DIRASMIKAN OLEH: MAJLIS APRESIAS M I AJLIS APRESIAS PENYERAHAN SIJIL I TAMAT PERSEKOLAHAN TAHUN 6 PERDANA & ppki PENYERAHAN SIJIL TAMAT PERSEKOLAHAN TAHUN 6 PERDANA & ppki SEKOLAH KEBANGSAAN KIBABAIG 3 FEBRUARI 2024 | SABTU 7.30 - 11.30 PAGI PUT RA BAL L ROO M TAMAN TUN FUAD, BUKIT PADANG 2023/2024 PUAN LATIFFAH BINTI MICHAEL@HAMZAH GURU BESAR SK KIBABAIG
Terima kasih pengerusi majlis, selamat pagi dan salam sejahtera. Yang Dihormati Puan Latiffah binti Michael @ Hamzah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kibabaig, Penampang. Encik. Tony Voo Yoon Fah, Yang Dipertua PIBG SK Kibabaig. Barisan penolong kanan sekolah, Sekolah Kebangsaan Kibabaig Puan Leong Qiu Yan, Penolong Kanan Pentadbiran Puan Barbara MIcheal, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Salmiah binti Ishak, Penolong Kanan Ko-kurikulum Puan Marie binti Mohd Saad, Penolong Kanan PPKI serta Puan Kartika @ Tika binti Lukiman, Penolong Kanan Petang. Seterusnya barisan guru-guru, ibu bapa dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Syukur kepada Tuhan kerana kita dapat bersama- sama berkumpul dalam Majlis Apresiasi dan Penyerahan Sijil Tamat Persekolahan Tahun 6 Perdana dan PPKI bagi sesi 2023/2024. Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada warga pendidik SK Kibabaig kerana berjaya menganjurkan majlis ini. Saya, Havanoun Asi Hitla selaku wakil murid Tahun 6, 2023/2024. ingin mengambil kesempatan pada hari yang terindah ini untuk mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang telah berusaha keras mendidik dan membimbing kami agar menjadi insan yang berguna kelak. Harapan saya kepada rakan- rakan sekalian, hormatilah dan dengarlah nasihat daripada ibu bapa dan guru- guru agar kita dapat mencapai kejayaan di dunia dan akhirat kelak. Hadirin sekalian, Selama 6 tahun kami menuntut ilmu di SK Kibabaig yang tercinta ini, terlalu banyak kenangan yang kami perolehi dan pastinya akan menjadi ingatan sepanjang hayat kami. Saya merayu kepada rakan- rakan agar sentiasa menjaga nama baik SK Kibabaig walau dimana jua kita berada. Kami juga ingin memohon maaf andainya ada salah dan silap kami, sepanjang guru- guru mendidik dan mengajar kami. Gurulah yang telah banyak berkorban masa, tenaga bahkan wang ringgit demi melihat kejayaan kami. Budi dan jasamu Cikgu akan kami kenang dan sematkan dalam hati hingga akhir hayat kerana guru- guru seperti ibu bapa kedua bagi kami. Hadirin dan rakan-rakan sekalian, Majlis gilang- gemilang ini diadakan khas untuk kami murid- murid tahun 6 yang akan menamatkan pengajian di peringkat sekolah rendah. Kami semua amat berbangga kerana sebelum kami melangkah keluar meninggalkan sekolah kami telah diraikan dalam majlis yang belum kami rasai sebelum ini. Oleh itu, saya mewakili semua murid tahun 6 ingin mengucapakan setinggi -tinggi terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar kami sejak tahun 1 hingga tahun 6. Majlis apresiasi ini akan menjadi