SMK (P) TAMAN PETALING
JALAN 5/52, 46000 PETALING JAYA SELANGOR.
MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN
Kali ke-48
EN RAMESH K. KUMARAGURU
Tarikh : 24 April 2021 ( Sabtu )
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Kediaman Masing-masing
Platform : Googlemeet
https://meet.google.com/ivz-harz-jpq
KANDUNGAN
1
Kata alu-aluan Pengetua SMK (P) Taman Petaling 1
1
Kata alu-aluan Yang Dipertua PIBG 2
Senarai AJK PIBG sesi 2020/2021 3
Atur Cara Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 4
2 1
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 5-6
Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 7
2 1
Undangan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 8
1
Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 9
1
Minit Mesyuarat Agung Kali ke-47 10-15
Laporan Tahunan PIBG 2020 16- 19
1
Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020 20-21
Pemilihan AJK PIBG kali ke-48 22
Usul dan cadangan daripada Ibu Bapa 23
Lampiran A (senarai kehadiran Ibu Bapa) 24
Lampiran B (senarai kehadiran Guru dan Staf) 25
Penghargaan 26
1
KATA ALU- ALUAN PENGETUA
KATA ALU-ALUAN
PN. RADZILAH BINTI MOHD RAFEE
PENGETUA SMK (P) TAMAN PETALING
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang
jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-48 dapat direalisasikan.
Kita sedar bahawa dunia sekarang sedang menghadapi masalah COVID-19 bermula pada tahun 2020.
Keadaan pandemik ini memberikan satu impak yang besar kepada negara kita terutamanya dalam
bidang pendidikan. Pendidikan adalah bidang yang mencabar kerana bidang ini merupakan bidang
yang menuntut perancangan strategik yang teliti dan pragmatik, kos yang besar serta jentera
pelaksana yang cekap. Pendidikan juga terdedah dengan tuntutan perubahan selaras dengan
perkembangan global dan serantau. Sesungguhnya, negara akan kehilangan daya saing, ketinggalan
atau terpinggir daripada kemajuan global jika bidang Pendidikan tidak menjadi keutamaan atau tidak
diuruskan dengan cekap dan berkesan. Kita akan ketinggalan sekiranya tidak berupaya bangkit untuk
memenuhi tuntutan perubahan masa kini.
Pada tahun 2021, SMK (P) TAMAN PETALING telah menempa kejayaan dan pencapaian yang lebih
cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembentukan kemenjadian murid yang terbaik.
Oleh sebab itu, semasa negara kita dilanda COVID-19, pihak sekolah telah mencuba sedaya upaya
untuk memberikan yang terbaik kepada murid. Pihak sekolah bertungkus lumus memberikan modul
setiap subjek kepada semua murid. Selain itu, pembelajaran secara bersemuka melalui google meet
dan juga kaedah-kaedah yang lain bermula pada tahun 2020 lagi. Justeru, usaha dan komitmen yang
mantap daripada pihak sekolah dan juga hasil gabungan daripada PIBG SMK (P) Taman Petaling.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak PIBG yang memberikan kerjasama dalam
menjayakan aktiviti-aktiviti di sekolah SMK (P) TAMAN PETALING. Besarlah harapan pihak sekolah
agar Jawatankuasa PIBG yang bakal dilantik nanti turut bekerjasama dalam memberikan komitmen
yang diperlukan. Jawatankuasa PIBG harus bekerjasama dengan pihak sekolah terutamanya dalam
memperoleh dana yang mencukupi daripada pelbagai sumber. Maka, dana kementerian yang
disalurkan hanya cukup bagi sekolah beroperasi dalam keadaan biasa-biasa sahaja. Namun, untuk
menjadi sekolah yang luar biasa dan cemerlang, dana yang lebih besar amat diperlukan dan disinilah
PIBG berperanan membantu sekolah memperoleh dana bagi melonjakkan kecermelangan dalam
pelbagai aspek sesuai dengan peranan dan fungsi PIBG yang termaktub dalam Perlembagaan 1998
dan Akta Pendidikan 1996.
Bagi pengetahuan hadirin semua, SMK (P) TAMAN PETALING merupakan salah sebuah sekolah
yang terlibat dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Hal ini demikian kerana, usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti.Antara matlamat dan Teras TS25 ialah mempunyai tiga objektif Program Transformasi
Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-
sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu memantapkan kepimpinan sekolah, memaksimumkan
potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta
mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. Oleh itu,
TS25 berkait rapat dengan moto sekolah SMK (P) TAMAN PETALING iaitu usaha sepenuhnya kearah
kecemerlangan. Akhir kata, saya ingin menyeru kepada semua ibu bapa agar sama-samalah kita
menggembleng dan memacu tenaga bagi menjamin hasrat sekolah ini tercapai .
