The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RAJA NUR QISTINA BINTI RAJA ZULKARNAIN SKSK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nabiha, 2021-10-05 10:02:45

RAJA NUR QISTINA BINTI RAJA ZULKARNAIN SKSK

RAJA NUR QISTINA BINTI RAJA ZULKARNAIN SKSK

Keywords: Pertandingan Buku Skrap Digital

Bumi dipijak
langit dijunjung
Warisan kebanggaan negeri

NAMA PENUH DISEDIAKAN OLEH
KELAS
SEKOLAH : RAJA NUR QISTINA BINTI RAJA ZULKARNAIN
ALAMAT SEKOLAH : 6 TERATAI
: SEK. KEB. SERI KELANA
alamat e-mel : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA, 70100 SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN

Tel : 067639154 Faks: 067639154

: [email protected]

Isi kandungan

1) PENGENALAN
2) NEGERI SEMBILAN - WARISAN KEBANGGAAN + TEMPAT MENARIK
3) SELANGOR - WARISAN KEBANGGAAN + TEMPAT MENARIK
4) PERAK - WARISAN KEBANGGAAN + TEMPAT MENARIK
5) JOHOR - WARISAN KEBANGGAAN + TEMPAT MENARIK
6) PAHANG - WARISAN KEBANGGAAN + TEMPAT MENARIK
7) TERENGGANU DAN KELANTAN - WARISAN KEBANGGAAN + TEMPAT MENARIK
8) PERLIS - WARISAN KEBANGGAAN + TEMPAT MENARIK
9) MELAKA - WARISAN KEBANGGAAN + TEMPAT MENARIK
10) PULAU PINANG DAN KEDAH- WARISAN KEBANGGAAN + TEMPAT MENARIK
11) SARAWAK - WARISAN KEBANGGAAN + TEMPAT MENARIK
12) SABAH - WARISAN KEBANGGAAN + TEMPAT MENARIK
13) WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA & LABUAN
14) KESIMPULAN
15) SUMBER RUJUKAN

PENGENALAN

Setiap negeri di Malaysia mempunyai warisan sejarah dan identiti yang tersendiri. Kepelbagaian
inilah yang menjadikan setiap negeri unik dan berbeza antara satu sama lain. Kita harus berasa bangga
akan warisan sejarah dan identiti yang ada di negara kita. Jagalah ia sebaiknya. Terdapat 14 buah negeri
di Malaysia yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan Darul Khusus ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat
Semenanjung Malaysia. Bandar Diraja ialah Seri Menanti yang terletak di dalam daerah
Kuala Pilah. Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan.

WARISAN KEBANGGAAN

Istana Seri Menanti menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
sekitar tahun 1900-an. Istana ini siap dibina pada tahun 1908 dan dirasmikan oleh
Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhammad ibni Almarhum Yamtuan Antah. Istana Seri
Menanti menjadi lambang pesat pemerintahan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

TEMPAT MENARIK

SELANGOR

Negeri Selangor Darul Ehsan terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung
Malaysia. Ibu negerinya Shah Alam.
Selangor dibahagikan kepada sembilan daerah yang terdiri dari Sabak Bernam, Hulu
Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan
Sepang.

WARISAN KEBANGGAAN

Bukit Malawati merupakan pusat pentadbiran dan kubu kuat Kesultanan Selangor pada
akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Sultan Ibrahim Shah (1778-1826) telah
mendirikan sebuah kota di Bukit Malawati bagi mempertahankan Kuala Selangor
daripada serangan Belanda.

TEMPAT MENARIK

PERAK

Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia
selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia. Ibu negeri Perak ialah Ipoh.
Bandar Diraja terletak di Kuala Kangsar.

WARISAN KEBANGGAAN

Hutan Simpan Royal Belum adalah antara hutan simpan terbesar yang belum pernah
diterokai dan menjadi tarikan utama para pelancong. Kewujudan spesies mamalia yang
besar merupakan keistimewaan kepada Hutan Simpan Royal Belum. Selain itu,hutan ini
juga kaya dengan pelbagai flora dan fauna.

TEMPAT MENARIK

JOHOR

Johor Darul Ta'zim terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru ialah ibu
negeri Johor manakala Kota Iskandar ialah pusat pentadbiran kerajaan negeri yang
baharu. Muar pula berfungsi sebagai bandar diRaja yang diisytiharkan oleh Sultan
Johor, Sultan Ibrahim.

WARISAN KEBANGGAAN

TARIAN zapin sinonim dengan negeri Johor dan dikatakan menjadi pencetus tarian
itu sehingga diterima oleh masyarakat dan menjadi antara kemestian dalam setiap
keraian. Malahan tarian ini sering dipaparkan dalam katalog atau risalah pelancongan
negeri Johor. Ini menjadikan zapin dan Johor seperti tidak dapat dipisahkan.

TEMPAT MENARIK

PAHANG

Negeri Pahang ialah negeri yang ketiga terbesar di Malaysia. Ibu negeri Pahang
ialah Kuantan manakala Pekan ialah bandar diraja. Bandar utama yang lain termasuk
Kuala Lipis, Tanah Rata, Kuala Rompin dan Temerloh. Genting Highlands, Tanah
Tinggi Cameron dan Bukit Fraser merupakan tempat peranginan bukitnya.

WARISAN KEBANGGAAN

Taman Negara merupakan kawasan perlindungan alam semula jadi yang pertama dan
tertua di negara kita. Taman ini terletak di antara sempadan Pahang,Terengganu
dan Kelantan. Taman ini dinamakan sebagai Taman Negara setelah negara mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Taman Negara menjadi sebuah destinasi
ekopelancongan yang terkenal di Malaysia.

