The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ARIFFAH HAKMA, 2021-07-14 08:45:09

PENULISAN BUKU LOG MPU3062_NUR ARIFFAH_SEJ 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN

PERGERAKAN
PUTERI ISLAM

MALAYSIA

BUKU LOG

NAMA: NUR ARIFFAH HAKMA BINTI MOHD ADENAN
NO KAD PENGENALAN: 010829-11-0340
KUMPULAN: 3
KELAS: SEJARAH 1
KURSUS: KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM
NAMA PENSYARAH: PN AINEE BINTI HJ AHMAD
TARIKH HANTAR: 14 JULAI 2021

BIODATA DIRI

AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

NAMA NUR ARIFFAH HAKMA BINTI MOHD
NO KAD PENGENALAN ADENAN
INSTITUSI PENGAJIAN
KUMPULAN PENGAJIAN 010829-11-0340

JAWATAN YANG DISANDANG INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS DARULAMAN
NO TELEFON
E-MEL PISMP SEM 3 AMBILAN JUN 2020
SEJARAH 1

AHLI AKTIF

017-9026885

[email protected]

SENARAI

KANDUNGAN

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PPIM
FALSAFAH PPIM
MATLAMAT PPIM
OBJEKTIF PPIM
VISI MISI PPIM
LOGO PPIM
BENDERA PPIM
COGAN KATA PPIM
LAGU PUTERI
IKRAR PPIM
SULUH KATA PPIM

PERLEMBAGAAN PERTUTBUHAN
CARTA ORGANISASI PPIM

TATACARA PERJUMPAAN DAN PENUTUPAN
TATACARA MAJLIS RASMI
ASAS KAWAD KAKI
ASMAUL HUSNA
TASBIH KIFARAH

DOA PERJUMPAAN / PENUTUPAN
DOA-DOA HARIAN
RUKUN ISLAM
RUKUN IMAN
ZIKIR MUNAJAT

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH
PENUBUHAN

• LATAR BELAKANG
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) merupakan sebuah pergerakan berpakaian
seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut
dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia
Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan
dan pengembaraan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan
kepada Allah S.W.T

• SEJARAH PENUBUHAN

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh
Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPI) yang diilhamkan oleh YMM
Tuanku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong Pertama
Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah
Pada ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan
khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan secara rasmi oleh DYMM Raja Permaisuri
Agong Ke-6 Almarhumah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang,
Tengku Hajah Afzan Binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad
Rahimallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia

Y.A Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail telah dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM pertama
Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan
ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987
Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’
dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong Tuanku Bainun
Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di
dalam Ko-Kuirikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia

Pada 23 November 1996, Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y. A.Bhg Datin Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail bagi meluaskan penglibatan remaja dan Wanita lepasan sekolah di dalam
kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di Institusi Pengajian Tinggi pada
8 April 2000 oleh Allahyarhamah Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood di Universiti Islam
Antarabangsa

Pada awal tahun 2004, ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri di bawah
kepimpinan Allahyarhamah Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin
Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang DiPertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah
Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 – 2009 &
2009 - 2011

FALSAFAH PPIM

PPIM ADALAH SEBUAH PERGERAKAN BERPAKAIAN
SERAGAM YANG BERGERAK PADA PERINGKAT

KEBANGSAAN, NEGERI, DAN DAERAH DI INSTITUT
PENGAJIAN TINGGI, MAKTAB-MAKTAB PERGURUAN
DAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH.

AKTIVITINYA YANG DIJALANKAN SEBAGAI KO-
KURIKULUM SECARA FORMAL DAN TIDAK FORMAL
ADALAH BERTUJUAN MEMBIMBING PUTERI-PUTERI

KE ARAH PENYUBURAN DAN PENGEMBANGAN
POTENSI-POTENSI DIRI SECARA MENYELURUH

DAN BERSEPADU DEMI MEWUJUDKAN INSAN
PUTERI YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI
SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI
BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN

KEPADA ALLAH S.W.T. USAHA INI ADALAH
BERTUJUAN UNTUK MENTERJEMAHKAN KE DALAM

DIRI PUTERI CIRI-CIRI RAKYAT MALAYSIA YANG
BERILMU PENGETAHUAN, BERKETRAMPILAN,

BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN
BERUPAYA MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI
SERTA MAMPU DAN BERSEDIA MEMBERI
SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN
KEMAKMURAN BANGSA, MASYARAKAT DAN
NEGARA SELARAS DENGAN AJARAN ISLAM.

MATLAMAT PPIM

MENGSEIMBANGKAN ANTARA PERKEMBANGAN
INTELEKTUAL, SOSIAL, FIZIKALDAN SPIRITUAL
PUTERI MELALUI PENYEMAIAN, PENYUBURAN
DANPENGUKUHAN NILAI-NILAI PENDIDIKAN.

MENGUKUHKAN HUBUNGAN SILATURAHIM DI
KALANGAN PUTERI

MENINGKATKAN MINAT PUTERI DI DALAM
AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH.

