1. Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG…………………….........… 2 2. Ucapan Guru Besar……………………………….…................... 3 3. Aturcara Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 / 2023....... 4 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke– 47/ 2023.......................................................................................... 5 4. Ahli Jawatankuasa PIBG Tahun 2021-2023…………………... 8 5. Notis Mesyuarat Agung............................................................. 9 6. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke– 46 / 2022.........……….. 10 7. Laporan Kewangan Berakhir Pada 31.12.2022........................ 22 9. Enrolmen Murid 2023............................................................... 23 10. Penerima Sumbangan.............................................................. 24 11. Senarai Usul/ Cadangan 2023.................................................. 25 12. Aktiviti PIBG Sepanjang Tahun 2021-2023............................... 26 13. Penghargaan............................................................................. 27 KANDUNGAN 1
3 Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul untuk meneruskan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 SK Tunku Mahmood 2 bagi tahun 2023. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga sekolah dan AJK PIBG yang telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian para ibu bapa hadir ke mesyuarat kita pada kali ini. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada barisan pentadbir dan para guru sekolah ini untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anakanak kita pada masa depan baik dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri. Tanpa sokongan padu daripada ibu bapa tidak mungkin pihak sekolah berjaya melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Syabas diucapkan kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama pada hari ini bagi menunjukkan keprihatinan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG. Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. AJK yang diamanahkan melalui pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan adalah sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan semua ahli PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-alukan bagi menjayakan segala program yang dirancang. Saya amat berharap ibu bapa yang hadir dapat menyumbangkan buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah aset yang paling berharga bagi persatuan ini. Oleh itu, saya menyeru agar setiap ahli sama-sama memberi komitmen dan bersatu hati menjadi penggerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Semoga pada tahun ini lebih banyak kejayaan akan dicapai. Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 SK Tunku Mahmood 2. Sekian,terima kasih. ……………………………… (HASZREE BIN HAMIDAN) YDP PIBG SK TUNKU MAHMOOD 2 UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SK TUNKU MAHMMOD 2, KLUANG 2
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, segala perancangan dan usaha yang jitu, maka Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 dapat dijalankan. Kehadiran para ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK PIBG yang telah berusaha keras dalam memastikan majlis ini berjalan lancar. