AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2020/2021
MAJLIS PERASMIAN
9.00 am Ucapan Pengerusi Majlis - Puan Nor Aziah binti Abdul Aziz
10.00am En Zulhelmi bin Kadiron
Bacaan Doa - En Asri bin Dahaman
Ucapan YDP PIBG SMK Juasseh - Tuan Haji Murad bin Nordin
Tuan KPPD Kuala Pilah
Ucapan Pengetua -
Ucapan Perasmi -
Agenda Mesyuarat Agung
Kata Aluan oleh YDP PIBG - En Asri bin Dahaman
Kata Aluan oleh Penasihat - Tuan Haji Murad bin Nordin
Melantik pengerusi mesyuarat
Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-20
Pekara berbangkit
Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG berakhir
31 Disember 2020
Pembuburan AJK PIBG sesi 2020/2021
Pemilihan AJK PIBG sesi 2021/2022
Membincangkan usul-usul yang diterima.
Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG sesi 2021/2022
Mesyuarat Bersurai.
MAJLIS PERASMIAN PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
1. UCAPAN YDP PIBG EN. ASRI BIN DAHAMAN
1.1 Mengalu-alukan kedatangan semua hadirin.
1.2 Pemilihan jawatankuasa PIBG dijalankan selang 2 tahun sekali. Pelantikan yang semasa
untuk sesi 2020/2021
1.3 Semua jawatankuasa baru yang diberi mandat akan memberikan kerjasama yang jitu
1.4 Berusaha sebaik mungkin bagi melaksanakan aktiviti yang dirancang demi
mewacanakan kecemerlangan sekolah.
1.6 Program ziarah cakna telah dilaksanakan –objektif utamanya untuk cuba ambil tahu dan
ambil kisah masalah pihak sekolah
1.7 Menyampaikan hasrat untuk memohon sumbangan daripada penyelaras DUN sebagai
dana tambahan PIBG.
2. Ucapan Tuan Pengetua – Tuan Haji Murad bin Nordin
2.1 Mengalukan kedatangan Penyelaras DUN Juasseh, Tuan Haji Rosli Bin Omar serta
semua hadirin.
2.2 Menyatakan bahawa mensyuarat agung PIBG adalah medan bagi ibu bapa dan
guru untuk menyampaikan sebarang usul dengan lebih dekat.
2.3 Mengucapkan tahniah kepada semua pengerusi MPKK juasseh kerana
melibatkan diri dalam program sekolah
2.4 Beliau memaklumkan kepada semua hadirin bahawa SMK Juasseh terdiri
daripada murid Melayu dan India termasuk 39 orang pelajar PPKI serta 49
oarang guru.
2.5 Memaklumkan pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah meningkat yang
mana keputusan SPM dan PT3 tahun 2019 meningkat berbanding tahun 2018.
Beliau mengharapkan semua ibu bapa dan guru dapat memberi kerjasama,
sokongan, dorongan kepada pelajar.
2.6 Menyatakan kewangan PIBG SMK Juasseh tidak mencukupi dan memohon
sumbangan modal daripada penyelaras DUN dan pihak tertentu untuk
kecemrelangan anak-anak.
2.7 Menyatakan beberapa usaha pihak sekolah untuk menjana pendapatan
sekolah dengan menjalankan projek ladang kelapa sawit dan projek tanam
nenas melalui koperasi sekolah.
2.8 Mengingatkan ibu bapa yang mempunyai sebarang masalah untuk datang ke
skolah mendapatkan maklumat dan berunding terlebih dahulu untuk
menyelesaikan masalah.
3. Ucapan Perasmi - Tuan Haji Rosli bin Omar (Penyelaras DUN Juasseh)
3.1 Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir.
3.2 mengucapkan tahniah kepada jawatan kuasa PIBG sesi 20/21
3.3 mohon ibu bapa memberikan komitmen kepada sekolah untuk menaikkan lagi
nama sekolah.
3.4 memuji program yang dijalankan oleh pihak sekolah terutamanya program
CAKNA.
3.5 mohon ibu bapa bersikap terbuka terutamanya dalam soal politik.
3.6 mengucapkan tahniah atas kehadiran ibu bapa yang menggalakkan
3.7 permohonan pihak sekolah akan dipanjangkan kepada pihak parlimen
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 BIL 1/2020
1. KATA ALUAN YDP PIBG
1.1 En. Asri Bin Dahaman mengucapkan ribuan terima kasih atas kelapangan ibubapa ke mesyuarat
agung kali ke-20 pada tahun ini.