Sekian Terima Kasih.
2
KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
KATA ALU-ALUAN
EN.RAMESH K. KUMARAGURU
YANG DIPERTUA PIBG SMK (P) TAMAN PETALING
Salam Sejahtera.
Syukur kepada Tuhan kerana pada pagi yang indah ini, kita dapat sama-sama turut serta dalam Google
- Meet ini, menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-48. Sesi 2020 / 2021 merupakan tahun-
tahun yang amat mencabar buat kita semua. Seluruh dunia terkesan dengan pandemik COVID-19.
Kesannya masih kita rasai sampai sekarang sehingga perjumpaan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
pada kali ini terpaksa kita laksanakan dalam norma yang baharu.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada semua ahli jawatankuasa yang
telah sudi berkhidmat secara sukarela demi kebaikan dan kepentingan anak-anak di SMK (P) Taman
Petaling. Kesepaduan dan permuafakatan yang tinggi daripada warga PIBG amat diperlukan bagi
menjayakan setiap program yang akan dijalankan. Oleh itu, saya berharap agar kerjasama dua hala
yang terjalin antara ibu bapa dengan pihak sekolah akan terus berkekalan untuk merealisasikan semua
program yang akan dirancang ke arah kecemerlangan anak-anak kita semua.
Tidak dapat dinafikan bahawa PIBG mempunyai peranan saling melengkapi terhadap fungsi
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana dan kemudahan untuk memastikan
suasana sekolah menjadi kondusif untuk murid-murid menimba ilmu. Oleh itu, sepanjang tempoh
pandemik ini, pelbagai projek berjaya dilaksanakan oleh pihak PIBG untuk keselesaan murid-murid.
Antaranya ialah projek membaik pulih Makmal Sains, menaik taraf Bilik SPA 21, pemasangan kisi-kisi
tingkap di Kelas 5 SK, menceriakan tandas guru dan murid serta telah membeli 10 set tiang penjarakan
sosial. PIBG juga telah membiayai pembelian P.A Sistem yang baharu untuk kegunaan sesi
perhimpunan di Dataran Puteri.
Akhir sekali, saya dan barisan AJK PIBG sesi 2020 / 2021 mengambil peluang ini untuk mengucapkan
terima atas kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak. Besarlah harapan saya
agar kita dapat memainkan peranan masing-masing bagi mewujudkan kerjasama antara pihak sekolah
dengan ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang lebih berkesan. Saya juga mengharapkan agar
mesyuarat kali ini akan menjadi satu medan terbaik kepada kita untuk menyalurkan idea yang bernas
demi kemenjadian anak-anak kita sekali gus menaikkan imej SMK (P) Taman Petaling.
Sekian, terima kasih.
3
AJK PIBG
SENARAI AJK PIBG SESI 2020/2021
Penasihat : Pn. Radzilah binti Mohd Rafee
Yang Dipertua : En. Ramesh K. Kumaraguru
Naib Yang Dipertua : En. Omar Shariff bin Sagol Amit
Setiausaha Kehormat : Pn. Aniza binti Ismail
Penolong Setiausaha : Pn. Nurhashimah binti Nawawi
Bendahari : Pn. Razreena binti Ridzuan Sethu
Penolong Bendahari : Pn. Siti Nashiroh Binti Abd. Kadir
AJK Ibu Bapa : 1. En. Shamsaimun bin Ezil
2.En. Azmi bin Rosli
3. En. Rames a/l Maniam @ Mohandas
4. Pn. Habsah binti Hassan
AJK Guru : 1. Pn. Nor Halijah binti Abu Bakar
2. Pn. Siti Sarah binti Mohd Yunos
3. Pn. Marhaini binti Ibrahim
4. Cik Mok Pui Kee
5. Pn. Vathsala A/P Kandamuthu
Juru Audit : 1. En. Jil Afril bin Jamaluddin
2. Pn. Nor Faizah binti Md. Daud
4
ATUR CARA
ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 48
10.00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru
10.30 pagi : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan alu-aluan oleh Pengetua SMK (P) Taman Petaling
Pn. Radzilah binti Mohd Rafee
: Ucapan perasmian oleh Yang Dipertua PIBG SMK (P)
Taman Petaling sesi 2020/2021
En. Ramesh K. Kumaraguru
: Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2020/2021
: Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 bermula
12.00 tengahari : Majlis bersurai