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak dapat menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai cabaran. Oleh itu, pihak sekolah memerlukan sokongan dan sumbangan PIBG sekolah ini dari segi material mahu pun idea-idea yang bernas, sokongan moral menjadi nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana sekolah seiring dengan fokus SK Tunku Mahmood 2 iaitu ke arah melahirkan murid yang berkualiti melalui barisan pendidik dan kakitangan yang berintegriti seiring dengan sasaran Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua guru dan ibu bapa agar dapat bersama-sama berganding bahu ke arah merealisasikan hasrat kerajaan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 seiring dengan slogan sekolah, “Smart Thinker Motivated 2wards Success, Reaching For The Stars”. Kepada Ahli Jawatankuasa PIBG dan warga pendidik SK Tunku Mahmood 2, sekalung tahniah dan ucapan terima kasih saya ucapkan kerana telah menjayakan tugas dan peranan dengan penuh komited serta penuh kesungguhan. Sesungguhnya segala pengorbanan dari segi tenaga, masa, idea, kewangan yang telah diberikan kepada pihak sekolah sangat dihargai dan kalian mencerminkan keutuhan PIBG yang tiada tolok tandingannya. Syabas!. Sekian, terima kasih. SELAMAT BERSIDANG ……………………………… (SAFIEE BIN KASSIM) GURU BESAR SK TUNKU MAHMOOD 2 UCAPAN GURU BESAR 3
5 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD 2 86000 KLUANG, JOHOR No. Telefon : 07-7711640 E-mel : [email protected] 2.00 petang : Pendaftaran 2.30 petang : Para jemputan dan ibu bapa berkumpul di dewan 2.45 petang : Ketibaan tetamu kehormat di dewan : Nyanyian Lagu Bangsa Johor : Bacaan doa : Persembahan Murid : Ucapan aluan Yang Dipertua PIBG : Ucapan aluan Guru Besar : Ucapan Perasmian oleh : Yang Berbahagia ACP Bahrin bin Mohd Noh (Ketua Polis Kluang) : Penyampaian Sumbangan Banjir : Penyampaian Cenderamata AJK PIBG : Cabutan bertuah : Penyampaian Cenderamata Perasmi AGENDA MESYUARAT 3.45 petang : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 dimulakan : Ucapan Pengerusi : Ucapan Penasihat : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 : Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2022 : Membahaskan usul : Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2021-2023 : Melantik Pengerusi sementara : Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2023-2025 : Pemilihan Juruaudit Dalaman : Ucapan penangguhan : Cabutan bertuah ATURCARA 4
Penasihat : En. Safiee bin Kassim (Guru Besar) Pengerusi : En. Haszree bin Hamidan (YDP PIBG) Naib Pengerusi : Pn. Siti Noorhaslyza binti Tarno NYDP PIBG) Setiausaha : Pn. Shuhaila binti Shaaran Bendahari : Pn. Azrina binti Mohd Sahil Penyambut Tetamu En. Safiee Bin Kassim (GURU BESAR) Pn. Hjh.Siti Alawiyah binti Ali (GPK 1) En. Ahmad Basri bin Yaakub (GPK HEM) Pn. Siti Aminah binti Ramlan (GPK KOKURIKULUM) En. Haszree bin Hamidan (YDP PIBG) Pn. Siti Noorhaslyza binti Tarno (NYDP PIBG) Sambutan/Protokol Pn. Nor Suhana binti Sidek Cik Nurul Ain binti Muhmad Zin Pengacara Pn. Hjh. Norazura binti Abu Bakar (BM) En. Mohd Hasifuddin bin Md Noor (BI) Bacaan Doa En. Mohd Adil bin Jalil Hamper/ Cabutan Bertuah Pn. Melati binti Amat Pn. Mohana A/P Krishnan Cik Nur Nazihah binti Lani AJK PIB Rakaman Peristiwa En. Ong Kian Sing Surat Menyurat Pn. Shuhaila binti Shaaran Pn. Azrina binti Mohd Sahil JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 5
7 Persiapan Dewan (sebelum dan selepas) En. Shashi Raj a/l Supramaniam En. Devan a/l Paramasiban En. Wan Yunus bin Wan Daud Backdrop, Kain Rentang dan Hiasan Pentas Pn. Hjh. Nor’ini binti Sitam Pn. Nur Baizura binti Abdul Shukor Pn. Ana Rozahaliza binti Abd Rahman Pendaftaran Pn. Noor Azzlyita binti Togimat Pn. Harlina binti Hussin Pn. Loh Suet Peng Persembahan Murid Pn. Teh Hamizah Shazana bt Abdul Hamid Pn. Zainab Binti Jaafar Pn. Noor Syuhadah binti Mohd Salehhudin PA Sistem En. Mohd Ezzam bin Ahmad Rosli En. Shah Rudy bin Mohd Harun Pencatat Pn. Wan Roslina binti Wan Daud Pn. Nurul Nabilah binti Zakaria Sijil, Cenderamata dan Sumbangan Murid (banjir) Pn. Mas Alia Nabilah binti Badrul Hisham Pn. Saliza binti Yaakop Pn. Rohani binti Mohamad Usak Pn. Siti Noorhaslyza binti Tarno Dokumentasi Pn. Shuhaila binti Shaaran JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 6
