PEMBANGUNAN
&
PENEROKAAN
HASIL PEMBELAJARAN :-
1. MENYATAKAN KONSEP EKONOMI DAN CIRI-
CIRI EKONOMI
2. MEMBINCANGKAN KEGIATAN EKONOMI
ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW (ABAD KE-7)
3. MEMBINCANGKAN KEGIATAN EKONOMI
ZAMAN BANI ABBASIYAH (ABAD KE 11-12)
4. MEMBINCANGKAN KEGIATAN EKONOMI
ZAMAN KESULTANAN MELAKA (ABAD KE-15)
SISTEM EKONOMI :-
KONSEP DAN CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI
ISLAM
KEGIATAN EKONOMI ZAMAN NABI
MUHAMMAD SAW (ABAD KE-7)
KEGIATAN EKONOMI ZAMAN KERAJAAN
ABBASIYAH (ABAD KE-11 HINGGA KE-12)
KEGIATAN EKONOMI KESULTANAN
MELAYU MELAKA (ABAD KE-15)
KONSEP DAN CIRI-CIRI SISTEM
EKONOMI ISLAM
Ekonomi islam merupakan aktiviti yang dilakukan
oleh manusia selaras dengan tuntutan syariat sama
ada dari segi perolehan, penggunaan, pengurusan
sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara
bagi mendapatkan keredaan Allah SWT
Ekonomi islam juga untuk melindungi penyelewengan
dan ketidakadilan dalam mendapatkan perolehan dan
penggunaan sumber alam
Ekonomi islam memenuhi keinginan dan matlamat
manusia bagi melaksanakan tanggungjawab terhadap
Allah SWT dan masyarakat keseluruhannya
PENGENALAN
Menurut pandangan islam, ekonomi merujuk kepada
suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras
dengan tuntutan syariat, sama ada di peringkat
perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber
untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara dari segi
rohani dan jasmani bagi mendapat keredhan Allah
SWT.
Ekonomi Islam sebenarnya berasaskan konsep tauhid
bagi melahirkan manusia yang beriman, beramanah
dan bertanggungjawab
KONSEP
RUBUBIYYAH
KONSEP CIRI-CIRI KONSEP
ULUHIYYAH EKONOMI TAZKIYAH
KONSEP ISLAM KONSEP
PERSAUDARAA UBUDIYAH
KONSEP
N& AL-FALAH
PENGORBANAN
KONSEP RUBUBIYYAH
(KETUHANAN)
Sifat Allah SWT sebagai Pencipta dan Penguasa.
Merupakan peraturan yang ditetapkan oleh
Allah SWT bagi meningkatkan kualiti hidup di
dunia dan akhirat
Menjelaskan tentang hubungan manusia dengan
pencipta-Nya dan hubungan manusia sesama
manusia berasasan konsep tauhid
KONSEP TAZKIYAH
(KESUCIAN JIWA)
Proses pembentukan sahsiah dan akhlak. Oleh itu, para
rasul sebagai utusan untuk memurnikan dan
menyucikan hati manusia dalam hubungan dengan
Allah SWT
Pembentukan atau penyucian jiwa melalui amalan
seperti zakat dan sedekah
KONSEP UBUDIYAH
(KEHAMBAAN)
Manusia sebagai hamba Allah SWT patuh
akan suruhan-Nya.
Manusia sebagai khalifah adalah pemegang
amanah yang bertanggungjawab
memakmurkan dunia dengan unsur-unsur
tauhid & rububiyyah
KONSEP AL-FALAH
Kejayaan dan kebahagiaan hidup di
dunia dan akhirat berlandaskan
hukum syarak
KONSEP
PERSAUDARAAN
&
PENGORBANAN
Hubungan sesama
manusia yang mendorong
nilai-nilai murni dan
memupuk keamanan
sejagat serta
meninggalkan sifat
negatif
KONSEP ULUHIYYAH
Menjelaskan tentang sifat Allah SWT sebagai
Penguasa yang membuat peraturan-peraturan
bagi menjaga dan menampung kehidupan
makhluk untuk mencapai kesempurnaan
Islam
PRINSIP-PRINSIP EKONOMI
ISLAM
Hak milik individu.
