The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jane M., 2023-04-19 07:37:48

E BOOK FOLIO ALISHA MASNI

E BOOK FOLIO ALISHA MASNI

DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN DSK1B KONSEP PERPADUAN DI MALAYSIA KONSEP PERPADUAN DI MALAYSIA ALISHA MASNI PUAN FAYZATOL JAMIYAAH BT. ABDULL RAHIM ALISHA MASNI BINTI RAHMATULLAH 20DSK22F2065 ALISHA MASNI


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dan juga junjungan ke atas nabi kita Nabi Muhammad SAW. Saya Alisha Masni, seorang pelajar politeknik jurusan Diploma Sains dan Kesetiausahaan dengan merendah diri ingin mengucapkan lafaz syukur kerana telah berjaya menulis dan mereka cipta e-folio ini. Tanpa sokongan orang yang tersayang tidak dapatlah saya menyiapkan kerja ini. Oleh itu, saya ingin merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan lain-lain untuk sokongan secara tak langsung mereka. Terumatanya kepada pensyarah saya bagi subjek ini, Puan Fayzatol Jamiyaah atas bimbingan dan sokongan daripada beliau. Sebuah negara yang bersatu padu dan harmoni merupakan impian setiap rakyatnya. Konsep perpaduan negara menjadi sangat penting dalam menjaga kesatuan rakyat, terutama dalam situasi yang penuh dengan perbezaan pendapat dan persengketaan. E-folio ini mengandungi 5 bab dan diikuti dengan kupasan isu semasa bagi setiap bab. Dalam e-folio ini, konsep perpaduan negara dibahas dalam berbagai sudut pandang yang menarik dan informatif. Melalui pemahaman konsep ini, pembaca akan dapat memahami pentingnya perpaduan dalam kehidupan berbangsa dan bernegara. Semoga e-folio ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca dan meyumbang kepada perubahan positif negara ini dalam mencapai perpaduan kaum yang mantap. Diharapkan e-folio ini berjaya menggalakkan anda semua untuk menjadi masyarakat yang faham tentang konsep perpaduan dan mencipta suasana harmoni di negara ini. Dengan ini, mentaliti yang sihat dan minda yang cerdas dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. PRAKATA Alisha Masni binti Rahmatullah


K ANDUNGAN Objektif | ms 1 Pengenalan | ms 2 Detik-detik Perpaduan | ms 3 Filem | ms 4 Ola Bola | ms 5 Animasi Sebagai Detik Perpaduan| ms 6 Upin Ipin | ms 7 Animasi Negara Perlukan Bantuan Pemasaran Dari Kerajaan | ms 8 Sukan | ms 9 Hari Sukan Negara | ms 10 Lee Chong Wei | ms 11 E-sport Yang Semakin Popular Di Malaysia | ms 12 Kepentingan Memahami Konsep Perpaduan | ms 13-14 Isu-isu Daripada Pemahamn Konsep Perpaduan Yang Gagal | ms 15 Halangan Dalam Mencapai Konsep Perpaduan | ms 16 Kestabilan Politik Cabaran Utama Perpaduan Negara | ms 17 Kesan-kesan Sekiranya Negara Tidak Harmoni | ms 18 Kemajuan Negara Terbatas Akibat Negara Tidak Harmoni | ms 19 Penutup | ms 20 Aktivit Pengukuhan | ms 21 Rujukan | ms 22


OBJEKTIF Menggambarkan kesan negatif sekiranya Malaysia tidak harmoni Meningkatkan kesedaran tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan perpaduan di Malaysia Menyampaikan idea pemikiran yang kritis bagi isu-isu semasa berkaitan isu perpaduan di Malaysia Mempromosikan pemahaman dan kesedaran tentang konsep perpaduan di Malaysia Mengenalpasti medium-medium yang dapat memperkuatkan perpaduan di Malaysia Mengenalpasti halangan dalam mencapai konsep perpaduan di Malaysia 1 Alisha Masni | DSK 1B


