The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04337667, 2021-07-11 20:56:58

INSTITUSI EKONOMI - BAITULMAL

INSTITUSI EKONOMI - BAITULMAL

PELAKSANAAN BAITULMAL
ZAMAN KHALIFAH UMAR

AL-KHATTAB



SAIDINA UMAR BIN
AL-KHATTAB

1. Ditubuhkan secara rasmi

2. Sumber baitulmal yang banyak dari zakat, al-fai, jizyah, kharaj, usyur &
ghanimah tidak dapat diagihkan dengan serta merta

3. Khalid al-Walid memberi cadangan agar menubuhkan Diwan yang
berfungsi sebagai jabatan perbendaharaan yang bertindak mengawal
urusan pentadbiran harta berkenaan

4. Menyediakan buku kira-kira negara bagi mengetahui aliran wang keluar
masuk (Pendapatan vs perbelanjaan negara)

 Uqail bin Abu Talib
 Makhramah bin Naufal
 Jubair bin Mut’am
 mengendalikan institusi baitulmal mengikut syariat agama demi kepentingan

ummah, agama & negara

• Mengharamkan sebarang tindakan untuk kepentingan peribadi kerana harta
baitulmal merupakan amanah Allah swt

• Baitulmal dikhaskan untuk jaminan social bukan hanya kepada masyarakat Islam,
bahkan kepada orang bukan Islam

• Contoh :- Seseorang yang uzur & lanjut usia sehingga tiada upaya menyara
hidupnya akan diberikan elaun sara hidup dari baitulmal

• Kota Madinah sebagai pusat pentadbiran baitulmal

• Cawangan baitulmal ditubuhkan di setiap wilayah Islam

• Para pegawai dilantik secara khusus & bertanggungjawab kepada baitulmal pusat
di Madinah

• Pembaharuan dalam pentadbiran kharaj – Tentera tidak dibenarkan memiliki
tanah & rumah sebagai ghanimah dan membiarkan tanah-tanah wilayah taklukan
diusahakan oleh pemilik asal. Sebagai ganti, tentera Islam mendapat elaun @ gaji
daripada dana baitulmal

• Mengelak timbulnya perselisihan faham sesama anggota tentera Islam

PENEGASAN ISI

PELAKSANAAN DAN PERUBAHAN YANG DILAKUKAN
OLEH KHALIFAH UMAR ADALAH BAGI MENGELAKKAN
TENTERA ISLAM TERHINDAR DARIPADA PERSELISIHAN
FAHAM DISEBABKAN TANAH DAN TERHINDAR DENGAN

KELALAIAN MENJAGA TANAH BERKENAAN.
BAGI PEMILIK TANAH PULA ADALAH UNTUK
MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN PENDAPATAN MEREKA

DI WILAYAH YANG MEREKA DUDUKI



PELAKSANAAN BAITULMAL
ZAMAN KHALIFAH UTHMAN

BIN AFFAN



SAIDINA UTHMAN BIN
AFFAN

1. Mulai timbul kontrovesi mengenai pengurusan baitulmal

2. Khalifah Uthman telah dituduh menyalahgunakan harta baitulmal untuk kepentingan diri
& ahli keluarganya

3. Alasannya kerana kadar cukai dinaikkan, tidak mengagihkan harta rampasan perang &
berbelanja boros

4. Tuduhan ini adalah fitnah kerana kadar cukai dinaikkan bagi menambah dana
belanjawan militer untuk menghadapi ancaman Byzantine

5. Harta ghanimah tidak diagihkan kerana ingin meningkatkan rizab kerajaan yang
semakin susut akibat kelembapan ekonomi & perluasan wilayah semakin perlahan

