JP RAMLAH RAHMAN
MATRIX:
DCGN 1/2022 (12) – 0046
PSL JAN/2022
1
NMNE 3112: MEDICAL NURSING V: Organic Brain Disorders: EPILEPSY
Objektif Isi Kandungan
1.Menyatakan Epilepsi adalah satu gangguan kronik dalam fungsi-fungsi otak di cortex cerebrum
definisi epilepsy / dimana terdapat pengeluaran aktiviti elektrik (impuls) yang abnormal atau berlebihan di
convulsion / febrile neuron dalam otak untuk seketika waktu dan menyebabkan sentakan atau sawan yang
fits berlaku dengan kerap.
Epilepsy adalah Konvulsi adalah Sawan berlaku akibat demam yang tinggi.
satu gangguan serangan Biasanya terjadi pada kanak – kanak
dalam fungsi otak kontraksi dan diantara umur 6 bulan hingga 5 tahun.
di korteks relaksasi otot disebabkan jangkitan gastroenteritis,
serebrum dimana skeletal berlaku meningoensefalitis,,pneumonia,
terdapat diluar kawal bronchopneumonia dan lain-lain penyakit.
pengeluaran secara tiba-tiba
aktiviti elektrik yang berulang –
yang abnormal ulang
menyebabkan disebabkan oleh
kejang otot atau pengeluaran
sawan yang aktiviti elektrik
berulang-ulang. yang abnormal di
korteks
serebrum .
2
2.Menyatakan Serangan sawan sering dikaitkan dengan gangguan patologi yang melibatkan bahagian
etiologi epilepsy / otak. Oleh kerana itu faktor penyebab atau etiologi epilepsi ini adalah semua keadaan
convulsion / febrile yang melibatkan bahagian otak. Ini termasuklah:
fits pilepsy /
convulsion / febrile 1. Faktor infeksi
fits
Infeksi sistem saraf pusat akut atau kronik boleh menyebabkan sawan.
Serangan infeksi virus di otak menyebabkan kerosakan di bahagian otak terlibat.
Contohnya: abses di otak dan serangan meningitis di kalangan kanak-kanak
sering diiringi dengan sawan.
2. Faktor kecederaan atau trauma
Kecederaan atau trauma di kepala disebabkan oleh pukulan, kemalangan atau
semasa proses kelahiran boleh menyebabkan kerosakan di bahagian otak.
3. Faktor genetik
Latarbelakang keluarga yang pernah mengalami epilepsi samada ibubapa atau
adik beradik. Keadaan ini akan mudah merangsangkan kejadian epilepsi
kepada individu dalam keluarga tersebut
4. Faktor yang tidak diketahui (idiopatik)
Terdapat juga sawan yang berlaku tanpa sebab-sebab tertentu dan dikenali
sebagai idiopathic epilepsy. Ianya berlaku di kalangan mereka berumur 20
tahun ke bawah dan jarang sekali berlanjutan ke umur 30 tahun ke atas.
5. Faktor metabolik
Bahan toksik mengganggu metabolisma, pengaliran oksigen dan glukos ke otak
dan gangguan ini menyebabkan sawan. Contoh keadaan ini ialah:
➢ Ketidakseimbangan elektrolit, hipglisemia, hipoksia, hiperkalemia,
dehidrasi
➢ Keracunan disebabkan plumbum di kalangan kanak-kanak
menyebabkan keadaan “lead encephalopathy” diikuti dengan sawan.
➢ Pengambilan alkohol yang berlebihan
➢ Withdrawal barbiturate
3
3.menyatakan Predisposing Factor
predisposing
factor bagi epilepsy / Faktor-faktor yang mempradisposkan serangan sawan di kalangan mereka yang sudah
convulsion / febrile mengidap epilepsi. Faktor-faktor tersebut ialah:-
fits
i. Tekanan emosi
ii. Keletihan yang extreme
iii. Bunyi bising
iv. Menggunakan pemikiran/mental yang berlebihan
Patofisiologi Epilepsy
Otak merupakan pusat pengawalan fikiran, pergerakkan dan deria. Ia dibentuk oleh
unit-unit sel (neuron). Sel ini mempunyai fungsi yang berbeza dan fungsi ini dilakukan
melalui penghasilan aktiviti elektrik yang berbeza.
