SADN1033 1 . M U H A M M A D Z I K R I B I N A H M A D S O H O R 2 9 1 7 6 4 2 . N U R L I Y A N A B I N T I M O H A M A D S U P I 2 9 2 2 9 3 3 . N U R A I F F A H N A J I H A B I N T I A Y O B 2 9 1 9 4 4 4 . N U R U L N A D H I R A H A S H I M B I N T I A B D U L L A H 2 9 2 1 9 3 5 . S I T I A Q I L A H B I N T I N O O R A Z M A N 2 9 2 2 0 8 6 . M U H A M M A D S Y A F I K B I N I S K A N D A R 2 9 2 2 5 2 7 . S I T I M A I M U N A H H O O B I N T I M U H A M M A D 2 9 2 0 2 8 A R I P I N H O O 8 . M U H A M M A D Z U L F A H M I B I N A B D O L R A H I M 2 9 1 9 1 6 9 . R A B I A T U L A D A W I Y A H B I N T I M A H I D I 2 9 2 3 8 0 1 0 . A L I F N A J M A N B I N S A M S U R I 2 9 2 1 3 2 Permainan Tradisional Kaum Melayu The Untold Beauty of Malaysia KUMPULAN 2 A222 Kumpulan K
ISI kANDUNGAN A222 - SADN1033 PENGENALAN 1 Pengenalan permainan tradisional kaum melayu di Malaysia Sejarah 2 Sejarah permainan tradisional Jenis permainan tradisional 3 Gasing 3 Wau 4 congkak 5 Guli 6 Galah panjang 7 Teng teng 8 Sepak raga 9 Batu seremban 10 Baling selipar 11 Tarik upih 12 Kesimpulan 13 Kesimpulan permainan tradisional Lampiran 14 Rujukan 15-16
Pengenalan Negara Malaysia kaya dengan warisan dan budaya sejak dari dahulu lagi. Pengetahuan umum mengetahui bahawa permainan tradisional boleh dispesifikasikan sebagai warisan budaya masyarakat Melayu sejak dari berabad-abad tahun yang lalu. Permainan tradisional juga boleh dikatakan sebagai aset budaya bangsa Malaysia yang sangat bernilai. Hal ini kerana, permainan tradisonal ini melambangkan identiti sesuatu budaya yang terdapat di Malaysia. Di samping itu, permainan tradisional ini juga merupakan hasil ciptaan dari nenek moyang kita yang amat unik dan terunggul . Selain itu, permainan tradisonal juga dapat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum. Hal ini boleh didapati melalui teknik yang dimainkan secara berpasangan atau berkumpulan sekaligus dapat mencetuskan suasana yang harmoni dan muhibbah di antara mereka. Jelaslah bahawa permainan tradisional bukanlah isu ataupun perkara yang boleh diperlekehkan. Oleh itu, generasi muda harus berganding bahu dalam memikul tanggungjawab untuk menjaga dan mengekalkan khazanah ini daripada generasi kini hingga generasi yang akan datang agar "tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas". 1
Dalam dunia moden yang serba canggih, permainan tradisional melayu ini memainkan peranan yang penting dalam membentuk jati diri dan nilai murni dalam kemasyarakatan. Oleh itu, permainan tradisional ini perlu dipelihara dan diwarisi kepada generasi akan datang supaya kelangsungan permainan tradisional ini kekal sebagai warisan negara. Sejarah Permainan Tradisional 2 Sejak dari Zaman Kesultanan Melayu lagi, terdapat beberapa permainan tradisional yang telah dimainkan oleh masyarakat. Permainan tradisional ini telah menjadi sebahagian daripada warisan dan kebudayaan turuntemurun masyarakat Melayu daripada nenek moyang sehingga kini. Masyarakat melayu pada zaman dahulu terutamanya yang tinggal di kampung sering bermain permainan tradisional ini. Ia menjadi salah satu tarikan dalam kalangan masyarakat Melayu kerana keunikan yang terdapat pada permainan tradisional ini mempunyai nilainya yang tersendiri. Seiring dengan peredaran zaman, permainan tradisional ini masih kekal dalam sanubari masyarakat tidak kira bangsa kerana permainan tradisional ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Permainan tradisional ini kekal popular sehingga kini kerana permainan ini tidak hanya dimainkan oleh kanak-kanak, malahan ia juga telah menarik minat orang dewasa dan juga warga tua.
