The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR AQILAH BINTI ZAMRI_11D_PERBINCANGAN 2 MINGGU 10 BMMB3193

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 749-3-aqilah, 2022-10-12 09:40:07

NUR AQILAH BINTI ZAMRI_11D_PERBINCANGAN 2 MINGGU 10 BMMB3193

NUR AQILAH BINTI ZAMRI_11D_PERBINCANGAN 2 MINGGU 10 BMMB3193

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
SUNGAI PETANI, KEDAH

BMMB3193
PENGANTAR KESUSASTERAAN MELAYU

MINGGU 10:

PERKEMBANGAN TEORI SASTERA DI MALAYSIA

NAMA: NUR AQILAH BINTI ZAMRI
KELAS: 11D

NAMA PENSYARAH: DR ARFAH BINTI AHAMAD

SOALAN:

ISU PERBINCANGAN:
3.00 - 4.00 ptg
1. Berdasarkan buku Pengantar Kesusasteraan Melayu (dan lain-lain
bacaan anda), jelaskan perkembangan teori sastera di Malaysia.

Perbincangan anda dalam bentuk esei dan muat naik dalam bentuk
flipp book secara individu.

PERKEMBANGAN TEORI SASTERA DI MALAYSIA

Perkembangan awal bidang ilmu teori sastera di Malaysia bermula dengan kemasukan teori
sastera dari Barat. Teori Barat muncul melalui proses seperti penulisan oleh sarjanan melalui
buku terjemahan dan buku persendirian, sistem pendidikan di institut pengajian tinggi dan
amalan kritikan umum oleh tokoh sarjana sastera.

Seawal tahun 1950-an teori-teori moden kesusasteraan dari Barat mula muncul dalam
Kesusasteraan Melayu di Malaysia. Walaubagaimanapun, dalam tahun 1960-an hingga 1980-
an, teori sastera Barat mula bertapak dan menjadi sebahagian daripada keluarga sastera
Melayu. Maka, muncullah dalam kalangan penulis, pengkritik dan pembicara sastera Melayu
yang mampu menguasai dan menjadi penganut teori-teori Barat. Pada dekad 1960-an
pendekatan kemasyarakatan mendapat tempat dalam kalangan pengkritik tempatan selaian
pendekatan formalistik.

PERKEMBANGAN TEORI SASTERA DI MALAYSIA

Di samping itu, pada tahun 1970-an pendekatan sosiologi mula mendapat tempat dan
tumpuan adalah pada kehidupan kota dan desa. Hal ini keranan karya-karya yang dihasilkan
menyentuh kehidupan desa dan kota. Tokoh yang banyak menggunakan pendekatan ini ialah
Ramli Isin.

Pendekatan formalistik atau pendekatan struktural juga mendapat tempat dalam kalangan
sarjana tempatan. Di Malaysia, Hashim Awang menggunakan istilah struktural manakala
Yahya Ismail menterjemahkannya sebagai pendekatan antologikal. Dalam pendekatan ini,
pengkritik melihat karya dari aspek struktur atau bentuk karya seperti tema, plot, watak, gaya
bahasa dan beberapa unsur lain.

Pendekatan moral pula mengaitkan aspek tentang norma, nilai-nilai serta sistem
kepercayaan seperti agama bagi masyarakat yang memiliki dan mengamalkannya.

PERKEMBANGAN TEORI SASTERA DI MALAYSIA

Kebanyakan pegkritik pendekatan moral hanya menyentuh secara sepintas lalu atau
menyelitkan pandangannya terhadap aspek moral pada karya yang dikritik. Dalam kritikan,
pendekatan moral diaplikasikan secara bercampuk aduk dengan pendekatan sosiologi.