5
JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 2021
SMK (P) TAMAN PETALING
Pengerusi : Pn. Radzilah binti Mohd Rafee
Naib Pengerusi : Pn. Nor Halijah binti Abu Bakar
Pn. Siti Sarah binti Mohd. Yunos
Pn. Marhaini binti Ibrahim
Setiausaha : Pn. Aniza binti Ismail
Pen Setiausaha : Pn. Nurhashimah binti Nawawi
Bendahari : Pn. Razreena binti Ridzuan Sethu
Pen Bendahari : Pn. Siti Nashiroh binti Abdul Kadir
BIL TUGAS AJK
1 Penasihat :
Pn. Marhaini binti Ibrahim
(i) Setiausaha 1. Pn. Aniza binti Ismail
(ii) Dokumentasi 1. Pn Nurhashimah binti Nawawi
(iii) Buku Program 1. Pn. Anizah binti Bakar (K)
2. Pn. Nik Farah Izzati binti Fauzi
2 Penasihat :
Pn. Junaidah binti Zainal
(i) Pencatat Minit 1. Pn. Noryana binti Mat Yaacob (K)
2. Pn. Emiliawati binti Zainal Abidin
(ii) Penyedia Teks Ucapan 1. Pn. Vathsala a/p Kandamuthu (K)
2. Pn. Nuraniah binti Norasli
3 Penasihat :
Cik Mok Pui Kee
(i) Siaraya/Teknikal/ 1. En. Faizal Reza bin Abidin (K)
ICT 2. Cik Nur Hidayatul Basirah binti Sidek
3. Pn. Noratiqah binti Md Noor
4. Pn. Nurul Nadia binti Abdul Latib
6
Multi Media & Fotografi 1. Pn. Chong Choon Hiong (K)
2. P. Nur Hidayatul Hanina binti Abd. Wahab
4 Penasihat :
Pn.Ezanee binti Esa
(i) Bacaan Doa 1. En. Mohd Nasrul bin Mohd. Nawi
(ii) Pengacara Majlis 1. Pn. Nurul Nadia binti Abdul Latib
5 Penasihat :
Pn. Noraiza binti Muhd Azmi
(i) Banner 1. Pn. Cecilia a/p Chilandi (K)
2. Pn. Zalizawani binti Zakaria
(ii) Pendaftaran 1. Siti Nur Azwani binti Mohamad Razani
2. Pn Thilagavathi a/p Archanan
TEAMWORK
coming together is a
beginning keeping
together is progress
working together is
success
- Henry Ford
7
NOTIS MESYUARAT
8
UNDANGAN MESYUARAT
9
AGENDA MESYUARAT
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
• Ucapan Yang Dipertua PIBG
1
• Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-47
2
• Membentang dan melaporkan aktiviti PIBG sesi 2020/2021
3
• Membentangkan, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan
4 yang berakhir pada 31 Disember 2020. Pembentangan
Perbelanjaan Biro-biro PIBG 2020
5 • Pembubaran AJK PIBG sesi 2020/2021
• Pelantikan Pengerusi sementara
6
• Pelantikan AJK PIBG sesi 2021/2022
7
• Membahaskan usul-usul
8
• Ucapan penagguhan oleh Yang Dipertua PIBG 2021/2022
9
10
MINIT MESYUARAT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEREMPUAN TAMAN PETALING
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-47
TAHUN 2020
Tarikh : 11 Januari 2020
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : The Innovative Classroom
Hadir : Rujuk Lampiran 1
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan semua yang hadir.
Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Encik Omar Shariff bin Sagol Amit selaku Yang DiPertua PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat Agung ke-46 untuk diterima oleh semua ahli sebagaimana yang terdapat pada
muka surat 9 hingga muka surat 16.
Makluman
2.2 Puan Ismawati binti Sahhibol mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali
ke-46 disahkan dan disokong oleh Puan Junaidah Binti Zainal.
Makluman
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit.
Makluman
4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Laporan tahunan PIBG 2019/2020
4.1.1 Laporan aktiviti-aktiviti PIBG untuk tahun 2019/2020 telah dibentangkan
oleh Yang DiPertua PIBG iaitu Encik Omar Shariff bin Sagol Amit seperti
yang terdapat pada muka surat 17 hingga 20.
Makluman
11
4.1.2 Laporan PIBG 2019/2020 diterima sebulat suara.
Makluman
4.2 Pembentangan Penyata Kewangan 2019/2020
4.2.1 Puan Rewathy a/p Muniandi telah membentangkan penyata kewangan bagi
tahun berakhir 31 Disember 2019 sebagaimana yang terdapat pada muka surat
21 dan penyata pecahan perbelanjaan biro-biro bagi tahun 2019 pada muka
surat 28 dan 29.