1.2 Memaklumkan mesyuarat akan dirasmikan oleh Tuan Haji Rosli Bin Omar
1.3 Melahirkan rasa agak terkilan – fungsi PIBG untuk menzahirkan rasa komitmen kita untuk
menggerakkan program bersama guru/warga pendidik. Difahamkan gerakan gotong-royong dan
sukan tahunan amat sedikit penglibatan daripada ibubapa.
1.4 Menjelaskan bahawa sumbangan PIBG adalah untuk kegunaan bersama dan menganggapnya
sebagai amal jariah semoga mendatangkan barakah. Bayaran juga boleh dibuat secara ansuran
mengikut kemampuan ibubapa. Sebarang masalah boleh dibawa berbincang dan diselesaikan
dengan baik
2. KATA ALUAN TUAN PENGETUA
2.1 Mengalukan kegadiran YDP, NYDP Haji Razali, Ajk PIBG, guru-guru dan ibubapa. Ini merupakan
suatu medan rasmi untuk mencadangkan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak kita. Sebarang
masalah perlu ditimbulkan dalam mesyuarat ini untuk dipertimbangakan.
2.2 memaklumkan harapan beliau dalam mesyuarat ini sebagai pengetua bersama guru-guru paling
penting sangat mengharapkan sokongan daripada ibubapa seperti hadir apabila dijemput ke
sebarang aktiviti dan program di sekolah seperti sukan, gotong royong, halatuju, perjumpaan tiga
penjuru. Ianya bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah malah dapat memberi kesan besar
kepada murid yang berbangga dengan kehadiran ibubapoa mereka.
2.3 Memohon ibubapa dapat memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah. Ziarah cakna iaitu
program menziarahi murid yang tidak hadir ke sekolah telah dijalankan. Didapati kebanyakan
murid tidak mahu ke sekolah malah ibubapa tidak mampu menyelesaikan masalah itu dari rumah.
2.4 Kerjasama untuk melunaskan sumbangan yuran PIBG sebagai bayaran tambahan daripada
kerajaan bagi menguruskan aktiviti dan program sekolah.
2.5 Semoga pelantikan jawatankuasa yang baru adalah individu yang wajar dilantik dan sesuai.
3. MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT
3.1 Ahli mesyuarat telah sebulat suara melantik YDP PIBG En. Asri Bin Dahaman untuk
mempengerusikan mesyuarat pada petang ini.
4. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Minit Mesyuarat Agung PIBG sesi 2019 disokong dan diterima.
4.1 Dicadang untuk disahkan : Pn. Ramlah Binti Alias
4.2 Disokong untuk disahkan : Pn. Rodiah Binti Hashim
5. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
5.1 Sumbangan 2 unit penapis air Coway atau Cuckoo masih belum diterima.
Tindakan: PIBG
5.2 Berkaitan laluan kedua bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas terutama pagi dan waktu balik
masih dalam perancangan.
Tindakan: AJK PIBG/Sekolah
6. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019
6.1 Pn. Nor Syuhaila Bt Che Daud membentangkan penyata kewangan berakhir 31 Disember
2019.
6.2 Baki 2019 susut berbanding 2018. Ini disebabkan oleh kurang sumbangan dari pihak luar
6.3 memaklumkan bahawa 80 keluarga belum bayar
6.5 Encik Norazman mohon agar dipecahkan antara simpanan tetap dan dividen
Dicadangkan : En. Fauzi bin Othman
Disokong : En. Noorazman Bin Nazir
7. PELANTIKAN DAN PENGUMUMAN AJK PIBG
7.1 AJK 2019/2020 dibubarkan. Pelantikan AJK 2020/2021
1. YDP PIBG : En. Asri Bin Dahaman
2. NYDP : En. Noorazman Bin Nazir
3. Setiausaha Kehormat :
4. Bendahari Kehormat :
5. AJK Ibu bapa : En. Fozi Bin Othman
Pn. Salmah Binti Alias
Pn. Ramlah Binti Alias
En. Rajamathavilan
En. Rizal
AJK Guru :
8. MEMBENTANG DAN MEBINCANGKAN USUL-USUL
8.1 Usul pertama: Dicadangkan oleh Jawatankuasa PIBG (Pn. Lina Binti Mohamed Jadi)
Sumbangan PIBG dikekalkan RM100, sumbangan untuk PSS sebanyak RM10.00 setiap keluarga
juga dikekalkan dan yuran kecemerlangan untuk pelajar tingkatan 5 sebanyak RM150 juga
dikekalkan.
