The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Institusi ekonomi - cukai & zakat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04337667, 2021-07-11 20:53:49

CUKAI & ZAKAT

Institusi ekonomi - cukai & zakat

PN.WAN MASITAH BINTI WAN AHMAD

PADA AKHIR PdPR PELAJAR DAPAT :-

1. MENJELASKAN JENIS CUKAI YANG DILAKSANAKAN
PADA ZAMAN KHALIFAH AL-RASYIDIN

2. MENJELASKAN JENIS CUKAI YANG DILAKSANAKAN
PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH

3. MEMBINCANGKAN PELAKSANAAN ZAKAT PADA ZAMAN
KHALIFAH AL-RASYIDIN & KHALIFAH BANI ABBASIYAH

PELAJAR DIKIRA BERJAYA SEKIRANYA DAPAT:-

1. MENJELASKAN 2 JENIS CUKAI YANG DILAKSANAKAN
PADA ZAMAN KHALIFAH AL-RASYIDIN DENGAN BETUL

2. MENJELASKAN 2 JENIS CUKAI YANG DILAKSANAKAN
PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH

3. MEMBINCANGKAN PELAKSANAAN ZAKAT PADA ZAMAN
KHALIFAH AL-RASYIDIN & KHALIFAH BANI ABBASIYAH



 Menurut istilah moden, cukai merupakan cara utama pemindahan sumber daripada
pemilikan individu kepada pengguna awam

 Cukai bermaksud sesuatu pungutan berbentuk wang oleh kerajaan terhadap rakyat
secara perseorangan atau organisasi yang bersetuju untuk kegunaan umum

 Dalam konteks Islam – Cukai bermaksud bayaran dikenakan kepada ahlul Zimmi (orang
bukan Islam) yang tingal di bawah pemerintahan Islam di wilayah yang diperintah oleh
Islam

 Kharaj, jizyah & ‘usyur – Orang bukan Islam
 ‘Usyur – Orang Islam



 Ufti & cukai tanah
 Sumber kewangan terpenting dalam pemerintahan Islam
 Kharaj ialah cukai tanah yang dikenakan ke atas tanah-tanah yang sebahagian

besarnya ditakluki melalui kekuatan tentera tanpa mengira sama ada
pemiliknya seorang dewasa, kanak-kanak, merdeka, hamba, Muslim atau kafir
 Cukai yang dikenakan terhadap pemilik sesuatu bidang tanah yang
ditaklukinya oleh tentera-tentera Islam sama ada melalui peperangan atau
secara aman
 Terdapat dua jenis tanah ketika pembukaan wilayah Iraq iaitu :-

* Tanah bertuan – Pemilik menyerah diri
* Tanah tidak bertuan – terkorban dalam peperangan @ melarikan diri

 Tanah yang terdapat dalam sesebuah negara Islam (Darul ‘Ahd)
dibahagikan kepada empat :-

1. Tanah perolehan perang (dikenakan cukai kharaj)
2. Tanah yang penduduknya menerima Islam tanpa

peperangan
3. Tanah yang diperoleh melalui perjanjian damai (tanah

Darul’Ahd)
4. Tanah-tanah yang lain ditentukan oleh pemerintah

(dikenakan cukai kharaj)

Terdapat dua cara pungutan kharaj :-
a) Kharaj Muqasamah (sebanding)

* Dikenakan ke atas sebahagian daripada hasil keluaran
seperti sesetengah @ 1/3 daripada hasil

* Dipungut selepas pengeluaran semusim

a) Kharaj Wazifah (tetap)
* Bayaran tertentu ke atas tanah berdasarkan jumlah
keluaran dalam ukuran fizikal @ wang untuk seunit
kawasan
* Dipungut pada akhir tahun

Kharaj yang dikenakan berdasarkan keluasan
tanah disebut ‘Nizam al-Masahah’
Kharaj yang dikenakan berdasarkan hasil
keluaran disebut ‘Nizam al-Muqasamah’

 Kerajaan Abbasiyah mengecapi kecemerlangan dalam
pentadbiran apabila tertubuhnya diwan

 Antara diwan yang diwujudkan seperti al-Jund, al-Kharaj,
al-Sawafi, al-Sirr & al-Rasa’il

 Diwan al-Jund & Diwan al-Kharaj diberi perhatian oleh para
khalifah kerana penubuhannya dapat menjamin
pembangunan negara serta menyumbang kepada
kecemerlangan kota Baghdad dan empayar Bani
Abbasiyah sendiri

