bagi merealisasikan falsafah tersebut, perlunya satu
kurikulum standard bagi diimplimentasikan di semua sekolah.
Kurikulum merupakan salah satu komponen yang sangat penting dalam sistem
pendidikan, kerana kurikulum merupakan alat untuk mencapai tujuan sekaligus sebagai
pedoman dalam pelaksanaan pendidikan pada semua jenjang tingkat pendidikan. Pun begitu,
amat penting bagi kita terutamanya yang beragama Islam untuk memastikan kurikulum itu
seharusnya berlandaskan pendidikan Islam.
Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan kepada kalian
dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan
keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi ” (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum
Arabiyyah)
Kelas saya pada kali ini memberi kesan kepada saya tentang disiplin ilmu itu sendiri.
Dalam setiap patah kata harus ada dalil nya. Apatah lagi dalam setiap penulisan yang perlu
datang dengan fakta dan rujukan daripada Sumber yang benar. Maka, dalam kurikulum yang
digubal, pastinya ada asas dan matlamat yang dituju. Sebagai pendidik, perlu memahami setiap
kurikulum yang tertulis agar kemenjadian murid bagi negara kita dapat di capai.
5
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
MINGGU 3 (18 APRIL 2021)
Tajuk: TEORI PENGAJARAN DAN MODEL PEMBELAJARAN
Kelas kali ini membuatkan saya terpanggil untuk menonton kembali filem 'The Miracle
Worker'. Satu filem yang menunjukkan kegigihan, cinta dan keras kepala, Annie, seorang guru
menerobos dinding kesunyian dan kegelapan Keller, anak muridnya yang bukan sahaja buta
malah pekak sehingga mampu bekomunikasi. Satu kisah benar yang perlu ditonton oleh
seorang pendidik. Jika saya ingin bedah dan tadabbur filem ini, tentunya sudah saya hasilkan
satu cerpen.
Namun, yang pasti, kelas Dr. Hayati tak pernah mengecewakan. Pasti ada 'take home
massage' yang saya jadikan panduan. Kata doktor, “Kita harus melihat murid untuk 20 tahun
akan datang.” Itulah yang selayaknya untuk menjadi seorang murabbi. Lihat sahaja Murabbi
agung kita, Junjungan Mulia Muhammad SAW, bagaimana Baginda memandang Umar Ibn Al
Khattab untuk kehadapannya. Dari seorang yang bercita - cita membunuh seorang Nabi, tetapi
di akhir riwayatnya menjadi Khalifah yang mendambakan syurga tertinggi.
Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah ﷺbersabda :
إِذَا فَقُ ُهوا. ِخيَا ُر ُه ْم ِفي ا ْل َجا ِه ِل ّي ِة ِخ َيا ُرهُ ْم فِي ال ِإ ْسلاَ ِم،الناس معادن
Yang bermaksud: “Manusia seperti logam; hebatnya ketika dalam kejahilan; akan terserlah
jua kehebatannya sekiranya islam (malah lebih lagi); jika mereka ‘faham’.” [HR Bukhari]
6
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
Teknik atau kaedah ini sangat ditekankan dalam Al Quran. Sebagai contoh dalam Firman
Allah SWT yang bermaksud:
Dan Dia telah menundukan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya,
(sebagai rahmat) dari padanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat
tanda tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir. (Al-Quran Surah Al-Jathiyah: 13)
Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat
dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari
manfaatnya”. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “Yang
lebih dari keperluan”. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu
berfikir. (QS.Al-Baqarah: 219)
Dengan berfikir, membuatkan kita akan mencari sesuatu sehingga dapat dan puas. Namun,
pemikiran itu tidak akan datang tanpa pertanyaan. Jadi, sebagai guru, kita perlulah melatih diri
kita agar dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran berfikir aras tinggi. Kemahiran ini bukan
sahaja mampu melahirkan pelajar cemerlang di peringkat sekolah, malah melahirkan lebih
ramai lagi pemimpin yang dapat memajukan sesebuah entiti masyarakat umumnya dan ummah
secara khususnya.
