Bil. Isikandung Muka Surat 1. Pengenalan 1 2. Sejarah Pembangunan 2 3. Latar belakang Organisasi 3 4. Visi 4 5. Misi 4 6. Pengurusan PPHAF 5 6.1 Organisasi 7 7. Pengajian Tahfiz Audio Visual 8 7.1 Kelebihan Pengajian 9 8. Makmal Tahfiz dan Bahasa 10 8.1 Keperluan kepada makmal tahfiz dan bahasa 11 8.2 Kelebihan suasana pembelajaran progresif 12 8.3 Ilustrasi makmal audio 13 8.4 Ilustrasi makmal audio visual 14 9. Pembinaan Sekolah Tahfiz 15
Sebagai persediaan anak-anak untuk memahami serta membaca al-Quran dengan betul selain mengenali Islam dengan lebih baik. Ibu bapa kini ramai yang cenderung menghantar anak-anak ke pusat tahfiz atau sekolah pondok dengan harapan agar mereka berjaya di dunia dan akhirat di samping dapat menyumbang kepakaran kepada masyarakat dan berpeluang maju di bidang yang diceburi. Sehubungan dengan itu, ramai para ibu bapa dari pelbagai latarbelakang mencari solusi melalui pendidikan Al quran sebelum anak-anak mereka menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. . . Perkembangan sekolah agama dan tahfiz kini juga semakin pesat berbanding dahulu ditambah lagi dengan sokongan dari pihak berwajib, individu dan pertubuhan. Namun begitu, kita sedari bahawa cabarannya besar dan menuntut pengorbanan yang bukan sedikit memandangkan tidak semua para ibu bapa berpengetahuan di bidang ini manakala pendedahan pengajian tahfiz kebanyakannya bermula di peringkat remaja. . .. Tidak dinafikan keterujaan mendengar dan menyaksikan alunan hafazan Al Quran yang merdu menusuk ke jantung dari huffaz-huffaz cilik negara jiran kita Indonesia membangkitkan semangat ramai ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak kecil menghafal. Apatah lagi melihat ramai Huffaz muda muncul dari pelbagai negara terutamanya timur tengah. Kemajuan teknologi juga memainkan peranan sebagai sumber informasi. Ramai yang berharap agar anak-anak boleh menghafal Al quran seawal mungkin namun tak semua mempunyai kelapangan masa dan kemahiran untuk menumpukan aktiviti hafazan di awal usia. Para ibu bapa yang ingin memulakan pengajian di peringkat awal terpaksa memendam dahulu hasrat kerana kekurangan sumber pengajian tahfiz di peringkat Pendidikan awal kanak-kanak dan sekolah rendah. . Menyedari keperluan dan kepentingan pendidikan Al Quran dan Agama di awal usia dalam membantu pertumbuhan minda dan saikologi anak-anak, satu usaha diambil untuk menyediakan bimbingan hafazan peringkat pra dan sekolah rendah sebagai pengajian awal kanak-kanak di samping pendidikan akademik. Inisiatif mewujudkan pengajian Tahfiz peringkat rendah ini sememangnya mencabar dan menuntut kekuatan mental, emosi dan spiritual dalam arus kepesatan dan tekanan modenisasi. Namun keazaman memicu semangat untuk terus mengembleng tenaga dan usaha agar generasi akan datang menyerlah menjadi berlian yang didambakan masyarakat untuk memberi sinar kepada kehidupan sejagat. Matlamat ini juga akan mudah dicapai dengan kesepaduan kerjasama erat semua pihak. Para guru, pentadbir, pelajar dan juga ibu bapa disamping sokongan pihak berwajib dan masyarakat yang mahu mencipta kejayaan generasi baru di mana masing-masing menyumbang tenaga, ilmu dan pemikiran yang bersesuaian untuk merealisasikannya. . . 1
