APA ITU WDMAAIRILRSAUIMASP-SAAAMNKA AMSENNEJE?MLAJAAHKWAIRNISAN
NKAEKNTAALHAUH? AHLI KUMPULAN :
BACA 1.WAN SITI NORAINA BINTI WAN YUSOFF (292412)
2. NUR AFINI BINTI ZULFIKRI NOOR HANAN (292419)
3.NUR FADILAH BINTI ZAHARI (292446)
4.NUR NASUHA BINTI WAN MAT KHIR (292448)
5.SITI NUR ZAKIRAH BINTI ZAKARIA (292472)
6.NUR FAAQIEHAH BINTI ROSLI (292506)
7.NORAINSHAH BINTI FAUZI (292515)
8.TAN YUAN YUAN (292524)
9.NURMASHITAH BINTI AHMAD AZMAN SAHA (292531)
10.AINA UMAIRAH BINTI ABDUL AZIZ (292544)
11.KHOR GHEE SHENG (296237)
PERMAINAN
APA YANG
AWAK MAIN
SEKARANG
YA?
ISI KANDUNGAN...
Isi Kandungan......................................................................................i
Refleksi............................................................................................ii-iv
1.0 Pengenalan....................................................................................1
2.0 Latar Belakang............................................................................2
3.0 Objektif Kajian............................................................................3
3.1 Mengenali permainan tradisional dan cara permainan
mengikut kaum yang terdapat di Malaysia................................3
3.2 Menerapkan semangat generasi muda untuk mengenali
dan mempelajari keunikan permainan tradisional pada masa
hadapan...............................................................................................3
3.3 Memupuk integrasi nasional dan kemahiran interpersonal
dalam kalangan anak bangsa.........................................................3
4.0 Metodologi Kajian......................................................................4
4.1 Kaedah Internet..........................................................................4
4.2 Kaedah Kepustakaan................................................................4
5.0 Isu Perbincangan.........................................................................5
5.1 Congkak......................................................................................5-6
5.2 Konda Kondi..................................................................................7
5.3 Gasing.............................................................................................8
5.4 Kho-kho.........................................................................................9
5.5 Kabaddi...................................................................................10-11
5.6 Mahjong........................................................................................12
5.7 Yoyo Cina.....................................................................................13
5.8 Sepak Manggis...........................................................................14
5.9 Rampanau....................................................................................15
5.10 Tibow...........................................................................................16
6.0 Kesimpulan..................................................................................17
Rujukan..........................................................................................18-19
i
Refleksi
Saya, Siti Nur Zakirah Binti Zakaria bernombor matrik 292472. Diberi tanggungjawab sebagai ketua
untuk membimbing mereka dalam menyiapkan tugasan berkumpulan ini. Saya amat menghargai jasa
ahli-ahli kumpulan ini dalam memberikan komitmen dan kerjasama yang tinggi antara satu sama lain.
Melalui ini juga saya dapat mempelajari bahawa pentingnya menerima dan bertolak ansur dalam
menyelesaikan tugasan berkumpulan. Tema yang menjadi pilihan kami ialah permainan tradisional. Dalam
menjelalajah pelbagai permainan tradisional, saya dapati bahawa wujudnya permainan tradisional bagi
mereka yang berada di Sabah dan Sarawak. Saya menyedari bahawa tidak kesemua permainan
tradisional pernah saya main dan hanya segelintir sahaja yang didedahkan kepada saya. Oleh itu,
melalui kajian ini saya dapat mengetahui keunikan warisan dan budaya bagi setiap kaum yang ada di
Malaysia. Melalui kajian ini juga saya berpeluang untuk memperkukuhkan semangat cintakan warisan
dan budaya dalam diri saya. Saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan dan
Dr. Siti Alwaliyah Binti Mansor kerana sudi bekerjasama dan memberi peluang kepada saya untuk terus
mengingati budaya dan warisan setiap kaum di Malaysia.
Dengan izinNya, Alhamdulilah saya nur FADILAH BINTI ZAHARI yang memegang nombor matrik
292446 yang disediakan oleh Dr. SITI ALWALIYAH MANSOR Ini telah berjaya. Tugasan kumpulan
yang saya pilih sangat menarik dan sangat sesuai untuk dijadikan panduan kepada pelajar lain.
Tajuk ini mengenai Kabaddi, permainan tradisional India. Selepas mendapat tugasan ini, saya
membuat kesimpulan bahawa permainan tradisional ini dapat memberi manfaat kepada
masyarakat dan menambah ilmu pengetahuan kepada kaum lain. Saya ingin mengetahui lebih
lanjut tentang permainan kabaddi ini. Cara bermain dan peraturan am nya yang perlu diketahui
supaya kaedah permainan ini tidak diubah agar tradisi itu terus diturun temurunkan.Banyak ilmu
dan input yang saya dapat sepanjang menyiapkan tugasan.Selain daripada buku-buku rujukan,
saya juga memperolehi maklumat daripada laman web yang banyak menyediakan bahan rujukan .
Saya Wan Siti Noraina Binti Wan Yusoff, bernombor matrik 292412. Saya amat berbesar hati kerana saya
telah berjaya menyiapkan tugasan kumpulan. Renungan selepas selesai sangat menarik kerana saya tidak
menyangka saya telah melakukannya dengan baik. Saya bersama rakan-rakan yang lain telah berjaya
menyiapkan tugasan kumpulan yang telah diberikan dan dihantar tepat pada masanya. Namun begitu,
terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa membuat tugasan. Antara masalahnya ialah
mencari bahan rujukan tentang permainan tradisional dan mencari latar belakang permainan tersebut untuk
tugasan kumpulan saya. Mula-mula nampak susah nak sediakan. Tetapi berkat doa dan bantuan pensyarah,
saya berjaya melakukannya. Selain itu, saya juga dapat menambahkan pengetahuan yang luas tentang
permainan tradisional masyarakat dahulu dan dapat membentuk semangat kerjasama dengan ahli lain untuk
menyiapkan tugasan dan menghasilkan kerja yang berkualiti. Dengan ilmu ini, saya berharap keunikan warisan
permainan tradisional ini terus berkembang dan tidak dilupakan begitu sahaja terutama dalam kalangan
generasi muda. Akhirnya, Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah membantu
saya menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya Dr Siti Alwaliyah binti Mansor.
