[1103/1 & 1103/2] Bahasa Melayu Bahasa Melayu SPM Soalan mirip SPM sebenar Mengandungi 3 set kertas model SPM yang komprehensif dan berkualiti Cadangan jawapan-jawapan lengkap Boleh dileraikan mengikut set Ditulis oleh penulis berpengalaman RM 4.90 SULIT Kertas Model Ruzaini Awang Munsyi Dewan (Bahasa dan Sastera) PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.
SET 3 BAHASA MELAYU 1103/ 1 KERTAS 1 2 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Arahan 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang berasingan. Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak. SULIT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN MyBuku SPM Kertas Model BM-Set 3.indd 1 6/27/2024 9:52:49 PM PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.
Kertas Model SPM Set 3 1103/1 3 – 2 SULIT Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan: 30 minit] Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan iklan jawatan kosong. Berdasarkan maklumat tersebut, anda dikehendaki menulis resume bagi jawatan yang anda pilih. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KAMI MENCARI PEREKA GRAFIK Sila hantarkan resume dan portfolio anda di [email protected] sebelum 25 Februari 20_ _ CIRI-CIRI PEKERJA YANG KAMI PERLUKAN: 4 Boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris 4 Mempunyai pengetahuan dalam menggunakan perisian penyuntingan seperti Adobe Ilustrator / Photoshop 4 Mempunyai pengetahuan dalam industri pencetakan akan diutamakan MANFAAT TAMBAH: m Elaun kehadiran m Elaun kesihatan m Cuti tahunan m Peluang kenaikan pangkat m EPF & SOCSO JAWATAN KOSONG GAJI RM1800-RM3000 (BERGANTUNG PADA PENGALAMAN DAN KEMAHIRAN) MyBuku SPM Kertas Model BM-Set 3.indd 2 6/27/2024 9:52:49 PM PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.
1103/1 Kertas Model SPM Set 3 3 – 3 [Lihat halaman sebelah SULIT Bahagian B [70 markah] [Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Rasuah merupakan suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan sesuatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu. Amalan rasuah di negara kita pada hari ini semakin meruncing dalam kalangan masyarakat walaupun pelbagai langkah telah diambil. Sumber: Internet Tulis sebuah rencana mengenai faktor-faktor berlakunya amalan rasuah di negara kita. 2 Kuala Lumpur: Aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah yang dibenarkan semula bermula Isnin ini akan membawa impak positif kepada murid terutamanya selepas terlalu lama ‘terkepung’ dengan sesi pembelajaran secara dalam talian selama dua tahun akibat penularan COVID-19. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Aktiviti Sukan, Kokurikulum Elak Tumpuan Murid kepada Gajet’, oleh Siti Haliza Yusop, bharian.com.my, 18 Mac 2022 Pada majlis sambutan Hari Sukan Negara yang akan datang, guru anda meminta anda untuk menyampaikan ucapan kepada umum tentang faedah-faedah bersukan. Tulis ucapan anda selengkapnya. MyBuku SPM Kertas Model BM-Set 3.indd 3 6/27/2024 9:52:49 PM PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.
Kertas Model SPM Set 3 1103/1 3 – 4 SULIT 3 Pendidikan STEM adalah berasal daripada singkatan SMET, iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam konteks Malaysia, STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada murid. Ini termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013- 2025) yang menekankan pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan. Sumber: Harian Metro Petikan tersebut menerangkan maklumat berkaitan STEM yang semakin hangat diperbincangkan dalam ranah pendidikan dan peranan pihak yang terkait dalam memperkasakan STEM dalam kalangan murid. Jelaskan isu ini. 4 “Yang orang nampak kejayaan saya menjual 10 ribu botol sambal tetapi empat tahun saya gagal dan duit lebur.” − Khairul Aming (Pempengaruh dan usahawan berjaya) Huraikan kebaikan dan keburukan dalam dunia perniagaan di alam maya. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT MyBuku SPM Kertas Model BM-Set 3.indd 4 6/27/2024 9:52:50 PM PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.