Permainan tradisional gasing adalah permainan klasik masyarakat dahulu sejak zaman dahulu. Putaran gasing juga merupakan permainan yang berpusing pada satu pusat sambil mengekalkan keseimbangan pada satu titik mata. Permainan gasing kebanyakan-nya dipertandingkan setelah acara menuai. Pemenang permainan ini dikira berdasarkan jangka masa gasing berputar dan gasing biasanya dipertandingkan antara kampung, Di negeri-negeri pantai timur terutamanya negeri Kelantan, gasing adalah permainan yang digemari ramai. Terdapat beberapa jenis gasing yang popular seperti gasing gebu, gasing pinggan atau gasing telur, gasing kelama, gasing leper, gasing jantung, gasing melayu, gasing cina, gasing pinang benang dan gasing buku. Kendatipun, gasing Melayu dan gasing Cina lebih disukai oleh kanak-kanak kerana ianya mudah dimainkan dan bersaiz kecil. Terdapat dua kaedah untuk bermain gasing. Antaranya dipanggil kaedah gasing pangkah iaitu pemain melontarkan gasing mengenai gasing pesaing. Cara kedua dipanggil gasing uri di mana permain menguji tempoh gasing berputar untuk melihat selama mana gasing mampu berpusing. Permainan gasing dimainkan dengan langkah iaitu mengikat tali, membalut gasing dengan tali, memutar gasing, memangkah gasing dan mengangkat gasing. 3 G A S I N G
Permainan Wau Permainan wau atau dikenali sebagai layang-layang merupakan permainan tradisional yang popular di kawasan pendalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan tanah lapang seperti di padang. Hal ini kerana, wau memerlukan kawasan yang luas untuk menerbangkan wau. Permainan wau telah terkenal dan diminati oleh pelbagai kaum tanpa mengira umur dan bangsa. Permainan wau bukan sahaja sesuai dimainkan di kawasan pendalaman bahkan di kawasan bandar juga sesuai untuk dimainkan. SEJARAH WAU DI MALAYSIA Sejarah permainan wau ialah berasal dari perkataan “wau” dari Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan dan Kedah juga menggunakan perkataan tersebut. Kaum Melayu dan kaum Siam telah memperkenalkan permainan wau kerana ramai masyarakat yang tinggal di negeri tersebut. JENIS JENIS WAU Wau Bulan Wau Kucing Wau Jala Budi Wau Merak Wau Dodo Helang Wau Kangkang Wau Seri Bulan Wau Helang Wau Puyuh Wau Kapal CARA BERMAIN WAU Permainan wau memerlukan dua orang pemain, seorang pemain dikenali sebagai juruanjung ditugaskan sebagai pemegang wau manakala seorang pemain lain dikenali sebagai jurutarik yang bertugas untuk memegang tali wau. Permainan wau sesuai dimainkan ketika cuaca berangin kerana apabila angin bertiup kencang, tali wau perlu ditarik secara melawan arus angin sehingga wau terbang tinggi di udara. Perkataan layang telah digunakan di kebanyakan negeri antaranya di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung di Malaysia seperti negeri Selangor, Melaka dan Johor. Buktinya termaktub dalam catatan Tun Seri Lanang yang mengatakan bahawa Raja Ahmad telah bermain layang bersama pemuda serta kerabat Diraja. Dalam konteks ini tidak pula disebut bermain wau. 4
C O N G K A K Congkak ialah salah satu permainan tradisional yang terkenal pada zaman dahulu sering dimainkan pada waktu lapang. Sebagai salah satu permainan tradisional, congkak memainkan peranan yang penting dalam mempertahankan warisan budaya kita. Salah satu cara untuk mengekalkan permainan tradisional ini dengan memperkenalkan permainan congkak kepada generasi muda . Cara bermain congkak Permainan congkak berkembang di Asia Tenggara di negeri Melaka. Pada ketika itu, negeri Melaka merupakan salah satu pusat perdagangan. Permainan congkak berasal dari perkataan “congak” yang bermaksud kiraan sesuatu benda. Selain daripada orang melayu yang memainkan congkak ini, keturunan kaum India juga turut meminati permainan congkak memandangkan permainan ini dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Dalam permainan congkak, dua jenis bahan yang sering digunakan iaitu papan untuk bermain congkak dan buah congkak seperti guli. Terdapat tujuh lubang di setiap baris congkak dan diperbuat daripada pelbagai jenis kayu. Permainan congkak dimainkan seramai dua orang dan setiap pemain dikehendaki mengisi lubang kecil congkak dengan 7 bijian getah ataupun guli. Pemain dikehendaki memulakan secara serentak. Setiap pemain akan mengambil kesemua bijian congkak dan dimasukkan sebanyak satu bijian congkak ke dalam setiap lubang kecil sehingga seorang pemain berhenti di lubang yang tiada bijian. Pemain akan meneruskan permainan congkak sehingga kesemua bijian congkak berada di dalam lubang besar. 5