Buku Program Pn. Siti Norlina binti Mohamd Saleh Pencatat & Pengiraan Undi AJK PIBG (Guru) Jamuan VIP Pn. Rokiah binti Mohamed Pn. Nur Hidayah binti Md Noh Pn. Mursinah binti Hamdan Jamuan Ibu Bapa/ Guru/ Murid yang terlibat Pn. Azimahani binti Jamaluddin Pn. Siti Nurul Iklimah binti Sazali Pn. Yante binti Mohamad AJK PIB Kebersihan Pekerja Pembersihan Swasta JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 7
9 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU 2021-2023 SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD 2 86000, KLUANG PENASIHAT : EN. SAFIEE BIN KASSIM YANG DIPERTUA : EN. HASZREE BIN HAMIDAN NAIB YANG DIPERTUA : PN. SITI NOORHASLYZA BINTI TARNO SETIAUSAHA : PN. SHUHAILA BINTI SHAARAN BENDAHARI : PN. AZRINA BINTI MOHD SAHIL AJK GURU : 1. EN. DEVAN A/L PARAMASIBAN 2. PN. NORAZURA BINTI ABU BAKAR 3. PN. SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH 4. PN. ROKIAH BINTI MOHAMED AJK IBU BAPA : 1. PN. NAVANITA A/P SANGARASIVAM 2. PN. HASRIANA BINTI BASRI 3. PN. NORINA BINTI M YOSOF 4. PN. NORLELA BINTI AHAMAD 5. PN. NOOR HASLINDA BTE JALIL JURUAUDIT : 1. PN. NORSURIATI BINTI RUSDI 2. EN. MOHD HARIS BIN SAHOT 8
NOTIS MESYUARAT AGUNG Rujukan : SKTUMII.100/13/1/4(2023) Tarikh : 7 FEBRUARI 2023 Kepada, Ibu Bapa/ Penjaga murid SK Tunku Mahmood 2 Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE– 47 TAHUN 2023 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacitanya dimaklumkan majlis tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :- Tarikh : 22 Mac 2023 (Rabu) Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Seri Mahkota 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan segala hormatnya menjemput tuan/ puan hadir ke mesyuarat tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan/ puan amatlah dihargai. 4. Tuan/ puan diminta untuk mengisi borang usul/ cadangan (Google Form) untuk tuan/ puan memberikan cadangan untuk pembangunan sekolah dan kecemerlangan murid yang boleh dibincangkan dalam mesyuarat agung nanti. Sukacita diingatkan bahawa usul/ cadangan yang diterima hanya akan dibincangkan jika tuan/ puan hadir ke mesyuarat tersebut. 5. Kehadiran tuan/puan dalam mesyuarat berkenaan amatlah diharapkan demi kepentingan anak jagaan tuan/puan. Sekian, terima kasih. “ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya yang menjalankan amanah, ......................................................... (HASZREE BIN HAMIDAN) Yang Dipertua PIBG SK Tunku Mahmood 2 9
11 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK Tunku Mahmood 2 86000 Kluang, Johor Tarikh: 10 April 2022 (Ahad) Masa: 2.00 petang Tempat: Lokasi masing-masing (google meet : https://meet.google.com/zbz-fgct-hqb) Kehadiran: 170 orang MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-46/2022 10