➢ Sawan terjadi akibat daripada fungsi neuron yang sensitif di cortex cerebrum dan
di limbic centre di hippocampus
➢ Neuron (sel otak) ini dikenali sebagai epileptogenis focus. Membran sel ini akan
menjadi telap dan seterusnya menjadi aktif jika pesakit mengalami hipertermia,
hipoksia, hipoglisemia dan hiponatremia.
➢ Keaktifan sel ini akan mengeluarkan aktiviti elektrik yang berlebihan dan apabila
sampai ke tahap maksima ia akan merebak ke seluruh kortek serebrum, talamus
dan brain stem.
➢ Pengeluaran aktiviti elektrik di ‘brain stem’ akan menyebabkan kontraksi otot-otot,
dimana otot-otot akan menjadi kejang dan menyebabkan sawan serta hilang
kesedaran diri.
➢ Penghasilan aktiviti elektrik berlebihan akan merebak ke korda spina.
➢ Halangan di kortek serebrum, talamus anterior dan basal ganglia melambatkan
pengeluaran aktiviti elektrik. Oleh itu, akan mengganggu dalam kejadian
sawan/sentapan, aktiviti elektrik yang berkurangan itu akan menyebabkan
sentapan/sawan terhenti.
➢ Kejadian dimana penghasilan aktiviti elektrik yang berlebihan serta halangan di
kortek serebrum akan menekan sistem saraf pusat dan menyebabkan pesakit
hilang kesedaran diri, ditunjukkan dengan terlena, kekeliruan dan letih selepas
sawan.
4
4.menyatakan Klasifikasi Epilepsy
klasifikasi epilepsy /
convulsion / febrile
fits pilepsy / Ianya terbahagi kepada beberapa jenis mengikut sentapan / konvulsi
convulsion / febrile
fits 1. Epilepsy Major (Grand Mal Epilepsy) Generalized seizure
2. Epilepsy Minor (Petit Mal Epilepsy)
3. Jaksonian Epilepsi Partial seizure
4. Temporal lobe Epilepsi
5. Status Epilepticus
5.menyatakan Manifestasi klinikal
manifestasi klinikal
bagi epilepsy / Manifestasi klinikal mengikut jenis-jenis epilepsi dan peringkat-peringkatnya
convulsion / febrile
fits Epilepsi Major (Grand Mal) atau Tonic Clonic Seizures
Epilepsi jenis di perwatakan dengan konvulsi(sentapan) seluruh tubuh, hilang
kesedaran diri, inkontinen urin dan feses. Serangannya melalui peringkat-peringkat
tertentu dan manifestasinya mengikut peringkat adalah:
i. Peringkat aura (peringkat amaran)
• Dalam peringkat ini, tanda amaran atau sesuatu perasaan dirasai oleh
pesakit sebelum sawan berlaku seperti perasaan tidak senang, nampak
seakan cahaya kilat, terdengar bunyi, pening kepala atau kebas
anggota.
• Sesetengah pesakit tidak mengalami peringkat aura.
ii. Peringkat tonik (30 - 40 saat)
• Pesakit menjerit dengan tiba-tiba (epileptic cry) dan rebah/jatuh dalam
keadaan tidak sedarkan diri. Jeritannya nyaring dan jeritan ini
disebabkan oleh kuncupan tiba-tiba pada otot-otot pernafasan dan
abdomen yang memaksa udara keluar melalui glotis yang kejang.
• Semua otot-otot menjadi kejang dan kaku.
• Tangan pesakit membengkok, manakala kakinya melurus. Bola mata
berputar keatas.
• Pernafasan terhenti dan cynosis berlaku
5
iii. Peringkat klonik (1 – 3 minit)
• Otot-otot mula menguncup dan mengendur secara berselang seli,
mengakibatkan pergerakan yang tersentak-sentak.
• Twitching berlaku pada kening, bibir, tangan dan kaki.
