Seuntai Kata untuk Dirasa 1
Bulan Bahasa & Sastera
8 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Salah Betul
1. ko-kurikulum 1. kokurikulum
2. praperkhidmatan
2. pra-perkhidmatan /
pra perkhidmatan
Sebab Kesalahan :
Imbuhan pinjaman ( contohnya : ko-, pra- ) haruslah dieja bercantum dengan kata nama am.
Seuntai Kata untuk Dirasa 2
Bulan Bahasa & Sastera
8 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Salah Betul
1. perlantikan 1. pelantikan
2. pelaksanaan
2. perlaksanaan
Sebab Kesalahan :
Penggunaan imbuhan peR-…- an dan peN-…an ditentukan oleh jenis imbuhan awalan yang
digunakan untuk membentuk kata kerja.
Seuntai Kata untuk Dirasa 3
Bulan Bahasa & Sastera
8 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Salah Betul
1. urusetia 1. urus setia
2. aturcara 2. atur cara
3. tengahari 3. tengah hari
Sebab Kesalahan :
Kedua-dua kata majmuk di atas perlu dieja terpisah kerana belum dimantapkan
Seuntai Kata untuk Dirasa 4
Bulan Bahasa & Sastera
8 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Salah Betul
1. memperolehi 1. memperoleh
2. mempersetujui 2. menyetujui
3. memperhalusi 3.menghalusi
Sebab Kesalahan :
Imbuhan memper-…-i amat terhad penggunaannya dan hanya sesuai untuk beberapa
perkataan seperti mempersuami, memperisteri, memperingati, dan memperkawani.
Seuntai Kata untuk Dirasa 5
Bulan Bahasa & Sastera
8 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Salah Betul
1. Sukan SEA ke-V 1. Sukan SEA V
2. Sukan Tahunan ke-II 2. Sukan Tahunan II
3. Konvokesyen ke V 3. Konvokesyen V
Sebab Kesalahan :
Tidak perlu ada tanda sempang sebelum huruf roman
Seuntai Kata untuk Dirasa 6
Bulan Bahasa & Sastera
7 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Yang manakah betul ?
1. Mereka sedang membincangkan tentang cadangan itu .
2. Mereka sedang membincangkan cadangan itu .
3. Mereka sedang berbincang tentang cadangan itu.
Jawapan :
Ayat ( 2) dan (3) betul. Ayat (1) salah kerana selepas Kata Kerja Transitif
`membincangkan’, haruslah diikuti oleh objek/penyambut iaitu ‘cadangan
itu` dan bukannya sendi nama ` tentang `
Seuntai Kata untuk Dirasa 7
Bulan Bahasa & Sastera
7 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Yang manakah betul ?
1. Tugasan itu telah disiapkan oleh kami.
2. Tugasan itu telah kami siapkan.
3. Tugasan itu kami telah siapkan.
Jawapan :
Ayat ( 2) betul. Yang lain salah. Ayat (1) salah kerana kata kerja dalam ayat
pasif tidak boleh menerima imbuhan `di` jika pembuatnya ialah kata ganti
nama diri I atau II. Ayat(3) salah kerana struktur ayat yang tidak betul.
Seuntai Kata untuk Dirasa 8
Bulan Bahasa & Sastera
8 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Salah Betul
1. Mini Stadium 1. Stadium Mini
2. Mini Skirt 2. Skirt Mini
3. cili sos 3. sos cili
Sebab Kesalahan :
Salah kerana melanggar hukum D-M. Mengikut hukum D-M, perkara
yang diterangkan haruslah mendahului penerang.
Seuntai Kata untuk Dirasa 9
Bulan Bahasa & Sastera
8 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Salah Betul
1. di musim perayaan 1. Pada musim perayaan
2. di hujung minggu 2. pada hujung minggu
3. di waktu itu 3. pada waktu itu
Sebab Kesalahan :
Kata sendi nama `di ` tidak boleh digunakan untuk merujuk masa.
Seuntai Kata untuk Dirasa 10
Bulan Bahasa & Sastera
8 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Salah Betul
1. Dia mendapat borang 1. Dia mendapat borong
permohonan dari pegawai permohonan daripada
itu. pegawai itu.
2. Dia mendapat ilham dari 2. Dia mendapat ilham
pemandangan itu. daripada pemandangan
itu
Sebab Kesalahan :
Kata sendi nama `dari ` hanya untuk merujuk masa dan tempat.