MENINGKATKAN DISIPLIN DIRI PUTERI

MENGGALAKKAN IKLIM PERSEKITARAN
SEKOLAH YANG TERBUKA
DANMENYERONOKKAN

MENINGKATKAN KERJASAMA DAN
SUMBANGAN ANTARA SEKOLAH DENGAN
IBUBAPA DAN KHASNYA MASYARAKAT
SETEMPAT.

OBJEKTIF PPIM

MELAHIRKAN MASYARAKAT MUDA YANG:
1.TAAT KEPADA ALLAH,RAJA DAN NEGARA
2. BERILMU
3.BERAKHLAK MULIA
4.BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT

MEMBIMBING GADIS-GADIS DARI SEGI
AKHLAK,ROHANI DAN JASMANI SUPAYA
MENJADI INSAN YANG SEMPURNA.
MEMBENTUK SEBUAH KUMPULAN YANG
BERIDENTITI SENDIRI, PROGRESIF DAN
DITERIMA MASYARAKAT.
MENGUKUHKAN PERSAUDARAAN ANTARA
GENERASI MUDA DAN MENGHORMATI
GENERASI TUA.

VISI MISI PPIM

VISI:

MELAHIRKAN GENERASI MASYARAKAT YANG
MEMPUNYAI CIRI-CIRI BERIKUT :
BERIMAN DAN BERAKHLAK MURNI
BERDASARKAN PRINSIP-PRINSIP ISLAM.
MEMPUNYAI KESIHATAN DIRI DAN MAMPU
MEMBANGUNKAN DIRI SECARA BERSEPADU
IAITU DARI SEGI SPIRITUAL, INTELEKTUAL,
EMOSI, SOSIAL DAN FIZIKAL.
MEMPUNYAI RASA KASIH DAN HUBUNGAN
SILATURRAHIM SESAMA PUTERI DAN
TERHADAP DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT
DAN NEGARA.

MISI:

MEMPERLIHATKAN KEPADA PUTERI
KEBENARAN AL-QURAN DAN HADITH DI
DALAM KONTEKS ALAM DAN KEHIDUPAN
YANG NYATA MELALUI PROGRAM-PROGRAM
YANG DIJALANKAN
MEMBERIKAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN
TIDAK FORMAL KEPADA MASYARAKAT
KHUSUSNYA PUTERI MELALUI AKTIVITI-
AKTIVITI YANG MENCABAR DAN MENARIK.
MELENGKAPKAN PUTERI DAN MASYARAKAT
DENGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
SUPAYA DAPAT MENYUMBANG SECARA
POSITIF KEPADA DIRI, KELUARGA DAN
MASYARAKAT.

LOGO PPIM

PUTIH: KUNING:

KESUCIAN KETAATAN DAN
KESETIAAN

HIJAU: SAMAR:

AGAMA (TAQWA) KEHARMONIAN
DAN KELEMBUTAN

PENGERTIAN LOGO:

LOGO PPIM DIBENTUK DENGAN SUATU
LINGKUNGAN BULAT BERWARNA HIJAU DIAPIT
DENGAN LINGKUNGAN BERWARNA KUNING DAN
DI DALAM LINGKUNGAN HIJAU ITU BERTULIS
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
DI TENGAH LOGO TERSEBUT TERDAPAT SATU
BULATAN PUTIH DAN DI DALAMNYA DITULIS
DENGAN HURUF JAWI PERMULAAN DARIPADA
PERKATAAN“PERGERAKAN PUTERI ISLAM.( PA
PA ALIF)
DI BAWAH LOGO INI TERTULIS PERKATAAN:
“PUTERI" -BAGI AHLI-AHLI PUTERI
“PEMIMPIN PUTERI" -BAGI PEMIMPIN-PEMIMPIN

BENDERA PPIM

BENDERA PPIM BERBENTUK SEGIEMPAT,
BERWARNA MERAH JAMBU, DAN
DITENGAH-TENGAH TERDAPAT LENCANA
PERGERAKAN. UKURAN LENCANA
ADALAH SEPERTIGA DARIPADA UKURAN
BENDERA.
PENGGUNAAN:
- SETIAP UPACARA RASMI
- TATACARA RASMI
KEDUDUKAN BENDERA DALAM TATACARA
PERJUMPAAN

-BENDERA NEGERI -BENDERA MALAYSIA
=== BENDERA PPIM

COGAN KATA PPIM

BERILMU
BERIMAN
BERAMAL

LAGU PUTERI

PUTERI LEMBAGA ISLAM RIANG GEMBIRA
TETAP TAAT KEPADA ALLAH DAN RAJA

BERKORBAN UNTUK AGAMA DAN NEGARA
DUNIA AKHIRATMENDAPAT BAHAGIA
BERUSAHA MENCARI PENGETAHUAN
BERBAKTI MEMBUAT KEBAJIKAN
BELAJAR MENCAPAI KEMAJUAN
BERSEMANGAT PENUH KEIMANAN

PUTERI LEMBAGA ISLAM RIANG GEMBIRA
TETAP TAAT KEPADA ALLAH DAN RAJA

BERKORBAN UNTUK AGAMA DAN NEGARA
DUNIA AKHIRAT MENDAPAT BAHAGIA

IKRAR PPIM

BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI
PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA, BERIKRAR AKAN:

TAAT KEPADA ALLAH DAN RASUL.

