TERHAD M/Surat
KANDUNGAN
Isi Kandungan
Senarai Lampiran
Huruf Ringkas
Kata-kata Aluan
Prakata
Definisi
Pendahuluan
BAB 1 - PENDAHULUAN
1. Latar Belakang
2. Jenis-jenis Pilihan Raya
2.1 Pilihan Raya Umum
2.2 Pilihan Raya Kecil
3. Peruntukan Perlembagaan Berkaitan Pilihan Raya
4. Kawasan Pilihan Raya
4.1 Bahagian Pilihan Raya
4.2 Kawasan Dewan Undangan Negeri
5. Tanggungjawab untuk mengadakan Pilihan Raya
6. Akta / Kaedah-kaedah Khusus Pilihan Raya
7. Akta dan Peraturan-peraturan
7.1 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955
TERHAD
TERHAD
7.2 Akta Polis 1967
7.3 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958
7.4 Kanun Prosedur Jenayah
7.5 Kanun Keseksaan
7.6 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301)
7.7 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (P.U. (A) 472/1990
7.9. Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155)
7.10 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)
7.11 Perintah Tetap Ketua Polis Negara
7.11.1 PTKPN Bahagian D 222
Penggunaan senjata api oleh Pegawai Polis
7.11.2 PTKPN Bahagian A 110
Tatatertib
BAB II - SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya
2. Struktur Organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya
3, Tugas dan Tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya
3.1. Menyedia dan menyemak Daftar-daftar Pemilih
3.2. Menetapkan Bahagian Pilihan Raya
3.3. Mengendalikan Pilihan Raya
TERHAD
TERHAD
4. Penubuhan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR)
4.1. Keanggotaan
4.2. Kawasan Kawalan
4.3. Fungsi PP-KPR
4.4. Tugas dan tanggungjawab PP-KPR
4.5. Pelaksanaan
4.6. Tindakan Khusus - Bahan Kempen dan Ceramah / Syarahan
4.6.1 Bahan Kempen
4.6.2 Aktiviti Syarahan / Ceramah
4.6.3 Kaedah Tindakan
4.7. Kesalahan-Kesalahan Semasa Berkempen
4.7.1 Bahan-bahan Berkempen
4.7.2 Ceramah / Syarahan
4.8. Tatacara Membuat Keputusan PP-KPR
4.9. Perkara-perkara yang Tidah Boleh Dilakukan Oleh PP-KPR
5. Perjalanan Pilihan Raya
5.1. Penamaan Calon
5.2. Tempoh Berkempen
5.3. Hari Mengundi
5.1.1 Tempat Mengundi
5.1.2 Ketua Tempat Mengundi
TERHAD
TERHAD
5.1.3 Kawalan masuk Ke Tempat Mengundi
5.1.4 Penutupan Tempat Mengundi
5.1.5 Pengiraan Undi
5.1.6 Orang Yang Boleh Berada Sewaktu Pengiraan Undi
5.1.7 Larangan Bagi Pegawai Polis
5.1.8 Membawa Kertas-kertas Undi Ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi
5.1.9 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi
5.1.10 Orang yang Dibenarkan Berada Di Pusat Penjumlahan Rasmi
Undi
6. Undi Pos
7. Undi Awal
7.1. Kategori Pemilih yang melaksanakan Undi Awal
7.2. Penetapan Tarikh / Tempat Mengundi Awal
7.3. Pelaksanaan Undi Awal
7.4. Penetapan lokasi untuk pengiraan serta penjumlahan undi
7.5. Tempat penyimpanan peti undi dan kertas undi bagi Undi Awal
8. Pengumuman Keputusan Pilihan Raya
BAB III - PENUBUHAN JAWATANKUASA DAN TANGGUNGJAWAB PDRM
1. Penubuhan JawatanKuasa Induk Pilihan Raya
2. Struktur Jawatan Kuasa Induk Pilihan Raya
3. Ahli Jawatankuasa Induk Pilihan Raya
4. Jawatankuasa Peringkat Kontinjen
5. Ahli Jawatankuasa Peringkat Kontinjen
TERHAD
TERHAD
6. Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Induk Pilihan Raya PDRM
7. Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Peringkat Kontinjen
8. Penubuhan Urus Setia Kerja Pilihan Raya PDRM
9. Ahli Jawatankuasa Urus Setia Kerja Pilihan Raya PDRM
10. Tugas dan Tanggungjawab Urus Setia Kerja Pilihan Raya PDRM
11. Pusat Kawalan Polis
12. Sistem Maklumat Pusat Kawalan (SMPK)
13. Tujuan
14. Skop
15. Peranan dan Tanggungjawab
BAB IV - PERANAN POLIS DIRAJA MALAYSIA DALAM PILIHAN RAYA
1. Pendahuluan
2. Pembubaran Parlimen
2.1 Risikan Cawangan Khas
2.2 Pelantikan Jawatankuasa Kerja Pilihan Raya PDRM
3. Hari Penamaan Calon
4. Tempoh Berkempen
5. Hari Mengundi
6. Pengumuman dan Implikasi
TERHAD
TERHAD
BAB V - PROSEDUR PEMINDAHAN ORANG KENAMAAN BERISIKO TINGGI
KE LOKASI SELAMAT (SAFE H AVEN) SEMASA KECEMASAN
(EVACUATION PLAN)
1. Pendahuluan
2. Tugas dan tanggungjawab
2.1. Ketua Polis Negeri
2.2. Ketua Polis Daerah (KPD)
2.3. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Daerah (KBKA/KTD)
2.4. Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD)
2.5. Pasukan Gerakan Khas (PGK)
2.6. Unit Pemusnah Bom (UPB)
2.7. Pasukan Gerakan Udara (PGU)
3. Penentuan Lokasi Selamat (Safe Haven)
4. Penentuan Pusat Rawatan untuk Orang Kenamaan Berisiko Tinggi
BAB VI - PENGURUSAN PENUGASAN TRAFIK DALAM PILIHAN RAYA
1. Pendahuluan
2. Objektif
3. Fasa Penugasan
4. Strategi Penugasan Trafik
4.1. Elemen kekuatan
4.2. Elemen Logistik
4.3. Perancangan Penugasan
4.4. Pelaksanaan Penugasan
TERHAD
TERHAD
BAB VII - PERANAN JABATAN LOGISTIK
1. Pendahuluan
2. Visi
3. Misi
4. Fungsi Jabatan Logistik
5. Objektif Jabatan Logistik
6. Fungsi Jabatan Logtistik dalam Pilihan Raya
6.1. Bahagian Pengangkutan
6.2. Bahagian Komunikasi
6.3. Bahagian Teknologi Maklumat
6.4. Bahagian Persenjataan
6.5. Bahagian Bekalan SMS
6.6. Bahagian Kewangan
6.7. Bahagian Perolehan
6.8. Bahagian Bangunan
Bab VIII - CURFEW
1. ‘Definition’
2. ‘Objective’
3. ‘Legal Power’
4. ‘Rationale Of Imposition’
5. Pelan Tindakan
6. MKN 21 – Penugasan dan Pengendalian Situasi
Ancaman Ketenteraman Awam
TERHAD
TERHAD
7. Pasukan Tindakbalas Krisis PDRM (CRT)
8. Kumpulan Kerja (MKN 21):
8.1. Kumpulan Kerja Tindakan Operasional
8.2. Kumpulan Kecemasan
8.3. Kumpulan Bantuan Perkhidmatan Penting
8.4. Kumpulan Mencari dan Menyelamat
8.5. Kumpulan Kerja Tindakan Perisikan
8.6. Kumpulan Media
8.7. Kumpulan Kebajikan
8.8. Kumpulan Sokongan
8.9. Kumpulan Gerak Saraf / Perang Saraf / Strategi
9. ‘Military Role” (POMAN Chapter 8)
BAB IX - PENUGASAN ‘STRIKE FORCE”
1. Pendahuluan
2. Pasukan Gerakan Am (PGA):
2.1. Tatacara Permohonan PORU / Infantri
2.2. Fungsi Utama PORU
2.3. Arahan Penugasan PORU
2.4. Kawal Perintah
2.5. Peranan dan Fungsi PORU
2.6. Skop Penugasan PORU
3. Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP)
3.1. Proses Kerja Permohonan Terup PSP untuk mencegah rusuhan sewaktu
Pilihan Raya (Tugas yang tidak dirancang)
3.2. Proses Kerja Permohonan Terup PSP untuk penugasan
Pencegahan Ketenteraman Awam (semasa Pilihan Raya)
TERHAD
TERHAD
3.3. Penugasan Terup PSP Kuala Lumpur
3.4. Penugasan Terup PSP (selain Terup PSP Kuala Lumpur)
