The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by accpesmobilee05, 2023-12-10 02:46:07

cabaran islam

cabaran islam

KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT SIJIL REKA BENTUK DAN PEMBUATAN PERABOT (SRP 1A) MPU 13012 PENDIDIKAN ISLAM TUGASAN DISEDIAKAN OLEH: Alif Syahmi Bin Mohd Zanuddin (B02SRP23F006) DISEDIAKAN UNTUK: Puan Nursuriati Binti Mohd Badli


ISI KANDUNGAN BAB 1 PENGENALAN. BAB 2 CABARAN YANG DIHADAPI UMAT ISLAM MASA KINI. BAB 3 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI CABARAN YANG DIHADAPI OLEH UMAT ISLAM. BAB 4 KESIMPULAN/PENUTUP. BAB 5 SUMBER RUJUKAN YANG DIAMBIL.


Pengenalan Cabaran-cabaran ke atas agama Islam, ajaran dan Syariatnya semakin hari semakin hebat. Tetapi pada masa sama Islam juga berkembang di serata pelusuk dunia dengan begitu pesat. Atas janji Allah dalam Al-Quran bahawa Islam itu agama yang sempurna, “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku-redhai Islam itu sebagai agama bagimu”( Al-Maidah : 3). Begitu juga dengan maksud ayat suci yang lain, iaitu, “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam” (Ali-Imran: 19). Sebagai umat Islam kita juga percaya akan kekuasaan Allah dalam pemeliharaan Islam sebagai agama yang diredhai itu. Namun, sifat Islam yang sempurna dan jaminan Allah tentang kelangsungan Islam di alam ini sehinggalah datangnya Hari Kiamat tidak bermakna kita umat Islam tidak perlu berusaha untuk menjelaskan tentang Islam dan merealisasikan kesempurnaannya. Keadaan ini juga tidak membenarkan kita umat Islam bertindak pasif dalam menegakkan hukum Syariah serta syiar Islam. Di sinilah munculnya kewajipan untuk setiap kita melakukan dakwah, mengajak ke arah kebaikan dan cara hidup Islam serta menegakkan hukum Allah yang jelas dan nyata.


5 CABARAN YANG DIHADAPI UMAT ISLAM MASA KINI 1) Penyebaran fahaman sekularisme Di antara jenis penyelewengan akidah yang berlaku secara meluas pada zaman moden ini ialah membebaskan diri daripada ikatan keagamaan dan merasakan agama Islam itu terlalu suci dan tidak boleh dicampuradukkan dengan urusan keduniaan seperti urusan sosial, politik, ekonomi dan lain-lain lagi.Apabila agama tidak lagi diperlukan dalam memenubi cita-cita hidupnya, maka agama akan mula disisihkan sedikit demi sedikit daripada ruang pemikiran dan realiti kehidupannya. Sekularisme merupakan suatu fahaman yang bersifat anti-agama dan anti-Tuhan. proses sekularisasi itu merupakan proses pembebasan manusia daripada kongkongan agama dan kawalan metafizik. peradaban Barat moden yang melanda umat Islam itu membawa semangat,fahaman, idea dan yang amat tidak serasi dan matlamat peradaban Islam. 2) Penyebaran Doktrin Barat Cita-cita Barat adalah untuk menjadikan semua orang di dunia ini hidup serupa dalam satu budaya.Mereka ingin melahirkan anak Muslim celupan Barat yang berwatak sekular dan jauh daripada akhlak Islam.Nilai dan pandangan hidup terhadap agama, kehidupan, manusia, sejarah, keyakinan atau kepercayaan terhadap kekuatan Islam dipesongkan supaya sentiasa mengagung kemampuan Barat.Dari sini, lahirlah berbagai-bagai ideologi moden seperti sekularisme, kapitalisme, nasionalisme dan sosialisme mengambil tempat Islam sehingga menjadi anutan dan pegangan umat Islam kini dalam seluruh lapangan hidup.