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata , nama saya Norainshah binti Fauzi dan memegang
nombor matrik (292515). Saya sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya kami
siapkan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi
dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Semasa saya melaksanakan tugasan ini , saya
telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya. Semasa menyiapkan tugasan ini
juga , saya telah belajar untuk bekerjasama dalam kumpulan. Banyak perkara yang saya belajar
semasa melakukan tugasan ini. Antara perkara yang saya belajar ialah dapat mengenalpasti dan
mengetahui faedah dan cara bermain permainan tradisional yang ada dalam pelbagai kaum seperti
mahjong, kabaddi, congkak, dan sebagainya. Hal ini sangat berguna kepada saya di samping dapat
menyiapkan tugasan yang diberikan. Komitmen atau rasa tanggungjawab sangat perlu semasa
menjalankan tugasan berkumpulan , jika tidak tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan.
ii
Saya Tan Yuan Yuan, nombor matrik yang dipegang adalah 292524. Pertama sekali saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Siti Alwaliyah yang sangat membantu saya dan ahli
kumpulan untuk menyelesaikan tugasan kita dan dapat hantar pada masa yang tepat. Walau
bagaimanapun, terdapat juga masalah yang dihadapi oleh saya semasa menjalani tugasan
berkumpulan ini. Semasa menjalani tugasan berkumpulan ini, saya dapat memahami tentang latar
belakang permainan tradisional yang terdapat di negara kita, selain daripada ini, saya juga dapat
mengetahui cara permainan dalam permainan tradisional dalam kaum yang lain. Melalui tugasan
kumpulan ini, saya juga dapat membentuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan supaya
dapat menghasilkan tugasan dengan cepat dan menghantar pada masa yang tepat. Dengan ini, saya
berharap bahawa permainan tradisional dapat diwarisi dengan baik dan mengekalkan keunikan yang
ada di negara kita.
Nama saya Nurmashitah binti Ahmad Azman Saha, nombor matrik 292531. Melalui tugasan yang
telah dilaksanakan dapat memberi saya pengetahuan yang lebih mendalam terhadap permainan
tradisional yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia. Permainan tradisional menjadi salah
satu daya tarikan pelancong asing kerana boleh memberi mereka pengetahuan tentang sesuatu
budaya yang diamalkan oleh rakyat di negara itu. Tambahan pula, Malaysia adalah negara yang
kaya dengan pelbagai warisan dan budaya kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai
kaum. Oleh itu, pelbagai pihak harus memainkan peranan masing-masing supaya permainan
tradisional tidak pupus ditelan oleh arus pemodenan. Semoga permainan tradisional ini dapat
diwarisi oleh generasi muda akan datang.
Nama saya NUR NASUHA BINTI WAN MAT KHIR yang memegang no matrik 292448 yang disediakan oleh
DR. ALWALIYAH MANSOR. Tugasan kumpulan yang telah saya jalankan bersama rakan sekumpulan saya
yang lain amatlah menarik dan memberikan saya pelbagai pengalaman serta ilmu pengetahuan yang
baharu mengenai permainan tradisional yang telah wujud di Malaysia. Tugasan ini telah membuka minda
saya mengenai betapa unggul dan menariknya permainan tradisional yang telah wujud di Malaysia. Hal ini
telah menimbulakan rasa bangga terhadap keunikan dan kebijaksanaan masyarakat Malaysia terdahulu
dalam bidang penciptaan sehingga mereka mampu mencipta permainan tradisional yang sebegitu menarik.
Walaubagaimanapun, permainan tradisional kini semakin dilupakan dek perkembangan arus permodenan
yang kian membangun. Hal ini sedikit menimbulkan rasa kecewa kepada saya sebagai generasi baharu
kerana gagal meneruskan legasi permainan tradisional yang telah diperjuangkan oleh masyarakat
terdahulu. Oleh hal yang demikian, saya berharap agar permainan tradisional dapat diteruskan dan
dipermainkan oleh masyarakat pada masa kini agar generasi baharu dapat menikmati dan merasai
keseronokan bermain permainan tradisional.
Nama saya Khor Ghee Sheng. Nombor Matrik adalah 296237. Saya berasa sangat gembira kerana telah menyiapkan
tugasan kumpulan dengan tajuk kumpulan saya ialah Keunikan Warisan Permainan Tradisional. Saya berasa tajuk
permainan tradisional ini amat menarik dan sangat sesuai untuk dijadikan panduan dan dapat menambah ilmu
pengetahuan asas tentang permainan tradisional sebagai seorang warganegara Malaysia. Sebagai seorang anak
bangsa warganegara Malaysia, saya berasa amat bangga terhadap negara kita dapat mewarisi dan mengekalkan
keunikkan warisan permainan tradisional dan juga budaya tradisional dengan situasi yang baik. Dari tugasan kumpulan
ini, saya berasa amat bersyukur berpeluang dapat membuat tugasan bertopik dengan permainan tradisional ini dan
dapat mengenai permainan tradisional yang terdapat di Malaysia yang saya tidak tahu. Disebabkan saya berasal dari
masyarakat cina dan jarang bersentuhan dengan permainan tradisional dari masyarakat lain kecuali permainan
tradisional yang terkenal contohnya, congkak, gasing dan lain-lain. Saya sangat gembira mengetahui dan memahami
keseronokan dan kepentingan permainan tradisional lain yang membawa makna yang sangat mendalam. Oleh itu, saya
berharap permainan tradisional ini dapat diwarisi dan dipermainkan oleh masyarakat pada masa kini terutamanya
generasi muda dapat mengetahui dan merasai keseronakan serta kepentingan permainan tradisional dan juga boleh
menyebarkan keunikkan budaya dan permainan tradisional berbilang kaum di Malaysia ke seluruh dunia.
iii
Nama saya Aina Umairah binti Abdul Aziz. Nombor matrik yang dipegang adalah 292544.
Saya amat berbesar hati kerana melalui tugasan berkumpulan ini, saya dan ahli kumpulan
berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin dalam masa yang telah ditetapkan.
Selain itu, saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan yang meluas tentang sesuatu
perkara yang dibincangkan. Hal ini demikian kerana saya telah mempelajari latar belakang,
cara bermain dan faedah yang diperolehi apabila bermain permainan tradisi masyarakat
dahulu. Di samping itu, melalui tugasan berkumpulan ini, saya dapat membentuk semangat
kerjasama dalam kalangan ahli yang lain untuk menyiapkan tugasan dan mampu menghasilkan
kualiti kerja yang baik. Dengan ilmu inilah, saya berharap agar keunikan warisan permainan
tradisional terus berkembang dan tidak dilupakan begitu sahaja terutama dalam kalangan
generasi muda.