15
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
MINGGU 7 (30 MEI 2021)
Tajuk: PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Pantas sungguh masa berlalu. Minggu ketujuh kali ini agak mencabar. Almaklumlah, seminggu
bercuti hari raya, ditambah pula seminggu cuti pertengahan semester. Alhamdulillah, semangat
belajar masih ada, apatah lagi kuliah bersama Dr. Hayati. Kenapa begitu? Mungkin cara
pendekatan yang digunakan oleh Dr. Hayati memberi kesan di sudut hati membina jati diri
seorang pendidik.
Doktor memulakan kuliah dengan mengulang dan bertanya kembali berkenaan unit-unit
yang telah dipelajari sebelum ini. Begitu lah tugas pendidik. Bukan sekadar menghabiskan
waktu nya cukup satu masa atau dua masa dalam satu tempoh pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas, tetapi seluruh masa nya perlu dikorbankan untuk anak didik. Dr. Hayati berkongsi
pengalaman beliau dalam mengendalikan Kolej Genius Insan. Tambahan dalam cabaran
pendidikan sekarang, kita berdepan dengan pengajaran dan pembelajaran secara maya, tidak
bersemuka. Doktor menceritakan usaha seorang guru membantu menyediakan wifi atau data
secukupnya bagi memastikan semua pelajar tiada yang ketinggalan dalam pelajaran.
Sesuai dengan tajuk kuliah minggu ini, iaitu berkenaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
atau lebih dikenali dengan panggilan PBS. PBS merupakan satu sistem yang bersifat lebih
holistik kerana menilai Aspek-Aspek yang merangkumi pelbagai aspek dalam membentuk
kemenjadian murid. Antara aspek-aspek yang dinilai ialah seperti kognitif, afektif, psikomotor,
dan sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Teringat saya akan peringatan atau nasihat doktor berkenaan ciri-ciri seorang Sarjana.
Dalam setiap kata-katanya perlu ada sumber, data, dan sudut pandang. Daripada sudut pandang
itulah yang mengahadirkan ciri-ciri kebijaksaan dan wibawa seseorang yang berilmu pada
16
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
peringkat Sarjana. Seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 190 yang
bermaksud: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam
dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal”.
Pada perkataan orang yang berakal itu diistilahkan sebagai Ulul Albab. Bagi seorang
yang mempunyai pengetahuan dalam sesuatu bidang, mereka mampu mengeluarkan sumber
dan data dalam apa-apa tindakan. Namun, bagi mereka yang mampu mengeluarkan satu sudut
pandang,, itulah golongan yang berfikir.
Berbalik kembali kepada tugas seorang pendidik dan topik ketujuh ini. PBS merupakan
satu sistem yang perlu dikuasai oleh guru agar kemenjadian murid dapat dibina bukan hanya
sekadar kemahiran-kemahiran tertentu sahaja seperti menghafal atau kemahiran berfikir aras
rendah, malah sehingga ke tahap mampu memandang sesuatu dengan lebih bijaksana.
Hal ini membuatkan saya mengimbas kembali wajah anak-anak didik saya. Mereka
bukan lagi berada di zaman peperiksaan yang menjadi saingan dan tanda kecemerlangan
seseorang. Target dan matlamat seorang penuntut ilmu bukan hanya mampu menjadi penghafal
yang mahir dalam menghafal, tetapi lebih utama lagi menjadi golongan yang mampu berfikir
dengan lebih jauh lagi. Teringat saya ketika hendak mengajar subjek Feqah berkenaan solat.
Matlamat saya bukan hanya terbatas setakat cukup anak murid saya menghafal dan mengulang
kembali senarai rukun-rukun solat yang mereka tahu. Lebih daripada itu, mereka benar-benar
melaksanakan solat tersebut.
Sebagai kesimpulan dan pengajaran yang saya peroleh untuk unit ketujuh ini, guru perlu
sentiasa memikirkan kehadapan dengan membina kemenjadian murid dan menjadikan
Falsafah Pendidikan Negara sebagai asas utama dalam pendidikan.