1.0 BACAAN DOA 1.1 En. Fauzan bin Yacob membacakan doa bagi memohon keberkatan untuk memulakan majlis. 2.0 UCAPAN YDP PIBG : EN. HASZREE BIN HAMIDAN 2.1 En. Haszree bin Hamidan selaku YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada perasmi iaitu En. Abdul Halim bin Abu Yaziz, dan kepada semua yang hadir pada Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46 yang juga merupakan mesyuarat Agung kali kedua yang diadakan secara atas talian. 2.2 Beliau memaklumkan terdapat empat isu yang sering diutarakan oleh ibu bapa dan juga sebahagiannya terdapat dalam borang usul yang diberikan. 2.3 Pertama, beliau menyatakan tentang Vaksin Coivd-19. Ibu bapa digalakkan untuk membenarkan anak-anak mendapatkan vaksin agar dapat mengurangkan serta menghindarkan diri daripada jangkitan virus Covid-19. 2.4 Kedua, mengenai isu beg berat. YDP PIBG memaklumkan bahawa pihak sekolah telahpun mengambil tindakan awal dan sewajarnya di mana terdapat perubahan jadual waktu pelajaran iaitu hanya ada empat atau lima subjek sahaja dalam sehari. Mohon ibu bapa, bantu anak-anak menyusun beg mengikut jadual yang telah diberikan. 2.5 Ketiga, mengenai keselesaan dan keselamatan murid di tandas berdekatan dengan dewan juga dalam perhatian. Terdapat rekahan berpunca daripada kebocoran air di dalam dinding bangunan. Pihak sekolah telah menghantar surat kepada PPD dan JKR, dan kerja-kerja ubahsuai secara menyeluruh akan dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Oleh itu, tandas di Bangunan Temenggong boleh digunakan oleh murid buat sementara waktu. 11
13 2.6 Keempat, mengenai keselamatan laluan masuk dan keluar murid di sekolah. YDP PIBG memaklumkan PIBG telah pun menghantar surat permohonan kepada PPD, JKR dan MPK untuk memohon garisan kuning, lintasan belang serta papan tanda had laju. Diharap ianya dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 2.7 Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan kepada pihak sekolah dari seri wang ringgit, tenaga dan idea. Semoga ianya dikekalkan agar menjalin hubungan yang harmoni antara guru dan ibu bapa. 2.8 Beliau juga menyatakan rasa bangga dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada rakan PIBG, KSIB sesi 2021/2022 yang begitu ikhlas dan bersemangat kerana telah berkorban wang, masa dan tenaga demi anak-anak sekolah ini. 2.9 Beliau memaklumkan bahawa banyak program dan sumbangan telah dilaksanakan antaranya sumbangan menaiktaraf laluan tempat menunggu murid, menaiktaraf surau serta gotong-royong projek sekolah lestari bersama PIBG dan komuniti. Keseluruhan projek tersebut dijalankan mengikut keutamaan dan secara berperingkat. 2.10 En. Haszree selaku YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang telah diberikan kepada pihak sekolah. Semoga STM2 menjadi sekolah yang boleh dibanggakan di daerah Kluang seiring dengan tagline sekolah iaitu Smart Thinking Motivated 2ward Success. 2.11 Beliau memaklumkan, berikutan banyak permintaan permohonan darjah 1 sesi 2023 di sekolah ini, Guru Besar telah bersetuju menambah kelas tahun 1 daripada empat kelas kepada lima buah kelas pada tahun 2023. Diharap PPD meluluskan dan mempercepat proses terutama melibatkan bilangan guru yang tidak cukup. 12
2.12 Akhir kata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada perasmi yang menjadi inspirasi kepada Sk Tunku Mahmood 2 dan berharap AJK PIBG sesi 2022/2023 dapat memberikan komitmen yang tinggi terhadap sekolah. 3.0 UCAPAN PENASIHAT: EN. SAFIEE BIN KASSIM 3.1 En. Safiee bin Kassim mengalu-alukan kehadiran ibu bapa / penjaga secara dalam talian, terutamanya kepada perasmi iaitu En. Abdul Halim bin Abu Yaziz (Timbalan PPD Pengurusan Sekolah) kerana sudi meluangkan masa serta kesudian beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Tunku Mahmood 2 Kali Ke-46. 3.2 Guru Besar mengucapkan syabas kepada AJK PIBG kerana berjaya merancangkan dan melaksanakan mesyuarat agung PIBG pada hari ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat secara google meet ini. 3.3 Selaku Guru Besar, beliau juga berharap agar PIBG meneruskan peranan untuk memastikan kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak di sekolah ini. Ibu bapa dialu-alukan hadir ke sekolah untuk memberikan sumbangan idea dan tenaga. 