The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitisalbiah9385, 2022-05-22 18:36:04

MM JP BIL 01-2022

MM JP BIL 01-2022

MINIT MESYUARAT JABATAN PERNIAGAAN KVSP2
BIL 01/ 2022

Tarikh : 11/01/2022 (SELASA)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik Zamrud
Pengerusi : Pn.Teoh Say Theng

KEHADIRAN:

BIL NAMA BIL NAMA

1 PN. HJH MAJMIN BINTI MD NOOR 10 PN. INTAN ROHAIZA BINTI
(PENGARAH) MOHAMAD HASHIMI

2 TN. HJ MOHAMAD BUHARI BIN SARIK 11 PN. SITI SALBIAH BINTI ITAM

(TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK)

3 PN. TEOH SAY THENG 12 PN. ROHAYA BINTI
(KETUA JABATAN PERNIAGAAN) DRAMAN@WAHAB

4 PN. ASNI BINTI MURAT 13 PN. NORHARNANI BINTI OTHMAN

(KETUA PROGRAM PERAKAUNAN)

5 PN. ROHAIDA BINTI OSMAN 14 PN. KHOLIJAH BINTI YAHAYA

(KETUA PROGRAM PENGURUSAN

PERNIAGAAN)

6 PN. NUR HARTINI BINTI AYOB 15 PN.NOR HANANI BINTI ASAAD

(KETUA PROGRAM

KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN)

7 EN. ZULKERNIN BIN AHMAD 16 NALINI DEVI A/P SELEAPPAN

8 PN. SUHANA ANNE BINTI AZHARI 17 PN. HASLINA BINTI HASHIM

9 EN. JABDULLAH BIN HASAN 18 PN. ASMARAINI BINTI ALI

TIDAK HADIR SEBAB

BIL NAMA TH
CUTI BERSALIN
1 EN.LEE CHIN BOON
2 PN. SITI NUR SHUHADA BINTI TARMIZI

1.0 ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.
1.2 Puan Pengerusi mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua

pensyarah dan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah Jabatan
Perniagaan yang hadir.
1.3 Puan Pengerusi mengharapkan semua pensyarah bersemangat dengan
azam dan matlamat baru sempena tahun baru serta dapat meneruskan
kebersamaan dalam Jabatan Perniagaan.
1.4 Puan Pengerusi memaklumkan hasrat Puan Pengarah untuk menjadikan
KVSP2 sebagai Kolej Vokasional tersohor. Untuk makluman juga, KVSP2
telah mendapat permintaan tertinggi untuk pengambilan pelajar baru
Kohort 2022.
1.5 Puan Pengerusi memaklumkan pelajar yang berhasrat untuk bertukar ke
sekolah harian biasa masih dalam proses iaitu Muhammad Nazim Bin
Mohd Tarmizi, 1 SVM Pengurusan Perniagaan, Nuriena Farisya Binti
Abdullah, 1 SVM Perakaunan dan Ashatul Affina Binti Azmi, 2 SVM
Perakaunan.

Makluman: Semua Pensyarah

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn. Rohaida Binti Osman mencadangkan minit mesyuarat Bil 3/2021
disahkan dan disokong oleh En. Zulkernin Bin Ahmad.
Makluman: Semua Pensyarah

3.0 LAPORAN CQI, INTERVENSI DAN EES

3.1 Puan Pengerusi memohon agar semua pensyarah diploma membuat
intervensi untuk semester 4 kohort 2020.

3.2 Entrance survey beserta CQI bagi semester 2 kohort 2020 juga perlu
disediakan oleh pensyarah yang mengajar.

3.3 JSPB untuk semester 2 kohort 2021 perlu dicetak dan difailkan serta
diserahkan salinan kepada Ketua Program masing-masing. JSPB perlu
merujuk Course Outline kursus masing-masing.

2

3.4 Pensyarah perlu memastikan Course Outline (CO) telah diedarkan dan
ditandatangani oleh Ketua Program. Penerangan mengenai CO, CLO dan
PLO juga perlu dilakukan oleh pensyarah.

3.5 Pendaftaran Kursus bagi semester 2 yang telah diserahkan kepada Ketua
Program sebelum ini tidak boleh digunakan kerana terdapat sedikit
kesilapan dari segi tarikh. SU Jabatan akan sediakan semula pendaftaran
kursus yang baru dan serahkan kepada Ketua Program secepat mungkin.

3.6 Ketua Program diminta untuk memastikan semua pensyarah menerima
surat pelantikan mengajar bagi setiap kursus yang diajar.