pembakar semangat kami agar tidak jemu berusaha untuk mencapai kejayaan demi kejayaan sehingga kami benar- benar dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Kami sedar dan yakin bahawa untuk mencapai kejayaan yang sebenar bukanlah satu perkara mudah. Namun, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Oleh hal yang demikian, biarlah majlis ini menjadi titik permulaan kepada kami untuk menyeluk pekasam hingga ke pangkal lengan, bara yang digenggam biar sampai jadi arang, agar suatu hati nanti kami akan menjadi benih yang dicampakkan ke laut menjadi sebuah pulau. Akhir kata, selaku wakil murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kibabaig sesi 2023/2024, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua guru sekiranya sepanjang kami berada di sekolah ini terdapat kesilapan tutur kata dan tingkah laku yang tidak disenangi sepanjang bergelar murid. Harapan kami agar guru- guru sekalian sentiasa berada dalam lindungan Tuhan. Ucapan ini saya akhiri dengan serangkap pantun: Gempak gempita sorak gembira, Sorak gembira melihat pesta; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Sekian, terima kasih. Ucapan KetuaMurid
Ucapan Naib Yg. DiPertua Salam Penampang Huguan, Pemacu Kecemerlangan, Salam Anak Baik Lagi Cerdik, Selamat pagi dan selamat sejahtera semua. Terima kasih kepada pengacara majlis. Yang Berusaha Puan Latiffah Binti Michael @ Hamzah, Guru Besar SK Kibabaig Penampang, Puan Leong Qiu Yan Penolong Kanan Pentadbiran SK.Kibabaig, Pn. Barbara Micheal, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK.Kibabaig, Puan Salmiah Ishak, Penolong Kanan Kokurikulum SK.Kibabaig, Puan Marie binti Mohd Saat Penolong Kanan PPKI SK.Kibabaig. Ibu bapa murid-murid Tahun 6 (Perdana &PPKI) yang diraikan dan guru-guru serta staf SK Kibabaig. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpahan kasih sayang-Nya, kita dapat bersama-sama berada di dalam majlis ini untuk meraikan semua murid Tahun 6 SK Kibabaig (Perdana & PPKI) dalam Majlis Apresiasi dan Penyerahan Sijil Tamat Persekolahan ini. Hadirin sekalian, Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga murid-murid Tahun 6 (Perdana dan PPKI) kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program ini. Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah SK Kibabaig kerana berjaya mengadakan sebuah majlis yang bermakna untuk murid-murid Tahun 6 sebelummelangkah ke alam sekolah menengah. Syabas dan tahniah saya ucapkan. Pada kesempatan ini, pihak PIBG ingin merakamkan jutaan tahniah kepada seluruh warga SK Kibabaig atas kecemerlangan akademik dan juga kokurikulum kerana ramai di antara murid-murid Tahun 6 ini telah mencipta nama di peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. Kecemerlangan anak-anak Tahun 6 ini bertepatan dengan aspek karamah insaniah yang dihasratkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan pembangunan diri dan kemahiran interpersonal murid-murid. Semoga