25 OGOS 2021 – 28 SEPTEMBER 2021
ANJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
DENGAN KERJASAMA
PANITIA SEJARAH/PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL/PANITIA
BAHASA MELAYU DAN BAHASA/ PENDIDIKAN MUZIK DAN
KELAB KEBUDAYAAN/KELAS PEMULIHAN/PRASEKOLAH
PENDAHULUAN
Bulan kemerdekaan yang disambut pada setiap tahun
mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina
sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi
muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan
menghayati sejarah perjuangan bagi mencapai kemerdekaan
dalam erti kata sebenar. Sekolah menjadi antara agensi utama
kerajaan mendidik dan membina pelajar mempunyai semangat
patriotisme yang tinggi.
Bulan kemerdekaan juga merupakan satu program
yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah dan beberapa
panitia sekolah dengan kerjasama semua guru dan kakitangan
sekolah. Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan Hari
Kemerdekaan Negara yang disambut setiap tahun pada 31 Ogos.
Oleh yang demikian, program ini dilaksanakan dengan matlamat
bagi membangkitkan semangat patriotik di kalangan murid-
murid sekolah dan seluruh warga SK Selupoh Tuaran.
RASIONAL
Sambutan Hari Kemerdekaan merupakan aktiviti yang wajib
diraikan oleh semua rakyat Malaysia sama ada di peringkat
kebangsaan mahupun di peringkat sekolah. Ia bertujuan
mengukuhkan pengetahuan sedia ada serta pengetahuan yang
diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Selain itu,
ia dapat mengeratkan perpaduan di kalangan murid serta
menyuntik semangat cintakan tanah air. Program ini juga
bertujuan mengasah dan menonjolkan bakat serta diharap dapat
mengeratkan silaturahim di kalangan murid-murid dan guru-
guru.
TEMA
“ MALAYSIA PRIHATIN ”
OBJEKTIF
Pada akhir program ini diharap agar murid-murid dapat:
1. Menyemai semangat cintakan Negara dan patriotisme.
2. Mencungkil bakat murid.
3. Menguji pengetahuan am para murid.
4. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara murid.
5. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan
dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini.
6. Mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan
bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka
kecapi selama ini.
JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT
PN. MASMUN HJ BASRI
Guru Besar SK Selupoh
PENGERUSI
PN. SARIA BANDAN
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Selupoh
NAIB PENGERUSI 1
PN. MAY O MAIL
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Selupoh
NAIB PENGERUSI 2
PN. NORHAYATI AHMAD.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Selupoh
PENYELARAS
PN. ALINAH BINTI AG ALI
Guru Pusat Sumber & Media SK Selupoh
SETIAUSAHA
PN. HARLYANIE BINTI SALLEH
BENDAHARI
PN. SALMIAH BINTI RAJIKAN
JAWATANKUASA KERJA
PENGACARA MAJLIS
PN JURAINI BINTI JAAFAR
AJK BUKU PROGRAM/SIJIL/BACKDROP/POSTER/GIMIK
VIDEO/LAGU KEBANGSAAN
PN ALINAH AG ALI
EN MUHAMMAD YUSRI MOHD YUSOF
EN AG MOHD NAIM AG HUSSIN
AJK PERSIAPAN TEMPAT/SIARAYA/GOOGLE MEET
PN MAY O MAIL
EN AGU JILAN
PN ROSNI NAWI
PN MARITA
AJK BUNTING/BANNER
PN HARLYANIE BT SALLEH
AJK PERSEMBAHAN MURID
USTZ. NORHAYATI BT. AHMAD
USTZ. ASPALAILA REMLI
JAWATANKUASA KERJA
AJK HADIAH
PN SALMIAH BT. RAJIKAN
PN ALINAH AG ALI
PN MACLYN DIKSON GABU
KETUA PANITIA
JURU FOTO
USTZ. SITI MARIAM BT. ZULKIFLI WONG.
