The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ms Sifati, writes, 2024-06-05 00:05:49

Buku Program

Mesyuarat PIBG

S K ( F E L D A ) C H E R U L AgungPIBG 5 JUN Rabu 2.00 ptg 2024 K A L I K E - 30 Disempurnakan oleh : Encik Afzil Hazami bin Dato’ Alwi Penolong Pengurus Kanan Akaun & Pentadbiran Kilang Sawit Rakyat Ketengah Perwira


Pendaftaran Ketibaan dif-dif jemputan Nyanyian Lagu Negaraku Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Helmy bin Puteh @ Mohd Nor Ucapan alu-aluan Guru Besar SKFC Perutusan Yang Di Pertua PIBG Ucapan perasmi oleh Encik Afzil Hazami bin Dato’ Alwi Penyampaian Sijil Penghargaan AJK PIBG SKFC Sesi 2023 / 2024 Cabutan bertuah Persembahan murid Penyampaian cenderamata kepada perasmi Guru Besar mengiringi para jemputan ke kantin untuk menjamu selera Ibu bapa menunggu di dalam dewan Cabutan bertuah 1.Ucapan ringkas YDP PIBG SKFC sesi 2023 / 2024 2.Menerima dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke 29 3.Membentang Laporan Tahunan PIBG SKFC sesi 2023 / 2024 4.Membentang laporan kewangan PIBG SKFC berakhir 23hb Mei 2024 5.Perbahasan usul-usul (jika ada) 6.Hal-hal lain 7.Ucapan Penangguhan – Guru Besar dan Yang Di Pertua PIBG SKFC Sesi 2023 / 2024 Cabutan bertuah Bersurai Mesyuarat Agung PIBG SKFC AGENDA :


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK (Felda) Cherul sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik, hal ehwal murid mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sokongan PIBG dari segi material, kewangan dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. P U A N K A S M A W A T I B I N T I A B D U L K A R I M GURU BESAR SK (FELDA) CHERUL


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala pujian hanya bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya serta para sahabatnya. Dalam kesempatan ini, ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin- Nya jua dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab memikul amanah membantu menggilap kecemerlangan anak anak dan memperkasakan SK (Felda) Cherul. Komitmen yang padu dalam kalangan anggota PIBG akan menjanjikan kejayaan dan kepuasan bagi melahirkan insan cemerlang iaitu bangsa Malaysia yang bertanggungjawab dan berbakti untuk agama, nusa, dan bangsa . Sebuah sekolah yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang akademik dan kokurikulum sesungguhnya disokong oleh kemantapan PIBG. Melalui PIBG, diharap semua pihak dapat mencambahkan idea-idea bernas serta buah fikiran yang berupa ya meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum SK (Felda) Cherul bagi melahirkan insan kamil yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya yakin bahawa segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jaya. Semua pihak khususnya PIBG haruslah memainkan peranan yang lebih efektif untuk kecemerlangan murid-murid SK (Felda) Cherul. Marilah kita sama-sama mendokong dan membuat perancangan rapi bagi memajukan PIBG SK (Felda) Cherul selari dengan perubahan arus perdana hari ini. Usaha-usaha dan penambahbaikan berterusan perlu dilakukan segera agar kita tidak akan ketinggalan. Kesepaduan dalam permuafakatan yang tinggi daripada warga PIBG SK (Felda) Cherul amat diperlukan bagi menjayakan setiap program yang akan dilaksanakan nanti. Moga budaya kerja cemerlang senti asa direalisasikan. Akhir bicara, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30 ini. Mudah-mudahan pengorbanan dan niat murni kita semua untuk membuahkan kejayaan anak-anak yang gemilang akan dimakbulkan oleh Allah. Sekian, terima kasih. E N C I K A H M A D F A K H R U D D I N B I N A H M A D R I D Z U A N YDP PIBG