3.4 Beliau menyatakan tentang isu-isu semasa iaitu beg berat. Jadual telahpun berubah, diharap ibu bapa dapat bekerjasama menyemak dan mengikut jadual yang diberikan agar tidak terbeban dengan beg berat. 3.5 Guru Besar juga menyentuh tentang Vaksin (PICKids). Diharap ibu bapa dapat melihat kepentingan vaksin dan dapatkan vaksin dengan kadar segera untuk kesejahteraan semua. 3.6 Beliau menyatakan cadangan untuk mewujudkan sekolah berinformasi iaitu berhasrat agar setiap kelas dilengkapi dengan Smart TV. Diharap dapat kerjasama dan sokongan daripada pihak ibu bapa untuk membangunkan program ini. 13
15 3.7 Guru Besar memaklumkan bahawa kantin akan dibuka semula pada bulan puasa untuk murid bukan beragama islam manakala murid tahun 1 yang beragama islam dengan kebenaran ibu bapa, namun sekolah menyeru agar ibu bapa melatih dan mendidik anak-anak agar berpuasa. 3.8 Akhir kata, Guru Besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan AJK, ibu bapa serta guru yang hadir dalam mesyuarat ini. 4.0 UCAPAN PERASMI : EN. ABDUL HALIM BIN ABU YAZIZ 4.1 En. Abdul Halim bin Abu Yaziz mengucapkan tahniah kepada Guru Besar, Yang Dipertua PIBG, Barisan guru penolong kanan, semua guru dan ibu bapa kerana melaksanakan dan dapat hadir pada Mesyuarat Agung PIBG SK Tunku Mahmood 2 Kali Ke- 46 ini. 4.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang menjadi guru kepada anak-anak di rumah pada musim PKP yang lalu dan PdPR yang masih terlaksana bagi murid tahun 3,4 dan 5. 4.3 Beliau memaklumkan, tiada penggiliran persekolahan bagi murid bermula 17 April 2022. Diharap guru dan ibu bapa bekerjasama dan bersiap sedia untuk pelaksanaan PdPC. 4.4 Beliau menyatakan bahawa pendidikan masa kini secara globalisasi dan dunia digital, dengan bilangan murid yang ramai banyak cabaran yang dihadapi oleh guru. 4.5 Beliau berharap jika terdapat masalah, ibu bapa tidak melulu menggunakan media sosial, berbincanglah dengan pihak sekolah agar perkara dapat diselesaikan. 4.6 Berkenaan isu kurang guru, beliau memaklumkan bahawa pengambilan guru adalah secara berperingkat dan pihak PPD akan bekalkan guru kepada semua sekolah mengikut keperluan secepat mungkin. 14
4.7 Beliau ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput beliau sebagai perasmi. 4.8 Beliau berharap ibu bapa terus berikan sokongan dan libatkan diri dalam program PIBG untuk kemenjadian murid. 4.9 Beliau mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG yang jadi tulang belakang pihak sekolah dan berharap YDP PIBG dan Guru Besar akan berusaha lebih baik untuk menarik minat penglibatan ibu bapa. 4.10 Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, En Abdul Halim bin Abu Yaziz merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Tunku Mahmood 2 kali ke-46. 5.0 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 46 5.1 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 46 DIMULAKAN 5.1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Haszree bin Hamidan, Yang Dipertua PIBG, SK Tunku Mahmood 2. 5.2 UCAPAN ALUAN PENGERUSI 5.2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada ibu bapa yang hadir mesyuarat secara atas talian pada hari ini. 5.2.2 Beliau memohon ibu bapa merujuk buku program dalam link yang telah diberikan. 5.3 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG YANG LEPAS OLEH SETIAUSAHA : CIK IDAWATI BINTI SULIMAN 5.3.1 Cikgu Idawati binti Suliman, Setiausaha PIBG 2021 membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-45 bermula dari muka surat 9 hingga 19. Cadangan : Pn. Norina binti M Yosof Sokongan : Pn. Shuhaila binti Shaaran 15