4. Pasukan Gerakan Udara (PGU)
4.1. Tatacara Permohonan Penggunaan Pesawat Udara PDRM semasa
Pilihan Raya
4.2. Skop Penugasan Pesawat Udara PDRM semasa Pilihan Raya
TERHAD
TERHAD
SENARAI LAMPIRAN
1. Lampiran-lampiran kepada BAB 1
1.1. Lampiran ‘A’ - Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
1.2. Lampiran ‘B’ - Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955
1.3. Lampiran ‘C’ - Akta Polis 1967
1.4. Lampiran ‘D’ - Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata
Berbahaya 1958
1.5. Lampiran ‘E’ - Kanun Prosedur Jenayah
1.6. Lampiran ‘F’ - Kanun Keseksaan
1.7. Lampiran ’G’ - Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (akta 301)
1.8. Lampiran ‘H’ - Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (P.U.A)
472/1990)
1.9. Lampiran ‘I’ - Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155)
1.10 Lampiran ‘J’ - Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998
2. Lampiran-Lampiran kepada BAB II
2.1. Lampiran ‘A’ - Carta Organisasi SPR
2.2. Lampiran ‘B’ - Borang-borang permohonan mengadakan Pilihan Raya
3. Lampiran-lampiran kepada BAB III
3.1 Lampiran ‘A’ - Pusat Kawalan Polis
4. Lampiran kepada BAB VI
4.1. Kesalahan Trafik yang lazim dilakukan ketika Pilihan Raya
TERHAD
TERHAD
HURUF RINGKAS
PDRM - Polis DiRaja Malaysia
KPN - Ketua Polis Negara
PJP - Persuruhjaya Polis
KP - Ketua Polis Negeri
KPD - Ketua Polis Daerah
SPR - Suruhanjaya Pilihan Raya
CK - Cawangan Khas
JSJ - Jabatan Siasatan Jenayah
KPJ - Kanun Prosedur Jenayah
KA - Ketenteraman Awam
TPR - Timbalan Pendakwaan Raya
ADR - Ahli Dewan Rakyat
ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri
PRU - Pilihan Raya Umum
PRK - Pilihan Raya Kecil
PP-KPR - Pasukan Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya
PP - Pegawai Pengurus
PPN - Pegawai Pilihan Raya Negeri
KTM - Ketua Tempat Mengundi
KPB - Ketua Polis Balai
OCBG - ‘Officer In-Charge of Body Guard’
LP - ‘Landing Point’
TERHAD
TERHAD
POMAN - Public Order Manual
PTKPN - Perintah Tetap Ketua Polis Negara
MKN - Majlis Keselamatan Negara
KJKA - Ketua Jabatan Ketenteraman Awam
KBKA - Ketua Bahagian Ketenteraman Awam
SMPK - Sistem Maklumat Pusat Kawalan
MCC - Malaysia Control Centre
CCC - Contingent Control Centre
DCC - District Control Centre
PGA - Pasukan Gerakan Am
PORU - Public Order Riot Unit
PGU - Pasukan Gerakan Udara
PSP - Pasukan Simpanan Persekutuan
PGK - Pasukan Gerakan Khas
UPB - Unit Pemusnah Bom
JSJN - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
JSJK - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
KJP - Ketua Jabatan Pengurusan
KJL - Ketua Jabatan Logistik
SOP - Standard Operation Procedure
LSF - Light Strike Force
PTLP - Pegawai Turus Logistik Pengangkutan
PTP - Pegawai Turus Pengangkutan
KPPJL - Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik
ATM - Angkatan Tentera Malaysia
TERHAD
RTM TERHAD
JKM - Radio Televisyen Malaysia
JPAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat
PBT - Jabatan Pertahanan Awam
MD - Pihak Berkuasa Tempatan
JKR - Majlis Daerah
- Jabatan Kerja Raya
TERHAD
TERHAD
KATA-KATA ALUAN
PENGARAH
JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI & KETENTERAMAN AWAM
Setiap kali apabila Pilihan Raya diadakan, salah satu pihak yang terlibat secara
langsung dalam melancarkan pergerakan proses Pilihan Raya adalah pihak berkuasa
iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Setiap pegawai dan anggota yang terlibat adalah
bertanggungjawab untuk memastikan keadaan sebelum, semasa dan selepas proses
Pilihan Raya dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Selain itu, keadaan semasa yang begitu mencabar dengan pemansuhan
Seksyen 27, Akta Polis 1967 serta perubahan-perubahan untuk penambahbaikan
proses Pilihan Raya masa kini memerlukan PDRM untuk melaksanakan sesuatu
tindakan dengan lebih proaktif serta profesional dan bukannya agresif yang boleh
memberi impak negatif kepada pasukan. Ekspektasi masyarakat yang tinggi terhadap
PDRM juga adalah merupakan faktor utama bagi kita dalam membuat sesuatu
keputusan serta tindakan dengan bijaksana.
Oleh yang demikian, dengan penghasilan buku ini sedikit sebanyak dapat
dijadikan panduan serta pedoman kepada semua pegawai dan anggota dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Buku ini dapat membantu
dengan memberikan seribu manfaat kepada petugas sekaligus mengekalkan
keamanan negara kita yang tercinta selaras dengan aspirasi pucuk pimpinan kerajaan
Malaysia demi untuk kesejahteraan rakyat.
( DATO’ WIRA SALLEH BIN MAT RASID ) CP
Pengarah Jabatan KDNKA
TERHAD
TERHAD
PRAKATA
KETUA POLIS NEGARA
Sistem demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia dengan jelas memerlukan
penglibatan semua lapisan rakyat untuk memilih wakil-wakil mereka bagi membentuk
kerajaan. Di bawah Perlembagaan Persekutuan setiap rakyat yang telah berdaftar
sebagai pengundi adalah layak untuk menjalankan hak mereka sebagai pengundi
melalui proses Pilihan Raya. Mereka mempunyai kebebasan mutlak dalam membuat
penentuan tentang wakil yang mereka pilih tanpa sebarang paksaan, gangguan,
ancaman maupun ugutan dari mana-mana pihak. Polis DiRaja Malaysia
dipertanggungjawabkan untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang
dilaksanakan dan proses demokrasi dapat berjalan dengan lancar sepanjang proses
Pilihan Raya dilaksanakan.
2. Semasa tempoh Pilihan Raya, PDRM akan memikul tanggungjawab yang amat
berat dan mencabar bagi memastikan negara berada di dalam keadaan aman dan
tenteram untuk membolehkan proses pengundian berjalan dengan lancar. Semua
pegawai dan anggota mestilah memperlengkapkan diri masing-masing dengan
pengetahuan yang cukup, terutama mengenai peraturan dan undang-undang, yang
berkaitan dengan Pilihan Raya.
3. Semasa melaksanakan tugas, pegawai dan anggota hendaklah mempamerkan
mutu perkhidmatan secara profesional, mesra dan adil kepada semua pihak, tanpa
mengira fahaman politik dan pendirian mereka. PDRM telah menempuh pelbagai
rintangan pada masa lampau dalam menangani pelbagai isu dan masalah negara,
Selain itu juga, pergolakkan dan perkembangan politik dari luar negara juga sedikit
sebanyak akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan para pengundi berdaftar.