GURU B ESAR PK P ENTADB I RAN PK HAL EHWAL MUR ID PK KOKUR IKULUM : P n . Rafidah bi n ti Se tapa : E n . Mahadz ir bi n Mo ha m m ed Yas s i n : E n . Mo hd Faz l i bi n Wahab : E n . Mo hd Ar haf udi n bi n Abd Rah m an YDP P I BG NYDP P I BG SE T IAUSAHA KEHORMAT P EN. S/U KEHORMAT B ENDAHAR I KEHORMAT AJK ( I BU BAPA) AJK (GURU) : E n . Ahma d F a k h r u d d i n b i n Ahma d R i d z u a n : E n . Z a i n a l b i n Z o ri : E n . Mo h d H a fi d z u d d i n b i n H ami d : C i k No o r Afi q a h S a i d a h b i n ti K ama r u d i n : P n . An a s i h a b i n ti Ahma d : E n . Mo h d Afif b i n Mo h d S a l l e h : P n . No r a d i l a b i n ti R aml i : P n . Di a n a b i n ti A w a n g : P n . T e n g k u R o z i d a h b i n ti T e n g k u Ma n s o r : E n . S h amma d i b i n Z a i d : E n . Z a h r u d i n b i n Z o ri : E n . Al i a s b i n Ma t J u n u s : P n . No r k a w a n a b i n ti R aml i : P n . Z u l l a n a y a ti b i n ti S h a fi e : P n . Z a f a ri z am b i n ti S a l l e h : E n . Mo h d K h a ir u l F a hmi b i n H a s s a n : E n . Ahma d H e lmy b i n P u t e h @Mo h d No r


P ENAUNG P ENASIHAT P EN. P ENASIHAT I P EN. P ENASIHAT I I P ENGE RUSI NAI B P ENGE RUSI SE T IAUSAHA KEHORMAT : P n . Kas m awati bi n ti Abdu l Kari m Gu r u B e s a r S K F C : E n . Mo hd Faz l i bi n Wahab P e n o l o n g K a n a n Ha l E h w a l Mu ri d : E n . Mahadz ir bi n Mo ha m m ed Yas s i n P e n o l o n g K a n a n P e n t a d b ir a n : E n . Mo hd Ar haf udi n bi n Abd Rah m an P e n o l o n g K a n a n K o k u ri k u l um : E n . Ah m ad Fak h r uddi n bi n Ah m ad R idz uan YDP P I BG : E n . Zai nal bi n Z o ri NYDP P I BG : E n . Mo hd Hafidz uddi n bi n Ha m id P ROTOKOL / P ENAJAAN P n . K a sma w a ti b i n ti Ab d u l K a rim E n . Ahma d F a k h r u d d i n b i n Ahma d R i d z u a n E n . Ma h a d z ir b i n Mo h amme d Ya s s i n E n . Mo h d F a z l i b i n Wa h a b E n . Mo h d Ar h a f u d i n b i n Ab d R a hma n P ENYE LARAS P ROGRAM/ SURAT MENYURAT E n . Mo h d H a fi d z u d d i n b i n H ami d P EN C ATAT MINI T C i k Az i l a b i n ti Mu h ama d P n . As it a h b i n ti I b r a h im C i k Ma j i d a h b i n ti Mo h ama d SIARAYA E n . Mu h amma d B a d r u l ami n b i n Na s ir E n . Mo h d K h a ir u l F a hmi b i n H a s s a n P E RSEMBAHAN E n . Mo h d K h a ir u l F a hmi b i n H a s s a n C i k Ma j i d a h b i n ti Mo h ama d DOA E n . Ahma d H e lmy b i n P u t e h @ Mo h d No r JAMUAN I BU BAPA / VI P P n . Nu r K h u r a i s h a h b i n ti K hmi s P n . S iti Nu r As y i k i n b i n ti K ama r u d d i n Wa k i l P I BG BUKU MESYUARAT / PAMP L E T / SI J I L AJK P n . ‘ E ff a h F a d z i l a h b i n ti Z u l k ifl i E n . Ni k Az ri b i n Ni k Mo h ame d Arriff C i k S if a ti Na b i l a h b i n ti S u l o n g @ Ab d u l R a z a k BA C KDROP , HIASAN P ENTAS & BANNE R P n . Yu sma i n i b i n ti I sma i l P n . R o h a y a b i n ti Mo h d Yu s o f E n . Mo h d B a d r u l b i n Mo h d Na w i P n . As it a h b i n ti I b r a h im Wa k i l P I BG P E RSIAPAN T EMPAT E n . Ahma d As y r a f b i n Mo h ama d Z a h i d E n . Mo h ama d H a n if b i n A w a n g E n . Ahma d H e lmy b i n P u t e h @ Mo h d No r S emu a p e k e rj a Wa k i l P I BG DOKUMENTASI E n . Mu h amma d Nu r d i n b i n Na j emu d i n E n . H a s r u l H a zmi b i n Mo h d R o b i P ENGA C ARA MAJ L IS E n . H a n a p i b i n Md S a i d P ENDAF TARAN & NO. B E R TUAH P n . T u a n No rl i z a b i n ti T u a n H amz a h P n . No r h ami z a h b i n ti Azma n C ENDE RAMATA P E RASMI , AJK DAN (HAMP E R ,HADIAH C ABUTAN B E R TUAH) E n . Mo h d F a i z a l b i n Ab R a hma n P n . Az i l a b i n ti Mu h ama d P n . Z a f a ri z am b i n ti S a l l e h


