The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Arif Fahmi, 2021-06-30 09:40:42

Tokoh Pemimpin Johor - Dato' Haji Azmi bin Rohani

Tokoh Pemimpin Johor

TOKOH PEMIMPIN
JOHOR

YANG BERHORMAT

DATO’ HAJI AZMI BIN ROHANI

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

DISEDIAKAN OLEH :
AINUR FITTRAH BINTI GHAZALI
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP SUNGAI SAYONG (INTEG )

TENTANG SAYA ...

NAMA : Ainur Fittrah Binti Ghazali

KELAS : 5 Cemerlang

ALAMAT E-MEL : [email protected]

SEKOLAH : Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Sayong,
Felda Sungai Sayong.
81000 Kulai, Johor.

PENDAHULUAN

Tokoh pemimpin Johor yang saya pilih ialah Dato’ Haji Azmi bin Rohani. Saya sangat kagum
dan bangga terhadap beliau. Beliau mempunyai banyak persamaan dengan diri saya. Mari
ikuti kisah beliau dalam buku skrap ini.

Saya menggunakan beberapa jenis peta pemikiran dalam buku skrap ini. Antaranya ialah
peta buih, peta alir dan juga peta buih berganda. Saya memilih peta pemikiran supaya kisah
beliau lebih mudah difahami.

Banyak nilai murni yang boleh dicontohi daripada Dato’ Azmi Rohani. Saya menanam cita-
cita untuk mencontohi dan berjaya seperti beliau. Jom !

DATO, HAJI AZMI BIN ROHANI

Dato’ Haji Azmi bin Rohani dilahirkan di Segamat pada tahun 1966. Pada 1967 ayahnya membawa
keluarga berpindah ke Felda Sungai Sayong, Kulai. Beliau tinggal dan membesar di Felda Sungai
Sayong. Kehidupan dan kesusahan hidup sebagai anak peneroka tidak menjadi penghalang bagi beliau
dalam pelajaran. Beliau berusaha gigih dan membuktikan anak Felda boleh berjaya. Beliau sekarang

bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.





Beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Johor pada 2017 diusia 49 tahun. Beliau mengangkat sumpah selaku
Setiausaha Kerajaan Johor yang baharu, pada 1 Januari. Istiadat pelantikan beliau disempurnakan di Istana Bukit Serene,

dengan kurniaan watikah pelantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.





BIODATA DIRI TOKOH

JAWATAN : TARIKH LAHIR : ASAL :
Setiausaha Kerajaan 16 April 1966 Felda Sungai Sayong,

Negeri Johor YB DATO’ HJ Kulai, Johor
AZMI BIN
ANAK : ROHANI UMUR :
4 orang 55 tahun
ISTERI :
Datin Dr. Hajah Noor
Azizah binti Abdul Latiff

Kediaman keluarga Dato’ Azmi di Felda Sungai Sayong sekarang
didiami oleh abang beliau.

PENDIDIKAN

Pendidikan awal Pendidikan Tingkatan 6 di Ijazah Sarjana Ijazah Sarjana
di SK LKTP menengah di Sekolah Melayu Muda Sains Pembangunan
Sungai Sayong SMK Sultan Pembangunan
(INTEG) Ghafar Baba Sumber
Alauddin (Pengurusan dan Manusia
Ekonomi)

KERJAYA TOKOH

PEN. PEGAWAI DAERAH PEN. PENTADBIR TANAH PEGAWAI TADBIR PENOLONG PENGARAH
Pejabat Daerah Muar Pejabat Tanah Kluang Jabatan Pengairan & Saliran Pejabat Tanah & Galian
(1992) (1995) Johor -(2004)
Johor - (1997)

PENGARAH LANDSKAP KETUA PEN. PENGARAH PENTADBIR TANAH TIMBALAN PENGARAH II
Negeri Johor Pejabat Tanah & Galian Pejabat Tanah Kota Tinggi Pejabat Tanah & Galian
(2006) Johor – (2007) Johor – (2011)
(2008)

TIMBALAN PENGARAH I PENGARAH
Pejabat Tanah & Galian Pejabat Tanah & Galian
Johor – (2012)
Johor – (2014)

SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
(2017)

SUMBANGAN TOKOH

Dato’ Azmi banyak menyumbang dalam memberikan buah fikiran terhadap program dan pembangunan masyarakat
muda di kawasan rancangan Felda. Beliau suka melihat generasi muda Felda terus bergiat dalam aktiviti komuniti dan
kemasyarakatan seterusnya membawa kepada kemajuan masyarakat Felda sendiri.

Selain itu, sumbangan yang diberikan oleh beliau tidak dapat diukur secara objektif kerana beliau merupakan seorang penjawat
awam. Namun, dengan pelantikan beliau sebagai Setiausaha kerajaan Johor, membuktikan kewibawaan dan kebolehan beliau

dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Begitu banyak jasa dan sumbangan beliau ketika berkhidmat dengan pelbagai pejabat
kerajaan sepaanjang tempoh perkhidmatan sebelum dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Johor.

NILAI

Sumbangan segala tenaga serta pandangan Beliau sentiasa membantu keluarganya dan
agar ia dapat lebih mensejahterakan Felda berkongsi kejayaannya kepada anak-anak
dan negara kita. felda terutamanya di kampung halamannya
Felda Sungai Sayong.
Dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan,
membentuk jiwa dan jati dirinya menjadi Serba kekurangan sebagai pengalamannya
lebih tegar . lebih menghargai segala kemudahan yang ada
hari ini. Pengalaman seperti itu akan sentiasa
Bersungguh-sungguh terhadap pelajaran dan apa membendung kita daripada rasa ego, sombong
juga kekurangan yang dialami, dijadikan pembakar diri, dan lupa asal usul.
semangat untuk membaiki kehidupan diri dan
keluarga.







PENUTUP

Lelaki DATO’ Generasi SAYA Perempuan
AZMI Felda Sg.
Pemimpin BIN Sayong Pemimpin di
organisasi/ ROHANI sekolah.
Warga
negeri. SK LKTP Bercita-cita
Sg. Sayong mencontohi
Telah berjaya
dalam tokoh.

kehidupan.

Kesimpulannya, tokoh yang saya pilih telah menunjukkan banyak contoh yang baik. Beliau telah berjaya menjadi seorang
pemimpin yang berjaya. Saya akan berusaha untuk mencontohi beliau di masa akan datang.

SUMBER RUJUKAN...

Buku Akar Kami – Kisah Inspirasi Tokoh Profesional Generasi FELDA
Terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2017
Akhbar Jauhar Bil. 18 Tahun Kedua – 1 Jan-15 Jan 2017
(di pautan https://fliphtml5.com/qprz/xsbs/basic)

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor.

KREDIT FOTO
Laman Facebook : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Royal Press Office

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor.

Ibu dan bapa & Guru –guru SK LKTP Sungai Sayong


Click to View FlipBook Version