Respon: Disokong sebulat suara oleh semua AJK dan ahli PIBG
8.2 Murid tingkatan 5 yang berhutang PIBG dan berhutang buku teks dengan pihak sekolah akan
ditahan sijil berhentinya sehingga bayaran tersebut dijelaskan.
Respon: Disokong sebulat suara oleh semua AJK dan ahli PIBG
8.2 Usul kedua: Dicadangkan oleh En. Muhammad Ghozali
Mencadangkan supaya aktiviti ko-kurikulum pelajar tingkatan 5 ditangguhkan bagi memberi
tumpuan kepada peperiksaan. Beliau juga memohon agar pihak sekolah mengeluarkan jadual kelas
tambahan bagi pelajar SPM supaya ibubapa mudah untuk memantau.
Respon:
8.3 Usul ketiga: Dicadangkan oleh En. Mohd Fazli Bin Mohd Sharif
Mengharapkan agar tandas pelajar dibaikpulih bagi keselesaan pelajar
Respon: telah diusahakan oleh pihak sekolah
8.4 Usul keempat Dicadangkan oleh Pn. Siti A’tekah
Mencadangkan agar diwujudklan ‘WhatsApp’ untuk ibu bapa bagi mengetahui aktiviti anak anak
di sekolah.
Respon: Pengetua akan memaklumkan kepada guru-guru agar perkara tersebut
dipertimbangkan.
8.4 Usul kelima: Dicadangkan oleh Puan Anita Binti Tasmin
8.4.1 Mencadangkan agar yuran PIBG dikurangkan.
Respon: mesyuarat memutuskan yuran terus dikekalkan
8.4.2 Beliau juga mengharapkan agar kerja rumah untuk pelajar dikurangkan ketika hari
bersekolah.
Respon: Pengetua menjelaskan perkara tersebut akan dibincangkan antara guru dan pelajar
8.5 Usul keenam: Dicadangkan oleh En. Mohd Fozi Bin Othman
Mencadangkan agar buah-buahan dijual di kantin sekolah untuk memberikan pemakanan yang
sihat kepada pelajar-pelajar.
Respon: telah diusahakan oleh pihak sekolah
8.6 Usul ketujuh: Dicadangkan oleh Pn. Tengku Noor Hashimah
Mencadangkan agar harga makanan dapat diturunkan kerana harga tidak berpatutan serta beliau
mencadangkan kelas tambahan diadakan setiap hari bagi calon PT3 dan SPM.
Respon: akan diteliti oleh jawatan kuasa kantin
8.7 Usul kelapan: Dicadangkan oleh Pn. Ertiza Ali
Mencadangkan agar pondok bagi meletakkan motosikal/basikal disediakan bagi memastikan
motosikal dan basikal tersebut selamat ditinggalkan.
Respon: Disokong tetapi bergantung kepada kewangan dan kemampuan PIBG
8.8 Usul kesembilan: Dicadangkan oleh En. Mohd Rizal
Mencadangkan agar laluan pejalan kaki dibina dari pintu masuk ke pagar sekolah
Respon: Disokong tetapi bergantung kepada kewangan dan kemampuan PIBG
8.9 Usul kesepuluh: Dicadangkan oleh En. Mohd Afizan Bin Aris
Mencadangkan agar gelanggang bola tampar dapat dibina bagi kemudahan pelajar
Respon:
8.10 Usul kesebelas: Dicadangkan oleh Pn. Aishah Binti Jali
Mengharapkan agar loceng di sekolah diperbaiki bagi kemudahan pelajar
Respon:
8.11 Usul kedua belas: Dicadangkan oleh En. Mohd Diah
Mencadangkan sekolah membina dewan serbaguna bagi kegunaan pelajar
Respon:
8.12 Usul ketiga belas: Dicadangkan oleh Pn. Ruslina Binti Alias
Mencadangkan menu makanan di kantin dapat dipelbagaikan agar dapat menarik minat pelajar
untuk membeli.
Respon: Disokong dan jawatan kuasa kantin akan usahakan
9. UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama ibu bapa, guru-guru dan pihak
pentadbir sekolah sepanjang beliau menjadi pengerusi dan di atas kepercayaan semua
terhadap pelantikan jawatan kuasa PIBG yang baharu. Diharapkan ibu bapa dapat
menjelaskan sumbangan PIBG demi melancarkan program-program yang diatur oleh pihak
sekolah.