 Ditubuhkan untuk mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan
masalah cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian

 Diketuai oleh seorang pegawai
 Pegawai akan meneliti dan memastikan peraturan dan sistem kharaj berjalan

lancar
 Pegawai berkuasa melantik wakil pemungut cukai dan menetukan jumlah

cukai kharaj
 Cukai kharaj dihantar ke Baitulmal selepas ditolak perbelanjaan wilayah
 Kadar kharaj tidak sama antara satu kawasan dengan kawasan yang lain

 Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur (754-775 Masihi)
I. Beliau memperkenalkan mata wang
II. Cukai kharaj boleh dibayar dalam nilai mata wang. Contohnya 10 dirham

dikenakan bagi setiap unit tanah pertanian
III. Cukai kharaj telah dikenakan kepada petani, cukai ‘usyur kepada pedagang
IV. Urusan kewangan negara diuruskan dan dikawal oleh kerajaan pusat

Ketika pemerintahan Khalifah al-Mahdi
I. Menubuhkan Jabatan Akauntan Negara
II. Memperkenalkan Sistem Muqasamah
III. Mengenakan cukai perniagaan di pasar dan kedai

 Kharaj merupakan salah satu sumber yang paling penting kepada kerajaan Islam
 Sistem kharaj yang dilaksanakan telah meringankan beban petani dan lebih baik daripada siste

cukai yang diamalkan ketika zaman pemerintahan Rom dan Parsi
 Ketika zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, sistem kharaj tidak diperkenalkan

walaupun ketika waktu itu sebahagian daripada tanh Iraq dikuasai oleh tentera-tentera Islam
 Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, tanah-tanah di Wiayah Iraq yang ditakluki

telah dijadikan kharaj
 Semua tanah kepunyaan orang Islam dikira sebagai tanah zakat dan dikenakan zakat. Manakala

tanah-tanah yang dimiliki oleh orang-orang bukan Islam dikenali sebagai tanah kharaj dan
dikenakan cukai kharaj

 Bagi tanah-tanah rampasan perang yang tiada bertuan, ia secara automatic menjadi tanah
kharaj dan dikenakan cukai kharaj tidak kira sama ada yang mengusahakannya terdiri
daripada orang Islam atau orang bukan Islam

A. Dikenakan kepada pemilik tanah penduduk Zimmi sahaja
B. Kharaj tidak dikenakan jika hasil pertanian musnah

akibat bencana alam
C. Sekiranya tanah kharaj dipajak atau disewa, kharaj

dikenakan terhadap pemilik tanah bukannya kepada
penyewa
D. Kharaj dikenakan ke atas tanh kediaman yang dijadikan
kawasan pertanian

ZAMAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

KHARAH WAZIFAH KHARAJ MUQASAMAH
Pemiliknya wajib Berdasarkan kepada hasil

membayar cukai kharaj yang diperoleh seperti ½, 1/3,
berdasarkan ¼, 1/5, @ 1/6 daripada
jumlah hasil tanaman
keluasantanah dan jenis
tanaman Dikenakan setiap kali hasil
tanaman diperoleh
Dikenakan sekali dalam
masa setahun

 Kadar cukai kharaj yang dikenakan kepada petani adalah
mengikut kemampuan agar tidak membebankan mereka,
maksimum ialah ½

 Pemilik tanah diberikan pilihan sama ada hendak membayar
cukai kharaj dalam bentuk tunai atau dalam bentuk hasil
tanaman

a) Kualiti tanah (subur atau tidak)
b) Jenis atau kualiti benih tanaman
c) Penggunaan alat siraman
d) Kawasan tanah yang strategik



 Dikenakan kepada pemilik yang tidak mengusahakan tanahnya
sedangkan dia berupaya

 Jika pemilik tidak berupaya untuk mengusahakan tanahnya, pemerintah
berhad memberikan tanahnya kepada orang lain untuk diusahakan

 Pemungut cukai dikehendaki berlaku adil dan saksama ketika
pengutipan cukai kharaj dilakukan

 Jika pemilik tidak mampu, mereka diberikan tempoh untuk
membayarnya secara beransur-ansur dan diberikan masa sehingga
kedudukan kewangannya pulih

 Jika pemilik tanah sengaja tidak mahu membayar cukai kharaj, tindakan
mahkamah akan diambil terhadap mereka

