The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farahmr191, 2023-08-13 23:50:53

PERKONGSIAN BAHAN NILAM (JUN-JULAI 2023)

BAHAN NILAM JUN-JULAI

PERKONGSIAN BAHAN NILAM (JUN - JULAI 2023) OLEH: : PN SURIA BINTI SAWAL GKMP SAINS DAN MATEMATIK SMK HANG KASTURI


Kenapa ASAM JAWA perlu ada di setiap rumah? BANTU MASALAH PERNAFASAN Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Systemic Rev. in Pharmacy pada tahun 2021 menunjukkan air asam jawa bantu kurangkan masalah pernafasan di kalangan perokok tegar. Kajian ke atas perokok tegar yang diberi minum air asam jawa telah dilakukan selama 7 hari berturut-turut. 40 perokok dewasa lelaki dan 40 lelaki bukan perokok terlibat dengan kajian ini. Sebelum diberi minum air asam jawa, peratus isipadu udara pernafasan dalam paru-paru kumpulan perokok tegar adalah lebih rendah berbanding kumpulan tidak merokok (56% berbanding 78%). Selepas 7 hari mengambil air asam jawa, peratus isipadu udara dalam paru-paru perokok tegar meningkat sehingga 73%. JUSTERU, jika anda menghadapi masalah pernafasan, minumlah air asam jawa #DrSuriRoowi Ph.D KMN Principal Scientist


KUNYIT & BAWANG PUTIH SEBAGAI ‘UBAT’ CAIR DARAH Kunyit dan bawang putih boleh membantu mencairkan darah. Walaubagaimanapun, pesakit yang akan menjalani pembedahan perlu elakkan mengambil kunyit sebagai makanan tambahan kerana kunyit boleh meningkatkan risiko pendarahan. Fenomena ini dikenali sebagai blood thinning iaitu darah menjadi cair dan susah berhenti. Keadaan mungkin menjadi bertambah buruk jika kunyit diambil bersama ubat-ubatan moden seperti aspirin, warfarin, dadah antiplatelet dan ibuprofen. Insiden pendarahan juga boleh berlaku jika kunyit diambil bersama herba seperti mengkudu, cengkih,bawang putih, halia, Ginkgo biloba dan Panax ginseng. Serbuk kunyit juga mengandungi bahan kurkuminoid dan berkesan untuk membantu masalah buasir. Caranya adalah dengan memanaskan serbuk kunyit bersama minyak kelapa dara, dibiarkan sejuk dan diaplikasikan pada bahagian yang sakit Bawang putih kaya dengan organosulfur, sejenis bahan yang mempunyai manfaat kesihatan. Bahan ini boleh membantu menurunkan kolesterol, menghalang pembekuan darah, mencegah penyakit jantung dan boleh bertindak sebagai antikanser. Dalam bawang putih, tindakbalas enzim diperlukan bagi membentuk bahan berkhasiat organosulfur. Walau bagaimanapun, enzim ini boleh rosak jika bawang putih dimasak pada suhu tinggi. Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat. Selepas itu barulah ditambah air panas dan diminum #DrSuriRoowi Ph.D KMN Principal Scientist


Pulau Esok (Diomede Besar) dan Pulau Semalam (Diomede Kecil). Pulau-pulau Diomede hanya berjarak tiga batu tetapi pulau yang lebih besar hampir satu hari di hadapan jirannya yang lebih kecil (21 jam) kerana ianya terletak di kedua-dua belah Garisan Tarikh Antarabangsa yang melalui Lautan Pasifik dan menandakan sempadan antara satu hari kalendar. dan seterusnya. Ia terletak di Selat Bering antara tanah besar Alaska dan Siberia. Big Diomede terletak di sebelah Rusia manakala Little Diomede berada di sebelah AS. Jambatan ais yang terbentuk di antara kedua-dua pulau pada musim sejuk memungkinkan, walaupun menyalahi undang-undang, untuk berjalan dalam jarak yang singkat di antara mereka dan 'mengembara melalui masa'.