` Makluman
4.2.2 Encik Ramesh K. Kumaraguru mencadangkan agar laporan tahunan kewangan
2019/2020 disahkan dan disokong oleh Puan Razreena bt Mohd Ridzuan
Sethu.
Makluman
4.3 Pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2020
4.3.1 Encik Omar Shariff bin Sagol Amit selaku Yang DiPertua PIBG dengan
rasminya membubarkan AJK PIBG sesi 2019/2020. Sebelum
membubarkannya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang
telah memberikan kerjasama sepanjang sesi 2019/2020.
Makluman
4.4 Pelantikan pengerusi
4.4.1 Encik Omar Shariff bin Sagol Amit telah dilantik sebulat suara untuk menjadi
pengerusi sementara.
Makluman
4.5 Pelantikan AJK PIBG 2020/2021
4.5.1 Mesyuarat sebulat suara melantik Encik Ramesh K.Kumaraguru sebagai YDP
PIBG sesi 2020/2021.
Makluman
4.5.2 Keputusan pemilihan AJK sesi 2020/2021 adalah seperti berikut:
Penasihat : Puan Radzilah binti Mohd Rafee
Yang DiPertua : Encik Ramesh K.Kumaraguru
Naib Yang DiPertua : Encik Omar Shariff bin Sagol Amit
12
Setiausaha Kehormat : Puan Aniza bt Ismail
Pen. Setiausaha : Puan Nurhashimah bt Nawawi
Bendahari Kehormat : Puan Razreena bt Mohd Ridzuan Sethu
Pen. Bendahari : Puan Siti Nashiroh bt Abd Kadir
AJK Ibu bapa : 1. Encik Shamsaimun bin Ezil
2. Encik Azmi bin Rosli
3. Encik Rames a/l [email protected]
4. Puan Habsah binti Hassan
AJK Guru : 1. Puan Gan Wan Yeat
2. Puan Mazliza binti Mat Amin
3. Puan Marhaini binti Ibrahim
4. Cik Mok Pui Kee
5. Puan Kalanithy a/p Namasivayam
Juru Audit : 1. Puan Norimi bt Mohd Rani
2. Encik Jil Afril bin Jamaluddin
4.6 Membahaskan Usul dan Cadangan
Usul dan cadangan yang dikemukakan oleh ibu bapa yang hadir sahaja
dibentangkan. Berikut adalah usul-usul yang dikemukakan :
4.6.1 Kantin
4.6.1.1 Puan Haslinawati mencadangkan agar pengusaha kantin tidak menjual
makanan yang diproses dan melebihkan penjualan buah-buahan.
Puan Mazliza memaklumkan bahawa mesyuarat bersama dengan
pihak kantin telah dijalankan dan beliau telah memaklumkan kepada
pengusaha kantin berkaitan hal tersebut.
Makluman
13
4.6.1.2 Puan Fadilah meminta pihak sekolah membuat pemantauan
kebersihan kantin terutama dari segi masakan kerana beliau mendapat
laporan daripada anaknya bahawa ayam yang dimasak masih mentah
dan berdarah.
Puan Mazliza memaklumkan bahawa kantin sentiasa dipantau dari
semua segi. Pihak MBPJ dan Pejabat Kesihatan juga membuat
pemantauan berkala dan keputusan adalah baik. Namun pihak
sekolah akan memaklumkan agar pihak kantin lebih alert berkaitan
penyediaan makanan .
Makluman
4.6.2 Pembelajaran
4.6.2.1 Puan M Paramanathan memaklumkan bahawa guru tingkatan hanya
masuk satu hari dalam seminggu di kelas anaknya 1 Teratai.
Puan Gan Wan Yeat menjelaskan bahawa pihak sekolah telah
mengambil kira semua aspek sewaktu penentuan guru tingkatan. Puan
Cecilia merupakan guru tingkatan kelas 1 Teratai dan beliau mengajar
matapelajaran Pendidikan Seni iaitu hanya sekali dalam seminggu.
Namun beliau menjalankan perkara berkaitan kelas pada waktu-waktu
lain.
Makluman
4.6.3 Majlis Graduasi
4.6.3.1 Encik Omar Shariff memohon agar Majlis Graduasi Tingkatan 5
diteruskan dengan pemakaian jubah dan diadakan ditempat yang
sesuai.