3.7 Maklumbalas Program Perakaunan
i) Intervensi
3.7.1 Intervensi sedang dalam pelaksanaan pada Minggu 6 bagi setiap
semester.
3.7.2 Hasil intervensi mendapati majoriti setiap kursus telah selesai ¼
PB. Manakala bagi kursus DBE 4044, Projek Tahun Akhir 2,
masih ramai pelajar dalam proses menyiapkan Bab 4 dan
terdapat segelintir pelajar telah siap Bab 5.

ii) LAPORAN CQI DAN EES

BIL DAPATAN TINDAKAN

1 SEMESTER 1 2021 Pensyarah telah maklum
kepada Penasihat Kelas
DBE1113 dan Kaunselor. Waris telah
DBE1123 dihubungi. Selesai
DBE1233
Pelajar tidak menghantar 2 PB DBE1233 Sistem Latihan tambahan diberikan
Maklumat Perakaunan dan sukar dihubungi Melantik pembimbing rakan
(NAZIRAH SHAFIRAH BINTI MOHD SAZLI sebaya untuk membantu
WONG) pelajar lemah
Menggalakkan pelajar
2 SEMESTER 3 2020 menbawa laptop sendiri
(yang ada)
DBE3213:

1 Kemahiran pelajar kurang memuaskan
terutama penguasaan Buku Catatan
Pertama dan Catatan Jurnal

2 Pelajar kurang berminat terutama pelajar
lemah dalam menguasai Buku Catatan
pertama dan Catatan Jurnal

3 Kemudahan ICT dan kemudahan di
makmal/bengkel kurang memuaskan

3

DBE3323 Bimbingan sepanjang PdP
1. Pelajar kurang teliti dalam melaporkan untuk tajuk-tajuk yang
penemuan audit dalam tugasan audit kurang difahami

2. Kekurangan buku-buku rujukan Memberi bahan edaran
tambahan

DBE3333 Memberi bimbingan dan
tunjuk ajar yang lebih
1. Pelajar kurang berhati-hati semasa spesifik dalam PdP
menjawab soalan pengiraan
Sentiasa pastikan
2. Suasana pembelajaran kurang pengudaraan supaya lebih
memuaskan selesa

DBE3042 Memberi bimbingan dan
tunjukajar supaya jelas
1. Pelajar sukar mendapatkan tajuk kajian tentang kajian yang
yang sesuai dijalankan

3.8 Maklumbalas program Kesetiausahaan Pentadbiran
i) Intervensi

3.8.1 Puan Nur Hartini memaklumkan bagi kursus DBG 4113,
Pengenalan kepada Pemasaran, 1/6 PB telah selesai. Kursus
DBG 4323 Pengurusan Sumber Manusia, ¼ PB telah selesai dan
PB kedua dalam proses penghantaran.

3.8.2 Bagi kursus DBG 4233, Komunikasi Interpersonel untuk
Setiausaha Pentadbiran pula, 1/5 PB telah selesai manakala
DBG 4044 Projek Khas Pejabat (PTA 2) 30% sedang
menyiapkan penulisan PTA dan 6/9 kumpulan telah
melaksanakan program yang sepatutnya dilaksanakan pada
semester ini.

4

i) LAPORAN CQI DAN EES

BIL DAPATAN TINDAKAN

1 Penerangan Course Outline Semua pensyarah akan menerangkan Course

berkaitan kursus akan diberikan Outline semasa minggu pertama Pdp.

lebih terperinci pada semester ini.

2 Penyampaian Pdp pensyarah 1. Mengemaskini nota kursus dan latihan
perlu dipertingkatkan
2. Melibatkan pelajar dalam proses Pdp
3 Mempertingkatkan kemahiran
pensyarah 3. Penggunaan ICT yang optima

1. Pensyarah telah menghadiri kursus
peningkatan kemahiran. Terdapat 3
kursus peningkatan kemahiran untuk
kursus pada semester 2 dan 4 tahun ini
telah dilaksanakan pada bulan
September tahun lalu.
a) DBG 2333 OFFICE
DOCUMENTATION I
b) DBG2223 DOCUMENT
PROCESSING I
c) DBG4044 PROJECT
MANAGEMAENT II

3.9 Maklumbalas Program Pengurusan Perniagaan
i) Intervensi

3.9.1 Intervensi dalam proses pelaksanaan. Tiada masalah serius
yang dilaporkan sehingga kini. Bagi kursus teras umum dan
elektif, semua PB sedang dalam pelaksanaan.

ii) Laporan CQI dan EES
3.9.2 Puan Rohaida memaklumkan berdasarkan EES yang lepas,
penambahbaikan yang dicadangkan adalah penyampaian

5

Course Outline yang lebih jelas kepada pelajar diberikan pada
perjumpaan pertama bagi setiap kursus.
3.9.3 Puan Rohaida juga memaklumkan akan membuat
penambahbaikan bilangan bahan rujukan di pusat sumber dan
memastikan buku-buku rujukan tidak ditempatkan di ruang
redspot.

