The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 4 - MASYARAKAT INDUSTRI JERMAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04337667, 2021-08-26 21:42:34

MASY. INDUSTRI JERMAN

BAB 4 - MASYARAKAT INDUSTRI JERMAN

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN :

1. Menjelaskan konsep masyarakat industry
2. Menerangkan faktor-faktor perkembangan

masyarakat industry di Jerman

3. Menerangkan ciri-ciri masyarakat industry

Jerman pada abad ke-18 & 19 Masihi

4. Menerangkan kesan revolusi perindustrian ke

atas perkembangan perindustrian di Jerman

KRITERIA KEJAYAAN

1. Dapat menjelaskan 4 aspek penting konsep

masyarakat industry dengan betul

2. Dapat menerangkan 5/…. faktor perkembangan

masyarakat industry di Jerman dengan betul

3. Dapat menerangkan 5/… ciri masyarakat industry di

Jerman pada abad ke-18 & 19 Masihi dengan betul

4. Dapat menerangkan 5/… kesan revolusi perindustrian

ke atas perkembangan perindustrian di Jerman dengan
betul

MASYARAKAT
INDUSTRI

JERMAN









LATAR BELAKANG
PERINDUSTRIAN DI JERMAN

Sebelum tahun 1850, perkembangan ekonomi di
Jerman berkembang perlahan. Keadaan ini dipengaruhi
oleh faktor berikut;

i. Negara Jerman belum bersatu

ii.Kekurangan kepakaran & teknologi
• Oleh itu Jerman telah memperlajari kepakaran

teknologi dan kejuruteraan dari Britain. Ini
membolehkan perkembangan pesat jaringan
landasan dan pembinaan kereta api di Jerman.
Penyatuan Jerman pada tahun 1870 membawa
kepada kepesatan ekonomi Jerman





PENGENALAN

o Revolusi Perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman
o Ciri utama Revolusi Perindustrian tahap kedua ialah kapital

kewangan mengatasi kapital industri
o Teknologi yang digunakan dalam tahap kedua terdiri daripada

pelbagai bahan ,sumber dan bentuk
o Pada zaman ini , muncul industri baharu seperti elektrik , kimia ,

petroleum , dan logam ringan
o Menjelang abad ke 19 , ahli kimia dan metalurgi Jerman mencipta

teknologi baharu untuk menghasilkan barangan daripada arang
batu dan besi

PENYATUAN KEMAJUAN KEMAJUAN PENUBUHAN
JERMAN PERTANIAN DALAM KOPERASI

PENYELIDIKA
N

PENGHAPUSA FAKTOR PENGHIJRAH
N PERKEMBANGAN AN

SISTEM REVOLUSI PENDUDUK
GUILD PERINDUSTRIAN KE BANDAR

KEMAJUAN KEKAYAAN
INDUSTRI BAHAN
PERKAPALA MENTAH

N

KEMAJUAN GALAKAN PENUBUHAN KEMUNCULA
SISTEM KERAJAAN KARTEL N BANK

PENGAKUTA
N

1.PENYATUAN JERMAN

1. Penyatuan Jerman telah meletakkan asas yang kukuh bagi

pertumbuhan sector perindustrian di Jerman

2. Muncul sebagai negara perindustrian unggul di Eropah

3. Menyebabkan wujud kesegaraman : mata wang , sistem

percukaian , sistem timbangan dan perundangan

4. Perpaduan politik yg muncul selepas penyatuan

meransang perindustrian di Jerman

5. Dasar kebangsaan yg komprehensif dibuat untuk

membangun sektor perindustrian

Wang
dari
lembaran
kayu

2.KEMAJUAN PERTANIAN

• Asas bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman dan

berkembang pesat

• Kemajuan disebabkan penerbitan karya mengenai teknologi

pertanian

• ALBRECHT THAER telah menerbitkan karya berjudul

Introduction to the Knowledge of English Agriculture-
Principles of Rational Agriculture pada tahun 1789.