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Saya Nur Afini Binti Zulfikri Noor Hanan dengan nombor matrik
292419 sangat bersyukur dan berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan ini melaksanakan
tugasan berkumpulan bagi subjek Kenegaraan Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada ahli kumpulan saya yang telah
banyak memberikan sumbangan idea, dukungan dan kerjasama yang sangat padu sehingga tugasan ini dapat disiapkan
dengan baik. Tidak lupa juga kepada Dr. Alwaliyah Mansor kerana telah banyak membantu kami dalam menyiapkan
tugasan ini dan segala tunjuk ajar yang telah diberikan memudahkan lagi proses kajian tugasan kumpulan ini. Dalam
menyiapkan tugasan kumpulan ini, sudah pasti saya telah mendapat banyak pengetahuan baharu dan pengalaman
yang tidak pernah dirasai. Antara manfaat dan pengajaran yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah
betapa indah dan uniknya budaya setiap kaum yang ada di Malaysia ini. Hal ini membuka mata saya bahawa adalah
sangat penting untuk kita mengenali dan menghayati setiap budaya masyarakat yang berbilang kaum kerana ia dapat
memperkukuhkan lagi semangat perpaduan dalam masyarakat serta menghidupkan lagi suasana yang harmoni dalam
negara kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Saya dapat mengetahui tentang sejarah
permainan tradisional setiap kaum dan cara bermain permainan tersebut. Dalam menyiapkan tugasan ini, ia memberi
kesedaran kepada diri saya bahawa permainan tradisional yang diamalkan oleh setiap kaum itu bukannlah sekadar
sebagai sumber hiburan semata-mata namun ia memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada
individu,masyarakat dan juga negara. Antaranya ialah, dapat menerapkan nilai kerjasama dalam kalangan
masyarakat, meningkatkan tahap pemikiran serta juga meningkatkan kekuatan mental dan fizikal. Harapan saya
terhadap tugasan yang dijalankan ini ialah dapat memberikan juga kesedaran kepada mereka di luar sana terhadap
betapa berharga dan bernilainya permainan tradisional ini kepada individu,masyarakat,bangsa dan negara dan
pentingnya permainan tradisional ini terus disemarakkan dalam kalangan generasi muda agar adat dan budaya ini terus
dipelihara. Hal ini bagi mengelakkan masyarakat daripada sifat lupa diri dan sentiasa mengingati asal usulnya. Oleh itu,
setiap masyarakat perlu berganding bahu dalam memelihara dan mengekalkan keindahan serta keunikkan yang dimiliki
tidak kira bangsa,kaum dan agama agar dapat mengekalkan kedaulatan dan kesejahteraan hidup masyarakat di
negara yang berbilang kaum. Sekian sahaja daripada saya, terima kasih.
Assalamualaikum dan salam sejahtera nama saya NUR FAAQIEHAH BT ROSLI, NO MATRIKS 292506 terlebih dahulu ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Siti Alwaliyah binti Mansor kerana telah membantu saya dan ahli kumpulan
yang lain untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tidak dapat saya nafikan beliau juga telah memberi sumbangan
yang besar kepada kami semua. Sesungguhnya, sepanjang proses menyiapkan tugasan berkumpulan ini saya dapat
mempelajari ilmu baharu dan budaya kaum yang lain terutamanya mengenai warisan permainan tradisional di Malaysia.
Tugasan ini juga telah menyedarkan kepada kami bahawa permainan tradisional ini haruslah dimartabatkan oleh semua
pihak dan kaum agar warisan ini tidak hilang ditelan oleh zaman. Bukan itu sahaja, permainan tradisional ini juga merupakan
salah satu identiti bagi sesebuah kaum. Hal ini kerana, setelah mengkaji asal usul sejarah setiap permainan tradsional,
didapati bahawa permainan ini mempunyai keunikkan yang harus dikekalkan oleh legasi sekarang untuk masa akan datang.
Permainan tradisional ini juga dapat mengeratkan kekuatan perpaduan antara kaum kerana semangat yang dimiliki. Oleh itu
kami sangat berbangga menyiapkan tugasan ini kerana kami dapat berkongsi mengenai pengetahuan dan sumber yang
diperolehi kepada para pelajar yang lain. Maka diharapkan bahawa permainan tradisional ini haruslah digiatkan dan
diperkenalkan lebih meluas lagi dengan melibatkan para pelajar seluruh kaum di peringkat sekolah , IPT, daerah, negeri, dan
antarabangsa sebagai satu usaha menaikkan semula kemasyhuran permainan tradisional seperti waktu dahulu.
iv
1.0 PENGENALAN GAMBAR
Umum memngetahui bahawa negara Malaysia
mempunyai keunikannya tersendiri kerana
negara ini terdiri daripada rakyatnya yang
pelbagai kaum, budaya, etnik, bangsa, dan
agama.
Oleh hal yang demikian, negara Malaysia kaya
dengan memiliki kepelbagaian warisan
kebudayaan yang istimewa sejak turun-
temurun terutamanya warisan permainan
tradisional yang tercipta dari asimilasi pelbagai
kaum di negara ini.
Antara contoh kaum di negara ini yang telah
melahirkan pelbagai jenis permainan sejak
dahulu lagi ialah kaum Melayu, kaum Cina dan
kaum India.
Tidak ketinggalan juga kaum dari etnik negeri
Sabah, etnik Sarawak, Orang Asli dan
sebagainya.
GAMBAR Definisi Permainan
Tradisional
Secara umumnya, definisi permainan
tradisional ialah permainan yang dimainkan
oleh generasi pada zaman lalu iaitu sejak
zaman nenek moyang kita dahulu lagi.
Permainan tradisional ini juga digelar sebagai
permainan rakyat. Masyarakat yang berbilang
kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis
budaya yang tercipta daripada pelbagai kaum
dan keturunan.
Permainan tradisional juga berupaya
membentuk kehidupan yang dinikmati oleh
kanak-kanak masyarakat masing-masing.
Namun begitu terdapat beberapa permainan
yang telah hilang ditelan zaman.
Walau bagaimanapun, masih ada lagi
permainan tradisional yang masih dimainkan
sehingga sekarang dalam kalangan generasi
milenial.
