The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by foumee740, 2021-09-30 01:13:19

Buku Skrap Karangan

Buku Skrap Karangan

Buku Skrap
Karangan

Disediakan oleh 4S1

Ahli Kumpulan 02

01 Kenneth Ng Jun Yao

Lee Zhi Chen 03

04 Kho Leang Joe

Tan Yong Han 05

Marcus Chin Ee Herng

Kandungan

Tajuk karangan:

1. Langkah-langkah untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar di Malaysia
2. Tindakan-tindakan kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan di Malaysia
3. Langkah-langkah untuk memartabatkan Bahasa Melayu
4. Langkah-langkah untuk memajukan industri desa di Malaysia
5. Peranan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak di sekolah
6. Peranan generasi muda mempromosikan permainan tradisional
7. Kebaikan melawat ke tempat-tempat bersejarah
8. Kepentingan nilai-nilai sivik dalam kalangan masyarakat
9. Usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk menarik minat generasi muda

menceburkan diri dalam bidang pertanian
10. Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk merancakkan sektor pelancongan negara dalam

tempoh PKPP

Karangan 1 01

You can enter a subtitle
here if you need it

Karangan 1 01

Sering meniti dari bibir ke bibir, masyrakat Malaysia mengenai isu pencemaran alam
sekitar iaitu pencemaran air, udara dan darat. Antaranya, isu jerebu yang mengancam negara
juta sejak beberapa tahun telah menjadi topik hangat yang sering dibincang oleh seluruh
penduduk Malaysia. Bak kata pepatah, kalau tidak ada angin, masakan pokok goyang. Sikap
manusia zaman moden yang bersikap materialistik sehingga mengabaikan isu pencemaran
alam sekitar. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk menangani masalah pencemaran
alam sekitar yang kian berleluasa di Malaysia?

Peranan ibu bapa yang memainkan peranan yang amat penting dalam menangani
masalah tersebut. Hal ini kerana ibu bapa ialah orang yang paling terdekat kepada anak-anak
mereka dan patut mendidik mereka untuk menghargai alam sekitar kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Tambahan pula, ibu bapa harus menjadi teladan baik kepada anak-anak
mereka. Contohya, mereka tidak sepatut membuang sampah merata-rata tempat dan
melakukan pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara. Dengan ini, nescaya
pencemaran alam sekitar akan dapat ditangani. Pendek kata, ibu bapa perlu menjadi teladan
dan mendedahkan isu-isu tentang alam sekitar kepada anak-anak mereka bagi menyedarkan
mereka tentang kepentingan alam sekitar.

Karangan 1 01

Selain itu, pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan
kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Kini,
berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah
ditetapkan? Malangnya, Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan .
Kebanyakan kes seperti pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun
ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan. Sikap mereka seperti enau di dalam belukar
turut menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang
mengurangkan peratusan oksigen di dalam air. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus
diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, pihak sekolah juga berperanan besar dalam usaha mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar. Hal ini dikatakan kerana sekolah diibaratkan sebagai rumah kedua kepada
para pelajar. Justeru itu, pihak sekolah boleh mengadakan kem kesedaran untuk memupuk semangat
cinta akan alam sekitar dalam kalangan para pelajar. Bukan sahaja itu, guru sekolah juga boleh
memberikan pendidikan alam sekitar kepada murid melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Moral
dan Pendidikan Sivik. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugas kepada pelajar iaitu mencari
artikel-artikel yang berkaitan dengan isu pencemaran alam sekitar. Secara tidak langsung, mereka dapat
disedarkan tentang kesan buruk yang dibawa oleh pencemaran alam sekitar.

