The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAHAP 1 KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU - PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT NEGERI 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mualimahmumtaz, 2022-07-28 16:53:12

TAHAP 1 KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU - PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT NEGERI 2023

TAHAP 1 KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU - PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT NEGERI 2023

KERTAS KONSEP KARNIVAL
BAHASA MELAYU:

PERTANDINGAN BERCERITA
PERINGKAT NEGERI SARAWAK

TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Unit Pembangunan Bakat Murid

Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN BERCERITA 2022

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Bercerita adalah salah satu aktiviti anjuran Unit Pembangunan Bakat
Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dengan
kerjasama semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang akan dilaksanakan
secara dalam talian.

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk
memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam
masyarakat Melayu, tokoh-tokoh seperti Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga
dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita.
Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu
mempengaruhi malah memukau audiens.

Aktiviti bercerita dalam pengajaran bahasa merupakan pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman
dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti
bacaan perlu dibudayakan kepada murid-murid.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
meyakinkan.

2.2. Menggalakkan murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-
penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya
saing dalam kalangan murid.

2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca
dan menulis.

2.5 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan
meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan.

2.6 Menggalakkan murid menjana idea spontan berdasarkan bahan
rangsangan.

2

KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN BERCERITA 2022

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat daerah akan dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD). Hanya tiga (3) pemenang peringkat daerah akan bertanding
ke peringkat negeri.

3.2 Pertandingan peringkat negeri akan dikelolakan oleh JPN bersama PPD
Pengelola yang telah dilantik.

4.0 KATEGORI

4.1 Pertandingan ini khusus untuk murid sekolah rendah yang terbahagi
kepada dua (2) kategori secara individu seperti berikut:

4.1.1 Tahap Satu: Tahun 3
4.1.2 Tahap Dua: Tahun 4 hingga 6

4.2 Pertandingan peringkat negeri akan dijalankan dalam Bahagian Pertama
sahaja.

Bahagian Pertama : Tajuk disediakan oleh sekolah.

4.3 Hanya LIMA peserta terbaik bagi setiap kategori akan layak ke
Bahagian Kedua.

Bahagian Kedua : Tajuk spontan berdasarkan bahan rangsangan
bergambar berdasarkan DSKP Bahasa Melayu
Tahun 1 hingga 6.

5.0 SYARAT-SYARAT

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah warganegara
Malaysia sama ada di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan
di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah
dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

5.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai dengan cerita. Penggunaan
kostum dan tata rias dibenarkan tetapi sekadar hiasan sahaja dan tidak diberi
sebarang markah. Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

3

KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN BERCERITA 2022

5.4 Muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan. Unsur puisi,
nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan
tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. Kedua-dua unsur
ini tidak boleh melebihi satu (1) minit daripada keseluruhan cerita.

5.5 Unsur lakonan dan main peranan tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita
dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton.
Pergerakan yang dibenarkan adalah pergerakan anggota badan, tangan,
kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak sahaja
setiap kali pergerakan.

5.6 Rakaman video bercerita bagi Bahagian Pertama yang dihasilkan tidak
boleh melalui proses suntingan. Persembahan yang melebihi masa yang
ditetapkan akan dipotong lima (5) markah daripada markah keseluruhan.
Setiap peserta diberikan masa rakaman video berdurasi seperti berikut:

Tahap 1 (Tahun 3) : antara enam (6) hingga tujuh (7) minit
Tahap 2 (Tahun 4 - 6) : antara tujuh (7) hingga lapan( 8) minit

5.7 Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera
(komputer, telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas merangkumi aspek
visual dan audio. Rakaman video mestilah dilakukan secara rakaman pegun
(single shoot) dan tidak boleh melalui proses suntingan. Video tersebut
hendaklah memperlihatkan sekurang-kurangnya 70% imej peserta dan
hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI atau MP4 dengan
resolusi 720P/1080P.

5.8 Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Tidak dibenarkan zum
dekat (zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa sedang merakam video.