Makluman: Semua Pensyarah

4.0 LAPORAN SKM

4.1 SKM Program Perakaunan

4.1.1 Bagi Kohort 2020, PP adalah Pn Asni Murat, PPD Puan
Asmaraini manakala bagi kohort 2021, PP adalah Pn Haslina dan
PPD Puan Asmaraini.

4.1.2 Bagi fail portfolio calon, 80% telah dibangunkan dan dilengkapkan
bagi kohort 2020 dan 20% untuk kohort 2021.

4.1.3 Untuk fail KAPA bagi kohort 2020, 3 CU telah diuji dan 3 lagi CU
dalam proses pelaksanaan manakala bagi kohort 2021, masih
belum dilaksanakan KAPA kerana calon sedang mengikuti
pembelajaran silibus tajuk yang akan diuji.

4.2 SKM Program Kesetiausahaan Pentadbiran

SKM TAHUN 1SVM % PELAKSANAAN
BIL SENARAI CU 100 %
50 % - WA 2 DAN WA 4
1 C01 HOSPITALITY ADMINISTRATION 50 % - WA 2 DAN WA 4
2 C02 OFFICE DOCUMENTATION 0%
3 C03 FILING ADMINISTRATION 0%
4 C04 PETTY CASH ADMINISTRATION 0%
5 C05 MEETING & EVENT COORDINATION
6 C06 TRAVEL ARRANGEMENT

6

SKM TAHUN 2SVM

BIL SENARAI CU % PELAKSANAAN

1 C01 HOSPITALITY ADMINISTRATION 100 %

2 C02 OFFICE DOCUMENTATION 100 %

3 C03 FILING ADMINISTRATION 100 %

4 C04 PETTY CASH ADMINISTRATION 100 %

5 C05 MEETING & EVENT COORDINATION 100 %

6 C06 TRAVEL ARRANGEMENT BELUM SELESAI WA 4, WA
5, WA 6 (SEMESTER 4)

4.2.1 Bagi pelajar tahun 1 SVM, 3 CU telah diuji dimana C01 Hospitality
Administration 100% telah siap dilaksanakan manakala C02
Office Documentation dan C03 Filing Administration 50% telah
siap diuji. Untuk C04 sehingga C06 masih belum dilaksanakan.

4.2.2 Pn Nur Hartini memaklumkan bagi SKM tahun 2 SVM, semua CU
telah selesai 100% pelaksanaan kecuali C06 Travel Arrangement
kerana masih belum tamat semester 4.

4.3 SKM Program Pengurusan Perniagaan

4.3.1 Puan Rohaida memaklumkan Peperiksaan akhir tahap 2 bagi
Pengurusan Perniagaan belum dilaksanakan.

4.3.2 Untuk kohort 2020, SKM tahap 2, semua CU telah selesai
dilaksanakan. Manakala untuk SKM tahap 3, terdapat 3 CU yang
masih belum dilaksanakan kerana masih mengikuti
pembelajaran semester 4 iaitu C01, C04 dan C06.

4.3.3 Portfolio calon telah dibangunkan dan sedang dikemaskini dan
dalam proses untuk memasukkan KAPA.

4.3.4 Bagi Program Pengurusan Perniagaan, PP untuk kohort 2020
adalah En Zulkernin dan PPD adalah Puan Rohaida.

Makluman: Semua Pensyarah

7

5.0 LAPORAN OJT
5.1 Maklumbalas Program Perakaunan

5.1.1 Pn Siti Salbiah memaklumkan seramai 23 orang pelajar
perakaunan yang akan mengikuti OJT bagi tahun 2022.

5.1.2 Borang permohonan KVOJT04 telah selesai dihantar melalui
email kepada organisasi latihan. Seramai 10 orang pelajar telah
mendapat tempat untuk menjalani latihan industri manakala
seramai 13 orang pelajar masih menunggu KVOJT05 iaitu surat
jawapan daripada organisasi latihan.

5.1.3 Sebanyak 16 buah syarikat telah dipilih untuk pelajar menjalani
latihan industri seperti yang telah disenaraikan di atas.

