KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK
BERCUTI KE
MELAKA
Penulis: Yuri, Chong Yi Xuen, Ng Yi Xin, Janice Liew
Pada cuti sekolah yang lalu, keluarga saya
bercadang bercuti ke Melaka. Saya dan adik saya
bangun awal pada hari itu kerana kami hendak
menyediakan pakaian dan membantu ibu
menhidangkan sarapan untuk sekeluarga. Pada
pukul 8 pagi, kami sekeluarga menaiki kereta bapa
dan bertolak ke Melaka.
Kami sangat teruja. Dalam sepanjang perjalanan,saya
dan keluarganya berbual-bual sambil makan makanan
ringan.pada pukul 10 pagi, kami tiba di destinasi.kami
pergi ke hotel untuk meletakkan bagasi kami.setelah
kita menetap, kita melawat ke A'Famosa. Kami
mengambil banyak gambar menggunakan kamera yang
canggih. Selain itu, kami juga makan banyak makanan
yang digemar oleh orang ramai seperti sate celup,
bebola nasi ayam,asam laksa dan sebagainya. Rasa
。makanan itu tidak dapat kami lupaka
Selain itu,kami juga melawat ke Chris Church
Melaka.Gereja yang berwarna merah itu dibina pada
tahun 1753. Kemudian,kami menaiki beca yang
dihiasi dengan tema kartun seperti Hello Kitty,
Doraemon, Mickey Mouse dan sebagainya. Kami juga
pergi ke Jongker Street. Di sana, saya melihat banyak
pelancong asing. Banyak gerai yang menjual
cenderamata, makanan ringan, baju, alat permainan
dan lain-lain. Saya membeli baju dan makanan
ringan yang lazat seperti popiah, susu kocak kelapa
dan ais lilin. Selepas bersiar-siar,kami berasa sangat
penat dan letih. Kami pulang ke hotel untuk berehat
dan bersedia untuk hari kedua.
Pada keesokan harinya, ayah membawa kami ke
Taman Mini Malaysia dan ASEAN di Ayer Keroh.
Di sana, aku dapat melihat replika rumah
tradisional Melayu dari beberapa buah negeri.
Kami juga menaiki bot dan menikmati
pemandangan yang indah.Kami mengambil
banyak gambar yang menarik.
Selepas itu, kami makan tengah hari di restoran
yang berdekatan dengan hotel. Kemudian, kami
mengemas barang-barang dan mendaftar dari
hotel. Kami pulang ke rumah dengan hati yang
ceria. Saya berharap berpeluang untuk melawat
ke Melaka sekali lagi.
Nilai Murni:
-menambah ilmu pengetahuan supaya tidak
menjadi katak di bawah tempurung
-mengeratkan hubungan antara ahli
keluarga