 Hasil kutipan kharaj diletakkan di bawah pentadbiran Baitulmal

Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, jumlah cukai
kharaj di Iraq adalah sebanyak 86 juta dirham
Khalifah Umar menyerahkan kepada golongan Ahl-
al-Ayyam sebagai pemegang amanah untuk
menguruskan kharaj di Iraq
1/5 daripada hasil kutipan kharaj diserahkan kepada
kerajaan pusat dan selebihnya dikembalikan kepada
Ahl-al-Ayyam

 Di Mesir, Khalifah Umar al-Khattab telah mengubah sistem cukai
yang diguna pakai ketika pemerintahan Firaun & Rom

 Khalifah Umar telah memperbaik kaedah pengutipan di Mesir
supaya berjalan dengan lebih teratur dan kemas

 Ketika pemerintahan Khalifah Umar di Mesir, pendapatan yang
diperoleh daripada kharaj berjumlah sejuta dinar dan jumlah
tersebut dikatakan tidak pernah dicapai oleh sesiapa
selepasnya

 Di Syria pula, tanah telah dikelaskan berdasarkan kualiti dan
kesuburannya. Pendapatan daripada cukai kharaj di Syria
berjumlah 14 juta dinar setahun

 Pegawai yang diamanah dan bertanggungjawab telah dilantik
oleh Khalifah Umar al-Khattab untuk mengutip cukai kharaj
supaya keadilan terpelihara dan penindasan tidak berlaku





 Jizyah ialah cukai perlindungan

 Dikenakan terhadap golongan bukan Islam (Zimmi) sebagai
balasan kepada jaminan perlindungan daripada negara
Islam ke atas nyawa, harta benda & amalan agama mereka

 Jizyah terbahagi kepada dua iaitu :-

* Suh al-Jizyah (Cukai perlindungan)
* Jizyah al-Ru’us (Cukai diri)



Berdasarkan sejarah Islam, ada kalanya kerajaan bukan Islam telah kalah dalam peperangan
Mereka bersedia untuk menerima pemerintahan Islam tetapi mereka masih kekal dengan agama

asal mereka tanpa memeluk Islam
Oleh itu, mereka dikehendaki membayar cukai perlindungan kepada kerajaan Islam
Kadar cukai perlindungan adalah berbeza-beza mengikut perjanjian yang dipersetujui antara

mereka dengan negara Islam
Dibayar sama ada dalam bentuk mata wang @ harta benda yang bernilai seperti ternakan, hasil

pertanian dan sebagainya
Kerajaan Islam akan memberi perlindungan kepada negara tersebut dan rakyatnya apabila cukai

perlindungan dijelaskan
Cukai perlindungan adalah untuk jaminan keselamatan negara dan social agar rakyat boleh hidup

dalam keadaan aman
Semua haknya sebagai warganegara terjamin dan keselamatan jiwa & harta benda sentiasa

dilindungi oleh pemerintah

 Merupakan cukai diri dalam bentuk perseorangan yang
dikenakan terhadap golongan zimmi yang tinggal dalam
sesebuah negara Islam

 Dibayar sebagai gentian bagi usaha umat Islam yang
memberi perlindungan kepada mereka

1. Kanak-kanak
2. Orang perempuan
3. Orang tua
4. Orang cacat dan lemah
5. Orang kafir dan miskin
6. Golongan hamba
7. Orang yang sakit berpanjangan

 Golongan Zimmi yang menyempurnakan kewajipan jizyah
berhak mendapatkan perlindungan dan jaminan keselamatan
daripada pemerintah untuk diri, keluarga dan harta bendanya

 Boleh dibayar sama ada dalam bentuk wang tunai atau
barangan

 Mereka yang melarikan diri daripada membayar jizyah akan
dikenakan hukuman dan tindakan

 Kadar jizyah adalah berbeza-beza mengikut taraf dan
kemampuan seseorang

i. 12 dirham terhadap golongan miskin yang mampu menyara
kehidupan mereka

ii. 24 dirham terhadap golongan pertengahan
iii. 48 dirham terhadap golongan kaya

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
Bagi menyaingi kekuatan kerajaan Parsi & Byzantine, Khalifah Abu Bakar telah menghantar

beberapa ekspedisi ketenteraan ke kawasan Iraq & Syam
Antara panglima tentera yang dihantar oleh Khalifah Abu Bakar ialah :-

I. Khalid al-Walid – dihantar ke Utara & membuka Iraq
II. Panglima al-Qa’qa berjaya menawan Hiraq di Iraq

Pemimpin negara jajahan takluk yang tidak memeluk Islam telah bersetuju untuk membayar
jizyah setelah diberikan tiga pilihan iaitu :-

a) Memeluk Islam
b) Diperangi
c) Membayar jizyah

Kadar jizyah yang perlu dibayar adalah sebanyak 19 ribu dirham setahun dan dibayar terus
kepada kerajaan Islam di Madinah