9.2 Beliau juga memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan semasa mengendalikan
mesyuarat serta berharap program-program sekolah yang akan datang akan mendapat
sambutan yang lebih baik daripada semua pihak
MINIT
MESYUARAT
JAWATAN KUASA
2020/2021
Ruj. Kami : Bil ( ) dlm PIBG/SMKJ/08/001
Tarikh : 05 Oktober 2020
Kepada,
Tuan Pengetua SMKJ (Ex-Officio PIBG)
Yang Dipertua PIBG
Guru Penolong Kanan
Naib Yang Dipertua PIBG
AJK Guru
AJK Ibu Bapa
Tuan/Puan,
MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI PERTAMA SESI 2020/2021
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan
berikut :
Tarikh : 8 Oktober 2020
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Balai Muafakat At-Tirmidzi SMK Juasseh
Agenda : 1.0 Ucapan Alu-aluan YDP PIBG
2.0 Ucapan Penasihat PIBG
3.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
4.0 Perkara Berbangkit
5.0 Perbincangan dan Pembentangan Laporan-laporan
5.1 Laporan Kewangan
5.2 Laporan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
5.3 Laporan Guru Penolong Kanan HEM
5.4 Laporan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
5.5 Pembentangan dan Pengesahan Usul, jika ada
5.6 Pegesahan Kutipan Yuran PIBG 2018
6.0 Hal-Hal lain
2. Tuan/Puan dengan segala hormatnya dipersilakan menghadiri mesyuarat tersebut. Kehadiran adalah
wajib. Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
…………………………………………..
(NOR AZMAN BIN YUSOF)
Setiausaha Kehormat PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Juasseh
MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA PIBG SESI 2020/2021
KALI PERTAMA
Tarikh : 08 Oktober 2020
Masa : 3.00 petang
Tempat : Balai Muafakat At-Tarmizi, SMK Juasseh
Kehadiran : Ex Officio PIBG
1. Tuan Haji Murad bin Nordin Yang Dipertua PIBG
2. En. Asri bin Dahaman Naib Yang Dipertua PIBG
3. En NorAzman bin Nazir GPK HEM
4. Tn Haji Zainuzzamree bin Mat Samah GPK KOKURIKULUM
5. En Shaharudin bin Yunus SU PIBG
6. En. Nor Azman bin Yusof BENDAHARI PIBG
7. Puan Nor Syuhaila bt. Che Daud AJK GURU
8. Nor Silawatibt. Miswan AJK GURU
9. Puan Juliah bt. Ismail AJK IBU BAPA
10. En. Mohd Fozi bin Othman
Tidak hadir bersebab : AJK GURU
1. En. Mohd Haris Shafiq bin Othman AJK IBU BAPA
2. En. Mohd Rizal bin Mohd Nor. AJK IBU BAPA
3. En. Raja a/l Muruthapillai AJK IBU BAPA
4. Puan Salmah bt. Alias AJK IBU BAPA
5. Puan Ramlah bt. Alias
1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi (YDP PIBG)
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang kemudian semua yang hadir.
1.2 Memaklumkan bahawa masalah covid 9 terkawal. Penguat kuasaan penggunaan pelitup
muka di tempat-tempat sesak akan dikuat kuasaan. Penulisan nama dan nombor telefon juga
diwajibkan. Kanak-kanak tidak digalakan untuk keluar bersama bersama-sama keluarga.
Tindakan : makluman
2.0 Ucapan alu-aluan Ex Officio PIBG (Pengetua)
2.1 Mengucapkan selamat datang kepada semua jawatan kuasa yang hadir.
2.2 Memaklumkan telah menerima sumbangan Kerajaan Negeri Sembilan hampir RM20 000
untuk baik pulih pasarana sekolah
2.3 Kerosakan bumbung sekolah telah diperbaiki melalui unit pembangunan PPDKP
2.4 Pelajar akan balik dari sekolah hari Isnin hingga Rabu.pada pukul 2.30petang.
2.5 Penyertaan pelajar Tingkatan 5 yang terpilih dari SMK Juasseh ke program MARA di Sekolah
Tuanku Jaafar, Kuala Pilah.
2.6 Memaklumkan bahawa kelas tambahan untuk Tingkatan 5 kadang kala sehingga hari Ahad.
2.7 Pengguguran beberapa subjek untuk murid-murid tertentu berdasarkan kepada keupayaan
murid dan maklumat dari guru.
2.8 Jumlah guru seramai 48 orang dan guru Bahasa Inggeris iaitu Cikgu Roslinda telah berpindah
ke SMKTBB.
2.9 Keceriaan sekolah sedang dinaik taraf terutama pondok-pondok dan di kaki lima sekolah
Tindakan : makluman
3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas.
Dicadangkan oleh : En Mohd Fozi bin Othman
Disokong oleh : Puan Nor Syuhaila bt. Che Daud.