Pemegang hak milik sebenar ialah Allah SWT.
Manusia hanya diberikan hak mengurus dan
mengambil manfaat daripada harta yang di
anugerahkan oleh Allah SWT.Hak milik dalam islam
adalah tidak mutlak tetapi terikat dengan
hokum dan peraturan islam.
Hak milik umum
ini pada kebiasaannya di urus oleh pihak pemerintah
dan di agihkan secara adil dan saksama kerana ia
merupakan hak milik bersama
Aktiviti ekonomi yang di uruskan.
melibatkan aktiviti pengeluaran dan
penggunaan.Barang pengeluaran mestilah yang
diharuskan oleh islam iaitu yang bersih, suci, berguna
dan tidak membahayakan
CAMPUR
TANGAN
PIHAK
BERKUASA
KEBEBASAN
TERPIMPIN
HAK MILIK
HAK MILIK HAK MILIK KHUSUS
(INDIVIDU)
HAK MILIK UMUM
HAK MILIK INDIVIDU
Pemegang hak milik sebenar ialah Allah SWT. Manusia hanya
diberikan hak mengurus dan mengambil manfaat daripada harta
yang dianugerahkan Allah SWT. Hak milik dalam Islam adalah tidak
mutlak tetapi terikat kepada hukum dan peraturan Allah.
§ Islam mengiktiraf pemilikan harta secara individu. Pada masa
yang sama Islam mensyaratkan pemilik harta supaya menjaga dan
memelihara agama, jiwa, kehormatan dan keselamatan harta serta
melarang memperoleh harta secara haram.
§ Pemilikan harta individu yang tidak terkawal dan terarah boleh
mendatangkan gangguan terhadap orang lain dan kebajikan umum.
Demi kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat, Islam telah
menentukan cara-cara pemilikan harta. Dalam agihan harta
hendaklah dielakkan daripada berlaku jurang pendapatan yang
terlalu besar atau melakukan pembaharuan harta sehingga orang
lain tidak dapat menikmati hasil daripada pengembangan harta yang
banyak.
§ Umat Islam diingatkan supaya perolehan harta
yang banyak boleh mendatangkan kecintaan yang
berlebihan terhadap harta dan seterusnya melalaikan
manusia daripada melakukan ibadat dan mengingati
Allah SWT. serta boleh terjerumus ke lembah
kehinaan dan kekufuran.
§ Pemilik harta juga harus membelanjakan harta ke
jalan Allah SWT. dengan menderma,membuat amal
jariah dan mengeluarkan zakat. Jika seorang
hartawan tidak mengeluarkan zakat,nasib orang
miskin tidak akan terbela dan mereka akan terus
berada dalam kemiskinan dan kemelaratan
HAK MILIK UMUM
Harta yang dikhususkan kepada kepentingan umum atau
masyarakat merangkumi harta umum yang sedia ada atau ciptaan
Tuhan dan harta hasil usaha manusia seperti pembinaan jalan
raya, talian air paip, tempat rekreasi dan seumpamanya. Harta ini
perlu dipelihara dan dikongsi bersama.
Harta milik umum ini pada kebiasaannya diurus oleh pihak
pemerintah dan diagihkan secara adil dan saksama kerana ia
merupakan hak milik bersama.
Melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Barangan
pengeluaran mestilah yang diharuskan oleh Islam iaitu yang
bersih, suci, berguna dan tidak membahayakan.
Dalam proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul tanpa
sebarang penipuan, penganiayaan, penindasan serta menjaga hak
dan kebajikan pekerja.
Mesti dielakkan sifat boros, pembaziran dan bakhil. Sebaliknya
digalakkan sifat berjimat cermat, berhemat dan bantu membantu
serta menggunakannya dalam perkara-perkara yang diharuskan
sahaja
KEBEBASAN
TERPIMPIN
AKTIVITI AKTIVITI
EKONOMI EKONOMI
YANG YANG
DIHARUSKAN DIHARAMKAN
AKTIVITI EKONOMI YANG
DIHARUSKAN
1) Seseorang muslim yang memenuhi keperluan hidupnya
dengan aktiviti ekonomi secara halal
2)Aktivit ekonomi yang dilakukan haruslah:-
Proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul tanpa
sebarang penipuan,penganiayaan, penindasan serta
menjaga hak pekerja. Pekerja pula menjaga kualiti
pengeluaran dan nama baik syarikat
Barangan yang dikeluarkan dalam pasaran haruslah
bersih, suci, bermutu, berguna dan tidak membahayakan
masyarakat
Pengguna tidak boleh bersifat boros, bakhil dan membazir.
