[email protected] INFO PENDIDIKAN SWASTA KESALAHAN DAN PENALTI AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) LANSKAP INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA DI SABAH Pocket
[email protected] DASAR PENYERTAAN SEKTOR SWASTA DALAM PENDIDIKAN Dalam bajet negara setiap tahun, peruntukan yang besar telah dikhaskan kepada sektor pendidikan. Walau bagaimanapun, untuk memajukan sektor pendidikan seharusnya tidak ditanggung oleh pihak Kerajaan sahaja. Pihak swasta juga memainkan peranan penting untuk memajukan pendidikan negara dengan menyediakan kemudahan pendidikan di semua peringkat persekolahan. Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan pendidikan negara bagi menyediakan peluang pendidikan dan latihan di peringkat rendah dan menengah terutama yang berasaskan sains dan teknologi. Memastikan pendidikan prasekolah, rendah dan menengah yang dianjurkan oleh sektor swasta selaras dengan aspirasi negara. PERNYATAAN DASAR
[email protected] Menggalakkan penubuhan institusi pendidikan swasta (IPS) di peringkat prasekolah, rendah dan menengah. Menggalakkan sektor swasta memberikan sumbangan secara terus kepada institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Mengawal selia IPS bagi menjamin kualiti serta menepati Kurikulum Kebangsaan. Mengukuhkan aspek pengawasan dan penilaian di semua peringkat persekolahan supaya dapat berjalan dengan lebih berkesan. Meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam program pendidikan melalui penajaan dan pembiayaan. Memastikan tadika mematuhi Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan mengambil murid dalam lingkungan usia 4 – 6 tahun. Pendidikan rendah dan menengah dikehendaki mematuhi Kurikulum Kebangsaan dan menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan. Mempromosi pendidikan swasta di peringkat antarabangsa untuk menarik lebih ramai pelajar asing memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan mendapatkan pendidikan. STRATEGI PELAKSANAAN
[email protected] Mengkonsepkan dasar, memantapkan perundingan dan peraturan-peraturan pendidikan swasta serta merancang menentukan halatuju pendidikan swasta. Menguruskan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta. Menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang berkaitan dengan pendidikan swasta. Menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang berkaitan dengan pendidikan swasta. Mengendalikan aktiviti berkaitan promosi pendidikan ke arah menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Mewartakan pegawai-pegawai pendidikan di peringkat pusat, negeri dan daerah sebagai Pendaftar Sekolah dan Guru, Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru di bawah Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550). FUNGSI UTAMA BAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA KPM
Mengendalikan pendaftaran penubuhan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) melalui libat urus di peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Pengarah. Menyediakan laporan pemeriksaan dalam proses pendaftaran IPS. Meneliti permohonan dan meluluskan permit guru IPS dalam sistem. Menyelaras pengumpulan data pengoperasian IPS dan Pusat Bimbingan Alternatif (PBA). Membuat verifikasi ke atas PBA. Membuat pemeriksaan dan naziran ke atas tahap pematuhan IPS kepada standard kualiti yang telah ditetapkan. Membuat pemeriksaan dan naziran ke atas tahap pematuhan IPS kepada standard kualiti untuk mendapat lesen KDN. Menyemak dan mengesahkan kertas siasatan bagi tujuan tindakan perundangan. Mengurus dan mengenakan tindakan pengkompaunan. Merancang pelaksanaan Private Public Partnership (PPP) dan menyelaraskan maklumat / data peringkat negeri. FUNGSI UTAMA UNIT PENDIDIKAN SWASTA JPN [email protected]
Membantu dalam pemantauan, pengawal seliaan dan penguatkuasaan ke atas institusi pendidikan swasta di bawah kawalan PPD. Membantu dalam menyediakan laporan pemeriksaan dalam proses pendaftaran Institusi Pendidikan Swasta (IPS). Membantu dalam proses permohonan pendaftaran / memperbaharui pendaftaran guru IPS. Mengumpul dan menganalisis data IPS dan Pusat Bimbingan Alternatif (PBA). Menyediakan kertas siasatan bagi tujuan tindakan perundangan. Menyalur maklumat / data pelaksanaan Private Public Partnership (PPP) dengan IPS berdasarkan pelbagai bentuk kerjasama. FUNGSI UTAMA UNIT PENDIDIKAN SWASTA PPD [email protected]
INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA Institusi Pendidikan Swasta (IPS) ialah institusi pendidikan bukan kerajaan dan bukan bantuan kerajaan yang menawarkan pendidikan dari peringkat prasekolah hingga peringkat lepas menengah (pra-universiti). IPS dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta dan menjalankan kurikulum yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. [email protected] Tadika Swasta Menawarkan pendidikan prasekolah kepada murid berumur 4+ dan 5+ di premis yang mempunyai 10 atau lebih murid. Menjalankan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) KPM. Program tambahan hendaklah mendapat kelulusan Ketua Pendaftar. IPS yang khusus menawarkan perkhidmatan bimbingan atau persediaan murid menduduki peperiksaan yang berdasarkan kurikulum kebangsaan. Program peperiksaan selain kurikulum kebangsaan perlu mendapat diluluskan oleh Ketua Pendaftar. KATEGORI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA 1. 2. Pusat Tuisyen
Menawarkan pendidikan asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pusat bimbingan tidak boleh menjadi sebarang pusat peperiksaan. Program tambahan yang hendak dijalankan mesti mendapat kelulusan Ketua Pendaftar. Pusat bimbingan ini termasuklah yang didaftarkan atas milikan badan bukan kerajaan (NGO). Menawarkan kursus jangka pendek bertaraf sijil tidak melebihi 3 bulan atau 20 jam kredit (bagi satu tahap). Sebarang pindaan / tambahan kepada kursus pengajian hendaklah mendapat kelulusan Ketua Pendaftar. Menawarkan kursus bahasa dan komunikasi yang tidak melebihi 3 bulan atau 20 jam kredit (bagi satu tahap). Pusat bahasa boleh mengendalikan kurikulum bahasa asing dengan kelulusan Ketua Pendaftar. Institusi yang ingin merekrut pelajar antarabangsa mestilah mendapat syor Kementerian Pendidikan dan kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN). KATEGORI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA 3. Pusat Bimbingan 4. Pusat Kemahiran / Pusat Latihan 5. Pusat Bahasa [email protected]
[email protected] Menjalankan program pendidikan untuk perkembangan minda menggunakan metodologi tertentu seperti berdasarkan penggunaan alat, alat muzik dan pelbagai teknik dalam pengiraan atau penulisan. Kurikulum yang diguna hendaklah kurikulum yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar. Sekolah yang menawarkan pendidikan wajib peringkat rendah bagi murid berusia 7 hingga 12 tahun dan pendidikan peringkat menengah bagi murid berusia 13 hingga 19 tahun. Kurikulum yang digunakan ialah kurikulum kebangsaan. Sekolah yang menawarkan pendidikan wajib peringkat rendah bagi murid berusia 7 hingga 12 tahun dan pendidikan peringkat menengah bagi murid berusia 13 hingga 19 tahun. Kurikulum yang digunakan ialah kurikulum kebangsaan dan/atau program tambahan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri. Menawarkan program pendidikan formal untuk murid berkeperluan pendidikan khas menggunakan kurikulum kebangsaan. KATEGORI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA 6. Pusat Perkembangan Minda 7. Sekolah Rendah/Menengah Akademik 8. Sekolah Rendah/Menengah Agama 9. Sekolah Pendidikan Khas
[email protected] Sekolah yang menawarkan kurikulum negara luar dan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kurikulum negara luar hendaklah diluluskan oleh Ketua Pendaftar. Sekolah ini menerima masuk murid warganegara dan bukan warganegara. Pengambilan pelajar antarabangsa mestilah mendapat syor Kementerian Pendidikan dan kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Sekolah yang menggunakan kurikulum dan bahasa pengantar rasmi negara asal untuk memberikan pendidikan khususnya kepada komuniti negara itu dengan kebenaran kedutaan. Kurikulum negara luar hendaklah diluluskan oleh Ketua Pendaftar. Sekolah ini hanya terbuka untuk warganegara asing sahaja. Pengambilan pelajar antarabangsa mestilah mendapat syor Kementerian Pendidikan dan kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN). KATEGORI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA 10. Sekolah Antarabangsa 11. Sekolah Ekspatriat
[email protected] Menawarkan program pendidikan formal peringkat menengah menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar. Dikawal selia oleh Malaysian Independent Chinese Secondary School (MICSS) Examination Board. Murid SMPC yang didaftarkan akan menduduki peperiksaan Unified Examination Certificate (UEC) pada peringkat junior dan senior. Pengambilan pelajar antarabangsa mestilah mendapat syor Kementerian Pendidikan dan kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN). CLC merupakan pusat pembelajaran komuniti atau institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan alternatif kepada anak-anak Tenaga Kerja Indonesia (TKI) berada di ladang negeri Sabah, Malaysia yang mempunyai dokumen yang sah. Penubuhan CLC perlu mendapat perakuan Kedutaan Republik Indonesia dan persetujuan daripada pihak pengurusan ladang. Penubuhan CLC perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Pendaftar. Murid-murid CLC terdiri daripada anak-anak Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang bekerja di ladang negeri Sabah berumur enam hingga lima belas tahun. KATEGORI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA 12. Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) 13. Community Learning Centre (CLC)
