Oleh :
1. PERKHEMAHAN
Aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk
merehatkan fikiran
Boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan
serta rakan apabila melakukannya bersama-sama
Dalam Pengakap, perkhemahan bertujuan untuk menguji apa
yang telah dipelajari oleh ahli pengakap. Contohnya,
mengikat, menghidupkan api, mendirikan khemah, dan
sebagainya.
Melibatkan bermalam samada satu malam atau lebih,samada
dihutan,kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi
dan lain-lain tempat yang sesuai
2. OBJEKTIF BERKHEMAH
➢Beri 1 kemahiran tinggi dlm penyediaan tapak
khemah berkualiti
➢Bentuk sikap berdikari, semangat setia kawan,
berdisiplin & kepimpinan
➢Bina kekuatan mental dan fizikal (kesusahan)
➢Mengalami & menyesuaikan diri dgn kehidupan
luar
3. SEBELUM PERGI BERKHEMAH:
i- Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan
seperti tuan tanah, pihak sekolah, dan sebagainya.
ii- Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang
dewasa turut serta dalam sesuatu perkhemahan
iii- Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah
mengenai perkhemahan dengan cara mengisi borang
permohonan kebenaran berkhemah.
iv- Menghantar surat makluman kepadapihak polis
mengenai perkhemahan tersebut.
v- Memastikan kawasan perkhemahan tersebut
selamat daripada binatang buas, jenayah,
keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya.
vi- Memastikan segala alatan perkhemahan
mengcukupi seperti pisau, parang, cangkul,
bekalan makanan, dan lain-lain.
vii- Memastikan setiap peserta perkhemahan
mematuhi peraturan perkhemahan
4. KHEMAH
Khemah adalah alat perlindungan yang
diperbuat daripada kain, kanvas atau lain-lain
bahan yang boleh digerakkan.
Dalam lain perkataan khemah merupakan satu
perkara utama dalam aktiviti berkhemah. Tanpa
khemah anda tidak boleh berkhemah.
Berikut adalah beberapa jenis khemah:
1. Khemah bentuk A
2. Khemah bentuk Dome
3. Khemah Igloo
Dan banyak lagi, ikut kemampuan anda untuk
menggunakan mana-mana jenis khemah, dan
ikut keperluan dan keadaan tempat
perkhemahan.
KHEMAH BENTUK A
• Khemah nylon berntuk
"A" atau poncho (seperti
digunkan oleh tentera)
yang sesuai digunakan di
kawasan tanah rendah
atau pantai.
• Khemah jenis ini akan
memberikan kitaran udara
yang baik di tempat-
tempat yang agak panas.
KHEMAH NYLON BERBENTUK DOME
Sesuai digunakan dipergunungan
kerana boleh ditutup dan
menghalang dari kesejukan.
Khemah ini boleh memerangkap
udara panas di dalam khemah
dan menghalang angin sejuk dari
menerobos ke dalam.
Dengan ini memberi keselesaan
kepada pengguna di persekitaran
yang sejuk.
KHEMAH NYLON BERBENTUK IGLOO
Khemah nylon
berbentuk Igloo adalah
sesuai digunakan di
pergunungan air batu
dan di tempat bersalji.
Fungsinya sama dengan
khemah bentuk Dome,
cuma ianya lebih
memanaskan.
5. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DI
AMBIL PERHATIAN SEBELUM BERKHEMAH.
A. PERLINDUNGAN
B. KESELESAAN
C. KALIS AIR
D. TAHAN LASAK
E. UKURAN
A. PERLINDUNGAN
Khemah yang anda miliki perlu memberi
perlindungan cuaca seperti hujan, panas, angin
dan sebagainya. Disamping itu ianya perlu diberi
perlindungan dari serangga.
B. KESELESAAN
Khemah anda perlu selesa, kerana tempat yang paling
utama dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat
tidur yang selesa. Anda juga perlu mempunyai ruang
untuk menyimpan barang-barang anda.
C. KALIS AIR
Khemah anda mestilah dari yang jenis kalis air.
Terdapat beberapa jenis khemah yang tidak kalis air
apabila hujan lebat.
Anda perlu pastikan bahawa khemah yang
dikatakan kalis air itu benar-benar kalis air. Kalau
tidak anda akan menanggung risiko berbasah
apabila hujan.