Digalakkan berjimat cermat, berhemah dan saling
membantu dalam semua perkara yang diharuskan
Kesemua garis panduan ini adalah
untuk melatih jiwa seseorang muslim
melaksanakan aktiviti ekonomi yang
diharuskan dab dalam masa yang sama
dapat mendisiplinkan diri, mengawal
hawa nafsu serta melahirkan seseorang
muslim yang berjiwa bersih dan
bertaqwa kepada Allah
AKTIVITI EKONOMI YANG
DIHARAMKAN
RIBA
Islam mengharamkan aktiviti perniagaan atau ekonomi
yang berasaskan riba. Pengamalan riba yang bermaksud
pembayaran kembali kepada peminjam yang dilakukan oleh
individu atau berkumpulan terhadap modal kewangan
dengan melibatkan tambahan nilai melebihi daripada asal
sesudah selesai tempoh pembayaran yang dipersetujui
bersama.
Riba jelas diharamkan di dalam Islam berdasarkan firman
Allah SWT. dalam surah al-Baqarah yang bermaksud
“…Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan
riba”. Oleh itu, riba jelas hanya akan menyusahkan
peminjam dan dianggap sebagai penindasan kepada
golongan yang benar-benar memerlukan.
RASUAH
Islam turut mengharamkan amalan rasuah kerana akan
melibatkan unsur penipuan dan dapat meruntuhkan
nilai moral sehingga menjatuhkan nilai agama dan
kestabilan negara. Kesan pengamalan rasuah amat
ketara iaitu melibatkan penyalahgunaan kuasa,
melemahkan pentadbiran dan ekonomi negara akan
turut terjejas
JUDI
Islam juga mengharamkan judi kerana mendatangkan
kerosakan akhlak dan moral manusia. Orang yang
mengusahakan perjudian dan melibatkan diri dalam
perjudian akan menanggung dosa. Allah SWT. telah
berfirman dalam surah “ al-Maidah yang bermaksud
“…Sesungguhnya (minum) arak ,berjudi,….adalah
perbuatan keji daripada perbuatan syaitan.” Malahan ,
judi boleh menyebabkan seseorang itu bersikap malas
dan sentiasa mengharapkan belas ihsan daripada orang
lain sahaja
PELACURAN
Kegiatan pelacuran juga adalah
sumber ekonomi yang
diharamkan oleh Islam.
Kegiatan ini melibatkan
perkhidmatan untuk
mendapatkan wang menerusi
penzinaan. Jelasnya, amalan ini
akan merosakkan masyarakat,
merendahkan moral serta
menjejaskan keturunan
MENCURI & MEROMPAK
Kegiatan mencuri dan merompak juga
merupakan aktiviti ekonomi yang
diharamkan oleh Islam. Allah SWT. telah
berfirman dalam surah al-Maidah yang
bermaksud “ Lelaki dan wanita yang
mencuri potonglah tangannya sebagai
balasan kejahatan yang dilakukannya
dan seksaan daripada Allah. Dan Allah
Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
Hal ini membuktikan bahawa Islam amat
tegas dalam hukum mencuri kerana
kegiatan ini bukan sahaja meruntuhkan
moral individu malahan turut
mengancam keharmonian masyarakat
dan negara
PRINSIP EKONOMI ISLAM LEBIH MEMENTINGKAN
PEMILIKAN HARTA UNTUK DIKONGSI BERSAMA
DAN MENGHARAMKAN EKONOMI YANG
MENJURUS KEPADA KEMUSNAHAN DIRI, AGAMA,
MASYARAKAT DAN NEGARA
§ PIHAK BERKUASA ATAU PEMERINTAH WAJIB
MELAKSANAKAN SISTEM EKONOMI YANG ADIL
DAN MEMBANTERAS SEBARANG
PENYELEWENGAN DEMI MEWUJUDKAN KEADILAN
DAN KESEIMBANGAN DARI SEGI AGIHAN HARTA
ANTARA INDIVIDU DI SATU PIHAK DAN
MASYARAKAT DIPIHAK YANG LAIN
CAMPUR TANGAN PIHAK
BERKUASA
Islam membenarkan campur tangan pihak
