The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nabiha, 2022-04-06 08:47:04

PROGRAM 'ANAKKU CEKAP SIFIR'

ANAKKU
CEKAP SIFIR

Keywords: SIFIR,CEKAP

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA
JALAN DATO’ SIAMANG GAGAP

70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

‘ANAKKU
CEKAP SIFIR’

ANJURAN

PANITIA MATEMATIK
Dengan Kerjasama
Ibubapa dan penjaga

TARIKH
11 APRIL – 23 APRIL 2022

JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi Penyelaras : Nabiha binti Mansor
Amir Fikri bin Ithnin Setiausaha : Suraya Hani binti Hamdan
(Guru Besar SK Seri Kelana) Bendahari : Khadijah binti Hashim
eSIJIL : Mohd Shamsul Hafiz bin Mohd Said
Naib Pengerusi Hadiah : Zuraida binti Baharudin
Juliya binti Hapido
Ahlijawatankuasa
(PK Pentadbiran) Zamila binti Md Khalid
Suzanalelawatty binti Maleb
Naib Pengerusi Bersama
Rosnisam bin Dahlan Haryati binti Awang
Yusmazaini binti Mat Yunus
(PK HEM) Nurul Aina binti Mohd Hussin
Norashikin binti Baharudin
Siti Mariah binti Ibrahim
(PK KoKurikulum) Anna Syahrizat binti Alias
Nor Azlina binti Isa Yusliza binti Mohd Yusof
Ummi Rashidah (guru ganti)
(PK Petang)
Wan Zawawi bin Wan Ali

(PK Pendidikan Khas)

Content of This Template

PENGENALAN

Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam
kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius oleh
pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk
menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam
kehidupan seharian. Program ini akan diadakan selama 2 minggu, di mana
semua murid akan diberi BORANG PENGESAHAN PENGUASAAN SIFIR yang
memerlukan mereka untuk mendapatkan tandatangan ibu, bapa, penjaga dan
guru. Bagi mendapatkan tandatangan tersebut,murid-murid perlu membaca sifir
tanpa melihat buku sifir. Sasaran sifir yang ditetapkan ialah sifir 1, sifir 2, sifir 3,
sifir 4, sifir 5, sifir 6 bagi murid-murid Tahap 1, Pra Sekolah dan PPKI serta sifir
7, sifir 8, sifir 9, sifir 10 sifir 11 dan sifir 12 bagi murid-murid Tahap 2. Ini
bermakna, murid-murid perlu mendapatkan sebanyak 10 tandatangan bagi
setiap sifir yang berjaya dihafal. Murid-murid yang berjaya mendapatkan 10
tandatangan bagi setiap sifir dalam tempoh yang ditetapkan akan diberi sijil
manakala murid-murid yang berjaya menghafal SEMUA sifir lebih dari sifir yang
ditetapkan akan mendapat hadiah istimewa.

BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Program Anakku Cekap Sifir ini akan dijalankan
selama 2 minggu bermula dari Tarikh 11 April sehingga
23 April. Murid yang berjaya melengkapkan rekod
penguasaan melalui tandatangan mengikut tarikh yang
ditetapkan akan diberikan sijil. Manakala murid yang
berjaya menghafal lebih dari sifir yang sepatutnya akan
diberikan hadiah istimewa.

Penglibatan ibubapa dan penjaga sepenuhnya sebagai
Penyelia bagi anak-anak yang telah cekap sifir dan
memerlukan mereka untuk menandatangani borang
yang telah disediakan.

Borang TAHAP 1

❑ Murid perlu melengkapkan tandatangan
mengikut sifir yang WAJIB dihafalnya mengikut
masa yang ditetapkan bagi membolehkan
mereka layak mendapat SIJIL PENYERTAAN.

❑ Bagi murid yang BERJAYA melengkapkan
SEMUA tandatangan bagi borang ini akan
memdapat HADIAH ISTIMEWA.

❑ Murid dan ibubapa boleh menghubungi guru
Matematik kelas bagi mendapatkan
keterangan lanjut.

Borang TAHAP 2

❑ Murid perlu melengkapkan tandatangan
mengikut sifir yang WAJIB dihafalnya mengikut
masa yang ditetapkan bagi membolehkan
mereka layak mendapat SIJIL PENYERTAAN.

❑ Bagi murid yang BERJAYA melengkapkan
SEMUA tandatangan bagi borang ini akan
memdapat HADIAH ISTIMEWA.

❑ Murid dan ibubapa boleh menghubungi guru
Matematik kelas bagi mendapatkan
keterangan lanjut.

Panitia Matematik bagi pihak sekolah
merakamkan setinggi – tinggi ucapan terima

kasih kepada SEMUA IBUBAPA dan
PENJAGA murid yang sama – sama
membantu menjayakan Program ‘ANAKKU

CEKAP SIFIR’ ini.

Semoga usaha murni ini sedikit sebanyak
dapat meningkatkan lagi prestasi anak –
anak dalam subjek Matematik khasnya dan
berguna dalam kehidupan seharian mereka

amnya.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version