Pengenalan Konsep Perpaduan di Malaysia Perpaduan antara kaum secara amnya merujuk kepada keadaan di mana pelbagai kumpulan etnik, budaya, agama dan kepercayaan dapat hidup berdampingan dengan harmoni dan saling menghormati satu sama lain. Konsep perpaduan antara kaum adalah penting bagi setiap masyarakat pelbagai kaum kerana ia membantu memelihara ketenangan dan keamanan di dalam negara, serta memupuk rasa persaudaraan dan solidariti di antara pelbagai kumpulan. Perpaduan antara kaum juga bermaksud bahawa setiap individu harus menghormati dan memahami budaya dan adat resam yang berbeza, dan menghargai perbezaan yang ada di antara mereka. Dalam konteks Malaysia, perpaduan antara kaum juga membawa maksud memahami dan menghargai adat resam, bahasa dan kepercayaan setiap kaum yang ada di negara ini. Di Malaysia, perpaduan ialah satu konsep penting yang menekankan pada kesatuan dan harmoni dalam masyarakat. Malaysia ialah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya, dengan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain yang turut menyumbang kepada kepelbagaian budaya dan adat resam. Contohnya ialah kaum Iban, kaum Melanau, kaum Kadazandusun, dan kaum Murut. Namun, untuk mencapai perpaduan antara kaum yang sejati, semua pihak perlu terlibat secara aktif dalam menjalankan usaha tersebut. Usaha ini termasuklah memastikan bahawa semua individu mempunyai hak yang sama dan diiktiraf sebagai warganegara Malaysia tanpa mengira etnik atau agama mereka, serta mempromosikan perpaduan dan kerjasama melalui program-program dan aktiviti-aktiviti sosial yang merangkumi pelbagai kaum. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mempromosikan perpaduan di Malaysia, masih terdapat beberapa isu yang memerlukan penyelesaian. Contohnya, isu perbezaan ekonomi di antara kaum yang menyumbang kepada ketidakadilan dan jurang sosial. Oleh itu, penting untuk kita menyedari bahawa tanggungjawab untuk menyemai konsep perpaduan dalam kalangan masyarakat bukanlah hanya tanggungjawab pihak kerajaan ataupun pihak atasan sahaja. Sebagai ahli komuniti yang cintakan negara, kita mestilah menyumbang dalam mewujudkan suasana muhibbah dan harmoni antara kaum demi kebaikan bersama. Alisha Masni | DSK 1B 2


Detik-detik Perpaduan Filem & Animasi Sukan 3 Alisha Masni | DSK 1B


la Bola ialah filem tahun 2016 yang diarahkan oleh Chiu Keng Guan. Ia dibintangi Bront Palarae, Mark Williams, JC Chee dan banyak lagi pelakon-pelakon hebat. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 28 Januari 2016 dan telah memenangi empat dari lima belas pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28. O ilem ini mengisahkan tentang kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan. Mengimbau kembali ketika era 80-an, ia berjaya membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk merasai semangat kesatuan dan muhibah. Pemain-pemain negara ketika itu melalui masalah dan konflik yang rumit, namun berjaya mengharungi bersama-sama dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. F O F la Bo i la l- Sej e arah m, Drama, Sukan. Alisha Masni | DSK 1B 4


Dalam filem Ola Bola, terdapat beberapa watak utama yang mewakili pelbagai kaum di Malaysia seperti Muthu (India), Rahman (Melayu), dan Ali (Cina). Tambahan pula, filem ini berjaya mengutip RM8 juta hanya selepas 13 hari ditayangkan. Selepas 39 hari, filem ini mendapat sejumlah kutipan RM15.85 juta. Kesimpulannya, industri perfileman Malaysia haruslah menghasilkan karya-karya yang bukan sahaja membawa untung, tetapi mendidik masyarakat tentang perpaduan kaum di negara kita. Filem Ola Bola ialah bukti bahawa industri perfileman boleh membawa konsep perpaduan dengan impak yang sangat besar. Penonton awam yang menyaksikan filem ini bukan sahaja dapat menikmati hiburannya, bahkan dapat menyemai pengajaran serta nilai-niai patriotisme daripada filem ini. Ola Bola 5 Alisha Masni | DSK 1B


