MPU 11012
PENGAJIAN MALAYSIA
E- FOLIO PERPADUAN NEGARA
NAMA: INTAN NATASHA BINTI RAHIMI
[J04STM21F002 ]
NUR FATHIAH MAISARAH BINTI OSMAN
[ J04STM21F009 ]
NUR LIYANA AMANI BINTI AZMAN
[J04STM21F010]
Definisi perpaduan negara
Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang
memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang
tahun 2023. Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara
yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan
kesejahteraan antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada
pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia. Selain itu,
kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi
mengekalkan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat
perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat
Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali dan
memahami kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi
kesefahaman antara kaum dan agama. Tambahan pula, sambutan pelbagai
hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali,
Krismas, Hari Gawai dan Kaamatan boleh dijadikan platform untuk mengenali
budaya dan adat resam sesama masyarakat sambil memperbaharui ikatan
persahabatan. Keharmonian demi kesatuan ini juga merupakan keunikan
yang bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, malah
menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai
negara yang aman dan harmoni . Contohnya, rumah terbuka bagi setiap satu
perayaan diadakan untuk meraikan perpaduan kaum yang memupuk amalan
ziarah-menziarahi, saling menolong dan semangat kejiranan sebagai budaya
harian kita.
Makanan Tradisional Di
Malaysia
Di Malaysia mempunyai kepelbagaian kaum iaitu Melayu,Cina dan India.
Kebanyakan kebudayaan dari Malaysia dan juga kawasan sekitarnya
telah banyak mempengaruhi masakan Malaysia. Makanan di Malaysia ini
juga serba sedikit telah mempengaruhi masakan Melayu.Setiap kaum di
Malaysia ini mempunyai makanan identity yang tersendiri mengikut
kaum.
Ianya sebagai contoh, terdapat makanan tradisional kaum Melayu ialah
nasi lemak,ketupat,rendang,dodol,asam pedas,lempeng,otak-otak,nasi
kerabu dan banyak lagi.Selain itu, makanan tradisional untuk cina pula
chang shpu mian,dumpling/jiaozi,kuih bulan,char koay teow dan
sebagainya. Seterusnya, makanan tradisional bagi kaum india ialah roti
canai,tosai,maruku,putu mayam,vadai,nasi daun pisang dan nasi
biriyani.Walaupun setiap kaum mempunyai makanan tradisional dan
identiti masing-masing, tetapi mereka tetap memakan makanan
daripada masyarakat kaum yang lain.Mereka cuba untuk makan makanan
daripada kaum yang lain yang terdapat di Malaysia.Sebagai contoh,
terdapat hamper semua semua masyarakat yang di Malaysia menjadikan
makanan roti canai,toai dan nasi lemak adalah sebagai makanan untuk
sarapan pagi walaupun mereka tersebut datang daripada pelbagai jenis
kaum yang berlainan. Hal ini yang demikian,mereka telah menunjukkan
perpaduan antara kaum di Malaysia yang tidak bersikap perkauman dan
ianya tidak hanya makan makanan yang berasal dari kaum mereka
sendiri.
Alat Muzik
Tradisional
Pada era globalisasi ini, terdapat alat muzik yang telah dimainkan oleh rakyat
Malaysia yang telah merangkumi pelbagai alat muzik tradisional dan
kontemporari. Selain itu, Alat muzik tradisional banyak mempengaruhi oleh
budaya Melayu,Cina dan India. Alat-alat muzik ini juga banyak kegunaannya yang
tersendiri pada zaman dahulu kala.Sebagai contoh , pada zaman dahulu kompang
. Muzik ini digunakan untuk mengiringi pengantin Ketika majlis perkahwinan.
Pada masa yang sama, pada zaman kini juga masih dimainkan muzik tradisional
iaitu kompang Ketika majlis perkahwinan. Terdapat juga banyak alat muzik yang
berasal dari kaum-kaum di Malaysia yang telah digunakan oleh masyarakat
Malaysia sejak dahulu lagi. Tetapi alat muzik ini juga masih dimainkan Ketika
majlis perkahwinan dan sebagainya. Kaum-kaum lain juga turut melihat
kepelbagaian alat muzik yang dimainkan di Malaysia ini.
