The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitikhadijahkifli, 2021-03-04 03:18:43

Darah titik di Semantan Bab 1-2 Kumpulan 1

ahli;Khadijah,Aleeya,Alyaa,Adilah,Misha

DARAH TITIK DI
SEMANTAN BAB1-2

KUMPULAN1:KHADIJAH<ALYAA<ADILAH<ALEEYA<MISHA

BAB 1

◦ SINOPSIS

◦ Cemas Tengah hari itu, Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad berjalan ke Masjid Lubuk Terua. Mereka melalui kebun kelapa dan dusun buah-
buahan. Mereka berempat tidak berbual dan hanya melayani perasaan masing-masing. Zahid terkenang akan Datuk Bahaman, Orang Kaya Semantan
yang telah banyak berubah sejak pulang dari Pulau Tawar. Dahulu, setiap malam selepas menyelia Mat Lela dan Datuk Panglima Raja Awang Ishak
mengajar silat di gelanggang, Datuk Bahaman bercerita tentang pahlawan-pahlawan Melayu yang terbilang tetapi sekarang tidak lagi. Tiba-tiba, Samad
bertanya kepada anak bongsu Datuk Bahaman, Awang Muhammad tentang perubahan sikap Datuk Bahaman. Awang Muhammad hanya menggelengkan
kepalanya. Antara mereka berempat, Rahmanlah yang lebih mengerti tentang hati dan budi Datuk Bahaman kerana Rahman bekerja dengan Datuk
Bahaman sebagai jurutulis pelatih. Menurut Rahman, Datuk Bahaman memikirkan perjanjian antara Inggeris dengan raja. Dalam perjanjian itu, banyak
perkara yang dirunding dan diputuskan tidak dimasukkan. Hal ini menyebabkan Datuk Bahaman marah kepada Inggeris. Setibanya mereka di simpang
jalan ke tebing sungai, mereka terjumpa dengan Mat Lela. Mereka meneruskan perjalanan sambil berbual tentang ketamakan Inggeris kerana mereka
memunggah emas dan bijih timah dari negeri itu ke negeri mereka serta memungut cukai dan memeras rakyat tempatan. Perbualan mereka terhenti
setelah tiba di halaman masjid. Zahid dan rakan-rakannya masuk dan duduk di bahagian tengah masjid sementara Mat Lela ke bahagian depan dan
duduk di sebelah Datuk Panglima Raja Awang Ishak. Kelihatan juga Imam Perang Weh yang duduk bersebelahan dengan Datuk Bahaman. Selepas
sembahyang, Datuk Bahaman menyampaikan nasihatnya kepada para jemaah supaya bangkit menentang Inggeris. Datuk Bahaman menyeru rakyatnya
agar menentang Inggeris setelah dada penuh dengan ilmu dan kepandaian. Oleh itu, Datuk Bahaman meminta rakyatnya meningkatkan latihan dan
ajaran agama. Zahid dan rakan-rakannya bercadang untuk membina kubu di pangkal “Merbau Berdarah” di tebing Lubuk Sengarat. Semasa mereka
berbincang tentang perancangan mereka membina kubu itu, Mak Long Esah, ibu Samad tiba dalam keadaan tergesa-gesa untuk memaklumkan bahawa
Inggeris sudah sampai di Lubuk Terua. Berita kedatangan Inggeris ke Lubuk Terua merebak ke seluruh tempat. Penduduk-penduduk kampung bersiap
sedia dengan keris mereka dan menunggu perintah daripada Datuk Bahaman.