D. TAHAN LASAK
Memandangkan perlunya khemah itu ringan,
pembuat khemah mengambil kesempatan
membuatnya dengan bahan ringan tetapi tidak
tahan lasak.
Ini perkara penting yang perlu anda ambil ingatan.
Khemah perlu ringan disamping itu mesti tahan
lasak dalam mana ianya tidak mudah koyak apabila
digunakan untuk satu jangka masa yang sesuai dan
manasabah.
E. UKURAN
Tentukan ukuran khemah yang sesuai sebelum
digunakan dan pastikan keselesaan untuk tidur dan
menempatkan barang-barang di dalam khemah.
6. PERALATAN PERKHEMAHAN
Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu di beri
perhatian untuk satu perkhemahan akan
bergantung bergantung kepada beberapa faktor
seperti jangka masa, tempat dan bilangan
peserta.
Berikut disenaraikan contoh-contoh peralatan
asas yang perlu anda bawa untuk memastikan
perkhemahan anda selamat dan selesa:-
a. Khemah yang sesuai.
b. Bag galas
c. Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
d. Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
e. Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain.
f. Botol air, kole dan bekas minuman.
g. Pisau dan pembuka tin
h. Lampu picit serta beteri dan lat gantinya.
i. Mancis dan lilin atau bahan penyala api.
j. Kotak pertolongan cemas.
k. Kotak ikhtiar hidup.
l. Tali
m. Ponco atau baju hujan.
n. Parang/kapak kecil.
o. Bekas air tambahan.
p. Selimut atau bag tidur.
q. Pakaian selengkapnya
r. Uniform Pengakap (bagi perkhemahan pengakap)
Dan banyak lagi, yang mana dibawa mengikut keperluan
7.MENGEMAS HAVERSACK
1. Barang mudah basah
dibalut plastik
2. Barang berat di atas
3. Barang besar,
sederhana berat di bwh
4. Brg keras di bah. luar
5. Brg yg kerap diguna di
poket luar
6. Pek kecil-kecilan
7. Sistem sendiri
8. MEMILIH TAPAK PERKHEMAHAN
Teknik memilih tapak perkhemahan
1-Carilah tapah perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.
2-Terdapat sumber/punca air berhampiran.
3-Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah.
4-Terlindung daripada tiupan angin secara terus.
5-Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.
6-Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)
7-Jika bersatai (berkeluarga) carilah tempat yang mempunyai kemudahan awam
seperti tandas, parking kereta dan lain-lain.
Tempat yang harus dihidarkan
1-kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan
ketidakselasaan berlaku)
2-Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah)
3-berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak
gangguan serangga contoh nyamuk , haiwan kecil contoh ular dan jika
kawasan lalang ia mudah terbakar). dikawasan ini juga menyukarkan
pergerakan.
4-Diatas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh)
5-Dikawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan
tanah (merosakan khemah)
6-Dibawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan
menghempap khemah)
7-Dibawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan
patah jika ribut atau hujan lebat)
8-Dibawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya
(sepeti pokok rengas-risiko gatal-gatal), juga pokok yang
berduri.
9-Diatas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia
10- Berhampiran tempat sumber makanan/minum haiwan di
sekitarnya (risiko diserang haiwan dan juga akan menakutkan
haiwan)
11-Dikawasan kotor atau berhampiran dengan sampah
sarap.(penyakit)
12.Terlalu dekat dengan sungai (risiko berlaku ibu air)
Walau bagaimanapun, tidak semua tapak perkhemahan memenuhi apa yang
dikehendaki oleh kita.
Ia bergantung kepada keadaan yang memungkinkan pertimbagan yang
sewajarkannya untuk memilih tempat perkhemahan tersebut.
ia bergantung kepada keadaan berikut:
1-Jangkamasa berkhemah, jika satu malam saja tidak perlulah smua yang
disenaraikan diatas dipenuhi . Gunakan yang perlu sahaja
2-Bilangan peserta-jika ramai fikirkan yang perlu, jika sekadar berdua atau
satu keluarga kecil memadai yang terpenting sahaja.
3-Jenis perkhemahan-berkaitan memilih tapak, ikut kesesuaian sesuatu
program itu.
4-Keadaan alam sekeliling-jika dapat pemandangan yang menarik satu
bonus.
SEKIAN..
TERIMA KASIH ATAS
PERHATIAN ANDA =)