SET 3 BAHASA MELAYU 1103/ 2 KERTAS 2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Arahan 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang berasingan. Kertas peperiksaan ini mengandungi 12 halaman bercetak. SULIT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN MyBuku SPM Kertas Model BM-Set 3.indd 5 6/27/2024 9:52:50 PM PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.
Kertas Model SPM Set 3 1103/2 3 – 6 SULIT BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] [Masa dicadangkan: 45 minit] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata ganda berentak. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggugurkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Pada setiap pagi, wanita yang bergelar ibu sanggup melalui perjalanan yang jauh dan sesak untuk menuju ke pasar idaman mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka dapat membeli sayur-sayur untuk memasak lauk-pauk kesukaan seisi keluarga. Di pasar itulah juga wanita akan terjumpa dengan saudara-mara mereka yang tinggal berdekatan membeli dan menjual barangan seperti kuih-muih, nasi lemak dan mi serta kuetiau. Kaum lelaki pula hanya mundar-mandir di kawasan parkir kereta jika tidak mahu menemani isteri tercinta. [6 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti ayat majmuk yang terdapat dalam petikan di bawah. Kemudian, cerakinkan mana-mana empat ayat majmuk kepada ayat tunggal dengan mengekalkan makna asalnya. Puan Nor Azimah mengajarkan penulisan dengan menggunakan slaid. Dalam setiap slaid tersebut, beliau memasukkan unsur animasi dan grafik. Murid-murid yang melihat paparan slaid itu berasa seronok kerana gambar dalam slaid itu bergerak-gerak. Hal ini menarik perhatian murid-murid mengikuti kelas beliau. Beliau juga menggunakan konsep permainan bahasa dalam pengajaran beliau. Murid-murid dapat menjawab soalan dengan mudahnya. Pendekatan beliau dipuji oleh pengetua. Pengetua berharap agar guru-guru lain juga akan menggunakan pendekatan ini dalam PdPC dan PdPR. [8 markah] MyBuku SPM Kertas Model BM-Set 3.indd 6 6/27/2024 9:52:50 PM PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.
1103/2 Kertas Model SPM Set 3 3 – 7 [Lihat halaman sebelah SULIT 3 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Petikan-petikan tersebut mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Bahan 1 Syukri : Kamal, kawasan perumahan kita akan mengadakan gotong-royong di hari Sabtu ini. Kamu datang, ya. Ajak anak-anak sama. Kamal : Maaflah Syukri. Saya ada lain-lain hal. Syukri : Sebagai penduduk, kita mesti saling bekerjasama untuk menjaga kawasan perumahan kita. Barulah tugas yang dilakukan oleh kita itu dapat diselesaikan dengan cepat dan terkesan. Kamal : Saya setuju bahawa kita saling perlu-memerlukan bagai aur dengan tebing di dalam hidup bermasyarakat. Kami sekeluarga akan pergi menziarahi kakak saya yang sakit di hospital pada hari Sabtu ini. Suaminya pun baru sahaja meninggal dunia. Syukri : Oh, saya bersimpati atas penderitaan yang di tanggung oleh keluarga awak! [7 markah] Bahan 2 Pada hari ini, aktiviti permainan bahasa kurang dipraktik di dalam bilik darjah. Satu alasan yang diberikan adalah seperti tiada ruang di dalam bilik darjah dan ketiadaan alat serta bahan yang berkaitan. Dalam konteks penghasilan produk pengajaran dan pembelajaran inovasi, permainan bahasa ini sebenarnya cukup penting jika kita ambil kira murid yang lambat menerima pengajaran dan pembelajaran bahasa dikelas. Salah satu aktiviti dalam permainan bahasa termasuklah kata bersilang, teka sinonim, teka silang kata, sisip vokal, lingkaran kata, silang sinonim, teka teki bentuk kata, sisip suku kata, jejak kata, ganda huruf, delapan kata, awal kata dan atur sinonim. Semua aktiviti-aktiviti ini sesuai diguna pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga peringkat sekolah menengah. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Permainan Bahasa dalam Pengajaran’ oleh Hasan Baseri Budiman, Pelita Bahasa, Bil 10, 2017 [6 markah] MyBuku SPM Kertas Model BM-Set 3.indd 7 6/27/2024 9:52:51 PM PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.