4.0 Perkara berbangkit
Tiada perkara berbangkit.
5.0 Laporan kewangan sehingga 31 Ogos 2020
Dilaporkan oleh Puan Suhaila bt. Che Daud
5.1 Peratus kutipan yuran PIBG 2020 ialah 38 peratus.
5.2 Kutipan yuran kelas kecemerlang SPM 48 peratus.
5.3 Simpanan tetap berjumlah RM 33 174.42
5.3.1 majlis sebulat suara bersetuju untuk menggunakan sebahagian dari simpanan tetap
untuk pembinaan tempat letak kereta guru.
Tindakan : setiausaha
5.3.2 Pengetua mencadangkan pelebaran pintu masuk dan keluar jika keadaan mendesak
bagi mengantikan jalan alternatif yang telah dipersetujui sebelum ini.
Tindakan : makluman
5.4 Pemohonan Tuan Haji Murad untuk menggunakan duit dari bidang lain untuk
kecermerlangan SPM 2020 dan telah dipersetujui.
Tindakan : bendahari
6 Laporan Hal Ehwal Murid
6.1 Calon berkeperluan khas (CBK) SMKJ tahun 2020 seramai tiga orang
6.2 Jumlah keseluruhan murid tahun 2020 seramai 424 orang dengan pecahan 225 lelaki, 199
perempuan dan seramai 23 murid berbangsa India.
6.3 Kehadiran murid-murid ke sekolah mengikut SOP Kementerian.
6.4 Pembukaan kelas baharu bagi menggantikan kelas sedia ada adalah mengikut kepadatan
murid di dalam kelas.
6.5 Kehadiran murid selepas PKP agak menurun tetapi sekolah telah mengambil tindakan
sewajarnya.
6.6 KPI kehadiran pelajar ke sekolah sebanyak 90 peratus
6.7 Disiplin terkawal, sebarang kesalahan dilaporkan dalam SSDM. Terdapat 29 kes ponteng
sekolah, seterusnya lewat ke sekolah, 12 kes merokok dan vape serta 2 kes pergaduhan
kecil.
6.8 Kantin sekolah
6.8.1 kontrak tamat 30 November 2020.
6.8.2 mohon war-war kepada ibu bapa menyokong perniagaaan pengusaha kantin.
6.9 Kes TB – Saringan lanjutan kes TB seramai 2 orang guru dan 4 orang pelajar terlibat dalam
saringan ke dua.
6.10 Terdapat dua kes murid membuat laporan polis.
Satu kes telah selesai dan Kes ke 2 akan diselesaikan kemudian.
Tindakan : makluman
7 Laporan Ko Kurikulum
7.1 Ko Kurikulum mula dibenarkan 1 September 2020 dan aktiviti telah bermula 30 September
2020 serta pelajar balik 2.30 petang setiap hari Isnin hingga Rabu.
7.2 Aktiviti merentas daerah ditangguhkan bermula 5 Oktober 2020
7.3 SMKJ dilantik sebagai pengelola pasukan beruniform 26-28 Oktober 2020 peringkat Negeri dan
berkemungkinan ditangguhkan. Kadet Puteri Islam akan mewakili unit uniform sekolah.
7.4 Anak-anak mewakili sekolah yang bukan arahan sekolah haruslah dipantau oleh keluarga
kerana terdapat kes dimana kebajikan pelajar tidak terjaga.
Tindakan : makluman
8 Pembentang dan Pengesahan Usul
8.1 Usul kelapan - pembinaan pondok motosikal dan basikal – ditangguhkan.
8.2 Usul kesembilan – Laluan perjalan kaki dari pintu masuk ke pagar sekolah – ditangguhkan
8.3 Usul kesepuluh – gelanggang bola tampar – pihak sekolah akan mengusahakannya.
8.4 Usul kedua belas - membina dewan serbaguna – ditangguhkan.
8.5 Usul ketiga belas – menu makanan di kantin telah diperbaiki.
9 Pengesahan Kutipan Yuran PIBG
9.1 Mesyuarat memutuskan notis ingatan bayaran yuran kepada semua penjaga akan
dikeluarkan.
Tindakan : setiausaha
9.2 Bayaran yuran sekolah yang tertunggak akan dikemukakan pada mesyuarat akan datang.
Tindakan : bendahari
10 Hal-hal lain
10.1 Puan Nor Syuhaila bt. Che Daud
10.1.1 mencadangkan penukaran penanda tangan cek PIBG dari setiausaha yang lama
kepada setiausaha pibg baharu dan mengekalkan penanda tangan bagi YDP PIBG
dan bendahari.