Contoh alat muzik dari masyarakat melayu terdiri daripada
gendang,kompang,rebana,seruling,gong,gambus dan sebagainya. Alatan muzik
kaum cina pula ialah pipa,bo,erh-hu,yangqin dan sebagainya.Contoh alat muzik
kaum india ialah dholak,sitar,table,tambura,manjira dan sebagainya.Terdapat
segelintir masyarakat akan mengikuti permainan alat muzik pelbagai kaum iaitu
melayu,cina dan india ianya menandakan mereka dapat mengetahui alat muzik
bangsa lain.
Pemakaian
Tradisonal
Di Malaysia terdapat pelbagai kaum yang mempunyai pakaian tradisional mereka tersendiri yang menjadi
identity kepada kaum masing-masing.Seterusnya, pakaian tradisional ini telah dipakai pada setiap hari pada
zaman dahulu akan tetapi setelah berlakunya perubahan zaman, pakaian ini hanya dipakai pada hari perayaan
dan majlis-majlis yang tertentu sahaja.Pakaian tradisional untuk setiap kaum ialah berlainan dari segi jenis,
stail, dan sebagainya.Pakaian tradisional bagi setiap kaum Melayu ialah baju kurung bagi kaum perempuan dan
baju melayu adalah untuk kaum lelaki,Baju kurung pula ialah sejenis baju longgar yang dipakai dengan kain
yang panjang dan ianya berlipat tepi. Baju melayu pula merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar
panjang.
Seterusnya,bagi pakaian kaum cina pula ialah cheongsam bagi perempuan dan samfu bagi kaum
lelaki.Cheongsam mempunyai leher yang tinggi,butangnya yang berada di bahagian bahu,bentuk yang sendat
di pinggang dan mempunyai belahan di kiri dan kanan kain.Samfu pula adalah merupakan pakaian tradisional
bagi kaum lelaki,mempunyai baju dan seluar yang diperbuat daripada kain yang nipis.Pakaian daripada kaum
india pula, sari iaitu dipakai oleh perempuan manakala kurta pula diapakai oleh lelaki.Sari ialah sebidang kain
dipadankan dengan kain yang dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut dan dilihat pada
badan.Kurta pula ialah kemeja yang panjang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau
linen.
Masyarakat Malaysia boleh juga memakai pakaian tradisional kaum yang lain. Sebagai contoh pada Hari Raya
Aidilfitri, masyarakat Cina dan India boleh juga bersama-sama memakai baju kurung dan menyambut perayaan
tersebut dengan kunjung-berkunjung ke rumah terbuka kaum Melayu. Begitu juga kaum Melayu dan Cina boleh
memakai pakaian kaum lain.Hal ini telah menunjukkan semua masyarakat di Malaysia bebas untuk memakai
pakaian kaum lain selagi pakaian tersebut mengikut batas-batas yang tertentu.
Permainan
Tradisional
Semua kaum di Malaysia boleh mengikuti permainan-
permainan tradisional yang menjadi hiburaan untuk
dilakukan pada masa lapang mengikut kaum masing-
masing.Permainan-permainan ini kebanyakkan
memerlukan 2 hingga atau lebih pemain untuk
dimainkan.Setiap kaum mempunyai permainan-
permainan tradisional yang dimainkan beersama-
sama.Sebagai contoh permainan tradisional bagi kaum
melayu ialah Congkak,sepak takraw,wau,gasing dan
sebagainya.Permainan bagi kaum cina pula terdapat
go,xianggi(catur cina,yo-yo cina dan sebagainya.
Permainan bagi kaum india pula,kabaddi,kho-
kho,chaturanga(catur) dan sebagainya.
Permainan-permainan ini juga boleh dimainkan oleh
semua orang tanpa mengira bangsa,kaum,umur dan
sebagainya.Pada zaman kini,kebanyakkan permainan
tradisional boleh dimainkan oleh kanak-kanak di zaman
sekolah ataupun di kawasan perumahan mereka.Sebagai
contoh kanaka-kanak berlainan bangsa akan bermain
gasing bersama-sama di taman perumahan mereka.Ini
akan meningkatkan perpaduan antara satu sama lain
iaitu bangsa yang lain.