TAAT KEPADA PEMERINTAH,GURU
DAN IBUBAPA.

MEMPERKUKUHKAN IMAN DAN
MEMPERBAIKI AKHLAK.

MEMBANGUNKAN DIRI DENGAN
SEMPURNA.

MENGUKUHKAN SILATURRAHIM
SESAMA PUTERI.

BERKHIDMAT UNTUK KELUARGA,
MASYARAKAT DAN NEGARA.

SULUH KATA PPIM

P- PATUH KEPADA IBUBAPA
U- UGAMA/ AGAMA BERTERASKAN AL-
VGQURAN DAN HADIS
T- TAAT KEPADA ALLAH DAN RASUL
E- ERAT UKHUWAH ISLAMIYAH
R- RELA BERBAKTI KERANA ALLAH
I-IMAN DIPUPUK ILMU DITUNTUT

I-INSAF DIRI
S-SOLAT DITUNAI SETIAP WAKTU
L-LARANGAN ALLAH DIJAUHI
A-AKHLAK MULIA PENGUKUH KEIMANAN
M-MUSLIMAH MUKMINAH RAKYAT
SEPERJUANGAN.

PERLEMBAGAAN BADAN
BERUNIFORM

(SEKSYEN 130 AKTA PENDIDIKAN 1996)

1. NAMA DAN ALAMAT

a) Nama Persatuan : Pergerakan Puteri Islam Malaysia

b) Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah.

2. MATLAMAT
a) Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
b) Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan setiap pelajar yang terlibat dalam
aktiviti badan beruniform.

3. OBJEKTIF
a) Ahli yang menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri Islam) dengan
lebih terpimpin dalam menimba ilmu berpersatuan dan memupuk semangat bertanggungjawab dan
disiplin diri.
b) Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia akan seberapa daya berusaha untuk
mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui
ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya.

4. KEAHLIAN
a) Dibuka kepada semua pelajar perempuan Institut Pendidikan Guru ini.
b) Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
c) Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan
mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

5. PENASIHAT
a) Pensyarah hendaklah melantik seorang atau beberapa orang pensyarah yang lain
sebagai penasihat.
b) Pensyarah perlu menyimpan atau membuat laporan ia disimpan sebagai rekod berpersatuan

6. PENSYARAH PENASIHAT
a) Pensyarah Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah IPG ini.
b) Pensyarah Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan
sesuatu aktiviti.
c) Pensyarah Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

7. AHLI JAWATANKUASA
a) Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
b) Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
c) Pemilihan Ahli Jawatankuasa secara undian.
d) Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Pensyarah Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
e) Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar
surat perletakan jawatan kepada Pensyarah Penasihat.
f) Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
i. Pengerusi
ii. Naib Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Bendahari
v. Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

8. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
a) Pengerusi
i. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
ii. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa
ke semasa.
b) Naib Pengerusi
i. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
diberi.
ii. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa ke
semasa.
c) Setiausaha
i. Menguruskan hal-hal surat menyurat.
ii. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
iii. Mencatat kehadiran ahli.
iv. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
v. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa
ke semasa.
d) Bendahari
i. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.
ii. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
iii. Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
iv. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
v. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
vi. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa
ke semasa.

e) Ahli Jawatankuasa
i. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
ii. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa
ke semasa.

9. KEWANGAN
a) Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa
Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 5.00 seorang setahun.
b) Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
c) Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
d) Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun Badan Beruniform
PPIM IPG, sekiranya mendapat kebenaran Pensyarah Penasihat.

10. KEHADIRAN/PENYERTAAN
a) Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang tahun.
b) Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum
boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

11. MENGENDALI MESYUARAT
a) Setiap mesyurat yang dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa hendaklah dihadiri oleh
Pensyarah Penasihat.

12. PEMATUHAN PENGURUSAN
a) Pengerusi atau Pensyarah Penasihat boleh mengawal mana – mana persatuan IPG
mematuhi peraturan, tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang selainnya berkenaan
dengan persatuan itu.

13. AKTIVITI
a) Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat Ahli
Jawatankuasa.
b) Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Pensyarah Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

14. PERATURAN-PERATURAN
a) Peraturan IPG adalah menjadi peraturan asas.
b) Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
c) Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

15. KESALAHAN
a) Antara kesalahan yang dilarang semasa menjadi ahli kelab:
i. Salah laku jenayah
ii. Tingkah laku berunsur lucah
iii. Tidak kemas
iv. Tidak menepati masa
v. Kurang sopan
vi. Melakukan kesalahan kecil

16. LARANGAN
a) Pelajar dilarang menyertai aktiviti yang tidak berkaitan dan menyalahi peraturan IPG dan
hukum syarak.

17. TINDAKAN DISIPLIN
a) Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
b) Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
i. Amaran lisan
ii. Amaran bertulis
c) Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada
Pensyarah Penasihat Persatuan secara bertulis dan keputusan Pensyarah Penasihat adalah
muktamad.