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK (FELDA) CHERUL KALI KE-29 SESI 2023/2024 Tarikh : 25 Jun 2023 (Ahad) Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Gemilang Kehadiran : 189 orang Dirasmikan oleh : Puan Rafidah binti Setapa Guru Besar SK (Felda) Cherul AGENDA 1 : PERUTUSAN PENGERUSI MAJLIS 1.1 Memulakan majlis dengan mengalu-alukan kehadiran semua hadirin. 1.2 Menyatakan ucapan terima kasih atas kehadiran ibu bapa pada hari ini. 1.3 Menjemput Ustaz Ahmad Helmy bin Puteh untuk memimpin bacaan doa. AGENDA 2 : PERUTUSAN YDP PIBG (PUAN DASIA BINTI DOLLAH) 2.1 Mengalu-alukan kehadiran semua hadirin. 2.2 Terima kasih atas kecaknaan ibu bapa membantu menggilap kecemerlangan anak-anak SKFC. 2.3 Melalui PIBG, semua pihak diharap dapat mencambahkan idea-idea bernas serta buah fikiran yang berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum SKFC bagi melahirkan insan kamil. 2.4 Pihak sekolah ada memohon sumbangan derma untuk surau sekolah. Setakat ini telah berjaya kumpul sebanyak RM3000.00. terima kasih atas kecaknaan ibu bapa memberi sumbangan untuk surau yang daif. Diharap akan nada lagi sumbangan untuk membaiki surau. 2.5 Masalah pagar belum dapat diatasi kerana pihak sekolah belum dapat menyediakan upah untuk memasang pagar. Pihak sekolah sangat berharap golongan bapa khususnya dapat menyumbang tenaga untuk sama-sama membina pagar sekolah. 2.6 Pagar belakang dalam usaha untuk dinaiktaraf bagi memudahkan ibu bapa mengambil anak anak dari sekolah. 2.7 Menyampaikan ucapan terima kasih buat ibu bapa dan masyarakat setempat yang menyumbang untuk program robotik bernilai RM13,000.00. Program ini memberi peluang kepada anak-anak SKFC untuk belajar sesuatu yang baharu. Murid-murid SKFC juga telah berjaya menyertai pertandingan robotik anjuran Felda dan menimba ilmu yang sangat berharga dalam pendidikan robotik.