2 Pusat Pengajian & Hafazan Al Quran Furqan merupakan sebuah institusi pendidikan Al-Quran yang menumpukan pengajian hafazan Al-Quran harian dan mingguan bermula dari asas hingga talaqqi untuk pelajar dewasa, kanak-kanak dan pra sekolah. Pengajian tahfiz bermula dengan matlamat membantu melahirkan lebih ramai generasi Al-Quran berkualiti melalui bimbingan Al-Quran interaktif dan intensif. Sebagai inisiatif memberi nafas baru kepada pengajian Al-quran sedia ada, kami telah memulakan pengajian tahfiz audio kanak-kanak bermula Januari 2016. Memulakan inovasi pengajian tahfiz audio interaktif dengan sokongan alat perakam suara mudah alih, tv pemancar, buku rujukan serta latihan bergambar dan peralatan permainan ransangan minda. Kaedah pembelajaran modul tahfiz audio telah melalui beberapa fasa perkembangan dan penambahbaikan sehingga terbitnya modul tahfiz audio Neuffaz pada tahun 2018. Ia memberikan para pelajar satu pengalaman baru dalam pengajian tahfiz. Konsep ini diwujudkan untuk membuka laluan alternatif bagi ibu bapa yang ingin memberi peluang kepada anak-anak memulakan pengajian hafazan Al-quran di peringkat pra dan sekolah rendah. Tahfiz Audio Neuffaz menggabungkan teknologi dan modul pembelajaran Al Quran interaktif merangkumi pembelajaran hafazan, tilawah Al-Quran , tarannum dan tajwid menggunakan pendekatan intensif yang menarik di samping pembelajaran sokongan seperti asas diniyyah, bahasa, kemahiran teknologi informasi komputer dan kepimpinan. Pelajar dilatih membiasakan diri melakukan aktiviti pelbagai. Ia merupakan satu pembaharuan dalam pembelajaran tahfiz bagi mewujudkan budaya pembelajaran berkesan. Gabungan pembelajaran interaktif yang sistematik, sokongan dan suasana kondusif akan membantu menyokong perkembangan minda dan peningkatan prestasi berkesan dalam pembelajaran. Secara tidak langsung, ia membangkitkan suasana pembelajaran yang menyokong perkembangan minda bistari dan pembentukan peribadi yang baik.
3 Nama : Pusat Pengajian & Hafazan AlQuran Furqan Pemilikan : Perkongsian No Pendaftaran : M0198689-P Alamat : No 5A Jalan BK 1 Taman IKS Bukit Katil 75450 Melaka Penubuhan : 5 / 5 /2015 Modal Terkumpul : RM2,500.00 Pusat pengajian ini menyumbangkan tenaga ke arah pembangunan modal insan. Telah menganjurkan kelas pengajian Al-Quran intensif mudah membaca sebelum ini untuk kanak-kanak dan dewasa yang terdiri dari pelbagai latar belakang. Sebagai langkah memaksimakan pencapaian pengajian Al-Quran dan Hafazan, usaha telah dijalankan untuk membangunkan pengajian Tahfiz. Pengalaman sepanjang perkhidmatan memberi semangat kepada tim pentadbiran untuk membangunkan dan mengembangkan modul kaedah Neuqra’ dan Hafazan Audio Neuffaz sebagai menambah baik pembelajaran Al Quran dalam usaha melahirkan lebih ramai generasi celik Al Quran. Di samping itu, aktif bergiat menjalankan perkhidmatan mengaturcara program motivasi, kecemerlangan, pembangunan diri bagi membantu usaha menambah nilai hidup individu dan organisasi. Pendapatan dijana bagi menampung kos pembangunan dan perkembangan Pusat pengajian ini agar berdaya saing dan berkembang maju. Bernaung di bawah bidang pengajian Al-Quran, perkhidmatan latihan, seminar, bengkel serta membekal bahan sokongan pembelajaran dan program. Menampilkan barisan guru, jurulatih dan penceramah yang berpengalaman 5 - 12 tahun dalam pendidikan Al-Quran, menganjur dan juga mengendali program pengajian,latihan, kursus dan seminar di organisasi kerajaan dan swasta. ANGGARAN KOS Angaran kos projek pembinaan fasa pertama menggerakkan usaha mencapai matlamat pembinaan dan pembangunan Kompleks Sekolah Tahfiz Audio sebanyak RM 10 juta