5.2 Maklumbalas Program Kesetiausahaan Pentadbiran
5.2.1 Pn Suhana Anne memaklumkan seramai 34 orang pelajar
program Kesetiausahaan Pentadbiran akan menjalani OJT pada
tahun 2022.
8

5.2.2 Borang KVOJT04 telah selesai dihantar dan seramai 5 orang
pelajar telah berjaya mendapat penempatan dan 29 orang pelajar
masih menanti jawapan.

5.3 Maklumbalas Program Pengurusan Perniagaan
5.3.1 En Zulkernin memaklumkan pelajar Pengurusan Perniagaan
yang akan mengikuti OJT tahun 2022 adalah seramai 28 orang.
5.3.2 Seramai 13 orang pelajar telah berjaya mendapat penempatan
dan 15 orang pelajar masih menanti jawapan daripada organisasi
latihan.

5.4 Puan Pengerusi memaklumkan beliau telah berkongsi maklumat yang
diterima daripada pihak UPLI berhubung syarikat Fereena Marketing
Sdn Bhd telah membuat permohonan pelajar untuk menjalani OJT di
syarikat mereka kepada Ketua Program. Diharap PIP ambil maklum
perkara tersebut.

5.5 Puan Pengerusi memohon setiap program menyenaraikan sekurang-
kurangnya 1 nama organisasi latihan yang mantap untuk dilawati oleh
Puan Pengarah.
Makluman dan Tindakan: PIP dan Ketua Program

6.0 Laporan Ketua Bengkel & Anggaran Belanja Mengurus 2022
6.1 Maklumbalas Program Perakaunan

9

6.1.1 Pn Haslina memaklumkan baki peruntukan tahun 2021 adalah
sebanyak RM 807.43.

6.1.2 Anggaran belanja mengurus untuk Program Perakaunan
dijangkakan jumlah pendapatan yang akan diterima pada tahun
2022 adalah sebanyak RM 49, 000.00.

6.1.3 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan kecil & bahan habis guna
untuk tujuan Pdpc dan Pentaksiran adalah 60%, BBM/ABM untuk
tujuan Pdpc adalah 10%, program-program unit bidang/panitia
sebanyak 10%, perbelanjaan luar jangka diperuntukkan 5% dan
urusan umum sebanyak 10%.

6.1.4 Lebihan PCG tahun 2022 yang akan dibawa ke tahun 2023
adalah sebanyak 5% iaitu RM 2490.37.

6.2 Maklumbalas Program Kesetiausahaan Pentadbiran

6.2.1 Puan Nur Hartini akan membentangkan anggaran belanja
mengurus bagi program Kesetiausahaan Pentadbiran kerana
ketua bengkel belum dilantik secara rasmi untuk menggantikan
ketua bengkel yang telah berpencen.
10

6.2.2 Anggaran pendapatan yang akan diterima bagi tahun 2022
adalah sebanyak RM 56,700.00. Perbelanjaan adalah sama
seperti peruntukan program Perakaunan dan program akan
menggunakan sepenuhnya peruntukan yang diberikan pada
tahun ini.

6.2.3 Lebihan peruntukan tahun 2021 sebanyak RM 11,413.78 akan
digunakan untuk penyelenggaraan bengkel BKP.

6.3 Maklumbalas Program Pengurusan Perniagaan

6.3.1 En Zulkernin memaklumkan baki hasil daripada perbelanjaan
tahun lepas adalah sebanyak RM 1858.56. Jumlah anggaran
pendapatan yang akan diterima pada tahun 2022 adalah
sebanyak RM 44,650.00.

6.3.2 Setelah anggaran perbelanjaan dilakukan, lebihan PCG bagi
tahun 2022 adalah sebanyak RM 2325.43.
Makluman: Semua Pensyarah

8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Puan Pengerusi meminta ketua program dan setiausaha program untuk
mengemaskini borang SPKKV iaitu borang TA6, TA12, fail KJ dan fail
4P. Semua maklumat yang dimiliki oleh ketua program perlu diserahkan
11

satu salinan kepada Ketua Jabatan Perniagaan untuk difailkan agar
maklumat dalam fail tersebut sentiasa dikemaskini.

8.2 Puan Pengerusi berharap setiap program dapat melaksanakan audit
dalaman oleh pihak luar sebelum semakan MQA sebenar dijalankan.

8.3 Ketua Program diminta bersedia untuk mengikuti lawatan ke UUM
sambungan daripada Letter of Intent (LOI) yang telah ditandatangani
sebelum ini.