17
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
MINGGU 8 (7 JUN 2021)]
Tajuk: PENERAPAN NILAI MERENTAS KURIKULUM & PEND.ISLAM
Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan sekuliah telah pun memasuki minggu kelapan. Berbaki
lagi enam minggu untuk mengakhiri semester satu. Seperti biasa, Dr. Hayati memulakan
Kuliah dengan bertanyakan kami akan isu terkini berkenaan pendidikan. Antara isu yang kami
bincangkan adalah berkenaan keputusan SPM yang akan keluar tidak lama lagi, seperti mana
Keratan akhbar yang dipetik daripada astroawani.com.
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan
diumumkan pada 10 Jun 2021, Khamis depan.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, mengumumkan perkara itu dalam satu
perkongsian video pendek di laman Facebooknya, hari ini.
Kemudian, kuliah diteruskan dengan bacaan jurnal mingguan daripada 2 orang wakil pelajar.
Usai mereka membaca jurnal mereka, “Sila berikan komentar anda sebagai seorang Pasca
Siswazah,” pinta Dr. Hayati. Itulah kata-kata yang serving digunakan oleh doktor untuk
mengingatkan kami. Setiap kata-kata yang dinyatakan mestilah ada sumber nya, data dan juga
satu sudut pandang yang lahir dari pemikiran kita, sebagai seorang pasaca Siswazah.
Saya mengagumi setiap teknik dan penyampaian doktor. Sejak dari awal kuliah lagi,
doktor pasti akan memberi pesanan atau motivasi yang membuka minda saya dalam dunia
pendidikan. Sesuai dengan tajuk kuliah pada minggu ini, iaitu penerapan nilai merentas
kurikulum. Penerapan nilai ini sangat penting kerana ia merupakan tunjang dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
18
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
Terdapat 6 elemen merentas kurikulum (semakan 2017, Modul Pentaksiran Bilik Darjah- muka
surat 101). Antaranya bahasa, kelestarian alam sekitar dan nilai murni. Saya tertarik untuk
menyentuh berkenaan elemen bahasa. Semasa kuliah, Dr. Hayati memberi penekanan
berkenaan elemen ini. Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk menggunakan
bahasa pengantar yang betul bagi semua mata pelajaran. Dr. Hayati menceritakan pengalaman
beliau ketika menyelia seorang pelajarnya yang berasal dari Kelantan. Kata doktor, beliau
hampir menggagalkan pelajar tersebut kerana menggunakan hampir 80% percakapan dalam
dielek tempatan.
Pada awalnya saya tidak bersetuju dengan kenyataan doktor. Bagi saya, jika kita
mengajar di sebuah sekolah yang majoritinya masyarakat tempatan, seharusnya menggunakan
bahasa mereka agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Namun, setelah saya amati kembali dengan mengimbas unit-unit yang telah dipelajari dan
membuat beberapa rujukan berkenaan penggunaan bahasa dalam pdp. Maka hal ini
membenarkan kata-kata doktor.
19
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
Saya teringat bilamana mak menceritakan pengalaman saya ketika menjawab peperiksaan pada
tahun pertama persekolahan. Arahan soalan adalah untuk membina ayat berdasarkan gambar
yang diberikan. Ayat saya ialah “Saya berjaya ‘igat’ rama-rama itu.” Perkataan ‘igat’
bermaksud menangkap. Di sini, saya bukanlah ingin perlekehkan dielek tersebut. Tetapi
penggunaan bahasa yang formal dalam pdp memainkan peranan yang sangat penting.
Keenam-enam elemen yang disenaraikan sebagai elemen merentas kurikulum menjadi
tanggungjawab kepada guru bagi merealisasikan matlamat pendidikan di samping peranannya
itu sendiri memberi kesan kepada generasi akan datang.
