The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurinsyiray, 2021-05-30 10:42:25

PERANAN SYARIAH DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

MPU23052

PERANAN SYARIAH DALAM
SAINS,TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN

MPU23052
SAINS TEKNOLOGI &
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

❏ PENGHARGAAN

❏ PENGENALAN

❏ PERANAN-PERANAN SYARIAH DALAM

SAINS,TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN

I ❏ PERANAN AKIDAH DALAM HALA TUJU
S MANUSIA
I ❏ RUMUSAN
K ❏ RUJUKAN

A

N NASRULLAH BIN YUSOP
20DKA20F1050
D

U DKA2B

N

G

A MOHD DABIQ AIMAN
BIN BAHARIN
N 20DKA20F1042

DKA2B

1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan
limpahan rahmat serta nikmat nyawa, tenaga dan
masa yang dianugerahkan kepada kami. Dengan ini,
kami berjaya menyiapkan folio ini dengan jayanya.
Folio ini amat penting buat kami memandangkan
perkara ini merupakan sebahagian daripada tugasan
untuk Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam
Islam yang berkaitan tentang Peranan-Peranan
Syariah. Sekalung penghargaan untuk pensyarah
kami dan rakan seperjuangan yang banyak memberi
tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan. Bantuan yang diberikan amatlah kami
hargai.

2

PENDAHULUAN

Syariah adalah satu-satunya manhaj atau
jalan yang benar dan lurus.

Manhaj dapat mengawal manusia daripada
tergelincir dan terseleweng dari jalan yang
tidak benar.

Syariah menjadi panduan dalam segala
kegiatan manusia termasuklah dalam segala
aktiviti-aktiviti dalam sains dan teknologi.

3

PERANAN-PERANAN SYARIAH DALAM SAINS,
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

MEMELIHARA MEMELIHARA
AGAMA AKAL

MEMBAWA MANUSIA MEMELIHARA
UNTUK MENTAUHIDKAN KETURUNAN

DIRI KEPADA ALLAH MEMELIHARA
HARTA
MEMELIHARA
NYAWA 4

MEMELIHARA AGAMA

Peranan agama adalah nilai yang utama Sebarang penyelidikan dan kemajuan
untuk memelihara agama serta dalam dari sudut sains dan teknologi yang
pelaksanaannya. Sebarang perbuatan dilakukan oleh manusia akan membawa
yang boleh mengugatkan kesucian kepada satu kesimpulan iaitu
agama hendaklah dicegah sebelum kewujudan Sunnatullah (The Law of
ianya berlaku. Nature).

Syariah Islam menetapkan sebarang Pembinaan bangunan yang dilengkapi
kajian, ciptaan dan hasil sains dengan kecanggihan-kecanggihan dari
teknologi dan kejuteraan hendaklah peralatan akan menjadikan manusia insaf
diberikan kebaikan untuk memelihara tentang keagungan Allah SWT dan akan
agama dari tergugat dari sudut digunakan untuk kebaikan manusia
negatif. Setiap hukuman dan sejagat. Justeru itu, syariah islam
perundangan dalam syariah islam juga menetapkan hukuman bunuh terhadap
akan diambilkira kesannya kepada orang yang murtad serta mewajibkan
kemuliaan dan kesucian agama. berjihad memerangi kafir harbi.

5

MEMBAWA MANUSIA UNTUK
MENTAUHIDKAN DIRI KEPADA ALLAH

Tauhid menurut bahasa ertinya Zahirnya syariat menyuruh kita
mengetahui dengan sebenarnya Allah berusaha beramal, sedang hakikatnya
itu Ada lagi Esa. Menurut istilah, syariat melarang kita menyandarkan
tauhid ialah satu ilmu yang diri pada amal usaha itu supaya tetap
membentangkan tentang wujudlah bersandar pada kurnia Allah.
(adanya Allah). Kalimah ‘laa ilaha
illallah’ bermaksud tidak ada Tuhan
selain Allah.

Kalimah ini menunjukkan bahawa Konsep ini melahirkan konsep tawakkal,
manusia tidak ada tempat bersandar, dimana selepas kita berusaha, tetap
berlindung dan berharap kecuali kita perlu kepada Allah.
Allah. Tidak ada yang menghidupkan
dan mematikan, tiada yang memberi 6
dan menolak melainkan Allah.

MEMELIHARA NYAWA

Nyawa manusia adalah milik mutlak Allah yang wajib Islam juga menggalakkan manusia
dihargai dan disyukuri. Sebarang tindakan mengambilkira susuatu yang boleh
membunuh, samada diri sendiri atau orang lain adalah memberikan kesihatan dan kekuatan
haram kecuali membunuh atas sebab dibenarkan oleh kepada nyawa manusia. Contohnya,
syarak. Sebagai contoh, hukum bunuh boleh mengambil makanan yang halal dan
dikenakan ke atas pembunuh di bawah kes qisas. [Al- berkhasiat kepada kesihatan
An’am : 151]Syariat islam mengharuskan segala manusia. Begitu juga yang bersifat
benda yang boleh menyelamatkan nyawa. abstrak seperti zikrullah yang
membawa kepada kesihatan nyawa
Dalam waktu yang sama mengharamkan segala manusia.
sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia.
Pensyariatan hukum dalam islam mengambilkira
keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan
hokum-hukum pencegahan. Islam juga mengharamkan
bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh
nyawa manusia. Contohnya, segala bahan kimia yang
boleh membawa bunuh atau merosakkan diri manusia.