ANINNASI Animasi Sebagai Detik Perpaduan Kampung Boy Bola Kampung Malaysia mempunyai banyak animasi-animasi buatan lokal yang popular dan mempunyai banyak peminat. Animasi-animasi ini telah mengisi kekosongan zaman kanakkanak rakyat Malaysia. Ia menjadi hiburan harian mereka ketika pulang dari sekolah. Orang-orang dewasa juga ada yang menjadi peminat animasi-animasi ini. Contoh animasi-animas yang sangat masyhur ialah Kampung Boy, Bola Kampung dan Keluang Man. Animasi-animasi yang lebih muda umurnya seperti Upin Ipin, Boboiboy dan Pada Zaman Dahulu juga ialah sangat masyhur di kalangan rakyat Malaysia tidak kira kaum. Disebabkan ini, ia menjadi punca rakyat Malaysia lebih bersatu padu, apa lagi apabila kartun-kartun ini memaparkan karakter-karakter pelbagai kaum. Contohnya, Gopal daripada animasi Boboiboy dan Jarjit dan Meimei daripada kartun animasi Upin Ipin. Alisha Masni | DSK 1B 6


pin Ipin ialah satu kartun animasi yang sangat memberi kesan kepada zaman kanak-kanak rakyat Malaysia. Grafik 3D yang sangat cantik, pergerakan animasi yang kemas, karakter yang mencuit hati, dan jalan penceritaan yang baik merupakan antara sebab mengapa animasi ini berjaya mengambil hati jutaan rakyat Malaysia dan juga rakyat dari luar negara, seperti Indonesia. U ini, di tahun 2023, Upin Ipin telah memasuki tahun ke-16 penyiarannya, tidak terhad kepada televisyen, bahkan dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui Internet. Bukan sahaja membanggakan dan menghiburkan rakyat Malaysia, Upin Ipin juga telah menyatupadukan rakyat Malaysia pelbagai kaum. K 7 Alisha Masni | DSK 1B


travelers motives contributed further to an understanding of the wasteland and its peoples. Animasi Negara Perlukan Bantuan Pemasaran Dari Kerajaan Animasi Negara Perlukan Bantuan Pemasaran Dari Kerajaan Industri animasi di Malaysia telah berkembang pesat dalam beberapa tahun terakhir. Terdapat pelbagai syarikat animasi di Malaysia yang mula menonjol dalam arena global, seperti Les' Copaque Production yang muncul dengan animasi popular Upin & Ipin, Animasia Studio dengan BoBoiBoy, dan juga Primeworks Studios bersama WAU Animation dengan Ejen Ali. Kesemua animasi ini sangat popular dan mendapat sambutan yang hangat di negara jiran, seperti negara Indonesia. Kerajaan Malaysia memberikan sokongan dan insentif kepada industri animasi melalui pelbagai program dan inisiatif seperti MyCreative Ventures dan MDEC. Ini membantu meningkatkan lagi kualiti animasi yang dihasilkan dan membuka peluang pekerjaan bagi anak muda. Bantuan produksi kerajaan kepada industri animasi tidak memadai. Industri animasi dalam negara perlukan lebih rangsangan ke peringkat seterusnya daripada kerajaan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak, sudah tiba masanya bantuan kerajaan bagi industri animasi dipertingkatkan ke peringkat pemasaran yang lebih dilihat penting. Ini kerana pemasaran karya animasi sangatlah penting untuk mendapatkan hasil yang lebih besar. Setiap wang ringgit yang dilaburkan buat pemasaran animasi Malaysia akan membawa pulangan yang lumayan. Sekiranya tidak dipasarkan secara besarbesaran, potensi dan peluang yang dibazirkan sangatlah besar. Baru-baru ini, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sudi mengambil kira untuk meneliti keperluan menetapkan kuota khas wajib tayang untuk syarikat televisyen tempatan menyiarkan animasi tempatan di saluran masing-masing. Perkara itu dilihat dapat membantu pengkarya tempatan bagi menonjolkan karya mereka di khalayak umum, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. Fahmi Fadzil juga berkata pihak kerajaan bersedia membantu karya-karya tempatan ini untuk dieksport ke negara luar, setidaknya ke rantau Asia Tenggara. Ini kerana Malaysia mempunyai bilangan penduduk yang kecil, iaitu 30 juta penduduk berbanding dengan 660 juta jumlah penduduk di Asia Tenggara. Jadi, dari segi pasaran, masih luas ruang yang boleh kita terokai untuk memaksimakan keuntungan dan memajukan industri tempatan. Alisha Masni | DSK 1B 8