4 Melahirkan perintis huffaz muda dan ilmuan agama yang berjiwa besar dan memiliki kepimpinan diri trampil yang mampu menyumbang kepada pembangunan insan cemerlang. Membangun organisasi yang menyumbang kepada pembangunan insan dan melahir huffaz muda dengan ketrampilan istimewa yang menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu dan berpotensi cemerlang di pelbagai bidang dan kehidupan serta berupaya menyumbangkan manfaat kembali kepada masyarakat mahupun ummah sejagat. Tindakan proaktif bagi mencapai misi : 1. Merancang, mengurus dan melaksanakan program Pendidikan Tahfiz interaktif melalui pembelajaran bersistem yang membantu meningkatkan pencapaian pelajar di samping bimbingan keperibadian muslim dan pengetahuan berasaskan cara hidup Islam bertahap bagi mewujudkan suasana pembelajaran berkesan. 2.Menyediakan prasarana yang lengkap bagi keperluan pelajar-pelajar dengan latihan intensif bagi meransang intelek dan membangkit azam juga semangat belajar agar meningkatkan kualiti pencapaian para pelajar terutamanya bidang hafazan disamping penghayatan agama (teori dan praktikal), pembentukan sahsiah dan kemahiran kendiri sepanjang pengajian. 3. Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan ( R&D) berterusan untuk menaiktaraf nilai perkhidmatan agar selaras dengan keperluan serta pusat perkembangan teknologi dan pendidikan global. Membangunkan modul pengajian yang interaktif untuk mewujudkan suasanan pembelajaran berkesan, menarik dan menyeronokkan bagi memaksimakan prestasi pencapaian pelajar. 4. Menetapkan garis panduan dan operasi standard (SOP) untuk memudahkan semua pihak petugas agar dapat bekerja sesuai dengan tugas dan fungsi masing-masing agar dapat meningkatkan keberkesanan dan mencapai matlamat. 5.Menyediakan latihan pedagogi dan metodologi pengajaran berkesan perguruan selaras garis panduan dan operasi standard (SOP) dan model pembelajaran Interaktif tersedia agar guru-guru berdaya maju mendidik dan membimbing pelajar menepati saikologi tingkah laku manusia bagi mencapai matlamat pendidikan. 6. Menjalin kerjasama dengan pihak berwajib, organisasi sealiran dan pelbagai pihak bagi menjayakan usaha meningkatkan kadar celik Al-Quran dan dai’e huffaz berwibawa.
8 Kelas tahfiz Audio sedia ada menggunakan gabungan teknik hafazan intensif dan peralatan teknologi sebagai bahan bantu belajar bebas terkawal dan disesuaikan dengan jadual pembelajaran. Konsep pembelajaran tahfiz audio yang disokong peralatan teknologi meliputi alatan media pembelajaran iaitu alat perakam mudah alih dan komputer sebagai bahan bantu belajar membuka ruang bimbingan terarah dan memenuhi keperluan individu dalam suasana pembelajaran yang lebih interaktif. Inovasi ini emberi pengalaman baru dalam pengajian hafazan Al Quran. Kaedah ini bersifat 2 dalam 1 kerana mampu menarik perhatian pelajar-pelajar kak kira yang kecil mahupun yang besar dan meningkatkan kualiti hafazan. Ia mewujudkan motivasi dan suasana pembelajaran positif dan bebas tekanan bersesuai dengan perkembangan semulajadi mereka yang berbeza upaya. Pendekatan ini dapat membantu menghubungkan fungsi kognitif (aktiviti minda) dan aktiviti fizikal, membantu meningkatkan daya fokus, kemahiran pelbagai, ransangan otak kanan dan kiri dan komunikasi yang bersifat holistik. Suasana bimbingan dan persekitaran kondusif berhawa dingin yang selesa menyokong dan meningkatkan keberkesanan .