Mesyuarat sebulat suara bersetuju nama-nama di bawah sebagai penanda tangan
cek PIBG SMK Juasseh :
1. En. Asri bin Dahaman – YDP PIBG
2. Puan Nor Syuhaila bt. Che Daud – Bendahari PIBG
3. En. Nor Azman bin Yusof - Setiausaha PIBG
Tindakan : setiausaha
10.1.2 mencadangkan penandatangan bagi cek RM1000.00 dan kebawah boleh ditanda
tangani oleh bendahari dan setiausaha dan cek yang melebihi dari RM1000.00 mestilah
ditanda tangani oleh YDP PIBG dan Bendahari
Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan yang diberikan.
Tindakan : bendahari
10.2 En Fozi bin Othman
Bertanyakan hasil kelapa sawit yang ditanam di Kawasan sekolah.
Tuan Haji Murad memaklumkan bahawa buah kelapa sawit belum dapat hasil yang
memuaskan dan hasilnya akan diletakkan di bawah koperasi sekolah.
10.3 Tuan Haji Murad bin Nordin.
Memaklumkan bahawa koperasi sedang dalam proses memohon geran tanaman nenas.
10.4 En. Nor Azman bin Nazir
Memohon pengubahsuaian agenda mesyuarat PIBG agar ucapan guru-guru penolong
kanan didahulukan sebelum agenda membentang dan mengesahkan minit mesyuarat .
Tindakan : setiausaha
11. Ucapan penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih pada semua yang dapat hadir pada mesyuarat jawatan
kuasa PIBG dan berharap agar surat jemputan dihantar kepada semua jawatan kuasa ibu bapa pada
mesyuarat pada yang akan datang.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.
disediakan oleh, disemak oleh,
………………………………………………. …………………………………………
NOR AZMAN BIN YUSOF ASRI BIN DAHAMAN
Setiausaha Kehormat PIBG SMK Juasseh YDP PIBG SMK Juasseh
Ruj. Kami : Bil ( ) dlm PIBG/SMKJ/08/001
Tarikh : 26 JUN 2021
Kepada,
Tuan Pengetua SMKJ (Ex-Officio PIBG)
Yang Dipertua PIBG
Guru Penolong Kanan
Naib Yang Dipertua PIBG
AJK Guru
AJK Ibu Bapa
MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI KEDUA SESI 2020/2021
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan
berikut :
Tarikh : 03 JULAI 2021
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Atas Talian ( Google Meet )
Link akan diberikan sebelum mesyuarat bermula
Agenda : 1.0 Ucapan Alu-aluan YDP PIBG
2.0 Ucapan Penasihat PIBG
3.0 Laporan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
4.0 Laporan Guru Penolong Kanan HEM
5.0 Laporan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
6.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
6.1.1Perkara Berbangkit
7.0 Perbincangan dan Pembentangan laporan
7.1 Laporan Kewangan
7.2 Perbincangan sewa tempat letak kereta guru.
8.0 Hal-Hal lain
2. Tuan/Puan dengan segala hormatnya dipersilakan menghadiri mesyuarat tersebut. Kehadiran adalah
wajib. Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………………..
(NOR AZMAN BIN YUSOF)
Setiausaha Kehormat PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Juasseh
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021
KALI KE DUA 2020
Tarikh : 03 Julai 2021
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dalam Talian “ Google Meet”
Kehadiran Jawatan
Bil Nama Ex Officio PIBG
1. Tuan Haji Murad bin Nordin Yang Dipertua PIBG
2. En Asri bin Dahaman Naib Yang Dipertua PIBG
3. En. Nor Azman bin Nasir SU PIBG
4. En. Nor Azman bin Yusof Bendahari PIBG
5. Puan Azlin bin Hairuddin AJK Ibu Bapa
6. En. Mohd Rizal bin Mohd Nor AJK Ibu Bapa
7. En. Rozi bin Othman AJK Guru
8. Puan NorSilawati binti Miswan AJK Guru
9. Puan Juliah binti Ismail AJK Guru
10. En Aiman bin Adnan
Turut Hadir Jawatan
Bil Nama GPK Pentadbiran
1. Puan Azura binti Amir GPK Ko Kurikulum
2. En Shaharudin bin Yusnus
Tidak Hadir Jawatan
Bil Nama AJK Guru
1. En. Raja a/l Muruthapillai
2. Puan Salmah binti Alias AJK Guru
3. Puan Ramlah binti Alias AJK Guru
1.0 Ucapan alu-alauan Pengerusi ( YDP PIBG)
1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
1.2 Memaklumkan bahawa pendemik Covid 19 agak membimbangkan terutama di Negeri
Sembilan.
