Piramid Makanan Malaysia 2020 (Semakan Semula Piramid Makanan 2010)
memberi panduan kepada kita dalam menentukan jenis dan kuantiti makanan yang perlu diambil
setiap hari mengikut kumpulan makanan.
Terdapat 4 aras dalam Piramid Makanan Malaysia, di mana bilangan kumpulan makanan paling
banyak yang perlu di ambil diletakkan pada dasar piramid.
Selaras dengan bukti saintifik dan status pemakanan rakyat Malaysia yang terkini, Kementerian
Kesihatan Malaysia ingin memperkenalkan Piramid Makanan Malaysia 2020, yang merupakan
semakan semula kepada Piramid Makanan 2010.
Antara perubahan besar dalam Piramid Makanan Malaysia 2020 adalah:
Kumpulan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan diletakkan pada
dasar piramid, berbanding Piramid Makanan Malaysia 2010 yang meletakkan makanan
sumber karbohidrat (nasi, mee, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian). Ini bermakna sayur-
sayuran dan buah-buahan perlu diambil dengan jumlah yang paling banyak berbanding
kumpulan makanan lain, iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian
buah-buahan setiap hari. Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber vitamin dan
mineral yang penting dalam meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit.
Piramid Makanan Malaysia 2020 menyarankan julat peratus pengambilan
karbohidrat yang lebih rendah iaitu 50-65% berbanding Piramid Makanan
Malaysia 2010 iaitu 55-75%. Piramid Makanan Malaysia 2020 ini juga menekankan saranan
pengambilan sumber karbohidrat kompleks dan tinggi serat seperti beras perang, roti bijirin
penuh, oat dan jagung.
Saranan pengambilan 6-8 gelas air kosong sehari turut ditambah pada
ilustrasi Piramid Makanan Malaysia 2020. Pengambilan air yang mencukupi dapat
memastikan badan kita sentiasa terhidrat bagi menjaga kesihatan terutama di musim
pandemik Covid-19 ini.
Sumber dari (Bahagian Pemakanan KKM)
28 Januari 2020
PIRAMID MAKANAN MALAYSIA 2020
Suku-suku Separuh
Suku Suku Separuh
adalah ringkasan kepada saranan Pinggan Sihat Malaysia yang diperkenalkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
adalah satu konsep pemakanan dalam program Pinggan Sihat Malaysia.
Konsep ini adalah bagi memudahkan visualisasi dalam pinggan dalam
pembahagian jenis makanan ketika waktu makan.
Pembahagian pinggan dilakukan juga dapat memastikan kita mendapatkan
hidangan yang seimbang.
Gambar Rajah: Pinggan Sihat Malaysia
Langkah-langkah merancang hidangan
Panduan Suku-suku Separuh (Panduan Merancang Hidangan Yang Lebih Sihat)
Contoh-contoh hidangan sarapan pagi, tengah hari dan malam
Sarapan pagi
Makan Tengah Hari/ Makan Malam
AMALAN PEMAKANAN UNTUK MENINGKATKAN
KEBERGUNAAN PINGGAN SIHAT MALAYSIA
1. Panduan am yang perlu diikuti ialah makan pelbagai makanan dalam setiap
kumpulan makanan.
2. Pilih makanan yang rendah kandungan lemak, garam, gula serta minum air
kosong atau minuman tanpa gula.
Berikut adalah LIMA mesej utama lagi untuk menyokong perancangan
hidangan mengikut PINGGAN SIHAT MALAYSIA