Puan Mazliza memaklumkan Majlis Graduasi diteruskan tetapi ditukar
nama kepada Majlis Apresiasi. Pemakaian jubah dibatalkan untuk
mengurangkan kos bagi murid yang kurang berkemampuan
Makluman
14
4.6.3.2 Puan Khairul Hayati dan Puan Sharenjit Kaur berharap pihak sekolah
boleh mempertimbangkan tentang hari graduasi kerana anak mereka
ingin merasa pengalaman menghadiri Hari Graduasi.
Puan Mazliza memaklumkan pihak sekolah turut mempertimbangkan
murid yang kurang berkemampuan untuk mengadakan Majlis
Apresiasi di hotel kerana setiap tahun mengalami masalah untuk
mengutip wang sumbangan. Pihak sekolah akan menjalankan survey
kepada ibu bapa untuk mendapat persetujuan dari segi bayaran. Pihak
sekolah juga amat mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak
bagi menjayakan Majlis Apresiasi tahun 2020
Makluman
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Bayaran sumbangan tahun 2020
En Ramesh K. Kumaraguru membuka peluang kepada ahli mesyuarat supaya
memberi cadangan ataupun komen berkaitan dengan bayaran sumbangan bagi tahun 2020.
Makluman
5.1.1 Puan Haslinawati menyokong bayaran sumbangan tahun 2020 sebanyak
RM126 bagi murid tingkatan 1.
Makluman
5.1.2 Puan Lina Hazlina bt Agus Rumani menyokong bayaran sumbangan tahun
2020 sebanyak RM120 bagi murid tingkatan 2 dan 3.
Makluman
5.1.3 Puan Hafizah Faiz menyokong bayaran sumbangan tahun 2020 sebanyak
RM140 bagi murid tingkatan 4.
Makluman
5.1.4 Puan Fatimah menyokong bayaran sumbangan tahun 2020 sebanyak RM200
bagi murid tingkatan 5.
Makluman
15
5.2 Photobook
Puan Gan memaklumkan bahawa bermula tahun 2020 majalah sekolah tidak lagi diadakan
tetapi ditukar kepada photobook. Hanya murid tingkatan 4 dan 5 sahaja yang terlibat dan
bayaran yang dikenakan adalah RM20 untuk setiap murid. Puan Gan memohon persetujuan
daripada pihak ibu bapa berkaitan hal ini.
Makluman
5.2.1 Puan Siti Hanim dan Puan Sharenjit Kaur bersetuju pihak sekolah mengadakan
photobook untuk murid tingkatan 4 dan 5.
Makluman
6.0 PENUTUP
Yang Dipertua PIBG Encik Ramesh K. Kumaraguru mengalu-alukan AJK PIBG yang baharu dan
mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30
tengah hari.
16
LAPORAN TAHUNAN PIBG 2020
LAPORAN TAHUNAN PIBG 2020
1. Ahli Jawatan kuasa PIBG bagi sesi 2020/2021 telah dipilih pada 11 Januari 2020.
Di bawah adalah senarai ahli jawatan kuasa:
Jawatan Nama
Penasihat Puan Radzilah bt Mohd Rafee
Yang Dipertua Encik Ramesh K. Kumaraguru
Naib Yang Dipertua Encik Omar Shariff bin Sagol Amit
Setiausaha Kehormat Puan Aniza binti Ismail
Penolong Setiausaha Puan Nurhashimah binti Nawawi
Bendahari Puan Razreena binti Mohd Ridzuan Sethu
Penolong Bendahari Puan Siti Nashiroh binti Abd Kadir
AJK Ibu Bapa Encik Shamsaimun bin Ezil
Encik Azmi bin Rosli
Encik Rames a/l Maniam
Puan Habsah binti Hassan
AJK Guru Puan Gan Wan Yeat
Puan Nor Halijah binti Abu Bakar
Puan Mazliza bt Mat Amin
Puan Siti Sarah binti Mohd. Yunus
Puan Marhaini bt Ibrahim
Cik Mok Pui Kee
Puan Kalanithy a/p Namasivayam
Juru Audit Encik Jil Afril bin Jamaluddin
Puan Norimi binti Mohd Rani
17
2. Mesyuarat Ahli Jawatan kuasa telah diadakan sebanyak 4 kali dari bulan Februari 2020 hingga
bulan Mac 2021.