TEMPAT MENARIK

KELANTAN TERENGGANU

Negeri Kelantan Darul Naim merupakan salah Negeri Terengganu Darul Iman terletak di
satu negeri yang kaya dengan sumber alam Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kuala
dan terkenal dengan pelbagai jenis makanan Terengganu merupakan ibu negeri
yang istimewa. Ibu negeri Kelantan ialah Terengganu merangkap bandar diraja.
Kota Bharu manakala Pasir Mas ialah bandar
diraja. WARISAN KEBANGGAAN
Ulik mayang merupakan tarian yang wujud
WARISAN KEBANGGAAN pada zaman pemerintahan Sultan Omar
Masjid Kampung Laut merupakan antara Riayat Shah. Tarian ini merupakan tarian
masjid yang tertua di Malaysia. Masjid yang tradisional di negeri Terengganu.
dibina daripada kayu ini dipercayai berusia
melebihi 300 tahun dan digunakan bagi TEMPAT MENARIK
menyebarkan agama Islam di Kelantan.

TEMPAT MENARIK

PERLIS

Negeri Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Malaysia terletak
di utara Semenanjung Malaysia. Ibu negeri Perlis ialah Kangar manakala bandar
diraja ialah Arau.

WARISAN KEBANGGAAN

Gua Kelam dinamakan bersempena dengan suasana kelam yang
sentiasa menyelubungi gua ini. Dahulu, Gua Kelam terkenal
kerana terdapat bijih timah yang bermutu tinggi.

TEMPAT MENARIK

MELAKA

Negeri Melaka juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang
Tuah. Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama
mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan,
sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-
Pertua Negeri.

WARISAN KEBANGGAAN

Dangdang sayang dikatakan berasal daripada nyanyian istana pada zaman
Kesulatanan Melayu Melaka. Nyanyian tersebut popular dalam kalangan masyarakat
Melayu dan Cina Peranakan.

TEMPAT MENARIK

PULAU PINANG KEDAH

Nama pulau Pulau Pinang ini diambil daripada Negeri Kedah Darul Aman terletak di utara
nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga semenanjung Malaysia. Ibu negerinya ialah Alor
dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Setar yang juga merupakan bandar diraja bagi
sebagai Pulau Pinang. Ibu negerinya ialah negeri Kedah.
Georgetown.
WARISAN KEBANGGAAN
WARISAN KEBANGGAAN
Boria merupakan persembahan yang Gunung Jerai terletak di negeri Kedah. Kedudukan
amat popular. Persembahan boria Gunung Jerai menjadi panduan kepada pelayar
menonjolkan pelbagai isu sosial. pada zaman dahulu yang singgah berdagang di
Persembahan ini mempunyai dua negeri tersebut.
segmen,iaitu sketsa dan nyanyian yang
diketuai oleh seorang tukang karang. TEMPAT MENARIK

TEMPAT MENARIK

SARAWAK

Negeri Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Ibu negeri Sarawak
ialah Kuching yang menjadi kawasan tumpuan pelancongan di Sarawak.

WARISAN KEBANGGAAN

Gua Niah merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai
tapak bersejarah. Gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal masyarakat
prasejarah.

TEMPAT MENARIK

SABAH

Negeri Sabah ialah salah satu negeri yang terletak di bahagian utara pulau
Borneo. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu yang telah menjadi satu simbol
utama bagi negeri Sabah. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah
Bayu“.

WARISAN KEBANGGAAN

Hutan Simpan Sepilok menjadi pusat pemuliharaan Orang Utan yang dibuka pada
tahun 1964. Pusat ini dikhususkan untuk memulihara dan mengkaji spesies Orang
Utan yang semakin pupus akibat daripada pembalakan dan pembersihan hutan.

TEMPAT MENARIK

KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
PUTRA JAYA

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Wilayah Persekutuan Labuan merupakan
Wilayah Persekutuan kedua Malaysia.
ibu negara dan bandaraya terbesar di Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Pulau Labuan terletak sekitar 10 km
dari pantai Sabah.
Malaysia. Kuala Lumpur menjadi kawasan Kerajaan Persekutuan Malaysia yang Taman Peringatan Perang atau War
Memorial Park terletak di Jalan Tanjung
tumpuan pelancong kerana kepesatan menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Antara Batu,Labuan. Taman ini ialah tempat
pengebumian 3908 orang tentera yang
ekonomi dan bangunan pencakar langitnya tarikan pelancongan yang terletak di sekitar terkorban semasa Perang Dunia Kedua.

seperti KL Tower dan KLCC. Putrajaya ialah Masjid Putra dan PICC.

Putrajaya telah diilhamkan dan dibina semasa

pentadbiran Perdana Menteri keempat,Tun Dr.

Mahathir bin Mohamad.

KESIMPULAN

Setiap negeri mempunyai daya tarikan dan keunikan masing-
masing yang harus dibanggakan. Sebagai keluarga Malaysia, kita
harus berbangga dan mengekalkan warisan kebanggaan kita agar
generasi akan datang dapat menikmatinya dan menghargai warisan
nenek moyang kita. Sejarah Malaysia juga akan kekal terpahat dalam
jiwa setiap rakyat Malaysia. Inilah identiti negara Malaysia yang
menjadi lambang kemegahan kita.

Sumber rujukan

Buku teks Sejarah tahun 6

&
Laman web (media elektronik)
https://youtu.be/OiOTviz9tCQ
https://sejkssrt6t1u2.wordpress.com/2017/08/23/10-2-
5-keunikan-warisan-sejarah-negeri-negeri-di-malaysia/
https://www.slideshare.net/hajiwah/sejarah-tahun-6-
tajuk-10-negerinegeri-di-malaysia


Click to View FlipBook Version