1. Sokongan peralatan media elektronik membantu menyediakan sistem Pendidikan progresif dan memberikan pengalaman baru dan suasana pembelajaran yang menarik perhatian dan focus pelajar-pelajar. Peralatan audio mudah alih memberi peluang pelajar bergerak bebas melakukan aktiviti- aktiviti persekolahan. 2. Pendekatan ini membantu pelajar menguasai kualiti hafalan yang baik dan berpeluang untuk mengingati hafalan dengan mudah. Proses pengulangan dengar dan baca dilakukan berulang kali dengan bacaan yang betul meransang otak aktif dan daya ingatan di samping meningkatkan keterujaan belajar. 3. Analisa pelajaran menjadi lebih tajam, dapat membuat pelajar benar-benar mengerti isi pelajaran lebih mendalam dan dapat membuat pelajar mengingat lebih spesifik dan tepat tentang isi bacaan / surah. 4. Dapat mengatasi masalah keterbatasan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh pelajar. 5. Media ini memberi peluang kepada pelajar menjalani suasana pembelajaran baru yang membolehkan mereka bergerak aktif dalam beraktiviti dan bermain namun tidak terlepas peluang menghafaz Al-Quran. 6. Memudahkan proses pembelajaran dua hala antara guru dan pelajar.. 7. Meningkatkan daya tumpuan pelajar dengan kaedah pembelajaran yang ringan dan rendah tekanan sekaligus membangkitkan keinginan dan minat baru pelajar tanpa mengira umur. 8. Peratusan peningkatan ingatan para pelajar terhadap pelajaran yang terlibat lebih tinggi. 9. Di samping mendorong dan meningkatkan motivasi, kaedah audio visual membawa satu kelainan dalam kontek pembelajaran menarik dan meransang minda pelajar di mana mereka terlatih melakukan aktiviti pelbagai. 10. Dapat menimbulkan kesan ruang dan waktu, pelajar mempunyai peluang menikmati masa yang berkualiti dengan suasana pembelajaran kondusif yang sesuai dengan perkembangan semulajadi mereka. 9
Kelas Audio Visual membantu menyediakan pembelajaran progresif yang praktikal, berkesan dan menarik disesuaikan dengan modul dan struktur pembelajaran yang sistematik. Para pelajar dilengkapi dengan peralatan teknologi secara langsung sebagai perantaraan mengembangkan prestasi pembelajaran yang optimum di samping pendedahan kepada media digital pelbagai (multi media) yang menjadi tambahan nilai kepada pembelajaran tahfiz. Pendekatan ini berdaya maju dalam meningkatkan prestasi pelajaran dan membuka peluang kemahiran teknologi digital. Ia juga membantu keberkesanan pembelajaran dalam keupayaan kognitif pelajar yang berlainan. Pengajian sistematik berteknologi dan interaktif membuka peluang menjana kualiti pelajaran di samping membangkitkan keterujaan belajar dan meransang keupayaan pemikiran kritis dan inovatif. FAEDAH DAN KELEBIHAN KELAS BERKONSEP MAKMAL AUDIO VISUAL Pendekatan ini memperkenalkan satu ciri “Podcasting” iaitu cara belajar menggunakan alat audio visual berk yang membantu guru menyediakan lebih banyak bahan pembelajaran secara digital untuk pelajar. • Komunikasi berkesan ; semua pelajar berupaya berkomunikasi secara serentak mahupun individu secara terkawal tanpa mengira saiz kelas dan bebas ganguan. • Penyampaian pembelajaran interaktif ;Teks, imej, audio dan video boleh diintegrasikan dengan mudah, guru boleh mengubah bahan-bahan yang sesuai dengan keperluan mereka. Guru boleh campur tangan dan mengawal komputer melalui sistem kawalan utama, guru juga boleh mengesan aktiviti pelajar- pelajar. • Fungsi pelbagai membolehkan pelajar dan guru berhubung secara kumpulan dan individu. •Meransang fokus dan minat pelajar kerana mereka berpeluang berinteraksi dengan menggunakan bahan-bahan multimedia yang menarik dan interaktif . •Pelajar berpeluang merakam suara mereka sendiri dan memainkan semula rakaman, berinteraksi dengan satu sama lain dan guru. Kaedah ini membolehkan mereka menilai kualiti bacaan mereka pada tahap yang optimum. • Perancangan masa berkesan di mana pelajar dapat memaksimakan penggunaan masa berkualiti untuk berinteraksi, belajar dan berlatih sendirian atau secara berpasangan serta berkumpulan. 10