berkuasa dalam bentuk pengurusan,
perancangan dan pengagihan
Dalam Islam, tugas seorang pemimpin ialah
melaksanakan sistem ekonomi Islam &
membanteras sebarang penyelewengan bagi
mewujudkan keadilan social, menjamin
kestabilan dan keseimbangan dari segi agihan
harta secara individu
Pihak berkuasa juga memastikan tidak berlaku
perbezaan pendapatan yang besar bagi mengelak
sebarang permusuhan
Campur tanga pihak berkuasa dalam urusan pasaran
juga adalah untuk mengelakkan tipu helah yang
merugikan pihak pengguna dan memastikan
pengamalan riba, rasuah dan monopoli dalam aktiviti
ekonomi tidak menggangu masyarakat
Hak buruh juga diambil kira oleh pihak berkuasa
agar tidak menjadi mangsa ketidakadilan golongan
majikan
Pihak berkuasa juga bertanggungjawab melindungi
dan menjaga hak asasi para pekerja seperti gaji,
kemudahan hidup, pasaran buruh dll
Menurut pandangan islam,ekonomi merupakan suatu
ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras dengan
tuntutan syariat islam, sama ada di peringkat perolehan,
penggunaan atau pengurusan sumber untuk diri,
masyarakat dan negara, dari segi rohani dan jasmani.
§ Pada zaman nabi muhammad saw,sumber wahyu
merupakan asas kepada penggubalan dan pelaksanaan
segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat islam
khasnya dan umat manusia amnya
Aktiviti ekonomi
bertujuan untuk
beribadah kepada
Allah.
Keuntungan dunia Memberi
dan akhirat kemakmuran
kepada
masyarakat.
Matlamat jangka
panjang
diutamakan
AKTIVITI EKONOMI BERTUJUAN
UNTUK BERIBADAH KEPADA
ALLAH
Dalam sistem islam, tujuan utama setiap aktiviti
perniagaan, pelaburan, perusahaan dan
seumpamanya adalah untuk beribadah kepada
allah swt. Dalam kontek ini, tiada sebarang
aktiviti ekonomi islam dilaksanakan selain dasar
ini.
§ Aktiviti ekonomi haruslah di lakukan
berkhemah, bertanggungjawab dan tidak
mengetepikan aspek nilai dan kebajikan
MATLAMAT JANGKA
PANJANG DIUTAMAKAN
Matlamat sistem ekonomi adalah untuk memberi
kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat
§ Bagi individu yang mengushakan
perniagaan,matlamat jangka dalam aktiviti yang
diletakkan adalah untuk mencapai
kesejahteraan hidup di akhirat.
MEMBERI KEMAKMURAN KEPADA
MASYARAKAT
§ Tujuan aktiviti pernigaan dan ekonomi adalah
untuk memberi kemakmuran dan kesenangan
kepada masyarakat Produk atau perkhidmatan
yang dikeluarkan adalah untuk maningkatkan
nilai dan tahap hidup masyarakat.
§ Perkhidmatan pelacuran,perjudian,dan
seumpamanya tidak ada sama sekali dalam
senarai aktiviti ekonomi islam Sebagaimana
yang di amalkan masyarakat jahiliah dan kaum
yahudi di madinah,kerana ia membawa kepada
kerosakan dan kesengsaraan kepada kehidupan
masyarakat.
KEUNTUNGAN DUNIA &
AKHIRAT
Perniagaan dan aktiviti ekonomi adalah untuk mendapat
keuntungan meterial dan pahala daripada aktiviti yang
dilakukan nabi muhammad s.a.w. menjelaskan
bahawa,"peniaga yang amanah berada di bawah naungan
arash pada hari pengadilan." Hadis menjelaskan bahawa
peniaga yang menjalankan urusan perniagaan dengan
amanah dan tidak menipu timbangan serta sukatan akan
dimasukkan ke dalam golongan yang diberi keistimewaan.