1
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis budaya yang diwarisi
oleh keturunan yang berbeza. Budaya ini bergabung menjadi satu budaya kerana hampir
setiap generasi mempunyai adat resam yang membentuk budaya mereka sendiri. Ini
termasuk kerjasama bersama dalam menjalankan aktiviti ekonomi, di mana hubungan
kekeluargaan dieratkan dan diperkukuh melalui acara sosial dan hiburan. Disebabkan adat
resam sebegini, banyak permainan tradisional menjadi kontroversi.
Permainan tradisional telah menjadi sebahagian daripada kehidupan nenek moyang setiap
masyarakat.
Satu asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada zaman
dahulu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah, mereka sudah biasa
dengan keadaan sebegitu sejak kecil.
Sesetengah permainan tradisional tidak lagi dimainkan dan hanya diketahui oleh ibu bapa
dan datuk nenek kita. Ada yang masih dimainkan oleh kanak-kanak hari ini. Permainan
termasuk Congkak, Kabaddi, Gasing, Mahjong dan lain-lain.
Permainan tradisional boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Permainan
selalunya mempunyai peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua orang.
Tabiat bermain, ada yang menang dan ada yang kalah atau seri. Permainan yang
melibatkan aktiviti fizikal selalunya dirujuk sebagai sukan.
Permainan masih berlangsung hari ini, tetapi terdapat perbezaan antara permainan dahulu
dan sekarang. Perbezaan antara permainan sebelumnya dan permainan semasa
dibincangkan di bawah.
Permainan tradisional seperti permainan wau, tarian naga atau permainan gasing,
mempunyai simbol ciri artistik yang melambangkan kecantikan budaya masyarakat
masing-masing dan keharmonian rakyat Malaysia.
Permainan tradisional biasanya dilakukan secara berkumpulan yang mana mereka
mempunyai minat yang sama.
Semua orang telah berkongsi tenaga, pendapat dan masa mereka hanya untuk
memastikan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan.
Manakala permainan pada hari ini adalah permainan komputer yang tidak
melambangkan apa-apa dan tidak dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat
berbanding dengan permainan tradisional pada zaman nenek moyang kita. Selain itu,
permainan komputer akan menyebabkan ketagihan terutamanya dalam kalangan remaja.
Sesiapa yang terlalu ketagih dengan permainan tidak akan mengambil berat tentang
kesihatan mereka, mereka tidak akan makan atau tidur hanya untuk bermain.
Permainan tradisional yang lebih harmoni berbeza dengan permainan ganas hari ini,
seperti permainan komputer seperti Counter Strike, yang ganas tetapi mendapat sambutan
hangat dengan golongan muda. Ini secara tidak langsung akan mencemarkan minda anak
muda masa kini.
2
3.0
OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Mengenali permainan tradisional dan cara permainan mengikut
kaum yang terdapat di Malaysia.
3.2 Menerapkan semangat generasi muda untuk mengenali dan
mempelajari keunikan permainan tradisional pada masa hadapan.
3.3 Memupuk integrasi nasional dan kemahiran interpersonal dalam
kalangan anak bangsa.
3
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian ialah kaedah atau teknik membentuk, mengumpul, merujuk
dan menganalisa sesuatu dapatan supaya dapat menjadikan bukti kukuh yang
boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi kajian menjelaskan cara atau
teknik bagi sesuatu masalah yang dikaji dan sebab penggunaan sesuatu kaedah
dan teknik tertentu. Tujuan metodologi ialah untuk memberikan fahaman yang
lebih mendalam dan terperinci lagi tentang pengaplikasikan teknik dengan
membuat penjelasan tentang sesuatu proses kajian.
4.1 CARA PENGUMPULAN
DATA
4.1.1 KAEDAH INTERNET
Seterusnya, kaedah internet juga diguna oleh pengkaji dan ahli kumpulan. Melalui
internet, maklumat-maklumat tambahan dapat didapati dengan cepat. Sebagai
contoh, pengkaji dapat melayari internet untuk mendapatkan gambar yang
berkaitan dengan tajuk yang hendak dikaji. Selain itu, kaedah internet juga sebagai
tambahan untuk pengkaji supaya mendapatkan maklumat yang lebih dalam
pelaksanaan kajian. Dengan melalui internet, pengkaji dapat mengetahui banyak
berita, artikel dan gambar tentang permainan tradisional semasa menjalankan
kajian.
4.1.2 KAEDAH KEPUSTAKAAN
Kaedah kepustakaan pula ialah kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Kaedah
kepustakaan menggunakan bahan-bahan perpustakaan untuk membuat sesuatu rujukan
tertentu. Bahan-bahan yang dijadikan rujukan ialah buku rujukan, jurnal, majalah dan surat
akhbar yang ada berdasarkan objektif kajian ini. Selain itu, kajian lepas juga perlu dirujuk
oleh pengkaji untuk menyokong objektif kajian dan menjadikan sebagai sumber rujukan
utama.
Tema kajian berkaitan permainan tradisional dalam setiap kaum yang perlu diteliti dalam
mencari sumber rujukan agar tidak disalah tafsir dan digunapakai. Sejarah terdahulu yang
berkaitan tradisional banyak didedahkan sama ada dalam buku mahupun jurnal yang
dikeluarkan oleh penulis. Dengan mentelaah sumber rujukan kaedah perpustakaan ini, dapat
memberi ilmu pengetahuan dan membantu pengkaji dalam usaha menyiapkan kajian
masing-masing.
4
PERMAINAN TRADISIONAL kaum
MELAYU
5.0 ISI Permainan congkak pula merupakan aktiviti
PERBINCANGAN dalaman.
Permainan ini menggunakan papan congkak
5.1 Congkak yang berlubang dan menggunakan guli sebagai
bijinya.
CARA PERMAINAN Pada asalnya, congkak dulu dimainkan dengan
membuat lubang atas tanah dan menggunakan
biji getah.
Permainan ini berkembang dari Melaka iaitu
pusat perdagangan pada suatu ketika dahulu.
Menurut artikel oleh Azlida (2018) dari
Universiti Putra Malaysia, menyatakan bahawa
congkak berasal dari Melaka dan berkembang
pesat di Malaysia.
Beliau juga menyatakan bahawa perkataan
congkak berasal dari perkataan congak iaitu
kira-kira menggunakan mental dan selain orang
melayu, congkak juga dimainkan oleh kaum
India serta Baba di Melaka.