17 5.4 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN OLEH BENDAHARI : PN. AZRINA BINTI MOHD SAHIL 5.4 1 Pn. Azrina binti Mohd Sahil, Bendahari PIBG 2021 membentangkan laporan kewangan tahunan PIBG berakhir 31 Disember 2021 pada muka surat 20. Cadangan : Pn. Siti Noorhaslyza binti Tarno Sokongan : Pn. Hasriana binti Basri 5.5 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada perkara berbangkit. 5.6 MEMBENTANG, MEMBAHAS DAN MENERIMA USUL 5.6.2 YDP PIBG memaklumkan TIADA USUL yang diterima untuk dibentangkan. Semua berbentuk cadangan yang telah disentuh dalam ucapan dan beberapa tindakan telah diambil lebih awal. 5.7 JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 5.7.1 En. Safiee bin Kassim selaku Penasihat PIBG mempengerusikan sementara untuk pelantikan AJK PIBG 2022/2023. 5.7.2 AJK PIBG sesi 2022/2023 dikekalkan. Cadangan : Pn. Siti Norlina binti Mohamd Saleh Sokongan : Pn. Yante binti Mohamad 16
5.7.3 Senarai AJK PIBG 2022/2023 Penasihat : En. Safiee bin Kassim YDP : En. Haszree bin Hamidan NYDP : Pn. Suhaila binti Sabran Setiausaha : Cik Idawati binti Suliman Bendahari : Pn. Azrina binti Mohd Sahil AJK Guru : 1. En. Devan A/L Paramasiban 2. Pn. Norazura binti Abu Bakar 3. Pn. Rokiah binti Mohamed 4. Pn. Siti Norlina binti Mohamd Saleh 5. Pn. Shuhaila binti Shaaran AJK Ibu Bapa : 1. Pn. Navanita A/P Sangarasivam 2. Pn. Siti Noorhaslyza binti Tarno 3. Pn. Hasriana binti Basri 4. Pn. Norina binti M Yosof 5. Pn. Norlela binti Ahamad Juruaudit : 1. Pn. Norsuriati binti Rusdi 2. En. Mohd Haris bin Sahot AJK Ibu Bapa (Simpanan) : 1. Pn. Noor Haslinda binti Jalil 17
19 5.8 HAL-HAL LAIN 5.8.1 En Haszree berharap sesi pembukaan sekolah tanpa penggiliran bermula 17 April 2022 akan berjalan lancar. 5.8.2 Ahli mesyuarat sebulat suara dengan duit kutipan / sumbangan PIBG sebanyak RM55.00 iaitu RM5.00 untuk keluarga yang menghadapi bencana. 5.9 UCAPAN PENANGGUHAN 5.9.1 YDP PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir kerana memberi kepercayaan dan sokongan kepada AJK PIBG sesi 2022/2023. 5.9.2 Beliau mengharapkan jalinan baik antara guru-guru dan ibu bapa terus terjalin dan merayu kepada ibu bapa agar terus bersama-sama menyokong usaha pihak sekolah terhadap kemenjadian murid. 5.9.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:50 petang. Dicatat oleh : Pn. Rokiah binti Mohamed Pn. Norsuriati binti Rusdi Disahkan oleh: ......…………………………… (HASZREE BIN HAMIDAN) YANG DIPERTUA PIBG SKTM2 TARIKH : 15 APRIL 2022 Disediakan oleh: ………………………………....... (IDAWATI BINTI SULIMAN) SETIAUSAHA PIBG SKTM2 TARIKH : 15 APRIL 2022 18
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46/2022 TARIKH : 10 APRIL 2022 HARI : AHAD MASA : 2:00 PETANG TEMPAT : Lokasi masing-masing (google meet : https://meet.google.com/zbz-fgct-hqb) PENGERUSI : EN. HASZREE BIN HAMIDAN (YDP PIBG) 1 Safiee bin Kassim 2 Hjh.Padilah binti Shahran 3 Hjh Mariam binti Hj Mohd Salleh 4 Siti Aminah binti Ramlan 5 Ana Roazahaliza binti Abd Rahman 6 Mazlina binti Ali 7 Idawati binti Suliman 8 Harlina binti Hussin 9 Yante binti Mohamad 10 Noor Syuhadah binti Mohd Salehhudin 11 Liza binti Shari'at 12 Mohd Adil bin Jalil 13 Siti Norlina binti Mohamd Saleh 14 Rohani binti Mohd Usak 15 Devan a/l Paramasiban 16 Nurul Ain Anisha binti Mohd Ali 17 Saliza binti Yaakop 18 Loh Suet Peng 19 Mas Alia Nabilah binti Badrul Hisham 20 Jamilah binti Rahmat 