The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by achaaysr24, 2022-03-21 02:12:36

Kerja Kursus BMMB1104 Tugasan 1

Kerja Kursus BMMB1104 Tugasan 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU [SK]

KERJA KURSUS
BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK

NAMA PELAJAR : SHAFIQAH BINTI YUSRI
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN : 2021022310102
KUMPULAN/ UNIT
KOD DAN NAMA KURSUS : 030624-13-0098

NAMA PENSYARAH : PPRBMM2-4
TARIKH HANTAR : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN

MELAYU
: PUAN SELINA HJ AHMAD

: 21 MAC 2022

PENGAKUAN PELAJAR :
MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH

Pengenalan Diri

NAMA PELAJAR : SHAFIQAH BINTI YUSRI
UMUR
ASAL : 19 TAHUN
PROGRAM
: MIRI, SARAWAK.
OPSYEN
: PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA
MUDA PERGURUAN (PPISMP)

: BAHASA MELAYU

ISI KANDUNGAN 1

Perkara Muka surat
2
1.0 Pengenalan 2
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 3
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu 3
4
3.1 Aspek Hiburan 4
3.2 Aspek Pendidikan 5
3.3 Aspek Dakwah 6
3.4 Aspek Kritikan Sosial 8
4.0 Akal budi dan pemikiran masyarakat dalam pantun 8
5.0 Kesimpulan
6.0 Rujukan

2

1.0 Pengenalan

Sastera merupakan seni bahasa turun temurun yang memperlihatkan kita
mengenai cara masyarakat tradisional menterjemahkan pemikiran mereka dalam
bentuk bingkisan kata untuk menyampaikan maklumat. Meskipun kita kini semakin
rancak dalam meniti arus kemodenan dunia, namun bidang-bidang tradisional
seperti kesusasteraan masih lagi mekar dan berkembang mengikut peredaran
semasa. Kebiasaannya, karya sastera yang dicipta adalah sebuah luahan isi hati
dan akal fikiran pengarang namun tetap mempunyai fungsi dan maksud yang
tersirat. Menurut Norazimah et al. (2017), “Keindahan pantun bukan sahaja
terletak pada pilihan kata serta kalimatnya yang berima, tetapi terkandung di
dalamnya makna dan falsafah yang sangat baik mewakili pancaran pemikiran
masyarakat tradisi dahulu” (ms.90). Sehubungan dengan itu, tugasan ini akan
membincangkan serta menjelaskan konsep kesusasteraan Melayu, fungsinya
serta akal budi masyarakat Melayu.

2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu didefinisikan sebagai satu seni dalam kalangan
masyarakat Melayu yang diterjemahkan dalam bahasa sebagai medium
pengantarnya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2021), kesusasteraan
merujuk kepada seni yang menggambarkan keindahan dengan bahasa. Kedua-
dua definisi kesusasteraan ini menjadi bukti bahawa betapa pentingnya sastera
pada ketika itu sehingga diangkat menjadi satu karya seni yang indah. Sebagai
contoh, anak gadis Melayu tradisional dahulu menjadikan gurindam sebagai satu
saluran untuk berhibur. Melalui kajian etimologi, “perkataan sastera berasal dari
perkataan Sanskrit, castra yang bermaksud kitab suci, karya atau karangan, huruf
dan buku. Kata ‘su’ pula bermakna indah,lebih berfaedah dan baik manakala
susastera ditakrifkan sebagai seni sastera atau seni bahasa, secara umumnya
persuratan. Ini dilengkapkan dengan apitan ‘ke-…-an’ menyimpulkan maksud
kesenian bersifat halus, indah dan kata-kata suci”. (Md Hasri Rajali, 2012).
Pendapat lain mengenai sastera ialah merupakan lontaran perasaan pengarang
yang spontan dan selalunya berupa pengalaman pengarang itu sendiri.

3

3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
Karya sastera yang dicipta oleh pengarang adalah merupakan paparan idea

dan fikiran pengarang yang seterusnya akan dinikmati dan dihayati oleh khalayak
ramai. Seseorang pengarang yang bijak hendaklah mengetahui titik fokus serta
tujuan karyanya supaya pembaca dapat memahami lontaran idea karya tersebut.
Di sini kita dapat lihat, dalam penghasilan karya yang bermutu, perkaitan antara
karya dan pembaca adalah sangat penting dan saling melengkapi. Oleh kerana
itu, perbincangan kita yang seterusnya akan berfokuskan kepada fungsi sastera
itu tersendiri. Fungsi sastera dapat dibahagi kepada empat aspek utama iaitu
aspek hiburan, aspek pendidikan, aspek dakwah dan aspek kritikan sosial.