• JUSTUS VON LIEBIG jalan kajian tentang penggunaan

kimia bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian

• Kerajaan menubuhkan sekolah pertanian dan universiti

untuk mengkaji dlm bidang pertanian



3.KEMAJUAN DALAM PENYELIDIKAN

• Bidang penyelidikan meransang pertumbuhan sektor

perindustrian di Jerman

• Makmal penyelidikan ditubuhkan dan Ahli kimia dan fizik

terlatih menjalankan penyelidikan dan kajian di makmal

• Peralatan dan inovasi baru tercipta
• Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman muncul sebagai

PEMIMPIN DUNIA dalam industri kimia dan elektrik pada akhir
abad ke 19



4.PENUBUHAN KOPERASI

• Koperasi penting dalam memberi BANTUAN

KEWANGAN kepada penduduk untuk perindustrian

• KESATUAN KREDIT ditubuhkan di seluruh Jerman

untuk meransang pertumbuhan industri

• KESATUAN KREDIT SCHULZE DELITZSCH

memberi bantuan kepada penduduk bandar

• Terdapat 25 000 BUAH KESATUAN KREDIT di Jerman

pada 1911



5.PENGHAPUSAN

SISTEM GUILD

Dalam system yang diamalkan di Jerman ,seseorang perlu
mempunyai pengalaman dalam guild selama beberapa
tahun

Pengalaman dalam guild merupakan syarat wajib bagi
melibatkan diri dalam perindustrian.Sistem ini menjadi
batu penghalang kepada perkembangan sector
perindustrian di Jerman

Pada tahun 1811 , kerajaan bertindak menghapuskan
monopoli dan keistemewaan guild melalui PERATURAN
1811



6.PENGHIJRAHAN PENDUDUK
KE BANDAR

Sebelum penyatuan Jerman , ¾ penduduk Jerman
tinggal di luar bandar

Pada tahun 1871 , 8 buah bandar di Jerman dan
penduduk sebanyak 100 000 org

Selepas penyatuan Jerman , proses pembandaran
berkembang pesat di seluruh negara

Ini menyebabkan tertubuh 48 buah bandar di seluruh
Jerman pada tahun 1910

Bandar perusahaan muncul di kawasan Ruhr ,Saxony ,
Silesia dan Berlin

Silesia

Saxony Berlin

7.KEKAYAAN

BAHAN MENTAH

Antara sumber bahan mentah yang terdapat di Jerman ialah
arang batu, bijih besi dan biji timah

Kawasan perlomobongan arang batu dan bijih besi yang
terkenal ialah Lembah Ruhr , Lorainne dan Silesia

Pada tahun 1875 , Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang
batu dan pengeluaran bahan galian ini meningkat kepada 287
juta tan pada tahun 1913

Pada tahun 1872 , Jerman telah mengeksport bekalan bijih
besi bernilai 1.92 juta tan ke negara eropah

Menjelang tahun 1910 , brlaku peningkatan dalam
pengeluaran bijih besi sehingga mencecah 1.47 juta tan