18. PINDAAN PERLEMBAGAAN
a) Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
b) Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Pensyarah
Penasihat atau Pentadbir IPG secara bertulis.
c) Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pensyarah Penasihat dan Ahli Jawatankuasa
akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
d) Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pensyarah.

19. PEMBUBARAN PERSATUAN
a) Pensyarah Penasihat diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. Segala hutang wajib dijelaskan.
Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

20. PERUBAHAN
a) Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan bertulis kepada Pensyarah Penasihat
tentang penubahan dalam perlembagaan dalam peraturan atau ahli persatuan. Laporan
itu hendaklah diserahkan dalam masa 14 hari dari tarikh perubahan. Pensyarah Penasihat
berhak menerima atau menolak perubahan tersebut.

21. HAL-HAL LAIN
a) Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
b) Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Disediakan oleh:

Julai 2021

syahira
………………………....
(NUR SYAHIRA SYAFIQAH BINTI ROSLI)
Setiausaha Unit Beruniform,
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
Jitra, Kedah.

………………………....
(UMIE SURIANI BINTI MOHD SABRI)
Pengerusi Unit Beruniform,
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
Jitra, Kedah.

(PUAN AINEE BINTI HJ AHMAD)
Pensyarah Penasihat PPIM,
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
Jitra, Kedah.

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
(PPIM) KUMPULAN 3 PISMP JUN 2020 SEM 3

PENGARAH
TUAN HAJI HASHIM BIN ASMAN

TIMBALAN PENGARAH
DR. HJH. AMANI BINTI ABDULLAH MUBARAK

KETUA UNIT
ENCIK ABDUL SATAR BIN HAMZAH

PENYELARAS KURSUS
ENCIK MUSAIDI BIN MUSTAFFA

PENSYARAH PENASIHAT
PUAN HJH. AINEE BINTI HJ. AHMAD

PENGERUSI
UMIE SURIANI BINTI MOHD SABRI

NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI
DIYANA AL KHAUTHSAR BINTI NUR SYAHIRA SYAFIQAH BINTI NUR AIN BATRISYIA BINTI

ABDUL RAZAK ROSLI ZAINI

AJK 1 AJK 3
FARAH NASUHA BINTI HALIM ALIA ATIKAH BINTI JAAFAR

AJK 2
NUR IRDINA RUSHDA BINTI SHAHIRUL NIZAM

JAWATANKUASA P

JAWATANKUAS
PERHUBU

PENGERUSI NAI
SETIAUSAHA KEHORMAT

AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK
123 45 67

WAKIL WAKIL W
(LKPI) JPN
(BA
(BAHAGIAN B
KOKO)

Catatan
AJK 1-11 : Dipilih pada mesyuarat Agung Dwi Tahunan
AJK 12-14: Dilantik oleh Jawatankuasa Pentadbiran Hubungan Negeri

PPIM PERINGKAT NEGERI

SA PENTADBIR PPIM
UNGAN NEGERI

PENGERUSI BERSAMA
(PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI)

IB PENGERUSI

BENDAHARI KEHORMAT

AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK
8 9 10 11 12 13 14

WAKIL WAKIL WAKIL
JBS JPWK MAJLIS
AGAMA
AHAGIAN ISLAM
BELIA) NEGERI

JAWATANKUASA P

JAWATANKUAS
PERHUBU

PENGERUSI NAI
SETIAUSAHA KEHORMAT

AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK
123 45 67

WAKIL WAKIL W
(LKPI) PPD PE

(BAHAGIAN B
KOKO)

Catatan
AJK 1-11 : Dipilih pada mesyuarat Agung Dwi Tahunan
AJK 12-14: Dilantik oleh Jawatankuasa Pentadbiran Hubungan Daerah

PPIM PERINGKAT DAERAH

SA PENTADBIR PPIM
UNGAN DAERAH

PENGERUSI BERSAMA
(PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI)

IB PENGERUSI

BENDAHARI KEHORMAT

AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK
8 9 10 11 12 13 14

WAKIL WAKIL WAKIL
EJABAT PEJABAT PEJABAT
BELIA PEMBANGUNAN HAL EHWAL
WANITA DAN AGAMA
KELUARGA
ISLAM

JAWATANKUASA PPIM PE
U

PENGERUSI

NAI

SETIAUSAHA KEHORMAT

AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK
123 45 67

WAKIL WAKIL JA
HEP BAHAGIAN B
PEN ISLAM S

Catatan
AJK 1-11 : Dipilih pada mesyuarat Agung Dwi Tahunan
AJK 12-14: Dilantik oleh Jawatankuasa PentadbiIr PPIM Perhubungan Maktab / Institut / Universiti