Sukan Sukan merupakan medium perpaduan yang sangat berkesan dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia. Penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi dalam setiap komuniti akan menggalakkan percampuran dan komunikasi antara masyarakat berbilang kaum. Biarpun berbeza fahaman politik, agama dan bangsa, semangat kesukanan rakyat Malaysia amat tinggi. Rakyat Malaysia boleh melibatkan diri dalam aktivitiaktiviti yang melangkaui perbezaan etnik dan budaya dan fokus pada kegemilangan sukan, persahabatan, dan persaingan sihat. Contohnya, apabila pasukan bola sepak Harimau Malaya bertanding dalam apa jua perlawanan bola sepak pelbagai peringkat, semua rakyat bersatu hati menyokong pasukan negara walaupun di mana-mana sahaja mereka berada. Harimau Malaya Harimau Malaya merupakan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang mewakili Malaysia dalam acara bola sepak peringkat internasional. Harimau Malaya ditadbir oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia yang lebih dikenali sebagai FAM iaitu Football Association of Malaysia. Pasukan ini ditubuhkan pada kejohanan Pestabola Merdeka 1963 sebulan sebelum terbentuknya Malaysia dan diiktiraf oleh FIFA . Gelaran Harimau Malaya merujuk kepada haiwan kebangsaan Malaysia iaitu harimau Malaya. Harimau Malaya juga mempunyai beberapa pemain legenda yang terkenal seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, dan Datuk Santokh Singh. Mokhtar Dahari merupakan legenda bola sepak Malaysia yang dianggap sebagai pemain terbaik sepanjang masa dalam sejarah bola sepak negara. Digelar "SuperMokh", kebolehan beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pada tahun 1982, beliau menjadi pemain Asia pertama yang mendapat anugerah FIFA. Beliau juga merupakan pemain keempat penjaring terbanyak di peringkat dunia. Harimau Malaya telah membuktikan kebolehan mereka dalam persaingan antarabangsa dengan kejayaan-kejayaan mereka. Pada tahun 2010, Harimau Malaya telah menjuarai Piala AFF, menewaskan pasukan Indonesia di peringkat akhir. Harimau Malaya mendapat pingat gansa di Sukan Asia sebanyak 2 kali. Dalam Sukan SEA, Harimau Malaya berlari gemilang, meraih 4 emas dan 4 perak sebagai tanda kejayaannya. Banyak kejayaan lain yang membanggakan telah mereka capai. Kesimpulannya, Harimau Malaya mempunyai sejarah yang panjang dan bermakna dalam bola sepak Malaysia. Pasukan ini merupakan simbol kebanggaan dan persatuan negara. Mereka semestinya telah mencapai kejayaan dalam sejarah mereka. Kejayaan Harimau Malaya Sejarah Harimau Malaya dan Mokhtar Dahari 9 Alisha Masni | DSK 1B


Hari Sukan Negara Hari Sukan Negara diadakan pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun sejak 2015. Ianya bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan. Hari Sukan Negara ini diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan cekap dan profesional. Konsep yang kontemporari dan mengikut arus semasa ini berjaya menarik minat semua lapisan masyarakat, lagi-lagi golongan anak muda. Slogan "Sukan untuk semua" digunakan ketika Hari Sukan Negara dan terus kekal relevan setiap tahun. Hari Sukan Negara telah diubahsuai kepada Bulan Sukan Negara pada tahun 2019. Sepanjang Bulan Sukan Negara ini, kaum-kaum seperti Cina, India, Melayu dan kaum-kaum lain menyertai acara yang dianjurkan komuniti mereka seperti sekolah, bandar dan taman perumahan. Alisha Masni | DSK 1B 10


N a m a D a t u k Wir a D r . L e e C h o n g W ei tid a k a sin g b a gi m a n u sia di seluruh dunia. Kehebatan Lee Chong Wei bukanlah satu perkara yang dapat dilupakan. Lee Chong Wei dilahirkan di Bagan Serai, Perak. pada 21 Oktober 1982. LCW merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, 2012, dan 2016. Beliau mendapat kurniaan gelaran Datuk hasil daripada pencapaian ini. LCW merupakan pemain badminton dengan ranking nombor satu di dunia selama 199 minggu berturut-turut, dari 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Beliau berjaya menjadi pemain nombor 1 dunia selama 348 minggu secara keseluruhan. Rakyat pelbagai kaum dan lingkungan umur memberi sokongan penuh kepada beliau, memperlihatkan semangat perpaduan di dalam Malaysia. Lee Chong Wei 11 A l i s h a M a s n i | D S K 1 B