5.9 Kandungan video tidak boleh memaparkan sebarang bentuk perkataan
atau grafik yang menunjukkan identiti sekolah atau daerah.

6.0 SUMBER BAHAN

6.1 Bahagian Pertama

6.1.1 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium seperti buku
cerita yang terdapat dalam pasaran, cerita daripada majalah dan
media massa atau hasil karya peserta sendiri.

4

KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN BERCERITA 2022

6.1.2 Kandungan cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran
dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik,
kaum, agama dan tidak menghina mana-mana pemimpin.

6.1.3 Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid.
6.1.4 Cerita tersebut boleh terdiri daripada pelbagai tema termasuk cerita

rakyat.
6.1.5 Peserta Tahap Satu sahaja yang dibenarkan menyampaikan cerita

haiwan.
6.1.6 Teks cerita menggunakan aksara bersaiz dua belas (12), font Arial

dan langkau dua (2) baris atau double spacing.
6.1.7 Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola melalui pautan

Google Form pendaftaran dalam format PDF dan dinamakan dengan
caption NamaPPD_TajukCerita sebelum dimuatnaik.

6.2 Bahagian Kedua

6.2.1 Hanya 5 peserta yang mendapat markah terbaik dalam Bahagian
Pertama, akan dipanggil untuk Bahagian Kedua.

6.2.2 Peserta dikehendaki memilih nombor yang dipaparkan pada layar.
6.2.3 Peserta diberi masa selama satu (1) minit untuk persediaan sebaik

sahaja gambar yang dipilih oleh peserta ditayangkan. Peserta bagi
kedua-dua kategori akan menyampaikan cerita dalam tempoh tiga
(3) minit.
6.2.4 Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan
bahan rangsangan dan idea-idea yang bersesuaian dengan gambar
yang ditayangkan.
6.2.5 Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya masa
bercerita. Loceng akan dibunyikan dua (2) kali menandakan masa
bercerita telah tamat.

7.0 ASPEK PEMARKAHAN

7.1 Bahagian Pertama

7.1.1 Teknik Persembahan 25 markah
7.1.2 Bahasa dan pertuturan 25 markah
7.1.3 Penghayatan cerita 20 markah
7.1.4 Mesej/nilai dalam cerita 10 markah
7.1.5 Tempoh penceritaan/Perkembangan cerita 10 markah
7.1.6 Kawalan suara 10 markah
100 markah
Jumlah

5

KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN BERCERITA 2022

7.2 Bahagian Kedua (Spontan)

7.2.1 Persembahan dan kreativiti 25 markah
7.2.2 Bahasa dan Pertuturan 25 markah
7.2.3 Penghayatan cerita 20 markah
7.2.4 Mesej/nilai dalam cerita 15 markah
7.2.5 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 15 markah

Jumlah 100 markah

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Pertandingan peringkat daerah atau negeri dinilai oleh tiga (3) orang hakim
termasuk ketua hakim.

8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.
8.3 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri di bawah penyelarasan Unit

Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), SPbM, JPNS.
8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas

konsep JPNS.
8.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

9.0 PROSEDUR PENYERTAAN

9.1 Semua pendaftaran mesti dibuat secara dalam talian.
9.2 Semua butiran dalam pendaftaran mesti diisi dengan lengkap dan betul.
9.3 Peserta yang terpilih bagi mewakili PPD masing-masing perlu memuat naik

video ke Google Form pendaftaran yang disediakan oleh PPD Pengelola.
9.4 Fail video perlu dinamakan dengan caption NamaPPD_TajukCerita sebelum

dimuatnaik ke pautan pendaftaran.
9.5 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh

sekolah.
9.6 Senarai borang/dokumen yang perlu dilengkapkan dan dimuatnaik ke Google

Form pendaftaran:
9.6.1 Borang Penyertaan (Lampiran 1)
9.6.2 Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga (Lampiran 2)
9.6.3 Karya Video (AVI atau MP4)
9.6.4 Teks cerita (format PDF)

6

KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN BERCERITA 2022

10.0 PENGESAHAN PENYERTAAN

Senarai peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada PPD
masing-masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke Google Form
pendaftaran.