Teknik memasak juga sangat mempengaruhi kandungan zat besi dalam masakan kita. Zat besi pada umumnya lebih tinggi dalam makanan yang dimasak berbanding mentah. Kajian oleh Saintis China pada tahun 2012 mendapati penambahan ‘carrot’ dan bayam merah bersama makanan tinggi zat besi semasa memasak dapat tingkatkan zat besi dalam makanan. Ini kerana carrot kaya β-karoten dan dapat keluarkan zat besi dalam makanan. Memandangkan zat besi mudah diikat oleh tannin (bahan dalam teh dan coklat), kehadiran β-karoten dalam ‘carrot’ juga membantu leraikan zat besi dari diikat. Kunyit kaya bahan antioksidan yang dikenali sebagai curcumin. Curcumin mempunyai struktur kimia hampir sama β-karoten (bahan dalam ‘carrot’). Bahan kurkumin juga boleh tingkatkan zat besi dalam makanan. Walau bagaimanapun kunyit tidak boleh diambil berlebihan kerana boleh menyebabkan cair darah Pesakit anemia sebaiknya memakan beras perang berbanding beras putih. Ini kerana beras perang kaya dengan zat besi. Bubur beras perang sebaiknya disediakan bersama ‘carrot’, bayam merah dan ‘beet root’. ‘Beet root’ sangat bermanfaat kepada pesakit anemia dengan meningkatkan tahap hemoglobin dalam darah. Penggunaan minyak sawit merah (kaya β-karoten) semasa menumis juga dapat keluarkan zat besi dari bayam merah dan seterusnya tingkatkan kandungan zat besi dalam makanan kita. #DrSuriRoowi Principal Scientist TEKNIK MEMASAK untuk TINGKATKAN ZAT BESI dalam MAKANAN


Kajian menunjukkan ekstrak buah manggis mengandungi bahan khasiat isogarcinol. Kajian juga menunjukkan kandungan protein dalam air kencing berkurangan dengan ketara selepas makan manggis. Isogarcinol juga kurangkan keradangan pada buah pinggang. Bahan ini juga memberikan kesan imunosupresif yang ketara pada pesakit SLE. MANGGIS atasi KENCING ada PROTEIN? #DrSuriRoowi Ph.D KMN Principal Scientist


Zat besi adalah bahan penting untuk pelbagai fungsi tubuh termasuk menjana tenaga, pertumbuhan sel serta elemen penting untuk menghasilkan sel darah merah. Sel darah merah membawa nutrien dan oksigen ke dalam tubuh. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan tubuh tidak boleh hasilkan sel darah merah yang cukup dan dikenali sebagai ANEMIA. Apakah kesan pengambilan suplemen zat besi? Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen zat besi boleh sebabkan sembelit. Terutama bagi mereka yang kurang menggambil makanan berserat dan kurang minum air selepas menggambil suplemen zat besi. Insiden sembelit banyak berlaku di kalangan ibu-ibu hamil dan insiden ini dilaporkan pada kadar 11-38%. Apakah sumber kaya zat besi? a. Rozel kaya zat besi dan vitamin C. Kandungan zat besi dalam kelopak rozel adalah 9.0 mg bagi setiap 100 g kelopak manakala vitamin C pula sebanyak 244 mg bagi setiap 100g kelopak. Kajian sebelumnya menunjukkan ekstrak kelopak rozel tingkatkan eritrosit dan hemoglobin (Hb) dalam darah. b. Sumber lain yang tinggi zat besi contohnya 'peach', 'prun', kismis, pear, buah tin dan epal. c. Kacang pistachio juga kaya zat besi (14mg dalam 100g pistachio) iaitu hampir 4 kali lebih tinggi berbanding badam dan kacang brazil d. Kandungan zat besi dalam nasi putih tidak cukup untuk memenuhi keperluan zat besi harian. Nasi dari beras perang sebenarnya mempunyai kandungan zat besi yang lebih tinggi berbanding nasi putih. e. Kurma juga mengandungi zat besi. Tumbuhan lain kaya zat besi seperti bayam, pucuk ubi dan pucuk kaduk. f. Zat besi juga boleh didapati dari sumber haiwan seperti daging merah, organ dalaman dan seafood #DrSuriRoowi Ph.D KMN Principal Scientist MAKANAN dan ANEMIA