AJK DOKUMENTASI (YOUTUBE)
EN MOHD ZAIN BIN MAHDAL
PN MARTINA BT. MIASIN
AJK BACAAN DOA
EN SHAMSUDDIN GONTOL
JAWATANKUASA KERJA
AJK PENYELARAS AKTIVITI DAN HAKIM
PEMBACA NILAM TERBANYAK MELAGUKAN SYAIR TAHAP 2
• PN ALINAH AG ALI
• PN RINAU BT. LINTANG
AJK PAKAIAN TRADISIONAL DAN LAFAZ • EN SHAFEIH B. JALIE
IKRAR RUKUN NEGARA (TAHAP 1 DAN 2) • PN DK SITI AZRIN BT. AK TUAH
• PN ALINAH AG ALI • EN MUHAMMAD YUSRI BIN MOHD YUSOF
PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1 KELAS PEMULIHAN (BACAAN LANCAR,
• PN SARIA BT BANDAN TULISAN CANTIK)
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER • PN JURAINI BT JAAFAR
TAHAP 2
• PN ALINAH AG ALI PRASEKOLAH (MEWARNA JALUR
GEMILANG)
DEKLAMASI SAJAK TAHAP 2
• PN NORHAYATI BT. AHMAD • PN KAMISAH RAKIMIN
• PN JALIFAH BT JAMREE
PRASEKOLAH (IKRAR RUKUN NEGARA)
NYANYIAN LAGU PATRIOTIK (TAHAP 1
DAN 2) • SHALFARINA ERNEY BINTI DAIT@DAIS
• EN SHAFEIH B. JALIE
AKTIVITI-AKTIVITI BULAN KEBANGSAAN
Bil Tarikh Tahun Aktiviti Penyelaras
program/aktiviti
25 Ogos 2021 Semua warga SK Pelancaran Sambutan Semua warga sekolah
YDP PIBG
1. Rabu Selupoh dan Bulan Kebangsaan SK
(10:00 pagi) PIBG Sekolah Selupoh Tuaran secara
Google Meet
2. 25 Ogos - 22 Tahap 1 Mewarna dan melukis • Pn Saria Bt Bandan
Sept Tahap 2
poster • Pn Alinah Ag Ali
3. 25 Ogos -22 Tahun 4,5,6 Deklamasi sajak • Pn Norhayati Bt. Ahmad
Sept • Pn Jalifah Bt Jamree
25 Ogos -22 Tahap 1 Bacaan Nilam terbanyak Alinah Bt Ag Ali
4. Sept Tahap 2 Jan-Sept dan perekodan
secara online
25 Ogos -22 Tahap 1 Pakaian tradisional dan Alinah Bt Ag Ali
5. Sept Tahap 2 lafaz ikrar rukun negara
6. 25 Ogos -22 Tahun 4,5,6 Nyanyian lagu patriotik En Shafeih B. Jalie
Sept Lagu syair • Pn Rinau Bt. Lintang
7. 25 Ogos -22 Tahun 4,5,6 • En Shafeih B. Jalie
• Pn Dk Siti Azrin Bt. Ak Tuah
Sept • En Muhammad Yusri bin
Mohd Yusof
8. 25 Ogos -22 Kelas Pemulihan 1.Bacaan lancar Pn Juraini Bt Jaafar
Sept 2.Tulisan cantik
25 Ogos -22 Kelas Pra 1.Mewarna Jalur Gemilang • Pn Kamisah Bt Rakimin
9. Sept Sekolah 2.Lafaz Ikrar Rukun Negara • Salfarina
10. 28 September Semua warga SK Penutupan Sambutan
2021 Selupoh dan Bulan Kebangsaan SK Semua warga sekolah
Rabu PIBG Sekolah Selupoh Tuaran secara YDP PIBG
(10:00 pagi)
Google Meet
TENTATIF DAN ATURCARA PROGRAM
MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN DAN GIMIK
Tarikh : 25 Ogos 2021
Hari : Rabu
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Pelantar Google Meet SK Selupoh, Tuaran
Perasmi : Pn. Masmun Basri
Guru Besar SK Selupoh, Tuaran
Tetamu : En. Majir Bilang
Jemputan YDP PIBG SK Selupoh, Tuaran
TENTATIF DAN ATURCARA PROGRAM
ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN DAN GIMIK
MASA ACARA
9:45 pagi Tetamu jemputan, guru, murid dan warga sekolah
bersedia di lokasi masing-masing.
10:00 pagi • Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanahairku dan Lagu
10:30 pagi Sekolah
11:00 pagi
• Bacaan Doa oleh :
11:20 pagi En Shamsudin Bin Gontol
• Ucapan Perasmian Bulan Kebangsaan oleh:
Puan Masmun Binti Hj Basri
Guru Besar SK Selupoh, Tuaran.
• Gimik pelancaran
• Persembahan Deklamasi Sajak
• Nyanyian Lagu Tema: Malaysia Prihatin
(nyanyi beramai-ramai sambil mengibarkan Jalur
Gemilang)
Sesi bergambar
11:30 pagi Majlis bersurai
UCAPAN PERASMIAN GURU BESAR
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Apa khabar semua, saya doakan semua warga Sekolah
Kebangsaan Selupoh Tuaran berada dalam keadaan sihat waalafiat.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin
dan limpah kurnianya Sekolah Kebangsaan Selupoh Tuaran, dapat
melaksanakn Program Sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun 2021
dan membuat pelancarannya pada hari dalam suasan norma baharu.
Setiap tahun, pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan bagi
menyambut bulan kebangsaan samada di peringkat sekolah, daerah,
negeri dan kebangsaan.
Disebabkan musim pandemik covid-19 ini, sambutan bulan
kebangsaan di peringkat sekolah kali ini amat berbeza daripada
kebiasaannya. Meskipun penularan covid-19 masih aktif di seluruh
dunia termasuk negara kita dan kita tidak bebas bergerak
sepenuhnya. Namun, sambutan bulan kebangsaan ini masih boleh
dilaksanakan secara maya.