Permainan congkak hanya memerlukan
2 orang pemain pada masa yang sama
dan duduk secara bersebarangan
dengan lawan. Buah congkak akan diisi
oleh “kampung” dalam kuantiti buah
yang sama. Pemain hanya perlu
mengambil buah dari mana-mana
lubang dan masukkan satu persatu ke
dalam “kampung” dan “rumah”. Selepas
lawanan pertama , setiap pemain perlu
memenuhkan semula kampung dengan
menggunakan buah yang terkumpul
dalam rumah masing-masing. Jika buah
congkak tidak mencukupi satu kampung
maka dia tidak dibenarkan main
pusingan kedua dan seterusnya.
Kebiasaannya dimain oleh bangsa
melayu, peranakan india dan baba
Melaka.
5
Meningkatkan kecerdasan otak dan
kecergasan badan pemain
Menarik perhatian orang yang dari kaum
lain yang jarang bermain congkak
Memupuk pemain berlatih sifat yang lebih
menghormati antara satu sama lain
Merupakan satu simbol untuk mewarisi
budaya masyarakat Melayu
SEMANGAT INTEGRASI DAN
KEUNIKAN CONGKAK
Dapat menguji kecekapan minda pemain. Hal ini secara tidak
langsung dapat mengasah tahap pemikiran pemain dan dapat
melahirkan golongan yang berfikiran terbuka.
Mampu melatih kemahiran menganalisa dalam kalangan remaja.
Dapat menghiburkan masa lapang dan juga mengekalkan tradisi
yang turun-temurun dari zaman awal
Dapat memupuk semangat mempelajari dan mengenali keunikan
permainan tradisional dalam kalangan pelajar seperti permainan
congkak
6
5.2 Konda Kondi
"Perik Mata"
1.Sediakan dua batang kayu iaitu, satu aspek perkembangan kognitif :
kayu pendek dan satu kayu Panjang. masyarakat dapat belajar menyusun
strategi permainan dengan mengagak bila
2.Sebuah lubang dikorek di tempat
permainan. perlu menyerang pasukan lawan.
3. Kayu pendek diletakkan secara
melintang di atas lubang. segi aspek perkembangan fizikal :
kemahiran motor kasar masyarakat dapat
4. Pukul kayu pendek menggunakan kayu dipertingkatkan melalui aktiviti melompat
panjang.
dan berlari .
5. Pemain dibahagikan kepada dua
pasukan.
aspek perkembangan sosioemosi :
6.Undian di buat bagi menentukan masyarakat dapat meluahkan rasa
kumpulan mana yang main dahulu. gembira semasa bermain dan dapat
7.Pemain yang memulakan permainan akan melepaskan masalah tekanan.
berdiri dekat lubang tempat bermain.
8.Pasukan lawan pula akan berdiri di serata aspek kerohanian dan moral:
tempat. permainan ini dapat memupuk semangat
bekerjasama dalam pasukan serta
meningkatkan sifat sabar dalam diri .
LATAR
BELAKANG
Konda Kondi adalah salah satu permainan tradisional
yang merupakan ciptaan masyarakat Melayu pada
zaman dahulu di Melaka. Permainan ini salah satu cara
untuk menghibur dan bergembira setelah penat bekerja.
Ia adalah permainan yang menyeronokkan yang
memerlukan pemikiran yang tajam dan kekuatan
pemain. Konda Kondi ialah sejenis permainan memukul
kayu kecil dengan kayu panjang. Tujuan permainan ini
diciptakan adalah bagi menguji kepintaran pemain
memukul kayu dan mengelaknya daripada disambut
pihak lawan.
7
PERMAINAN TRADISIONAL
5.3 GASING
JENIS GASING YANG DIMAINKAN MENGIKUT NEGERI
Gasing uri atau gasing terbang terkenal di negeri Kelantan dan Terengganu.
Gasing ini dikenali sebagai gasing terbang kerana ia mampu berpusing laju
selepas dilempar dan kelihatan ianya sedang terbang sebelum disambut oleh
tukang cokok.
CARA PENGHASILAN GASING URI MENGGUNAKAN TEKNIK
TRADISIONAL
Gasing diperbuat daripada kayu yang terdapat pada bonjol pokok kerana kayu di
bahagian tersebut mempunyai urat yang unik. Selepas itu kayu yang telah dipotong
akan dikeringkan selama tiga bulan sebelum dilarik. Kemudian, kayu akan dilarik
secara manual tanpa menggunakan mesin sehingga ia menjadi piring. Seterusnya,
timah daripada bateri kereta terpakai akan dileburkan untuk mmbuat lilitan luar
gasing selepas dituang ke dalam acuan gasing. Akhir sekali, acuan akan dibiarkan
beku sebelum dilarik untuk mendapatkan bentuk bulat yang licin.
taK LAPUK dek hujan, tak lekang dek panas
CARA BERMAIN GASING URI
1) Perlawanan gasing akan dimainkan sebanyak lima
pusingan. Di dalam perlawanan pula,permainan gasing uri
memerlukan dua pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada
15 orang pemain termasuk seorang ketua.
2) Semasa perlawanan sedang dijalankan pemusing akan
melemparkan gasing ke dalam gelanggang yang kemudiannya
disambut oleh jurucokok, pemenang bagi permainan ini adalah
dinilai melalui jumlah masa putaran gasing yang paling lama. Oleh
itu gasing yang berputar paling lama akan memenangi pusingan
itu
FAEDAH YANG DIPEROLEHI
Antara faedah yang diperoleh melalui permainan tradisional gasing ini ialah, permainan ini dapat
menambahkan pengetahuan yang baru melalui cara permainan dimainkan dan memahami adat
dan budaya sesuatu kaum dengan lebih mendalam. Faedah yang kedua ialah dapat menghormati
kebebasan mengamalkan adat dan budaya sesuatu kaum di Malaysia kerana permainan
tradisional boleh dimainkan oleh mana-mana kaum tanpa melibatkan unsur perkauman.
Seterusnya, permainan tradisional merupakan seni persona yang harus dikekalkan warisannya
supaya masih ada penyambung legasi di masa akan datang agar warisan ini tidak hilang ditelan
oleh arus kemodenan.
8
PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM INDIA
Kho-Kho ialah merupakan antara permainan
tradisional yang terkenal dalam kalangan kaum dan
masyarakat India. Banyak diperkatakan oleh
sejarawan bahawa ia merupakan permainan yang
diubahsuai daripada permainan “lari dan kejar”
dimana pemain akan berlari dan mengejar antara
satu sama lain serta mengelak daripada sentuhan
pihak lawan. Kho-Kho dimainkan menggunakan
kereta kuda pada awalnya dan dikatakan berasal
dari Maharasthra. Kho-Kho merupakan sebuah
permainan yang memerlukan tahap fleksibiliti dan
kecergasan fizikal yang kuat.