1. Kopi Kajian ke atas 4863 pesakit buah pinggang kronik di USA dan diterbitkan dalam ‘Jurnal Nephrol. Dial. Transplant’ pada tahun 2018, mendapati meminum kopi boleh merendahkan risiko ESRD (end-stage renal disease) dikalangan pesakit buah pinggang kronik. ESRD adalah kegagalan buah pinggang yang memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang. Kajian yang telah dilakukan di Singapura dan diterbitkan dalam The Journal of Nutrition Nutritional Epidemiology pada tahun 2018 juga mendapati meminum kopi 2 cawan sehari juga dapat kurangkan risiko ESRD (end-stage renal disease) terutamanya di kalangan orang lelaki. Hasil kajian juga mendapati nilai perubatan kopi bukan disebabkan oleh kafein tetapi bahan yang dikenali sebagai asid klorogenik. Kajian yang telah saya lakukan di University of Glasgow, UK dan diterbitkan pada tahun 2012 mendapati asid klorogenik akan membentuk asid kafeik dalam usus besar. Asid kafeik banyak memberi manfaat kesihatan. 2. Minyak Zaitun Minyak zaitun kaya asid lemak tak tepu yang dikenali sebagai asid oleik dan bahan ini mempunyai sifat anti-radang. Satu sudu (13.5 g) minyak zaitun hanya mengandungi 0.1 mg potassium dan 0 mg fosforus. Justeru, minyak zaitun merupakan pilihan yang baik untuk pesakit buah pinggang 3. Nanas Nanas lebih sesuai kerana kandungan potassium lebih rendah berbanding buah-buahan tropika lain. Kandungan potassium dalam nanas adalah 109 mg* berbanding kandungan potassium dalam pisang iaitu 358 mg*. Nanas juga mengandungi enzim bromelain yang bertindak sebagai antiradang dan boleh elakkan tisu jadi mengeras Sumber Makanan yang SESUAI untuk MEMBANTU PESAKIT BUAH PINGGANG #DrSuriRoowi Ph.D KMN Principal Scientist


Kajian yang dilakukan ke atas wanita Poland mendapati wanita yang memakan kobis sekurang-kurangnya 3 kali seminggu boleh kecutkan sel kanser payudara dengan nyata. Kobis yang dimakan adalah kobis mentah atau kobis yang dimasak sekejap. Sebaliknya, kobis yang dimasak lama tidak memberi kesan Kajian epidemiologi (kajian ke atas ramai orang) juga mendapati diet kaya brokoli juga dapat kurangkan risiko kanser prostat. Kadar minimum yg disarankan adalah 10 g setiap hari. Untuk hilangkan kesan racun, kobis hendaklah direndam beberapa minit dalam larutan garam pada kadar 20g dalam 1 liter air dan seterusnya dibilas dengan air mengalir. Sebaiknya, makanlah kobis dan brokoli organik KOBIS - Sumber ANTIKANSER Jika Dimakan Mentah ! #DrSuriRoowi Ph.D KMN Principal Scientist


Selain dari itu, (bahan khasiat) Gingerol (dalam halia segar), boleh mengurangkan tekanan darah. Dan juga untuk mengatasi masalah gastrik. Cara pengambilannya ialah 1. Bersihkan halia (anggaran sebesar ibu jari), buang kulitnya. 2. Celur sekejap dalam air panas, anggaran 1 minit ; untuk matikan kuman. 3. Ketuk atau tumbuk. 4. Masukkan dalam air suam 5. Tambahkan madu ( madu tulen) (Sebaiknya) Jangan dedahkan pada suhu tinggi. Bahan-bahan berkhasiat (dalam halia segar) ini akan bertindak untuk banyak kebaikan dari segi kesihatan. Halia Segar #DrSuriRoowi Ph.D KMN Principal Scientist


Berapakah cawan kopi yang memberi kesan? Kajian ke atas lelaki yang minum 4 atau lebih cawan kopi sehari mendapati lebih rendah risiko mendapat batu hempedu berbanding mereka yang kurang minum kopi atau tidak minum kopi. Kajian lain yang diterbitkan dalam Journal of Internal Medicine pada September 2019 mendapati mereka yang minum sekurangkurangnya 6 cawan kopi sehari adalah 23% lebih rendah terkena penyakit batu hempedu. Minum KOPI Atasi Masalah BATU HEMPEDU? #DrSuriRoowi Ph.D KMN Principal Scientist Batu hempedu ialah endapan keras seperti batu yang berkembang dalam pundi hempedu, organ yang terletak di bawah hati. Pundi hempedu menyimpan dan membebaskan cecair yang membantu pecahkan lemak. Kajian yang diterbitkan dalam Alimentary Pharmacology and Therapeutics pada Julai 2015 mendapati meminum kopi boleh membebaskan bahan yang dikenali sebagai ‘cholecystokinin’. Bahan ini menggalakkan pengecutan pundi hempedu dan merangsang pembebasan cairan hempedu dan seterusnya mengecilkan saiz batu hempedu. Ini disebabkan oleh kehadiran bahan kafein. Bahan ini diserap ke dalam darah dalam masa 30 minit. Kafein juga didapati dalam teh dan minuman ringan. Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan teh dan minuman ringan berkafein tidak menunjukkan kesan yang sama berbanding kopi.