4. Saya begitu optimis serta penuh yakin kepada pegawai dan anggota yang
terlibat sudah memperlengkapkan diri dengan semangat, keyakinan diri serta mampu
untuk menghadapi apa jua keadaan semasa, sewaktu proses Pilihan Raya diadakan
nanti. Buku Panduan Pilihan Raya ini memberikan garis panduan untuk semua pegawai
dan anggota merangkumi aspek keselamatan Pilihan Raya berdasarkan kepada
pindaan undang-undang serta peraturan terkini yang bersesuaian dengan keadaan
semasa. Harapan saya kepada semua pegawai dan anggota, semoga buku ini dapat
difahami dan boleh dijadikan panduan untuk kelancaran penugasan yang dijalankan.
( TAN SRI DATO’ SERI HJ. ISMAIL BIN HJ. OMAR ) IG
Ketua Polis Negara
TERHAD
TERHAD
DEFINISI
‘Pilihan Raya” ertinya sesuatu Pilihan Raya yang diadakan mengikut peruntukan-
peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pemilihan orang-
orang sebagai ahli-ahli Dewan Rakyat, sesuatu Dewan Undangan Negeri atau sesuatu
pihak Berkuasa Tempatan;
‘Pilihan Raya Umum’ ertinya Pilihan Raya Umum yang pertama bagi ahli-ahli Dewan
Rakyat atau sesuatu Dewan Undangan Negeri atau Pilihan Raya Umum bagi ahli-ahli
selepas pembubarannya;
‘Bahagian Pilihan Raya’ ertinya sesuatu kawasan yang ditetapkan di bawah
peruntukan mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud sesuatu Pilihan Raya;
‘Ahli’ ertinya ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Undangan, mengikut mana-mana
yang berkenaan;
‘Bahagian Pilihan Raya Negeri’ ertinya Bahagian Pilihan Raya yang
dipersempadankan mengikut Perkara 117 Perlembagaan;
‘Bahagian Pilihan Raya Parlimen’ ertinya Bahagian Pilihan Raya yang
dipersempadankan mengikut Perkara 116 Perlembagaan;
‘Calon’ ertinya orang yang dinamakan mengikut mana-mana peraturan yang dibuat
di bawah Akta ini sebagai seorang calon untuk suatu Pilihan Raya;
‘Daerah Mengundi’ ertinya sebahagian daripada suatu Bahagian Pilihan Raya
sebagaimana yang dibahagi di bawah seksyen 7;
‘Pegawai Pilihan Raya’ ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3
atau 8 atau mana-mana pegawai yang dilantik bagi maksud menjalankan atau
membantu perjalanan mana-mana Pilihan Raya, atau bagi maksud mendaftarkan atau
membantu pendaftaran pemilih, di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini;
‘Pemilih’ ertinya seorang warganegara yang berhak mengundi dalam suatu Pilihan
Raya menurut Perkara 119 Perlembagaan;
‘Pengundi Pos’ ertinya mana-mana orang yang berhak untuk mengundi di Peraturan 3
‘Pemilih Negeri’ ertinya pemilih yang berhak mengundi dalam suatu Pilihan Raya
Negeri;
‘Pemilih Parlimen’ ertinya pemilih yang berhak mengundi dalam suatu Pilihan Raya
Parlimen;
‘Perlembagaan’ ertinya Perlembagaan Persekutuan;
TERHAD
TERHAD
‘Pilihan Raya Negeri’ ertinya suatu Pilihan Raya bagi memilih seseorang ahli Dewan
Undangan;
‘Pilihan Raya Parlimen’ ertinya suatu Pilihan Raya bagi memilih seseorang ahli Dewan
Rakyat;
‘Pusat Mengundi’ ertinya mana-mana bangunan, binaan, kenderaan atau vesel, di
tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 7, yang dikhaskan dan dilengkapkan bagi
maksud mengundi dan mengira undi;
‘Tempat Mengundi’ ertinya mana-mana bilik atau ruangan yang dikenali juga sebagai
saluran yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dalam Pusat Mengundi;
‘Ketua Tempat Pengiraan Undi’ ertinya seorang pegawai yang dilantik untuk
mengetuai suatu tempat mengundi mengikut peraturan yang ditetapkan di bawah Akta
ini;
‘Tempoh Berkempen’ ertinya tempoh mana-mana calon atau ejen Pilihan Raya
dibenarkan mengadakan kempen Pilihan Raya di dalam Bahagian Pilihan Raya calon
itu, iaitu tempoh yang bermula dari masa Pegawai Pengurus mengisytiharkan bahawa
satu pengundian akan dijalankan di dalam Bahagian Pilihan Raya yang baginya dia
dilantik dan akan berakhir apabila tamat hari sebelum Hari Mengundi;
‘Orang Kenamaan Berisiko Tinggi’ dimaksudkan untuk Perdana Menteri Malaysia,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia atau mana-mana orang kenamaan yang
diklasifikasikan oleh Cawangan Khas sebagai berisiko tinggi.