G U L I Permainan tradisional yang amat digemari oleh kanak-kanak lelaki melayu pada zaman dahulu ialah permainan guli. Permainan ini juga boleh disebut sebagai kelereng. Kebiasannya, permainan guli ini sesuai dimainkan di tempat yang redup dan lapang Guli dimainkan secara melontarkan atau melemparkan guli secara tepat dengan mengenakan sasarannya. Gelanggang untuk bermain permainan guli ini sesuai di kawasan yang yang mempunyai tanah rata atau lapang. Permainan guli mempunyai satu gelanggang yang mana ia merupakan satu bulatan yang dibuat di atas tanah yang berukuran garis pusat 1m. Seterusnya, sebuah lubang sebesar 10sm, lebar dan sedalam 7cm dilekukkan di tengah-tengah bulatan dengan menghentakkan tumit kaki di tanah supaya menjadi lekuk. Seterusnya, lubang yang dilekukkan tadi dikenali sebagai lubang induk. Akhir sekali, satu garisan lurus perlu dibina dengan jarak 2m daripada bulatan besar tadi. Garisan ini merupakan penanda mula daripada tempat permainan tersebut. 6
Galah panjang dikenali pada tahun 1960- an dan berkembang ke Tanah Melayu dan negara-negara lain seperti Thailand, Brunei, Indonesia & Singapura. Galah panjang juga dikenali sebagai " galah hadang " di sesetengah kawasan di Malaysia. Permainan ini sesuai dimainkan di luar kawasan rumah yang lapang kerana memerlukan jumlah pemain yang ramai. Selain itu, permainan ini juga sesuai dimainkan oleh masyarakat tanpa umur. Galah panjang turut dimainkan sebagai pertunjukan di pesta kebudayaan. Saiz gelanggang galah panjang terdapat dua lajur dan baris bergantung kepada nilai pemain. Permainan ini melibatkan tahap fokus seorang ketua ataupun dikenali sebagai ibu untuk mengawal setiap gerakan anak bagi pihak yang mengawal pihak lawan. Kecekapan dan kepantasan merupakan elemen yang penting kepada pihak yang menempuh ke dalam gelanggang. GELANGGANG GALAH PANJANG CARA BERMAIN GALAH PANJANG Melibatkan 2 kumpulan Diperuntukkan sebanyak 5 min. Giliran dintentukan melalui undian. Pasukan pertahanan akan menghalang dengan mendepakan tangan atau mencuit badan bagi menamatkan penyerang. Pasukan pernyerang akan melepasi garisan sehingga ke garisan X & perlu berpatah balik sehingga ke garisan permulaan. penjaga gelanggan menyentuh ketua pasukan penyerang, maka seluruh ahli pasukan penyerang akan tamat giliran. 7
, TTEENNGGTTEENNGG 8 Teng teng adalah sejenis permainan tradisional yang popular dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, permainan ini juga dikenali sebagai ketingting. Permainan teng-teng ini juga terkenal dalam kalangan masyarakat zaman dahulu terutama dalam kalangan kaum wanita. Hal ini mungkin disebabkan permainan teng-teng ini tidak begitu lasak dan hanya memerlukan perhatian serta fokus yang teliti sahaja. Permainan ini sering dimainkan dalam bentuk kumpulan yang terdiri di antara dua hingga empat orang bagi setiap gelanggang TENG TENG Teng teng memerlukan permukaan tapak yang rata dan dilukis garisan berbentuk seperti tangga yang mempunyai empat sayap seperti kapal terbang. Setiap pemain hendaklah melakukan lompatan dengan menggunakan sebelah kaki sahaja. Jika pemain terpijak garisan putih yang dilukis akan dikira mati dan pemain lain mengambil giliran untuk memulakan permainan. Pemain yang berjaya mengambil buah yang berada di petak semi-D, maka pemain tersebut boleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Apabila buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dianggap sebagai rumah. Pemenang adalah pemain yang memperoleh rumah terbanyak.