Kertas Model SPM Set 3 1103/2 3 – 8 SULIT 4 Baca petika bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, “Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat.” Maka beberapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda dengan sepertinya. Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa yang terdapat dalam petikan. Kemudian, berikan maksud peribahasa tersebut. Syakira : Saya sangat sedih apabila memperoleh keputusan peperiksaan percubaan SPM yang lepas. Saya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sudah pasti perasaan ibu bapa saya bagai kaca terhempas ke batu apabila mengetahui keputusan ini. Fatin : Janganlah terlalu sedih kerana awak masih ada peluang untuk memperbaik kesilapan yang lalu. Pada pendapat saya, awak perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya Syakira : Terima kasih Fatin atas nasihat ini. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh kerana belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Saya yakin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang. Kegagalan yang lepas akan saya jadikan pengajaran agar pisang tidak berbuah dua kali. [4 markah] MyBuku SPM Kertas Model BM-Set 3.indd 8 6/27/2024 9:52:52 PM PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.
1103/2 Kertas Model SPM Set 3 3 – 9 [Lihat halaman sebelah SULIT BAHAGIAN B - PEMAHAMAN [35 markah] [Masa dicadangkan: 1 jam] 6 Baca semua bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Jati diri selalunya dikaitkan dengan akhlak dan maruah individu, masyarakat atau negara. Pembentukan Jati Diri Kebangsaan pula merujuk kepada suatu yang asasi dan menjadi agenda utama dalam sesebuah negara dengan tujuan untuk membina identiti yang tulen dan murni yang boleh menjadi teras dan lambang keagungan dan keunggulan sesebuah negara. Jati diri yang kian rapuh memberikan impak negatif terhadap kecintaan pada negara dan bangsa, khususnya dalam kalangan generasi muda. Hal ini berlaku bukan sahaja disebabkan oleh pemikiran generasi muda yang tidak ambil tahu, tetapi disebabkan oleh sikap segelintir masyarakat yang mudah menularkan perkara yang tidak benar sehingga menjejaskan keakuran generasi muda tentang jati diri. Malah saban hari ada sahaja perkara-perkara yang tidak benar dan agak keterlaluan untuk menjatuhkan sesuatu pihak demi untuk kepentingan pihak lain. Akibat daripada perkara tersebut, seramai 82 peratus daripada 346 orang golongan belia di Sarawak kian muak dengan berita-berita sebegini dan menganggap tidak perlu untuk memikirkan tentang kejadian dalam sesebuah kerajaan. Malah teras perbincangan pada masa kini lebih berfokus pada kepentingan peribadi semata-mata. Menurut Ketua Bahagian Strategik, Komunikasi Korporat dan Jaringan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB), Dr. Mohamad Maulana Magiman, walaupun data tersebut sedikit tetapi jika diteliti sejumlah 82 peratus golongan belia ini amat memberi impak yang jelas kepada penanaman semangat jati diri. Elemen paling penting dalam membentuk jati diri ialah pendidikan. Proses pendidikan pula boleh berlangsung secara formal dan tidak formal. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jati Diri Pembentuk Identiti Bangsa’, Utusan Borneo Online, 2019 Bahan 2 “Semangat cinta akan negara ialah semangat patriotik kepada negara. Dengan mempunyai semangat patriotik yang sejati barulah lahir jati diri dan semangat cinta negara yang tulen yang akan mendahului kepentingan individu, kaum, politik dan ekonomi.” Demikian pandangan Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye ketika mengulas tentang peri pentingnya semangat cinta akan negara yang perlu wujud dalam diri setiap individu. “Selain itu penerapan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia perlu bermula sejak di bangku sekolah lagi. Dalam penerapan nilai-nilai inilah strategi kerajaan digunakan supaya setiap warganegaranya tahu akan kewujudan asal-usul bangsa serta negaranya,” kata Lee. Beliau menekankan peranan pendidik dalam maksud menanamkan semangat patriotisme adalah penting agar belia menterjemahkan patriotisme dalam bentuk sumbangan konkrit terhadap kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara. Tanpa jati diri yang teguh, masyarakat terutamanya generasi muda akan mudah terpesong dan terbelenggu dalam situasi yang merencatkan kemajuan diri dan semua di sekeliling mereka. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Patriotisme Bina Jati Diri Masyarakat’, oleh Wan Syamsul Amly, Bharian Online, 26 April , 2015 MyBuku SPM Kertas Model BM-Set 3.indd 9 6/27/2024 9:52:52 PM PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.