AGENDA 3 : UCAPAN PERASMIAN - GURU BESAR (PUAN RAFIDAH BINTI SETAPA) 3.1 Mengalu-alukan kehadiran semua hadirin. 3.2 Keadaan cuaca panas sekarang menyebabkan kegiatan luar agak terbatas untuk diadakan oleh pihak sekolah. Semua aktiviti perlu diadakan di kawasan berbumbung kecuali aktiviti merentas desa. 3.3 Berharap anak-anak dapat dihantar ke sekolah setiap hari selaras dengan Akta Pendidikan Wajib. Usaha melawat ke rumah murid-murid yang tidak hadir yang dilakukan pihak sekolah adalah untuk membawa anak-anak ini menuntut ilmu supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran. 3.4 Merakamkan ucapan terima kasih kepada PIBG yang banyak menyumbang tenaga dan kewangan bagi membantu pihak sekolah. Kerjasama erat ini akan berjaya melonjakkan sekolah ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang. 3.5 Pihak sekolah sentiasa merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Semua kejayaan yang dicapai oleh murid-murid adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. 3.6 Sokongan PIBG daripada aspek material, kewangan dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang. 3.7 Menekankan kepentingan PBS yang menggantikan sistem peperiksaan awam. Penilaian secara holistik diberi kepada anak-anak dalam aspek kurikulum, sahsiah dan kokurikulum. PBS sangat penting untuk anak-anak pada masa hadapan. Berharap ibu bapa dapat menitikberatkan aspek ini dan memantau pelajaran mereka di rumah. 3.8 Menekankan kepentingan murid menguasai Iqra’ dan solat lima waktu. 3.9 Mohon bantuan ibu bapa untuk memantau aktiviti anak-anak di rumah terutamanya kerja rumah dan solat. Tidak boleh serah bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kepada pihak sekolah. 3.10 Menggalakkan penggunaan pendekatan musyawarah untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Jika ada salah faham, boleh jumpa dan berbincang dengan pihak sekolah bagi mencapai kata sepakat, bukannya menuding jari mencari salah sesiapa. 3.11 Merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa, rakan strategik, jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan tidak ketinggalan kepada AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-29 kerana telah memberi sumbang bakti kepada sekolah. 3.12 Dengan lafaz Bismillah, beliau merasmikan MAT PIBG Kali ke-29.


AGENDA 4 : MESYUARAT AGUNG PIBG 4.1 UCAPAN ALUAN PENGERUSI PIBG 4.1.1 Bacaan ummu kitab Al-Fatihah. 4.1.2 Memaklumkan Encik Mohd Rosli bin Noh dan Encik Mohd Razauddin bin Hassan telah berpindah. 4.2 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-28 4.2.1 Dibentangkan oleh Encik Mohd Hafidzuddin bin Hamid selaku Setiausaha PIBG seperti di muka surat 7-13 buku program yang dilampirkan. Pencadang pengesahan : Encik Ahmad Fakhruddin bin Ahmad Ridzuan Penyokong pengesahan : Puan Norkarwana binti Ramli 4.3 PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2022 / 2023 4.3.1 Dibentangkan oleh Encik Mohd Hafidzuddin bin Hamid selaku Setiausaha PIBG seperti di muka surat 16 buku program yang dilampirkan. 4.4 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN 4.4.1 Penyata Kewangan PIBG SK (Felda) Cherul berakhir 31 Mei 2023 dibentangkan oleh Puan Anasiha binti Ahmad selaku Bendahari PIBG seperti di muka surat 14 dan 15 buku program yang dilampirkan. Pencadang pengesahan : Encik Ahmad Fakhruddin bin Ahmad Ridzuan Penyokong pengesahan : Puan Norkarwana binti Ramli