Permainan sepak raga dianggap unik disebabkan oleh bilangan pemainnya yang tidak terhad dan mereka hanyalah bermain dalam satu bulatan yang besar. Unsur kesenian dapat dilihat daripada permainan ini berdasarkan aspek menimbang, menanduk, melibas serta mengawal imbangan bola di hujung kaki. Selain itu, sepak raga juga dimainkan sama ada secara individu, berkumpulan atau berpasukan dan tidak boleh menggunakan tangan mahupun lengan. Sepak Bola raga berbentuk bulat dihasilkan daripada kayu rotan asli atau kayu rotan sintetik. Berat sepak raga antara 170gram ke 180gram. Ukuran garis lilitan sepak raga antara 0.42m ke 0.44m dan mempunyai sebanyak 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Sepak Raga Bulatan merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu yang masih aktif dimainkan oleh anak muda sehingga kini. Raga 9 Pemain pertama akan memulakan permainan ini dengan melambung bola raga tinggi melebihi paras kepala kepada pemain ketiga, keempat atau kelima dengan melintasi kawasan bulatan berukuran dua meter. Pemain perlu membuat sepakan kepada pemain yang lain sejurus menerima bola kecuali pemain pertama. Manakala pemberian mata akan dikira berdasarkan setiap sepakan dan sentuhan. Jika gagal melambung atau menyambut bola daripada pemain lain, pemain tersebut dikira kalah.
Batu Seremban Asal - Usul Batu seremban berasal dari Asia Kuno pada tahu 1184 Masihi. Sejarah membuktikan bahawa batu seremban ini dimainkan dari negara Nepal ke benua India dan dikatakan permainan ini berekembang sehingga ke Malaysia serta Singapura. Peraturan Permainan Batu seremban amat popular di kalangan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak perempuan.Permainan ini boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan yang terdiri daripada dua atau lima orang. Antara kemahiran yang perlu diutamakan ketika bermain batu seremban ini adalah melambung dan menangkap dengan pantas. Objek yang diperlukan ialah beberapa biji batu atau ketulan objek lain yang berbentuk bulat juga boleh digunakan. Selain itu, seiring dengan peredaran zaman, batu seremban kini direka khas dengan menjahit kain yang diisi dengan biji saga, pasir atau sebagainya. Lazimnya permainan ini memerlukan lima hingga tujuh biji batu dan dimainkan secara bergilir-gilir. Kebiasannya, permainan ini dimainkan pada permukaan yang rata tidak kira sama ada di dalam atau luar rumah. Pemain juga boleh mengisi masa lapang dengan bermain permainan ini. 10
11 baling selipar CARA PERMAINAN Di Malaysia permainan baling selipar dikenali sebagai permainan susun selipar, adalah sejenis permainan tradisional yang terkenal. Cara untuk bermain baling selipar ini adalah serupa dengan cara permainan baling tin tetapi ditukarkan kepada selipar. Bagi memulakan permainan ini, tiga selipar digunakan dan disusun menegak serta dibaling ke arah susunan selipar yang telah disusun. Alatan yang diperlukan hanyalah selipar sahaja yang digunakan oleh kebanyakan orang dan permainan tradisional ini sangat mudah untuk dimainkan oleh pelbagai peringkat umur. Salah satu cara untuk menjalin hubungan sesama masyrakat ialah permainan tradisional ini boleh dimainkan di pelbagai acara sukan rakyat. Permainan tuju selipar ini bermula dengan pemain pertama membaling satu selipar ke arah selipar yang telah disusun dalam jarak yang telah ditetapkan. Bagi menjatuhkan selipar yang telah disusun, setiap pemain hanya dibenarkan melakukan tiga lontaran. Jika lontaran pihak lawan tidak mengenai sasaran, pihak lawan akan melakukan lontaran seterusnya sehingga selipar mengenai sasaran. Sesiapa sahaja yang ingin mencuba sama ada lelaki atau perempuan, boleh bermain permainan tuju selipar. Dalam permainan ini, selipar yang tidak terlalu keras atau tebal digunakan bagi mengelakkan tiada kecederaan berlaku antara pemain semasa permainan baling selipar ini dimainkan. Cara susunan selipar pula, selipar dikumpulkan dan disusun tegak tiga segi, dan satu lagi selipar hendaklah dibuat sebagai balingan. Pemain akan cuba menghalang pihak lawan dengan balingan selipar ke arah mereka jika selipar yang disusun telah dijatuhkan. Apabila pihak lawan berjaya menyusun semula selipar menjadi tiga segi dan melangkah susunan selipar sebanyak satu kali, mereka akan dikira menang dalam pertandingan tersebut.