WATAK DAN PERWATAKAN BAB 1

DATUK BAHAMAN
◦ Berani
◦ Penyabar dan berhati-hati
◦ Jujur dalam berjuang
◦ Seorang Pahlawan di Semantan
ZAHID
◦ Pemuda yang berjiwa berpegang
◦ Cinta akan negara
◦ Berani
◦ Kawan rapat,Samad,Rahman,Awang Muhamad

WATAK DAN PERWATAKAN BAB 1

AWANG MUHAMAD Rahman

◦ Rakan Zahid ◦ Rakan Zahid
◦ Anak Bongsu Datuk Bahaman ◦ Jurutulis pelatih kepada Datuk Bahaman
◦ Berjiwa Perjuang ◦ Berani
◦ Berani

WATAK DAN PERWATAKAN BAB 1

LAJIS SAMAD

◦ Seorang guru silat ◦ Rakan baik Zahid
◦ Baru berkahwin dengan Kak Minah ◦ Berani
◦ Menjadi pengintip kepada Datuk ◦ berjuang

Bahaman
◦ Seorang yang bekerja sama

WATAK DAN PERWATAKAN BAB 1

MAT KILAU MAT LELA

◦ Anak Tuk Gajah ◦ Seorang yang berfikiran terbuka
◦ Berani ◦ Seorang yang berterus terang
◦ Sering membawa berita dari istana

kepada Datuk Bahaman

PERSOALAN BAB 1

◦ Kerjasama dalam menghadap penjajah.
◦ Keberanian penduduk tempatan mententang penjajah Inggeris.
◦ Kesetiaan kepada negara
◦ Pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakat
◦ Kepentingan mendengar arahan ketua.

LATAR BAB 1 LATAR TEMPAT

LATAR MASA ◦ Lubuk Terua
◦ Semantan
◦ Hari Jumaat ◦ Lubuk Sengarat
◦ Dua tahun dulu
◦ Pada waktu tengah hari
◦ Selepas waktu magrib
LATAR MASYARAKAT
◦ Masyarakat penjajah Inggeris
◦ Masyarakat penjuang
◦ Masyarakat bekerja sama

NILAI DAN PENGAJARAN BAB 1

NILAI BAB 1 PENGAJARAN

1.Nilai Kerjasama 1.Kita hendaklah bekerjasama apabila
Contoh:Lajis bekerja sama dengan Pak Uda melakukan sesuatu.
Ismail untuk mendirikan bengkel senjata di 2.Kita haruslah berani menempuh cabaran
rumah Pak Uda Ismail. dan halangan dalam kehidupan.
2.Nilai keberanian 3.Kita mestilah berjuangkan
Contoh:Datuk Bahaman terjun ke dalam air mempertahankan tanah air kita daripada
dan mengejar musuh-musuhnya. dijajah.
3.Nilai Cinta akan Negara
Contoh:Datuk Bahaman menyeru rakyatnya
supaya mempertahankan tanah air mereka.

