The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA TAWAU, 2020-12-29 18:35:15

BUKU DISIPLIN SK SENTOSA TAWAU 2021

BUKU DISIPLIN SK SENTOSA TAWAU 2021

Keywords: jumiatisuparno,sk sentosa tawau,disiplin,pelajar,peraturan sekolah

PERATURAN
SEKOLAH
&
PANDUAN
DISIPLIN
PELAJAR

SK SENTOSA,
TAWAU,
SABAH
(XBA3075)

NAMA MURID :________________________
TAHUN :______________________________

KANDUNGAN

1. Visi Sekolah
2. Misi Sekolah
3. Matlamat Sekolah
4. Objektif Sentosa Success
5. Objektif Peraturan & Hukuman
6. Struktur Organisasi Lembaga Disiplin SK Sentosa, Tawau
7. Carta Aliran Tindakan Disiplin
8. Peraturan Sekolah :

8.1 Peribadi seorang pelajar
8.2 Masa persekolahan
8.3 Kehadiran ke sekolah
8.4 Pakaian seragam sekolah
8.5 Perhimpunan Sekolah
8.6 Aktiviti Kokurikulum
8.7 Yuran & Derma
8.8 Kantin Sekolah
8.9 Pegawas Sekolah
8.10 Ketua / Penolong Ketua Kelas
8.11 Bilik Darjah / Kelas / Bilik Khas PDP
8.12 Tandas Sekolah
8.13 Pusat Sumber Sekolah

Makmal Sains
Bilik KH/RBT/TMK
8.14 Peralatan Pendidikan Jasmani
8.15 Pinjaman Buku Teks
8.16 Peperiksaan & Ujian Bulanan
8.17 Amalan-amalan Terbaik
8.18 Jenis-jenis kesalahan dan hukuman
8.19 Kesalahan-kesalahan yang tidak tercatat
9. Sistem Merit
10. Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia
11. Lampiran
12. Aku Janji Pelajar

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

VISI

SK SENTOSA
TAWAU

PENDIDIKAN
BERKUALITI,
INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA

SENTOSA SUCCESS
#simplykreatifsuccesstogether

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

MISI

SK SENTOSA
TAWAU

MELESTARIKAN
SISTEM PENDIDKAN
YANG BERKUALITI

UNTUK
MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI
ASPIRASI NEGARA

SENTOSA SUCCESS
#simplykreatifsuccesstogether

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

MATLAMAT
SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sentosa akan menggerakan seluruh warganya sebagai satu pasukan yang
mantap dalam usaha menyusun dan merancang strategi dan mengenal pasti segala bentuk
kekangan serta cuba mengatasinya di dalam melaksanakan program-program yang menjurus ke
arah melahirkan pelajar yang berkualiti dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KURKULUM
1. Memastikan semua pelajar berpeluang menerima pendidikan seberapa luas yang

mungkin dan menjamin tiada kes keciciran.
2. Memastikan semua pelajar menguasai 3M dalam tempoh belajar di sekolah ini kecuali

bagi kes-kes tertentu.
3. Memastikan semua pelajar yang lambat penguasaan penerimaan pelajaran dibantu

dengan melaksanakan :
3.1 Program Celik Huruf dan Nombor
3.2 Program Pemulihan

4. Memastikan semua pelajar Islam dapat menguasai Tilawah dan Fardhu Ain pada
peringkatnya.

5. Memastikan ada peningkatan pencapaian melalui penilaian terancang.
6. Memastikan peningkatan pencapaian peperiksaan UPSR setiap tahun sehingga mencapai

tahap tinggi dari segi kualiti dan kuantiti dari 8% hingga 10%.
7. Memperkenalkan penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam

pengajaran dan pembelajaran serta urusan pentadbiran.
8. Menjadikan SK Sentosa, Tawau sebagai sebuah sekolah digital di daerah Tawau.
9. Membangunkan pelajar yang berinovasi dan berdaya saing dalam pendidikan sehingga ke

peringkat antarabangsa.

KO-KURIKULUM
1. Memastikan semua pelajar diberikan peluang untuk menyertai aktiviti dalam bidang

Kokurikulum melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang di peringkat sekolah, zon,
daerah, negeri dan kebangsaan.
2. Memastikan semua pelajar yang berpotensi dibantu dan dibimbing sehingga berjaya
dalam bidang Kokurikulum untuk menyertai aktiviti di peringkat zon, daerah, negeri dan
kebangsaan.
3. Memastikan semua pelajar mendapat faedah yang maksima melalui semua program-
program Kokurikulum yang dirancang oleh pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM.

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

OBJEKTIF
UMUM

1. Membentuk dan mempertingkatkan pentadbiran yang
berkesan.

2. Membentuk ciri-ciri dan keadaan kerja yang berinisiatif, kreatif,
inovatif, efisien, kerja berpasukan, harmoni, menepati masa,
amanah, berhemah, sentiasa bersemangat, realistik dan sukses.

3. Tabdir urus SK Sentosa dapat membentuk imej sekolah yang
cemerlang, berdaya saing, maju dalam bidang Kurikulum,
Kokurikulum dan sahsiah pelajar.

4. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan
kokurikulum. Dan juga cemerlang dari segi intelek, rohani dan
jasmani.

5. Memenuhi tuntutan keperluan kurikulum dan kokurikulum
termasuk kemudahan fizikal dan suasana dari masa ke semasa
untuk mengelakkan seberapa banyak mungkin tekanan
termasuk dari segi mental dan fizikal dikalangan warga
pendidik SK Sentosa, Tawau.

6. Berusaha mewujudkan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran dengan konsisiten dan kondusif seperti buku teks,
buku rujukan, buku latihan, alat tulis, alat media, komputer dan
sebagainya.

7. Berusaha untuk menaik tarafkan kemudahan dan prasarana
pengajaran dan pembelajaran pelajar dan pentadbiran SK
Sentosa Tawau.

8. Memastikan semua warga SK Sentosa, Tawau mendapat
peluang yang optima untuk mahir dalam bidang yang dikawal
dan dapat diaplikasikan dengan sewajarnya. Berdaya saing dan
berketerampilan dalam melaksanakan tugas.

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

OBJKETIF
PERATURAN

SEKOLAH

1. Melahirkan pelajar yang bersopan santun, berbudi bahasa dan berakhlak
mulia.

2. Mendidik pelajar sedia berbakti kepada warga sekolah dan masyarakat
sekitar.

3. Memastikan bahawa tindakan dan hukuman yang akan dikenakan
kepada pelajar yang berkenaan merupakan satu cara untuk mendidik
dan memberikan kesedaran akan perlukan mempunyai budi pekerti yang
mulia.

4. Melahirkan pelajar yang berdisiplin, berdedikasi dan sentiasa
menghormati guru, ibubapa, rakan sebaya dan masyarakat.

5. Mewujudkan situasi persekolahan yang harmonis dan bersatu padu.
6. Mewujudkan suasana persekolahan yang kondusif, bersih, ceria dan

gembira.

OBJEKTIF HUKUMAN SEKOLAH

1. Mencegah pelajar daripada melakukan perbuatan yang menyalahi dan
melanggar undang-undang dan peraturan sekolah.

2. Memperbaiki perilaku pelajar yang sentisa menimbulkan masalah
disiplin.

3. Mencegahpelajar daripada mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.
4. Mencegah pelajar yang bermasalah daripada mempengaruhi pelajar

lain.
5. Memberikan keinsafan, kesedaran dan pengajaran yang berkesan

kepada semua pelajar bahawa setiap kesalahan atau perbuatan yang
tidak baik akan mendapat hukuman dan denda.