• Sistem yang teguh dan dinamik Makmal Hafazan dan Bahasa ini menyediakan suasana pembelajaran progresif dan interaktif melalui pelbagai mod panduan pengajaran Guru serta pelajar berdasarkan pilihan modul. Sistem kawalan dicipta khas bagi fasa tertentu mengikut program yang dipilih pada masa pembelajaran - semua guru boleh menggunakan sistem ini, tanpa mengira tahap celik IT dan kemahiran mereka. • Teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan lebih berkesan Pendekatan berasaskan “aktiviti penyelesaian” termasuk kepelbagaian latihan yang sesuai dengan keperluan pengajaran.. • Sokongan dan penglibatan secara langsung Guru mudah mengawal seluruh kelas dan berkomunikasi dengan individu, pasangan, atau kumpulan pelajar tanpa mengganggu pelajar yang lain, pelbagaikan cara untuk berkomunikasi dengan pelajar, memberi sokongan dan arahan manakala maklum balas boleh diberikan dalam suasana yang dikehendaki seperti pelajar individu, pasangan pelajar, pelajar berkumpulan atau sesi atau seluruh kelas. Kemudahan penialaian kemajuan pelajar dan pembangunan tahap kemahiran mereka. Peluang konsep belajar secara individu dalam persekitaran kelompok makmal meningkatkan keyakinan pelajar. Mereka boleh menumpukan perhatian kepada kemajuan mereka tanpa gangguan. Ia juga memenuhi tahap kemahiran yang berbeza di dalam kelas. • Menguruskan dan menarik perhatian pelajar Menyokong peningkatan tumpuan para pelajar terhadap aktiviti pembelajaran melalui pemerhatian dan pengurusan media. • Memudahkan penilaian pelajar Rakaman pelajar boleh disimpan dan dihantar melalui pangkalan data berpusat untuk membantu dan memudahkan aktiviti susulan prestasi. • Meransang motivasi pelajar Makmal digital ini memudahkan aktiviti multimedia interaktif yang dapat membangkitkan keterujaan dan menaik focus mereka. • Menggunakan senario keaslian Pendedahan pelbagai rakaman dari penutur atau pembacaan sasaran dalam keadaan asli maka dapat membantu pelajar menggambarkan dan menguasai gaya bacaan dan sebutan suara rakaman serta memperbaiki kualiti. • Integrasi Pengajaran Berbeza Pengajar boleh mengkonfigurasi pelbagai aktiviti berbeza-beza secara serentak mengikut tahap keupayaan dan kemahiran pelajar supaya semua pelajar berpeluang belajar mengikut tahap mereka sendiri. 11
Persekitaran Pembelajaran Tradisional Persekitaran Pembelajaran Progresif Berpusatkan guru /berpusat arahan Berpusatkan pelajar Ransangan satu hala Deria rangsangan pelbagai Kaedah pembelajaran sehala Kaedah kemajuan yang pelbagai Media tunggal media pelbagai Kerja terpencil Kerja bersama Penghantaran maklumat sahaja Pertukaran maklumat Pembelajaran pasif Bersifat aktif / penerokaan / latihan dan pembelajaran komunikasi yang berkesan Fakta pembelajaran berasaskan pengetahuan guru Meransang pemikiran kritis dan kebolehan membuat keputusan dan berkomunikasi Tindak balas reaktif Proaktif /tindakbalas dirancang Terpencil, konteks buatan / tiruan Sahih, konteks dunia sebenar. 12 Pelajar yang malu tidak lagi takut untuk bersuara dengan bantuan kemudahan kelas digital Guru menemui banyak cara kreatif dengan menggunapakai kemudahan makmal TAHFIZ DAN bahasa bagi meningkatkan prestasi pembelajaran.
