The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PKMD30622 Alif Rasydan Bin Amiza, 2023-03-08 10:46:59

Tugasan 1 ( BMKT )

Tugasan 1 ( BMKT )

E-portfolio Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) Alif Rasydan Bin Amiza


Isi Kandungan Asal-usul dan sejarah pembentukan BMKT Prinsip Nahu ( Kata dasar ) Senarai ahli jawatankuasa komunikasi seluruh Prinsip nahu ( kata pengecualian ) Prinsip nahu ( Kata seerti ) Prinsip nahu ( Kata majmuk ) Prinsip nahu ( Kata ringkas)


Asal-usul dan sejarah pembentukan BMKT 1978 Bahasa Melayu Kod Tangan ( BMKT) ini mula diperkenalkan pada bulan Mac oleh ahli jawatankuasa yang telah dipengerusikan Profesor Asmah Haji Omar dan para pendidik murid kurang upaya pendengaran / pekak (Shahrul Arab'iah, 2001). 1978 Pada 13 sehingga 24 November pula, ahli jawatankuasa kerja komunikasi seluruh ini mengambil kesempatan dengan memperkenalkan lagi bahasa isyarat yang telah digubal itu dengan mengajarnya bagi "Kursus Dalam Perkhidmatan Komunikasi Seluruh bagi Guru-guru Khas Kanak-kanak Pekak" yang diadakan pertama kalinya di RECSAM, Pulau Pinang. 1982 Bukan itu sahaja, malah pada 2 sehingga 7 Ogos di RECSAM, Pulau Pinang juga Puan Saleena Yahaya telah memperbaiki dan melengkapkan lagi kodkod tangan itu dengan bantuan guru-guru Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang.


Asal-usul dan sejarah pembentukan BMKT Kod tangan Bahasa Melayu (BMKT) ini diwujudkan berdasarkan asas-asas tatabahasa daripada prinsip-prinsip Bahasa Melayu sepertimana yang didengar, ditutur, ditulis, dibaca dan difahami oleh pengguna bahasa Ibunda / Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1985). BMKT juga diperturunkan ke dalam bahasa tulisan kerana tiada sebarang perbezaan tentang struktur dan semantik dalam Bahasa Melayu BMKT juga amat penting kerana merupakan salah satu medium untuk berkomunikasi dengan individu pekak menggunakan tatabahasa Melayu yang baku (Hasuria Che Omar, 2009).


Senarai Ahli Jawatankuasa Komunikasi Seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja Komunikasi Seluruh yang merancangkan penggubahan Bahasa Malaysia Kod Tangan untuk Orang-orang Pekak Orang pertama melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan di sekolah kanak-kanak pekak pada tahun 1959 Dato' Saleena Yahaya Isa Sekolah Kebangsaan Perempuan Kampung Bharu, Kuala Lumpur Puan Liew Yoon Loy


Prinsip Nahu (kata dasar) # Kata dasar merujuk kepada kata yang menjadi pokok daripada kata terbitan tanpa sebarang imbuhan contohnya : Kuat Makan Minum


Prinsip Nahu ( kata majmuk ) Lalu lintas Gulung tikar Kata majmuk merujuk kepada gabungan dua atau tiga perkataan yang mempunyai satu maksud / pengertian


Kata seserti ialah kata-kata yang sama ertinya dalam sesuatu bahasa seperti ; Prinsip nahu ( kata seerti ) Cantik Molek Sayang Cinta


Prinsip nahu ( kata pengecualian) Merupakan perkataan-perkataan yang dikecualikan dari Kod Kata Dasar yang telah disediakan dan perkataan ini mempunyai kodnya yang tersendiri, contohnya perkataan belajar dan pelajar mempunyai kod dasarnya yang tersendiri dan tidak diberikan imbuhan pada kod dasar 'ajar' tersebut Pelajar Kedua-dua belah tangan 'p' terbuka jari menghadap depan, tapak juga menghadap antara satu sama lain pada paras dada lalu digerakkan ke bawah. Belajar Tapak tangan kiri terbuka menghadap ke atas, tangan kanan dikenakan pada tapak tangan belah kiri lalu diangkat sehingga menyentuh dahi.


Prinsip nahu (kata ringkas) Merupakan perkataan-perkataan dalam Bahasa Malaysia yang diringkaskan dari dua, tiga atau lebih menjadi satu perkataan sahaja seperti ; Cikgu -> encik guru tiada -> tidak ada pawagam-> panggung wayang gambar semua perkataan ringkas tersebut tidak mempunyai kod-kod yang tersendiri tetapi perlu dieja kecuali pada perkataan-perkataan yang lazim digunakan misalnya, cikgu menggunakan kod 'c' sama seperti guru


Sumber Rujukan : Kementerian Pelajaran Malaysia. (1985). Komunikasi seluruh: Bahasa ......Malaysia, Kod Tangan (Jilid Satu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa ......dan Pustaka Shahrul Arba’iah (2001). Implikasi Penggunaan Kod Tangan Bahasa ......Melayu Terhadap Pencapaian Perbendaharaan Kata dan Ejaan ......di kalangan Pelajar Bermasalah Pendengaran Tingkatan 2 di ......Kuala Lumpur. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan , UKM. Hasuria Che Omar. (2009). Penterjemahan dan Bahasa Isyarat. ......Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Komunikasi Seluruh ......Bahasa Malaysia Kod Tangan (Vol.1). Dewan Bahasa dan Pustaka ......Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur


Click to View FlipBook Version