Tarik Upih • ASAL-USUL PERMAINAN TARIK UPIH Tarik upih merupakan salah satu permainan tradisional yang sangat digemari di Malaysia. Permainan ini melibatkan dua kumpulan yang berlawan untuk menarik seutas tali yang diperbuat daripada anyaman upih atau sabut kelapa. Permainan ini biasanya dimainkan semasa festival atau acara sukan tradisional di Malaysia. Asal-usul tarik upih tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ia diyakini berasal dari budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Permainan ini juga boleh ditemui dalam budaya lain di rantau Asia Tenggara. Walaupun tarik upih adalah permainan yang sering dikaitkan dengan Malaysia, ia juga dimainkan di negara-negara seperti Indonesia, Singapura, dan Thailand. Walaupun permainan tradisional seperti tarik upih mungkin tidak sepopular seperti dahulu, namun usaha sedang dilakukan untuk mempromosikan dan melestarikan warisan budaya ini. Pertandingan tarik upih sering dianjurkan dalam acara sukan sekolah dan perayaan-perayaan tempatan. Selain itu, permainan ini turut dijadikan aksi dalam pelancongan budaya dan acara kebudayaan di Malaysia untuk mengenang dan mempromosikan permainan tradisional ini kepada generasi muda. • CARA PERMAINAN • 1. Permainan biasanya secara berkumpulan dan dimainkan lebih dari 4 orang 3. Seorang duduk di atas upih seorang lagi akan menarik upih. 4.Upih boleh dinaiki seorang sahaja. kebiasaannya orang yang lebih besar atau tua menjadi penarik manakala orang yang lebih kecil atau ringan menjadi penunggang. 5. Setiap ahli perlu menarik ahli kumpulannya, iaitu peserta pertama akan menarik upih yang ditunggang oleh peserta kedua dari tempat permulaan hingga tempat berhenti dan kemudian mereka akan bertukar tugas. 6. Peserta yang menjadi penunggang akan menarik peserta pertama yang menarik upih pada permulaan tadi kembali ke garisan permulaan dan ia dianggap sebagai satu putaran. 7. Seterusnya, pasangan lain akan menggantikan tempat mereka sehingga setiap anggota kumpulan habis, anggota kumpulan yang terpantas dianggap pemenang atau juara 12
KESIMPULAN Kamu hendaklah mengetahui bahawa dengan betul aturan permainan agar kamu dapat bermain dengan lebih baik dari yang lain. - Albert Einstein - Melalui permainan tradisional, masyarakat dan individu dapat berhubung dengan budaya dan merasa bangga akan warisan mereka, dan mengembangkan rasa kepribadian dan jati diri yang kuat. Bak kata pepatah “ tak lapuk dek hujan,, tak lekang dek panas “yang bermaksud adat yang tidak berubah - ubah. “ PERMAINAN TRADSIONAL MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DALAM MEMUPUK SEMANGAT KEMASYARAKATAN” Kesimpulannya, jelaslah bahawa permainan tradisional mempunyai banyak impak dan nilai positif yang merangkumi dari segi aspek sosial budaya, dan fizikal. Generasi muda hendaklah mempertahankan dan memainkan peranan yang penting menjaga warisan budaya supaya tidak dilupakan oleh generasi muda yang akan datang. Antara nilai yang dapat dilihat melalui permainan tradisional ialah dapat bekerjasama sesama masyarakat. Hal ini jelas bahawa, banyak permainan tradisional akan melibatkan komunikasi dan berhubung antara satu sama lain. SADN1033 13