Penerapan nila-nilai merentas kurikulum sangat penting apatah lagi kita sebagai umat
Nabi Muhammad SAW. Allah telah mengutuskan kita seorang Nabi sebagai contoh jelas untuk
kita menjalani kehidupan di muka bumi ini. Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Al-
Quran:
َْل َقدْْ َكا َنْلَ ُكمْ ِفيْ َر ُسو ِلَّْل هلاِْأُس َوةٌْ َح َس َنةٌْ ِل َمنْ َكا َنْ َير ُجوَّْل هل َاْ َوال َيو َمْاْل ِخ َرْ َوذَ َك َرَّْل هل َاْ َكثِي ًرا
Maksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang
baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari
akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan
senang. (Surah Al-Ahzab, 33:21)
Bersandarkan ayat di atas, jelas menunjukkan sifat keperibadian Rasulullah yang baik
sekaligus menjadi contoh yang perlu diikuti oleh seluruh umat Islam di dunia ini.
Menurut Imam al-Ghazali, “Akhlak merupakan gambaran tentang keadaan dalam diri manusia
yang telah sebati dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan senang tanpa
memerlukan pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat
20
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
besar dalam membentuk tingkah laku manusia. Apa saja yang lahir dari manusia atau segala
tindak-tanduk manusia adalah sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya.”
Kata-kata Imam Al Ghazali ini menunjukkan bahawa guru berperanan menyampaikan nilai-
nilai akhlak yang betul dan benar bagi setiap pendidiknya yang bermula dengan contoh
daripada diri sendiri terlebih dahulu.
21
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
MINGGU 9 (14 JUN 2021)
Tajuk: PERSEDIAAN RANCANGAN MENGAJAR
Buat pertama kalinya, kuliah Dr. Hayati dilaksanakan secara tidak segerak. Tetapi kerana
keprihatinan seorang pensyarah terhadap anak didiknya, Dr. Hayati tetap mengadakan
pertemuan walaupun secara atas talian untuk berbincang berkenaan tugasan yang diberikan
walaupun untuk masa yang singkat. Pada minggu ini, masing-masing semakin aktif dan rancak
berbincang, tidak ketinggalan juga kumpulan saya. Pelbagai perasaan hadir kerana tarikh akhir
menghantar segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah bagi semester pertama ini berbaki 1
minggu sahaja. Bukan itu sahaja, kami juga perlu bersedia untuk peperiksaan akhir semester
satu dan tentunya pelbagai perasaan juga menanti setelah masuk semester kedua nanti, di mana
segala ilmu teori yang dipelajari bakal dipraktikkan tidak lama lagi.
Setiap teknik dan kaedah pengajaran yang ditunjukkan oleh Dr. Hayati saya amati dan
melihatnya sebagai contoh untuk menjadi guru nanti. Pada minggu ke sembilan ini, unit yang
bertajuk Rancangan Pelajaran Harian tidak asing lagi bagi seorang guru. Rancangan Pelajaran
Harian (RPH) merupakan satu panduan berstruktur bagi guru melaksanakan proses Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) dengan berkesan di bilik darjah. Merancang pengajaran sangatlah
penting supaya objektif Pdp dapat dicapai, malah dengan penyediaan RPH juga dapat
meningkatkan keyakinan guru sebelum memulakan sesi pdp.
Seperti kata pepatah Inggeris: If you fail to plan, you are planning to fail. Perancangan
adalah merupakan perkara terpenting sebelum melakukan sesuatu. Pastinya, dalam Islam
sangat mementingkan tentang perancangan. Lihat sahaja bagaimana Baginda SAW merancang
dan meyusun strategi Baginda dalam menyampaikan dakwah. Begitu juga kita, sebagai guru,
perlu ada perancangan untuk mengajar.
22
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
Teringat saya sewaktu pertama kali masuk ke kelas untuk mengajar. 30 minit untuk satu
sesi Pdp terasa begitu lama sehingga saya benar-benar kekeringan idea untuk mengutarakan
sebarang kata-kata dan tidak sabar menunggu untuk loceng tamat kelas berdering. Dengan
perancangan yang baik, saya bukan sahaja dapat memastikan objektif tercapai, malah
perancangan yang tersusun juga dapat memberi motivasi untuk mendidik. Anak-anak didik
juga tidak sabar untuk berjumpa pada sesi kelas seterusnya.