SENARAI KEDATANGAN MESYUARAT AJK INDUK PIBG
BIL NAMA 13/2/2020 7/7/2020 23/11/2020 3/3/2021
1 Puan Radzilah bt Mohd Rafee / X / /
2 Encik Ramesh K. Kumaraguru / / / /
3 Encik Omar Shariff bin Sagol Amit X X / X
4 Puan Aniza binti Ismail / / / /
5 Puan Nurhashimah binti Nawawi / / / X
6 Puan Razreena binti Mohd Ridzuan Sethu / / / X
7 Puan Siti Nashiroh binti Abd Kadir / / / X
8 Encik Shamsaimun bin Ezil / / / /
9 Encik Azmi bin Rosli / X X X
10 Encik Rames a/l Maniam / X X /
11 Puan Habsah binti Hassan / / / X
12 Puan Gan Wan Yeat / X / -
Puan Nor Halijah bt Abu Bakar - - - /
13 Puan Mazliza bt Mat Amin / / - -
Puan Nor Halijah bt Abu Bakar - - / -
Puan Siti Sarah bt Mohd Yunos - - - /
14 Puan Marhaini bt Ibrahim / / / /
15 Cik Mok Pui Kee / / / /
16 Puan Kalanithy a/p Namasivayam / / X -
Puan Vathsala a/p Kandamuthu - - - /
17 Encik Jil Afril bin Jamaluddin / X / /
18 Puan Norimi binti Mohd Rani X X - -
Puan Lalita a/p Rakkiyappan - - / -
Puan Nor Faizah bt Md Daud - - - -
18
3.Berikut merupakan aktiviti atau sumbangan PIBG yang telah dilaksanakan.
A) BIRO AKADEMIK
1. Memperbaharui laman web sekolah
Duit sumbangan PIBG digunakan untuk memperbaharui laman web sekolah bagi tahun
2020.
2. Majlis Anugerah Kecemerlangan
Majlis Anugerah Kecemerlangan merupakan acara tahunan yang diadakan bagi
meraikan kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik. Murid yang mendapat
kejayaan cemerlang dalam peperiksaan di peringkat sekolah dan SPM diberikan sijil dan
hadiah agar dapat meningkatkan motivasi mereka untuk lebih cemerlang dalam
akademik.
3. Bayaran Guru Bahasa Cina
Memandangkan sekolah tidak mempunyai guru Bahasa Cina, atas permintaan murid
yang mengambil Bahasa Cina maka guru Bahasa Cina dari luar telah diambil untuk
mengajar mereka. Bayaran guru tersebut dibayar oleh murid yang mengambil mata
pelajaran tersebut. Walau bagaimanapun terdapat beberapa orang murid yang
berpotensi dan bermotivasi dalam pelajaran tersebut tetapi kurang berkemampuan. Oleh
itu pihak sekolah telah mengambil inisiatif membiayai yuran kelas Bahasa Cina murid
tersebut melalui duit sumbangan PIBG.
B) BIRO HEM DAN SAHSIAH
1.Laporan Orientasi Murid Tingkatan 1 (Sarana Ibu Bapa)
2.Program di bawah jawatan kuasa 3K. Kebersihan dan Keceriaan
dalaman Kelas, tandas murid dan guru, blok dan kebun.
3.Perkhidmatan penyelenggaraan sanitary bin oleh Syarikat Rentokil (M) Sdn.Bhd
C) BIRO KOKURIKULUM
1. Kejohanan Merentas Desa
Kejohanan Merentas Desa dilaksanakankan pada 15 Feb.2020 dan telah dirasmikan
oleh NYDP Encik Omar Sharif. Turut hadir YDP Encik Ramesh dan AJK PIBG Puan
Habsah, Encik Jil Afril dan Encik Shamsaimun. Kejohanan ini melibatkan semua murid
dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima yang merangkumi dua kategori iaitu Kelas 1
dan kelas 2. Kejohanan Merentas Desa Tahun 2020 telah berjaya mencapai objektif yang
disasarkan iaitu untuk memperkembangkan potensi murid-murid SMK(P) Taman
Petaling selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
2. Program Penghayatan Bulan Kebangsaan
Program ini dilaksanakan dari 1 Ogos sehingga 16 September 2021. Manakala acara
kemuncak program iaitu Hari Ambang Kemerdekaan diadakan pada 28 Ogos 2020
dengan kehadiran YDP PIBG En Ramesh K.Kumaraguru. Program ini dilaksanakan
bagi memupuk semangat patriotik dan perasaan cinta pada negara dalam kalangan
warga SMK(P) Taman Petaling.
19
3. Peralatan penyelenggaraan penularan Covid-19 Pembelian seperti cecair nyah kuman
untuk kegunaan murid dan pembasmian kuman di kelas-kelas.