anyak acara E-sport besar di Malaysia yang menarik peserta dari pelbagai latar belakang. Acara seperti Malaysia Cyber Games dan Malaysia Esports Championship membawa pemain dari seluruh Malaysia bersama-sama untuk bersaing dan menunjukkan kemahiran mereka. Secara keseluruhan, E-sport telah membawa perpaduan antara kaum. Ini adalah contoh bagaimana teknologi dapat digunakan untuk memperkuat persatuan antara kaum dan toleransi di antara masyarakat yang berbeza. B -sport, atau sukan elektronik, adalah satu bentuk permainan video yang diambil kira sebagai satu bentuk sukan profesional. Dalam E-sport, pemain bermain permainan video dalam talian secara berpasukan atau individu untuk bertanding dengan pemain lain secara atas talian. Sukan eletronik semakin popular di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Antara jenis sukan eletronik yang popular di Malaysia adalah seperti PUBG, Mobile Legends, League Of Legends, Dota 2, dan CSGO. Sukan eletronik bukanlah hanya satu bentuk hiburan dan hobi, tetapi juga merupakan karier profesional bagi sebahagian. E E-Sport yang semakin popular di malaysia Alisha Masni | DSK 1B 12


Meningkatkan kefahaman dan tolerasi antara kaum Memupuk semangat muhibbah Membina identiti nasional yang kukuh Meningkatkan keselamatan negara Kepentingan Memahami Konsep Perpaduan 13 Alisha Masni | DSK 1B


Konflik dan ketegangan antara kaum boleh membawa kesan negatif pada keselamatan negara. Oleh itu, memahami konsep perpaduan dan menerima perbezaan di antara kaum dapat membantu mengurangkan konflik dan meningkatkan keselamatan negara. Meningkatkan keselamatan negara Memahami konsep perpaduan juga membantu individu memahami identiti nasional mereka dengan lebih baik. Ini membantu membina identiti nasional yang kukuh di mana setiap individu merasa bangga dan menghargai kepelbagaian budaya, bahasa, dan tradisi di Malaysia. Negara kita akan kelihatan lebih gah dan hebat di rakyat dari luar negara. Membina identiti nasional yang kukuh Konsep perpaduan memperlihatkan bahawa setiap individu mempunyai hak dan kebebasan untuk beragama, berbudaya dan bersuara. Apabila setiap individu mempunyai pemahaman yang sama tentang konsep ini, maka kefahaman dan toleransi antara kaum dapat dicapai bersama. Meningkatkan kefahaman dan tolerasi antara kaum Konsep perpaduan juga mempunyai peranan penting dalam memupuk semangat muhibbah di kalangan rakyat Malaysia. Muhibbah bermaksud saling menghormati, memahami dan menerima perbezaan di antara satu sama lain. Semangat muhibbah yang tinggi dapat membantu meningkatkan keharmonian dan kesejahteraan di negara Malaysia yang dicintai. Memupuk semangat muhibbah Alisha Masni | DSK 1B 14