PEWARNA ASLI Untuk Atasi Masalah DARAH TINGGI, DIABETIS & KANSER #DrSuriRoowi Ph.D KMN Principal Scientist Masyarakat kita sangat kurang amalkan pengambilan pewarna asli dalam makanan atau minuman berbanding masyarakat luar negara. Kebanyakan jenis pewarna yang digunakan dalam makanan dan minuman adalah pewarna tiruan. Pewarna tiruan dihasilkan melalui tindakbalas kimia. Pewarna asli sebenarnya banyak sangat kebaikannya. Contohnya.. Kajian ke atas lebih 150,000 yang dilaporkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati mereka yang mengambil makanan tinggi pewarna asli (antosianin) boleh kurangkan sehingga 8 % risiko tekanan darah tinggi berbanding mereka yang kurang mengambil pewarna asli. Menurut laporan dalam Journal of Pharmacological Research dan Journal of Phytotherapy Research, pewarna asli yang diekstrak daripada blueberry boleh menghalang pertumbuhan sel kanser payudara, sel kanser kerongkong dan sel kanser prostat. Satu kajian jangka panjang yang dilaporkan dalam American Journal of Clinical Nutrition ke atas seramai 200,000 lelaki dan wanita. Kajian mendapati mereka yang ambil makanan dengan sumber kaya pewarna asli boleh kurangkan risiko diabetes sehingga 23%. Antara sumber tempatan yang kaya pewarna asli adalah rozel, mulberry, bunga telang dan buah naga. Untuk menentukan sama ada sesuatu jenis pewarna itu benarbenar asli atau tidak, caranya adalah dengan mengubah larutan pewarna menjadi asid atau alkali. Warna pewarna yg asli akan berubah mengikut kemasaman.


Teknik memasak sangat mempengaruhi khasiat sayur-sayuran. Antaranya adalah; TUMIS – kajian menunjukkan menumis sayur-sayuran jenis daun boleh menyebabkan bahan khasiat antioksidan tinggal 16%. Kaedah ini juga akan kurangkan bahan khasiat dalam peria katak sehingga 50%. REBUS – bahan khasiat antioksidan dalam sayur-sayuran akan berkurang sehingga 20% jika direbus. GUNA MIKROWAVE – kaedah ini akan kurangkan bahan khasiat antioksidan paling ketara. Contohnya, bahan khasiat antioksidan hanya tinggal 3% selepas dimikrowave. PERIUK TEKANAN TINGGI – Sayur yang dimasak menggunakan periuk tekanan tinggi akan kurangkan bahan khasiat antioksidan sehingga 50%. CELUR (1-3 minit pada suhu 98°C) – bahan khasiat antioksidan dalam sayur-sayuran juga masih tinggi jika dicelur. Selain itu, kaedah celur juga dapat kurangkan oksalat. Jika bahan oksalat berlebihan, ia boleh sebabkan terjadinya batu karang. KUKUS – Kukus adalah KAEDAH TERBAIK dimana bahan khasiat antioksidan dalam sayur-sayuran masih tinggi (90%). TEKNIK MEMASAK Pengaruhi KHASIAT Sayur-sayuran #DrSuriRoowi Ph.D KMN Principal Scientist


Badan kita memerlukan makanan yang mengandungi komponen sulfur untuk melindungi sel daripada kerosakan yang boleh membawa kepada penyakit serius seperti kanser. Walaubagaimanapun, menurut Dr Dan Brennan, pengambilan makanan bersulfur yang tinggi boleh menyebabkan masalah usus. Memandangkan durian dan petai adalah 2 sumber yang tinggi kandungan sulfur, elakkan makan durian bersekali dengan petai pada kadar tinggi untuk mengelakkan masalah seperti cirit-birit dan penyakit radang usus. Pengambilan durian pada kadar tinggi juga boleh meningkatkan kadar denyutan jantung. Kajian yang dilakukan oleh UKM pada 2015 mendapati peningkatan ketara dalam kadar denyutan jantung diperhatikan pada kumpulan yang diberi 500g isi durian. Pengambilan durian yang sederhana tidak menjejaskan tekanan darah dan kadar denyutan jantung individu yang sihat Elakkan juga makan durian bersama paracetamol. Ini kerana ia mungkin boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak. Durian juga tidak boleh diambil bersama-sama minuman beralkohol. Kajian klinikal mendapati seorang wanita di India mati selepas makan durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut. Memandangkan tapai juga mengandungi alkohol walaupun pada kadar yang rendah, pengambilan durian bersama tapai sebaiknya dielakkan. Makan DURIAN dengan PETAI boleh sebabkan CIRIT-BIRIT? #DrSuriRoowi Ph.D KMN Principal Scientist


TERIMA KASIH & SELAMAT MEMBACA


Click to View FlipBook Version