11.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Hadiah dan sijil pencapaian
Naib Johan : Hadiah dan sijil pencapaian
Tempat Ketiga : Hadiah dan sijil pencapaian
Tempat Keempat : Hadiah dan sijil pencapaian
Tempat Kelima : Hadiah dan sijil pencapaian

Setiap penyertaan akan menerima sijil penyertaan peringkat negeri.

12.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh Mula Pendaftaran :1 Ogos 2022
Tarikh Tutup Pendaftaran :4 Ogos 2022
Tempat :Secara dalam talian

PPD Pengelola : Pejabat Pendidikan Daerah Lundu (Tahap 1)
Pejabat Pendidikan Daerah Meradong
(Tahap 2)

13.0 TINDAKAN

Pihak JPN berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang
telah ditetapkan dalam kertas konsep.

14.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak JPN berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang
pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

7

KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN BERCERITA 2022

15.0 AM

15.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

15.2 Konsep pertandingan peringkat negeri ini adalah selaras dengan konsep
pertandingan kebangsaan tahun 2022.

15.3 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak.

15.4 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui Facebook page Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak dan Facebook page Unit Koku JPN Sarawak.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

SHARIFAH ZAHARAH BINTI WAN BUJANG
Penolong Pengarah (Koakademik BM)

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473670/013-8292969

JUITA BINTI PAWI
Pegawai Teknikal Negeri Bercerita BM

013-8071422

8

KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN BERCERITA 2022

Lampiran 1

BORANG PENYERTAAN

KARNIVAL BAHASA MELAYU - PERTANDINGAN BERCERITA
PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022

KATEGORI PERTANDINGAN (tandakan √ pada satu petak sahaja)
 KATEGORI TAHAP SATU
 KATEGORI TAHAP DUA
PPD
NAMA SEKOLAH
TAJUK KARYA

MAKLUMAT MURID
NAMA MURID
NO KAD PENGENALAN / MYKID
TAHUN
KAUM
JANTINA

MAKLUMAT GURU PEMBIMBING
NAMA GURU
NO. TELEFON

Dengan ini, saya / kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya / kami.
Saya / kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini.

__________________________ Tarikh :
(Tandatangan Guru Pembimbing)

Pengesahan Guru Besar/Pengetua: ________________________ Cap rasmi sekolah:

9

KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN BERCERITA 2022

Lampiran 2

KARNIVAL BAHASA MELAYU - PERTANDINGAN BERCERITA
PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022

BORANG KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA
Saya _____________________________________________(Ibu/Bapa/Penjaga) No.
Kad Pengenalan _____________________________ membenarkan anak jagaan saya
__________________________________________________ No. Kad Pengenalan
_________________________________ menyertai KARNIVAL BAHASA MELAYU-
BERCERITA PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022.
Sekian, terima kasih.
Tandatangan: __________________________________
(Ibu/Bapa/ Penjaga)
Tarikh: _______________________________________

10

KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN BERCERITA 2022

CONTOH BORANG PENGHAKIMAN
KARNIVAL BAHASA MELAYU:
PERTANDINGAN BERCERITA

PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Unit Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

11

BORANG PENGHAKIMAN (BAHAG
KARNIVAL BAHASA MELAYU
PERINGKAT NEGERI S

Giliran peserta: ……………… Tajuk cerita: ………

Masa: 6 hingga 7 minit 1
Bil. Kriteria
Lem
TEKNIK PERSEMBAHAN
Teknik persembahan menarik dan memikat penonton, tenang, 1-
1. meyakinkan dan gerak-geri bersahaja.

BAHASA DAN PERTUTURAN 1-
2. Bahasa gramatis, intonasi yang betul, sebutan jelas dan tepat.