D) BIRO INFRASTRUKTUR
1. Projek Membaik pulih Makmal Sains.
2. Naik taraf Bilik SPA 21
3. Memasang gril tingkap di Kelas 5 SK (Fungsi Keselamatan)
4. P.A Sistem Baharu
5. Projek Keceriaan Bangunan Sekolah
6. Projek Dewan Sebagai Tempat Pembelajaran Setempat
7. Pembaikan Infrastruktur Mengikut Keperluan SOP Bagi Pembukaan Penuh
Sekolah Selepas PKP (Pencegahan Penularan Covid-19)
8. Membaiki Kebocoran Bumbung Siling di Kantin
9. Projek Keceriaan Tanda Guru dan Murid
10. Projek Pemasangan Lampu di laluan Blok E
20
PENYATA KEWANGAN
21
22
PEMILIHAN AJK PIBG
SESI 2021/2022
Penasihat : Pn. Radzilah binti Mohd Rafee
Yang Dipertua : _____________________________________
Naib Yang Dipertua : _____________________________________
Setiausaha Kehormat : Pn. Aniza binti Ismail
Penolong Setiausaha : Pn. Nurhashimah binti Nawawi
Bendahari : Pn. Razreena binti Ridzuan Sethu
Penolong Bendahari : Pn. Siti Nashiroh Binti Abd.Kadir
AJK Ibu Bapa : 1. ___________________________________
2. ___________________________________
3. ___________________________________
4. ___________________________________
AJK Guru : 1. Pn.Nor Halijah binti Abu Bakar
2. Pn.Siti Sarah binti Mohd Yunos
3. Pn.Marhaini binti Ibrahim
4. Cik Mok Pui Kee
5. Pn. Vathsala A/P Kandamuthu
Juru Audit : 1. __________________________________
2. Pn.Nor Faizah binti Md. Daud
23
USUL DAN CADANGAN
USUL PIBG 2021
BIL PERKARA DICADANGKAN OLEH RESPON/ULASAN
1 Adakan gotong-royong En. Jamalulai bin Mohd Pihak sekolah telah pun
membersihkan kelas di awal Yusuf mengadakan gotong-royong
tahun persekolahan bagi murid Nama anak : Nur Ain secara besar-besaran untuk
tingkatan 2 hingga tingkatan 5. Tingkatan : 5 Teratai pembukaan sekolah pada 25 &
26 Mac dan 1 & 4 April 2021.
2 Toilet doors, SPM 2021, Students Pn. Siva Sundri Pemeriksaan terhadap semua
extra class, activities plan & Nama Anak : Tarani pintu tandas murid telah pun
motivation Tingkatan : 5 Teratai dilakukan dan didapati semua
tandas mempunyai pintu yang
boleh dikunci.
3 Fokus yang lebih kepada anak Pn. Jusninawati bt Program peningkatan prestasi
murid yang lemah dalam mata Abdul Ghani akademik untuk semua murid
pelajaran agar mereka tidak Nama anak : telah dirancang dan
tercicir. Nur Raihana Nashwa dilaksanakan sepanjang tahun.
Tingkatan : 1 Teratai
4 Menukar masa sekolah Ganason a/l Rajoo Waktu persekolahan telah
Nama anak : Vani Shree ditetapkan oleh pihak KKM.
Ganason Pihak sekolah tidak boleh
Tingkatan : 4 SK menukar masa persekolahan.
5 Sumbangan PIBG, aktiviti Penolong Kanan Pihak sekolah memutuskan
sekolah, program (Pn. Nor Halijah binti untuk mengekalkan jumlah
kecemerlangan akademik, Abu Bakar) sumbangan tersebut.
saham dan pendaftaran koperasi
tahun 2020 seperti berikut:
1.Sumbangan PIBG RM80.00
bagi setiap keluarga.
2.Aktiviti sekolah RM30.00 bagi
setiap murid.