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

CARTA ORGANISASI
BADAN DISIPLIN
SK SENTOSA
TAWAU

GURU BESAR
PN. HJH. MARSADIAH BINTI AWANG

PK PENTADBIRAN PK HEM PK KOKUM
EN. KADIR ALI PN. HASNAH SAFFRY PN. JUMIATI SUPARNO

GURU PENGAWAS GURU DISIPLIN GURU KAUNSELING
PN. DEWI SANTI BAHRUN EN. A. SYUKRI A. GHAZALI EN. SOHAIMI OMAR

TAHUN 1A TAHUN 2A TAHUN 2B TAHUN 3A
PN. HJH NORHAYATI AMBOTAN PN. ROSNANI SUHAIMI PN. SURIA RASI PN. NOORHANA SAHAK

TAHUN 4A TAHUN 5A TAHUN 6A
PN. LAILATUL MF SUTARJI PN. SARINA JUNAIDE PN. FITHRIYAH KAMARUDIN

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

STRUKTUR ORGANISASI
LEMBAGA DISIPLIN
SK SENTOSA TAWAU

GURU BESAR

PENOLONG PENOLONG PENOLONG
KANAN KANAN KANAN
HEM KOKUM
PENTADBIRAN
GURU
DISIPLIN

PENYELARAS
KELAS

GURU GURU GURU
TAHUN 6 TAHUN 5 TAHUN 4

GURU GURU GURU
TAHUN 3 TAHUN 2 TAHUN 1

PENGAWAS
SEKOLAH

KETUA
KELAS

PENOLONG
KETUA
KELAS

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

PENGAWAS SEKOLAH
SK SENTOSA TAWAU

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

CARTA ALIRAN LAPORAN
LEMBAGA DISIPLIN DITERIMA

SK SENTOSA KAJI LAPORAN
TAWAU

TIDAK LENGKAP LENGKAP

DAPATKAN MAKLUMAT
TAMBABAHAN

KESALAHAN BERAT /
RINGAN

RINGAN BERAT
LEBIH 3X
RINGAN
URUSETIA MENYEDIAKAN
NASIHAT DOKUMEN BERKAITAN DAN SURAT
(KAUNSELING)
MESYUARAT LEMBAGA DISIPLIN
AMARAN
(1, 2, & 3)

URUSETIA SEDIAKAN MINIT
MESYUARAT DAN SURAT TINDAKAN

REKOD DALAM BUKU DISIPLIN BAGI
SETIAP KESALAHAN

HANTAR SURAT PEMAKLUMAN KEPADA IBUBAPA / PENJAGA
DAN PIHAK YANG BERKENAAN

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

SK SENTOSA
TAWAU

PERATURAN
SEKOLAH

SENTOSA SUCCESS
#simplykreatifsuccesstogether

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

PERIBADI SEORANG
PELAJAR

KEWAJIBAN DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR ADALAH
SEPERTI BERIKUT :
1. Berkelakuan baik semasa berada di dalam atau di luar

sekolah.
2. Sentiasa menghormati guru-guru, ibubapa, rakan

sebaya dan orang dewasa.
3. Mengamalkan sikap kasih sayang, jujur dan ikhlas

terhadap sekolah.
4. Sentiasa berusaha dan bergiat dalam semua lapangan

untuk mengharumkan nama sekolah.
5. Menunjukkan perwatakan yang baik sebagai seorang

pelajar dari segi tingkahlaku,cara berpakaian,
pergaulan dan percakapan.
6. Mematuhi ajaran agama setiap masa.
7. Mematuhi nasihat, arahan Guru Besar, para guru dan
pengawas sekolah.
8. Berpakaian kemas dan bersih setiap hari.
9. Berdisiplin dan beradab sepanjang masa.
10.Cemerlang dalam Akademik dan Kokurikulum.

*Nilai-nilai Amalan Mulia diberikan markah tambahan atas budi bicara Guru
Besar SK Sentosa, Tawau

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

MASA
PERSEKOLAHAN

WAKTU BELAJAR & WAKTU REHAT :

1. Semua pelajar dilarang berbuat bising di dalam kelas walaupun tiada guru.
(2)

2. Tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru / Ketua
Kelas. (1)

3. Setiap pelajar yang hendak keluar kelas mestilah menggunakan pas
kebenaran keluar. (1)

4. Pelajar yang hendak keluar dari kawasan sekolah seperti ke Klinik
hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah. (1)

5. Keluar / Pulang tanpa kebenaran pihak sekolah adalah dianggap ponteng
sekolah. (2)

6. Pelajar tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah semasa waktu rehat.
(1)

7. Pelajar tidak dibenarkan membeli makanan selain dari waktu rehat. (1)

8. Pelajar tidak dibenarkan makan / minun di dalam bilik darjah. (1)

JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN

TAHAP 1 BERADA DI SESI PDP REHAT SESI PDP WAKTU
(1,2 & 3) SEKOLAH BERMULA BERAKHIR PULANG

TAHAP 2 11.50 HARI
(4,5 & 6) JUMAAT
6.45 7.00 9.30 – 9.50 SESI PDP
BERAKHIR 11.20

12.50

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

KEHADIRAN KE
SEKOLAH

1. Kehadiran ke sekolah adalah WAJIB. (30)
2. Kehadiran setiap kelas akan diambil pada masa PERTAMA.

(10)
3. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab

tertentu hendaklah mengemukakan surat pemakluman
daripada ibubapa, penjaga atau klinik. Tanpa surat
tersebut, maka pelajar tersebut adalah dianggap tidak
hadir tanpa sebab dan akan dikenakan tindakan. (1)
4. Pelajar dikehendaki berbaris diluar bilik darjah sebelum
masuk ke dalam bilik darjah. (1)
5. Pelajar dilarang berada di dalam bilik darjah pada waktu
Pendidikan Jasmani dan waktu Rehat kecuali mereka yang
mendapat kebenaran daripada Guru Bertugas. (2)
6. Pelajar yang datang lewat ke sekolah akan dikenakan
tindakan / hukuman oleh Ahli Jawatankuasa Disiplin
Sekolah. (2)
7. Kelas Tambahan / Gantian adalah dianggap sebagai
Waktu Persekolahan biasa dan WAJIB dihadiri. (2)
8. Pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah pada
waktu cuti persekolahan kecuali mendapat kebenaran
daripada pihak sekolah. (2)

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

PAKAIAN SERAGAM
SEKOLAH

1. Pelajar hendaklah memakai pakaian seragam sekolah
yang telah ditetapkan dengan lengkap dan kemas. (Baju
berwarna putih, seluar dan kain skirt berwarna biru, kasut
dan sarung kaki berwarna hitam kecuali pengawas dan
ketua kelas akan memakai pakaian seragam khas). (5)

2. Pelajar lelaki hanya boleh memakai songkok berwarna
hitam/biru tua sahaja. (2)

3. Pelajar perempuan yang beragama Islam digalakkan
memakai kain dan baju serta mini telekung. (2)

4. Tali pinggang pelajar lelaki mestilah bersesuaian dan tidak
terlalu tebal serta tidak menggunakan penyangkuk yang
berat seperti besi atau sebarang benda tajam yang boleh
membahayakan. (2)