7

MEMELIHARA AKAL

Akal merupakan anugerah utama bagi Akal yang cerdas berada pada
komponen tubuh badan manusia. tubuh yang cergas. Segala aktiviti
Kemampuannya tiada tolak tandingannya. dan tindakan yang boleh
Kekuatan akal mampu berfikir secara mengancam keaslian, kemampuan
maksima menyamai kemampuan ribuan dan keselamatan akal adalah
komputer riba yang diletakkan memenuhi haram di sisi syariat Islam.
padang bola sepak. Saintis, teknokrat dan jurutera
hendaklah menghasilkan kajian
Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui dan ciptaan yang menggunakan
penjagaan makanan, minuman dan riadah minda. ketajaman minda. Bukan satu
Islam melarang segala perbuatan yang kecemerlangan dalam ilmu apabila
boleh menyebabkan berlakunya kerosakan ciptaan yang dihasilkan baik
pada akal seperti mengambil minuman yang dalam pelaksanaan, namun
memabukkan, pil-pil yang mengkhayalkan dan memberikan kesan buruk pada
bahan bacaan yang merosakkan ketajaman akal manusia.
minda.

8

MEMELIHARA KETURUNAN

Keingkaran dan ketidakpatuhan manusia kepada syariah telah mengakibatkan
perlakuan seks bebas dan merosakkan keturunan dan kehormatan. Kelahiran anak-anak
luar nikah, pembunuhan dan pengguguran bayi telah menjadi gejala yang berleluasa
dalam masyarakat hari ini. Demi memelihara tamadun manusia, akhlak dan
keturunannya al-Quran telah menjelaskan tentang aspek penghukuman yang tegas
terhadap jenayah zina.Hukuman bagi setiap kesalahan tersebut adalah hukuman hudud
atau ta’zzir. Justeru daripada itu, Islam mansyariatkan perkahwinan bagi memelihara
kesucian keturunan manusia.

Syariat Islam yang tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan
yang boleh merosakkan keturunan samada secara langsung atau tidak, seperti :

-Liwat -Istimna’ – Onani -Musahaqah – Lesbian -Mendedahkan aurat
berzina
-Berdua-duaan lelaki dan wanita -Zina atau tuduhan

-Bercakap atau menunjukkan aksi lucah -Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita

-Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram

9

MEMELIHARA HARTA

Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk
perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau
kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir
dan menspekulasi pasaran modal. Islam menetapkan
kewajipan mengeluarkan zakat bagi setiap muslim yang
telah mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul mempunyai
hak untuk terus mendapat keberkatannya.

Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas
halalnya. Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk
menghalalkan segala tindakan ke arah itu. Hukuman hudud
seperti potong tangan bagi yang mencuri dan ta'zir
menunjukkan syariat Islam memandang serius jenayah ini.
Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga
membawa kepada kematian dianggap mati syahid akhirat.

10

PERANAN AKIDAH DALAM HALA TUJU MANUSIA

Akidah merupakan perkara asas dalam Islam. Jika akidah terpesong, maka runtuhlah
pegangan Islam seseorang itu. Sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada
RasulNya dengan memberi fokus dan penumpuan yang serius terhadap persoalan akidah
supaya setiap orang Islam selamat akidahnya dan sejahtera kehidupannya di dunia dan
akhirat. Sejarah membuktikan bahawa selama lebih kurang tiga belas tahun Nabi
Muhammad s.a.w semasa di Mekah, telah membentuk dan menanam akidah yang benar di
kalangan sahabatnya. Kesannya sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. memiliki akidah yang
teguh, keyakinan yang tinggi terhadap Islam dan sentiasa bersedia menerima arahan dan
perintah daripada Rasulullah s.a.w untuk dilaksanakan.

Akidah memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan perjalanan hidup
seseorang. Akidah adalah penggerak dalam mencorakkan kehidupan seseorang muslim.
Akidah yang Iemah mengakibatkan seseorang itu mudah dipengaruhi dengan gaya hidup
negatif dan merosakkan. Berdasarkan penelitian secara kasar, mereka yang tidak memiliki
akidah yang jelas dan terpesong akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan dan
terdedah kepada berbagai-bagai kemungkaran, seperti melakukan jenayah, terlibat dalam
gejala keruntuhan moral dan lain-lain.

11

RUMUSAN

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada agama ,
nilai-nilai Islamiyyah seharusnya diterapkan dalam diri kita
agar tidak salah membuat pilihan ketika bekerja dan
sebagainya . Perlu diingatkan bahawa pekerjaan apa sekalipun
yang dilakukan , mestilah yang mendatangkan rezeki yang
halal dan diredhai di sisi Allah S.W.T dan disertakan dengan
niat yang baik selaras dengan hadis Rasulullah S.A.W
mafhumnya "Sesungguhnya setiap perbuatan itu disertakan
dengan niat" . Akhir kata , manusia itu dicipta oleh Allah
sebagai khalifah di muka bumi ini dan hidup merupakan satu
ujian terbesar yang diberikan oleh Allah . Jadi jangan lah
tersilap membuat pilihan yang boleh mendatangkan
kemudaratan kepada diri kita .

12

RUJUKAN

1.http://peranansyariah01.blogspot.com/201
7/03/peranan-syariah-dalam-sains-
teknologi.html

2.https://ms.wikipedia.org/wiki/Tauhid
3.http://jakimsabah.islam.gov.my/index.php?opti
on=com_content&view=article&id=133:peranan-
akidah-dalam-hala-tuju-hidup-
muslim&catid=32&Itemid=180&lang=ms

13

PERANAN SYARIAH DALAM
SAINS,TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN

MPU23052
SAINS TEKNOLOGI &
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


Click to View FlipBook Version