4.5 MEMBENTANG DAN MENERIMA USUL 4.5 Menaik taraf kebersihan tandas dan penambahbaikan kemudahan dalam kelas. 4.5.1 Tandas sekolah dalam keadaan bersih kerana dibersihkan oleh para pekerja. Duit PIBG digunakan untuk membeli pam rosak. 4.5.2 Memberi semangat, keyakinan dan galakan untuk berjaya, mengadakan aktiviti luar dan mendengar permasalahan serta memberi keceriaan murid. 4.5.2.1 Pihak sekolah ada unit HEM yang terdiri daripada Unit Bimbingan, Kaunseling dan Kerjaya yang berperanan meningkatkan motivasi murid-murid di sekolah. Aktiviti luar pula masih tidak dapat diadakan kerana tertakluk dengan SOP terkini. 4.5.3 Tamat persekolahan jam 12.45 tengah hari setiap hari. 4.5.3.1 Tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk dengan ketetapan KPM berkaitan peruntukan masa minimum jam setahun bagi setiap mata pelajaran. Usul ditolak. 4.5.4 Minta kerjasama penjaga supaya tidak parkir motosikal depan pintu pagar terutamanya ketika hujan semasa menjemput anak-anak kerana menghalang pejalan kaki. 4.5.5 Mengadakan pelbagai aktiviti untuk murid tahun 6. 4.5.5.1 Perancangan akademik untuk murid tahun 6 sudah ada bagi sesi akademik 2023/2024. Antaranya lawatan bermaklumat pada bulan September. Perancangan aktiviti kokurikulum juga disediakan oleh PKKO. 4.5.6 Memberi kebenaran ibu bapa mengambil atau menghantar anak-anak di pintu pagar hadapan jika hujan lebat bagi mengelakkan kesesakan di pagar belakang. 4.5.6.1 Memang diberi kebenaran untuk masuk ke kawasan sekolah ketika hari hujan. 4.5.7 Berikan kerusi / kekuda untuk duduk semasa perhimpunan. 4.5.7.1 Kos untuk membeli kerusi agak tinggi dan pihak sekolah menghadapi kekangan kewangan bagi membeli sebuah kerusi bagi setiap murid. Usul ditangguh sehingga PIBG mempunyai kewangan yang kukuh dan mengizinkan. 4.5.8 Sediakan tempat simpan buku, meletakkan pengawal untuk menjaga murid yang menunggu penjaga / pemandu van yang lambat sampai ke sekolah. 4.5.8.1 Setakat ini hanya tahun 1 sahaja yang mempunyai rak simpanan buku. Untuk atasi masalah beg berat, jadual harian murid-murid hanya ada empat subjek sahaja. Jika jadual dipatuhi, masalah beg berat boleh diatasi. Buku teks pula tidak boleh ditinggalkan di sekolah dan jika hilang perlu diganti oleh murid. Usul ditangguh sehingga PIBG mempunyai kewangan yang kukuh. 4.5.8.2Pengawal keselamatan dan PPM memang bersama dan mengawasi murid prasekolah, murid tahap 1 dan 2 yang menunggu penjaga. 4.5.9 Kelonggaran kepada ibu bapa untuk menghantar / mengambil anak melalui pintu hadapan kerana jalan belakang sempit untuk kereta dan terlalu sesak. 4.5.9.1 Isu keselamatan murid perlu diambil kira. Oleh sebab itu, hanya pagar belakang dibenarkan buat masa sekarang. Pihak sekolah membenarkan ibu bapa masuk melalui pintu hadapan mengikut situasi tertentu. 4.5.10 Hadiah pertandingan sekolah haruslah berpatutan dengan pencapaian yang diraih oleh murid. 4.5.10.1 Setakat ini hadiah disediakan mengikut kemampuan pihak sekolah.