Isu semasa dalam kepentingan memahami konsep perpaduan adalah penting untuk dibincangkan dalam konteks keharmonian dan kestabilan negara. Satu isu semasa yang relevan adalah isu perbezaan agama dan budaya. Perbezaan agama dan budaya seringkali menjadi punca ketegangan dan konflik antara kumpulan-kumpulan masyarakat yang berlainan di Malaysia. Oleh itu, pemahaman yang lebih mendalam tentang nilai-nilai dan tradisi yang dipegang oleh setiap kumpulan masyarakat adalah penting untuk mempromosikan perpaduan dalam masyarakat. Selain itu, isu-isu seperti ekonomi dan pendidikan juga memainkan peranan penting dalam memahami konsep perpaduan. Ketidaksetaraan dalam peluang ekonomi dan pendidikan boleh membawa kepada perasaan ketidakpuasan dan tidak adil dalam kalangan masyarakat tertentu. Oleh itu, kerajaan perlu memastikan bahawa semua kumpulan masyarakat mempunyai akses yang sama kepada peluang dan perkhidmatan ini. Penting juga untuk diingatkan bahawa perpaduan tidak bermakna hanya menolak perbezaan dan mencapai keseragaman. Sebaliknya, ia merangkumi penghormatan terhadap perbezaan dan kepelbagaian, serta kesediaan untuk bekerja bersama dalam mencapai matlamat yang sama. Ini melibatkan pembinaan jaringan kerjasama antara kumpulan masyarakat yang berbeza, promosi nilai-nilai toleransi dan penghormatan, dan memahami bahawa kepelbagaian adalah satu kekayaan yang harus dijaga dan dihargai. Dalam kesimpulannya, pemahaman konsep perpaduan memerlukan kesedaran tentang isu-isu semasa yang mempengaruhi keharmonian dan kestabilan negara. Ini termasuk isu perbezaan agama dan budaya, ketidaksetaraan ekonomi dan pendidikan, serta nilai-nilai toleransi dan penghormatan. Dengan mengambil kira faktor-faktor ini, kita boleh memperkuatkan perpaduan di Malaysia dan memastikan bahawa negara kita terus maju ke hadapan dengan keamanan dan kestabilan yang mantap. Isu-Isu Daripada Pemahaman Konsep Perpaduan Yang Gagal 15 Alisha Masni | DSK 1B


Sistem pendidikan yang berasingan - Rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum yang berasingan, Melayu, Cina, dan India yang mempunyai bahasa yang berbeza-beza dan sistem persekolahan tersendiri. Pelajar yang terpisah mengikut bahasa ibunda masing-masing akan kurang berinteraksi dengan pelajar daripada kaum yang berlainan. Jurang ekonomi - Perbezaan ekonomi antara kaum boleh mengakibatkan perpecahan dan konflik antara mereka. Jurang ekonomi mengakibatkan meningkatnya jurang sosial antara kaum. Rakyat pelbagai kaum akan lebih susah untuk bergaul dan berinteraksi sesama sendiri. Ketidakadilan dan diskriminasi - Ketidakadilan dan diskriminasi yang berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan, seperti pendidikan dan pekerjaan, juga boleh mengurangkan semangat perpaduan kaum di Malaysia. Diskriminasi terhadap golongan minoriti juga mengeruhkan keadaan ini. Politik identiti - Politik identiti yang digunakan oleh beberapa pihak untuk memperoleh sokongan politik juga sering kali menjadi punca ketegangan antara kaum. Pihak-pihak tertentu mungkin bermain taktik kotor dengan memanipulasi isu-isu seperti agama, bangsa, dan budaya untuk memperoleh sokongan politik. Halangan Dalam Mencapai Konsep Perpaduan Alisha Masni | DSK 1B 16


Kestabilan Politik Cabaran Utama Perpaduan Negara Kestabilan politik bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh apabila berbicara tentang isu negara.Tanpa kestabilan politik yang utuh, negara akan menjadi huru-hara dan banyak rakyat tidak bersalah yang menjadi mangsa keadaan. Kemajuan negara juga akan merosot apabila politik negara berbolak-balik. Kestabilan politik merujuk kepada keadaan di mana sistem politik di negara atau kawasan tertentu stabil dan tidak terganggu oleh pergolakan politik yang berlebihan. Keadaan ini penting kerana ia memberi keyakinan dan keyakinan kepada rakyat, pemimpin dan pelabur dalam kestabilan ekonomi dan sosial serta keamanan dan keselamatan negara. Kestabilan politik adalah faktor penting dalam memastikan perpaduan negara dan pembangunan ekonomi yang berterusan. Salah satu isu utama yang mempengaruhi kestabilan politik di Malaysia adalah kecenderungan politik yang semakin meningkat untuk memperjuangkan kepentingan kumpulan tertentu, berbanding dengan kepentingan peringkat negara yang lebih luas. Selain itu, terdapat juga masalah politik yang berkaitan dengan rasuah, konflik kepentingan, dan perebutan kuasa di kalangan pemimpin politik. Masalah ini boleh menyebabkan kehilangan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap sistem politik dan kerajaan. Dalam usaha untuk memastikan kestabilan politik di Malaysia, rakyat dan pemimpin politik harus berkerja sama untuk mengatasi cabaran dan menjaga perpaduan negara. Ini adalah penting bagi memastikan Malaysia terus maju sebagai sebuah negara yang stabil, aman dan makmur. 17 Alisha Masni | DSK 1B