PENGHAYATAN CERITA 1-
3. Menghayati dan menyampaikan cerita dengan lancar. 2
0-
MESEJ/NILAI DALAM CERITA 0-
Cerita mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni
4. sejagat yang sesuai dengan kemampuan dan tahap umur peserta.

TEMPOH PENCERITAAN/PERKEMBANGAN CERITA
5. Sesuai dengan jalan cerita.

(Menentukan klimaks atau antiklimaks sesuatu cerita)

KAWALAN SUARA
6. Sesuai mengikut jalan cerita.

(Tidak menjerit, mendatar sepanjang penceritaan dan tidak beremosi)
JUMLAH MARKAH KESELURUHAN (100)

Pengesahan oleh hakim Tarikh: ………

………………………………………
()

GIAN PERTAMA) TAHAP 1 SEKOLAH RENDAH
U: PERTANDINGAN BERCERITA
SARAWAK TAHUN 2022

………………………………………………………………………………

1 2 3 4 5 Ulasan

mah Sederhana Baik Amat baik Cemerlang

-5 6-10 11-15 16-20 21-25

-5 6-10 11-15 16-20 21-25

-4 5-8 9-12 13-16 17-20

2 4 6 8 10

-1 2-3 4-5 6-7 8-10
-1 2-3 4-5 6-7 8-10

………………...

BORANG PENGHAKIMAN (BAHAGIAN
KARNIVAL BAHASA MELAYU
PERINGKAT NEGERI S

Giliran peserta: ……………… Nombor gambar: …

BIL. KRITERIA 1

1. TEKNIK PERSEMBAHAN Lem
Teknik persembahan menarik dan memikat penonton, tenang,
meyakinkan dan gerak-geri bersahaja. 1-5

2. BAHASA DAN PERTUTURAN 1-5
Bahasa gramatis,intonasi yang betul, sebutan jelas dan tepat.

3. PENGHAYATAN CERITA 1-4

Menyampaikan dan menghayati cerita berdasarkan bahan rangsangan

dengan lancar.

4. MESEJ/NILAI DALAM CERITA 3
Cerita mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni
sejagat yang sesuai dengan kemampuan dan tahap umur peserta.

5. TEMPOH PENCERITAAN/PERKEMBANGAN CERITA 1-3
Sesuai dengan jalan cerita
(Menentukan klimaks atau antiklimaks sesuatu cerita).

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN (100)

Pengesahan oleh hakim

……………………………………… Tarikh: ……………
()

N KEDUA) TAHAP 1 SEKOLAH RENDAH
U: PERTANDINGAN BERCERITA
SARAWAK TAHUN 2022

…………………………………………………………. Masa: 3 minit

2 3 4 5 Ulasan

mah Sederhana Baik Amat baik Cemerlang

5 6-10 11-15 16-20 21-25

5 6-10 11-15 16-20 21-25

4 5-8 9-12 13-16 17-20

6 9 12 15

3 4-6 7-9 10-12 13-15

…………...

BORANG PENGHAKIMAN (BAHAGIAN PERTAMA) TAH
PERTANDINGAN BERCERITA PERI

Giliran peserta: ……………… Tajuk cerita: ………

Masa: 7 hingga 8 minit 1
BIL. KRITERIA
Lem
TEKNIK PERSEMBAHAN
Teknik persembahan menarik dan memikat penonton, tenang, 1-
1. meyakinkan dan gerak-geri bersahaja.

BAHASA DAN PERTUTURAN 1-

Bahasa gramatis, intonasi yang betul, sebutan jelas dan tepat.
2.

PENGHAYATAN CERITA 1-
3. Menghayati dan menyampaikan cerita dengan lancar. 2
0-
MESEJ/NILAI DALAM CERITA 0-
Cerita mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni
4. sejagat yang sesuai dengan kemampuan dan tahap umur peserta.

TEMPO PENCERITAAN/PERKEMBANGAN CERITA
5. Sesuai dengan jalan cerita

(Menentukan klimaks atau antiklimaks sesuatu cerita).

KAWALAN SUARA
Sesuai mengikut jalan cerita
6. (Tidak menjerit, mendatar sepanjang penceritaan dan tidak beremosi).