Karangan 1 01

Akhir sekali, pihak masyarakat perlulah mempraktikkan program 3R dalam kehidupan seharian,

yakni program yang dikenali sebagai” Reduce, Reuse, Recycle”. “Reduce”ialah usaha mengurangkan

penggunaan bahan sumber yang terhad iaitu bahan sumber saban hari ini yang kian berkurangan seperti

petroleum dan arang batu. “Reuse” ialah langkah menggunakan semula bahan-bahan buangan secara

terus atau mengubah fungsi bahan tersebut. Misalnya, plastik botol yang boleh digunakan semula

sebagai hiasan untuk menceriakan alam sekitar. . Bak kata mutiara, berjimat sebelum kena, ingat sebelum

habis.“Recycle” ialah langkah mengitar semula iaitu mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak

diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Hal ini bukan sahaja dapat

mengurangkan sampah malah dapat dapat menjimatkan kos untuk pelupusan sampah. Sudah terangkan

lagi bersuluh, pihak masyarakat haruslah mempraktikkan program 3R untuk menangani masalah

pencemaran alam sekitar.

Kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar diibaratkan seperti duri dalam daging yang akan
menjejaskan perkembangan negara kita. Oleh demikian itu, semua pihak perlu bersinergi dan berganding
bahu untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar dengan segara supaya negera kita dapat
berkembang pesat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju lain.

Karangan 2 02

Karangan 2 02

Kebelakangan ini, sektor pelancongan merupakan antara pendorongan kerancakan
ekonomi Malaysia. Kepelbagaian bentuk muka bumi negara Malaysia seperti
pulau,gunung-ganang dan bandarnya. Bukan sahaja itu, keunikan budaya dan bangsa juga
merupakan salah satu faktor penarikan pelancong.Maka, bagi memajukan potensi sektor
pelancongan di Malaysia, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang mampu membawa
sektor pelancongan negara kita ke tahap yang lebih baik di seantero dunia.

Antara tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah dengan meningkatkan
kualiti kemudahan awam. Pihak kerajaan sepatutnya melengkapkan kemudahan awam seperti
jaringan pengangkutan supaya dapat menjamin keselesaan pelancong untuk berkunjung di
Malaysia. Kesannya, pelancongan desa dan agro dapat meningkatkan jumlah pelancongan
domestik mahupun antarabangsa. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air,
melengkapkan prasaranan awam bukan sahaja dapat memajukan sektor pelancongan malah
memastikan kesejahteraan hidup masyarakat terjamin.

Karangan 2 02

Selain itu, pihak kerajaan boleh mengukuhkan tahap keselamatan dalam negara yang
mengakibatnya sektor pelancongan berkembang pesat. Mutakhir, berbagai-bagai kes jenayah seperti
kes penculikan dan rompakan telah dipaparkan di atas dada khabar. Senario ini akan menimbulkan
kebimbangan para pelancong terutamanya pelancong asing yang berhasrat berkunjung ke negara kita.
Justeru itu, pelbagai inisiatif perlu dijalankan untuk menguatkuasakan keselamatan negara. Contohnya,
memasang kamera litar tertutup sebagai mata-mata yang menjejak perkara yang meragukan atau
berpotensi menyebabkan kes-kes jenayah. Intihanya, keselamatan pelancong di Malaysia perlu
dipandang serius supaya mereka akan lebih selesa apabila berkunjung.

Di samping itu, pihak kerajaan boleh menganjurkan acara antarabangsa yang dapat menarik minat
pelancong asing ke negara kita. Walaupun penganjuran acara antarabangsa memerlukan kos yang amat
tinggi, tetapi kedatangan pelancongan asing atau tempatan bukan sahaja tertumpu pada musim
tertentu malah akan berterusan sepanjang tahun untuk menyertai acara atau kejohanan antarabangsa
yang dianjurkan dalam negara. Persis mutiara kata, tak lapuk dek hujan, tek lekang dek panas.
Penganjuran acara antarabangsa dapat meningkatkan industri pelancongan negara keranan peserta
atau atlet yang menyertai acara terbabit akan menjadi ejen pelancongan negara serta membuka mata
peminat mereka di seluruh dunia terhadap keunikan tanah air kita.