[email protected] Guru yang mengajar di CLC tertakluk kepada syaratsyarat Kerajaan Indonesia dan mendapatkan permit mengajar daripada Ketua Pendaftar. Guru bukan warganegara yang mengajar di CLC hendaklah memiliki pas penggajian yang sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia. Anak-anak Tenaga Kerja Indonesia (TKI) mestilah mempunyai dokumen yang sah untuk mengikuti pembelajaran di CLC. Warganegara Malaysia dibenarkan mengikuti pembelajaran di CLC. Semua guru hendaklah lulus tapisan keselamatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Lokasi CLC hanya beroperasi di ladang sahaj di negeri Sabah dan mendapat kelulusan daripada Ketua Pendaftar, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pihak Pengurusan Ladang. Pengoperasian CLC di negeri Sabah tertakluk kepada penguatkuasaan dan undang-undang Malaysia. KATEGORI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA 13. Community Learning Centre (CLC)
[email protected] Bahagian VII merupakan peruntukan khusus bagi Institusi Pendidikan Swasta melibatkan Seksyen 73 hingga Seksyen 78. Bahagian VIII merupakanperuntukan khusus bagi Pendaftaran Institusi Pendidikan melibatkan Seksyen 79 hingga 102. Bahagian IX merupakan peruntukan khusus bagi Pendaftaran Guru melibatkan Seksyen 103 hingga 116. Akta yang diperuntukan bagi pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) Pendidikan Prasekolah (Seksyen 20 - 25) Pengajaran Agama di Institusi Pendidikan Pengurusan Institusi Pendidikan (Seksyen 53 – 63) Seksyen lain yang melibatkan Institusi Pendidikan Swasta: (Seksyen 50 – 52)
[email protected] Mengoperasikan Institusi Pendidikan Tanpa Berdaftar. Denda maksimum RM30,000 / Penjara maksimum dua (2) tahun atau kedua-duanya. Pindah / Ubahsuai premis panpa Kebenaran. Denda maksimum RM10,000 / Penjara enam (6) bulan atau kedua-duanya. Tiada Permit Pengelola / Pekerja. Denda maksimum RM30,000 / Penjara dua (2) tahun atau kedua-duanya. KESALAHAN DAN PENALTI DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) SEKSYEN 79, SUBSEKYEN 132 (2)(g) DENDA/PENALTI SEKSYEN 83 (1), Peraturan 14 (1) PU (A) 534/1997 DENDA/PENALTI SEKSYEN 132 (2)(e)(f) DENDA/PENALTI
[email protected] Menggajikan Guru Tanpa Permit. Denda maksimum RM5,000. Tidak mempamerkan Salinan Perakuan Pendaftaran. Denda maksimum RM5,000. Mempromosi institusi tanda didaftarkan. Denda Maksimum RM30,000 / Penjara maksimum dua (2) tahun atau kedua-duanya. KESALAHAN DAN PENALTI DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) SEKSYEN 103 (1), SEKYEN 133 (2)(b) DENDA/PENALTI SEKSYEN 132 (3)(a) DENDA/PENALTI SUBSEKSYEN 86(1) DENDA/PENALTI
[email protected] Tidak menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (SKPK) Denda maksimum RM30,000 / Penjara maksimum dua (2) tahun atau kedua-duanya. Tidak mendapat kelulusan bagi melaksanakan kurikulum/program tambahan di tadika. Denda maksimum RM10,000 / Penjara maksimum satu (1) tahun atau kedua-duanya. Tidak memberi pengajaran agama Islam jika lima (5) atau lebih murid beragama Islam. Denda maksimum RM5,000. KESALAHAN DAN PENALTI DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) SEKSYEN 22(4) DENDA/PENALTI SEKSYEN 22(3) DENDA/PENALTI SEKSYEN 50(1) DENDA/PENALTI
[email protected] Tidak mempunyai suratcara pengelolaan yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar. Denda maksimum RM5,000. Tidak melaporkan perubahan pengelola / pekerja. Denda maksimum RM5,000. Menggunakan premis untuk maksud lain. Denda maksimum RM5,000 / Penjara maksimum enam (6) bulan atau kedua-duanya. KESALAHAN DAN PENALTI DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) SEKSYEN 94(1) DENDA/PENALTI SEKSYEN 94(1), SEKSYEN 132(3)(c) DENDA/PENALTI SUBPERATURAN 11(2)(a-f), PU(A) 219/1998 DENDA/PENALTI
[email protected] Mengendalikan kursus / program diploma / ijazah tanpa kebenaran. Denda maksimum RM30,000 / Penjara dua (2) tahun atau kedua-duanya. Membenarkan bilangan murid sekelas yang melebihi kelulusan. Denda maksimum RM 5,000 / Penjara maksimum enam (6) bulan atau kedua-duanya. Pemilik permis yang membenarkan premis digunakan sebagai IPS tidak berdaftar. Denda maksimum RM5,000. KESALAHAN DAN PENALTI DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) SEKSYEN 77(1) DENDA/PENALTI PU(A) 219/1998-8(3) DENDA/PENALTI SUBSEKSYEN 132(3)(d) DENDA/PENALTI
[email protected] KESALAHAN DAN PENALTI DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) Tidak menyimpan rekod daftar murid. Denda maksimum RM5,000 / Penjara tidak melebihi enam (6) bulan. Denda maksumum RM5,000 / Penjara enam (6) bulan atau kedua-duannya. KESALAHAN DAN PENALTI DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) SEKSYEN 98, PERATURAN 6, PU(A) 275/1998 DENDA/PENALTI SEKSYEN 135 Kesalahan-kesalahan di bawah Penalti Am Akta Pendidikan. DENDA/PENALTI
Hak Cipta Terpelihara 2023 [email protected]