§ Semakin banyak pahala yang diperoleh daripada aktiviti
ekonomi, semakin tinggi usaha yang dilaksanakan.
Seterusnya, aktiviti ekonomi akan mengutamakan sifat
tolong- menolong, jujur dn mengutamakan golongan yang
lemah kerana matlamatnya adalah untuk mendapat pahala
dan ganjaran Allah s.w.
Kegiatan ekonomi utama adalah perdagangan dan
pertanian. Tanaman seperti anggur,barli,dan gandum.
tamar adalah tanaman yang penting dan memberi faedah
kepada penduduk madinah. Barangan yang di
perdagangkan ialah kurma, bijirin, emas, zamrud dan
arak. Ekonomi di Madinah di monopoli oleh golongan
yahudi. Mereka merupakan Usahawan, petani dan peniaga
yang mengamalkan riba. Manakala Puak Aus dan kharaj
mengusahakan tanah yang kering kontang dan hidup
dalam kemiskinan.
§ Aktiviti perniagaan di madinah terbukti apabila wujud
pasaran harian dan bermusim. Muhammad bin habib al-
Bagdadi mencatatkan bahawa terdapat sekurang-
kurangnya sebelas pasar bermusim sebelum kedatangan
islam dan terus berkembang pada zaman islam seperti
ukaz, majannah, Zu al-majaz dan hubashah
SUMBER PENDAPATAN EKONOMI
ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW (ABAD
KE-7)
DERMA
RAMPASAN PERANG
TEBUSAN TAWANAN
PERANG
RAMPASAN HARTANAH
JIZYAH
SADAQAT
DERMA
Merupakan sumber kewangan utama umat islam di madinah
yang mencabar sehingga mencapai kemuncak kegemilangannya.
Rasulullah pernah meminta umat islam supaya memberikan
sumbangan kepada kebajikan satu kabilah yang baru memeluk
islam. Contoh; makanan, pakaian, sementara orang ansar
mendermakan wang.
§ Orang islam sentiasa menghulurkan pelbagai bentuk derma
kepada tabung bersama. contohnya; dalam perang khandak, sa’ad
bin ubadah, jabir bin Abdullah menderma kan makanan dan
kurma kepada tentera islam. Abu bakar mendermakan seluruh
wang yang di milikinya berjumlah 4 000 dirham dan umar
mendermakan separuh daripada kekeyaannya. Selain derma
dalam bentuk wang, masyarakat islam juga menderma dalam
bentuk hartanah.
§ Orang yahudi yang percaya dengan keikhlasan nabi
Muhammad s.a.w juga turut menyumbang.contohnya; mukhairiq
daripada bani nandhir yang nabi memeluk islam sebelum perang
uhud telah mewasiatkan tanaman kurma iaitu tujuh buah dusun
kepada nabi Muhammad s.a.w
RAMPASAN PERANG
Umat islam di wajib berjihad atau berperang untuk agama
sekiranya mereka di perangi oleh musuh yang berniat
untuk menghalang penyebaran islam. Nabi Muhammad
s.a.w bersama tentera islam menentang tentera Quraisy
pada 623 M. Dengan kekuatan tentera islam seramai 313
orang telah memenangi Perang Badar mengalah kan
tentera Quraisy seramai 1000 orang. Merupakan
kemenangan pertama dan menghasilkan rampasan seperti
senjata, 150 ekor unta,10 ekor kuda,tikar kulit,dan
pakaian.