5. Seluar panjang lelaki hendaklah bersaiz sesuai dan tidak
terlalu ketat / terlalu lebar pada bahagian kaki. (2)

6. Pelajar lelaki yang memakai lengan panjang hendaklah
membutang lengan baju dengan kemas dan tidak
digulung. (2)

7. Pelajar perempuan ditegah memakai barang kemas. (2)
8. DIWAJIBKAN memakai lencana sekolah dan tanda nama.

(5)
9. Pakaian sekolah mestilah dipakai pada hari-hari perayaan

sekolah, semasa mengikuti rombongan sekolah dan
semasa mewakili sekolah dalam apa juga acara rasmi. (2)

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

YURAN
DAN

DERMA

1. Pelajar hendaklah menjelaskan Yuran Sekolah dengan segera dalam
tempoh yang telah ditetapkan.

2. Yuran UPSR adalah WAJIB dibayar oleh Pelajar Tahun 6. Dan dijelaskan
dalam tempoh yang telah ditetapkan.

3. Semua bentuk bayaran Yuran dan sumbangan Derma hendaklah
diserahkan kepada Guru Kelas masing-masing dan pastikan Pelajar
menerima resit rasmi bayaran / sumbnagan untuk simpanan ibubapa /
bukti pembayaran.

4. Segala bentuk hutang terhadap pihak sekolah hendaklah dijelaskan
dengan kadar segera bagi mengelakkan daripada pergantungan Sijil
Berhenti Sekolah.

5. Pelajar haruslah mempunyai semangat ingin menderma kepada pihak
sekolah sekiranya pihak sekolah memerlukan sumbangan / derma.

KANTIN SEKOLAH

1. Pelajar hanya dibenarkan membeli makanan di kantin pada waktu
sebelum sesi pembelajaran bermula, waktu rehat dan selepas sesi
pembelajaran berakhir. (2)

2. Pelajar hendaklah berbaris dan beratur dengan tertib semasa membeli
makanan di kantin. (2)

3. Sila duduk semasa makan dan jangan berbual. (1)
4. Baca Doa Makan sebelum makan. Dan ucapkan syukur sebaik sahaja

selepas makan.
5. Jaga kebersihan, keselesaan dan keceriaan kantin. Jangan buang sampah

dan sisa makanan. (2)
6. Selepas Pendidikan Jasmani, pelajar dibenarkan berada di kantin selama 5

minit sahaja. (1)
7. Tidak dibenarkan membawa makanan/minuman ke Bilik Darjah. (2)

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

PENGAWAS
SEKOLAH

1. Pengawas Sekolah adalah ditadbir oleh Guru Besar, GPK (HEM), dan Guru
Disiplin.

2. Jawatankuasa Pegawas Sekolah hendaklah dibentuk mengikut cara yang
telah ditetapkan.

3. Semua Pegawas Sekolah yang telah dilantik hendaklah memakai Pakaian
Seragam Khas yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

4. Tugas-tugas Pengawas Sekolah selain daripada yang telah ditetapkan
termasuklah :
4.1 Menaikkan serta menurunkan bendera pada masa-masa
yang telah ditetapkan.
4.2 Mengendalikan Perhimpunan Mingguan
setiap hari Isnin.

KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS

1. Setiap kelas haruslah mempunyai seorang Ketua Kelas dan seorang
Penolong Ketua Kelas.

2. Penolong Ketua Kelas akan menjalankan tanggungjawab Ketua Kelas
semasa ketiadaannya.

3. Tugas-tugas Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas adalah seperti berikut :
3.1 Menjaga disiplin, kebersihan dan ketenteraman kelas
semasa ketiadaan guru.
3.2 menyediakan Jadual Waktu Bertugas Harian serta
memastikan pelajar di dalam kelas menjalankan tugas dan
tanggungjawab masing-masing seperti yang telah
dirancang.

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

BILIK DARJAH /
KELAS / BILIK

KHAS PDP

1. Pelajar hendaklah berbaris semasa masuk / keluar dari bilik darjah /
kelas / bilik khas PDP. (1)

2. Pelajar hendaklah sentiasa memastikan bilik darjah / kelas / bilik khas
PDP dalam keadaan bersih dan kemas setiap masa. (2)

3. Tidak dibenarkan membuang sampah merata-rata, keluar dari tingkap
atau di luar kawasan kelas. Gunakan Tong Sampah sebaik-baiknya. (2)

4. Pelajar adalah dilarang sama sekali menconteng serta merosakan
papan tulis, dinding kelas, kerusi, meja dan bahan-bahan PDP yang
dipamerkan dalam bilik darjah. (2)

5. Pelajar hendaklah bangun dan memberikan hormat kepada semua
guru atau pelawat yang masuk / keluar di bilik darjah. (2)

6. Pelajar yang hendak meninggalkan kelas haruslah mendapatkan
kebenaran dan memakai pas keluar yang disediakan. Jaga Kad Pas
Keluar dengan sebaiknya diletakan pada tempat yang selamat. (2)

7. Pelajar hendaklah mengetuk pintu dan memberikan salam sebelum
masuk ke bilik darjah ketika guru sedang mengajar. (1)

8. Dilarang berbuat bising, bermain atau bergaduh semasa berada
dalam bilik darjah ketika ketiadaan guru. (5)

9. Ketua Kelas / Penolong Ketua Kelas bertanggungjawab untuk
memastikan segala harta benda dalam bilik darjah berkeadaan baik
dan selamat. (1)

10. Jika berlaku kerosakan atau kecurian, adalah menjadi tanggungjawab
Ketua Kelas / Penolong Ketua Kelas membuat laporan kepada Guru
Kelas. (2)

11. Bilik Khas PDP seperti Pusat Sumber Sekolah, Makmal Sains, Bilik
Kaunseling, Bilik Pemulihan, Bilik Muzik, Bilik KH /RBT /TMK, Surau,
Bilik PJK, Bilik BOSS, Bilik Gerakan/Mesyuarat & Dewan Mini
Serbaguna.

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

TANDAS
SEKOLAH

1. Kebersihan, kecerian dan keselesaan Tandas Sekolah adalah tanggungjawab
semua pelajar.

2. Pelajar yang mengotorkan tandas selepas penggunaannya akan diambil
tindakan tegas jika disabitkan kesalahan. (5)

3. Tandas Sekolah adalah kegunaan bersama. Sentiasa menjaga keceriaan,
keselasan dan kebersihan tandas. (2)

4. Elakkan daripada merokok, menconteng, ponteng kelas, bergaduh dan sebarang
tindakan yang melanggar disiplin sekolah berlaku dalam Tandas Sekolah. (5)

5. Pelajar yang hendak ke tandas hendaklah mendapatkan kebenaran daripada
guru yang sedang mengajar di dalam kelas dan memakai Pas Ke Tandas. Hanya
seorang sahaja dibenarkan ke tandas dalam satu satu masa. (1)

6. Seorang pelajar hanya dibenarkan menggunakan tandas sebanyak TIGA (3) kali
dalam tempoh sesi pembelajaran berlangsung. (5)

7. Bersihkan mangkuk tandas dengan sebaiknya selepas digunakan. (2)
8. Sila jaga kebersihan diri selepas menggunakan tandas. Cuci tangan dengan

sabun dan air. (2)
9. Gunakan air dengan berjimat cermat.(2)

BILIK PSV & MUZIK

1. Tidak dibenarkan berbuat bising, bergaduh dan berbual dalam bilik PSV &
MUZIK

2. Tidak dibenarkan makan dan minum dalam bilik PSV & MUZIK.
3. Sila berbaris dengan tertib ketika hendak masuk dan keluar.
4. Tindakan tegas akan dikenakan kepada pelajar yang didapati telah mencuri dan

merosakkan harta benda yang ada di bilik PSV & MUZIK.
5. Sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dalam bilik PSV &

MUZIK.
6. Semua peralatan yang telah digunakan hendaklah disimpan dan disusun semula

ditempat asalnya dengan baik dan sempurna. Jaga kebersihan bilik PSV &
MUZIK.