5.4 KHO-KHO
CARA BERMAIN KHO-KHO
lambungan syiling bagi memilih giliran kumpulan yang akan menjadi penyerang atau
pertahanan.
9 orang pemain yang akan terlibat dalam perlawanan yang pertama manakala 3 orang
pemain lagi dijadikan sebagai pemain simpanan.
8 orang pemain akan duduk di tengah garisan dalam petak permainan secara selang-
seli
3 orang pemain daripada kumpulan pertahanan akan masuk ke gelanggang.
Penyerang boleh menyingkirkan pelari dengan menyentuh mereka menggunakan
tapak tangan atau mengejar keluar daripada Kawasan gelanggang
Pemain pasukan penyerang yang berada di tengah boleh menjadi pengejar sekiranya
pengejar pertama menyentuh dan menyebut “kho-kho”.
FAEDAH PERMAINAN KHO-KHO
1. meningkatkan tahap kekuatan fizikal tubuh badan.
2. meningkatkan tahap kualiti diri pemain terutamnya
golongan remaja.
3. menyemai sikap kepatuhan, disiplin, semangat kesukanan,
kerjasama dan kesetiaan dalam kumpulan.
4. melahirkan golongan yang bijak mengatur strategi dan
berdaya saing 9
5.5 KABADDI
kabbadi ialah merupakan sebuah sukan
tradisional dari asia selatan. nama ini
berasal daripada perkataan Tamil "kai"
(tangan) dan "pidi" (tangkap) yang
bermaksud "memegang tangan". dua
pasukan menduduki bahagian yang
bertentangan dengan kolam renang
Cara Bermainyang kecil atau padang.
1. permainan berlangsung selama 20 minit, dengan 5 minit
setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang.
2. pasukan m
enghantar penyerang kepada pasukan lawan,
bertujuan untuk menyentuh salah seorang pemain lawan
sebelum kembali ke pasukan.
3.di tengah-tengah ini, pembela membentuk rantai untuk
berpegangan tangan.
4.jika rantai putus, salah seorang pemain pertahan
meninggalkan padang.
5.sasaran pertahanan adalah untuk menghalang penyerang
daripada kembali ke pasukan sebelum berehat.
6.jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi,
penyerang akan meninggalkan padang.
7.pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau memukul
tanah dengan mana-mana bahagian badan mereka di luar
garisan, kecuali apabila bergelut dengan pasukan lawan.
8.setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat
mata.
9.pasukan yang mendapat dua mata bonus semasa semua lawan
disingkirkan dipanggil Lona.
10.pada akhir permainan, pasukan yang mendapat mata
terbanyak menang.
10
PERATURAN AM
PERMAINAN
Tujuh pegawai dikehendaki menyelia perlawanan
kabaddi : 1 pengadil, 2 pengadil, 2 hakim garis, 1 penjaga
masa dan 1 penjaga markah. mata kemudiannya dikira
berdasarkan siapa yang menyentuh atau menjatuhkan
dan kembali ke gelanggang pasukan dalam satu nafas.
pemain yang sengaja melangkah keluar atau menyentuh
mana-mana bahagian badan mereka semasa sesi
permainan akan dikeluarkan secara automatik daripada
permainan melainkan tindakan itu "bergaduh"
DFipaeedr
oalhehi
Menyihatkan
tubuh badan
Mengeratkan
hubungan
silaturahim
Mengisi masa
lapang
11
PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM CINA
LABTEALRAKA5NG.6 MAHJONG
Mahjong ialah permainan dalaman yang dimainkan oleh 4 pemain. Ia sangat
popular bukan sahaja di negara China malah popular dalam kalangan kaum cina
di seluruh negara. Permainan ini menggunakan kadbod berbentuk segi empat
tepat. Terdapat empat jenis buah mahjong.
PCEARRMAAIpemain yang baru mencuba mesti menjaga jubin terdahulu
NANgabungkan jubin yang seterusnya, diletakkan menghadap ke atas
kemudiannya jubin akan dipilih untuk mencipta set baharu atau
membuangnya
pemain di sebelah kiri boleh menarik jubin seterusnya
apabila boleh mencipta empat jenis jubin contohnya "geng" setiap pemain
lain dikehendaki mengambil satu lagi jubin tambahan
MBAENRFMAAAITN
- dapat mengatasi stress
- membantu mempertajamkan ingatan
-mempengaruhi kesihatan mental holistik
- memiliki kesihatan mental yang kuat
- meningkatkan keupayaan akademik
12
Penge
nalan
opmYreoaeryrnmuogapcicaniinknaaaan
nt
radisi
pgnmscmpMaaaaedeeneinkrznemrjmdeanugyrapnapggaaruigaaannyynknmgaaaya
nsbnnaneuggiy
bn
asugnaakmgha
a
dJuiagbaodloikenali sebagai
5.7 YOYO CINA
apDleiagrtmupnaeairnktaaunnnjksueakbnaaangka-ki aanlaatk
,
Cara bermain
aBtearumbaeinrksuemcaprualainndividu
kkspBeaeeopwllubeeadahrstgaiadramniaimaelaaakltapiasnmauiknmbadguniennsdgeaakryliiaktoma
yro
Pemain perlu memegang kedua-
dua hujung kayu dan sentiasa
mengimbangi yoyo cina supaya
tidak jatuh
Kedua-dua perlulah bertindak
aktif
Stik kayu yang dipegang oleh
pemain dapat mengimbangi
yoyo
Terdapat sebilangan yoyo cina
yang mengeluarkan bunyi
untuk mengimbangi kelajuan
yoyo
Faedah Bermain
Masyarakat dapat memupuk kemahiran yang
baharu seperti teknik menghayun tangan
Masyarakat dapat mengoptimumkan kedua-dua
otak kanan dan kiri
Masyarakat dapat meningkatkan berfikir secara
logik 13
5.8 SEPAK MANGGIS SABAH
LATAR BELAKANG
Permainan sepak manggis pula dimainkan dengan memacakkan kayu di atas
tanah yang lapang yang panjangnya antara 15 hingga 25 meter dan di hujung
kayu perlu diikat kotak berhias. Dua kumpulan yang bertanding perlu
menyerang kotak berhias menggunakan bola takraw. Permulaan permainan
salah seorang pemain perlu melambung bola kepada lawan supaya bola raga
yang disepak mengena kotak berhias. Bola raga mesti ditimbang sehingga
menyentuh kotak berhias sekiranya jatuh pemain perlu melambung semula
bola kepada pihak lawan untuk memulakan semula. Sekiranya bola raga
mengena kotak berhias maka mata akan diberi dan kumpulan yang
mempunyai mata yang paling tinggi dikira sebagai pemenang. Sekiranya
terdapat pemain yang menggunakan tangan ketika bola ditimbang, pihak
lawan akan diberikan peluang untuk membuat satu serangan percuma di
bawah kotak berhias. Apabila tiada pemenang, jarak kotak akan diminimakan
sehingga dapat kumpulan yang menang.