Kertas Model SPM Set 3 1103/2 3 – 10 SULIT Bahan 3 KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata mudah terpesong. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan keburukan kerapuhan jati diri dan kebaikan menjaga jati diri dalam kalangan generasi muda di negara ini. [3 markah] (iii) Usaha melahirkan generasi muda yang mempunyai jati diri yang teguh menuntut kerjasama pelbagai pihak. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengembalikan identiti dan jati diri anak-anak muda di negara ini? [3 markah] (iv) Generasi muda kini semakin meminggirkan budaya dan adat resam etnik masing-masing. Sebagai rakyat yang cinta akan negara, jelaskan sebab-sebab generasi muda di negara ini semakin melupakan budaya dan adat resam mereka. [4 markah] MyBuku SPM Kertas Model BM-Set 3.indd 10 6/27/2024 9:52:54 PM PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.
1103/2 Kertas Model SPM Set 3 3 – 11 [Lihat halaman sebelah SULIT 7 Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Tiba-tiba tercetus semalam hasrat untuk memanjangkan rasa gembira itu kepada orang lain. Bagaimana kalau aku menjual pakaian terpakai yang selalu aku kunjungi di tanah air? Aku tahu bahawa tidak mungkin aku boleh menjualnya tanpa mengalami kerugian. Seratus ringgit pun barangkali terlalu mahal untuk tauke kedai itu. Aku rela menerima harga yang jauh lebih rendah asalkan pekedai itu gembira. Bakal pembelinya juga pasti gembira kerana mendapat jaket kulit dengan harga yang murah. Aku berharap agar bakal pemakainya kelak sedar bahawa jaket kulit itu merupakan sisa orang dan tidak berasa bongkak. Aku akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jekat kulit itu kepada manamana zoo yang ada kandang kijang. Sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup yang penuh kemodenan. Jika Mevlana Celaleddin Ar-Rumi masih hidup, tentu dia menyatakan bahawa aku mempunyai ciri-ciri seorang darwis. Jika Nasreddin Hodja masih hidup, tentu dia menyatakan bahawa watak humornya sudah ada pewaris. Dipetik daripada cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul karya Maskiah Haji Masrom, antologi Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 PANTUN SAYANGI HUTAN Di tepi paya mengail ikan, Dikail teruna waktu malam; Hutan kita usah dibinasakan, Kelak merana seisi alam. Tumbuh terbiar pohon putat, Gugur daunan jatuh ke tanah; Hidupan liar hilang habitat, Kerana hutan semakin musnah. Ikan siakap di dalam timba, Hendak dikukus Cik Siantan; Kelak merana seisi alam, Hampir pupus haiwan di hutan. Kalau adinda hendak ke kota, Jala serawan harap dibeli; Hutan ternoda di depan mata, Jangan kalian tidak peduli. Dipetik daripada pantun ‘Sayangi Hutan’ , Dewan Bahasa dan Pustaka MyBuku SPM Kertas Model BM-Set 3.indd 11 6/27/2024 9:52:55 PM PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.