• Pesakit kelihatan masih kelihatan cynosis tetapi telah mula bernafas
tetapi cetek
• Mengeluarkan air liuh ‘berbuih’(mungkin mempunyai kesan darah akibat
tergigit lidah semasa sentakan otot berlaku).
• Pesakit mungkin terkencing/terbuang air besar.
iv. Peringkat kesembuhan / tidur
• Semua sentakan otot terhenti.
• Pesakit akan mengalami sakit di bahagian otot dan rasa letih.
• Pesakit akan tidur 1-2 jam atau lebih.
• Apabila terjaga, kadang-kadang menjadi agresif,
• Tiada ingatan terhadap apa yang telah berlaku semasa sawan.
Epilepsy Minor (Petit Mal Epilepsy)
Kerap berlaku kepada kanak-kanak dan jarang berterusan sehingga remaja. Jika tidak
dirawat serangan mungkin mencapai 100 kali sehari.
Manifestasinya ialah:
➢ Pesakit hilang kesedaran diri beberapa saat.
➢ Biasanya pesakit tidak terjatuh ke lantai.
➢ Pesakit biasanya berhenti melakukan apa yang sedang dilakukannya.
6
➢ Matanya terbeliak
➢ Tiada sawan atau sentakan.
➢ Mungkin ada sedikit twitching pada kelopak mata/jari.
➢ Berlaku 5 – 20 saat sahaja.
➢ Pulih dengan sekejap saja dan meneruskan kerjanya seperti biasa (tiada
ingatan terhadap apa yang berlaku).
Jaksonian Epilepsi
- sejenis simple partial seizures.
Seizure / sawan yang disebabkan oleh kecacatan di dalam otak samada tumor /
jangkitan di otak.
Manifestasinya ialah:
➢ Bermula di satu bahagian tubuh, contohnya bermula di tangan kiri kemudian
merebak keseluruh bahagian tubuh kiri.
➢ Pesakit biasanya tidak mengalami hilang kesedaran diri.
➢ Durasi jarang melebihi 1 minit.
➢ Penglibatan motor, sensori, autonomik phenomena atau kesemuanya.
Temporal Lobe Epilepsy
Adalah sejenis compleks partial seizures. Penglibatan fungsi behavior, emosi, affective
dan kognitif.
Epilepsi akibat kerosakkan di temporal otak.
Manifestasinya:
➢ “clouding of conciousness” – keadaan di mana pesakit berada di tahap
separuh ingat, tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya dan pesakit keliru
/ disorientasi.
➢ Pesakit melakukan pergerakan automatik dan berulang seperti mengunyah /
menelan. Juga dikenali sebagai psychomotor seizures.
➢ Akan menyambung semula aktiviti yang sedang dilakukan semasa sebelum
serangan.
7
➢ Durasi biasanya melebihi 1 minit.
➢ Selepas seizures diikuti dengan postictal confusion.(keliru selepas serangan
sawan)
➢ Tidak dapat mengingat kembali perbuatan apabila sedar.
➢ Simptom psychosensori seperti perubahan dalam sensasi visual atau auditory
serta alami vertigo.
Status Epilepticus
• Adalah keadaan dimana terdapat sawan yang berterusan sekurang-kurangnya 30
minit. Sawannya adalah berturut-turut.
• Pesakit tidak sedar diri di antara serangan.
• Ia adalah komplikasi yang serius dalam epilepsy dan adalah keadaan medical
emergency.
• Semasa serangan ulangan otak menggunakan tenaga yang lebih dari yang
dibekalkan kepadanya. Oleh itu neuron menjadi exhausted dan fungsinya akan
terhenti serta berlaku kerosakan otak kekal.
• Tonik klonik status epilepticus adalah yang paling bahaya kerana ia akan
menyebabkan kekurangan dalam ventilasi, hypoksemia, cardiac arrhytmias,
hyperthermia dan asidosis secara sistemik.
6.menerangkan 1. Health history taking
pemeriksaan
diagnostik bagi • Pengambilan sejarah latar belakang pesakit boleh membantu
epilepsy / convulsion menentukan diagnosis.