4.6 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 4.6.1 Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 oleh Puan Dasia binti Dollah. 4.7 PELANTIKAN PENGERUSI MESYUARAT AGUNG SEMENTARA 4.7.1 Majlis bersetuju sebulat suara melantik Encik Mohd Fauzi bin Mat Adam sebagai pengerusi sementara Mesyuarat PIBG kali ke- 29. 4.8 PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 4.8.1 Selepas pemilihan berlangsung dengan sangat lancar, berikut merupakan keputusan pemilihan Jawatankuasa PIBG SK (Felda) Cherul Sesi 2023/2024 : Yang Dipertua : Encik Ahmad Fakhruddin bin Ahmad Ridzuan Naib Yang Dipertua : Encik Zainal bin Zori Setiausaha Kehormat : Encik Mohd Hafidzuddin bin Hamid (Guru) Penolong Setiausaha Kehormat : Cik Noor Afiqah Saidah binti Kamarudin (Guru) Bendahari Kehormat : Puan Anasiha binti Ahmad (Guru) Ahli Jawatankuasa (Ibu bapa) : Encik Mohd Afif bin Mohd Salleh : Puan Noradila binti Ramli : Puan Diana binti Awang : Puan Tengku Rozidah binti Tengku Mansor : Encik Shammadi bin Zaid : Encik Zahrudin bin Zori : Encik Alias bin Mat Junus : Puan Norkawana binti Ramli : Puan Zullanayati binti Shafie Ahli Jawatankuasa (Guru) : Puan Zafarizam binti Salleh : Encik Mohd Khairul Fahmi bin Hassan : Encik Ahmad Helmy bin Puteh@Mohd Nor Juruaudit Dalaman : Belum ditentukan lagi oleh pihak pentadbir.


4.9 HAL-HAL LAIN Semua hadirin bersetuju sumbangan PIBG dikekalkan seperti tahun lepas : RM 30 sekeluarga. 4.10 UCAPAN PENANGGUHAN PUAN RAFIDAH BINTI SETAPA 4.10.1 Mengucapkan tahniah kepada semua yang terpilih sebagai AJK bagi sesi kali ini. Berharap agar semua ahli bergiat aktif dan berhubung dengan pihak sekolah demi kemenjadian anak-anak SKFC. 4.10.2 Berbesar hati jika ahli yang dilantik boleh meluangkan masa untuk hadir ke sekolah bagi berbincang hal-hal berkaitan anak-anak SKFC. 4.10.3 Mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh mesyuarat. PUAN DASIA BINTI DOLLAH 4.10.4 Bersyukur dan berterima kasih kepada hadirin kerana telah memilih AJK baharu yang hebat. Idea dan tenaga golongan muda seperti inilah yang dimahukan agar ada perubahan dalam persatuan. Berharap agar semua ahli baharu dapat menjalankan tugas dan amanah dengan baik serta menyatakan kesudian untuk menghulurkan sebarang bantuan jika diperlukan. ENCIK MANAB BIN JUSOH 4.10.5 Mengucapkan tahniah kepada AJK yang terpilih. Turut menyatakan bahawa pihak FELDA sudi bekerjasama dengan pihak PIBG jika diperlukan. Turut menyuarakan agar pihak PIBG dapat mencari sumber kewangan yang cukup untuk aktiviti sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.45 petang. Disediakan oleh, ………………………………..………. (MOHD HAFIDZUDDIN BIN HAMID) Setiausaha PIBG, SK (FELDA) Cherul, 24000 Kemaman, Terengganu. Disahkan oleh, ………………………………..………. (AHMAD FAKHRUDDIN BIN AHMAD RIDZUAN) Yang Dipertua PIBG, SK (FELDA) Cherul, 24000 Kemaman, Terengganu.