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN (100)

Pengesahan oleh hakim

……………………………………… Tarikh: …………………
()

HAP 2 SEKOLAH RENDAH KARNIVAL BAHASA MELAYU:
INGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

………………………………………………………………………………

1 2 3 4 5 Ulasan

mah Sederhana Baik Amat baik Cemerlang

-5 6-10 11-15 16-20 21-25

-5 6-10 11-15 16-20 21-25

-4 5-8 9-12 13-16 17-20

2 4 6 8 10

-1 2-3 4-5 6-7 8-10
-1 2-3 4-5 6-7 8-10

……...

BORANG PENGHAKIMAN (BAHAGIAN
KARNIVAL BAHASA MELAYU
PERINGKAT NEGERI S

Giliran peserta: ……………… Nombor gambar: ……

BIL. KRITERIA 1

1. TEKNIK PERSEMBAHAN Lemah
Teknik persembahan menarik dan memikat penonton, tenang,
meyakinkan dan gerak-geri bersahaja. 1-5

2. BAHASA DAN PERTUTURAN 1-5
Bahasa gramatis,intonasi yang betul, sebutan jelas dan tepat.

3. PENGHAYATAN CERITA 1-4
Menyampaikan dan menghayati cerita berdasarkan bahan rangsangan
dengan lancar.

4. MESEJ / NILAI DALAM CERITA 3
Cerita mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat
yang sesuai dengan kemampuan dan tahap umur peserta.

5. TEMPO PENCERITAAN / PERKEMBANGAN CERITA 1-3
Sesuai dengan jalan cerita
(Menentukan klimaks atau antiklimaks sesuatu cerita).

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN (100)

Pengesahan oleh hakim Tarikh: ……………

………………………………………
()

N KEDUA) TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH
U: PERTANDINGAN BERCERITA
SARAWAK TAHUN 2022

………………………………………………………… Masa: 3 minit

2 3 4 5 Ulasan

h Sederhana Baik Amat baik Cemerlang

6-10 11-15 16-20 21-25

6-10 11-15 16-20 21-25
17-20
5-8 9-12 13-16
15
6 9 12

4-6 7-9 10-12 13-15

…………...

KARNIVAL BAHASA MELAYU
PERINGKAT NEGERI S

KEPUTUSAN PERTANDINGA

GILIRAN MARKAH BAHAGIAN MARKAH
PESERTA PERTAMA KE

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Nama ketua hakim: ____________________________

U: PERTANDINGAN BERCERITA
SARAWAK TAHUN 2022

AN TAHAP SATU / TAHAP DUA

BAHAGIAN JUMLAH MARKAH CATATAN
EDUA

Tandatangan: ____________________________

KARNIVAL BAHASA MEL
PERINGKAT NEGERI S

KEPUTUSAN HAKIM: TA

BAHAGIAN PERTAMA / BAHAGIAN KEDUA

GILIRAN NAMA
PESERTA

Nama ketua hakim: ____________________________

LAYU: PERTANDINGAN BERCERITA
SARAWAK TAHUN 2022

AHAP SATU / TAHAP DUA

KEPUTUSAN HAKIM

HAKIM 1 HAKIM 2 HAKIM 3 JUMLAH
MARKAH

Tandatangan: ____________________________

KEDUDUKAN KARNIVAL BAHASA MEL
PERTAMA PERINGKAT NEGERI S
KEDUA
KETIGA KEPUTUSAN PERTANDINGA
KEEMPAT
KELIMA NAMA PESER

Ketua Hakim : _____________________________________

Hakim 1 : _____________________________________

Hakim 2 : _____________________________________

LAYU: PERTANDINGAN BERCERITA
SARAWAK TAHUN 2022

AN TAHAP SATU / TAHAP DUA

RTA GILIRAN PESERTA

___________ Tandatangan ____________________

___________ Tandatangan ____________________

___________ Tandatangan ____________________


Click to View FlipBook Version