 Gabenor-gabenor wilayah telah dilantik untuk melaksanakan jizyah ke atas
wilayah masing-masing

 Antara kawasan penting yang dapat dikuasai ialah :-

a) Baitulmuqaddis
b) Babylon
c) Mesir
d) Syam

 Pemerintah Byzantine yang memerintah Baitulmuqaddis telah menadatangani
perjanjian damai dengan kerajaan Islam

 Antara isi kandungan tersebut :-

a) Kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan nyawa dan harta benda
penduduk

b) Menjamin kebebasan beragama
c) Mereka dikehendaki membayar jizyah kepada kerajaan Islam
d) Mereka diberikan hak untuk mengerjakan tanah yang telah dimiliki

sebelumnya dengan syarat membayar cukai kharaj

 Di Babylon, kerajaan ini telah bersetuju membayar jizyah kepada
kerajaan Islam selepas ditawan oleh kerajaan Islam

 Di Mesir, penduduknya dikehendaki membayar jizyah sebanyak
dua dinar setahun

 Penduduk Syam dikenakan kadar jizyah sebanyak 1, 2, @ 4 dinar
mengikut keupayaan dan kemampuan seseoang kafir Zimmi

Beberapa buah wilayah berjaya ditakluki :-

i. Nubah
ii. Qairawan
iii. Tripoli

Penduduk di kawasan tersebut telah meminta
perdamaian dan perlindungan daripada kerajaan
Islam dan bersetuju untuk membayar jizyah

Pelaksanaan jizyah diteruskan walaupun dari
aspek tempat dan kadar yang dipungut agar
kabur
Khalifah Ali sangat menitikberatkan keadilan
kepada orang Zimmi yang membayar jizyah

 Pada zaman Bani Umayyah, Diwan al-Kharaj (Jabatan Kewangan)
bertindak menguruskan cukai termasuk jizyah

 Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan gabenornya Hajjaj bin Yusof al-
Thaqafi telah mengenakan jizyah terhadap orang Islam bukan
berketurunan Arab

 Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Islam yang bukan
berketurunan Arab kerana ia dianggap sebagai suatu kezaliman dan
penindasan

 Golongan bukan berketurunan Arab (Mawali) telah bersekongkol
dengan puak pemberontak bagi menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah
kerana cukai yang dikenakan membebankan mereka dan tidak puas hati
dengan pemerintah Umaiyah

 Ketika zaman kerajaan Bani Abbasiyah, sistem jizyah telah
kembali seperti zaman Khulafa al-Rasyidin

 Sikap diskriminasi tidak timbul kerana yang menguasai
pentadbiran negara islah khalifah terdiri daripada
golongan bukan Arab iaitu bangsa Paris & Turki

 Pelaksanaan jizyah menjadi stabil dan tidak mendapat
penentangan



 ‘Usyur ialah pungutan cukai terhadap perniagaan yang
dijalankan dalam negara Islam

 ‘Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada
semua peniaga sama ada Islam atau bukan Islam

 Cukai yang dikenakan berdasarkan nilai dagangan yang
ditetapkan, tetapi kadar cukainya berbeza-beza

 Kadar cukai ‘usyur yang dikenakan kepada para pedagang
ialah :-

a) Orang Islam – 2.5%
b) Kafir Zimmi (kafiryang bernaung di bawah pemerintahan Islam) – 5%
c) Kafir harbi (kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan negara

Islam) – 10%

 Jumlah ‘usyur yang dikenakan adalah sebanyak 200 dirham
iaitu apabila cukup kadar nisabnya (tempoh) atau memiliki
20 misqal emas (kadar tersebut Cuma mengambil kira
keadaan pada masa iaitu nisbah ditentukan oleh pemerintah
pada zaman tersebut

 Pemerintah Islam mengurangkan ‘usyur terhadap peniaga-
peniaga Islam sebagai galakan kepada mereka untuk
menjalankan perniagaan