CARA PERMAINAN DAN INTEGRASI PERMAINAN
1. Kebiasaannya dimainkan semasa majlis
keramaian, seperti majlis kahwin. Permainan ini
wujud bagi meningkatkan semangat kesukanan
dan perpaduan yang tinggi terutama antara
kedua-dua masyarakat tersebut.
2. semua peserta akan menunggu giliran untuk
menendang sehingga mendapat sasaran yang
ditetapkan. Apabila kotak diikat tinggi maka
peserta akan menghadapi kesukaran untuk
menepati target mereka.
3.Mewujudkan kemahiran berkomunikasi yang
baik dalam setiap individu bagi mencapai
matlamat dalam sesebuah organisasi sukan.
4.Mudah diaplikasikan oleh masyarakat kerana
tidak mempunyai teknik-teknik yang khusus
berbanding permainan yang lain.
14
5.9 Rampanau
SABAH
Latar belakang
Permainan rampanau ini adalah salah satu permainan tradisional yang
terkemuka di negeri Sabah. Rampanau banyak dipermainkan oleh
masyarakat dusun khususnya yang berada di daerah Ranau, Keningau,
Tambunan, dan beberapa lagi daerah lainnya. Permainan ini telah
dijadikan sebagai sukan rakyat yang telah dipermainkan di peringkat
sekolah. Sukan rampanau juga dikenali sebagai sukan berjalan
menggunakan galah yang diperbuat daripada bambu merupakan sejenis
sukan tradisional yang selalu dipermainkan oleh masyarakat kadazan-
dusun ketika waktu senggang. Rampanau ini pada asalnya digunakan
oleh masyarakat Sabah terdahulu untuk menyeberangi sungai, parit dan
atau berlumpur. Nama permainan tradisional rampanau ini berbeza
berdasarkan daerah, masyarakat Tambunan merupakan salah satu
daerah yang menyebutnya sebagai Minsukurut, dan terdapat juga
daerah lain yang menyebutnya sebagai kurungkud.
Permainan ini sering dipermainkan oleh golongan masyarakat khususnya
pada hari berlangsungnya pesta kaamatan. Namun, seiring dengan
peredaran zaman dan waktu ianya telah jarang dipermainkan oleh
masyarakat kerana telah wujud pelbagai jenis permainan-permainan
moden yang lain dan lebih menarik daripada permainan tradisional ini
yang menyebabkan kebarangkalian masyarakat untuk mempermainkan
permainan ini turut berkurang. faedah
Cara bermain permainan
1. Permainan ini sama seperti sebuah perlumbaan 1. Meningkatkan daya imbangan
2. Permain perlu mengimbangi badan menggunakan badan
bambu khas yang mempunyai ukuran-ukurannya yang
2. Menghilangkan tekanan
tersediri. 3. Menyihatkan tubuh badan
3. Pemain perlu mengimbangi badan dan meneruskan
4. Mengeratkan hubungan
permainan sehingga sampai ke garisan penamat. sesama masyarakat
4. Pemain yang tidak berjaya mengimbangi badan dengan
baik dan menjatuhkan salah satu kakinya perlu
memulakan permainan di garisan permulaan.
5. Pemain yang berjaya menamatkan perlumbaan dalam
masa terpantas akan menjadi juara.
15
5. 10 TIBOW SARAWAK
LLAATTAARR BBEELLAAKKAANNGG
Ialah permainan masyarakat Melanau. Tibow ini kebiasaannya dimainkan
apabila adanya musim buah dan paling digemari oleh anak-anak kecil.
Permainan ini memberikan peluang kepada anak-anak untuk berkenalan dan
saling bertegur sapa antara satu sama lain. Permainan ini juga pada asalnya
untuk mencari jodoh kepada mereka yang inginkan pasangan.
Pan Hui, Chong Shin dan Remmy Gedat, mereka menyatakan bahawa
permainan ini merupakan permainan yang dimainkan sebaik sahaja selepas
membuat upacara pemujaan dan juga akan dihidangkan pelbagai makanan.
Namun begitu, yang menghadiri upacara hanyalah mereka yang tidak
beragama islam kerana dalam upacara, mereka mempercayai benda lain
yang tidak boleh bagi mereka yang muslim.
CCAARRAA PPEERRMMAAIINNAANN DDAANN IINNTTEEGGRRAASSII
Cara permainan ini amat unik dan menarik kerana
mereka perlu membina bentuk V yang terbalik yang
kukuh menggunakan dua batang kayu yang sepanjang 30
kaki. Kedua-dua dipacakkan ke dalam tanah dan diikat
bersama. Permainannya yang seperti buaian dan
biasanya dimain di tanah yang lapang. Tempat permainan
yang bersih daripada segala batu bata yang keras
supaya mereka yang bermain tidak cedera teruk.
Permainan ini juga mempunyai pantang larangnya dan
mengikut tertib kerana mengandungi unsur spiritual yang
diamalkan oleh masyarakat Malanau. Dalam melakukan
ayunan mereka menggunakan rotan sega dan daun muda.
Permainnan ini juga disertakan dengan gendang dan set
canang bagi dipalukan untuk memeriahkan suasana
mereka bermain. Pada asalnya, permainan ini akan
dimainkan pada waktu malam bulan mengambang.
Permainan ini menggunakan tenaga yang banyak. Oleh
itu, orang muda digalakkan untuk bermain kerana mereka
masih bertenaga dan bersemangat dalam melakukan apa
sahaja aktiviti. Kebaikan permainan ini hanya boleh
diperolehi bagi mereka yang bukan islam kerana
permainan ini umpama menyambut ketibaan musim buah
yang bakal berlaku setiap tahun. Orang muslim hanya
mempercayai dan setia kepada agama mereka dan
digalakkan untuk tidak menyertai permainan yang
melibatkan unsur spiritual.