3.1 Aspek Hiburan
Seperti yang kita tahu, karya sastera yang dicipta adalah untuk dinikimati dan

dihayati oleh pembaca, oleh itu, seorang pengarang yang bijak akan menyelitkan
unsur jenaka sebagai aspek hiburan terpenting dalam penghasilan karyanya.
Karya sastera kursusnya pantun jenaka memberi kesan yang menggembirakan
hati pembaca akan terus menjadi pilihan mereka. Meneliti ciri lain karya sastera
yang berunsurkan hiburan, tema dan isu yang diceritakan dalam karya adalah
ringan. Hal ini adalah kerana dalam aspek ini, karya yang dihasilkan adalah
bertujuan supaya pembaca dapat memahami secara terus maksud karya tersebut
tanpa perlu berfikir secara lebih mendalam. Isu yang ringan ini akan menjadi
wadah hiburan masyarakat untuk menghilangkan rasa penat setelah bekerja
seharian. Berikut merupakan contoh pantun jenaka msyarakat dahulu yang masih
lagi relevan sehingga kini:

4

Rajah 1
Contoh pantun jenaka

3.2 Aspek Pendidikan

Karya-karya sastera sememangnya sarat dengan unsur-unsur pendidikan di
dalamnya. Hal ini kerana masyarakat zaman dahulu menjadikan karya sastera
sebagai medium penyampaian ilmu pengetahuan serta nilai-nilai moral sekaligus
dapat membentuk keperibadian masyarakat ke arah yang lebih baik. Jika diteliti
dengan baik, kita dapat lihat bahawa sememangnya banyak penerapan nilai-nilai
moral di dalam karya sastera. Penerapan bidang ilmu seperti ekonomi, psikologi,
kesihatan, agama atau apa-apa ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya acap kali
ditemui dalam sastera dewasa yang nilai estetika lebih tinggi. Satu aspek penting
lain yang perlu diambil berat oleh pengarang ialah pengisian nilai murni serta
pengajaran dalam karya. Menurut Mohd Rodzi (n.d.) “apabila khalayak menikmati
karya-karya mereka secara tidak langsung unsur pengajaran atau ilmu
pengetahuan itu diserap oleh pembaca dan boleh membentuk personaliti
pembaca ke arah kebaikan.

3.3 Aspek Dakwah

Sastera amat signifikan dalam seni penyampaian dakwah sejak zaman
pemerintahan Rasulullah lagi. Buktinya menurut Ahmad Zahiruddin Zabidi (2020),
“Nabi Muhmmad mengutuskan surat kepada para pembesar kerajaan di sekitar
Madinah untuk menyeru mereka agar memeluk Islam” (ms.149). Menurut bukti
yang saya temui, jelaslah bahawa sejak dahulu lagi kita menggunakan sastera

5
sebagai wadah penyampaian dakwah. Dari sudut pandang yang lain, karya
sastera seperti ini akan memaparkan mengenai kemuliaan dan ketinggian
kekuasaan Allah SWT serta mengenali diri dan sifat-Nya. Menyedari hakikat ini,
pengarang yang beragama Islam akan mengambil peluang dalam penghasilan
karyanya untuk menyedarkan umat Islam lalu memberi kesan kepada pembaca
agar menginsafikan diri dan lebih mengabdikan diri kepada Allah. Misalnya, dalam
puisi ‘Doaku’ dibawah menerangkan kita bahawa sesungguhnya masyarakat
Islam wajib menyembah-Mu iaitu merujuk kepada Allah SWT dan teruskan
bertakwa kepada-Nya dalam apa jua perkara.

Rajah 2
Contoh puisi berunsurkan dakwah

3.4 Aspek Kritikan Sosial
Berdasarkan perspektif saya, sastera dari segi aspek kritikan sosial

merupakan satu mesej yang memaparkan kepada kita mengenai rakaman
kehidupan sebenar masyarakat. Kebanyakkan cerita kanak-kanak terdahulu
berperanan dalam mengkritik sikap negatif masyarakat pada ketika itu. Kritikan
atau sindiran yang dihasilkan oleh pengarang akan lebih bertumpu ke arah kanak-
kanak agar tidak bersikap sebegitu rupa. Jika kita ambil contoh, cerita Pak Kaduk
jelas sekali mencerminkan sikap negatif masyarakat dahulu yang penuh dengan

6
maksiat seperti judi, mengambil kesempatan atas diri seseorang, tamak dan
sebagainya. Fungsi sastera seperti ini sebenarnya memberi kesedaran pada
golongan muda bahawa perkara tersebut tidak memberikan untung malah lagi
merugikan. Terdapat banyak lagi cerita yang menunjukkan perspektif buruk
masyarakat dahulu contohnya Si Tanggang, Lebai Malang, Pak Pandir dan
sebagainya.