ERHUBUNGAN INSTITUT / MAKTAB /
UNIVERSITI

I PENGERUSI BERSAMA
(PENGARAH MAKTAB)

IB PENGERUSI

BENDAHARI KEHORMAT

AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK
8 9 10 11 12 13 14

ABATAN WAKIL LKPI
BELIA JABATAN
SUKAN KEBAJIKAN

JAWATANKUASA P

GURU BES
(PE

PENOLONG KA
(PE

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM KETUA G
(PENASIHAT)
GUR

PENG
(KET
NAIB PENGHU

KETUA PASUKAN 1 KETUA

KETUA KETUA KETUA KETUA
KUMP KUMP KUMP KUMP
AHLI AHLI AHLI AHLI
10-15 10-15 10-15 10-15
ORANG ORANG ORANG ORANG

PPIM PERINGKAT SEKOLAH

SAR / PENGETUA
ENAUNG)

ANAN KOKURIKULUM
ENASIHAT)

GURU PEMIMPIN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
(PENASIHAT)
RU PEMIMPIN

GHULUWATI
TUA PUTERI)
ULUWATI/ NAIB KETUA
PUTERI

A PASUKAN 2 KETUA PASUKAN 3

KETUA KETUA KETUA KETUA KETUA
KUMP KUMP KUMP KUMP KUMP
AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI
10-15 10-15 10-15 10-15 10-15
ORANG ORANG ORANG ORANG ORANG

STRUKTUR JAWATAN KUASA
ISLAM M

MAJLIS PENTA

JAWATANKUASA KECIL PENGURUSAN
BANGUNAN

UNIT UNIT TEKNIKAL,
DANA-ASET TANAH &

BANGUNAN

U
UN

U

Catatan
AJK 1-11 : Dipilih pada mesyuarat Agung Dwi Tahunan
AJK 12-14: Dilantik oleh Jawatankuasa PentadbiIr PPIM Perhubungan Maktab / Institut / Universiti

A PELAKSANA PERGERAKAN PUTERI
MALAYSIA 200-2011

ADBIR KEBANGSAAN

JAWATAN KUASA KECIL PENGURUSAN
PERSATUAN

BAHAGIAN BAHAGIAN OPERASI
PENTADBIRAN

UNIT LATIHAN UNIT PENGURUSAN MAJLIS
DAN UPACARA
NIT PENGURUSAN
KEAHLIAN & UNIT HAL EHWAL LUAR &
MAKLUMAT NEGERI

UNIT PENILAIAN UNIT PELAKSANAAN PROGRAM
• PEMBANGUNAN PEMIMPIN PPIM
• PEMBANGUNAN PELAJAR
• PEMBANGUNAN KHIDMAT

MASYARAKAT

• PEMBANGUNAN BELIA

TATACARA
PERJUMPAAN PPIM

• LANGKAH 1

i. Ketua Pasukan/ Ketua Kumpulan melakukan Latihan Kawad Kaki Asas

BARIS, SENANG DIRI
BARIS SEDIA

KE KANAN LURUS
PANDANG DEPAN, DARI BELAKANG NOMBOR

ii. Ketua Puteri memberi arahan:-
KEKUATAN PASUKAN / KETUA KUMPULAN LAPOR

iii. Ketua Pasukan / Ketua Kumpulan Melapor
PASUKAN (Nama Pasukan) 45 CUKUP

PASUKAN (Nama Pasukan) 39 daripada 43

iv. Ketua Puteri (pusing pandang menghadap tiang bendera. Pasukan sudah bersedia)
v. Ketua Puteri berkawad menemui Ketua Guru Pemimpin / Guru Pemimpin. Ucapkan

Salam sambil bersalaman dan memohon;

IZINKAN SAYA MEMULAKANG TATACARA PERJUMPAAN

vi. Guru menjawab:

SILAKAN

vii. Ketua Puteri membalas:-
TERIMA KASIH PUAN

• LANGKAH 2

i. Ketua Puteri balik ke hadapan barisan untuk menjalankan Tatacara Perjumpaan
BACAAN DOA

ii. Ketua Puteri memanggil
PEMBACA DOA, BERSEDIA

iii. Pembaca Doa keluar, berdiri di sebelah Ketua Puteri dan memberi arahan;-
• UP

• AL-FATIHAH
(Surah Al-Fatihah dibaca serentak oleh semua dengan kuat)
• Membaca doa perjumpaan dan diaminkan oleh semua
• Memberi arahan;-
UP (bawa tangan ke muka, baru turun tangan ke sisi)
• Baca Asmaul Husna bersama-sama

NAS ALUKA YA……..
• Pembaca Doa beredar balik ke dalam barisan
MENAIKKAN BENDERA
iv. Ketua Puteri memanggil

PENAIK BENDERA, SEDIA
(Tiga orang penaik bendera keluar berdiri di tiang bendera dan bersedia untuk acara

menaikkan bendera)
Kedudukan bendera; PPIM (kiri), Malaysia (tengah) Negeri (kanan)

v. Ketua Puteri (menghadap bendera) memberi arahan;-
NEGARAKU-MULA

Ketiga-tiga bendera dinaikkan serentak dengan perlahan. Bendera Malaysia lebih tinggi
sedikit kedudukannya daripada bendera PPIM dan bendera Negeri

vi. Penaik Bendera ikat tali pada tiang bendera. Puteri di tengah memberi arahan;-
SIAP- undur selangkah ke belakang

vii. Ketua Puteri memberi arahan;-
LAGU PUTERI MULA

viii. Penaik Bendera (Puteri di tengah) memberi arahan;-
KE KANAN PUSING….