8.4 Puan Pengerusi meminta setiap program menyerahkan hadiah
persaraan 5 orang guru kepada Puan Maznah sebelum ahad kerana
majlis persaraan akan diadakan dalam masa terdekat.

8.5 Hasil mesyuarat JKPAK, Puan Pengerusi memohon agar PIC sentiasa
mengemaskini kad stok dan memastikan aset yang terdapat dalam kad
stok berada di lokasi yang betul.

8.6 Program yang tidak cukup guru seperti Program Kesetiausahaan
Pentadbiran boleh memohon guru ganti bagi mengatasi masalah
kekurangan guru. Program boleh membuat kertas kerja untuk memohon
peruntukan daripada MPIBG.

8.7 Puan Pengerusi memaklumkan hasil perbincangan bersama Puan
Juriah berkaitan status kehadiran Nur Anni Syifa pelajar 1 Diploma
Perakaunan adalah pelajar dibenarkan untuk hadir bersemuka di KV 2
atau 3 hari seminggu. Kebenaran tersebut diberikan kepada pelajar
kerana pelajar terikat dengan kontrak yang telah ditandatangani dan
masalah kewangan yang dihadapi. Ketua Program perlu memaklumkan
kepada pensyarah yang mengajar berhubung status kehadiran pelajar.

8.8 Pn Nur Hartini memaklumkan akibat kekurangan guru dalam program,
setiap pensyarah terpaksa mengajar melebihi 20 jam purata. Kertas
kerja akan dibuat untuk memohon guru ganti dan diharapkan pihak
pengurusan dapat mempertimbangkan permohonan tersebut.

8.9 Puan Pengerusi mencadangkan guru umum yang mengajar program
Kesetiausahaan Pentadbiran dapat membantu program untuk mengajar
subjek teori bagi meringgankan beban program. En Jabdullah turut

12

mencadangkan En Khairul Azmir untuk membantu program kerana
beliau mempunyai SKM dan VTO.

8.10 Tuan TPA memaklumkan Program Perakaunan dan Pengurusan
Perniagaan akan menerima guru baru pada bulan Mac nanti.

8.11 Tuan TPA meminta guru yang akan berpencen bersedia untuk membuat
serah tugas kelak dan mendapatkan borang tersebut daripadanya.

8.12 Tuan TPA berharap semua pensyarah dapat menguruskan PdP dengan
baik. SKM perlu dikemaskini kerana PA SKM mungkin akan diadakan
pada bulan Mei atau Jun.

8.13 Puan Pengarah menjawab persoalan yang diutarakan oleh Puan
Haslina untuk memohon TPA menjadi PPD bagi kohort 2022 berikutan
tidak cukup pensyarah yang layak dan Puan Asni juga akan berpencen.
Ketua Program diminta menghubungi pensyarah baru yang akan
berpindah ke KVSP2 bertanyakan tentang personel pensyarah tersebut.
Sekiranya pensyarah tersebut layak tidak perlu lagi TPA menjadi PPD.

8.15 Puan Pengarah berharap semua program bersedia untuk lawatan MQA
dan slides MQA setiap program akan disemak terlebih dahulu oleh
Pengarah.

8.16 En Jabdullah memaklumkan penyelenggaraan tandas di bangunan E4
yang bocor belum diambil tindakan. Puan Pengarah meminta agar pihak
berkenaan membuat laporan dan sering bertanyakan status
penyelenggaraan tersebut.

8.17 Untuk persediaan lawatan daripada MQA, Puan Pengarah memohon
agar setiap program dapat mewujudkan wow factor. Bengkel-bengkel
program perakaunan perlu ditonjolkan semasa lawatan kerana terdapat
unsur wow factor di bengkel.

8.18 Program perlu memastikan setiap bengkel mempunyai streamer yang
mencukupi. Streamer success story boleh menggabungkan 4 orang
pelajar bagi menjimatkan ruang dan dapat menjadi motivasi kepada
pelajar lain.

Tindakan: Semua Pensyarah

13

Puan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengarah atas
teguran dan nasihat yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua pensyarah atas
komitmen yang diberikan. Mesyuarat diakhiri dengan Tasbih Kifarah dan bacaan
Surah Al-Asr oleh Tuan TPA.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.40 petang. Disemak oleh,
Disediakan oleh,

………………………………………… .....................................................
(SITI SALBIAH BINTI ITAM) (TEOH SAY THENG)
Setiausaha Jabatan Perniagaan Ketua Jabatan Perniagaan
Kolej Vokasional Sungai Petani 2 Kolej Vokasional Sungai Petani 2
Tarikh: Tarikh:

14


Click to View FlipBook Version