21 Teh Hamizah Shazana binti Abdul Hamid 22 Azrina binti Mohd Sahil 23 Melati binti Amat 24 Norazura binti Abu Bakar 25 Azimahani binti Jamaluddin 26 Norsuriati binti Rusdi 27 Rokiah binti Mohamed 28 Nurul Ain binti Muhmad Zain 29 Shuhaila binti Shaaran 30 Nor'ini binti Sitam 31 Nur Baizura binti Abdul Shukor 32 Zainab binti Jaafar 33 Ong Kian Sing 34 Siti Nurul Iklimah binti Sazali 35 Noor Azzlyita binti Togimat 36 Wan Roslina binti Wan Daud 37 Nur Hidayah binti Md Noh 38 Mohd Hasifuddin bin Md Noor 39 Nur Nazihah binti Lani 40 Abdul Razak bin Abu Bakar 41 Mohd Ezzam bin Ahmad Rosli 42 Mohd Shahrul Nizam bin Mohd Nor 43 Norsedah binti Harom 44 Marina binti Morsidi 45 Nur Faizah binti Samsuri 46 Mary Memora Anak Nybob 47 Fettykasuma Dewi binti Md. Kassim 48 Shaiful Azuan bin Ismail 49 Azuan anak Awang 50 Shayrine Ak Kalih 51 Azuan anak Awang 52 Prameela 53 Nor Erneida binti Roslan 54 Meni 55 Nur Hafiz bin Ismail 56 Christina 57 Navanita 58 Saravana Kumar 59 Shuhada 60 Mohd Rohaidie 61 Punitha Demado 62 Norliliwati binti Mohd Azmi 63 Suhaila binti Sabran 64 Fadhilah binti Osman 65 Norina binti M Yosof 66 Earfarina binti Rosnan 67 Md Sallehuddin bin Daud 68 Nor Erdawani 69 Juhana binti Abd Rani 70 Angela Ann 71 Stephanie Lynne Linang 19
21 SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46/2022 TARIKH : 10 APRIL 2022 HARI : AHAD MASA : 2:00 PETANG TEMPAT : Lokasi masing-masing (google meet : https://meet.google.com/zbz-fgct-hqb) PENGERUSI : EN. HASZREE BIN HAMIDAN (YDP PIBG) 72 Zakiah binti Ismail 73 Fatin Nazwa binti Ajis 74 Latin binti Sia 75 Azimatul Aula binti Abdulah 76 Mohd Asri bin Md Yusof 77 Layon binti Sia 78 Azdura binti Mohd Natar 79 Kamil 80 Mohd Fahmi bin Saif 81 Johanita binti Naim 82 Norumira binti Mohd Halimi 83 Norhanizah Mohamad Ali 84 Muhammad Nur Syazni bin Shaharuddin 85 Noor Hamiza 86 Nurul Hasinar Baharum 87 Muhd Fahmi Bin Saif 88 Raffly anak sooning 89 Norhafzalina binti Ramli 90 Zainun binti Sohib 91 Hayati binti Ismaun 92 Mohamad Amir bin Moideen 93 Faridah binti Ahmad 94 Siti Haida binti Hamid 95 Vichytra M.Sina Raja 96 Norhidayu binti Jamludin 97 Nur Hazrinda binti Mustafa 98 Siti Noorhaslyza binti Tarno 99 Faedatul Adawiyah binti Mohd Mokri 100 Kamil bin Kamaruddin 101 Hirul 'Aldren Amirudin 102 Zaleha anak Ipang 103 Mohd Effandi bin Mohd Aris 104 Asmadi bin Abd Rahman 105 Mohd Huzaidi bin Abu Hassan 106 Noor Haslinda binti Jalil 107 Mohd Haris bin Sahot 108 Hasriana binti Basri 109 Mohd Haffizal bin Mohd Damin 110 Meloh anak Untang 111 Mohd Izuddin bin Shaaran 112 Norhayati binti Jamari 113 Azlina binti Mohd Salleh 114 Nor Azimah binti Azizan 115 Norlizawati binti Ismail 116 Beatrice Peter 117 Hasliza binti Ahmad 118 Nor Fatimah binti Munin 119 Peterus anak Andi 120 Shahrol Rizal bin Shaffie 121 Nor Zilawati Zainudin 122 Siti Emirah binti Mohd Radzi 123 Norazni binti Aziz 124 Siti Zaidah binti Robani 125 Muhammad Rasyid Richard bin Abdullah 126 Farah Nur Sahida binti Abdul Raham 127 Siti Nurbaya binti Mohd Fazir 128 Muhamad Yazid bin Mohmad Aipa 129 Philip Anak Jemat 130 Lorida Jius 131 Noorul Aishah binti Hassim 132 Fadzilah binti Mohd Salleh 133 Masniza binti Mohamad Seri 134 Hisyam 135 Hafizah binti On 136 Norzulia binti Mohamed @Sabeis 137 Hanan binti Ahmad Ainuddin 138 Hajah Ashikin binti Selamat 139 Noor Azema binti Mohamad Shah 140 Masidah Ahmed 20