(ketiga-tiga berkawad balik ke dalam barisan Puteri yang terakhir sampai akan sebut -SIAP)

LAFAZ IKRAR PUTERI
ix. Ketua Puteri memberi arahan;-
UP (semua Puteri serentak mengangkat tangan untuk bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua
Puteri)

x. Ketua Puteri memberi arahan;-
UP (Turun tangan ke sisi)

PEMIMPIN MEMBERI TAKLIMAT ATAU TUGASAN
xi. Pemimpin datang ke hadapan Puteri
xii. Ketua Puteri melaporkan;-
KAMI, PASUKAN (nama pasukan- disebut beramai-ramai secara serentak)
SERAMAI…….SIAP SEDIA UNTUK MENERIMA ARAHAN PUAN UNTUK BARIS,
SENANG DIRI

xiii. Guru Pemimpin memberi salam- dijawab serentak oleh semua PUTERI. Guru pemimpin
menyampaikan taklimat dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang hari berkenaan

xiv. Ketua Puteri memberi arahan:-
BARIS BARIS……SEDIA
TERIMA KASIH PUAN

xv. Ketua Puteri pusing menghadap barisan dan memberi arahan;
KELUAR BARIS

xvi. Puteri mengambil peralatan/ bag untuk pergi ke tempat aktiviti

TATACARA PENUTUPAN
PPIM

• LANGKAH 1

i. Puteri-puteri berbaris dalam 3 barisan
Setiap pasukan mengandungi 30-45 orang
Setiap kumpulan mengandungi 10-15 orang (sama seperti dalam barisan tatacara perjumpaan)

ii. Latihan Kawad Kaki Asas
Ketua Puteri memberi arahan:

Sedia- BARIS, SENANG DIRI

BARIS, BARIS SEDIA

KE KANAN LURUS, PANDANG
DEPAN

iii. Melaporkan kekuatan Pasukan/ Kumpulan
Ketua Puteri memberi arahan;-

KEKUATAN PASUKAN / KUMPULAN LAPOR

iv. Ketua Pasukan / Kumpulan melapor;-

PASUKAN (nama Pasukan) 45 CUKUP
PASUKAN (nama Pasukan) 39 daripada 43

v. Ketua Puteri pusing menghadap tiang bendera. (Pasukan sudah bersedia)
vi. Guru berjalan ke hadapan Ketua Puteri. Beri ucapan salam. Semua menjawab secara

serentak

• LANGKAH 2 – AMANAT PEMIMPIN

i. Selepas soalan dijawab, Ketua Puteri melapor:

Pasukan (nama pasukan) seramai (sebut bilangan) orang bersedia menerima
amanat Puan.
BARIS, SENANG DIRI

ii. Guru pemimpin membuat ulasan mengenai aktiviti hari berkenaan
iii. Setiausaha atau Bendahari membuat penguguman atau sebarang bentuk pesanan aktivti

akan datang
iv. Ketua Puteri memberi arahan:

BARIS, BARIS SEDIA
TERIMA KASIH PUAN
IZINKAN SAYA MEMULAKAN TATACARA PENUTUPAN

v. Guru menjawab;

SILAKAN

• LANGKAH 3- LAGU PUTERI

i. Semua dalam keadaan menghadap bendera
ii. Ketua Puteri memberi arahan;

LAGU PUTERI MULA

• LANGKAH 4- ACARA TURUN BENDERA

i. Ketua Puteri memberi arahan:

PENURUNAN BENDERA SEDIA

ii. Tiga orang penaik bendera (semasa tatacara perjumpaan) diikuti oleh 3 orang lagi
(berjumlah 6 orang semuanya berkawad menuju ke hadapan tiang bendera)

iii. Orang pertama (Penaik) berdiri di hadapan, Orang Kedua di belakang ke kanan sedikit,
Kedua-dua buka ikatan / simpulan bendera.

iv. Bendera diregangkan di kawasan lapang di hadapan tiang, di hadapan Ketua Puteri.
Orang Pertama pegang (pegang bahagian kepala bendera), Orang Kedua (pegang
bahagian ekor bendera)

v. Lipat bendera mengikut kiraan Ketua Puteri:

‘SATU’ – Lipat Dua, kemudian regang semula
‘DUA’ – Lipat dua lagi, kemudian regang semula
‘TIGA’ – Ekor bendera dicantumkan ke Kepala Bendera
‘EMPAT’ – Bahagian ekor dicantumkan lagi ke Kepala Bendera
‘LIMA’ – Lipat Kepas (3 kali)
Setelah selesai, orang pertama pegang bendera di tangan kanan, letak / bawa ke sisi

• LANGKAH 5- ACARA SERAH BENDERA

i. Keenam-enam penurun bendera berdiri menghadap Ketua Puteri
ii. Pembawa Bendera Malaysia melangkah ke hadapan serahkan bendera kepada

Ketua Puteri (berundur semula)
iii. Pembawa Bendera Negeri berjalan kehadapan serahkan bendera kepada Ketua

Puteri (balik semula ke tempat dirian asal)
iv. Pembawa Bendera Puteri berjalan ke hadapan serahkan bendera kepada Ketua

Puteri (balik semula ke tempat dirian asal)
v. Keenam-enam Penurun Bendera PUSING KANAN lalu berkawad masuk ke barisan

asal masing. Orang terakhir sampai akan sebut ‘SIAP’
vi. Ketua Puteri akan menyerahkan semua bendera kepada Guru Pemimpin

• LANGKAH 6- BACAAN DOA PENUTUP

i. Ketua Puteri memanggil;

PEMBACA DOA SEDIA

ii. Pembaca Doa keluar ke hadapan, Ketua Puteri dan Pembaca Doa pandang
menghadap barisan / pasukan

iii. Pembaca Doa mengarahkan

‘UP’- Baca doa penutup. Teruskan dengan bacaan.
Tasbih kafarah di akhiri dengan surah Al-Asr

‘UP’- (Tangan dibawa ke muka baru dijatuhkan ke sisi)

iv. Pembaca Doa balik ke tempat
v. Ketua Puteri mengarahkan:

‘KELUAR BARIS’ (Baris gerak keluar baris tetapi beratur semula dalam bentuk
barisan untuk bersalam)

• LANGKAH 7- BERSALAM-SALAMAN

CARA PERTAMA (MEMBENTUK BULATAN)
i. Guru Pemimpin lain memulakan bersalam berdiri di sebelah Ketua Pemimpin diikuti
oleh Ketua Puteri Berdiri di sebelah
ii. Ketua Pasukan diikuti oleh semua Puteri Pasukan Satu dan seterusnya pasukan
yang lain
iii. Pemimpin memberi pesanan contoh ; jalan berhati-hati sampaikan salam kepada
ibubapa
iv. Bersalam mulai dari barisan belakang, salam dengan rakan hadapan seorang demi
seorang sehingga sampai kepada Ketua Kumpulan / Ketua Pasukan terus kepada
Guru Pemimpin akhir sekali Ketua Guru Pemimpin

BERSALAM-SALAMAN SAMBIL BERSELAWAT

TATACARA MAJLIS
RASMI

TATACARA PERMULAAN MAJLIS

• LANGKAH 1

i. Para pemimpin dan ahli mengambil tempat sebelum ketibaan VIP
ii. Sewaktu ketibaan VIP, semua yang berada di dewan berdiri sambil berselawat sehingga VIP

sampai ke tempat duduk
iii. Hadirin termasuk peserts duduk selepas VIP duduk di tempat yang dikhaskan

• LANGKAH 2

i. Pengacara memulakan majlis:
MAJLIS DIMULAKAN DENGAN TATACARA PERJUMPAAN
*ASMAUL HUSNA DAN LAGU PUTERI
Semua yang hadir diminta berdiri untuk menyempurnakan Tatacara Majlis.
Apabila selesai, tetamu khas duduk diikuti dengan semua hadirin

ii. Pengacara meneruskan majlis dengan menjemput Pembaca Doa.

TATACARA PENUTUPAN MAJLIS

• LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

i. Pengacara merakamkan terima kasih dan seterusnya menutup majlis dengan Bacaan Tasbih
Kafarah dan Surah Al-Asr. (hadirin membaca dalam keadaan duduk)

ii. Pengacara mempersilakan tetamu ke Jamuan / Pameran atau sebagainya
iii. Sebelum bersurai, hadirin bersalam-salaman

ASAS KAWAD KAKI

❖ Satu kaedah mendisiplinkan ahli dalam pasukan beruniform
❖ Bertujuan mencipta keseragaman dan membangunkan semangat berpasukan dan

bekerjasama dalam kalangan ahli
• ARAHAN KAWAD (Menjadikan 3 Barisan)

i. Puteri masuk baris
ii. Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan, paras
iii. Nombor (orang yang paling kanan akan membilang dahulu dan diikuti oleh ahli-

ahli yang lain)
iv. Nombor ganjil / genap akan angkat tangan
v. Orang yang paling kanan sekali diam, nombor ganjil satu langkah ke hadapan,

genap satu langkah ke belakang, depan dan belakang gerak
vi. Barisan depan pusing ke kanan, belakang pusing ke kiri, kanan dan kiri pusing
vii. Jadikan 3 barisan dari kiri cepat jalan
viii. Ke kanan lurus
ix. Pandang depan