Kertas Model SPM Set 3 1103/2 3 – 12 SULIT Bahan 3 Dialog Duka Si Rimau Dan Katak Katak : Ampunkan aku, Rimau! Ampunkan aku! Tubuhku hanya begitu kecil untuk menjadi habuan. Lepaskanlah sahaja aku. Rimau : Aku begitu lapar katak. Sudah tidak ada apa-apa lagi di hutan ini. Semua mangsa sudah hilang tempat tinggalnya dan pergi dari hutan ini. Tambahan lagi, ada juga yang sudah menjadi mangsa pemburu tidak berperikemanusiaan. Katak : Aku juga haiwan di dalam hutan belantara ini. Aku perlu menyambung nyawa demi hari esok malah sejak sungai dan tasik tercemar dengan sisa toksik, sudah banyak yang mati. Rimau : Aku sangat lapar dan dahaga. Jika tidak memakan engkau, aku juga akan mati! Katak : Tolonglah sekali ini sahaja Rimau. Kita berdua sememangnya mangsa perbuatan manusia rakus dan kejam. Hutan bukan lagi tempat kita. Kita harus pergi dari sini. Tanah ini juga sudah terhakis seperti hati mereka. Rimau : Hmm… Pergilah kau dari sini. Biar aku memburu mereka pula kali ini. Kita pasti akan pupus menjadi mangsa mereka tetapi nasib perlu kubela buat flora dan fauna. (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mengalami kerugian. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, berikan sebab-sebab haiwan liar itu semakin pupus. [4 markah] (iii) Generasi muda perlu menyedari kepentingan melindungi hidupan liar. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk melindungi hidupan liar ini daripada pupus? [3 markah] (iv) Anda dapati di kawasan tempat tinggal anda penduduk di kawasan tersebut suka melakukan aktiviti perburuan haram, iaitu memburu haiwan liar seperti rusa dan kijang. Sebagai seorang masyarakat yang prihatin, cadangkan cara-cara untuk menyedarkan mereka daripada melakukan aktiviti perburuan haram tersebut. [4 markah] MyBuku SPM Kertas Model BM-Set 3.indd 12 6/27/2024 9:52:56 PM PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.
1103/2 Kertas Model SPM Set 3 3 – 13 [Lihat halaman sebelah SULIT 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aku terus menyuruh Ai Ling masuk ke dalam perut kereta. Dia akur. Di dalam kereta, buku yang dibaca tadi dimasukkan ke dalam beg. Aku mengundurkan kereta keluar dari tempat letak kereta. Meskipun aku telah memutar suhu pendingin hawa ke tahap maksimum, bahan terik mentari terasa. “Ai Lin suka baca puisi?” “Ya, cikgu. Cikgu Zanariah ada juga ajar pantun, sajak dan syair, tetapi saya tak berapa pandai bersyair, Baca sajak mungkin boleh. Saya hendak masuk pertandingan minggu depan. Sebab itulah saya baca buku ini cikgu,” jelas Ai Lin raut bimbang di wajahnya. “Baguslah kalau macam tu. Sekurang-kurangnya Ai Lin dapat menambah ilmu pengetahuan.” “Tapi... saya takutlah, cikgu.” “Takut? Apa yang Ai Lin takutkan?” “Saya tak pernah pun masuk pertandingan puisi.” Dipetik daripada novel Silir Daksina, karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia Berdasarkan petikan, nyatakan manfaat-manfaat yang diperoleh Ai Lin apabila membaca sajak. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Daksina, karya Nizar Parman (h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang menggambarkan kecekalan dalam novel yang dikaji. [6 markah] MyBuku SPM Kertas Model BM-Set 3.indd 13 6/27/2024 9:52:56 PM PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.