Penurunan kualiti pendidikan - Konflik dalam masyarakat boleh mengganggu proses pembelajaran dan mengurangkan konsentrasi para penuntut ilmu terhadap isi pembelajaran. Pelajar-pelajar di tempat pembelajaran akan merasa terancam sekaligus menjejaskan fokus mereka untuk berjaya dari segi akademik. Kualiti pendidikan rakyat Malaysia terjejas. Kurangnya kerjasama antara negara - Negara yang tidak harmoni juga boleh mengurangkan tahap kerjasama antara negara dengan negara lain. Hubungan antara negara dan kemampuan negara untuk mengekalkan hubungan antarabangsa yang baik akan terjejas. Ini boleh memberi kesan negatif terhadap diplomasi dan hubungan perdagangan. Peningkatan jenayah dan keganasan - Negara yang tidak harmoni dapat membawa kesan negatif terhadap keselamatan rakyat kerana dapat menyebabkan peningkatan dalam jenayah dan keganasan. Konflik dalam masyarakat boleh mempengaruhi keselamatan jalan raya dan keharmonian sosial, dan pada masa yang sama, memberi kesan negatif terhadap tahap keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Kemerosotan Ekonomi - Ekonomi negara terjejas dengan wujudnya suasana yang tidak aman. Rakyat di dalam negara tidak berasa selamat menyebabkan kurangnya produktiviti dalam kalangan pekerja. Pelabur dari luar negara akan hilang keyakinan untuk melabur di Malaysia. Ini meyebabkan kurangnya keupayaan negara untuk memantapkan infrastruktur dan mencipta peluang pekerjaan. Kesan-kesan sekiranya negara tidak harmoni Alisha Masni | DSK 1B 18


Kemajuan Negara Terbatas Akibat Negara Tidak harmoni Nilai pelaburan yang rendah - Menurunnya bilangan pelabur asing. di Malaysia. Jadi, kemajuan negara tidak dapat dicapai sekiranya negara tidak harmoni. Kemajuan negara terbatas terutamanya apabila keupayaan ekonomi tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Berikut ialah kerugian negara dari segi kemajuan negara dan ekonomi apabila negara tidak harmoni: Penurunan perdagangan antarabangsa - Pasaran antarabangsa terjejas Kurangnya bilangan pelancong - Industri pelancong kurang mendapat sambutan Kemerosotan produktiviti - Daya saing negara akan terjejas Meningkatnya kos keselamatan - Memerlukan kos tambahan untuk mengatasi isu keselamatan rakyat Gangguan pembangunan inftastuktur - Memerlukan kos tambahan untuk mengatasi isu keselamatan rakyat Malaysia merupakan negara yang mempunya budaya dan bangsa yang bermacam-macam. Terjalin suasana harmoni sesama kaum ini akan memantapkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia menjadi asbab pekerja di kalangan rakyat tidak khuatir untuk menggunakan infrastruktur awam untuk ke tempat kerja dan pulang ke rumah. Perkara yang kelihatan remeh ini sebenarnya menyumbang kepada kemajuan negara apabila produktiviti pekerja meningkat. Para penuntut ilmu pelajaran di sekolah, universiti dan institusi pembelajaran yang lain juga dapat melalui proses menjadi insan berilmu dan berkerjaya dengan aman dan tenang. Keharmonian ini jugalah yang menyebabkan pelabur asing mahu melabur di negara kita. Apabila negara menerima banyak pelaburan asing ini, pihak kerajaan dapat membina, memperbaiki, dan menaik taraf infrastruktur bagi memudahkan rakyat Malaysia. Pihak kerajaan juga dapat menambah peluang pekerjaan. Contohnya apabila ada syarikat luar negara yang ingin membuka cawangan ataupun kilang mereka di dalam negara ini. Ini dapat merangsang pembangunan ekonomi sekaligus memajukan Malaysia. 19 Alisha Masni | DSK 1B