/ febrile fits ilepsy /
convulsion / febrile • Cara kelahiran, umur mula mendapat serangan, corak dan ciri sawan.
fits • Mendapatkan sejarah sawan pesakit daripada ahli keluarga yang pernah
menyaksikan sawan yang dialami oleh pesakit.
2. Neurological examination - selalunya normal.
3. Ujian-Ujian diagnostik
1. Ujian Darah
(untuk mengesan masalah metabolik)
➢ BUSE – untuk mengesan gangguan metabolik seperti uraemia
yang merupakan salah satu punca epilepsi.
8
➢ Glukos dalam darah – paras glukos yang rendah menyebabkan
hipoglisemia, dimana keadaan ini adalah salah satu punca
epilepsi
2. EEG (electroencephalogram)
Ia menggambarkan aktiviti eletrik otak seseorang.
Tujuan – mengenalpasti tempat discaj aliran eletrik bermula, rebakan dan
menentukan jenis epilepsi.
3. Penyakit epilepsi yang berlainan akan menghasilkan corak EEG yang
berlainan, jadi pemeriksaan EEG amat berkesan untuk mengesan dan
mengenalpasti penyakit itu.
4. X-Ray skull
Mengesan ‘lesion’ atau kecederaan di otak.
9
5. CT Scan dan MRI
Bantuan komputer untuk menganalisa pemeriksaan X-Ray. X-ray biasa
hanya dapat menggambarkan keadaan tengkorak, tetapi dengan CT
Scan, struktur otak dapat ditunjukkan dengan jelas.
Tujuan – mengesan penyakit yang akan mengakibatkan perubahan
struktur otak yang jelas seperti tumour di otak dan strok.
6. Lumbar puncture (CSF for C&S)
Untuk pemeriksaan cecair serebrospinal bagi mengesan jangkitan.
10
7. Ventrikulogram
Pemeriksaan X-ray di ventrikel otak untuk
mengesan tumor.
7.menyatakan Pengurusan Rawatan
pengurusan klien Tujuan rawatan – mengawal sawan dan mengelakkan kecederaan
dengan epilepsy /
convulsion / febrile
fits
A. Rawatan semasa serangan
Pesakit diberikan privasi dengan meletakkan skrin untuk mengelakkan dari
pemerhatian orang ramai/pesakit lain, supaya beliau tidak berasa malu setelah
serangan berlaku disebabkan oleh pesakit-pesakit lain dapat memerhatikan
keadaan beliau ketika serangan berlaku.
➢ Melawaskan salur pernafasan
- Pusingkan muka/kepala pesakit ke sisi untuk memudahkan
pengeluaran air liur.
- Longgarkan pakaian ketat di leher, dada dan pinggang.
- Lakukan sedutan dari masa ke semasa untuk mengelakkan
pengumpulan air liur yang menyekat salur pernafasan.
- Berikan oksigen melalui nasal prong 3L/ min atau face mask 5 -
1L/min
-
➢ Mengelak kecederaan
- rawat pesakit dalam katil berpagar
- susun bantal di sekeliling pagar katil
- letakkan bantal di hujung kepala katil disebabkan semasa
serangan, kepala pesakit mungkin terkena kepada kepala katil dan
boleh menyebabkan kecederaan di kepala.
- Elakkan menahan gerakan anggota semasa serangan kerana
boleh menyebabkan kecederaan atau kepatahan di tulang-tulang
anggota.
11
- Jauhkan alat-alat yang boleh mencederakan pesakit seperti
benda-benda tajam, gelas atau botol air panas.
- Berada di sisi pesakit semasa serangan untuk menentukan
keselamatan pesakit terjamin.
➢ Pemerhatian
- pemerhatian tentang sawan berkaitan dengan waktu sawan
berlaku; jangkamasa/tempoh serangan; bahagian/anggota yang
terlibat untuk mengetahui jenis sawan dan jangkamasa hilang
kesedaran diri.
- Warna kulit – cyanosis akibat dari pernafasan yang terhenti dan
sekatan salur pernafasan dengan sekresi mulut
- Kencing / buang air besar semasa serangan.