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

PUSAT SUMBER
SEKOLAH

1. Pelajar adalah diwajibkan menggunakan Pusat Sumber selama 1 jam
setiap minggu. Rujuk Jadual yang disediakan.

2. Pelajar juga diwajibkan meminjam buku bacaan yang ada di Pusat Sumber
sekurang-kurangnya 1 naskah setiap minggu.

3. Tidak dibenarkan meminjam buku Pusat Sumber daripada orang lain.
4. Tidak dibenarkan berbuat bising, bergaduh dan berbual dalam Pusat

Sumber.
5. Tidak dibenarkan makan dan minum dalam Pusat Sumber.
6. Sila berbaris dengan tertib ketika hendak masuk dan keluar.
7. Tindakan tegas akan dikenakan kepada pelajar yang didapati telah

mencuri dan merosakkan harta benda yang ada di Pusat Sumber.
8. Sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dalam Pusat

Sumber.

MAKMAL SAINS

1. Tidak dibenarkan berbuat bising, bergaduh dan berbual dalam Makmal
Sains.

2. Tidak dibenarkan makan dan minum dalam Makmal Sains.
3. Sila berbaris dengan tertib ketika hendak masuk dan keluar.
4. Tindakan tegas akan dikenakan kepada pelajar yang didapati telah

mencuri dan merosakkan harta benda yang ada di Makmal Sains.
5. Sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dalam Makmal

Sains.
6. Semua peralatan yang telah digunakan hendaklah disimpan dan disusun

semula ditempat asalnya dengan baik dan sempurna. Jaga kebersihan
Makmal Sains.

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

BILIK
KH / RBT / TMK

1. Tidak dibenarkan berbuat bising, bergaduh dan berbual dalam bilik
KH/RBT/TMK.

2. Tidak dibenarkan makan dan minum dalam bilik KH/RBT/TMK.
3. Sila berbaris dengan tertib ketika hendak masuk dan keluar.
4. Tindakan tegas akan dikenakan kepada pelajar yang didapati telah

mencuri dan merosakkan harta benda yang ada di bilik KH/RBT/TMK.
5. Sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dalam bilik

KH/RBT/TMK.
6. Semua peralatan yang telah digunakan hendaklah disimpan dan disusun

semula ditempat asalnya dengan baik dan sempurna. Jaga kebersihan
bilik KH/RBT/TMK.

ALAT PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

1. Semua peralatan PJK boleh digunakan oleh pelajar atas kebenaran guru
PJK sahaja. (2)

2. Rekodkan dulu peralatan yang hendak digunakan dan kembalikan
peralatan berkenaan dalam ditempat yang telah ditetapkan dalam
keadaan yang kemas dan tersusun rapi. Jangan disepah-sepahkan. (2)

3. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik PJK beramai-ramai. Sila
berbaris, bergilir dan masuk 2 orang sahaja untuk satu-satu masa. (2)

4. Pelajar bertanggungjawab terhadap peralatan PJK. Jangan dirosakan atau
dihilangkan. (2)

5. Jika didapati peralatan PJK disorok atau dicuri tindakan tegas akan diambil.
(5)

6. Kebersihan, keselamatan keselesaan dan keceriaan bilik PJK dan peralatan
PJK adalah tanggungjawab bersama. (2)

7. Ketua Kelas / Penolong Ketua Kelas bertanggungjawab untuk memastikan
peralatan PJK yang dipinjam dikembalikan dengan betul dan melaporkan
sebarang masalah kepada Guru PJK dengan segera. (1)

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

PINJAMAN
BUKU TEKS

1. Semua pelajar layak mendapatkan pinjaman Buku Teks.
2. Pastikan buku yang diterima telah direkodkan oleh Guru Kelas.
3. Buku Teks yang dipinjam mestilah dijaga dengan baik. Dibalut dengan

kemas. Jangan dihilangkan sehingga masa untuk dikembalikan pada akhir
tahun. (2)
4. Bawa Buku Teks setiap hari sesuaikan Jadual Waktu PDP yang telah
disediakan oleh pihak sekolah. (2)
5. Tindakan tegas akan diambil jika Buku Teks hilang atau dicuri. (5)
6. Pelajar yang mencuri Buku Teks pelajar lain akan diambil tindakan. (5)
7. Tidak dibenarkan meminjam Buku Teks rakan sekelas dan membawanya
pulang. (2)
8. Kehilangan dan kerosakan Buku Teks adalah menjadi tanggungjawab
pelajar yang meminjam. Guru SPBT hendaklah merekodkan perkara ini.
(1)
9. Adalah menjadi kesalahan meninggalkan Buku Teks di dalam bilik darjah
(laci meja). (2)
10. Buku Teks yang rosak hendaklah dibaiki (jika boleh) atau digantikan yang
baharu (beli) atau bayar gantirugi ikut nilai. (2)
11. Pelajar yang berpindah ke sekolah lain boleh membawa Buku Teks
berkenaan ke sekolah yang baharu. Dan menyerahkan Buku Teks
berkenaan kepada pihak sekolah baharu untuk mendapatkan Buku Teks
lain jika naik kelas.
12. Patuhi arahan Guru Kelas semasa sesi mengembalikan Buku Teks atau
menerima Buku Teks. (2)

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

PEPERIKSAAN &
UJIAN BULANAN /

UJIAN AMALI /
LISAN

1. Pelajar adalah DIWAJIBKAN menghadiri / menduduki semua bentuk peperiksaan
dan ujian bulanan sekolah. (5)

2. Pelajar juga DIWAJIBKAN memiliki Buku Rekod Kemajuan yang disediakan oleh pihak
sekolah. (2)

3. Tidak dibenarkan meniru ketika sedang menduduki peperiksaan atau ujian bulanan.
Sebarang bentuk buku atau nota tidak dibenarkan dirujuk atau dibawa masuk ketika
peperiksaan dan ujian bulanan dilaksanakan. (1)

4. Tidak dibenarkan berbuat bising sepanjang peperiksaan atau ujian bulanan
dilaksanakan. (1)

5. Sediakan sendiri peralatan alatulis semasa peperiksaan atau ujian bulanan
dilaksanakan. Tidak dibenarkan meminjam. (1)

SURAU SEKOLAH

1. Pelajar yang hendak menggunakan Surau untuk tujuan PDP hendaklah berbaris d
luar sebelum mendapat kebenaran untuk masuk . (1)

2. Jangan bawa masuk beg, buku dan lain-lain yang tidak diperlukan ke dalam surau.
Susun diluar kelas dengan kemas dan rapi. (1)

3. Pastikan sudah mengambil Wuduk sebelum melangkah masuk ke surau. Gunakan
selipar yang disediakan. Buka kasut dan susun kemas. Buat secara bergilir dan
jangan bergaduh atau berebut-rebut. (2)

4. Segala peralatan surau yang telah digunakan hendaklah dikemas dan disusun
dengan kemas ditempat asalnya dengan sempurna seperti sejadah, kitab, buku dan
lain-lain. (2)