Seuntai Kata untuk Dirasa 11
Bulan Bahasa & Sastera
8 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Salah Betul
1. Tukang kebun sedang 1. Tukang kebun sedang
mempercantikkan taman mempercantik taman
bunga. bunga
2. Kita patut memperkuatkan 2. Kita patut memperkuat
barisan pertahanan . barisan pertahanan.
Sebab Kesalahan :
Kata adjektif `cantik` dan `kuat` tidak akan menerima imbuhan apitan mempeR-…-kan.
Seuntai Kata untuk Dirasa 12
Bulan Bahasa & Sastera
7 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Yang manakah betul ?
1. ucapan alu-aluan
2. kata alu-aluan
Jawapan :
Kedua-duanya betul. Maknanya berbeza.
Kata-alu-aluan ialah teks ucapan yang tidak dibaca tetapi ditulis.
Ucapan alu-aluan ialah ucapan pertama sekali dalam majlis tertentu.
Seuntai Kata untuk Dirasa 13
Bulan Bahasa & Sastera
7 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Yang manakah betul ?
1. Selain daripada itu
2. Selain itu
Jawapan :
Penanda wacana yang betul ialah ‘selain itu’.
Penggunaan ‘selain daripada itu’ merupakan bentuk lewah kerana ‘selain
itu’ sudah bermaksud `lain daripada`
Ucapan alu-aluan ialah ucapan pertama sekali dalam majlis tertentu.
Seuntai Kata untuk Dirasa 14
Bulan Bahasa & Sastera
7 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Yang manakah betul ?
1. pembelajaran
2. pemelajaran
Jawapan :
Kedua-duanya betul tetapi maknanya berbeza.
Pembelajaran – proses belajar
Pemelajaran – proses mempelajari
Seuntai Kata untuk Dirasa 15
Bulan Bahasa & Sastera
7 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Yang manakah betul ?
1. Oleh kerana masalah itu sangat rumit....
2. Oleh sebab masalah itu sangat rumit….
Jawapan :
Penggunaan `oleh kerana` adalah salah.
Yang betul ialah `oleh sebab`atau `oleh` sahaja secara pilihan.
Seuntai Kata untuk Dirasa 16
Bulan Bahasa & Sastera
8 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Salah Betul
1. di antara kaum 1. antara kaum
2. di dalam mesyuarat 2. dalam mesyuarat
Sebab Kesalahan :
`di antara` dan `di dalam ` digunakan untuk sesuatu yang ada jarak atau ruang.
Seuntai Kata untuk Dirasa 17
Bulan Bahasa & Sastera
7 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Yang manakah betul ?
1. Saya suka akan basikal itu. Ia berwarna merah.
2. Saya suka basikal itu. Basikal itu berwarna merah.
Jawapan :
`Ia` merupakan kata ganti nama orang ketiga seperti`dia`, `mereka` dan `-
nya`. Tiada kata ganti nama bagi barang. Jadi, ulang perkataan `basikal`.
Seuntai Kata untuk Dirasa 18
Bulan Bahasa & Sastera
7 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Yang manakah betul jika hendak menulis RM5,066.00 dalam
perkataan ?
1. RM Lima Ribu Enam Puluh Enam sahaja
2. RM Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja
Jawapan :
Ringgit Malaysia : Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja
Seuntai Kata untuk Dirasa 19
Bulan Bahasa & Sastera
8 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Salah Betul
1. faksimili 1. faksimile
2. fax
3. insuran 2. faks
3. insurans
Sebab Kesalahan :
Kesalahan ejaan
Seuntai Kata untuk Dirasa 20
Bulan Bahasa & Sastera
8 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Salah Betul
1. warga kota-warga kota 1. warga-warga kota
2. gambar-gambar rajah
2. gambar rajah-gambar
rajah
Sebab Kesalahan :
Kata majmuk yang dieja terpisah hanya akan menggandakan unsur pertama
sahaja.
Seuntai Kata untuk Dirasa 21
Bulan Bahasa & Sastera
7 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Yang manakah betul ?
1. Adalah dimaklumkan bahawa esok cuti umum.
2. Penyakit itu merebak adalah disebabkan oleh virus.
Jawapan :
Kedua-duanya salah kerana `adalah` tidak boleh di hadapan kata kerja.
- ayat (1) sepatutnya : Dengan ini dimaklumkan bahawa esok cuti
umum
- ayat (2)sepatutnya : Abaikan `adalah `
Seuntai Kata untuk Dirasa 22
Bulan Bahasa & Sastera
7 Julai-8 Ogos 2008
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Yang manakah betul ?
