The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SYARIFAH NUR SYAFIQAH BT WAN ABDUL HALIM, 2021-11-26 13:48:07

MODUL BENGKEL ASAS PENYUNTINGAN CAPCUT

MODUL BENGKEL ASAS PENYUNTINGAN CAPCUT

BENGKEL ASAS
PENYUNTINGAN
VIDEO CAPCUT

KUMPULAN 2 SEKSYEN 1 1
BBD 30502 SOSIOLOGI PENDIDIKAN
SEMESTER 1 2021/2022

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Disclaimer

PENAFIAN: Bahan-bahan di dalam modul ini adalah sebagai yang
terkandung dalam modul Knowledge Transfer Program (KTP) ini adalah
untuk tujuan latihan sahaja. Maklumat yang didapati dalam modul ini
boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan
pihak Jabatan Ikhtisas Pendidikan dan Siswazah (JIPS), Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), UTHM. FPTV UTHM tidak
bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan
maklumat yang dipaparkan dan FPTV berhak membuat sebarang
perubahan tanpa sebarang notis dan tidak akan bertanggungjawab
terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan
modul ini. Sekiranya ada mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi
kandungan dalam modul ini kurang tepat atau tidak mendapat
kebenaran dari pemilik sumber yang dirujuk mohon memaklumkan
kepada pihak kami untuk ditambah baik atau dikeluarkan dari kandungan
modul ini.

Editor

1. HAFIZUL ILMI B BHARURAJI
2. MUHAMMAD AMIRUL IZZAT B HARRIS IRMAN
3. SYARIFAH NUR SYAFIQAH BT WAN ABDUL HALIM
4. SITI NURUL AISYAH BT MOHD TARMIZI
5. MUHAMMAD AFIF B MUHD AZLAN
6. AKMAL NAJIHAH BT IBRAHIM
7. NUR SYUHADA BT MOHD SUHAILI
8. NUR HAZIRAH BT ROZMAN
9. MUHAMMAD HARIZ AKMAL B ABDUL RAZAK
10.MUHAMMAD FIRDAUS B FAHRURRAZI
11. NUR IZATI BT ROZMAN

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 2

TOPIK PEMBELAJARAN

1. PENGENALAN CAPCUT
2. LANGKAH TRIM & INSERT AUDIO
3. LANGKAH INSERT TEXT
4. LANGKAH INSERT STICKER
5. LANGKAH OVERLAYS
6. LANGKAH EFFECT
7. LANGKAH FILTER
8. LANGKAH FORMAT
9. LANGKAH REMOVE BACKGROUND
10.LANGKAH ADJUST
11.LANGKAH KEYFRAME

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 3

BAB 1 PENGENALAN CAPCUT

Dalam era Covid 19, sudah ramai para guru mula menyediakan video pengajaran sendiri,
tetapi untuk lebih menarik boleh menggunakan editor Capcut iaitu satu aplikasi yang popular
di ‘Playstore’ untuk menyunting video pengajaran dengan menggunakan fitur-fitur di dalam
Aplikasi Capcut agar lebih menarik untuk ditonton pelajar. Fitur-fitur di dalam aplikasi Capcut
seperti memasukkan 'Effects', 'Extract Audio', 'Mask and Splice' serta 'Voiceover‘. Aplikasi ini
mempunyai unsur minimum dan maksimum warna yang membuatkan pengguna tidak akan
bosan menggunakannya. Aplikasi ini juga boleh dimuat turun secara percuma di ‘Playstore’
dan tidak mempunyai watermark. CapCut merupakan aplikasi editing video dalam
smartphone Android milik ByteDance Ltd. Sebelum ini aplikasi ini bernama Viamaker
sebelum diubah kepada Capcut. Sejarah aplikasi ini dikeluarkan pada April 2020 daripada
negara China.

Pengenalan video adalah coretan kecil yang akan membolehkan orang melihat apa yang
menantinya dalam video, ia akan sangat mudah dilakukan sebagai pengenalan kecil itu.
Cukup untuk menarik minat dan perhatian orang. Aplikasi ini juga salah satu aplikasi yang
paling banyak menggunakan fungsi jenis ini biasanya YouTube dan di rangkaian sosial di
mana boleh berkongsi video dengan kandungan yang lebih panjang, biasanya aplikasi lain
digunakan untuk video pendek, gif dan meme.