SK Kibabaig ini akan terus cemerlang dan gemilang selaras dengan moto sekolah, SK Kibabaig Unggul: Bersama Kita Cipta Kecemerlangan. Tuan-tuan dan puan-puan, Diharapkan dengan kerjasama antara pihak sekolah dan PIBG ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. PIBG merupakan antara badan penting dalam membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkualiti di sekolah. Oleh itu, ibu bapa perlu memberi komitmen sepenuhnya dalam menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Ibu bapa juga perlu sama-sama menyedari fungsi dan tugas PIBG adalah untuk membantu sekolah dalam setiap skop dan peranan yang dikehendaki oleh pihak sekolah, justeru, peranan PIBG semakin mencabar terutama dalam membantu sekolah meningkatkan kecemerlangan sekolah sama ada daripada segi prestasi akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga prasarana sekolah. Ribuan tahniah dan terima kasih kepada semua guru SK Kibabaig yang berjaya memartabatkan profesion keguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti, baik dari segi akademik, sahsiah dan juga kokurikulum. Setiap kejayaan anak-anak Tahun 6 ini tidak akan terlakar tanpa komitmen, kesungguhan dan dedikasi dalam menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Tahniah juga diucapkan kepada para ibu bapa atas galakan, dorongan dan motivasi terhadap anak-anak sehingga mereka mampu mencapai kecemerlangan dan berdaya saing dengan murid-murid lain. Semoga usaha ini dapat diteruskan bagi memastikan anak-anak terus mencapai kejayaan dan kecemerlangan di masa akan datang. Anak-anak tahun 6 yang diraikan sekalian, Berbaki seminggu sahaja lagi untuk anak-anak menggunakan peluang yang ada di sekolah untuk memperkasakan diri dalam kemahiran sosial, kemahiran komunikasi, kemahiran teknologi maklumat, persediaan ke sekolah menengah dan sebagainya. Percayalah bahawa tiada jalan pintas untuk memperoleh kejayaan, maka anak-anak mesti bersungguh-sungguh mencintai ilmu pengetahuan kerana ilmu sahaja yang mampu membawa kita ke arah kebenaran. Semangat perjuangan yang jitu perlu dipupuk dalam diri agar membolehkan para pelajar untuk meneruskan perjalanan menghadapi alam remaja dengan penuh yakin dan tabah. Tahniah saya ucapkan kepada semua murid Tahun 6 yang sudah berjaya menempuh 6 tahun di alam sekolah rendah. Saya mendoakan agar kejayaan dan sahsiah yang cemerlang sentiasa mengiringi pelajar semua apabila menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah kelak. Semoga kejayaan demi kejayaan yang dicapai pada masa sekarang dan masa akan datang akan menjadi pendorong kepada budayacemerlang pada masa hadapan. Hadirin sekalian, Akhir sekali, bagi pihak PIBG SK Kibabaig, saya ingin mengambil peluang dan kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha menjayakan majlis kita pada hari ini. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang saya berucap. Akhir kata, selaku Naib Yang Dipertua PIBG SK Kibabaig, saya percaya di bawah kepimpinan puan guru besar dan para pentadbir, serta keprihatinan semua warga sekolah, SK Kibabaig akan terus menggilap prestasi yang lebih cemerlang dan gemilang pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. PIBG