Penutup Kesimpulannya, konsep perpaduan adalah penting bagi Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya. Medium seperti pendidikan, sukan, seni dan media massa memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan. Oleh itu, kesedaran dan pemahaman terhadap konsep ini perlu ditingkatkan dalam kalangan rakyat. Walau bagaimanapun, wujudnya halangan seperti ketidakseimbangan pembangunan, politik identiti, dan kepercayaan yang berbeza boleh menghalang usaha untuk mencapai perpaduan yang sebenar. Akibatnya, konflik, ketegangan, dan ketidakstabilan politik mungkin berlaku. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama untuk menangani isu-isu semasa seperti polarisasi politik, penyebaran maklumat palsu, dan ketidakadilan ekonomi untuk memastikan Malaysia tetap sebagai negara yang harmoni dan sejahtera. Alisha Masni | DSK 1B 20


https://quizizz.com/join? gc=11082415 Buka pautan link atau imbas kod QR di atas untuk mengakses soalan. Aktiviti Pengukuhan 21 Alisha Masni | DSK 1B


Rujukan https://www.astroawani.com/berita-politik/tahun-baharu-kestabilan-politik-cabaranutama-kerajaan-perpaduan-399774 https://notakuliahpismp.blogspot.com/2018/06/bentuk-halangan-dalammembentuk.html#:~:text=Halangan%20pertama%20kerajaan%20dalam%20mewujudka n,jarang%20bergaul%20dengan%20kaum%20lain. https://www.astroawani.com/video-malaysia/animasi-negara-industri-animasi-perlukanbantuan-pemasaran-dari-kerajaan-2009010 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-teliti-cadangan-wajib-tayanguntuk-animasi-tempatan-di-saluran-televisyen-415911 https://www.google.com/search? q=apakah+kejayaan+upin+ipin&sxsrf=APwXEdd9kyDW05_93hclQ9qgTbnXuAEbCg:1681 887559619&source=lnt&tbs=qdr:y&sa=X&ved=2ahUKEwjl5qu0r7XAhUbVmwGHR5uBDsQpwV6BAgBEBk&biw=1536&bih=662&dpr=1.25 http://www.mycreative.com.my/news_events/mycreative-ventures-menyambut-baikpengumuman-belanjawan-2022-untuk-memacu https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/kuota-wajib-siar-animasi-malaysia-ditv-tempatan-dipertimbang/ https://www.kosmo.com.my/2023/03/11/kembara-perpaduan-malaysia-madani-kukuhsemangat-perpaduan/ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perpaduan-kaum-asas-kejayaankeamanan-dan-kestabilan-negara-219940 https://www.slideshare.net/mthyz/implikasi-tidak-wujud-perpaduan-kaum-danintegrasi-nasional-di-malaysia Alisha Masni | DSK 1B 22


Mempunyai reka bentuk yang estetik dan menarik perhatian pembaca. Memberikan contoh detik-detik perpaduan kaum di Malaysia. Mengenalpasti halangan-halangan dalam mencapai konsep perpaduan di Malaysia. Menyelitkan pandangan kritis tentang isu semasa bagi setiap subtopik Teks yang jelas dan padat serta dilengkapi dengan ilustrasi yang berkualiti dan input yang bagus. Konsep perpaduan di Malaysia ialah usaha untuk memelihara keharmonian dan kebersamaan antara pelbagai kaum, agama dan budaya yang wujud di negara kita. Konsep ini menekankan pentingnya kerjasama dan toleransi antara masyarakat yang berbeza dalam mencipta keamanan dan kemakmuran negara. Terdapat banyak elemen-elemen menarik yang berkaitan dengan perpaduan di Malaysia seperti detik-detik perpaduan yang kita alami sebagai rakyat Malaysia. Untuk mencapai konsep perpaduan ini, setiap warga Malaysia perlu mempunyai kesedaran tentang pentingnya menghormati perbezaan dalam segala aspek kehidupan, termasuk dalam agama, bahasa, adat istiadat, serta kebiasaan harian. Dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi yang pesat, konsep perpaduan di Malaysia semakin penting untuk memastikan kestabilan dan kesejahteraan negara. Oleh itu, setiap warga Malaysia perlu memainkan peranan aktif dalam memperkuat konsep perpaduan dengan membangun toleransi, menghargai perbezaan dan membanteras serta menolak segala unsur-unsur pemecahbelaan di kalangan rakyat Malaysia yang sering dimainkan oleh ahli-ahli politik. Ciri utama: 1. 2. 3. 4. 5. ALISHA MASNI


Click to View FlipBook Version