- Kelakuan selepas serangan – tidur / ganas
Pemerhatian dicatit dalam carta sawan (fit chart)
- Pulse oxymetri bagi mengetahui paras oksigen
- Pemerhatian tanda-tanda vital selepas serangan – kekerapan
bergantung kepada keadaan pesakit, 1 atau 2 jam sekali, dan
pemerhatian nadi, pernafasan, tekanan darah dan tahap
kesedaran pesakit.
➢ Medical Management; Rawatan ubat
Pengubatan diberi secara intravena atau intramuskular untuk
mendapatkan tindakan segera bagi mengawal serangan. Ubat yang
diberikan ialah:-
Anticonvulsant
- I/V Diazepam (Valium) 10mg ‘bolus dose’
Tujuan – untuk meredakan serangan; merehatkan otot dan
menenangkan pesakit
Jika sawan masih tidak reda, I/V Valium 10 – 30 mg diberi melalui
intravena infusi
12
- I/V Phenytoin Sodium
300mg diberi bersama valium untuk serangan yang teruk
Kesannya menghalang ledakan aktiviti letrik yang berlebihan melalui
neuron.
➢ Surgical Management:
- Pembedahan bagi pesakit epilepsi kronik contoh temporal lobe epilepsi.
- pilihan terakhir apabila medical management tidak dapat mengawal sawan
pesakit yang berulang.
- Mempunyai risiko dan komplikasi seperti kecederaan pada bahagian otak
yang lain disebabkan pembedahan, pendarahan.
- Keluarga dan pesakit perlu diterangkan dengan jelas tentang kemungkinan
risiko pembedahan.
B. Rawatan lanjutan (selepas serangan)
i. Kebersihan diri pesakit
- tukarkan kainan jika pesakit bowel open / pass urine
- lapkan mulut pesakit dari kesan saliva.
ii. Rehat
- beri keselesaan; kurangkan kebisingan.
- Setelah pesakit betul-betul sedar, berikan ia minuman glukos untuk
memastikan gula yang mencukupi di dalam darah
iii. Pemerhatian tanda vital
- di ambil 4 jam sekali keatas nadi, suhu badan, pernafasan dan
13
tekanan darah.
iv. Ubatan anticonvulsant
Untuk mengawal sawan dan mencegah sawan berulangan. Selain dari
ubat valium – ubat yang diberikan adalah dari jenis antikonvulsi; diberikan
dalam jangkamasa yang panjang dan mungkin seumur hidup jika perlu.
Ubatan hendaklah diberi bersama sarapan untuk mengurangkan gastritis.
- Capsule Phenytoin (Dilantin) 100 – 200mg melalui oral
Tindakan – menekan pusat motor serebrum kortek dan menghalang
rebakan aktiviti eletrik yang abnormal melalui neuron
Kesan sampingan – kekeliruan, ataxia, pening.
- Luminal (Phenobarbitone)
Dos – 30 -50 mg tds melalui oral
Kesan sampingan – mengantuk, ataxia dan pening.
- Tegretol (Carbamazeprine)
Dos – 200mg tds melalui oral
Kesan sampingan – loya,muntah, ruam di kulit dan pening.
- Epilim (Sodium Valproate)
Dos – 200mg tds melalui oral
Kesan sampingan – loya, muntah dan tremor.
v. Makanan
- Doktor mungkin mempreskripsikan ketogenic diet; high fat, low
protein, low carbohydrate diet. Diet ini akan diberi bersama vitamin.
Perlu menjalani pemeriksaan oleh doktor & ujian darah sebelum
memulakan kerana diet ini boleh menyebabkan masalah
14
kardiovaskular.
- Makanan yang diberikan perlulah yang tidak bahayakan pesakit
sekiranya sawan berlaku semasa makan
- Ikan perlu dibuang tulang; daging dan sayuran di potong halus dan
berikan makanan seimbang
Pendidikan kesihatan
Pendidikan kesihatan perlu dibuat dalam bentuk ‘family conference’ di mana
pesakit dan keluarga terdekat perlu hadir.
a. Penerangan
- proses kejadian penyakit, tanda dan simptom serta langkah-
langkah yang perlu diambil jika serangan berlaku di rumah.