8.KEMAJUAN INDUSTRI
PERKAPALAN

Industri perkapalan Jerman terletak di
Breman Hamburg Stettin Danzig dan Elby

Peningkatan pembinaan kapal wap
selepas tahun 1880 di Jerman amat
ketara

Ini menyebabkan jumlah muatan
barangan yang diangkut turut meningkat



9.KEMAJUAN
SISTEM PENGAKUTAN

1. Kerajaan membangunkan perkhidmatan kereta api
untuk menggalakkan pertumbuhan industri

2. Selain itu , kerajaan mengambil langkah untuk
mengurangkan kadar bayaran dan tariff perkhidmatan
kereta api

3. Landasan kereta api dibangunkan bagi memudahkan
pergerakan tentera dalam mengawal keamanan negara

4. Selepas tahun 1879 , kerajaan membeli landasan kereta
api yang dimiliki oleh swasta



10.GALAKAN KERAJAAN

1. Pertumbuhan pesat dalam sector perindustrian
disebabkan galakan yang diberikan oleh kerajaan

2. Kerajaan Jerman mengamalkan dasar memberi
perlindungan kepada sector perindustrian mulai tahun
1879

3. Dasar ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat
kilang perindustrian antara tahun 1872 hingga 1910

11.PENUBUHAN KARTEL

• KARTEL ditubuhkan untuk menyelaraskan

perindustrian di Jerman

• Antara matlamat utama kartel ialah mengawal

bekalan dan harga barangan bagi menjamin
keuntungan

• Anggota kartel akan mengadakan perjanjian bagi

menentukan harga barangan yamg dipasarkan



12.KEMUNCULAN BANK

• Untuk menyediakan pinjaman jangka panjang bagi sector

perindustrian

• JOINT STOCK BANK ditubuhkan di Jerman menjelang

pertengahan kedua abad ke 19

• Bank membantu dgn memberi modal
• Peranan bank : menggalakkan penggabungan pernigaan ,

memberi bantuan modal,menggalakkan pertumbuhan
industri perlombongan dan membangunkan system
pengakutan darat dan laut



FAKTOR-FAKTOR
PERKEMBANGAN
MASYARAKAT INDUSTRI

DI JERMAN

PENGENALAN

• Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan

revolusi industri selepas di England pada 1860-an hingga 1914.
Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah memberi tumpuan
untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem
pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan
lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.

• Pertambahan penduduk juga telah mewujudkan masyarakat

yang berorientasikan industri seperti di kawasan Ruhr, Saxony,
Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin ramai telah
membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di kawasan
industri. Longgokan sumber bahan mentah yang banyak juga
menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jerman
seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah di Ruhr, Lorraine
dan Silesia pada abad ke19.Antara ialah faktor perkembangan
masyarakat industri di Jerman.

(1)
PENGGUNAAN TEKNOLOGI

MESIN

• Antara faktor perkembangan masyarakat industri di

Jerman ialah revolusi perindustrian ini menyaksikan
perubahan penggunaan sumber tenaga manusia
kepada penggunaan mesin. Revolusi perindustrian di
Jerman berlaku pada tahap kedua di Eropah,iaitu
selepas revolusi perindustrian di England.Revolusi di
Jerman bermula pada tahun 1860-an hingga tahun
1914.Revolusi tersebut meninggal kesan mendalam di
Jerman yang merangkumi aspek politik,ekonomi,dan
sosial

(2)
BANTUAN MODAL

• Seterusnya, revolusi perindustrian di Jerman

berkembang apabila kerajaan Jerman memberi
banyak bantuan modal dalam pembinaan
kemudahan infrustruktur. Antaranya ialah
pembinaan jalan raya, terusan, dan jalan kereta api.
Selain itu,kerajaan Jerman juga memberi
perkhidmatan komunikasi seperti pejabat pos dan
telegraf. Kerajaan Jerman juga memperkenalkan
beberapa undang-undang yang memesatkan
perkembangan ekonomi di Jerman pada abad ke-18.
Misalnya, pengenalan kadar tarif pada tahun 1879.

(3)
PERTAMBAHAN PENDUDUK

• Selain itu, pertambahan penduduk

membolehkan penawaran buruh yang murah
dalam sektor perkilangan. Pada abad ke-
19,jumlah penduduk Jerman meningkat daripada
23 juta orang kepada 56 juta orang.Pertambahan
penduduk Jerman ini memperlihatkan bahawa
satu pertiga daripada penduduknya merupakan
kanak-kanak di bawah umur 15 tahun.Kesannya
membawa kepada penawaran buruh kanak-
kanak tinggi dalam pasaran perindustrian.


Click to View FlipBook Version