Kertas Model SPM Set 3 1103/2 3 – 14 SULIT BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] [Masa dicadangkan: 45 minit] Baca dengan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan. Bahan 1 Perubahan arus dan corak pendidikan negara pada masa kini dilihat tidak terlepas daripada membabitkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence - AI) sebagai alatan utama yang boleh membantu atau menyokong mutu pendidikan ke arah cemerlang serta gemilang. Keupayaan teknologi AI bukan sahaja boleh digunakan sebagai alatan di dalam kelas untuk bahan pengajaran tetapi juga boleh digunakan bagi menganalisis, menyusun dan merangka rancangan pengajaran serta pembelajaran secara sistematik. Dalam hal ini, teknologi AI boleh diterokai dalam pelbagai aspek dunia pendidikan yang bermula daripada perancangan dan pembangunan kurikulum dan kokurikulum sehinggalah ke peringkat pelaksanaan yang boleh dilihat untuk mengkaji pencapaian produk pendidikan, iaitu pelajar yang bergraduat (graduan). Ini termasuklah juga penghasilan pemetaan pembelajaran dan penaksiran yang dilaksanakan serta penjajaran berbanding dengan hasil keluaran dan keperluan atau permintaan daripada majikan yang memerlukan graduan yang berkenaan. Teknologi AI berperanan bukan sahaja dalam bentuk perkakasan seperti robot yang boleh dipegang atau bergerak dengan sendiri tetapi juga dalam bentuk perisian yang dikenali sebagai softbot yang juga boleh membantu pemegang taruh dalam dunia pendidikan yang terdiri daripada pentadbir, pendidik, ibu bapa, penaja dan pelajar itu sendiri untuk mengurus dan memantau kemajuan pencapaian pendidikan. Dalam konteks pemegang taruh pendidik, terdapat banyak fungsi teknologi AI yang boleh disumbangkan kepada golongan pendidik. Ini termasuklah membantu pendidik untuk menganalisis data bagi memantau prestasi pelajar dan membuat ramalan serta cadangan terhadap tindakan susulan yang berdasarkan penafsiran keputusan bagi data pelajar yang dicerap secara berterusan dan sistematik. Begitu juga dengan pemegang taruh, iaitu pentadbir dalam konteks pendidikan, teknologi AI banyak membantu mereka untuk mengurus dan memantau pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran bagi mengikut rancangan pengajaran serta mencapai hasilnya seperti mana yang dijajarkan dalam objektif pengajaran yang dilaksanakan terhadap pelajar. Bagi memastikan teknologi AI ini dapat berfungsi dan membuahkan hasil mengikut keperluan terhadap semua pemegang taruh atau pihak berkepentingan, diharapkan semua perlu berubah daripada penggunaan sistem konvensional kepada sistem yang terkini atau moden. Di samping itu, pihak pentadbir juga perlu lebih aktif dan dinamik bagi memastikan kemudahan yang disediakan bagi mengimplementasikan teknologi AI ini dapat dicapai pada setiap masa yang lebih dikenali dengan 24/7 oleh komuniti pendidikan terutamanya bagi memastikan urusan pendigitalan dapat beroperasi secara inklusif. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu memastikan bahawa teknologi AI ini lebih mesra pengguna dan dilengkapi dengan sistem kawalan dan keselamatan pintar bagi menjaga integriti sistem aplikasi dalam menyokong semua pihak yang terbabit dilindungi dan dihargai. Sebagai kesimpulannya, adalah didapati bahawa teknologi AI dalam menyokong sistem pendidikan negara amat penting sekali. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Teknologi Kecerdasan Buatan Sebagai Alatan Sokongan Sistem Pendidikan’ oleh Prof. Dr. Rusli bin Abdullah hmetro.com.my, 2024 MyBuku SPM Kertas Model BM-Set 3.indd 14 6/27/2024 9:52:56 PM PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.
1103/2 Kertas Model SPM Set 3 3 – 15 [Lihat halaman sebelah SULIT Bahan 2 Dipetik daripada Jabatan Pendaftaran Negara MyBuku SPM Kertas Model BM-Set 3.indd 15 6/27/2024 9:52:57 PM PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.
Kertas Model SPM Set 3 1103/2 3 – 16 SULIT KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Bahan 3 MyBuku SPM Kertas Model BM-Set 3.indd 16 6/27/2024 9:53:00 PM PENERBIT MYBUKU SDN. BHD.