Islam sering kali menyarankan umatnya supaya sentiasa melakukan perancangan
terlebih dahulu dalam setiap perkara kerana Islam adalah sebuah agama berpandukan sistem
dan aturan yang sempurna. Hal ini dapat diperhatikan melalui penyusunan sistem ibadah Islam
seperti solat, puasa, zakat dan Haji yang dilaksanakan berdasarkan dasar-dasar serta kaedah
perancangan dan penyusunan yang sempurna. Walaupun Islam tidak menetapkan secara
khusus teori perancangan strategik, tetapi Islam telah terlebih dahulu menjalankan teori
perancangan strategik yang dicipta oleh para sarjana Barat. Sememangnya terdapat pendekatan
Islam di dalam perancangan strategik walaupun istilah ini sendiri tidak diwujudkan di dalam
Islam.
Perancangan juga mempunyai prosesnya yang tersendiri.
1. Pertama ,mengenalpasti matlamat atau objektif bagi aktiviti yang bakal
dilaksanakan.
2. Kedua, menilai keupayaan sumber dan persekitaraan.
3. Ketiga membuat pelan tindakan untuk rancangan yang ingin dilaksanakan.
Melihat akan proses perancangan ini, menyedarkan saya akan satu perkara berkenaan RPH
yang mana pernah satu masa, RPH dianggap suatu yang memberi bebanan dan tambahan kerja
23
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
pengkeranian kepada para guru. Hakikatnya, merancang pengajaran bukanlah tugasan
tambahan malah seharusnya menjadi kemestian untuk seorang guru berjiwa pendidik.
Sebagaimana yang telah dipelajari dalam Unit 5, guru berperanan memastikan aspirasi
negara dapat dicapai melalui proses terjemahan kurikulum dalam Pdp. Maka, kita mengajar
bukan hanya ingin menghabiskan silibus, atau menyampaikan ilmu semata-mata, tetapi lebih
utama daripada itu adalah, membina generasi yang akan mewarisi tamadun sesebuah negara.
24
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
MINGGU 10 (20 JUN 2021)
TAJUK: PEMBETULAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Ternyata, semakin menghampiri garis penamat bagi semester pertama ini, semakin pantas
jantung ini berdegup. Dalam penceritaan, akan ada satu plot klimaks bagi menjadikan sebuah
karya tersebut menarik untuk di tonton atau dibaca. Begitu juga perjalanan cerita saya dalam
Diploma Pasca Siswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) atau DPPPI.
Pada pagi ini, saya memulakan hari dengan tenang membelek paparan skrin untuk
membaca mesej yang masuk di laman Whatsapp. Bacaan saya terhenti apabila mendapat mesej
daripada Dr. Hayati yang berbunyi: ((Guys journal minggu ni about RPH)) maka, pagi yang
tenang bertukar menjadi ribut. Saya bergegas mendapatkan papan kekunci untuk menyiapkan
tugasan mingguan ini.
Pada minggu lalu, Dr. Hayati memberi penekanan kepada Rancangan Pengajaran Harian
(RPH). Doktor memberi komen berkenaan RPH yang merupakan tugasan berkumpulan pada
minggu kesembilan. RPH kumpulan kami menjadi pilihan doktor untuk dibincangkan dengan
semua. Pada awalnya, saya dan rakan-rakan sekumpulan merasa malu, namun, memikirkan
teguran yang diberikan tiada lain melainkan untuk penambahbaikan, kami merasa lega. Tetapi
perasaan itu tidak lama apabila doktor mengingatkan kami bahawa pembetulan yang dibantu
dengan lengkap dan terperinci itu bukan percuma. Kami perlu membuat (lakonan pengajaran)
yang terbaik tentunya.
