The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farahmr191, 2023-08-01 08:21:58

origins of

origins of

HANG KASTURI PAHLAWAN YANG TIDAK DIDENDANG


Hang Kasturi adalah anak kepada Hang Mesamut dan Dang Sekanda dan tinggal di Bentan dan rumahnya berdekatan dengan rumah Bendahara Paduka Raja. Hang Kasturi bersahabat baik dengan Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Umur mereka lebih kurang sebaya. Hang Kasturi belajar ilmu mempertahankan diri atau persilatan serta berguru dengan Sang Aria Putra di Bukit Pancalusa, yang terletak di banjaran Ledang yang mengajarnya ilmu yang dikenali sebagai Ilmu Segala Perajurit dan Hulubalang yang merupakan pengetahuan para pejuang dan pengawal. Sang Aria Putra adalah guru pertamanya dalam persilatan. Kemudian Hang Kasturi mendalami lagi ilmu persilatan dan kebatinan bersama dengan sahabat-sahabatnya di Gunung Ledang bersama seorang guru yang dikenali sebagai Adi Putra iaitu adik kepada Sang Aria Putra. Guru berikutnya adalah Sang Persanta Nala(ahli pertapaan) di Gunung Wirana Pura di Tanah Jawa. Sang Persanta Nala adalah merupakan kekanda tua kepada Sang Aria Putera dan Sang Adi Putra. Mereka memperoleh pengetahuan mengenai kebijaksanaan dan taktik ketenteraan. Sang Pesanta Nala memaksa lima bersaudara ini berjanji untuk tidak mengajarkan ilmu itu kepada sesiapa dan membawa bersama dia sehingga ke liang lahad LATAR BELAKANG HANG KASTURI


Pada usia sepuluh tahun dilantik sebagai biduanda (budak suruhan Raja) kepada Raja Melaka bersama-sama sahabat-sahabat beliau iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka berlima sangat akrab dan ke mana sahaja mereka pergi, mesti berlima. Setelah meningkat dewasa, Hang Kasturi juga digambarkan sebagai salah seorang hulubalang istana yang hebat.bersama-sama Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Apa yang boleh digambarkan kepada watak Hang Kasturi ialah seorang yang memiliki watak yang serius, kurang bercakap namun cekap dalam menumpaskan ancaman musuh-musuh. Walau bagaimana pun, terdapat sedikit perbezaan yang tercatat pada dua karya agung Melayu iaitu di dalam catatan Hikayat Hang Tuah, yang menderhaka kepada sultan adalah Hang Jebat manakala di dalam karya Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) pula, individu yang menderhaka kepada Sultan adalah Hang Kasturi. Sekiranya hendak diambil watak-perwatakan Hang Kasturi seperti yang tertera di dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), maka Hang Kasturi adalah seorang pahlawan yang terbilang yang mempunyai keberanian serta seorang penuntut keadilan.


Hang Kasturi dipercayai dimakamkan di Jalan Hang Jebat yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Gelanggang. Makam ini merupakan makam yang bersaiz sederhana besar terletak di dalam kawasan batu bertembok dikelilingi pagar besi. Bahagian hadapan makam terdapat sebuah pintu gerbang. Sebahagian tembok kawasan makam berbentuk suku bulatan yang turut bercantum dengan rumah kedai disebelahnya. Makamnya pula dibina berbentuk segi empat bujur bertingkat-tingkat. Daripada corak batu nisannya dipercayai berasal dari kurun ke-18. Pada bahagian tembok makam pula turut dibina sebuah lubang berbentuk segi tiga yang digunakan sebagai tempat meletak lilin atau pelita. Berdasarkan dari corak binaan sedia ada makam ini telah diperbaiki dari semasa ke semasa. Makam Hang Kasturi telah diwartakan sebagai Zon Penempatan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988 pada 28 Disember 2006. Makan Hang Kasturi yang terletak di Jalan Hang Jebat,Melaka


Sumbangan Hang Kasturi dalam peradaban Melayu telah menampakkan keunggulan beliau dalam ilmu pelayaran iaitu sewaktu berusia sepuluh tahun telah berani belayar ke Pulau Tinggi dengan menggunakan perahu lading(perahu kecil yang panjang diberpuat dari sebatang kayu). Masuk akal bahawa dia akhirnya dijadikan salah seorang hulubalang Melaka dan selalu bersama Laksamana di laut. Itu dunianya dan itulah kemahirannya,yang merujuk kepada lima sahabat sudah pandai berdayung dan melawan lanun sejak kecil. Beliau berpengetahuan dalam meneroka lautan luas walau pun masih muda, contohnya beliau berlima belayar dari Pulau Bentan ke Temasik(Singapura). Beliau juga merupakan seorang yang mempunyai sifatkembara dari usia kanak-kanak hinggalah dewasa memandangkan beliau juga dilanitk sebagai salah seorang biduanda istana Melaka dan hulubalang kerajaan negeri Melaka. Beliau boleh juga dikatakan tokoh yang hebat dalam dunia persilatan dan kebatinan serta ilmu mempertahankan diri kerana telah berguru dengan tiga orang guru silat yang hebat dan menjadi simbol pahlawan nusantara. Kehebatan ilmu persilatan Hang Kasturi adalah berpaksikan dan berpunca daripada ilmu zahir dan batin tiga orang guru beliau. SUMBANGAN HANG KASTURI


Hang Kasturi digambarkan sebagai seorang sahabat yang amat setia dalam persahabatan. Dari usia kanak-kanak hinggalah dewasa, mereka berlima hidup Bersama, pendek kata susah senang bersama. Sikap kesetiaan Hang Kasturi mampu memberi inspirasi kepada kita dalam kehidupan seharian dan mampu untuk dijadikan falsafah hidup dan diadaptasikan dalam kehidupan pada zaman kini. Di Malaysia sebuah kapal perang TLDM yang dinamakan sebagai KD Kasturi. Kapal ini dinamakan sempena pahlawan ketiga daripada lima sahabat iaitu Hang Kasturi Ketika Zaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Terdapat jalan-jalan di Kuala Lumpur, dan Johor Baharu yang merupakan bandar-bandar utama di Malaysia yang diberi nama, Jalan Hang Kasturi. Terdapat kediaman kampus dinamakan dengan Kamsis Kasturi di UNIMAS.


Kapal perang jenis korvet moden ini dibina oleh Howaldtswerke Deutsche Werft(HDW) Shipyard, Jerman dan dilancarkan pada 14 Mei 1983 olehTunku Maziah Binti Tunku Mustapha, isteri kepada Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia. KD Kasturi ditauliahkan pada 15 Ogos 1984 dan diletakkan di dalam Skuadron Korvet ke-22 di bawah Flotila Serang. KD Kasturi pernah melaksanakan penembakan Misil Exocet MM40 Block II pada 2014 dan 2019. Kapal ini juga pernah memenangi Anugerah Piala Agong dan Pingat Pujian Panglima Tentera laut pada 2015. Anugerah Piala Gonzales pada 2018 dan 2019, Thales International-Lustrum Long Service Award, Anugerah Piala Panglima Tentera Laut dan Piala Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera pada 2019. KD Kasturi yang mula berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia bermula tahun 1984


TERIMA KASIH SEMUA


Click to View FlipBook Version