Bagi pencipta video panjang, perkara yang paling penting adalah untuk menarik minat
orang saat pertama daripadanya. Untuk ini, membuat pengenalan yang akan menjadikan
menarik adalah seperti ia tidak boleh lebih dari 10 saat, memberikan maklumat yang
diperlukan dan memilih audio yang bersesuaian, mempunyai isi yang berbeza dan menarik
minat serta memberikan perincian topik. Setiap kali menyimpan video pada peranti mudah
alih, menentukan pilihan untuk memilih saiz dan kualiti video, semakin tinggi kualiti video,
semakin besar ukuran atau beratnya, pilih kualiti yang bersesuaian dan tunggu video
disimpan dengan betul.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 4

BAB 2 LANGKAH TRIM & INSERT AUDIO

1. Pada bahagian interface/antara muka (home) perhatikan di bahagian bawah terdapat 4
ikon iaitu :
- ikon gunting (editing)
- ikon template
- ikon inbox
- ikon me

2. Klik ikon gunting dan klik new project

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 5

3. Pilih video dan gambar mengikut storyboard/flow video line yang akan disuntingkan pada
bahagian videos dan photos.

4. Pada bahagian playback screen akan dipaparkan skrin yang menunjukkan video yang
akan di edit.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 6

5. Klik pada timeline

6. Border berwarna putih (playback time) akan keluar serta merta di mana ia adalah indikator
yang akan disunting oleh pengguna pada masa tertentu.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 7

KAEDAH TRIM
a) KAEDAH PERTAMA
1. Gerakkan garisan putih pada bahagian video yang hendak dikekalkan.

2. Tarik kan hujung border putih ke garisan putih.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 8

b) KAEDAH KEDUA
1. Gerakkan garisan putih kepada bahagian yang hendak dibuang.

2. Klik ikon split pada bahagian video yang hendak dibuang.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 9

3. Hasilnya video asal akan terbahagi atau pecah kepada dua bahagian.

4. Pilih bahagian video yang hendak hendak dibuang dan tekan ikon delete pada ruangan
opsyen dan toolsbar dibawah.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 10

KAEDAH MEMASUKKAN AUDIO
1. Klik pada ikon audio pada ruangan opsyen dan toolsbar di bawah

2. Tekan pada butang sound

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 11

3. Tekan pada from device/your sounds jika hendak memasukkan muzik yang sedia ada
pada telefon / laptop.

4. Atau tekan pada recommended iaitu audio yang telah disediakan dari capcut.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 12

Berikut merupakan fungsi lain bagi beberapa features lain yang digunakan semasa
menyunting audio:

LOGO FUNGSI
Digunakan sekiranya pengguna hendak
Volume menyunting video untuk mendapatkan
bunyi yang jelas.
Extract Audio Digunakan untuk menghapuskan suara
audio asal video disetiap timeline.

Mute Clip Audio Digunakan apabila pengguna hendak
memasukkan suara asal pada bahagian
timeline.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 13

BAB 3 LANGKAH INSERT TEXT

1. Pada bahagian ‘text’ ini, pengguna mestilah tekan pada bahagian bawah yang ada tulis
‘text’.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 14

2. Sebelum itu, pengguna haruslah menaip perkataan atau ayat yang pengguna ingin
masukkan dan terus menggunakan menu-menu yang ada.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 15

3. Selepas itu, aplikasi capcut tersebut memaparkan menu yang ada untuk bahagian
‘text’ seperti style, effects, bubble dan animation.

4. Setelah selesai meletakkan perkataan atau ayat, pengguna boleh mengubah mengikut
citarasa dan idea pengguna dengan menggunakan menu yang ada.

5. Bagi menu style, kita boleh melihat terdapat pelbagai jenis style yang boleh digunakan
mengikut pengguna seperti, mengubah warna perkataan, meletakkan paparan
belakang, menjadikan perkataan atau penulisan mempunyai bayang-bayang dan
sebagainya.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 16

6. Bagi menampakkan text yang lebih menarik, pengguna boleh masukkan effects yang

ada dalam capcut tersebut. Banyak pilihan yang ada untuk memastikan penggunaan
text nampak menarik.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 17

7. Selepas itu, pengguna juga boleh menggunakan menu bubble mengikut kesesuaian
video yang ingin pengguna buat. Terdapat banyak jenis bubble yang ada.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 18

8. Setelah selesai membuat text, pengguna boleh menggunakan menu animation agar
perjalanan text di dalam video lebih menarik dan cantik.