5. Jaga adab semasa berada dalam surau, jangan bising, bergaduh, bermain ataupun
berbual. (5)

6. Pelajar yang hendak menggunakan surau untuk menunaikan Solat Fardu hendaklah
mendapatkan kebenaran daripada guru yang sedang berada di kelas. Hanya 2 orang
sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa. Pakai Kad Pas Keluar. Sila catatkan dalam
buku penggunaan surau yang disediakan. (2)

7. Pastikan lampu dan kipas dipadamkan selepas menggunakan surau. (2)

8. Kebersihan dan keselesaan surau adalah tanggungjawab semua pengguna. (2)

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

SK SENTOSA
TAWAU

AMALAN-AMALAN
TERBAIK

BONUS 25% (DITAMBAH)

SENTOSA SUCCESS
#simplykreatifsuccesstogether

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

AMALAN-AMALAN
TERBAIK (25)

1. Menghormati semua orang terutamanya ibubapa, guru-guru,
orang tua, rakan, keluarga, kanak-kanak.

2. Memberikan salam kepada sesiapa sahaja. Dan mengucapkan
terima kasih setiap kali mendapat bantuan walaupun senyuman.

3. Memohon maaf jika melakukan kesalahan biarpun kecil. Sentiasa
memaafkan kepada sesiapa sahaja terutama kepada orang yang
lebih tua.

4. Bersifat jujur, amanah, ikhlas, sabar, dedikasi, bertimbang rasa,
menepati janji, bertolak ansur, penuh kasih sayang, mesra, rasa
kekeluargaan dan semua sifat-sifat yang mulia.

5. Menggunakan tutur Bahasa yang sopan santun dan lemah
lembut.

6. Hindari semua sikap negatif seperti seperti mencuri, suka
bergaduh, bercakap tidak senonoh, kurang ajar, suka
mengumpat, dan banyak lagi.

7. Sentiasa menjaga nama baik diri sendiri, ibubapa, guru-guru,
sekolah, keluarga dan orang-orang yang ada disekeliling kita.

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

SK SENTOSA
TAWAU

JENIS-JENIS

KESALAHAN & HUKUMAN

MERIT (-100%)

SENTOSA SUCCESS
#simplykreatifsuccesstogether

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

TINGKAHLAKU
JENAYAH (30)

1. Berjudi
2. Mencuri
3. Memeras ugut
4. Membuli
5. Menghisap rokok
6. Membawa senjata merbahaya
7. Melawan, mengancam, memukul, mencederakan guru, pengawas sekolah,

rakan sekolah
8. Menceroboh bilik, pejabat sekolah

TINGKAHLAKU LUCAH (30)

1. Berkhalwat
2. Membawa bahan lucah ke sekolah
3. Mengintai murid-murid perempuan
4. Menggunakan kata-kata kesat, lucah dan perbuatan lucah
5. Melukis gambar dan /atau menulis kata-kata lucah

TINGKAHLAKU KURANG SOPAN DAN BIADAP (30)

1. Berkelakuan kasar terhadap guru-guru, kakitangan sekolah, pegawas sekolah,
dan rakan sekolah

2. Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran
3. Bersikap kurang ajar, dan tidak menghormati orang lain

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

TINGKAHLAKU
TIDAK JUJUR (30)

1. Menipu guru-guru, ibubapa, rakan sekolah dan sesiapa sahaja
2. Penipuan yang melibatkan wang dan harta benda
3. Menipu semasa peperiksaan

PONTENG (30)

1. Ponteng kelas
2. Ponteng sekolah
3. Ponteng perhimpunan
4. Ponteng kegiatan Kokurikulum
5. Ponteng peperiksaan atau ujian bulanan
6. Ponteng kelas tambahan / kelas gentian / aktiviti anjuran sekolah

TINGKAHLAKU TIDAK MEMENTINGKAN MASA (20)

1. Berkeliaran di kawasan sekolah semasa sesi PDP
2. Datang lewat ke sekolah
3. Datang lewat ketika perhimpunan
4. Makan dan minum dalam kelas ketika sesi PDP

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

TINGKAHLAKU
ANTI SOSIAL (30)

1. Merosakkan harta benda sekolah / kerajaan
2. Merosakkan harta benda guru-guru dan warga sekolah
3. Merosakkan harta benda kantin sekolah
4. Mencemarkan kebersihan kawasan sekolah dan bangunan sekolah

JENIS-JENIS HUKUMAN YANG DIKENAKAN

1. Merit (200)
2. Amaran
3. Rotan satu kali / dua kali / tiga kali
4. Gantung sekolah
5. Buang sekolah
6. Laporan kepada pihak polis

KESALAHAN-KESALAHAN YANG TIDAK
TERCATAT

Mana-mana kesalahan yang tidak tercatat atau tidak tersenarai oleh
kerana factor masa dan keadaan tetapi masih dianggap sebagai satu
pelanggaran disiplin dan tatatertib maka sebarang tindakan disiplin
masih boleh dikenakan ke atas pelajar tersebut. (10)

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

SK SENTOSA
TAWAU

PEKELILING
KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA YANG
BERKAITAN DENGAN
PERATURAN &
DISIPLIN PELAJAR

SENTOSA SUCCESS
#simplykreatifsuccesstogether

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

Ref : K.P. 8543/Vol. 2/ (55)

Kementerian Pelajaran,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur 01-34.

4.hb. November, 1975

Pengarah Pelajaran,
Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/ Sarawak.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/ 1975
Disiplin di Sekolah.
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid,

Adalah seperti tuan termaklum, satu diantara tujuan-tujuan pelajaran ialah
untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah.
Ini bukan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh yang demikian
semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka
itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan
janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru
besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya,
kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk
mendapat keputusan.

2. Ordinan-Ordinan/Surat-Surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas – Lampiran A
Untuk membaiki disiplin sekolah, adalah mustahak bagi tiap-tiap guru besar
dan guru penolong mengetahui dan memahami segala ordinan/Surat
Pekeliling/pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaranh yang berkaitan dengan
kelakuan dan disiplin di sekolah-sekolah. Untuk menolong sekolah ini, maka
satu senarai Ordinan/Surat Pekeliling / Pekeliling Ikhtisas berkenaan dengan
perkara ini disertakan dalam Lampiran A.

3. Perkara-Perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat-Lampiran B Sebagai
panduan kepada Guru-guru Besar dan Guru-guru, satu senarai tatatertib yang
dianggap berat, iaitu hasil daripada satu tinjauan yang dibuat oleh pejabat-
pejabat Pelajaran Negeri di antara lain di mana penggantungan sekolah
sementara dan hukum buang sekolah boleh dijatuhkan, adalah disertakan di
lampiran B.

4. Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) Yang Bertulis Untuk Murid-Murid
Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah

- Lampiran C 1

Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing
secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan
tiaptiap murid mestilah mengetahuinya.Satu salinan peraturan sekolah hendaklah
dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-
guru Besar dan pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada
peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-
ketua murid (School Prefect) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab
mereka. Tindakan pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru
Besar. Mereka juga hendaklah memahami memahami bahawa perlantikan mereka itu
bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.

4.1. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang
bertulis.Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang
tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara.
Guru-guru besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui
peraturanperaturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-
perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam
Lampiran C. Guru Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada
dalam senarai itu mengikut sekolah masing-masing.