1. Siapa nama awak ?
2. Nama awak siapa ?
3. Nama awak siapakah ?
4. Siapakah nama awak ?
Jawapan :
Ayat 2 dan 4 adalah betul. Ayat (2) ialah ayat biasa. Ayat (4) ialah ayat songsang.
Seuntai Kata untuk Dirasa 23
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Yang manakah betul ?
1. Sila jangan merokok.
2. Minta jangan merokok.
3. Harap jangan merokok
4. Jangan merokok.
Jawapan :
Ayat larangan (1) dan (2) salah kerana `sila` ( kata silaan) dan `minta` ( kata
p1e.rSmiinlatajaann) bgiaasnanmyaetriodakkomke.mbawa pengertian negatif.
2A.yaMt lainratnagajann(4g)abnetuml dearnokboolekh. dilembutkan dengan menggunakan kata` harap`
3(a.yaHt a3)rap jangan merokok
4. Jangan merokok.
Seuntai Kata untuk Dirasa 24
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Apakah bezanya …?
Misi dengan Visi
Jawapan :
Menurut Kamu Dewan Edisi Keempat ( m/s 1037 & 1790 )
Misi –tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan oleh
seseorang atau sesuatu kumpulan.
1. Sila jangan merokok.
2V.isMi i–nttaangjgaanpganandamn pearnodkanogka.n jauh dan mendalam,terutamanya berkaitan dengan
3. Harampasajadnepgaan.n merokok
4. Jangan merokok.
Seuntai Kata untuk Dirasa 25
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Apakah bezanya …?
galakkan dengan galakan
Jawapan :
Galakkan ( Kata kerja /perbuatan )
Contoh : Galakkan anak-anak anda supaya rajin membaca buku.
Galakan ( Kata Nama )
BC1e.ornSmtiaolkahsuj:da-Inbdugoraobnnagpaman he, adroeruskaskoamkne. mberikan galakan kepada anak-anak mereka
2. Mintasjuapnagyaanramjinermoekmobka.ca buku.
3. Harap jangan merokokBUBUKAn
Seuntai Kata untuk Dirasa 26
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Apakah bezanya …?
mencantikkan dengan mempercantik;
Mencantikkan – menjadikan cantik.
Contohnya : Tukang kebun mencantikkan taman bunga.
Mempercantik –menjadikan sesuatu lebih cantik
Contohnya : Tukang kebun mempercantik taman bunga.
1. Sila jangan merokok.
*2.seMsuianitaunjtaunkgkaantamdaesraorkdoakr.ipada kata adjektif /sifat sahaja.
*3.mHemarbaapwajapnegrabnezmaaenrdoakroi kseBgUi mBaUknKaAaynat tersebut.
Seuntai Kata untuk Dirasa 27
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Perkasa Bahasa Martabat Bangsa
Adakah semua boleh menerima imbuhan apitan
`mempeR-…-kan ?
(a) Mempersedapkan (b) Mempertontonkan
(c) Memperisterikan (d) Memperhambakan
(e) Memperhebatkan
Jawapan :
Perkataan (a) dan (e) tidak boleh menerima imbuhan tersebut kerana kata dasarnya ialah
kata adjektif. Yang lain betul.
28
Yang manakah betul ?
1. Bapa menghadiahi saya sebatang pen.
2. Bapa menghadiahkan saya sebatang pen.
3. Bapa menghadiahkan sebatang pen kepada saya.
4. Bapa menghadiahi sebatang pen kepada saya
Ayat (1) dan ayat (3) adalah betul kerana kata kerja berimbuhan meN-i
s1b2mee..ehrSMniamariulnibansduntajhayakaaanjnnadgmniakigkneauaNumtns-iakoetmaibrfno.ejeskrkeoohkbkaeor.rukns.ynaywaad/imikeuntiaonbdjaekkanyalnogkattiidfamk abnearnkyalaawyaa/ng
3. Harap jangan merokok
4. Jangan merokok.
Seuntai Kata untuk Dirasa 29
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera akal budi bangsa
Yang manakah betul ?
1. Ali sedang membaiki kereta yang rosak itu.
2. Ali sedang membaikkan kereta yang rosak itu.
3. Mereka telah melupakan peristiwa itu.
4. Mereka telah melupai peristiwa itu.
Semua ayat di atas adalah betul. Penggunaan meN-...-kan dan meN-...i untuk
p1e.rSkailtaaajnan` gbaaink`mdaenro`kluopka`. boleh dilakukan dengan saling berganti tanpa
2m.eMmbienztaakjaannmgaaknnma.e(raodkaoukn.sur kekecualian berlaku ) .