Makmal ini adalah pusat pembelajaran serba boleh yang memerlukan hanya satu komputer guru dan menawarkan cara pengendalian mesra pengguna dengan perkakasan audio digital yang sesuai untuk pembelajaran. Ia menawarkan guru menggunakan pendekatan interaktif untuk menguruskan modul pengajaran yang menarik di dalam kelas. Ia menawarkan program pembelajaran audio sahaja berserta alat bantuan visual melalui projektor dan papan putih yang mudah dikendalikan dan mudah digunapakai oleh pelajar bawah 8 tahun. 13
Makmal ini pula menggabungkan perisian dan perkakasan yang menyediakan suasana pembelajaran audio visual yang berkualiti tinggi dan memberi impak yang berkesan bersama-sama dengan penggunaan komputer peribadi. Suasana pembelajaran menggunakan teks, video dan bunyi menawarkan kelainan dalam melibatkan diri pelajar sepenuhnya dalam pengalaman pembelajaran baru. Ia satu penyelesaian kepada pembelajaran menggunakan teknologi terkini bagi menyampaikan bahan pengajaran dan latihan secara progresif dan meransang minat pelajar. Ia lebih kompleks dan sesuai untuk pelajar 9 tahun ke atas hingga dewasa. 14
Pusat Pengajian Hafazan Al Quran Furqan bercadang untuk melaksanakan satu projek jangka panjang pembinaan dan pembangunan berperingkat kompleks sekolah tahfiz audio visual multi media yang pertama di Melaka yang dilengkapi dengan kemudahan prasarana sekolah moden dan berteknologi agar berdaya maju bagi melaksanakan pendidikan pengajian berkesan bertahap dari peringkat asas pra sekolah, rendah hingga menengah dalam mencapai matlamat melahirkan para intelek huffaz yang berketrampilan dan berdaya saing. Sekolah ini berteraskan Pengajian Tahfiz Audio Visual kontemporari yang sistematik, suasana yang menyokong ransangan positif melalui pendekatan vaks model pembelajaran neurosains bagi mewujudkan suasanan pengajian berkesan yang bersifat rendah tekanan bagi memenuhi keperluan Pendidikan alaf baru serta melahirkan lebih ramai perintis intelek muda tahfiz berkemahiran pelbagai, berkeperibadian tinggi dan berpandangan jauh. Inisiatif ini diambil bagi memudahkan proses pembelajaran aliran Tahfiz dan meransang daya intelek serta kemahiran pelbagai pelajar. Kajian menunjukkan bahawa suasana dan sokongan positif berupaya meningkatkan keupayaan pemikiran kritis dan kreatif sebagai persediaan menghadapi masa depan. Kami mengakui tugas mendidik dan membimbing pelajar tidak mudah terutamanya bidang pengajian Islam dan Al Quran. Ia menuntut pengorbanan yang tinggi di sisi para pendidik dan para ibu bapa. Lantaran itu kami mengambil inisiatif untuk menyediakan satu platform pengajian intensif bersistem bagi mewujudkan suasana dan budaya pendidikan berkesan yang kondusif dan menyokong sebagai pembaharuan dalam perlaksanaan pendidikan agar matlamat kecemerlangan pendidikan dapat dicapai. Kos projek fasa pertama sebanyak RM 10 juta dianggarkan bagi menggerakkan usaha mencapai matlamat pembinaan dan pembagunan. 15
Cadangan projek jangka panjang pembinaan dan pembangunan berperingkat dirangka seperti berikut : •Membina sebuah komplek utama meliputi dewan serbaguna untuk kegunaan sekolah dan orang ramai sebagai kemudahan setempat dan penjanaan dana sekolah, pejabat, serta kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan. •Membina kompleks sekolah tahfiz berasingan lelaki dan perempuan yang lengkap dengan prasarana untuk pengajian peringkat pra, rendah dan menengah yang meliputi aspek pengajian tahfiz, diniyyah, akademik dan kemahiran mengikut tahap merangkumi model sekolah yang lengkap seperti kelas, surau, perpustakaan, makmal bahasa dan kumputer, bilik guru, bilik rehat, bilik mensyuarat, dewan, koperasi dan kafetaria dan yang berkaitan. •Cadangan projek jangka panjang pembinaan dan pembangunan bangunan asrama pelajar lelaki dan perempuan yang dilengkapi kemudahan-kemudahan seperti bilik bacaan, dewan belajar, dewan makan, bilik rekreasi, bilik kemahiran hidup dan sukan. •Pembinanan dan pembangunan makmal computer dan bahasa dan perlatihan program latihan kemahiran ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dan multimedia bermula dari asas computer, rekabentuk, mengedit video hinggalah ke tahap modul pengkodan dan animasi. •Pembinaan dan pembangunan prasarana ko- kurikulum dalaman dan luaran (kelab, badan beruniform dan sukan) seperti padang, lapang sasar sukan memanah, sukan futsal, badminton, pingpong, bowling, kolam renang dan taman permainan. •Pembinaan penempatan guru-guru dan kakitangan. •Projek pembinaan berkala projek penjanaan dana sekolah seperti resort, rumah sewa, lot rekreasi dan sukan moden dalaman seperti bowling, memanah sebagai pendapatan pasif bulanan. Projek pembangunan perniagaan menempatkan lot perniagaan seperti kedai dobi, minimarket, kedai makan dan sebagainya.