6. Khalifah Uthman memang terkenal dengan kekayaan & dermawan.

7. Untuk menambah harta baitulmal, beliau telah menyerahkan urusan perdangan miliknya
kepada kaum keluarga

8. Menjadikan rumahnya sebagai baitulmal sebelum kerajaan Islam menubuhkan
bangunan baitulmal secara rasmi

PENEGASAN ISI

ZAMAN KHALIFAH UTHMAN,
MERUPAKAN KHALIFAH YANG PERTAMA

MENGAMBIL KEPUTUSAN BAGI
PEMBIAYAAN TETAP UNTUK PARA

MUADZIN



PELAKSANAAN BAITULMAL
ZAMAN KHALIFAH ALI BIN

ABI TALIB



SAIDINA ALI BIN
ABI TALIB

1. Meneruskan sistem baitulmal sebagai perbendaharaan negara mengikut syariat

2. Khalifah Ali meneruskan kehidupan secara sederhana dan dibayar gaji sama seperti
yang diterima oleh khalifah sebelumnya

3. zaman Saidina Ali, berlaku pertukaran ketua baitulmal

4. Melantik Abdullah bin Arqam (menggantikan Uqbah bin Amru – mengetuai baitulmal
sejak zaman Khalifah Umar). Terkenal dalam kalangan sahabat sebagai seorang yang
jujur dan tegas dalam menjalankan tugas

5. Contohnya : Peristiwa perang berhadapan dengan tentera Mu’awiyah, Gabenor Damsyik
menyebabkan pengikutnya mengesa agar menggunakan harta baitulmal untuk
menguatkan tentera tetapi ditolak dengan keras atas alas an harta berkenaan adalah
amanah Allah swt

6. Membuktikan kejujurannya apabila enggan mematuhi permintaan saudaranya, Aqil bin
Abi Talib supaya khalifah meminta sedikit sumber daripada baitulmal kerana
kesederhanaan hidupnya

KESIMPULAN

AMAT JELAS BAHAWA PARA KHULAFA AL-RASYIDIN & PARA
SAHABAT BERANGGAPAN BAHAWA BAITULMAL ADALAH
AMANAT ALLAH SWT. MALAH MEREKA MENGHARAMKAN

SEBARANG TINDAKAN UNTUK MENGGUNAKAN BAITULMAL BAGI
TUJUAN PENCAPAIAN PERIBADI

PENUBUHAN BAITULMAL PADA ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN
ADALAH ASAS KEPADA PERKEMBANGAN EKONOMI NEGARA

ISLAM PADA ZAMAN-ZAMAN SETERUSNYA.





TERANGKAN TENTANG SUMBER
BAITULMAL, PENGURUSAN & PENTADBIRAN

BAITULMAL &
PERANAN BAITULMAL

ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH







PERKEMBANGAN EKONOMI
KERAJAAN ABBASIYAH

• Pelbagai cukai perdagangan (usyur) diperkenalkan seperti
cukai garam, cukai ikan, cukai barangan perdagangan,
cukai kilang, cukai barangan mewah, cukai import, cukai
kastam dll

• Zaman khalifah al-Wathiq telah memansuhkan sebahagian
cukai berkenaan

• Sumber terbesar baitulmal zaman khalifah Abbasiyah ialah
Kharaj & Usyur disebabkan oleh peluasan kuasa dan
perkembangan pesat ekonomi negara

• Melantik para pegawai khas menguruskan baitulmal di peringkat pusat

• Gabenor mengetuai pentadbiran baitulmal di peringkat wilayah

• Khalifah & gabenor melantik amil-amil berkelayakan untuk memungut
sumber-sumber baitulmal

• Keberkesanan Diwan al-Kharaj (Jabatan Percukaian) pada zaman
Khalifah Harun al-Rasyid meraih pendapatan membantu meningkatkan
pendapatan baitulmal

• Khalifah memerintahkan Abu Yusuf Yaaqub (Qadi besar Baghdad)
menyusun segala peraturan percukaian untuk dijadikan panduan dalam
pentadbiran negara dan memudahkan amil baitulmal bertugas
memungut cukai serta mengelakkan penindasan terhadap rakyat