Antara kesalahan utama kumpulan kami adalah berkenaan hasil pembelajaran. Jika hasil
pembelajaran tidak kena dengan Standard Pengajaran, maka seluruh Rancangan Pengajaran
Harian perlu diubah. Saya imbas kembali berkenaan merancang hasil pembelajaran yang telah
dipelajari dalam Unit 5, pada muka surat 64. Petikan tersebut menyatakan:
25
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
Bagi memastikan aspirasi negara dan pendidikan dapat direalisasikan, guru perlu menguasai
kurikulum sedia ada dan memahami bagaimana kurikulum dapat diterjemahkan dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran. KPM telah memperincikan hasil pembelajaran dalam bentuk
standard yang perlu dikuasai oleh murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Berdasarkan kenyataan ini, jelas menunjukkan guru perlu betul-betul bersedia dengan
rancangan pengajaran Harian yang dapat memenuhi standard yang ditetapkan agar aspirasi
murid dapat dicapai.
Apatah lagi, matlamat utama menjadi pendidik adalah sepertimana yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu menekankan kemenjadian murid. Maka Nilai-
nilai yang menyeluruh perlu dititikberatkan dalam setiap pengajaran. Memetik ulasan daripada
video sesi dialog bersama Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Rektor
UIAM:
“Pendidikan Berteraskan Nilai”, istilah yang sering diungkapkan oleh para pendidik. Boleh
dikatakan elemen “nilai” ini sangat penting dalam pendidikan itu sendiri. Terutama sekali
“nilai” yang tidak mampu diukur dan tidak boleh dibeli seperti nilai kebersihan , empati,
simpati, bertanggungjawab dan sebagainya amat penting untuk diterapkan dan dipupuk dalam
sanubari pelajar.
Merancang rancangan pengajaran harian bukan hanya berfokus kepada hasil
pembelajaran sahaja, malah keselruhan Elemen perlu dirancang dengan baik oleh guru.
Antaranya, set Induksi, yang bukan sahaja perlu menarik dan menimbulkan rasa ingin tahu
kepada murid, malah guru juga perlu melihat kepada latar belakang umur murid. Guru perlu
kaitkan permasalahan kepada murid tentang topik yang ingin dibincangkan sesuai dengan tahap
umur murid.
26
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
Sebagai contoh, mengajar tentang wuduk kepada murid Tingkatan satu. Murid telah pun
belajar sejak dari umur 4 tahun. Guru perlu menyediakan set Induksi yang menekankan Kenapa
masih perlu belajar ketika di Tingkatan Satu? Kemahiran-kemahiran berfikir perlu dipupuk.
Teringat saya akan pengalaman menyediakan set Induksi ketika mengajar tajuk Haji. Saya
menyediakan satu replika Kaabah. Murid Tahun satu ketika itu sungguh teruja melihatnya
sehingga ternanti-natikan kelas Feqah yang seterusnya.
Pepatah ini sesuai diungkapkan kepada seorang guru: Guru ibarat lilin, sanggup
Membakar diri demi menerangi kehidupan orang lain. Seorang pendidik itu perlu berkorban
masa dan tenaganya untuk kebaikan generasi akan datang.
َم ْن دَ َّل َع َلى َخ ْي ٍر فَلَهُ ِمثْ ُل أَ ْج ِر فَا ِع ِل ِه
Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan mendapat
pahala sepertimana pahala orang yang mengerjakannya.”
Riwayat Muslim (1893)
Imam Nawawi dalam menjelaskan hadith di atas berkata: “Kelebihan orang yang menunjukkan
kepada suatu kebaikan, memberikan perhatian dan membantu orang yang melakukan kebaikan.
Pada hadith ini juga terdapat kelebihan mengajarkan ilmu dan kewajiban ibadah terutama
kepada orang yang akan mengamalkan ibadah tersebut dari kalangan orang yang rajin
beribadah dan selainnya.” (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj, 6/370)
Menjadi seorang pendidik itu mulia pangkatnya sesuai dengan tanggungjawab dan amanah
yang perlu dipikulnya.