Ucapan Perasmian Oleh Guru Besar Ucapan Perasmian Oleh Guru Besar zinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya maka kita dapat melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh pihak pengurusan akademik sekolah. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan dengan lancar dan teratur. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan negara. Sebenarnya, kejayaan seorang murid tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah rendah perlu harus ‘memberi’, agar para pelajar bersedia untuk ‘menerima’. Selain insan yang ibarat lilin yang membakar diri ini, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puanpuan, pada saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para murid itu sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Majlis Apresiasi dan Penyerahan Sijil Tamat Persekolahan Tahun 6 PPKI & Perdana SK Kibabaig pada tahun ini. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih. بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم على سيد األولين، سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم، وعلى إخوانه النبيين والمرسلين، وعلى آله وصحبه ومن تبعهم إلى يوم الدين بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم على سيد األولين، سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم، وعلى إخوانه النبيين والمرسلين، وعلى آله وصحبه ومن تبعهم إلى يوم الدين Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera, Saudara dan saudariyangsaya hormati sekalian, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera, Saudara dan saudariyangsaya hormati sekalian, I
AturCara KETIBAAN & PENDAFTARAN GURU STAF SEKOLAH IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 6 PERDANA & PPKI 07:30 PAGI KETIBAAN PARA JEMPUTAN 08:45 PAGI 08:30 PAGI 09:00 PAGI PERSEMBAHAN KOIR TAHUN 6 JAMUAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA PPKI PERSEMBAHAN NYANYIAN SOLO MURID & GURU PERARAKAN MASUK PENERIMA SIJIL TAMAT PERSEKOLAHAN TAHUN 6 PERDANA & PPKI PERARAKAN MASUK TETAMU JEMPUTAN, PENTADBIR SEKOLAH & GURU-GURU SK KIBABAIG TARIAN SAMBUT TAMU LAGU NEGARAKU, SABAH TANAH AIRKU & LAGU SEKOLAH BACAAN DOA OLEH USTAZ TUAN MOHD REDZUAN BIN TUAN SOH UCAPAN KETUA MURID OLEH HAVANOUN ASI HITLA UCAPAN NYDP PIBG OLEH EN. FREDOLINE MAKING UCAPAN PERASMIAN OLEH GURU BESAR PUAN LATIFFAH BINTI MICHAEL@HAMZAH PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT PERSEKOLAHAN PPKI NILAM PPKI ZAMRUD 6 BESTARI 6 CEMERLANG 6 DEDIKASI 6 GEMILANG SESI BERGAMBAR 10:00 PAGI 11.30 PAGI MAJLIS BERSURAI