‘Safe Haven’ ertinya lokasi yang dipilih untuk menempatkan orang kenamaan berisiko
tinggi dalam situasi ancaman atau kecemasan.
‘Officer In-Charge of Body Guard’ ertinya Pegawai yang dipertanggungjawab untuk
mengetuai kumpulan pengiring rapat orang kenamaan berisiko tinggi.
‘Inner Close Escort’ ertinya Kumpulan Pengiring Rapat yang melaksana litupan
keselamatan orang kenamaan di bahagian lingkaran dalam (inner ring).
‘Outer Close Escort’ ertinya Kumpulan Pengiring Rapat yang melaksana litupan
keselamatan orang kenamaan di bahagian lingkaran luar (outer ring).
‘Flushing’ ertinya Kerja-kerja pemeriksaan terhadap premis, kenderaan atau
sebagainya untuk memastikan selamat dari ancaman atau sabotaj menggunakan bahan
letupan.
‘Landing Point’ ertinya Tapak atau lokasi pendaratan helikopter
TERHAD
TERHAD
‘Doktrin / Silibus’ ertinya pemahaman yang diperolehi melalui sukatan pelajaran yang
menjadi fahaman setiap lapisan pegawai dan anggota berkaitan kaedah dan tatacara
semasa melaksana penugasan.
‘Air Surveillance’ ertinya satu kaedah untuk mendapat maklumat melalui pemerhatian
dari udara.
‘Defensive’ ertinya menggunakan taktik bertahan
‘Offensive’ ertinya menggunakan taktik menyerang
TERHAD
TERHAD
AM
Dalam menyediakan Buku Panduan ini usaha-usaha dibuat supaya ianya lengkap dan
dapat digunakan oleh semua pegawai dan anggota Polis DiRaja Malaysia dengan
pengetahuan asas bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab
semasa Pilihan Raya. Buku Panduan ini tidak merangkumi kesemua kemungkinan yang
akan berlaku semasa Pilihan Raya berlangsung. Justeru itu, sebarang permasalahan
yang memerlukan penjelasan yang lebih mendalam sila rujuk kepada Urus Setia Kerja
Jawatankuasa Induk PDRM Bukit Aman.
2. Buku Panduan ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian sebagai rujukan
iaitu:
2.1. BAB I - Pendahuluan
2.2. BAB II - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
2.3. BAB III - Penubuhan Jawatankuasa dan Tanggungjawab
Polis DiRaja Malaysia
2.4. BAB IV - Peranan Polis DiRaja Malaysia dalam Pilihan Raya
2.5. BAB V - Prosedur Pemindahan Orang Kenamaan Berisiko
Tinggi Ke Lokasi Selamat (Safe Haven) semasa
kecemasan (Evacuation Plan)
2.6. BAB VI - Pengurusan Penugasan Trafik dalam Pilihan Raya
2.7. BAB VII - Peranan Jabatan Logistik
2.8. BAB VIII - Curfew
2.9. BAB IX - Penugasan Strike Force
3. Semua undang-undang yang berkaitan dengan Pilihan Raya akan disenaraikan
di dalam Buku Panduan ini. Pindaan ke atas Buku Panduan ini akan dibuat dari semasa
ke semasa oleh Jawatankuasa yang dilantik bagi menyemak dan mengemaskinikan
buku ini. Buku Panduan ini akan sentiasa boleh digunakan pada Pilihan Raya tidak kira
semasa Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PR DUN) atau Pilihan Raya
Kecil (PRK).
TERHAD