Penyata Kewangan Berakhir Pada 23 Mei 2024


BIL N A M A P R O G R A M DENGAN KERJASAMA 1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 Unit HEM 2 Mesyuarat AJK PIBG Unit HEM 3 Hari Anugerah Kecemerlangan Murid (HAKeM) Unit HEM 4 Hari Apresiasi Tahun 6 & Pra Sekolah Unit Kurikulum 5 Program Motivasi Ibu Bapa & Temu Murni Unit Kurikulum 6 Perkhemahan Unit Beruniform Unit Kokurikulum 7 Kejohanan Merentas Desa Unit Kokurikulum 8 Karnival Sukan & Permainan 1M1S Unit Kokurikulum 9 Hari Apresiasi Kokurikulum Unit Kokurikulum 10 Sambutan Maulidur Rasul Unit Kokurikulum 11 Sambutan Hari Kebangsaan Unit Kokurikulum 12 Aktiviti Keceriaan Kelas Unit HEM 13 Sambutan Hari Kanak-Kanak Unit HEM 14 Program Gotong Royong Madani Unit HEM 15 Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah KGKT 16 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah KGKT 17 Majlis Sekalung Budi Selautan Kasih Tuan Guru Besar Puan Rafidah binti Setapa KGKT


BIL NAMA USUL 1 Puan Nor Fathiyyah binti Mohamad Pemantauan urusan jual beli di koperasi sekolah. 2 En Mohd khairuddin bin Mahmud Masih terdapat pelajar yang tidak boleh membaca. Mohon jasa baik pihak sekolah beri penekanan kepada pelajar untuk fasih membaca. Terdapat silibus agak sukar untuk difahami oleh pelajar Tahap pengukuran dalam akedemik untuk para pelajar tidak efektif. Lebih bagus penggunaan sistem penilaian tahun 90an dulu. Penilaian yang diberikan sekarang membuatkan para pelajar tidak ambil endah. Tiada semangat untuk mengatasi kawan-kawan sekelas. Kalau boleh kembalikan sistem permakahan mengikut JUMLAH MARKAH bukan TAHAP TP. 3 Pn. Norsilawati binti Ibrahim Tambah satu lagi Coway untuk pelajar. Yang sedia ada tidak mencukupi. Sekarang musim panas. 4 En. Che Khairul Amri bin Che Rifin / Pn. Zuraiza bt Yahaya Cadangan pihak sekolah sediakan bahan-bahan seni di koperasi sekolah selengkapnya. 5 Pn. Norashiyah binti Aziz Keputusan peperiksaan diberitahu kepada penjaga. Contoh BM berapa markah/gred setiap kali temu murni diadakan. Jika ada kerja rumah, cikgu yang terlibat diminta memasukkan info ke dalam group kelas (whatsapp). Supaya ibubapa lebih cakna dan dapat mengelakkan anak-anak tidak siap kerja sekolah. 6 Pn. Siti Nur Asyikin binti Kamaruddin Waktu rehat diasingkan mengikut Tahap 1 dan Tahap 2. Yuran PIBG dinaikkan kepada RM50 untuk setiap keluarga. 7 En. Abdul Raiz bin Rifin Saya percaya masih terdapat anak-anak kita yang bermasalah dgn 3M jadi di usulkan agar dapat di fikirkan satu cara yang paling sesuai untuk membantu murid-murid yang berkenaan. Pada kebiasaannya, kewangan PIBG sekolah di luar bandar agak bermasalah dan ianya menyukarkan pihak sekolah untuk mengatur sebarang aktiviti utk pelajar-pelajar. Masalah ini antaranya berkemungkinan terdapat pelajar yg tidak dapat menjelaskan yuran PIBG sepertimana yang di persetujui. Jadi saya berharap agar dapat di fikirkan bagaimana cara terbaik supaya 100% keluarga pelajar dapat menjelaskannya. 8 Pn. Aida Suriani bt Jaya Laporan prestasi murid hendaklah beralih kepada peratus @ gred untuk memudahkan ibubapa memahami prestasi anak masing-masing. Menukar tag nama atau lencana kepada yang berpin atau magnet untuk memudahkan semua pihak. Pemeriksaan beg sekolah harus dilakukan segera sekiranya berlakunya apaapa kehilangan. Koperasi sekolah hendaklah menjual alat tulis sahaja.


Seluruh Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG SK (Felda) Cherul dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan mesyuarat ini.


Click to View FlipBook Version