5. Peraturan-Peraturan Khas Untuk Asrama, Perpustakaan dan Bilik Mata-Mata
Pelajaran Praktikal dan lain-lain.
Guru-guru Besar hendaklah menyediakan peraturan-peraturan khas untuk asrama dan
perpustakaan dan pengajaran semua mata pelajaran praktikal dalam bilik seperti berikut:

Bengkel Seni Perusahaan
Bilik Sains Rumah Tangga,
Bilik Makmal Sains,
Dewan Pendidikan Jasmani dan lain-lain.

6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan
perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka
untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik
dan buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu
yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.

7. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu semua Guru-guru Besar sekolah
Menengah dan Rendah termasuk sekolah persendirian mengenai kandungan Surat
pekeliling ini dengan segera.

Saya yang menurut perintah,

(Kum Boo)
Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ref: K.P. 8543/Vol.2/(55)
Lampiran A

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975
Ordinan-ordinan/Surat-surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas
Mengenai Kelakuan dan Disiplin di Sekolah-sekolah

Bil Ordinan/Surat Pekeliling dan Tarikh Rujukan Fail KPM
Tajuk :

1. Peraturan-peraturan sekolah (Persatuan-persatuan) 1956
School (Societies) Regulations 1956 LN 179 of 1956 (Education Ordin 1952)
22.5.1956
- Persatuan-persatuan sekolah (School Societies)

2. Peraturan-peraturan Sekolah (Lawatan-lawatan)
1957 School (Tours) Regulations 1957
LN 326 (Education Ordinan 1957) 9.7.1957 M for E 8D/57
Lawatan-lawatan sekolah (School Tours)

3. Peraturan-peraturan Sekolah (majalah-majalah)
1958 School (Magazines) Regulation 1958
LN 208 (Education Ordinan 1957) 15.7.1958
MEO 8G/57 Majalah-majalah Sekolah (School Magazines)

4. Peraturan-peraturan Pelajaran
(Tatatertib Sekolah) 1959 Education (School Discipline)
Regulations 1959 LN 61 (Education Ordinan 1959) 20.2.1959
ME 040 Tatatertib Sekolah (School Disipline)

5. Surat Pekelling Ikhtisas Bil. 6/68 10.9.1968 KP. 8543/10
Pembuangan Muridmurid daripada Sekolah-sekolah kerana kelakuan curang

6. Surat Pekelling Ikhtisas Bil. 6/68 10.9.1968 KP.8543/02/(12) Tatatertib di Sekolah-
sekolah

7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1971 4.1.1971
KP. 8550/Jld.II/(10) Pakaian Seragam Sekolah-sekolah

8. Surat Pekeliling Ikhtisas 10.3.1972
KP.8543/(73) Potongan Rambut dan Sebagainya

9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6A/1975 5.9.1975
KP.8548/8/(75) Disiplin Murid-murid menghisap rokok.

10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1975 19.8.1975
KP.8548/8/(67) Salahguna dadah
Garis Panduan untuk guru-guru Panduan dan Guru Besar.

11. Surat pekeliling 10.6.1974 KP.8613/Jld.7(63) & (63A)
Peraturan-peraturan asrama sekolah.

Ref: K.P. 8543/Vol. 2/(55)
Lampiran B

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975
Perkara-perkara Tatatertib yang Dianggap Berat

i. Menjadi Ahli dalam pertubuhan haram
ii. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
iii. Memukul guru-guru.
iv. Mengancam guru-guru atau Guru Besar ataupun Pengetua.
v. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh

sekolah dan PPD,
vi. Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa

sekolah.
vii. Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah.
viii. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.
ix. Mencuri.
x. Mengancam murid-murid lain- ancaman yang serius dan merbahaya.
xi. Menghisap rokok dan mengambil dadah (sila lihat surat pekeliling Ikhtisas

Bil. 6/1975 dan 7/1975).
xii. Berjudi.
xiii. Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah.
xiv. Masih membantah hukuman guru-sekalipun sudah tiga atau empat amaran.
xv. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru, Guru

Besar / Pengetua.
xvi. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan

menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.
xvii. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut

budi bicara Guru Besar / Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang
berat.

Ref: K.P. 8543/Vol. 2/(55)
Lampiran C

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975
Garis Panduan Peraturan-Peraturan Sekolah untuk Murid-Murid

Perkara-perkara yang perlu ditimbangkan:

i. Pakaian Seragam sekolah dan Pakaian Sekolah
– Kebersihan dan kekemasan diri, rambut dan lain-lain.

ii. Kawasan Sekolah
– meninggal kawasan, borang sakit, kawasan yang dilarang dan lain-lain.

iii. Kebersihan
– sampah, kantin,bilik darjah, dinding, tandas, dan lain-lain.

iv. Keselamatan
– beratur, melintas jalan raya, basikal, makmal sains, dan lain-lain.

v. Pelawat-pelawat
– dengan kebenaran Guru Besar dan lain-lain.

vi. Budi pekerti/ kelakuan/ tingkah laku
– penepatan masa, hormat-menghormati, pergaduhan, bertumbuk, mengugut,

kebiadapan,
meminjam tanpa kebenaran, pencurian atau peras ugut dan lain-lain.

vii. Tidak hadir ke sekolah dan kelas.

viii. Ketua murid darjah dan pengawas.

ix. Waktu sembahyang dan rehat.

x. Latihan kebakaran dan kecemasan.

xi. Bayaran dan yuran sekolah.

xii. Kerosakan harta benda sekolah.

xiii. Kegiatan-kegiatan luar bilik darjah, Perpustakaan, kelab, persatuan sekolah,
permainan sukan dan lain-lain.

Nota:
Perhatian tuan adalah ditarik kepada kegunaan Asrama Sekolah, Bilik Makmal Sains dan
Sains Rumahtangga dan Workshop.
Peraturan-peraturan khas patutlah digubalkan untuk keselamatan dan panduan murid-
murid.

Ref: K.P.8543/Vol.Il(58)

Kementerian Pelajaran,
Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur

7hb. Januari, 197

Semua Pengarah Pelajaran, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Tuan,

Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 2/1976

Potongan Rambut Murid-murid

Adalah saya merujuk kepada surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. K.P. 8543/(73) bertarikh
10 hb Mac, 1972, mengenai perkara yang tersebut di atas dan memaklumkan bahawa untuk
memelihara disiplin dalam sekolah, tuan adalah dikehendaki sekali lagi mengingatkan semua
murid sekolah, guru dan kakitangan lain yang masih berambut panjang bahawa cara-cara
menyimpan rambut seperti berikut mestilah dipatuhi:

Rambut Murid-murid Lelaki

2. Tiap-tiap murid lelaki mesti jangan berambut panjang. lstilah rambut panjang adalah seperti
berikut:

(a) Di belakang: Rambt jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua telinga.
(b) Di depan: Rambut menutup garisan tengah dahi.
(c) Di sebelah: Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan

"sideburn” melebihi garisan tengah hidung.
(d) Di atas: Rambut lebih daripada 6" panjang.

Untuk penerangan yang lebih lanjut lagi, di sini adalah dilampirkan satu gambarajah dengan gaya
menyimpan rambut untuk murid-murid lelaki.

3. Murid-murid lelaki, Guru-Guru dan kakitangan lain yang beragama Sikh boleh berambut
panjang jika mereka memakai serban tetapi yang tidak berserban, peraturan adalah seperti yang
dikuatkuasakan.