 ‘Usyur diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab
 Khalifah Umar mewujudkan cukai ini bertujuan untuk menegakkan keadilan

terhadap situasi perdagangan yang berkembang pesat pada waktu itu
 Pada mulanya,‘usyur dikenakan ke atas pedagang Muslim yang pergi ke wilayah

lain untuk berdagang
 Khalifah Umar memutuskan untuk mengambil tindakan yang sama seperti yang

dilakukan oleh wilayah lain jika mereka datang berniaga di wilayah Islam
 ‘Usyur yang diwajibkan oleh Khalifah Umar bertujuan untuk mendorong kerjasama

perdagangan antara negara dan wilayah Islam dengan negara lain selain memberi
sumbangan kepada baitulmal
 ‘Usyur diperkenalkan ketika pemerintah Khalifah Umar diteruskan oleh khalifah
seterusnya hingga zaman Umaiyah dan Abbasiyah

 Perkembangan ekonominya bermula ketika pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-
Mansur

 Khalifah Abu Jaafar al-Mansur telah memindahkan pusat pemerintahan kerajaan
Damsyik ke Baghdad dan di situ bermulanya Baghdad sebagai pusat perdagangan
dan keilmuan

 Ekonomi Baghdad maju terutama dalam sector pertanian, perindustrian dan
perdagangan

 Ibu kota Baghdad menjadi pusat perdagangan terbesar dan paling sibuk di dunia
 Antara pelabuhan-pelabuhan terkenal selain Baghdad ialah Basrah, Kaherah, Siraf

dan Iskandariah telah menjadi pelabuhan antarabangsa
 Sejak pemerintahan Khalifah al-Mansur, pengusaha, pengusaha dari Basrah yang

membawa dagangannya dengan kapal laut ke pelbagai negeri yang jauh. Masing-
masing membawa muatan bernilai lebih daripada 1 juta dirham

Di kedai-kedai pula terdapat aktiviti perniagaan
seperti :-

a) Rempah ratus dan cat dari India
b) Batu permata dan hasil-hasil perusahaan dari Turki dan Asia

Tengah
c) Jualan sutera dan kasturi dari Tiongkok
d) Madu, lilin dan barangan kulit dari Skandinavia dan Rusia
e) Beras dan gandum dari Mesir
f) Barang-barang kaca dan buah-buahan dari Syam
g) Bahan-bahan sutera dan bau-bauan dari Parsi
h) Gading dan barang-barang galian seperti emas permata

dan lain-lain dari Afrika Timur

 Sejak pemerintahan Khalifah al-Mahdi,‘usyur menjadi cukai
penting yang dikenakan terhadap para pedagang yang
menjalankan perniagaan mereka di pasar-pasar dan di kedai-
kedai sekitar Kota Baghdad dan wilayah yang berada di bawah
kekuasaan pemerintah Bani Abbasiyah

 Pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid, beliau
mengemaskinikan dan menambahkan sistem Baitulmal dengan
menjadikan Baitulmal kaya dan berjaya memainkan
peranannya dalam pelbagai aspek

 Kutipan daripada ‘usyur merupakan sumber utama Baitulmal





 Zakat berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud penambahan dan
penyucian

 Dari segi bahasa, zakat bermaksud kesucian, kebersihan, keberkatan dan kepujian
daripada perasaan tamak, bakhil dan sifat-sifat keji

 Dari segi syarak bermaksud sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan
kepada mereka yang berhak menerimanya

 Zakat difardukan secara ijbari (kuat kuasa) atau ilzami (wajib) mulai bulan
Ramadhan hingga pagi 1 syawal (sebelum solat hari raya)

 Sesiapa yang enggan membayar zakat boleh dihukum bunuh atau dipaksa
membayarnya oleh pemerintah



1. Berfungsi sebagai ujian kepada keimanan dan ketakwaan seseorang kepada Allah SWT
2. Bertujuan untuk membentuk masyarakat yang adil dan penyayang, iaitu orang-orang kaya

membantu golongan yang kurang bernasib baik melalui pengeluaran zakat
3. Zakat merupakan satu cara terbaik untuk menjadikan negara dan umat islam muncul

sebagai golongan kaya dan makmur
4. Apabila mengeluarkan zakat, seseorang itu akan lebih dekat dengan Allah SWT serta

mengabdikan diri hanya kepada Allah swt
5. Dapat mengeratkan persaudaraan dan tali silaturahim antara golongan kaya dengan

miskin
6. Sebagai tanda kesyukuran bagi orang-orang yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan

nikmat di atas muka bumi ini
7. Dapat menghilangkan penyakit-penyakit hati yang terdapat pada manusia seperti hasad,

riak, bongkak dan sebagainya

1) Islam
2) Cukup nisab (kadar yang tertentu yang

diwajibkan zakat)
3) Genap haul, iaitu setahun mengikut bulan

Hijrah


Click to View FlipBook Version