16
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita haruslah meneruskan mewarisi budaya ini dengan
mempromosikan permainan tradisional ini kepada orang ramai terutamanya remaja
dan kanak-kanak. Mereka yang tidak mewarisi permainan tradisional ini bermakna
budaya yang unik dalam Malaysia akan dilupakan oleh masyarakat ini suatu hari
nanti. Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi apabila bermain permainan
tradisional contohnya mengeratkan hubungan persaudaraan antara kaum. Permainan
tradisional juga boleh dijadikan sebagai tarikan kepada pelancong ke Malaysia
sekaligus membangunkan ekonomi negara. Permainan-permainan tradisional yang
telah diperkenalkan kepada masyarakat telah memberikan satu kejayaan kepada
negara kita mengenai wujudnya sebuah asal usul yang menarik dan dapat dijadikan
sebagai sebuah sejarah.
Perkara ini dapat memberikan impak yan
g positif terhadap peredaran masa serta
generasi muda dan generasi-generasi akan datang untuk lebih mengenali keunikan
yang telah ditonjolkan oleh golongan-golongan terdahulu melalui permainan yang
diwujudkan. Permainan tradisional yang berbagai jenis, warna, dan saiz yang
dimainkan oleh masyarakat di Malaysia menonjolkan ciri-ciri keunikan yang terdapat
di negara ini. Hal ini sekali gus menjadi identiti negara kita yang dapat dibanggakan
dan dipelihara dengan baik oleh setiap individu dan masyarakat di negara kita.
Pengkaji berharap agar permainan tradisional dapat terus kekal dan dipermainkan
seiring dengan peredaran masa. Oleh hal yang demikian, masyarakat perlu menjaga
dan mempertahankan warisan yang bermakna ini dengan meneruskan legasi
permainan tradisional ini kepada generasi muda masa kini.
17
Rujukan
SUMBER SEKUNDER
1. BUKU
Shaharudin Abd. Aziz, Permainan tradisi Etnik Sabah, Utusan Publication, 28 April 2012
2. JURNAL
Aini Binti Abdul Samad, Permainan Gasing Uri Kelantan, (6 Ogos 2012)
https://ir.unimas.my/id/eprint/21342/1/Permainan%20Gasing%20Uri%20Kelantan%20(24%20pgs).p
df
MJ Kumalah, G Saat, J Mapjabil, 2015, Permainan Tradisi
http://www.ukm.my/geografia/images/upload/11.geografia-si-nov15-mohdjirey-edam1.pdf
Pan Hui, Chong Shin dan Remmy Gedat, Menyoroti Dua Tradisi Pemujaan Laut Di Sarawak: Semah dan Kaul,
2017 http://journalarticle.ukm.my/12434/1/IMAN-2017-0501-03.pdf
Nora Azizah (2019), manfaat mahjong, https://www.republika.co.id/berita/py2qjd463/main-mahjong-
mampu-turunkan-tingkat-depresi-bagi-lansia
Perdani, P. A. 2014. Peningkatan keterampilan sosial anak melalui permainan tradisional. Jurnal Pendidikan
Usia Dini 8(1):129-136.
Zuriawati Ahmad Zahari, Mohd Asyiek Mat Desa, & Norfarizah Mohd Bakhir. 2015. Permainan
tradisional dan teknologi: Penelitian dan tinjauan terhadap persepsi kanak- kanak. 1st International
Conference on Creative Media, Arts & Technology.
3. SURAT KHABAR
Aiman Saddiq Abdullah. 2018. Permainan Tradisional jangan dilupakan. Sinar Harian. 29 Disember.
18
4. LAMAN SESAWANG
Blogger, Permainan Tradisional, 19 Mei 2014, dicapai pada 20 November 2022.
http://tradisionalsports.blogspot.com/2014/05/kabadi.html
Blogger, Permainan Tradisional Etnik Sarawak (Tibow), 20 July 2014 dicapai pada 1 Desember 2022.
http://permainansabahsarawak.blogspot.com/2014/07/permainan-tradisional-etnik-
sarawak_20.html
Desmond Stevee. 2016. Permainan Tradisional Konda Kondi. 29 Disember, dicapai pada 24 November
2022
Didik TV (September, 2022) Tahap II (2022) | Sejarah (Tahun 6): Permainan Tradisional Masyarakat
di Malaysia, dicapai pada 26 November 2022 https://www.youtube.com/watch?
v=enPjX5Qyibc&t=287s
Kenali Permainan Tradisional Yang Popular Satu ketika Dahulu. Pelajar Wajib Tahu Ini !, dicapai pada
20 Disember 2022. https://sinarbestari.sinarharian.com.my/komuniti/kenali-permainan-tradisional-
yang-popular-satu-ketika-dahulu-pelajar-wajib-tahu-
ini/#:~:text=Manakala%20permainan%20tradisional%20yang%20lain,membina%20kemahiran%20
sosial%20dan%20memberi
Lee Ke Wei, Permainan Tradisional Masyarakat Cina, (2015), dicapai pada 7 Disember 2022.
http://keweilee.blogspot.com/2015/09/permainan-tradisional-kaum-cina-yo-yo.html
Redaksi Haloedukasi (2008) permainan tradisional cina, dicapai pada 10 Disember 2022.,
https://www.google.com/amp/s/haloedukasi.com/permainan-tradisional-cina/amp
Seth Brown (2015), cara main mahjong, dicapai pada 27 November 2022.
https://ms.actince.com/cara-main-mahjong/
Suresh Kanakarajan, Permainan Tradisional Kaum India - kabaddi, 22 Feb 2015, dicapai pada 2
Disember 2022.
https://www.slideshare.net/sethuraman7583/permainan-tradisional-kaum-india-kabaddi
Tee Khai, Yoyo Cina, (10 April 2016), dicapai pada 38 November 2022.
https://prezi.com/ope6qdffmwx9/yoyo-cina/
Muzium dan Galeri Melaka (26 April 2017) Gasing : Permainan Warisan Zaman Berzaman, dicapai
pada 24 November 2022. https://www.facebook.com/watch/?v=1001765023272051
Misnan Kamal, Syarat Dan Peraturan Permainan, 12 Oct 2017, dicapai pada 12 Disember 2022.
https://www.scribd.com/document/361358117/Syarat-Dan-Peraturan-Permainan#
5 sukan rakyat yang popular di Sabah, 30 Ogos 2021, dicapai pada 16 Disember 2022.
https://sabahan.my/blog/5-sukan-rakyat-yang-popular-di-sabah-no-5-masuk-peringkat-
antarabangsa/
19