The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Buku Skrap Digital SLB 2021 :
SJKC SALENG SENAI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanifisme, 2021-06-29 10:36:35

Dato’ Onn bin Jaafar

Pertandingan Buku Skrap Digital SLB 2021 :
SJKC SALENG SENAI

Keywords: Dato’ Onn bin Jaafar,SJKC SALENG,Student Leaders Board,SLB,DATO ONN JAAFAR

QISTINA BATRISYIA BINTI SHAHUL HAMID
KELAS: 6M

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SALENG,
KAMPUNG BARU SALENG
81400 SENAI, JOHOR.

[email protected]
07-5995098

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah, Puan San Suk Peng
dan guru pembimbing saya, iaitu Encik Chew Woei Aun kerana memberi bimbingan dan
tunjuk ajar untuk saya menyiapkan buku skrap digital ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya
iaitu Encik Shahul Hamid dan Puan Junaidah yang memberikan semangat dan galakan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kepada Encik Hanif dan
Puan Zureana yang membimbing saya meggunakan komputer dalam menyiapkan tugasan
ini.

Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur
Student Leaders Board (SLB) kerana dengan penganjuran buku skrap ini, dapat saya
pelajari dengan lebih mendalam tentang tokoh sejarahwan, iaitu Dato Onn bin Jaafar.
Tanpa pertandingan seperti ini maka generasi muda seperti saya tidak mengenali tokoh-
tokoh yang pernah berjuang demi negara pada satu masa dahulu.

Buku Skrap Digital ini mengisahkan seorang Tokoh Pemimpin Johor iaitu Dato’ Onn bin Jaafar
yang merupakan anak jati Johor. Beliau merupakan anak kepada Menteri Besar Johor yang
pertama.

Beliau mendapat pendidikan tinggi di England dan juga di Tanah Melayu. Beliau telah
. menempuhi pelbagai alam pekerjaan dan bergiat aktif dalam politik negara.

Dato’ Onn bin Jaafar banyak menerima anugerah dan penghormatan daripada kerajaan
dan juga antarabangsa. Antara anugerah di dalam Malaysia ialah Darjah Mahkota Johor Yang
Amat Mulia Pangkat Kedua (DPMJ) – Dato' (1940), Darjah Kerabat Johor Yang Amat
Dihormati Pangkat Kedua (DK II) (1947), dan Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM)
– Dato' Seri (2015). Sementara di peringkat antarabangsa, beliau mendapat anugerah dari
United Kingdom, iaitu Honorary Knight Commander of the Order of the British Empire (KBE)
– Sir (1953).

Nama Dato’ Onn bin Jaafar tetap diingati atas jasa-jasa beliau bak kata pepatah
‘harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati
meninggalkan nama’.

Dato’ Onn bin Jaafar lahir pada 12 Februari 1895 di Jalan Gertak Merah, Johor Bahru. Beliau
merupakan anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, iaitu Menteri Besar Johor yang
pertama. Ibu Dato’ Onn ialah Roquaiya Hanim berasal dari Turki.

Dato’ Onn bin Jaafar pernah mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah
Hussein, Rafeah Abdullah, Che Jamilah Osman dan Che Kah. Anak beliau ialah Tun Hussein
bin Dato' Onn. Dato’ Onn bin Jaafar menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan
masa di Istana Johor.

Pada usia 66 tahun bertarikh 19 Januari 1962, Dato’ Onn bin Jaafar meninggal dunia
dan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor, Malaysia

Dato’ Onn bin Jaafar mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu. Beliau pernah belajar
bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris sebelum melanjutkan pembelajaran di Alderburgh
Lodge School, Suffolk, England pada tahun 1903. Dato’ Onn bin Jaafar mendapat
pengiktirafan kerana sering menang dalam pertandingan debat.

Sekembalinya ke Tanah Melayu, Dato’ Onn belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada
tahun 1910-1911 untuk mendalami pengajian Melayu.

Bertugas sebagai wartawan
Dato’ Onn bin Jaafar pernah bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35
tahun. Pada tahun 1934, beliau menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.
Rencana tulisan beliau sering mengkritik masyarakat Melayu agar berubah, tidak segan
berkebun sayur, membuka kedai jahit dan lain-lain pekerjaan yang dianggap rendah oleh orang
Melayu.
Beliau dilantik menjadi pengarang Warta Malaya mulai 1 Januari 1930 hingga 1933.

Bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat
Dato’ Onn bin Jaafar bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat pada era pentadbiran
penjajah British tetapi kemudiannya berhenti kerana membantah dasar-dasar penjajahan. Dato’
Onn bin Jaafar menggantikan tempat Encik Ismail bin Datuk Abdullah bin Abdul Rahman,
pegawai daerah yang telah dibunuh dengan secara kejam oleh gerila 'Bintang Tiga' di Benut
pada 10 Jun 1945.

Pengasas UMNO
Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman,
Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama untuk menentang Malayan Union.
Dato’ Onn bin Jaafar yang amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu dan dilantik sebagai
presiden pertama.