3.Program Kecemerlangan
Akademik bagi setiap murid :
i. Ting 1 RM10.00
ii.Ting 2,3 RM30.00
iii.Ting 4 RM30.00
iv.Ting 5 RM50.00
4.Saham & Pendaftaran Koperasi
bagi murid baharu sebanyak
RM6.00
24
LAMPIRAN A
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 47 2020
SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA / PENJAGA
Bil Nama Bil Nama
1 Fatimuthu Zuhera 39 Jumiati
2 Fathimah Bt Muhari 40 Marry Ang
3 Azmi B. Roosli 41 Nor Asmahwati Bt Aziz
4 Wan Hazilawati Bt Wan Hamidi 42 Latchumy A/P Arumugam
5 Sharifah Normarina 43 Roslina Ishak
6 Siti Aishah Bt Jamaluddin 44 Junaidah Mohd Yusoff
7 Ismawati Sahhibol 45 Habsah Hassan
8 Noor ZalinaMokhdar 46 Lina Hazlina Bt Agun Rumani
9 Fadilah Bt Daud 47 Shahrulnizam B Mohd Yusof
10 Hairunisah Bt Kasim 48 Jamaliah Bt Ali
11 Khairuzzaman 49 Siti Hanim Mohd Nasir
12 Nor Haslinawati 50 Siyamaladevi
13 Fariza Mohd Naser 51 Amartham Ganesan
14 Subhasini Krishnan
15 Nordalila Bt Abu Bakar
16 Jasni Bin Hussin
17 Ramesh K. Kumaruguru
18 Noorfaiza Abd Hadi
19 Sharenjit Kaur
20 Vesanthi
21 Fatimah
22 Rames A/L Maniam
23 Rozita Bt Ismail
24 Jil Afril B. Jamaluddin
25 Azlan Bin Ismail
26 Mathialagan A/L Batumalai
27 Kalaivani A/P Ramani
28 Hetty Suhana Bt Ab Samad
29 Suhaimi Bin Robini
30 Hafizah Faiz
31 Mohd Bakri Bin Zakaria
32 Sainuba Abdul Kadir
33 Siti Aishah Bt Jamaludin
34 Noraini Bt Dollah
35 Omar Shariff Sagol Amit
36 Vanitha Ranggasamy
37 Shamsaimun Ezil
38 Rosnah Ismail
25
LAMPIRAN B
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 47 2020
SENARAI KEHADIRAN GURU DAN STAF SOKONGAN
Bil Nama Bil Nama
1 Radzilah bt Mohd Rafee 31 Norizan bt. Yaakob
2 Gan Wan Yeat 32 Noryana bt. Mat Yaacob
3 Mazliza bt Mat Amin 33 Nor Faizah bt. Md. Daud
4 Marhaini bt Ibrahim 34 Norimi binti Mohd Rani
5 Junaidah bt Zainal 35 Nooraini bt. Ahmad Makri
6 Mok Pui Kee 36 Norsabiha Bt. Che Mazlan
7 Ezanee bt Esa 37 Nurafatin Rahmat binti Sarif
8 GKMP Teknik dan Vok 38 Nuraniah binti Norasli
9 Alia Kamalia bt. Abd. Aziz 39 Nurul Nadia bt. Abd. Latib.
10 Anizah bt. Bakar 40 Ramlah bt. Yaacob.
11 Aziah bt Atin 41 Razreena bt. Ridzuan Sethu
12 Cecilia a/p Chilandi 42 Rewathy a/p Muniandy
13 Chee Bee Ling 43 Rosman bin Abdullah
14 Chong Choon Hiong 44 Sherin Fatima Sebastian
15 Devarani a/p K.Navaratnam 45 Siti Nashiroh bt. Abd. Kadir
16 Emiliawati binti Zainal Abidin 46 Siti Nur Azwani bt. Mohd. Razani
17 Nor Faizah binti Md Daud 47 Suzilawati bt. Ismail
18 Faizura bt. Azmi 48 Thilagavathi a/p Arichanan
19 Faizal Reza b. Abidin 49 Tuan Noor Hanisah bt. Tuan Ismail
20 Haliza bt Abdul Hasim 50 Vathsala a/p Kandamuthu
21 Kalanithy a/p Kandamuthu 51 Zalizawani binti Zakaria
22 Lalita a/p Rakkiyappan 52 Aniza bt Ismail
23 Leong Kim Fun
24 Lim Hui Ching
25 Logeswary a/p Mathiuanam
26 Mohd. Nasrul b. Mohd. Nawi
27 Nik Farah Izzati bt. Fauzi
28 Noraiza bt. Azmi
29 Nor Hidayatul Hanina bt. A. Wahab
30 Nor Atiqah binti Md. Noor
SENARAI NAMA GURU YANG TIDAK HADIR
Bil Nama Catatan
1 Nor Faizah bt Md Daud Cuti Kuarantin
26
PENGHARGAAN
PENGHARGAAN
Yang Dipertua
Dan Ahli Jawatankuasa PIBG 2020/2021
SMK (P) Taman Petaling
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada
Pengetua
dan guru-guru SMK (P) Taman Petaling
Para Ibu/ Bapa/ Penjaga/ AJK Mesyuarat Agung PIBG yang
telah memberi kerjasama dan sumbangan
dalam menjayakan majlis
serta
Semua pihak yang terlibat dalam membantu bagi
melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya.
LAMPIRAN D
Semoga segala usaha kita diberkati