Portfolio sekolah fasa pertama, projek pembinaan dimulakan dengan pembinaan bangunan 5 tingkat yang dilengkapi dewan orang ramai, Makmal computer & Bahasa, lot 6 kelas pra- tahfiz dan tahfz tahap 1 harian, pejabat , bilik guru, dewan makan, dan ruang rekreasi dalaman seperti berenang, memanah, gym dan taman permainan kanak-kanak. Dewan serta kolam renang memberi manfaat untuk pelbagai aktiviti ilmiah, perlatihan, kursus, keramaian dan seumpamanya sebagai mengembangkan dana sekolah yang diperolehi dari sewaan dan perkhidmatan. Pengambilan pelajar yang disasarkan di fasa pertama, pihak sekolah akan memulakan dengan pengambilan pelajar sekolah tadika pra tahfiz 5-6 tahun dan pelajar sekolah rendah tahfiz diniyyah darjah 1 menempatkan 2 kelas setiap tahap. Kemudian dilanjutkan ke peringkat berikutnya dan setiap kelas hanya menampung 30 orang pelajar setiap kelas. Menempatkan 75 orang pelajar. Pembangunan makmal audio visual lengkap untuk kelas perlatihan pelajar dan orang ramai. Tujuannya adalah untuk memberikan pendedahan awal tentang teknologi komputer, pengekodan, pengeditan video dan animasi, dan mencipta aplikasi agar lebih ramai celik ICT berlatarbelakangkan huffaz dan pendidikan Islam maju mencipta nama, menyebar kebaikan dan dakwah di bidang ini. 16 Gambar ilustrasi GambarGambar ilustrasi Gambar ilustrasi ilustrasi
Pembinaan berperingkat dibuat bagi menyiapkan komplek sekolah dan asrama putra putri dilengkapi prasarana untuk pelajar peringkat rendah tahap 2 sebagai kemudahan kepada pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah serta penempatan guru dan kakitangan berkaitan. Pembinaan dan pembangunan prasarana ko-kurikulum dalaman dan luaran (kelab, badan beruniform dan sukan) iaitu padang permainan, lapang sasar sukan memanah, sukan futsal dilakukan berperingkat mengikut keperluan semasa. Termasuklah pembangunan ko-kurikulum luaran dan dalaman seperti sukan, kelab dan lain-lain. Antaranya prasarana memanah, futsal, berenang dan juga sukan-sukan yang lain memuatkan padang serbaguna dan lapang sasar memanah dan sukan renang. Dana bagi membiayai kos pembinaan dan pembangunan ini dikumpulkan melalui penjanaan pendapatan dan program wakaf tunai dari individu dan organisasi yang berkongsi hasrat untuk melihat tertubuhnya sebuah Sekolah Tahfiz Audio Visual ini sebagai satu wadah perjuangan ummah. 17 Gambar ilustrasi Gambar ilustrasi Gambar Gambar ilustrasi ilustrasi
Ilustrasi paparan pelan cadangan pembinaan pembangunan sekolah. Pelan pandangan atas Pelan pandangan atas kiri Pelan pandangan atas kanan