1. Institusi @ perbendaharaan yang menyelenggarakan
pendapatan & perbelanjaan negara

2. Menguruskan harta umum, tempat penyimpanan
barangan berharga & barangan amanah seperti harta
wakaf

3. Wakil dalam menguruskan segala harta &
membelanjakan demi kepentingan rakyat & negara





PELAKSANAAN ZAMAN
KHALIFAH ABBASIYAH



1) Pada peringkat awal – Dana baitulmal digunakan untuk tujuan
ketenteraan termasuk pembelian peralatan senjata & membayar gaji
tentera

2) Zaman Khalifah Harun al-Rasyid (786 – 809 M) :-
Baitulmal mencapai zaman kemuncak sehingga berjaya
memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang pentadbiran &
pembangunan negara seperti pembayaran gaji kakitangan
kerajaan & tentera,
Menaja kegiatan keilmuan, mendirikan masjid, sekolah, hospital,
terusan air dll
Hasil perolehan baitulmal dari cukai sector ekonomi mencecah 900
juta dirham
Kota Baghdad muncul sebagai pusat ilmu & perdagangan utama
dunia

KHALIFAH AL-MAKMUN (813-833) &
KHALIFAH AL-MUSTA’IN (862-866)

1. Zaman Khalifah al-Makmun seorang pencipta ilmu banyak
memanfaatkan sumber baitulmal untuk membiayai kegiatan
intelektual seperti penulisan & penterjemahan karya-karya
asing

2. Zaman khalifah al-Musta’in –

Baitulmal mengalami sedikit perubahan apabila melantik Utamish
sebagai wazir & Ahmad al-Khasib sebagi katib

Utamish mencadangkan gaji tentera & kakitangan kerajaan dibayar
dua bulan sekali & menyatukan pentadbiran kewangan (Baitulmal) &
pentadbiran ketenteraan untuk menjimatkan kos namun tidak
dipersetujui oleh Ahmad al-Khasib

Membelanjakan peruntukan yang banyak dalam menangani krisis
Syakiriah & huru hara akibat kekalahan dengan Byazantine

KHALIFAH AL-MU’TADID (892-902)

1. Memperbaharui pentadbiran baitulmal dengan merombak dasar yang
diperkenalan Utamish

2. Gaji tentera & pegawai awam dibayar sebulan sekali

3. Memulihkan dana baitulmal seperti meminta Kerajaan Saffariyah
membayar cukai tahunan sebanyak 4 juta dirham & sebagai balasan
kerajaan tersebut diberikan kuasa memerintah wilayah Timur (sebelum
ni dikuasai oleh kerajaan Samaniyah)

*Permintaan ini tidak dapat dilaksanakan bila Saffariyah kalah kepada Samaniyah

4. Mewujudkan undang-undang Islam baharu dengan menubuhkan
sebuah jabatan yang bertanggungjawab untuk menguruskan soal harta
pusaka

Sekiranya tidak ada pihak waris yang menuntut harta berkenaan ianya akan
menjadi milik baitulmal

• Memperkenalkan sistem percukaian ala pertanian
di kawasan-kawasan pentadbiran kerajaan pusat &
melaksanakan sistem konsesi di daerah-daerah
sekitar ibu kota termasuk jalan perdagangan
menuju ke kota dengan dikenakan bayaran 7000
dinar sehari

• Namun, usaha yang dilakukan oleh Khalifah al-
Mu’tadid masih tidak dapat meningkatkan sumber
kewangan negara disebabkan perancangan
tersebut menelan kos pentadbiran yang tinggi

KHALIFAH AL-MUQTADIR (908-932)

1. Sumber baitulmal masih mengcukupi untuk menampung perbelanjaan
negara

2. Terdapat beberapa buah wilayah yang telah bebas seperti Iraq, Syam,
Armenia & Jazirah masih membayar cukai tahunan sama ada dalam
bentuk wang perak emas