Sekolah Kebangsaan Selupoh Tuaran telah merancang
pelbagai aktiviti dan pertandingan sempena bulan kebangsaan ini
secara dalam talian bersesuaian dengan situasi pandemik masa kini.
UCAPAN PERASMIAN GURU BESAR
Sidang hadirin serta anak-anak yang dikasihi sekalian,
Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia tahun ini bertemakan
’MALAYSIA PRIHATIN'. Tema ini amat bertepatan dengan aspirasi
yang didukung kerajaan bahawa seluruh rakyat Malaysia turut
bersama-sama memerangi musuh di kala ini iaitu wabak covid-19.
Tahun ini merupakan tahun yang amat mencabar bagi seluruh
dunia termasuk negara kita yang egitu terkesan dengan pandemik
covid-19. Keadaan ketika ini merupakan situasi yang sukar kepada
semua dan perlu kita harungi bersama. Tambahan pula dengan
peningkatan kadar kes positif covid-19 yang tinggi. Guru-guru
Sekolah Kebangsaan Selupoh Tuaran memerlukan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dan ada kalanya
pendekatan tersebut memerlukan kerjasama daripada ibu bapa dan
penjaga. Dalam mendepani cabaran pada masa kini, saya memohon
jasa baik dan kerjasama semua pihak untuk sama-sama mendukung
usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Yakinlah bahawa setiap langkah yang diatur pihak sekolah
adalah bagi memastikan murid-murid Sekolah Kebangsaan Selupoh
Tuaran mendapat pendidikan yang terbaik walaupun dalam keadaan
yang sangat mencabar.
UCAPAN PERASMIAN GURU BESAR
Tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak sekalian,
Saya juga menyeru kepada semua warga Sekolah Kebangsaan
Selupoh Tuaran, ibu bapa dan penjaga agar terus mematuhi arahan
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) bagi membendung penularan wabak covid-19.
Marilah kita doakan agar keadaan kembali pulih dan pembelajaran
anak-anak kita untuk sesi akan datang dapat diteruskan secara
bersemuka dalam keadaan selamat. Semoga negara kita segera
bebas dari wabak covid-19 yang sedang melanda ketika ini.
Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Harapan saya semoga seluruh warga Sekolah Kebangsaan
Selupoh Tuaran mengorak langkah bersama-sama membangunkan
modal insan berlandaskan kejayaan generasi terdahulu dalam
memperjuangkan dan memperkukuhkan nilai kemerdekaan tanahair
tercinta kita ini.
Atas kepayahan dan pahit getir yang dilalui generasi
dahululah maka kemerdekaan dan pembangunan yang kita kecapi
hari ini mampu seiring dengan negara-negara lain dan semakin gah
dipersada dunia.
UCAPAN PERASMIAN GURU BESAR
Akhir kata, dengan lafaz bismillahirrahmannirahim, saya
dengan ini melancarkan Program Bulan Kebangsaan Sekolah
Kebangsaan Selupoh Tuaran Bagi Tahun 2021
Sekian, Wabillahitaufikwalhidayah, Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
TENTATIF DAN ATURCARA PROGRAM
MAJLIS PENANGGUHAN DAN PENYAMPAIAN
HADIAH SEMPENA BULAN KEBANGSAAN
Tarikh : 28 September 2021
Hari : Selasa
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Pelantar Google Meet SK Selupoh, Tuaran
Perasmi : Pn. Masmun Basri
Guru Besar SK Selupoh, Tuaran
Tetamu : En. Majir Bilang
Jemputan YDP PIBG SK Selupoh
TENTATIF DAN ATURCARA PROGRAM
ATURCARA MAJLIS PENANGGUHAN PROGRAM
MASA ACARA
9:45 pagi Tetamu jemputan, guru, murid dan warga sekolah bersedia di
lokasi masing-masing.
10:00 pagi • Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanahairku dan Lagu Sekolah
• Bacaan Doa oleh :
En Shamsudin Bin Gontol
10:30 pagi • Ucapan Penutupan Bulan Kebangsaan oleh:
Puan Masmun Binti Hj Basri
Guru Besar SK Selupoh, Tuaran
11:00 pagi • Pengumuman dan penyampaian hadiah kepada pemenang
sempenan Bulan Kebangsaan dan Maal Hijrah.
• Persembahan terbaik daripada peserta deklamasi sajak,
dendangan syair, lafaz ikrar dan nyanyian solo lagu patriotik.
• Nyanyian Lagu Tema: Malaysia Prihatin
(nyanyi beramai-ramai sambil mengibarkan Jalur Gemilang)
11:20 pagi Sesi bergambar
11:30 pagi Majlis bersurai
PENGHARGAAN
Segala program yang dirancang adalah untuk
mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga
semua perancangan yang diatur mendapat
pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.
Ini adalah kerana program sambutan kemerdekaan
bukan sahaja mampu mendidik masyarakat pelajar
mencintai negara, bahkan dapat meningkatkan jati
diri pelajar. Ucapan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam melaksanakan Program Bulan
Kebangsaan SK Selupoh 2021 ini sama ada secara
langsung ataupun tidak.
CATATAN