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46/2022 TARIKH : 10 APRIL 2022 HARI : AHAD MASA : 2:00 PETANG TEMPAT : Lokasi masing-masing (google meet : https://meet.google.com/zbz-fgct-hqb) PENGERUSI : EN. HASZREE BIN HAMIDAN (YDP PIBG) 141 Sulehah binti Abdullah 142 Mohamad Latiff bin Ramin 143 Hayati Omar 144 Massry bin Abu Bakar 145 Asrull Affandy Bin Hasbollah 146 Nasrul Hafizah 147 Siti Saadah 148 Hanani Ahmad 149 Asrull Affandy bin Hasbollah 150 Norhasriza binti Mustafa 151 Catherine Anak Inggai 152 Nurfaziena 153 Mohd Hanis bin Abd Wahab. 154 Mohd Radzi bin Ahmad Muslim 155 Nurfaizurah binti Sahat 156 Mohd Sahahrulisham Bin Pariyonok 157 Nurul Hayat Binti Ismail 158 Maznah binti Md Rasdi 159 Fazidah binti Samsudin 160 Noridah binti Mohd Nor 161 Norita Nor binti Abdul Kader 162 Mardiana binti Din Muhammad 163 Nur Hazila binti Roslan @ Rastum 164 Aidawati binti Abu Bakar 165 Nor Faradila Sarikin 166 Abdul Hakim bin Sulaiman 167 Nurul Jamaai binti Mahmud 168 Vishalinidavadas 169 Nazariha binti Mat Salleh 170 Monica Jazz 21
23 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022 22
TAHUN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH PRASEKOLAH 22 28 50 1 69 52 121 2 67 52 119 3 71 56 127 4 68 63 131 5 50 34 84 6 54 45 99 JUMLAH 401 330 731 ENROLMEN MURID SK TUNKU MAHMOOD 2 TAHUN 2023 23
25 PENERIMA SUMBANGAN BANJIR BIL NAMA IBU/BAPA/ PENJAGA NAMA ANAK KELAS 1. JUMMAIN BIN TULAM NUR IRIS BATRISYIA BINTI JUMMAIN 2 UTM 2. MUHAMMAD YUSOFF BIN RAHMAT NUR ARIQA ZAHRA BINTI MUHAMMAD YUSOFF 2 USM 3. KAMALIAH BINTI ABDULLAH NUR AMERRA KAISAH BINTI ANUWAR 3 UKM 4. HESHAM BIN KASIL MUHAMMAD SYAHMI FARIS BIN HESHAM MUHAMMAD SYAHMI FIRAS BIN HESHAM 3 UPM 4 UPM 5. MOHD HAFIZUDDIN BIN OTHMAN QYSEH NUR RAIHANA BINTI MOHD HAFIZUDDIN 5 UKM 6. MOHD FAZLI BIN ABU BAKAR MUHAMMAD RIFQI BIN MOHD FAZLI 6 UKM 24
BIL USUL/ CADANGAN NAMA PENCADANG NAMA DAN KELAS ANAK 1. Mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan lokar atau rak simpanan buku teks untuk kegunaan setiap murid bagi mengurangkan bebanan beg sekolah (kutipan dana) Pn. Earfarina binti Rosnan Muhammad Ariiq Naufal bin Mohd Safri (1 UTM) 2. Mencadangkan agar sumbangan PIBG dikekalkan untuk tahun 2023 iaitu sebanyak RM55.00 (RM5.00 untuk keluarga yang menghadapi bencana) Pn. Hasriana binti Basri Fareez Firdaus bin Zaini (5 UKM) USUL / CADANGAN 2023 25
27 • Program Jom Derma Pakaian Sekolah • Sembang Santai Fenomena Burnout - Penceramah : Syamsul Debat • Bacaan Yassin Secara Atas Talian • Stesen Go Green • Majlis Persaraan Cikgu Zulkarnain • Lawatan Ke Rumah Murid • Penambahbaikan Infrastruktur Tandas Murid • Laluan Berbumbung dan Tempat Menunggu • Kejohanan Merentas Desa • Kejohanan Olahraga • Sambutan Hari Guru • Majlis Persaraan Cikgu Mariam • Taman Lestari Komuniti PIBG • Laman Minda Sihat Bersama KPJ • Majlis Persaraan Cikgu Jamilah • Sambutan Maulidur Rasul • Sambutan Hari Kemerdekaan • Hari Keusahawanan • Majlis Perpisahan Ustaz Fauzan, Cikgu Razak dan Puan Marziana • Program Penyampaian Sijil Tamat Tahun 6 AKTIVITI PIBG 2021-2023 26
Sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih kepada: Yang Berbahagia Tuan ACP Bahrin bin Mohd Noh Ketua Polis Kluang En. Safiee bin Kassim Guru Besar SK Tunku Mahmood 2 Pn. Hjh. Siti Alawiyah binti Ali Guru Penolong Kanan Pentadbiran En. Ahmad Basri bin Yaakub Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Siti Aminah binti Ramlan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Guru- guru dan Staf Sokongan SK Tunku Mahmood 2 Ibu Bapa Dan Kepada Semua Pihak Yang Telah Memberikan Sumbangan Idea, Tenaga & Material Secara Langsung Atau Tidak Langsung, Bagi Menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 47 Hanya Allah S.W.T Sahaja Yang Akan Membalas Budi Dan Jasa Kalian SEKALUNG PENGHARGAAN 27
29 CATATAN 28
PIBG SK Tunku Mahmood 2