Perkembangan pendekatan moral di Malaysia pada tahun 1970-an memberi tumpuan
pada aspek sastera Islam. Antaranya, Shahnon Ahmad memperkenalkan pendekatan moral yang
tertumpu kepada sastera Islam. Seterusnya, sejak sekian lama kesusasteraan di Malaysia
bertumpu atau bergantung kepada teori sastera dan pendekatan kritikan Barat.
Walaubagaimanapun, pada penghujung tahun 1980-an, para sarjana sastera di Malaysia mula
menyedari kelemahan teori sastera Barat. Mereka mendapati teori-teori sastera Barat amat
sukar untuk melihat pandangan hidup masyarakat Melayu yang terdapat dalam karya-karya
sastera Melayu diteroka dengan sebaik-baiknya kerana teori dan kritikan Barat tidak sampai
kedalaman jati diri Melayu dan Islam.

PERKEMBANGAN TEORI SASTERA DI MALAYSIA

Justeru, muncul kesedaran akan keperluan untuk memiliki teori sastera dan teori kritikan
Melayu yang tersendiri dan sesuai dengan unsur setempat. Kecenderungan untuk menggunakan
pendekatan baharu ini wujud apabila pada penghujung tahun 1970-an berlaku polemik
kesusasteraan Islam antara Shahnon dan Kasim Ahmad yang telah mencetus benih teoretikal
dalam kerangka pembinaan teori-teori kesusasteraan Melayu berasaskan Islam dan jati diri
Melayu di negara ini.

Teori-teori kesusasteraan dan kritikan Barat tidak mungkin dapat mengjangkau
ketinggian falsafah kehidupan orang-orang Melayu dan Islam. Shahnon AHmad ialah tokoh
terawal yang memisahkan diri daripada teori-teori Barat dan mengisytiharkan diri sebagai
peminat serta pengamal sastera Islam. Manakala teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim
Awang pula menggabungkan nilai Melayu dan Islam sebagai asas pembinaan.

PERKEMBANGAN TEORI SASTERA DI MALAYSIA

Seterusnya, Teori Puitika Sastera Melayu diasaskan pada tahun 1989 oleh Muhammad Haji
Salleh yang juga Sasterawan Negara adalah bertunjangkan kepada konsep keindahan yang
mendasari sastera Melayu Tradisional. Pada masa yang sama, teori ini juga mencari makna di
sebalik keindahan tersebut dengan aspek-aspek yang berada di luar teks seperti budaya, sikap,
pandangan hidup, sejarah dan alam sekitar dalam masyarakat Melayu. Terdapat lima ciri
puitika sastera Melayu adalah keindahan dalam mengajar atau mendidik, keindahan dalam
pengungkapan kesedihan dan kesusahan, keindahan dan penceritaan, keindahan dalam rasa
dan keindahan yang asli.

Di samping itu, Teori Pendidikan Estetika oleh Mohd Affendi Hassan meneliti karya sastera
daripada segi maknanya kepada pembentukan kehidupan manusia yang beradab. Seterusnya,
mucul pula Teori Persuratan Baru oleh Mohd Affendi adalah hasil pemurniaan dan pemantapan
idea-idea awal dalam kajian beliau sebelumnya.

PERKEMBANGAN TEORI SASTERA DI MALAYSIA

Bukan itu sahaja, Teori Takmilah oleh Shafie Abu Bakar digerakkan atas asas agama Islam.
Prinsip asas teori ini ialah tauhid. Tauhid ialah paksi yang mencirikan keislaman dan
membezakannya daripada agama dan pegangan yang lain.

Akhir sekali, Teori Pengkaedahan Melayu yang dikemukankan oleh Hashim Awang juga
berlandaskan dan berasakna kepada Islam. Teori Pengkaedahan Melayu terbahagi kepada dua
pengkaedahan. Pertama, Pengkaedahan Alamiah dan kedua, Pengkaedahan Keagamaan. Dalam
pengkaedahan ini, terdapat pula pendekatan yang menunjukkan teoretikalnya.

Kesimpulannya, teori-teori Barat mendasari pemikiran intelektual Melayu dalam melihat
dan meneroka teks karya Melayu sehingga banyak ruang kosong gagal ditampung oleh teori-
teori Barat. Oleh itu, jelaslah jika kelemahan yang terdapat dalam teori-teori Barat diketahui,
maka memberi peluang kepada pemikir Melayu untuk meneroka hasil karya sastera Melayu
agar selaras dengan cara hidup orang Melayu.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version