1.3 Memohon dimaklumkan perkembangan SPM 2020
Tindakan : Makluman
2.0 Ucapan alu-aluan Ex Officio (Pengetua Cemerlang SMK Juasseh)
2.1 mengucapkan selamat datang kepada jawatan kuasa PIBG SMK Juasseh
2.2 pembentangan keputusan SPM 2020.
2.2.1 GPS 5.58 menurun sebanyak 0.34
2.2.2 pelajar terbaik 10 orang
2.2.3 pelajar tidak layak sijil 10 orang (3 daripada PPKI)
2.2.4 pelajar tidak hadir seorang
2.2.5 memaklumkan bahawa penurunan ini disebabkan oleh sikap pelajar di era
pendemik
2.2.6 semua usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah tetapi masih belum berkesan.
2.2.7 Pihak sekolah akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi sekolah tahun
2021
2.2.8 Isu kehadiran pdpr masih belum memuaskan dan pengetua ada bersama dalam
group sarana ibu bapa Tingkatan 5
2.2.9 Kehadiran Tingkatan 5 masih perlu dibaiki dan mohon kerjasama penjaga pelajar
bagi memastikan kehadiran pelajar dalam pdpr.
2.2.10 Setiap kelas mestilah memastikan kehadiran pelajar dalam pdpr mestilah
melebihi 70 peratus
2.2.11 Kehadiran tingkatan 3 baik mungkin disebabkan bantuan “croom book” tetapi 3
USM masih menunjukan prestasi kurang memuaskan.
2.2.12 Memaklumkan bahawa guru telah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran
secara dalam talian dan diluar talian.
Tindakan : Makluman
3.0 Ucapan PKP Akademik.
3.1 mengucapkan terima kasih kepada semua
3.2 Laporan SPM 2020 akan dibentangkan ke PPDKP serta kekuatan dan kelemahan SPM 2020.
3.3 Target GPS SPM 2021 ialah 5.02
3.4 Mohon bantuan dari pihak PIBG untuk memastikan ibu bapa membantu anak-anak mereka
untuk belajar melalui kaedah pdpr terutama pelajar SPM 2021.
3.5 Memaklumkan bahawa pelajar di Tingkatan 1 telah ramai tidak menyertai pdpr.
3.6 Mohon sarana ibu bapa digerakan untuk membantu sekolah memastikan anak-anak hadir ke
sekolah.
3.7 Pelajar Tingkatan 4 telah dimulakan kelas tambahan.
3.8 Kehadiran pelajar SPM dalam pdpr mestilah tidak kurang dari 80 peratus
3.9 Memaklumkan bahawa pihak sekolah telah berusaha untuk memastikan pdpr berjalan
dengan baik.
Tindakan : Makluman
4.0 Ucapan GPK Ko-Kurikulum – En Shahruddin.
4.1 Laporan HEM
4.1.1 Jumlah pelajar setakat 3 JUlai 2021 seramai 429 orang dimana 215 pelajar lelaki
dan 214 pelajar perempuan.
4.1.2 Pelajar yang terlibat dengan kes covid -19 sebanyak dan 5 positif.
4.1.3 Bilangan guru yang terlibat dengan covid-19 seramai 4 orang
4.1.4 Kehadiran yang paling rendah ialah 3usm dan 2 usm
4.1.5 Topup untuk pelajar bagi mengatasi masalah data dalam pdpr – seramai 15
orang pelajar telah dibantu sebanyak RM 10.00 tetapi pelajar yang menerima
masih belum memberikan komitmen yang baik.
4.1.6 Sijil penghargaan untuk kelas yang hadir pdpr terbaik telah diberikan,
4.1.7 Mohon wujudkan kolabarasi antara ibu bapa dan sekolah – sarana
4.1.8 Seramai 78 pelajar tingkatan 3 telah menerima “ croom book”
Tindakan : Makluman
4.2 Laporan Ko Kurikulum
4.2.1 Pertemuan bersemuka April- Mei, tiada masalah kehadiran pelajar.
4.2.2 Perjumpaan ko-kurikulum semasa PKP jam 7.30-9.30 kehadiran pelajar kurang
memuaskan. Perjumpaan ko-kurikulum telah ditukar kepada jam 5.00 petang -
7.00 ptg
4.2.3 Kehadiran ko-kurikulum waktu pagi jam 7.30-9.30 pagi pada 16 Jun 2021 hanya
52%
4.2.4 Pertukaran waktu ko-kurikulum pada sebelah petang masih belum mencapai
objektif yang diharapkan.