• ARAHAN ASAS KAWAD

i. Senang diri
ii. Rehatkan diri
iii. Baris
iv. Baris….sedia
v. Ke kanan…lurus
vi. Pandang depan

• ARAHAN KAWAD STATIK

i. Bergerak ke kiri, pusing
ii. Bergerak ke kanan, belakang pusing
iii. Menghadap ke belakang, kanan pusing
iv. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
v. Senang diri
vi. Baris sedia

ASMAUL HUSNA

TASBIH KAFARAH

DOA
PERJUMPAAN/PENUTUPAN

‫ﺑﺴﻢ ﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ‬
‫ َو َﻋ َﲆ آ ﻟِ ِﻪ‬، ‫ َو ا ﻟ ﱠﺼ َﻼ ُة َو ا ﻟ ﱠﺴ َﻼ ُم َﻋ َﲆ اَ ْﺷ َﺮ ِف ا ْﻟ ُﻤ ْﺮ َﺳ ِﻠ ْﻴ ﻦ‬، ‫اَ ْﻟ َﺤ ْﻤ ُﺪ ِ ﻟ ﻠ ِﻪ َر ﱢب ا ْﻟ َﻌ ﺎ َﻟ ِﻤ ْﻴ ﻦ‬

‫َو اَ ْﺻ َﺤ ﺎ ﺑِ ِﻪ اَ ْﺟ َﻤ ِﻌ ْﻴ ﻦ‬
YA ALLAH YA TUHAN KAMI

KAMI INGIN MERAFAKKAN KESYUKURAN KEPADAMU ATAS
PERTEMUAN KAMI PADA HARI INI

JADIKANLAH KAMI HAMBA-HAMBAMU INI SENTIASA BERSYUKUR
TERHADAP REZEKI DAN KURNIAANMU

SESUNGGUHNYA ENGKAULAH TUHAN YANG MAHA MEMBERI

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM

KAMI BERHIMPUN HARI INI UNTUK MENJAYAKAN PERJUMPAAN
PPIM

MAKA KAU PERMUDAHKANLAH PERJUMPAAN MAJLIS INI SUPAYA
IA BERJALAN DENGAN LANCAR

KAMI INGIN MENIMBA ILMU SEBANYAK MUNGKIN SUPAYA KAMI
MAMPU MEMPERKEMBANGKAN POTENSI KAMI SEHINGGA
MENJADI HAMBAMU YANG KAU REDAI YA ALLAH

KURNIAKANLAH ILMU KEPADA KAMI

SINARILAH HATI-HATI KAMI DENGAN HIDAYAHMU

SESUNGGUHNYA ENGKAULAH TUHAN YANG MAHA MENDENGAR
LAGI MAHA MENGETAHUI

YA ZAL JALALI WAL IKRAM

HADIAHKANLAH KEPADA KAMI KESIHATAN BADAN, KECERDASAN
MINDA, KETENANGAN JIWA DAN KEKUATAN SEMANGAT

KAMI MEMOHON KEPADA ENGKAU YA ALLAH

BANTULAH KAMI DALAM MENGHADAPI SEGALA CABARAN

RINGANLAH BEBAN KAMI

SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA BERKUASA
‫ َو َﺻ ﱠﲆ ﷲ ُ َﻋ َﲆ ُﻣ َﺤ ﱠﻤ ٍﺪ‬. ‫َر ﺑﱠ َﻨ ﺎ آ ِﺗ َﻨ ﺎ ِﻓ ﻲ ا ﻟ ﱡﺪ ْﻧ َﻴ ﺎ َﺣ َﺴ َﻨ ٍﺔ َو ِﻓ ﻲ ا ﻵ ِﺧ َﺮ ِة َﺣ َﺴ َﻨ ٍﺔ َو ِﻗ َﻨ ﺎ َﻋ َﺬ ا ﺑً ﺎ ا ﻟ ﱠﻨ ﺎ ِر‬

. ‫ َو ا ْﻟ َﺤ ْﻤ ُﺪ ﻟِ ﱠﻠ ِﻪ َر ﱢب ا ْﻟ َﻌ ﺎ َﻟ ِﻤ ْﻴ ﻦ‬، ‫َو َﻋ َﲆ آ ﻟِ ِﻪ َو اَ ْﺻ َﺤ ﺎ ﺑِ ِﻪ َو َﺳ ﻠﱠ ﻢ‬

DOA-DOA
HARIAN

RUKUN ISLAM

1. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
2.MENDIRIKAN SOLAT 5 WAKTU SEHARI

SEMALAM
3.MENUNAIKAN PUASA DI BULAN

RAMADAN
4.MENUNAIKAN ZAKAT
5.MENUNAIKAN HAJI SEKIRANYA MAMPU


Click to View FlipBook Version