Misai dan Janggut

4. Murid-murid lelaki sekolah tidak dibenarkan memakai misai atau janggut atau kedua-duanya.
Istilah misai tidak termasuk bulu roma tebal yang mula tumbuh di bibir atas murid-murid lelaki
yang beransur baligh dan mereka ini tidaklah patut dipaksa bercukur.

Rambut Murid-murid Perempuan

5. Bagi murid-murid perempuan rambut hendaklah jangan sehingga jatuh ke bahu tetapi jika ada
murid-murid perempuan yang berambut panjang dan enggan memotong pendek, mereka boleh
dinasihatkan mengikat rambut masing-masing supaya tidak jatuh ke bahu. lkatan rambut sebagai
tocang (plait) alau "ponytail" boleh dibenarkan.

Guru-guru dan Kakitangan Lain

6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi teladan budi pekerti dan
perangai yang baik kepada murid-murid mereka dan oleh kerana itu adalah diharap
semua guru akan memberi pengaruh yang baik dan menjadi contoh dalam perkara
ini.

7. Dengan ini maka Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. K.P. 8543/(73)
bertarikh 10 hb. Mac, 1972 adalah dimansuhkan.

8. Guru-Guru Besar di semua sekolah bantuan penuh dan swasta hendaklah
diarahkan untuk mengambil tindakan tegas dan menentukan bahawa segala
kandungan-kandungan dalam pekeliling ini dipatuhi sepenuh-penuhnya.

Saya yang menurut perintah, tandatangan (Kum Boo)

Bahagian Sekolah-Sekolah, b.p, Ketua Setiausaha, Kernenterian Pelajaran

s.k
SUS kepada Y.B. Menteri Pelajaran
SUS kepada Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran Ketua Setiausaha
Ketua Pengarah Pelajaran Timbalan Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran
Ketua Bahagian, Kememerian Pelajaran Pengarah Latihan Guru - 20 salinan
Setiausaha Politik kepada Y.B. Menteri Pegawai Khas (I), (II), (lll) kepada Y.B.
Menteri Pegawai Perhubungan Awam.

Ref: K.P.8543/Vol.Il(58)

Kementerian Pelajaran,
Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur

7hb. Januari, 1976

Semua Pengarah Pelajaran,
Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak

Tuan,

Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 2/1976
Potongan Rambut Murid-murid

Adalah saya merujuk kepada surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil.
K.P. 8543/(73) bertarikh 10 hb Mac, 1972, mengenai perkara yang tersebut
di atas dan memaklumkan bahawa untuk memelihara disiplin dalam
sekolah, tuan adalah dikehendaki sekali lagi mengingatkan semua murid
sekolah, guru dan kakitangan lain yang masih berambut panjang bahawa
cara-cara menyimpan rambut seperti berikut mestilah dipatuhi:

Rambut Murid-murid Lelaki

1. Tiap-tiap murid lelaki mesti jangan berambut panjang. lstilah rambut
panjang adalah seperti berikut:
a) Di belakang: Rambt jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua

telinga
b) Di depan: Rambut menutup garisan tengah dahi.
c) Di sebelah: Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian

daripadanya dan "sideburn” melebihi garisan tengah hidung.
d) Di atas: Rambut lebih daripada 6" panjang.

2.Untuk penerangan yang lebih lanjut lagi, di sini adalah dilampirkan satu
gambarajah dengan gaya menyimpan rambut untuk murid-murid lelaki.

3. Murid-murid lelaki, Guru-Guru dan kakitangan lain yang beragama Sikh
boleh berambut panjang jika mereka memakai serban tetapi yang tidak
berserban, peraturan adalah seperti yang dikuatkuasakan.

Misai dan Janggut

4. Murid-murid lelaki sekolah tidak dibenarkan memakai misai atau janggut atau
kedua-duanya. Istilah misai tidak termasuk bulu roma tebal yang mula tumbuh di
bibir atas murid-murid lelaki yang beransur baligh dan mereka ini tidaklah patut
dipaksa bercukur.

Rambut Murid-murid Perempuan

5. Bagi murid-murid perempuan rambut hendaklah jangan sehingga jatuh ke bahu
tetapi jika ada murid-murid perempuan yang berambut panjang dan enggan
memotong pendek, mereka boleh dinasihatkan mengikat rambut masing-masing
supaya tidak jatuh ke bahu. lkatan rambut sebagai tocang (plait) alau "ponytail"
boleh dibenarkan.

Guru-guru dan Kakitangan Lain

6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi teladan budi pekerti dan
perangai yang baik kepada murid-murid mereka dan oleh kerana itu adalah diharap
semua Guru akan memberi pengaruh yang baik dan menjadi contoh dalam perkara
ini.

7. Dengan ini maka Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. K.P. 8543/(73)
bertarikh 10 hb. Mac, 1972 adalah dimansuhkan.

8. Guru-Guru Besar di semua sekolah bantuan penuh dan swasta hendaklah
diarahkan untuk mengambil tindakan tegas dan menentukan bahawa segala
kandungan-kandungan dalam pekeliling ini dipatuhi sepenuh-penuhnya.

Saya yang menurut perintah,

(Kum Boo)
Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p, Ketua Setiausaha,
Kernenterian Pelajaran.

s.k :
SUS kepada Y.B. Menteri Pelajaran
SUS kepada Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran Ketua Setiausaha
Ketua Pengarah Pelajaran
Timbalan Ketua Setiausaha
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Ketua Bahagian, Kememerian Pelajaran
Pengarah Latihan Guru - 20 salinan
Setiausaha Politik kepada Y.B. Menteri
Pegawai Khas (I), (II), (lll) kepada Y.B. Menteri
Pegawai Perhubungan Awam.

Ref: K.P. (BS) 8543/Vol. ll/(58)
Surat Pekeliling Ikhtisas No. 2/1976

K P( BS) 8591/ Jld.lI/(2)
Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Kuala Lumpur,

Telefon: 922066

Kawat: PELAJARAN

9hb. Mac, 1983

Semua Pengarah Pelajaran,
Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak.

Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983 Pakaian Seragam Murid-murid
Sekolah

Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk mengemaskinikan lagi semua
arahan yang berhubung dengan pakaian seragam murid-murid sekolah.

2. Peraturan pakaian seragam murid-murid sekolah adalah seperti
berikut:

2.1 Sekolah Rendah

2.1.1 Pakaian Murid-murid Lelaki

Seluar
i. Seluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar pendek berwarna biru tua (navy
blue). Seluar panjang yang sarna warnanya boleh dipakai sekiranya dikehendaki
oleh ibu bapa/penjaga mereka.
ii. Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis yang kepalanya
tidak besar atau berhias.

Baju
Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek.

2.1.2 Pakaian Murid-murid Perempuan

Pakaian murid-murid perempuan adalah 'pinafore tunic' berwarna biru tua (navy blue)
dan labuhnya hendaklah sampai ke lutut.

Baju Kurung dan Kain Sarung
Murid-murid perempuan boleh juga memakai baju kurung sekiranya dikehendaki oleh
ibu bapa / penjaga mereka dengan syarat baju kurung itu berwarna putih dan kain
sarung berwarna biru tua.

Tudung / Mini Telekung
Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung / mini telekung, dengan
syarat tudung itu berbentuk tiga segi 2 sama dan tudung / mini telekung berwarna
putih, berukuran sesuai dengan murid-murid yang memakainya.