Tarian Tradisional
Tarian tradisional adalah merupakan sejenis gerak yang
mengandungi Gerakan tubuh badan yang mempunyai
unsur-unsur keindahan yang mengikut rentak muzik
yang telah dimainkan. Di Malaysia ini juga terdapat
pelbagai jenis tarian yang dipersembahkan daripada
setiap kaum yang mempunyai asal usul dan tujuan yang
tersendiri.Tarian tradisional ini juga terkenal bagi
masyarakat Melayu ialah tarian zapin,makyong,gamelan
dan kuda kepang.Bagi masyarkat Cina pula, tarian
tradisional yang terkenal ialah Tarian Singa,tarian kipas
dan tarian naga yang selalunya dipersembahkan pada
hari Tahun Baru Cina.Tarian yang terkenal bagi
masyarakat india pula ialah tarian Bharata Natyam yang
berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian
Selatan India dan tarian kathak yang berasal daripada
Utara India.
Terdapat juga kaum cina yang turut menyertai tarian
zapin bagi tarian tradisional kaum Melayu.Ini
menunjukkan perpaduan antara kaum meningkat dan
meningkatkan silaturrahim antara kaum yang lain.
PeraKyaaanum
Malaysia ini terkenal sebagai negara yang mempunyai berbilang kaum seperti Melayu,Cina dan India yang
mewujudkan kepelbagaian kaum di Malaysia yang menyebabkan wujudnya pelbagai budaya dan perayaan di
negara ini.Perayaan kaum Melayu ialah Hari raya Aidilfitri yang disambut pada 1 Syawal setiap tahun selepas
mereka yang telah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan.Dalam sambutan ini, telah berlakunya amalan
kunjung mengunjung dan rumah terbuka yang dapat mengeratkan hubungan masyarakat Malaysia tanpa mengira
janitina ,umur dan bangsa.
Selain itu,tahun baru cina merupakan perayaan terpenting orang cina bagi menyambut tahun baru di dalam
kalander qamari. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru
bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip
atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah
malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah
dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.Tahun Baru Cina diraikan
dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging
itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan
menerima wang angpau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang
berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan
kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun
Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Cap Goh Mei.Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-
wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina,seperti China, HongKong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina,
Singapura, Taiwan, Thailand, dan juga di pekan cina di merata dunia.
Perayaan Deepavali atau Diwali ialah suatu perayaan dalam kalangan penganut agama Hindu menandakan
kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang
menerangi kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu
yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan rohani.
Hari Deepavali bermula dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan,
diikuti upacara sembahyang bersama ahli keluarga di rumah dan mendapat restu daripada ibu bapa dan orang tua
sebelum ke kuil. Semua orang akan memakai pakaian baru, berkongsi manisan yang disediakan khas untuk
Deepavali serta mengunjungi rumah sanak-saudara dan rakan-rakan. Pada waktu malam, barisan lampu
dinyalakan dan bunga api serta mercun memeriahkan lagi sambutan.
Walaubagaimanapun,setiap kaum mempunyai perayaan masing-masing tetapi mereka boleh menyambut perayaan
kaum lain mengikum batas-batas tertentu.Sebagai contoh masyarakat cina akan berkunjung ke rumah kaum
melayu bagi menyambut perayaan aidilfitri bersama.mereka akan menikmati makanan tradisional masyarakat
melayu seperti rendang,ketupat dan lain-lain.Hal ini menunjukkan perpqduan boleh berlaku di antara rakyat
Malaysia walaupun mempunyai banyak perbezaan dengan kaun lain
Kesimpulan
Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya
kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum, pelbagai adat
resam dan perayaan tradisi. Ianya menyebabkan keadaan
negara menjadi aman dan harmoni sepanjang masa tanpa
sebarang konflik yang besar. Ini kerana perayaan inilah
wujudnya rasa perpaduan dalam naluri dan nurani penduduk
negara ini. Tegasnya negara Malaysia merupakan sebuah
negara yang aman terdiri daripada pelbagai kaum yang pada
tanggungjawab masyarakat dunia sukar dipadukan dan
menerima pelbagai perbezaan baik agama, budaya, bahasa dan
adat kepercayaan.
Tambahan pula, dengan adanya dasar-dasar kerajaan dan
Rukun Negara, kesepaduan dan keharmonian yang dapat
dicapai. Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah
sekiranya semua pihak saling melengkapi dan menjamin
kelangsungan demi meningkatkan daya tahan dan keharmonian
dalam sesebuah masyarakat majmuk. Proses perpaduan di
negara ini memerlukan kerjasama dan kesedaran semua pihak
sama ada secara sedar atau tidak untuk memastikan
kesepaduan sosial yang sedia ada dapat dikekalkan.