3Ta.tabHahaasraaDpewjaan nEdgisai knetimga me/rso20k7ok
4. Jangan merokok.
Seuntai Kata untuk Dirasa 30
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera akal budi bangsa
betul atau salah ?
1. Tulis nama di kertas ini.
2. Pemberitahuan itu ditampal di papan kenyataan.
Penggunaan ` di` untuk kedua-dua ayat di atas adalah salah kerana `kertas `
dan `papan kenyataan `ialah kata nama yang menunjukkan tempat bagi
perbuatan. Jadi `di` haruslah digantikan dengan `pada`
Seuntai Kata untuk Dirasa 31
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa dan Sastera Akal Budi Bangsa
Salah Betul
1. temubual 1. temu bual
2. temuduga 2. temu duga
3. temuramah 3. temu ramah
4. temujanji 4. janji temu
Sebab Kesalahan :
Keempat-empat perkataan di atas seharusnya dieja terpisah .
Seuntai Kata untuk Dirasa 32
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Yang manakah betul ?
1. memberikan ucapan
2. menyampaikan ucapan
-kedua-duanya boleh digunakan.
Seuntai Kata untuk Dirasa 33
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Yang manakah betul ?
1. dari segi
2. daripada segi
-yang betul ialah `dari segi `. rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. m/s
268, atau Laman Sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka. www. dbp.gov.my.
Seuntai Kata untuk Dirasa 34
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa dan Sastera Akal Budi Bangsa
Salah Betul
1. bandaraya 1. bandar raya
2. jalanraya 2. jalan raya
3. Balairaya 3. balai raya
Sebab Kesalahan :
Kata majmuk yang bukan dalam bentuk mantap haruslah dieja terpisah
Seuntai Kata untuk Dirasa 35
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Bagaimanakah perkataan di bawah digunakan ?
1. Baharu 2. Baru 3. Bharu 4. Bahru
1. Baharu- terjemahan dalam bahasa Inggerisnya, new
2. Baru – terjemahan dalam bahasa Inggerisnya, just
3. Bharu – merujuk Kota Bharu
4. Bahru – merujuk Johor Bahru
Seuntai Kata untuk Dirasa 36
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Yang manakah betul tentang cara penggunaan partikel
`pun` ?
1. belum pun 3. biarpun 5. andaipun
2. adapun 4. walaupun 6. telahpun
Yang ke-6 adalah salah, Yang lain adalah betul.
Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai
dengan partikel `pun` iaitu adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun,
sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun,
dan sungguhpun.
Seuntai Kata untuk Dirasa 37
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Yang manakah betul ?
1. Pra-OUM
2. PraOUM
3. Prasekolah
4. Pra-sekolah
Jawapan (1) dan (3) adalah betul.
Ejaan kata (1) perlu (-) sempang kerana OUM bukan akronim dan kata
tunggal. Sempang perlu diberikan di antara huruf kecil dengan huruf besar.
`prasekolah` ditulis tanpa sempang kerana adanyakaitan imbuhan pinjaman
dengan kata nama am
Seuntai Kata untuk Dirasa 38
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Yang manakah betul ?
1. Pertandingan Akhir Bahas Piala Ketua Menteri.
2. Pertandingan Bahas Akhir Piala Ketua Menteri
3. Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Akhir.
(1) betul kerana menepati hukum D-M iaitu perkara yang diterangkan
haruslah mendahului bahagian yang menerangkan.
Seuntai Kata untuk Dirasa 39
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Soalan :
Jika peserta pantun dipanggil`pemantun`,
peserta pertandingan pidato dipanggil `pemidato.
BOLEHKAH peserta pertandingan syarahan dipanggil
`PENSYARAH`?
Tidak boleh kerana `pensyarah` ialah orang yang memberikan syarahan
(ceramah), penceramah;atau guru di universiti, orang yang memberikan
kuliah.
Seuntai Kata untuk Dirasa 40
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Yang manakah betul ?
1. Dia memakai pakaian yang menjolok mata.
2. Dia memakai pakaian yang mencolok mata.
Kedua-duanya boleh diterima.
Seuntai Kata untuk Dirasa 41
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Yang manakah betul ?
1. ucaptama
2. ucap utama
3. ucaputama
Ejaan (1) dan (2) adalah betul. Ejaan (3 ) adalah salah dan haruslah dieja
terpisah seperti ejaan (2).