3) Pengaruh Teknologi Maklumat Tanpa Sempadan - Limpahan bahan-bahan media asing yang mempromosikan pengaruh-pengaruh budaya Barat yang akhirnya mendominasi setiap aspek kehidupan seorang Muslim.Kehebatan teknologi maklumat, komputer, teknologi telekomunikasi dan satelit mendominasi ruang lingkup kehidupan manusia.Terdedah secara berterusan apa juga bentuk penyiaran asing tanpa sebarang tapisan secara berkesan. 4) Pengaruh Hiburan - Hiburan semakin mewarnai kehidupan masyarakat, terutama remaja.Generasi muda mudah diresapi gejala-gejala kurang sihat yang ditiru bukan daripada ajaran agama, tetapi daripada budaya Barat.Mereka lebih menyenangi budaya pop, rock dan rap dan lebih mengenali penghibur-penghibur mereka daripada para sahabat Rasulullah SAW dan tokoh ulama islam.Apabila gejala ini berlaku, generasi muda akan mudah terputus daripada akar budaya ketimuran dan agama mereka sendiri. 5) Pengaruh Fesyen atau gaya Barat Generasi muda hari ini hilang keyakinan pada diri sendiri yang tercermin dalam perlakuan mereka yang terikut-ikut dengan fesyen dan ragam watak-watak yang dipuja-puja baik dari segi corak pakaian, fesyen rambut dan aksesori yang dipakai.Dari segi personaliti pula, golongan muda ini boleh dianggap sebagai tidak memiliki peribadi sebenar kerana sebahagian daripada diri mereka adalah imitasi dan imej orang lain.


Lima langkah-langkah mengatasi cabaran yang dihadapi oleh umat islam 1) Peranan institusi Peranan institusi dakwah Islam dinilai semula objektif dan matlamatnya, pendekatan atau teknik dakwahnya, media atau peralatan dakwahnya dan sasarannya untuk memastikan keberkesanannya dan kejayaan peranannya. Bilangan pendakwah perlu ditambah dan mereka diberikan latihan sewajarnya supaya mereka dapat menghadapi masyarakat dengan penuh hikmah dan bijaksana dalam memberikan bimbingan dan pendidikan agama. 2) Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia Memperkasakan bidang pendidikan dan nilai-nilai agama. Menjadikan pendidikan Islam sebagai satu proses pendidikan berterusan yang wajib dihadiri oleh masyarakat Islam, terutamanya golongan lepasan sekolah dan graduan universiti.Perlu mengambil bidang tersebut.Menterapkan mata pelajar pendidikan islam setiap kursus yang di ambil.Sepatutnya bidang ini perlu diajar dari bangku sekolah lagi. 3) Peranan setiap individu Setiap individu Muslim supaya senantiasa mengamalkan ajaran Islam dalam semua aktiviti kehidupan dan sentiasa merujuk kepada ahli-ahli agama di dalam setiap perkara berkaitan agama dan kehidupan yang tidak diketahui.Contohnya memilih kawan yang baik.Selain itu,Jangan mudah terpedaya dengan anasir luar.


4) Peranan ibubapa • Ibubapa hendaklah memberikan perhatian yang cukup untuk anak-anak mereka agar tidak terbabit dengan masalah yang menyebabkan mereka lalai kepada tuntutan agama mereka. • Ibubapa hendaklah menanamkan sifat ambil tahu mereka terhadap keadaan anak-anak mereka. 5) Peranan media sosial • Media sosial haruslah menjadi platform untuk menyebarkan maklumat tentang agama Islam adalah sebagai agama yang mengamalkan sifat kedamaian. • Media sosial perlulah memaparkan perkara yang benar tentang Islam agar masyarakat bukan Islam tidak memandang buruk akan agama Islam. KESIMPULAN/PENUTUP. Setelah mengenali secara umum beberapa cabaran umat Islam, kita dapat mengenal pasti faktor yang menghalang umat daripada bangkit semula mengambil tempatnya sebagai guru dan pemimpin dunia. Adalah menjadi tanggungjawab kita yang prihatin dan peka dengan masa depan umat untuk melakukan muhasabah dan belajar daripada sejarah lampau untuk membolehkan kita menyusun langkah teratur dalam menuju masa depan yang gemilang.


Kita perlu menoleh ke belakang untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripada generasi lalu dan melihat ke hadapan dengan perancangan teratur bagi membolehkan umat Islam terus melangkah dengan yakin dan bertawakal kepada Allah. Imam Malik r.a. berkata: “Tidak akan baik golongan yang terakhir darpada umat ini kecuali dengan apa yang sudah baik umatnya yang terdahulu.” SUMBER RUJUKAN YANG DIAMBIL . 1. https://www.ukm.my/kamal3/motivation/Cabaran%20umat%20Islam%20masa%20kini.htm 2. https://www.muftiwp.gov.my/ms/media-menu/penerbitan/suara-pemikir/2153-cabaran-utama-umat-islam-di-malaysia 3. https://eprints.um.edu.my/2650/1/JAT_Bil6_DrRoslan.pdf 4. https://www.scribd.com/document/641628748/Untitled 5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_di_Malaysia


Click to View FlipBook Version