9. Jadi, dalam menu animation ini terdapat 3 perkara iaitu in, out, dan loop. 3 perkara ini

untuk membuat pergerakan masuk, sedang dimainkan dan keluar dalam keadaan

yang penuh animasi.
10. Bagi kemasukan video, pengguna boleh memilih cara pergerakan masuk text dengan

jenis yang telah disediakan dan boleh melakukan perubahan durasi masa.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 19

11. Bagi butang out, pula, pengguna boleh membuat animasi text keluar dalam video
menggunakan jenis yang pengguna suka.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 20

12. Butang yang seterusnya adalah butang loop. Di mana pengguna boleh melakukan
perubahan ketika text sedang bergerak.

13. Selesai semua perkara tersebut, pengguna boleh menekan butang √ pada sebelah
kanan.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 21

BAB 4 LANGKAH INSERT STICKER

1. Bagi memasukkan sticker di dalam video yang disunting, pengguna perlu menekan
pada sticker. Anak panah pada gambar rajah di bawah menunjukkan menu.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 22

2. Setelah menekan pada sticker, paparan akan menunjukkan pelbagai jenis sticker yang

boleh dipilih oleh pengguna. Gambar rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis
sticker yang boleh digunakan oleh pengguna.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 23

3. Pengguna boleh memilih mana-mana sticker yang ingin dimasukkan di dalam video

yang disunting. Gambar rajah di bawah menunjukkan contoh setelah memasukkan
sticker.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 24

4. Selepas memasukkan sticker, terdapat beberapa langkah yang boleh diubah oleh
pengguna antaranya adalah mengubah kedudukan sticker, mewujudkan animasi
ketika sticker dimasukkan, dimainkan dan dikeluarkan daripada video. Selain itu,
sticker juga dapat disalin tanpa ditekan berulang kali ketika memilih. Gambar rajah di

bawah menunjukkan contoh langkah yang dapat dijalankan oleh pengguna.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 25

5. Selain itu, pengguna juga boleh membuat pilihan langkah di bahagian menu di bawah

paparan. Gambar rajah di bawah menunjukkan langkah yang boleh diubah oleh
pengguna seperti ‘split, copy, animation,mirror, delete’ dan sebagainya.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 26

6. Pengguna boleh memilih animasi pada sticker mengikut kesesuaian.Gambar rajah di

bawah menunjukkan antara animasi yang boleh dipilih oleh pengguna. Pengguna
perlu menekan butang ‘in’ jika ingin membuat animasi ketika sticker masuk, butang
‘out’ untuk animasi ketika sticker keluar dari video yang disunting dan butang ‘loop’
untuk animasi ketika sticker bergerak.

Butang Butang Butang
‘in’ ‘out’ ‘loop’

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 27

7. Selain itu, pengguna juga boleh set kan masa untuk memasukkan dan mengeluarkan
sticker pada video yang disunting. Gambar rajah di bawah menunjukkan salah satu
sticker akan keluar pada bahagian tengah video manakala sticker yang kedua
dipaparkan sehingga akhir video.

Masa sticker
dipaparkan

Sticker
dikeluarkan di
bahagian tengah

video

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 28

8. Pengguna juga boleh mengubah bentuk sticker dengan menggunakan ‘mirror’. Sticker

akan berpusing sebanyak 180 darjah. Gambar rajah di bawah menunjukkan
perubahan sticker setelah diubah menggunakan ‘mirror’

Sebelum disunting menggunakan ‘mirror’

Selepas disunting menggunakan ‘mirror’

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 29

BAB 5 LANGKAH OVERLAYS

1. Overlay yang terdapat di dalam aplikasi CapCut adalah suatu ciri yang membantu
pengguna dalam menambahkan beberapa lapisan lain dalam bentuk video, gambar
dan sebagainya.

2. Sebelum memulakan proses overlay, pengguna terlebih dahulu perlu memilih latar
belakang utama yang ingin digunakan. Latar belakang yang dipilih adalah seperti
gambar atau video.

Main

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 30

3. Setelah background ditetapkan, pengguna kemudian memilih lapisan seterusnya yang
ingin dilampirkan dengan klik pada bahagian “add overlay”.

4. Pilih lapisan seterusnya mengikut kesesuaian dan kreativiti. Lapisan yang ditambah
akan dipaparkan seperti berikut:

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 31

5. Kemudian pengguna boleh mengalihkan lokasi lapisan yang ditambah mengikut
kesesuaian pengguna.

6. Penggunaan Overlay amat bersesuaian untuk digunakan bagi tujuan video
pembentangan, pengajaran dan pelbagai lagi.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 32

BAB 6 LANGKAH EFFECT

1. Selepas pengguna telah memilih video yang hendak disunting, pengguna hendaklah
memilih menu effects di bahagian bawah.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 33

2. Pengguna boleh memilih effects yang terdapat pada bahagian kategori effects.
Sekiranya pengguna berminat dengan effect retro pengguna boleh memilih effects
retro sebagai kesan sampingan yang akan terdapat pada video yang dipilih.