INDUK Penasihat Pn. Latiffah binti Michael@Hamzah Guru Besar SK Kibabaig Pengerusi Pn. Leong Qui Yan Penolong Kanan Pentadbiran SK Kibabaig Timbalan Pengerusi Pn. Barbara Michael Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Salmiah binti Ishak Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Marie binti Mohd Saat Penolong Kanan Pendidikan Khas Pn. Sylvia Augustine Penyelaras Prasekolah Setiausaha Pn. Wong Shuk Shyan Timbalan Setiausaha (Perdana) Pn. Melinda Ailie Richard Timbalan Setiausaha (PPKI) Pn. Nur Aqilah binti Ibrajah Bendahari Pn. Jane Johnny Buyai Timbalan Bendahari Pn. Wong Shuk Shyan Ahli Jawatankuasa
Penyambut Tetamu Barisan Pentadbir SK Kibabaig Tetamu Jemputan PPD Naib YDP PIBG Pendaftaran Tahun 6 PPKI & Perdana Pn. Agnes Rayner (Ketua) Pn. Nor Fazilah bt Abd Aziz Pn. Dg Rosiah binti Ag Simpol Pn. Sheila Jinois Susun Atur VIP, Ibu Bapa, Murid, Guru & Staf Pn. Elorine Kait (Ketua) Cik Nilee Eliya Ezwanni binti Roslee Cik Michelle Frecy Dalimin Pn. Meilthrista Michael Poudi En. Jackson Jadi En. Christopher Josilip En. Jeremy Egbertus Pn. Fadzidah binti Ramlee (PPKI) Pn. Laura Michael Jominin (PPKI) Protokol Pn. Junaidah Mohd Basri (Ketua) Pn. Hilda Zeno En. Tuan Mohd Redzuan bin Tuan Soh En. Gilbert Tiwol En. Rusdiansyah bin Arsak Pn. Regina Sigismond En. Hanafi bin Mohammad En. Mohd Saleh bin Bitilis En. Mohd Hafiz bin Suhaili Juru Acara En. Daryl Davidson Pn. Rafidah@Ayong Simon Persembahan Multimedia & Slide Gambar Penerima Sijil Cik Judith Edwin (Ketua) Cik Felicity F. Malanggin Pn. Elizabeth Balanti (PPKI) Pereka Grafik Cik Nur Syahirah binti Abd Razak (Ketua) En. Muhammad Haziq Hazwan Pn. Debbie Olivia (PPKI) Buku Program Pn. Nur Qhairunnisa Jeperih (Ketua) Pn. Rafidah binti Marsad Bacaan Doa Ustaz Tuan Mohd Redzuan bin Tuan Soh Penyediaan Sijil & Cenderamata Cik Nur Syahirah binti Abd Razak Cik Rachel Vee binti Gustin (IPG) Penyampaian Sijil (semasa majlis) Pn. Siti Hawa binti Abd Mutholib (Ketua) Pn. Nurhanisyah binti Safri Pn. Eliana Pak Ying Thien Pn. Nooraziah binti Awang (PPKI) Pn. Noraniza binti Mohd Taha (PPKI) Pengurus Jubah VIP & Holding Room Cik Dg. Zubaidah bte Ali Amat Pn. Masra binti Abdul Salam Pengurus Jubah: 6 Gemilang Pn. Aileen Yugus (Ketua) Pn. Norazah binti Mastor Pn. Jane Johnny Buyai En. Nur Izam bin Lasun (IPG) 6 Bestari Pn. Devie Simon J Tillon (Ketua) Pn. Rosnah binti Jamawi Pn. Ainni Ulin Cik Nurul Ain Najihah (IPG) 6 Dedikasi Pn. Ivy J James (Ketua) Pn. Sharadatul Azila binti Awang Pn. Rebecca Philip En. Fendy Yip Jun Yang (IPG) 6 Cemerlang Cik Rachel Eleanor (Ketua) Pn. Noura Linis Vitalis Pn. Susanie Dolores Bingkasan En. Muhammad Faris Akmal (IPG) 6 Zamrud & 6 Nilam (PPKI) Pn. Winny John Bosco Ed Pn. Joanna Alista J Roman En. Revannell Chin Quan Jen PELAKSANA Ahli Jawatankuasa