BAB 2

SINOPSIS

Lubuk Terua Tergugat Darah Zahid berderau apabila melihat empat buah perahu yang penuh dengan papan dan atap nipah tertambat di tebing sungai
bersetentang dengan dusun Datuk Panglima Raja Awang Ishak. Setelah mendapati ibu dan ayahnya sudah ke sawah, Zahid ke rumah Samad. Kemudian,
mereka ke rumah Rahman tetapi Rahman telah keluar lebih awal ke rumah Datuk Bahaman. Seterusnya, mereka ke rumah Awang Muhammad. Tujuan
mereka berjumpa adalah untuk berbincang tentang kerja-kerja menggali kubu di Lubuk Sengarat. Selepas itu, mereka bergerak ke rumah Datuk
Bahaman. Dalam perjalanan ke rumah Datuk Bahaman, mereka terserempak dengan Pak Long Abas dan Datuk Panglima Raja yang menghala ke rumah
Datuk Bahaman. Sebaik sahaja Datuk Panglima Raja dan Pak Long Abas tiba, Datuk Bahaman keluar ke serambi rumahnya. Datuk Panglima Raja
melepaskan kemarahannya terhadap tindakan Inggeris menceroboh Semantan dan menggunakan kawasan dusun duriannya sebagai tempat mereka
bertapak kepada Datuk Bahaman. Pak Long Abas memohon kebenaran Datuk Bahaman supaya membenarkannya dan rakan-rakannya mengamuk di
Semantan. Walau bagaimanapun, Datuk Bahaman menyabarkan mereka kerana persiapan mereka untuk menyerang Inggeris belum lagi cukup. Bagi
Datuk Bahaman, tiada gunanya berperang kalau untuk kalah. Datuk Bahaman menyatakan bahawa dia berasa terhina kerana Syres tidak menemuinya
sebelum menggali kubu dan membina rumah pasung di kawasannya. Walau bagaimanapun, Datuk Bahaman memberitahu pengikutnya bahawa
Inggeris tetap akan ditentang setelah menghadap sultan. Setelah mendengar kata-kata Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan Pak Long Abas
berjanji akan terus menyokong Datuk Bahaman. Datuk Bahaman juga memuji Zahid dan rakan-rakannya kerana tindakan mereka hendak membina
kubu di pangkal merbau berdarah di tebing Lubuk Sengarat. Selain itu, Datuk Bahaman juga meminta mereka berempat menyiapkan bambu runcing
untuk digunakan dalam peperangan nanti. Dalam perjalanan ke Lubuk Sengarat, Zahid dan rakan-rakannya mengikut jalan di tepi tebing sungai dan
mereka dapat melihat di seberang sungai, mata-mata Inggeris sedang sibuk menggali kubu panjang di atas tebing yang menghadap ke rumah Datuk
Bahaman.

WATAK DAN PERWATAKAN BAB 2

DATUK BAHAMAN ZAHID

◦ Berani ◦ Berani
◦ Seorang yang berpegang pada janji ◦ Membina kubu Bersama rakan-rakannya.
◦ Mempunyai semangat berjuang yang ◦ Mempunyai semangat berjuang yang

tinggi. tinggi
◦ Cinta akan Negara ◦ Cinta akan Negara

WATAK DAN PERWATAKAN

AWANG MUHAMAD RAHMAN

◦ Berjiwa Penjuang ◦ Rakan Zahid
◦ Anak Bongsu Datuk Bahaman ◦ Berani
◦ Berani
◦ Cinta akan Negara

WATAK DAN PERWATAKAN BAB 2

LAJIS SAMAD

◦ Berani ◦ Rakan baik Zahid
◦ Seorang yang bertanggungjawap ◦ Berani
◦ Pengintip kepada Datuk Bahaman

WATAK DAN PERWATAKAN BAB 2

MAT KILAU MAT LELA

◦ Anak tuk Gajah ◦ Anak kepada Datuk Bahaman
◦ Berani ◦ Abang kepada Awang Muhamad
◦ Berani

PERSOALAN BAB 2

◦ Kerjasama dalam menghadapi penjajah.
◦ Kepentingan mendengar arahan ketua.

LATAR BAB 2 LATAR TEMPAT

LATAR MASA ◦ Lubuk Sengarat
◦ Pada waktu pagi ◦ Sawah
◦ Pangkalan Datuk Bahaman
LATAR MASYARAKAT ◦ Lubuk Terua
-Masyarakat mata-mata Inggeris dari India ◦ Semantan
dan Benggala.
-Masyarakat yang menentang penjajah
Inggeris.

NILAI DAN PENGAJARAN BAB 2

NILAI BAB 2 PENGAJARAN

1.Nilai Kerjasama 1.Kita hendaklah bekerjasama apabila
Contoh:Zahid menolong Datuk Bahaman melakukan sesuatu.
2.Nilai Keberanian 2.Kita haruslah berani menempuh cabaran
Contoh:Zahid dan rakan-rakannya berani dan halangan dalam kehidupan
untuk menentang penjajah Inggeris

DARAH TITIK DI SEMANTAN BAB 1-2

◦ KUMPULAN 1
◦ KETUA KUMPULAN:ALEEYA
◦ AHLI:ALYAA,KHADIJAH,MISHA,ADILAH
◦ GURU:CIKGU SA’ADIAH


Click to View FlipBook Version