3. Di bawah kategori Retro pengguna akan menemui beberapa kesan sampingan pada
video seperti Glitch, Snow glitch dan Wavy. pengguna boleh memilih salah satu
daripadanya.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 34

4. Akhir sekali, pengguna boleh menetapkan tempoh masa effects CapCut pilihan pengguna
mengikut kreativiti dan kesesuaian seperti yang dikehendaki.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 35

BAB 7 LANGKAH FILTER

1. Klik filter pada bahagian bawah skrin.

2. Pilih satu filter yang dikehendaki. Setelah filter dipilih, klik pada tanda tick di bahagian
bawah kanan skrin.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 36

3. Klik pada filter yang dipilih untuk menetapkan kedudukan serta durasi filter di dalam
video.

4. Tarik sehingga hujung video sekiranya ingin memasukkan filter tersebut ke keseluruhan
video.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 37

5. Tekan butang play untuk memainkan video yang telah dimasukkan filter tadi.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 38

BAB 8 LANGKAH FORMAT

1. Butang format yang terdapat di dalam aplikasi Capcut merupakan suatu ciri yang
membantu untuk mengubah nisbah bidang video atau gambar tanpa perlu memotong
elemen gambar atau video tersebut.

2. Setelah klik di butang tersebut, terdapat 10 julat nisbah bidang muncul secara
mendatar di bahagian bawah skrin.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 39

3. Pilih nisbah yang disukai dan gambar / video tersebut akan berubah mengikut nisbah
yang dipilih akan tetapi gambar/video yang telah dimasukkan akan kekal utuh.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 40

BAB 9 LANGKAH CANVAS

1. Canvas yang terdapat di dalam aplikasi CapCut adalah suatu ciri yang membantu
pengguna dalam mengubah atau memberi background, kanvas serta dapat memberi
efek blur pada video.

2. Setelah klik pada bahagian Canvas, terdapat 3 pilihan efek yang boleh dipilih iaitu
Color, Background dan Blur.

3. Pada bahagian Color, pengguna boleh mengubah warna latar belakang mengikut
pilihan pengguna berdasarkan pilihan warna yang telah tersedia di dalam aplikasi
CapCut.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 41

Pilih warna

4. Kemudian, bagi pilihan Background pula pengguna boleh memilih latar belakang
sama ada menggunakan gambar yang telah disediakan oleh pengguna sendiri
dengan klik pada bahagian “add image”. Selain itu, pengguna juga boleh
menggunakan background yang telah tersedia pada aplikasi Capcut.

Add image

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 42

5. Untuk efek yang seterusnya iaitu Blur, pengguna boleh mengaburkan atau blur
terhadap video pengguna mengikut tahap ketebalan yang telah tersedia di aplikasi
Capcut mengikut pilihan pengguna.

Tahap

6. Penggunaan Canvas amat bersesuaian untuk digunakan bagi tujuan
memperkemaskan video pengguna.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 43

BAB 10 LANGKAH ADJUST

1. Butang Adjust yang terdapat di dalam aplikasi Capcut merupakan suatu ciri yang
membantu untuk mengubah pencahayaan, warna dan tekstur video atau gambar
mengikut kreativiti.

2. Setelah klik di butang tersebut, terdapat 12 julat nisbah bidang muncul secara mendatar
di bahagian bawah skrin.

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 44

3. Pilih pencahayaan, warna atau tekstur yang disukai dan gambar / video tersebut akan
berubah mengikut pencahayaan, warna atau tekstur yang dipilih.

a) Brightness – Menambahkan atau mengurangkan tahap cahaya secara keseluruhan
gambar/video.

-50 0 50

b) Contrast – Menjadikan tona warna gelap semakin gelap manakala tona warna terang
semakin terang ataupun menjadikan tona sekata seluruh gambar/video.

-50 0 50

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 45

c) Saturation – Menjadikan warna gambar/video semakin menonjol ataupun hitam putih.

-50 0 50

d) Exposure – Menambahkan atau mengurangkan tahap cahaya paling terang yang
terdapat pada gambar/video dan memantulkan ke kawasan sekitar cahaya tersebut.

-50 0 50

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 46

e) Sharpen – Menajamkan objek yang terdapat pada gambar/video.

0 100

f) Highlight – Menambahkan atau mengurangkan tahap cahaya paling terang yang
terdapat pada gambar/video dan tanpa memantulkan ke kawasan sekitar cahaya
tersebut.

-50 0 50 47

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

g) Shadow – Mengurangkan kewujudan bayang-bayang yang terdapat pada gambar/video.

0 100

h) Temp – Menonjolkan tona warna gelap ataupun warna dingin yang terdapat pada
gambar/video.

-50 0 50

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 48

i) Hue – Menunjukkan perbezaan warna yang dilihat seseorang pada sesuatu
gambar/video.

-50 0 50
j) Fade – Memudarkan warna pada gambar/video.

0 100

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 49

k) Vignette – Menggelapkan kawasan 4 penjuru pada gambar/video.

0 100
l) Grain – Memberikan tekstur bijirin pada gambar/video.

0 100

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 50


Click to View FlipBook Version