PELAKSANA Ahli Jawatankuasa Pengurus Skaf & Tudung Guru Pn. Nor Fazilah binti Abd Aziz (Ketua) Pn. Agnes Rayner Pn. Sheila Jinois Pengurus Penerima Sijil: 6 Bestari Pn. Nurusyahirah binti Ismail En. Ahmad Fauzan bin Ahmad Lasa (IPG) 6 Cemerlang En. Raymond Chin En. Khairul Daniel bịn Mohd Zainie (IPG) 6 Dedikasi Pn. Wong Shuk Shyan En. Fendy Yip Jun Yan (IPG) 6 Gemilang Pn. Melinda Ailie Richard En. Ahmad Azamuddin bin Amir Bakar (IPG) 6 Zamrud & 6 Nilam (PPKI) Pn. Maklin Gakim Pn. Jacquan Tanius Pn. Jinet Tan Yee Cheng Pn. Mary Magdalena Tibin Keselamatan, Disiplin, Pengangkutan En. Danny Nelson Laurance (Ketua) En. Kajilin bin Hatimin En. Mohd Saleh bin Bitilis En. Mohd Hafiz bin Suhaili PA Sistem & Muzik Latar En. Christopher Sarapin En. Jason Jonitoh Jouil En. Herman bin Emran Dokumentasi En. Mohd Hisham bin Mohd Salim (Jurugambar) En. Aaron Miguel Sunam (Siaraya) Pn. Eliana Pak Ying Thien (Dokumentasi) Tarian Sambut Tamu Pn. Kartika @ Tika binti Lukiman Pn. Nur Aqilah binti Ibrajah Penyedia Teks Ucapan: Teks Ucapan Guru Besar En. Hanafi bin Mohammad Teks Ucapan NYDP PIBG Cik Nur Syahirah binti Abd Razak Teks Ucapan Ketua Murid Cik Dg Zubaidah binti Ali Amat
Senarai Nama Penerima Sijil Tahun 6 Senarai Nama Penerima Sijil Tahun 6 6 ZAMRUD JUNIOR VICKRY LUNTIN JYASMIN DANIELLA FAISAL AHMAD ACRYL SUFRIE BIN FARID ALEXA LULU EMON DANIELL JOULING GEORGEOUS TONDUZA GEORGE JUNIOR JUANNES JUDE JANUARIUS PPKI 6 NILAM EMILIA GINANSI HENRY DICK ISEINA CAILIM JOEYL GIOVANNIE JUSTIN MIRA AQEELA BINTI RONNIE RANIELL AUBREY FADRICK RAYNIE DYI ZHENG YEE SHERALYN GUDIBO
Senarai Nama Penerima Sijil Tahun 6 Senarai Nama Penerima Sijil Tahun 6 6 BESTARI ADRIAN LOH YUNG KIONG ALYA QAISARA BINTI ABDULLAH AMELYN TERENCE SIKAYU ANNELYN TERENCE SIKAYU BELBRYAN RODDI CALISTA CATHRICE VITIN CESZLER SHANEDYLAN MALISI CHRIS TIMOTHY CHARLIS CHRISLIONEL JUNIOR RICKTALIKA CLYVINCENT SONNY DALVIN OWEN TIMIS DAZZLE ZANDRA DARIUS DENIEL DESMOND ELFIELDEN FLEZO INTAS ELVIANEKA EDWARD ELVIN EVANCE WESLLY EMMANUEL HAROLD LO WENG CHAI ERIELL NASIR ERYCA MIKCHELLE JACK ERYSHA BINTI ABDULLAH PERDANA ESTHER LILY LIONEL PETER ILLYIA SURFINA BINTI RIZEL ISABELLE HARIETTE FRET JAYDEN ERICK JACKSON LORAINNE LOVELYN LIANUS LUCINA FELEESA LEON PETER MOHAMAD DANIEL DANISH BIN DAHALI MOHAMAD NAJIB BIN ABDUL MAHADIR MOHAMMAD NASRUL BIN JAHIDIN MUHAMMAD FAHIM BIN FAHRUDDIN MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABDULLAH MITCHELL FRANK NUR FATHIA BINTI MIKE REMIGIUS RAYNER PUDIN RIA QISTINA BINTI ABDULLAH SANDRA WIEWIE LILY SHAHID KHAN BIN BAKHTI ROSH KHAN YULYANA ARINA BINTI YURI ADANA
6 CEMERLANG AIN HUMAIRAH BINTI AZLAN ANDREW PASKA BIN HABOND CATHRINA CHELSEA RYANNEZA STEVE JOINGIN CINTA KHALIFATUL QURAIN BINTI JUPRI DANISH RYAN SHAH BIN MASLAN DARREN JUSMAN DAYANGKU SHARIFAH AMELIA AMANDA BINTI ABDULLAH ETHAN RICO RONNIE ETHER PETER EZRA JUNI ELVEN FORLAN XAVIER JOE M MOJUGA JAVIER CALVIN JOINOD JAYDEN ADRIAN KOJUNA JAYDEN TYLER STANLEY LIVINU JENEFFERLYN LINGKONG @ JERRY JOSWEN JOLEY LAKIM KENNETH KEANE KEVIN BIN ABDULLAH MANDY MILVO LUDDY LOUMIN MARCELLIAN MARCHEN SUNGANG MARCWIN SONNY GUNANG MAYRISSA YVELL WILLYTAN MCQUEIL DENZEL TERENCE MIKE ARTHUR JERRY MOHAMAD HAFIZZAN BIN ABDULLAH MOHAMAD SYAHRIZAL BIN ABDULLAH MOHAMMAD FARIZH DANISH BIN ABDULLAH MUHAMMAD AFIQ SYAKIR BIN SUKRI MUHAMMAD SAZWAN ARIF IMAN BIN ABDULLAH NOAH BAPTIST GIDEON NOGIO BANG HAYON BIN YELBI HAYON NOR SAIDATUL SYAFIRA BINTI SENDERI NUR AZRIANA SONITA BINTI SOENIZAL NUR HIDAYAHTUL NAJWA HUSSIN BINTI ABDULLAH NUR INDAH ARRYANA SHAH BINTI SHAHRIHAL RYAN WINCHESTER ROY MARTIN RYLETTE WINSTON BEWSHER SHARYAN BIN SHABLEE UMAEL BIN HELMAN VELENTINIC VENIX Senarai Nama Penerima Sijil Tahun 6 Senarai Nama Penerima Sijil Tahun 6 PERDANA
6 DEDIKASI ANA JUNAIMAH BINTI ABDULLAH AQUEENCES ALFAREHMA POIDIN ARRELL LEONEL PETER AVNER ZIV SHALON BATRISYA HAFIY BALANG DEANVERD AENDRI DOMINIC DESYREE GLENDA DIESABEL SONY ALEXSIUS DINA OLIVIA BINTI LISLI FERRON JORDAN FREDDY PETER FREOLAYLO TIETIO HERU FREXLY DEVIO FREDOLIN HAFIZ AYRON BIN ABDULLAH HAQEEM OMAR BAJERAI BIN DANNY ISAAC NOAH JESSANDRA ESTHERLYNE JOYCE THOMAS JOAN MERILYNN JOANNES JOEL LUKE BENEDICT ANGGOL JOEY SYAFEEQA AMANDA BINTI JOE JOEY SYAFERRA ALEEYA BINTI JOE JOVYNER JEREVENTURE JUANI AQLAN BIN JOHAN LEA NAVINA LESLEY MARY BRITTANY RONEY PIDUR MARY JANE JIVILIE SIKAYUN MIKELL ASSIEN LIVINUS MOHAMAD CALIF BIN MOHD SAIDI MOHAMAD SAZWAN BIN OSMAN NASHRAFSIMHAN BIN ABDULLAH NICKH RHEONEILL RAYNER NUR HALIMAH BINTI MOHD NOOR NIZAM PUTRY QALEESYA AFEAINEE BINTI MOHD AFFANDI RADZJOAN BIN ABDULLAH REXCYE OSWALD CHARLES ROXXANE EVE SAINT ROSSABELLE ROMANOV AWOT SAZFARAH IZZATI BINTI STEPHEN SCOTT LEE TSUN AN SHAZLAN BIN SENTRI SHER KHAN BIN ANWAR FAROSH KHAN Senarai Nama Penerima Sijil Tahun 6 Senarai Nama Penerima Sijil Tahun 6 PERDANA
6 GEMILANG ABDUL RAJID BIN ABDUL JID ABGAIL ANABELL TERRY ABSYAR ARYAN BIN MOHD KHOIRI ADAM EZREEF BIN ABDALLAH ADIBAH SYAHIRAH BINTI RIDWAN AFIQAH IREENA BINTI LAJA BUNGSO BENJY DONIS BRADLEY CHARLES WATLIE BRAYDEN RAYNER BRIAN TOMY BRUNNI JEWEL BOBBY BRYANNA GERILYN GARY CARLYSA DANIELLE JACK JUNIOR EDRICCA EVANESSA EDWARD ANTHONY KUYOL ELEANOR PHOEBE JACKSON HAVANOUN ASI HITLA HELTISHA VENNYGELL HILLARY SANDANG IAN CHRISTER CARLOS JANESSA FYNELLA FREDDY JOWILL PETRUS JUFFREE DENNIS JEREMY KIMBERLY KASSANDRA MARK KOISUN LYONNA LYSSA BONEY MIKE MALEN KENEDDY MOHAMMAD DANIEL BIN ABDULLAH MOHAMMAD FARISH HELMI BIN GORGE MOHAMMAD KHAIRUL ISAM BIN SALI AHMAD MUHAMMAD AKMAL AMZAR BIN KAJILIN MUHAMMAD RASUL IMAN BIN ABDULLAH MUHAMMAD SAFIY BIN RAHMAN NATHANIEL NOAH MARK BAKIONG NUR AIN FARISHA BINTI AMRAN NUR SUHADA RAHAYU BINTI PARMAN PUCCA AMANDA MAZLAN QYRA SOFIYA BINTI ABDULLAH RACHEL GILBERT SYLCHESTHER SYLVIN Senarai Nama Penerima Sijil Tahun 6 Senarai Nama Penerima Sijil Tahun 6 PERDANA
Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pentadbir SK Kibabaig, Ahli Jawatankuasa Induk & Pelaksana, Ahli Jawatankuasa PIBG, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Apresiasi dan Penyerahan Sijil Tamat Persekolahan Tahun 6 PPKI dan Perdana SK Kibabaig Sesi 2023/2024. Tahniah diucapkan kepada semua murid Tahun 6 PPKI & Perdana SK Kibabaig sesi 2023/2024. Selamat Maju Jaya! PENGHARGAAN
CATATAN