Rajah 3
Gambar contoh cerita kanak-kanak

4.0 Akal budi dan pemikiran masyarakat dalam pantun
Sastera acap kali dikaitkan dengan persoalan kehidupan setiap lapisan

masyarakat. Hal ini adalah kerana setiap yang dipaparkan dalam hasil karya akan
memberi gambaran kepada kita mengenai akal budi serta cara pemikiran
masyarakat. Secara umumnya, deskripsi akal budi dalam penghasilan sastera
ialah “akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang
manusia yang mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan.”
(Norazimah Zakaria et.al, 2017). Pantun pula diinterpretasikan sebagai satu “alat
untuk mengekspresikan kehidupan yang dilengkapi dengan nilai moral dan
agama” (Siti Hajar Che Harun, 2013, m.s75). Jadi melalui konteks ini pantun dapat
merakam cara hidup serta aktiviti kehidupan manusia sejagat baik sisi positif
mahupun sesi negatif. Seterusnya perbincangan akan dilanjutkan dengan

7

perbincangan mengenai manifestasi akal budi masyarakat mengenai pantun
berdasarkan pantun yang disertakan di dalam soalan.

Serangkap pantun yang pertama dapat mencerminkan bahawa wacana yang
cuba diketengahkan oleh pengarang ialah kepentingan mengamalkan sikap
rendah diri walaupun setelah berupaya mencapai sesuatu yang diinginkan.
Bahasa kiasan yang digunakan dalam pantun ini sebenarnya merupakan sindiran
kepada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa pangkat, darjat, harta
mahupun ilmu yang diperoleh merupakan kunci untuk mereka bersikap bongkak
dan takbur. Pengarang juga menggunakan padi sebagai gambaran contoh kerana
seperti yang kita tahu, padi yang tumbuh walaupun sudah masak akan tetap
tumbuh tunduk ke bawah.

Meneroka akal budi pantun kedua, pengarang mengupas satu isu yang kian
luntur dalam peribadi setiap masyarakat kini. Masyarakat kini sanggup
meninggalakan rukun negara yang kelima serta amalan berbudi bahasa juga
semakin kurang diterapkan dalam diri khususnya golongan muda. Golongan ini
semakin kurang sopan dan ada yang langsung tidak menapis setaip bibit ayat
yang keluar dari mulutnya. Wujud juga deskriminasi apabila dunia kini
mendahulukan orang yang elok paras rupanya berbanding orang yang elok budi
bahasanya. Perkara seperti ini menjadikan masyarakat kini lebih mengejar
ketampanan dan kejelitaan rupa berbanding ketinggian budi bahasanya.

Menerusi pantun ketiga, pengarang mengajar kita mengenai kepentingan
menuntut ilmu. Sebagai tambahan, pengarang juga memberi pesan kepada
pembaca supaya tidak menuntut ilmu setengah jalan. Hal ini akan menyebabkan
ilmu yang diperolehi adalah tidak sempurna sepenuhnya. Ilmu adalah pekara yang
amat berguna kepada setiap manusia tidak kira semasa menuntut ilmu di sekolah
ataupun setelah menempuh alam pekerjaan. Konsep yang diterangkan oleh
pengarang mengenai ‘bagai bunga kembang tak jadi’ member gambaran bahawa
perkara yang sepatutnya indah berlaku namun terputus di pertengahan jalan.
Begitu juga dengan ilmu. Sekiranya dituntut seumur pastinya akan membuahkan

8

hasil yang lebih indah daripada sekuntum bunga kembang mekar.

5.0 Kesimpulan

Konklusinya, sastera merupakan satu seni yang indah dan turut menjadi suatu
wadah sumber hiburan dan pemikiran masyarakat Melayu tradisional. Baik
pantun, syair, cerpen ataupun cerita rakyat, semuanya memberi impak yang
tersendiri terhadap pembaca. Kebanyakkan pembaca akan mudah terpengaruh
denga apa yang dibaca oleh mereka jadi karya yang dicipta tidak seharusnya
menjadi bahan hiburan semata-mata namun juga diterapkan unsur-unsur didaktik.

(1264 patah perkataan)

6.0 Rujukan
Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi. (2020). Pemikiran satira dalam sastera dakwah di

Malaysia. Satu Perbahasan Konsep. 3(1), 148-184.
Akmal Bahtiar. (n.d.). Puisi Islami pendek menyentuh hati. https://bit.ly/3wcrkSh
Azwani Abdul Ghani. (2005). Si Tanggang anak derhaka. Kohwai & Young

Publications Sdn. Bhd.
Floral Designer. (2010). Pantun Dua Kerat. https://bit.ly/3CIMg4R
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2021). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lee, H. S. (n.d.). Seloka Pak Kaduk. https://bit.ly/3tizEOs.

Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Mimi Hanida

9

Abdul Mutalib, Alizah Lambri, Siti Salwa Jamaldin, Mashitah Sulaiman &
Rosmah Derak. (2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam
pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 4(2), 89-97.

Md Hasri Rajali. (2012). Keunikan dan keistimewaan kesusasteraan. Academia.
https://bit.ly/3w9CKGs

Mohd Rodzi. (n.d.). Fungsi sastera dalam masyarakat. Academia.
https://bit.ly/3JfyN72

Siti Hajar Che Man. (2013). Kelestarian pantun: Rencah dan leluhur bangsa dulu,
kini dan selamanya. International Journal of the Malay World and
Civilisation. 1(1), 75 - 81


Click to View FlipBook Version