- penyakit ini tidak boleh sembuh dengan sepenuhnya tetapi boleh
dikawal dengan pengambilan ubatan yang tetap dan betul.
b. Ubatan
- Meneruskan pengambilan ubatan dan menerangkan bahayanya
jika pengambilan ubatan diberhentikan dengan tiba-tiba; juga
diberitahu kesan sampingan ubatan.
- Elak berhenti mengambil ubatan tanpa nasihat doktor
c. Aktiviti
- Mengenalpasti punca stress yang mungkin dialami oleh pesakit.
- Menerangkan bahawa aktiviti berlebihan, ketegangan emosi /
fizikal seperti keletihan, kemarahan, kepenatan, kurang tidur boleh
merangsangkan serangan sawan.
- Elak melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan bahaya
kepada pesakit jika sawan berlaku ketika ia berseorangan seperti
menggunakan benda-benda tajam, barang letrik, bahan kimia,
berada di tempat tinggi dan memandu kereta.
- Dilarang berenang seorang diri kerana beliau boleh mati lemas
sekiranya sawan berlaku
- Pesakit dinasihatkan memakai tag pengenalan mengenai
penyakitnya kemana sahaja dia pergi. Tujuannya jika berlaku
kecemasan, langkah segera dapat diambil dan diberikan
kepadanya.
15
-
d. Makanan
- Pesakit dinasihatkan jangan mengambil alkohol yang berlebihan
atau membeli ubatan tanpa arahan doktor.
e. Temujanji
- Datang keklinik susulan mengikut tarikh yang diberikan untuk
mengetahui proses kemajuan penyakit disamping membolehkan
doktor menukar/menambah ubatan jika perlu.
- Berjumpa doktor dengan segera, jika ada sebarang jangkitan
kerana ini boleh menyebabkan serangan berulangan.
8.menyatakan Diagnosis kejururawatan
diagnosis
kejururawatan klien 1. Gangguan salur pernafasan berkait dengan neuromuscular impairment
mengalami epilepsy secondary to prolonged tonic phase of seizure
/ convulsion / febrile
fits 2. Potensi mengalami kecederaan berkaitan dengan sarangan sawan
3. Gangguan perubahan suhu badan iaitu hipertemia berkaitan dengan
proses penyakit
4. Defisit pengetahuan berkaitan dengan serangan sawan berulang.(
Relapse)
5.
16
9.menerangkan Intervensi Kejururawatan
intervensi
kejururawatan klien 1. Gangguan salur pernafasan berkait dengan neuromuscular
mengalami epilepsy impairment secondary to prolonged tonic phase of seizure
/ convulsion / febrile
fits Intervensi Kejururawatan.
I. Posisikan pesakit ke posisi lateral dengan kepala ke sisi untuk
memudahkan pengeluaran sekresi dari mulut.
II. Longgarkan pakaian pesakit yang ketat terutama di bahagian di
leher,dada dan pinggang untuk memudahkan pesakit untuk
Bernafas
III. Berikan oksigen melalui nasal prong / venti mask 2-4 L mengikut
arahan doctor untuk mengekalkan paras oksigen dalam darah.
IV. Lakukan regular suction untuk mengelakkan pengumpulan sekresi
atau / air liur yang boleh menyekat pernafasan.
V. Monitar tanda vital terutama paras oksigen untuk mengesan
tanda-tanda hipoksia.
VI. Bantu doctor dalam memasukkan airway jika perlu sekiranya
pesakit mengalami kesukaran bernafas.
VII. Lapor kepada doctor sekiranya terdapat sebarang keabnormalan
untuk Tindakan perawatan selanjutnya.