Seuntai Kata untuk Dirasa 42
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Soalan saya kepada DBP ?
Nama institut kami baru ditukar kepada nama baharu iaitu` Institut
Pendidikan Guru Malaysia kampus Batu Lintang` Perlukah tanda
koma dibubuh di antara perkataan `Malaysia`dengan perkataan
`kampus` ?
Jawapan :
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang- untuk frasa nama
ini tidak perlu diletakkan tanda koma selepas kata`Malaysia`.
Seuntai Kata untuk Dirasa 43
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Soalan saya kepada DBP ?
Minta tuan berikan maksud perkataan berikut dalam bahasa Melayu:
(a) twining partner
(b) key-in
(c) soft copy
(d) hard Copy
Jawapan :
(a) rakan kongsi kembar
(b) memasukkan
(c) salinan lembut
(d) salinan cetak
Seuntai Kata untuk Dirasa 44
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Yang manakah betul ?
1. Selenggara
2. Senggara
Tiada perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut dan boleh digunakan
antara satu dengan yang lain.Cuma perkataan tersebut dibezakan dengan
penggunaan sisipan –el- . Kedua-duanya memberikan konotasi yang sama.
Seuntai Kata untuk Dirasa 45
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Yang manakah betul ?
1. Apakah tindakan ini menyalahi undang-undang ?
2. Adakah tindakan ini menyalahi undang-undang ?
Ayat (2) tepat kerana soalan ini memerlukan jawapan ` ya` atau `
tidak`sebelum apa-apa penjelasan.
Seuntai Kata untuk Dirasa 46
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Yang manakah betul ?
1. Burung-burung berterbangan di angkasa.
2. Burung berterbangan di angkasa.
3. Daun-daun kering berguguran di halaman rumah.
4. Daun kering berguguran di halaman rumah.
Ayat (2)dan (4) adalah betul kerana `berterbangan` dan `berguguran`telah
membawa maksud `perbuatan yang menunjukkan yang banyak` maka
`burung` dan `daun` tidak perlu digandakan. Perkara ini telah dibetulkan
dalam "Tatabahasa Dewan Edisi ketiga”.
Seuntai Kata untuk Dirasa 47
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Yang manakah betul ?
1. Emak menyediakan makanan kepada kami.
2. Emak menyediakan makanan untuk kami.
3. Saya membeli nasi untuk Ali.
4. Saya membeli nasi kepada Ali.
Ayat yang betul ialah ayat (2) dan (3) . Kata sendi nama `untuk` digunakan
untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.
Seuntai Kata untuk Dirasa 48
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Yang manakah betul ?
1. dari masa ke semasa 4. dari hari ke sehari
2. dari semasa ke semasa 5. dari hari ke hari
3. dari masa ke masa 6. dari sehari ke sehari
Yang betul ialah frasa (2), (3), (5) dan ( 6). Perlu ada keseimbangan antara
frasa nama . Frasa (2) dan (3) adalah sama maksud. Begitu juga frasa (5)
dan (6)
Seuntai Kata untuk Dirasa 49
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Bahasa & Sastera Akal Budi Bangsa
Yang manakah betul ?
1. Serangan itu datang dari dalam dan luar kota.
2. Ahmad bukan ke Perlis tetapi Kedah.
3. Dia pergi dengan Ali atau Ahmad ?
Ayat (1) dan (3) adalah betul walaupun sendi nama `dari` dan `dengan`
tidak diulang selepas `dan` dan `atau`.
Ayat (2) SALAH kerana sendi nama `ke` tidak diletakkan selepas `tetapi`.
Penekanan penggunaan `ke` pada tempat tersebut amat penting.
Seuntai Kata untuk Dirasa 50
Bulan Bahasa & Sastera
Tema : Martabatkan Bahasa Lestarikan Budaya
Yang manakah betul ?
1. Yang Dipertua
2. Yang di-Pertua
3 Yang Dipertuan dan Yang di-Pertuan
Yang Dipertua digunakan khusus untuk ketua bagi sesuatu organisasi. Contoh:
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu
Yang di-Pertua -ketua dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Negeri,
contohnya: Yang di-Pertua Dewan Negara , _ Negeri,_ Dewan Rakyat
Yang di-Pertuan- ketua negara dan ketua negeri. Contoh:
Yang di-Pertuan Agong ,Yang di-Pertuan Negeri,Yang di-Pertuan Besar
* Yang Dipertuan dianggap salah.