4.2.5 Borang kehadiran pelajar berbentuk google form tetapi penyertaan masih kurang
memuaskan kira-kra 50 %.
4.2.6 Semua pertandingan ko=kurikulum melalui atas pertandingan.
4.2.7 Memastikan target PAJSK 1.85 pada tahun 2021. Pencapaian PAJSK tahun 2020
ialah 2.35
4.2.8 Pencapaian pertandingan ko-kurikulum 2021
4.2.8.1 10 orang antarabangsa – catur - ( 20 markah )
4.2.9 24 orang sijil kebangsaan vitual Run - ( 17 markah )
4.2.9 Mohon ibu bapa memastikan anak-anak untuk hadir aktiviti KOKO jam 5-7 ptg
4.2.10 Pertandingan ko-kurikulm bulan Julai – Ogas 2021
4.2.10.1 bola tampar,
4.2.10.2 catur
4.2.10.3 badminton
4.2.10.4 bola jarring
4.2.10.5 merentas desa
Tindakan : Makluman
5.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas
Dicadangkanoleh Tuan Haji Murad bin Nordin
Disokong oleh En Asri bin Dahaman
6.0 Perkara Berbangkit.
Tiada perkara berbangkit
7.0 Laporan Kewangan.
7.1 Tuan Haji Murad memakluman pertukaran jawatan bendahari daripada Puan Suhaila Che
Daud kepada Puan Azlin binti Hairuddin
Tindakan : Makluman
7.2 Telah dibentangkan oleh Puan Azlin binti Hairuddin sehingga 30 Mei 2021 dimana baki
kewangan PIBG RM 39 157.94
Tindakan : Makluman
7.3 Pengetua memaklumkan penukaran bendahari dan penanda tangan dari Pn. Suhaila bt. Che
Daud kepada Puan Azlin bt. Hairuddin
7.4 Pengetua memohon agar perubahan syarat pengeluaran cek kewangan PIBG dimana
pengeluaran wang di bawah RM1 000.00 boleh ditanda tangani mana-mana dua di antara
nama-nama yang disertakan di bawah (YDP PIBg, Setiausaha atau Bendahari). Manakala
pengeluaran cek RM1 000 dan ke atas kekal penanda tangan iaitu YDP PIBG dan Bendahari
PIBG
En. Asri bin Dahaman - Yang di Pertua PIBG
En. Nor Azman bin Yusof - Setiausaha PIBG
Puan Azlin binti Hairuddin - Bendahari PIBG
Segala perubahan ini disokong oleh En. Mohd Rizal bin Mohd Nor.
Tindakan : Bendahari
7.5 Mesyuarat mencadangkan bahawa sumbangan PIBG oleh ibu bapa atau penjaga sebanyak
RM110.00 pada tahun 2020 dan 2021 dan yuran tertunggak diterima tanpa peringatan dan
tanpa paksaan dan dipersetujui sebulat suara.
Tindakan : semua jawatan kuasa
8.0 Tempat meletak kenderaan guru.
8.1 En. Asri mencadangkan
8.1.1 kadar sewaan tempat meletak kenderaan sebanyak RM 150.00 setahun. Semua
jawatan kuasa bersetuju.
Tindakan : bendahari
8.1.2 Pengundian tempat letak kenderaan akan dilakukan oleh pihak sekolah.
Tindakan : bendahari
8.1.3 Setiausaha dan bendahari PIBG diberikan tempat meletak kenderaan secara
automatik dengan kadar sewa yang sama.
Tindakan : makluman
9.0 Hal-hal lain
9.1 Tuan Haji Murad bin Nordin.
9.1.1 Mesyuarat Agung PIBG tidak boleh diadakan walaupun di atas talian dan akan
dibuat sekiranya keadaan telah mengizinkan.
Tindakan : setiausaha
9.2 En. Asri bin Dahaman.
9.2.1 Memaklumkan bahawa sebarang aktiviti mungkin akan dilonggarkan sekiranya
kadar jangkitan covid -19 di bawah 3 200 iaitu di bawah frasa 3
Tindakan : Makluman
10.0 Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan
pada pukul 10.45pagi.
disediakan oleh, disahkan oleh
………………………………………………………. …………………………………………………..
( Nor Azman bin Yusof ) ( ASRI BIN DAHAMAN )
Setiausaha Kehormat PIBG SMK Juasseh
YDP PIBG SMK JUASSEH