17
2. Potensi mengalami kecederaan berkaitaan dengan sarangan sawan.
Intervensi Kejururawatan
i. Nilai keadaan pesakit semasa serangan sawan berlaku seperti
ii. tahap kesedaran pesakit untuk menentukan tindakan perawatan
iii. segera.
iv. Sediakan persekitaran yang selamat seperti menjauhkan objek
v. tajam untuk mengelakkan kecederaan.
vi. Naikkan pagar katil pesakit untuk mengelakkan pesakit terjatuh
semasa serangan.
vii. Letakkan bantal di sekililing katil untuk mengurangkan isiko
kecederaan semasa sawan berlaku
viii. Elakkan restrain pesakit untuk mengelakkan risiko kepatahan
tulang semasa sawan berlaku.
ix. Longgarkan pakaian untuk mengelakkan pesakit dari tercekik.
x. Elakkan dari memasukkan objek seperti sudu ke dalam mulut
pesakit bagi mengelakkan kecederaan mulut.
3. Gangguan perubahan suhu badan iaitu hipertermia berkaitan
dengan proses penyakit.
Intervensi Kejururawatan
i. Ases tanda vital terutamanya suhu badan sebagai data baseline untuk
menentukan tindakan perawatan.
ii. Lakukan tapid sponging untuk menurunkan suhu badan pesakit
melalui proses evaporasi.
iii. Pasangkan infusi interavena mengikut regime yang di arahkan oleh
doktor untuk mengekalkan keseimbangan cecair elektrolit badan.
iv. Berikan ubatan antipiretik seperti tablet paracetamol mengikut arahan
doktor untuk menurunkan suhu badan.
v. Sediakan persekitaran kondusif seperti pasangkan kipas dan buka
tingkap untuk menggalakkan pengaliran haba keluar.
vi.VI. Galakkan pesakit memakai pakaian nipis untuk memudahkan pengaliran
vii. 18
haba .
VII. Galakkan pesakit meningkatkan pengambilan cecair sekurang-
kurangnya 2-3 liter jika tiada kontraindikasi untuk menurunkan suhu
melalui pengeluaran urin
VIII. Laporkan kepada doktor sekiranya tindakan perawatan tidak berkesan
untuk tindakan selanjutnya.
4. Anxiety berkaitan kejadian serangan sawan berulang.
Intervensi Kejururawatan
I. Ases tahap kebimbangan pesakit melalui soal jawab dan temubual untuk
tindakan perawatan yang lebih efektif.
II. Berikan informasi secara verval dan secara bertulis contohnya dalam
bentuk pamplet supaya dapat memberi pengetahuan kepada klien untuk
mengurangkan rasa takut dan bimbang berkaitan sawan.
III. Terangkan kepada pesakit mengenai faktor-faktor yang boleh
mempradisposkan kejadian serangan berulang supaya dapat di
elakkan.
IV. Galakkan pesakit mengamalkan gaya hidup sihat seperti beriadah bagi
mengelakkan stress yang boleh mempengeruhi kejadian serangan
sawan berulang.
V. Terangkan kepentingan pengambilan ubatan dan meneruskan rawatan
susulan mengikut arahan doktor supaya kejadian sarangan sawan
berulang dapat di elakkan.
VI. Rujuk klien kepada kaunselor bagi mendapatkan khidmat nasihat jika
klien masih bimbang.
19
10.Menyatakan 1. Kecederaan / Kepatahan
komplikasi epilepsy - jika sawan / sentapan ditahan dengan kuat
/ convulsion / febrile - jika sawan berlaku dan pesakit terjatuh ke lantai atau tercedera oleh
fits peralatan yang berada di persekitaran pesakit.
- akibat gigitan di lidah (ulcer mulut)
- kepatahan gigi
2. Kecacatan mental
- pada kanak-kanak ini disebabkan gangguan bekalan oksigen ke otak.
3. Taraf kecerdikan / kepintaran
- kekurangan dari segi tahap kecerdikan akibat daripada sawan yang
berulang akan menyebabkan kekurangan oksigen ke otak.
4. Status epilepticus
- epilepsi yang berterusan (sawan tanpa berhenti) sehingga menyebabkan
pesakit tidak sedar diri.
5. Psychososial
- Ia akan memberi kesan dalam kehidupan seharian kerana ia melibatkan
perubahan dalam cara hidup. Ia juga mempunyai stigma yang buruk
terhadap pesakit epilepsy.
- Mereka juga mungkin mengalami masalah dalam mendapatkan
pekerjaan dan peluang untuk belajar.
20