27
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
MINGGU 11 (27 JUN 2021)
Tajuk: PROFESIONALISME GURU & PEMBINAAN HUBUNGAN DENGAN
MURID
Pada minggu kesebelas ini, Dr. Hayati memulakan kuliah dengan isu pendidikan yang hangat
dibincangkan iaitu berkenaan pengambilan guru baru. Pada 20 Jun yang lepas, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan satu sidang media berkenaan pengambilan
khas guru secara one-off. Pengambilan ini dilakukan secara one-off yang melibatkan
kekosongan jawatan sebanyak 18,7022. Kekosongan jawatan ini adalah bagi Pegawai
Perkhdimatan Pendidikan Gred DG41. Kata Dr. Hayati, pengambilan ini bukanlah
dilaksanakan dengan secara ‘suka-suka' tanpa data yang kukuh. Namun, antara faktor
berlakunya kekosongan jawatan ini ialah, semakin ramai kakitangan guru yang bakal bersara.
Jadi, ini ialah inisiatif kerajaan bagi mengatasi masalah ini.
Kuliah diteruskan seperti kuliah-kuliah sebelum ini dengan pembacaan jurnal harian oleh
rakan seperjuangan dalam perjalanan bergelar Pascasiswazah Pendidikan. Sehingga ke hujung
semester, Dr. Hayati tidak pernah lelah dan jemu menasihati kami walaupun sudah
diperingatkan banyak kali. Teringat saya akan satu isu yang pernah ditegur oleh ibu bapa
kepada anak murid sekolah saya mengajar. Beliau memberi teguran supaya guru tidak
sewajarnya berkata, “Cikgu dah beritahu banyak kali kepada kamu, masih tanya perkara yang
sama.” Pastinya, teguran itu menjadi nasihat kepada guru untuk kebaikan generasi kita.
Peristiwa ini segar diingatan saya agar tidak bosan dalam mendidik.
Sepertimana Teori Behaviorisme yang merupakan kajian saintifik mengenai tingkah
laku manusia. Perubahan tingkah laku manusia dapat dilihat atau diukur dengan memberi
28
Jurnal Mingguan [EEA7103] | Ezzah Syahira Binti Halim (2202560)
fokus terhadap tingkah laku baharu yang diulang sehingga menjadi tingkah laku lazim. Teori
Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila perubahan tingkah laku hasil
daripada peneguhan dan maklum balas serta pengajaran.
Lihat dalam Surah Ar Rahman, bagaimana Allah SWT mengulang sebanyak 31 kali ayat:
َفبِأَ ّيِ آَ ََل ِء َر ّبِ ُك َما تُ َك ِذّبَا ِن
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”
“Setiap kali menjelaskan berkenaan ayat nikmat, selalu diiringi dengan ‘Fabiayyi ‘aalaa’i
Rabbikumaa Tukadzdzibaan’,” tulis Syaikh Amru Khalid dalam Khowatir Qur’aniyah. Tetapi
kenapa Allah mengulangnya begitu kerap sekali dalam satu surah yang mengandungi 78 ayat
ini? Menurut Syeikh Wahbah Az Zuhaili dalam Tafsir Al Munir:
“Pengulangan 31 kali ini untuk mengingatkan dengan kuat tentang nikmat-nikmat Allah,
menjadikan jin dan manusia mengakui nikmat-nikmat tersebut sekaligus menekankan
pentingnya nikmat-nikmat itu.”
Kembali kepada hakikat manusia itu sendiri, yang mudah lupa. Maka peringatan berulang kali
sebagai kaedah untuk manusia terus berada di jalan yang betul. Begitu juga bagi seorang
pendidik. Tidak seharusnya letih untuk sentiasa membimbing anak didik demi kebaikan
mereka.
Setelah selesai pembacaan jurnal dan perbincangan sambungan tentang tugasan
Rancangan Pengajaran Harian, Dr. Hayati meneruskan kuliah dengan unit kesebelas iaitu
Profesionalisme Guru dan Pembinaan Hubungan dengan Murid. Antara yang menarik minat
saya untuk topik kali ini adalah peihal Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). Sementelah
lagi, sehari sebelum kuliah Dr. Hayati, saya baru sahaja selesai Hari Laporan Prestasi Murid.
29