3. Namun, bebanan baitulmal semakin meruncing terutama melibatkan
kos menjaga kota Makkah & Madinah pada musim haji, menjamin
keselamatan para Jemaah yang semakin bertambah & membayar
gaji tentera istana yang semakin meningkat

4. Terpaksa mendapatkan bantuan kewangan daripada saudagar-
saudagar kaya serta mencagarkan harta benda keluarga khalifah-
khalifah terdahulu demi kepentingan negara

BERMULA ZAMAN KHALIFAH AL-RADHI (934-940)
HINGGA KHALIFAH AL-QADIR (991-1074)

1. Bermula zaman khalifah al-Radhi keadaan baitulmal
semakin meruncing sehinggakan tidak mampu membayar
gaji tentera

2. Harga barangan melambung tinggi

3. Pada zaman Khalifah al-Qadir, sumber baitulmal
mengalami sedikit pemulihan disebabkan kejayaan
tentera Abbasiyah memenangi peperangan di Turki, Wasit
& Basrah

4. Kesannya kerajaan memperoleh harta rampasan perang
yang banyak

1. Penubuhan baitulmal zaman Khalifah al-Rasyidin dapat menjamin pembangunan
ekonomi negara & wilayah Islam serta membantu golongan kurang bernasib
baik disamping memastikan harta yang dimiliki diurus sebaik mungkin

2. Pengurusan baitulmal Khalifah al-Rasyidin menjadi asas perkembangan ekonomi
Islam zamannya

3. Baitulmal zaman Khalifah al-Rasyidin terus berfungsi hingga zaman Khalifah
Abbasiyah dan menjadi institusi terpenting dalam pembangunan negara

4. Namun terdapat perbezaan cara pelaksanaan mengikut kerajaan Islam yang
memerintah

5. Pengurusan baitulmal zaman Khalifah Abbasiyah mengalami 3 peringkat iaitu
zaman pembinaan, zaman kegemilangan & zaman kemerosotan sehinggalah
kerajaan Abbasiyah diserang dan dikalahkan oleh orang-orang Tartar sekaligus
membolehkan puak tersebut menguasai perbendaharaan kerajaan Abbasiyah

SILA PILIH 1 WARNA KOTAK
MISTERI







SOALAN 1

APAKAH MAKSUD BAITULMAL MENGIKUT
BAHASA ARAB?

A. PERBENDAHARAAN NEGARA
B. INSTITUSI KEWANGAN
C. HARTA RUMAH
D. RUMAH HARTA

SOALAN 2

PILIH PENYATAAN YANG BENAR BERKAITAN
FUNGSI BAITULMAL

A. MENYELENGGARA HARTA-HARTA UMUM
B. MENYIMPAN BARANG BERHARGA YANG

BERTUAN
C. DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI
D. MENGURUS PERKHIDMATAN KEPADA

MASYARAKAT

SOALAN 3 Berdasarkan pernyataan di
sebelah. Siapakah tokoh
Pada zaman Bani Abbasiyyah (132- yang dimaksudkan?
655H), pusat pemerintahan Islam telah
berpindah ke Baghdad iaitu sebuah A.Khalifah Harun al-Rasyid
kawasan yang paling strategik dan B. Khalifan al-Mak’mun
juga merupakan yang terpenting bagi C.Khalifah al-Mu’tadid
urusan perdagangan antara Timur dan D.Khalifah al-Mus’tain
Barat. Kesan daripada perpindahan ini,
pendapatan institusi Baitulmal telah
berkembang berlipat kali ganda.
Perebutan kuasa politik antara
……………. dengan Al-Amin adalah
titik permulaan kepada kemerosotan
institusi Baitulmal. Institusi Baitulmal di
bawah pemerintahan ………………
tidak dapat berfungsi dengan baik dan
teratur.

TAHNIAH,
JAWAPAN ANDA

BETUL

SALAH
USAHA LAGI


Click to View FlipBook Version