Pada 1 Jun 1947, Dato’ Onn bin Jaafar dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-7. Tiga
tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatian terhadap perjuangan
UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk
membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Pengasas Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan Parti Negara
Dato’ Onn bin Jaafar mengasaskan IMP pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak
mendapat sokongan. Pada tahun 1954, Dato’ Onn menubuhkan Parti Negara untuk bertanding
dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Dato’
Onn berusaha mendapatkan tempat dalam politik dan akhirnya mendapat kemenangan satu
kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959.

Bantahan Terhadap Malaya Union
Dato' Onn Jaafar telah membakar semangat orang Melayu dengan menyeru mereka agar
bersatu padu menentang Malayan Union. Beliau banyak menulis rencana menyedarkan rakyat
bahawa misi sebenar Malayan Union tidaklah seperti yang dijanjikan oleh pihak British. Beliau
menggunakan akhbar sebagai wadah penyampaian bagi menggesa orang Melayu menentang
Malayan Union secara terbuka. Beliau menubuhkan parti United Malays National Organization
(UMNO) untuk membuka minda bangsa Melayu akan kepentingan pendidikan sekaligus
meningkatkan jati diri orang Melayu.

Mengekalkan kuasa Raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu
Dato' Onn Jaafar telah menjadi Pengerusi Kongres Melayu yang pertama yang diadakan pada
1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung.

Dato' Onn Jaafar menjadi ketua orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara
aman bagi membantah cara Sir Harold Mac Michael memperoleh tandatangan raja-raja Melayu
dan mernbantah tindakan Malayan Union yang akan menghapuskan kedaulatan negerl-negeri
Melayu dan kedudukan orang Melayu.

Membela nasib Orang Melayu

Dato' Onn menubuhkan Lembaga Perusahaan dan Kemajuan Kampung (RIDA) yang kini
dikenali sebagai Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada pertengahan tahun 1950 di Kuala
Lumpur. RIDA ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Melayu menceburi dan
tidak ketinggalan dalam bidang ekonomi.

Patriotisme

X

Nilai patriotisme dalam diri Dato' Onn bin Jaafar perlu dicontohi. Nilai patriotisme ini

bermaksud bahawa kita sebagai warganegara Malaysia hendaklah menyayangi negara kita.

Dato' Onn bin Jaafar berusaha membebaskan negara yang disayangi daripada penjajah dengan

menyatupadukan rakyat. Beliau mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk

menuntut kemerdekaan. Permuafakatan masyarakat penting bagi memastikan perpaduan

kukuh dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.

Keberanian

Nilai keberanian kelihatan jelas dalam diri Dato' Onn bin Jaafar. Beliau berani menentang
penjajah dan penubuhan Malayan Union. Beliau berani menyedarkan rakyat dengan menyeru
rakyat secara terbuka menggunakan akhbar dan berdemonstrasi. Sifat berani seperti ini perlu
kita contohi lebih-lebih lagi jika kita menjadi seorang pemimpin seperti kata pepatah ‘berani
kerana benar takut kerana salah’.

Bertanggungjawab
Untuk menjadi seorang pemimpin, nilai bertanggunjawab semestinya merupakan nilai yang
paling utama yang perlu diamalkan. Tanpa nilai tanggunjawab, seseorang pemimpin tidak
berasa keperluan untuk melaksanakan tugas yang diberi dengan amanah dan betul. Sebagai
contoh, Dato' Onn bertanggunjawab melaksanakan tugasnya untuk menyedarkan kaum Melayu
tentang jati diri dan kepentingan kegiatan ekonomi menerusi UMNO dan RIDA.

Dato' Onn Jaafar memberikan sumbangan yang besar kepada negara. Beliau yakin bahawa
orang Melayu boleh bangkit dan berjaya dalam bidang ekonomi.

Dato' Onn Jaafar juga berjaya menyatupadukan penduduk supaya bekerjasama demi
menjaga keamanan dan keharmonian negara yang tercinta.

Konklusinya, terdapat banyak nilai yang boleh dipelajari daripada Dato' Onn bin Jaafar
agar generasi hari ini menjadi pemimpin yang berkaliber, berdaya saing dan tahan lasak dalam
menghadapi cabaran globalisasi.

1. Abdul Rahim Ramli (19 Jun 2010). "Syarat Ketat Anugerah Datuk Johor". mStar
Online. Dicapai pada 7 Februari 2021.
2. 'Dato Onn Jaafar, peranannya didalam politik dan pentadbiran Persekutuan Tanah
Melayu, 1895-1962' oleh [[Ramlah Adam' ;Gateway Pub. House, 1987 , hlm 8
3. 'Warta Malaya, penyambung lidah bangsa Melayu, 1930-1941' oleh Zulkipli bin
Mahmud ;Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia ; 1979
4. 'Tan Sri Haji Mohamed Noah ' oleh Zabha, hlm 68
5. 'Forgotten Armies: The Fall of British Asia, 1941-1945' oleh Christopher Alan Bayly,
Timothy Norman Harper
6. 'Across the Causeway: A Multi-dimensional Study' oleh Takashi Shiraishi ;2009 ; hlm
131'
7. 'Dato' Onn Ja'afar, pengasas kemerdekaan' oleh Ramlah Adam; Dewan Bahasa dan
Pustaka ; 1992 ;hlm 25
8. 'UMNO, organisasi dan kegiatan, 1945-1951;Ramlah Adam ; 1978 ;hlm 102


Click to View FlipBook Version