§ Selain daripada harta rampasan, sumber kewangan islam
daripada bayaran tebusan tawanan perang yang membayar
sejumlah wang untuk membebaskan mereka. Sumber
pendapatan berdasarkan harta rampasan perang di nikmati
oleh orang islam selepas menyertai peperangan, Antaranya;
perang khandak, al-kurd, muraisi, khaibar, pertempuran di
dumat al-jandal, serangan abu salamah ke Qatan,
pertempuran wadi al-Qura
RAMPASAN HARTANAH
Menurut Muhammad bin Habib, hartanah pertama di
peroleh daripada puak yahudi, iaitu Bani Fityun yang di
usir keluar dari Madinah. Seterusnya, amwal Bani
Qunaiqah; iaitu kubu serta pasar mereka di ambil oleh
orang islam yang telah di urus kan oleh Abu Rafil yang di
lantik oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Bagi amwal Khaibar.
Meliputi kebun kurma yang luas dan ladangnya telah di
isytiharkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai al-fai’ atau
safiy yang membiarkan di miliki oleh petani dengan syarat
menyerahkan 50% hasilnya.
§ Tanah khaibar yang di bahagikan kepada orang islam
dan Negara islam , iaitu tanah khumus di urus oleh 2 orang
pegawai. Fadak ialah kawasan Yahudi yang di takluk oleh
pejuang islam tanpa pertempuran. Nabi Muhammad s.a.w
melantik Muhaiyisah bin Mas’ud sebagai wakil untuk
berbincang dengan orang Yahudi
JIZYAH
Merupakan cukai politik yang dikenakan keatas orang
bukan Islam yang digelar golongan zimmi bagi
perlindungan yang diberikan oleh Negara islam keatas
keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Jizyah
boleh di bayar secara tunai atau barangan. Mereka
yang enggan membayar Jizyah akan di kenakan
hukuman berat. Nabi Muhammad s.a.w mengesyorkan
kadar bayaran ditetapkan satu dirham setiap kepala.
§ Satu lagi warkah Baginda kepada al-Munzir bin
Sawa ialah mengutip sebanyak 4 dirham dan sepasang
jubbah setiap lelaki. Jizyah juga di kutip daripada
orang kristian Najran dengan bayaran sebanyak 2 000
pakaian yang perlu diserahkan setiap tahun pada
bulan rejab dan 1 000 pada bulan safar
SADAQAT
Saqadat ialah istilah yang digunakan bagi cukai agama
yang dikenakan ke atas umat islam. Zakat diperkenalkan
oleh Nabi Muhammad s.a.w keatas setiap orang islam, tiadk
kira lelaki atau perempuan.zakat dikenakan keatas
oemilikan tunai,barang kemas,hasil pertanian,dan binatang
ternakan. Nabi Muhammad s.a.w mewajibkan mereka
membayar zakat atau ushr bagi hasil kurma dan nisf al-
ushr bagi hasil gandum mereka.
§ Beberapa warkah yang di tandatangani oleh nabi
Muhammad s.a.w menunjukkan perintah membayar zakat
ternakan bagi orang islam,misalnya, Bahilah diwajibkan
membayar fariz (lembu tua) dalam sekumpulan 40 ekor dan
saqhiyah (unta tua) sebanyak 5 ekor. Penduduk Dumah dan
Kalb kena membayar zakat yang sama,selain ushr atau
separuh daripada hasil pertanian mereka
DERMA
-Rela hati, tanpa paksaan
-Menjaga kebajikan 1 kabilah yang memeluk Islam
-Mengurangkan beban kewangan golongan Muhajirin
-Mengukuhkan tentera Islam
SUMBER RAMPASAN
PENDAPATAN -Rampasan tunai & harta benda
-Kemenangan Perang Badar menghasilkan harta rampasan yang besar
NEGARA & kepada umat Islam
KEPENTINGANNYA
BARANG TEBUSAN TAWANAN PERANG
-Mengurangkan beban ekonomi masyarakat Islam
RAMPASAN HARTA TANAH
-Kebajikan umat Islam terjamin
-Memberi penekanan kepada tanggungjawab bersama dalam
mempertahankan negara
JIZYAH
-Cukai politik yang dikenakan ke atas orang bukan Islam
-Masyarakat bukan Islam memberi pengiktirafan kepimpinan kepada Nabi
Muhammad saw dan Negara
SADAQAT
-Cukai agama yang dikenakan ke atas umat Islam
-Mengurangkan jurang kekayaan
-Membantu golongan miskin dan pihak yang memerlukan bantuan
-Menandakan keiman seseorang