2.2 Sekolah Menengah

2.2.1 Pakaian Murid-murid Lelaki

Seluar
(i) Seluar bagi murid-murid lelaki Sekolah Menengah (Tingkatan. Peralihan hingga ke
Tingkatan Enam) adalah seluar pendek atau seluar panjang sekiranya dikehendaki oleh
mereka atau ibu bapa / penjaga mereka. Warna bagi seluar pendek atau panjang ini
adalah hijau kehitam-hitaman (dark olive).
(ii) Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis yang kepalanya tidak
besar atau berhias.

Baju
Baju adalah berwarma putih dan berlengan pendek atau panjang. Sekiranya memakai
baju berlengan panjang, lengan baju di pergelangan tangan hendaklah dikancing atau
diJipat ke atas sedikit dan paras siku.

2.2.2 Pakaian Murid-murid Perempuan

'Pinafore Tunic'
'Pinafore Tunic' adalah berwarna 'torquoise' dan labuhnya hendaklah sampai ke paras
lutut.

'Blouse'
Blouse adalah berwarna putih dan berlengan.

Murid-murid Perempuan Tingkatan VI
Pakaian bagi murid-murid perempuan Tingkatan VI adalah (skirt) berwarna
'torquoise' dan 'blouse‘ berlengan berwarna putih. Labuh skirt hendaklah sampai
ke paras lutut.

Baju Kurung dan Kain Sarung
Murid-murid perempuan Sekolah Menengah juga dibenarkan memakai baju
kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna 'torquoise'.

Tudung / Mini Telekung
Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung / mini telekung,
dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi 2 sama dan tudung / mini telekung
berwarna putih, berukuran sesuai dengan murid-murid yang memakainya.

2.3 Pakaian Ketika Bersenam dan Bersukan (Sekolah Rendah dan Menengah)
Ketika bermain dan bersukan atau menjalani aktiviti pendidikan jasmani, murid-
murid perempuan, terutamanya di Sekolah-Sekolah Menengah, adalah digalakkan
tanpa paksaan memakai seluar panjang yang sesuai dan baju berlengan jika
dikehendaki oleh mereka atau ibu bapa / penjaga mereka. Dalam hal ini, sekolah-
sekolah bolehlah menetapkan sendiri warna yang sesuai bagi seluar panjang dan
baju berlengan.

2.4 Pakaian dalam Pasukan Beruniform (Sekolah Rendah dan Menengah)
Murid-murid lelaki atau perempuan yang menyertai kegiatan pasukan yang
beruniform di sekolah-sekolah seperti pasukan 'Brownies', Anak Serigala, Pandu
Puteri, Pengakap, Ranger, Bulan Sabit Merah dan sebagainya adalah digalakkan
tanpa paksaan memakai seluar panjang jika dikehendaki oleh mereka atau ibu
bapa / penjaga mereka.

2.5 Pakaian Murid-murid Islam Pada Hari Jumaat (Sekolah Rendah dan
Menengah)
Murid-murid lelaki Islam adalah digalakkan tanpa paksaan memakai pakaian
Kebangsaan pada hari Jumaat. Murid-murid perempuan Islam adalah digalakkan
tanpa paksaan memakai baju kurung dan berkain sarung serta memakai tudung /
mini telekung sepertimana yang dinyatakan dalam para 2.1.2 dan 2.2.2.

2.6 Kasut
Kasut bagi murid-murid Sekolah Rendah dan Menengah adalah kasut 'canvas'
berwarna hitam. Sekiranya memakai setokin, setokin hendaklah berwarna hitam.

2.7 Pakaian-pakaian Seragam Khas (Identiti Khas)
Pakaian seragam yang melambangkan identiti khas bagi murid-murid di sesebuah
sekolah, seperti lencana, tali leher dan pakaian-pakaian yang telah menjadi tradisi
sesebuah sekolah, bolehlah diteruskan. Sekolah-sekolah yang ingin mengadakan
pakaian seragam khas bagi golongan murid-murid yang tertentu dalam masa
persekolahan hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Pengarah
Pelajaran Negeri masing-masing.
3. Panduan bagi bentuk seluar, pinafore tunic, baju kurung dan kain sarung adalah
seperti dalam gambar-gambar rajah yang diserta kan bersama (Lampiran I - II).
4. Dengan surat pekeliling ini, maka semua surat pekeliling yang berkaitan dengan
pakaian seragam bagi murid-murid Sekolah Rendah dan Menengah yang
dikeluarkan sebelum ini adalah dibatalkan.

5. Harap maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di
negeri tuan.

Sekian.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

(DATO' HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN)
Bahagian Sekolah-sekolah,
b.p. Kelua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.

s.k.:
1. Setiausaha Sulit kepada Y B. Menleri Pelajaran Malaysia
2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato' Khalil bin Yaakob,Timbalan Menteri Pelajaran
3. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dr. Tan Tiong Hong Timbalan Menteri Pelajaran
4. Ketua SetiausahaKementerian Pelajaran
5. Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran
6. Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian PeIajaran
7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I Kementerian Pelajaran
8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II Kementerian Pelajaran
9. Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Pelajaran
10. Ketua-ketua Bahagian Kementerian Pelajaran
11. Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran
12. Pegawai Khas I kepada Y.B. Menleri Pelajaran
13. Pegawai Perhubungan Awarn Kementerian Pelajaran

SK SENTOSA
TAWAU

RAMBUT
PELAJAR LELAKI

SENTOSA SUCCESS
#simplykreatifsuccesstogether

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

SK SENTOSA
TAWAU

Rambut Bahagian Hadapan

rambut bahagian hadapan
tidak boleh melebihi garisan

dahi tengah

Pandangan Depan

Rambut Bahagian Belakang
Rambut bahagian

belakang tidak melebihi
cuping telinga

Pandangan Belakang

Garisan Tengah Hidung

Jambang

Rambut tidak boleh menutup
kedua-dua telinga atau sebahagian
daripadanya “sideburn” tidak boleh
melebihi garisan tengah hidung

Pandangan Sisi

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

SK SENTOSA
TAWAU

ETIKA
PAKAIAN PELAJAR
SEKOLAH RENDAH

SENTOSA SUCCESS
#simplykreatifsuccesstogether

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

PAKAIAN
SERAGAM LELAKI

SONGKOK HITAM

RAMBUT PENDEK, KEMAS DAN
NIPIS

BAJU KEMEJA BERLENGAN
PENDEK/PANJANG

PINGGANG SELUAR TIDAK KURANG
DARI PARAS PUSAT. TALI PINGGANG

KULIT DAN BERKEPALA TIDAK
DIBENARKAN

SELUAR ‘SLACK’ HITAM.
POTONGAN SELUAR BERKAKI BESAR

DAN TIRUS ADALAH DILARANG.
LABUH SELUAR TIDAK LEBIH 2.5CM

DARI BUKU LALI.
LEBAR SELUAR TIDAK LEBIH 19”
LILITAN ATAU BERSEPADANAN

STOKIN BERWARNA HITAM

KASUT JENIS KANVAS DAN
BERWARNA HITAM

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

PAKAIAN
SERAGAM
PEREMPUAN

MINI TELEKUNG BERWARNA PUTIH

BAJU KURUNG BERWARNA PUTIH

KAIN BERWARNA PUTIH
STOKIN BERWARNA HITAM
KASUT JENIS KANVAS DAN

BERWARNA HITAM

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075

PAKAIAN
SERAGAM PENGAWAS

Hasil Karya : Puan Jumiati Suparno (SK Sentosa, Tawau) XBA3075


Click to View FlipBook Version