Informasi 2 Tarikh : 11/6/2023 Nama : Nurul Shahirah Jantina : Perempuan Umur : 21 Tahun Kursus : Human Resources Management Informasi 1 Tarikh : 8/6/2023 Nama : Intan Nursyafiqah Jantina : Perempuan Umur : 21 Tahun Kursus : Human Resources Management LAMPIRAN Gambar 1 : Sesi temubual bersama Intan Nursyafiqah Gambar 2 : Sesi temubual bersama Nurul Shahirah Pada 8 Jun yang lalu, satu temubual telah dijalankan untuk mengumpul maklumat mengenai permainan tradisional kaum melayu. Kami telah menemu bual seorang pelajar Universiti Utara Malaysia ( UUM ) untuk mendapatkan maklumat Pada 10 Jun yang lalu, satu temubual telah dijalankan untuk mengumpul maklumat mengenai kepentingan permainan tradisional kaum melayu. Kami telah menemu bual seorang pelajar Universiti Utara Malaysia ( UUM ) untuk mendapatkan maklumat . 14
RUJUKAN Laman Web 15 Lembaga Kebudayaan Negara. (2022). Warisan Permainan Tradisional Malaysia. Diakses dari https://www.lembagakebudayaannegara.my/permainan-tradisional Baling selipar. (2021, September 23). Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Baling_selipar Ja’far, A. (2014). TA: Penciptaan Buku Ilustrasi Permainan Tradisional sebagai Upaya Melestarikan Warisan Budaya Lokal. Diakses dari https://repository.dinamika.ac.id/id/eprint/4180/ Bakhir, N. M., Desa, M. A. M., & Ahmad, A. G. (2020). PERMAINAN INTERAKTIF GALAH PANJANG: PEMELIHARAAN PERMAINAN TRADISIONAL MELALUI PENGGUNAAN TEKNOLOGI: Diakses dari https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/2628 Wahyuni, I. W., & Muazimah, A. (2020). Pengembangan Motorik Kasar Anak melalui Permainan Tradisional" Tarik Upih" Berbasis Kearifan Lokal. Diakses dari https://ejournal.undiksha.ac.id/index.php/JJPAUD/article/view/24307 Tarigan, V. S., Napitupulu, J., Jamaluddin, J., & Hutapea, M. I. (2020). Aplikasi Pengenalan Permainan Tradisional. JURNAL TEKNOLOGI DAN ILMU KOMPUTER PRIMA (JUTIKOMP). Diakses dari http://jurnal.unprimdn.ac.id/index.php/JUTIKOMP/article/view/1364 Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara Pemetaan Budaya. (2022). SEPAK RAGA BULATAN. Diakses dari https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/458
16 Rahman, A. B., & Yusof, M. R. (2021). Kajian Terkini tentang Permainan Tradisional di Malaysia. Jurnal Kebudayaan dan Sukan, 8(2), 75-90. Mulyana, Y., & Lengkana, A. S. (2019). Permainan tradisional. Salam Insan Mulia. Kembaren, M. M., Lubis, M. H., Nasution, A. A., & Gunaika, R. (2022). PEMULIHARAAN WARISAN BANGSA: PERMAINAN TRADISIONAL RAKYAT MELAYU. Cetakan Pertama, 2022© A. Halim Ali, Editor-editor dan PenulisPenulis, 2022, 32. Suryawan, I. G. A. J. (2020). PERMAINAN TRADISIONAL SEBAGAI MEDIA PELESTARIAN BUDAYA DAN PENANAMAN NILAI KARAKTER BANGSA. Diakses dari https://doi.org/10.55115/gentahredaya.v2i2.432 Kembaren, M. M., Lubis, M. H., Nasution, A. A., & Gunaika, R. (2022). PEMULIHARAAN WARISAN BANGSA: PERMAINAN TRADISIONAL RAKYAT MELAYU. Cetakan Pertama, 2022© A. Halim Ali, Editor-editor dan PenulisPenulis, 2022, 32. Nurdiansyah, D. (2018). Pengaruh permainan tradisional hadang terhadap agility. JUARA: Jurnal Olahraga, 3(2), 77-83. http://jurnal.upmk.ac.id/index.php/juara/article/view/238 Abdullah, S. (2019). Permainan Tradisional Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Buku Baru. Journal Najatul Alia. (2017, April 11). Cara Bermain wau. CARA BERMAIN WAU. Diakses dari http://najatulalia.blogspot.com/2017/04/cara-bermain-wau.html?m=1 The beauty of wau: The original story and history. Diakses dari https://craftla.co/blog/the-story-and-history-of-wau-bulan/ Blog
SADN1033 PermainanTradisional Kaum Melayu KUMPULAN 2 A222 Kumpulan K