Karangan 2 02

Akhir sekali, pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik
minat pengunjung mancanegara. Banyak produk pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-pihak
yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa
dengan lebih banyak. Selain itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan
seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim
buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk pelancongan yang
diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong mancanegara. Oleh itu, pihak kerajaan
harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya
hidup dan kesenian masyarakat tempat. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan
baharu dapat meningkatkan sektor pelancongan.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk
meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan
iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika
tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat
diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancongan tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan
kesungguhan semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi

Karangan 3 03

Karangan 3 03

Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar pendidikan yang telah banyak membawa kemajuan
kepada pembangunan negara serta dapat menerapkan perpaduan dalam kalangan rakyatnya. Oleh itu,
wajarlah keyakinan dan kepercayaan kepada kemampuan bahasa Melayu diteruskan dalam sistem
pendidikan negara. Rakyat Malaysia mesti yakin dengan keupayaan dan kemampuan bahasa
kebangsaan. Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa Melayu kerana telah dikekalkan sehingga
sekarang sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Semua pihak perlulah bekerjasama untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

Antaranya, kita sebagai pelajar perlu rajin mempelajari bahasa Melayu kerana ia merupakan
bahasa yang menyatukan rakyat di negara ini. Pelajar boleh menyemai minat dalam mempelajari bahasa
Melayu melalui pelbagai cara yang berkesan seperti mendengar lagu Melayu. Pelajar juga boleh
melibatkan diri dalam komuniti seperti di sekolah dan badan-badan yang relevan. Di sekolah, para
pelajar boleh menjalankan program-program yang berkaitan dengan bahasa Melayu seperti bengkel
mempromosikan bahasa Melayu dan kempen kesedaran tentang kepentingan bahasa Melayu.
Aktiviti-aktiviti ini tentu dapat membantu para pelajar memartabatkan bahsa Melayu.Pendek kata,
sebagai pelajar, kita haruslah rajin berusaha mempelajari bahasa Melayu.

Karangan 3 03

Selain itu, bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Malaysia dalam sanubari rakyat pelbagai kaum,
DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang mencapai minat umum terhadap keindahan bahasa
Melayu. Aktiviti seperti Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian,
Warisan dan Pelancongan dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat
sebagai anjakan paradigma yang berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia.
Deduksinya, langkah yang sama harus diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan
rakyat.

Di samping itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi amatlah dialu-alukan. Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih
banyak kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk masing-masing.
Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan pulangan yang merangsangkan
perkembangan bahasa Malaysia sebagai bahasa ekonomi, sains, dan teknologi. Papan-papan tanda dan
iklan yang mempromosikan sesuatu produk haruslah menggunakan kata-kata bahasa Malaysia yang betul
dalam semua urusan rasmi. Dengan ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa
Malaysia bukan sahaja di negara kita malah di pentas dunia.

Karangan 3

03Akhir sekali, pihak kerajaan bole menggesa semua urusan rasmi dan surat-menyurat di semua

jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa Melayu. Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan
lebih gemar memilih Bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding Bahasa Malaysia
untuk digunakan dalam urusan syarikat mereka. Sifat nafsi yang menggunung dalam jiwa mereka
wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana mereka persis mengenepikan sebuah bahasa
yang telah mendewasakan pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga martabat
Bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman.

Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk meledakkan darjat Bahasa
Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa
kebangsaan. Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan
mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan Bahasa Malaysia untuk membawa
kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada disebut, 'yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang
baik itu budi, yang indah itu bahasa'. Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang
nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas'

Karangan 4

Karangan 4 04

Pada zaman ledakan sains dan teknologi ini, sektor perindustrian harus diberikan tumpuan

yang sepenuhnya untuk menjana ekonomi negara. Namun, kebanyakan pihak tidak sedar bahawa

industri desa yang juga mampu meningkatkan ekonomi negara, semakin dipinggirkan.

Sebenarnya, industri ini berpotensi tinggi untuk dimajukan dan dijangka akan banyak memberikan

sumbangan kepada ekonomi negara. Industri desa merupakan wadah bagi menghasilkan kerja

tangan yang dibuat oleh penduduk desa yang masih menggunakan teknik tradisional yang diwarisi

sejak zaman nenek moyang mereka.

Antaranya,Industri desa di negara kita sememangnya dapat dimajukan jika pihak kerajaan dan
pihak yang terlibat mengambil inisiatif untuk mengusahakannya. Pihak kerajaan harus sentiasa
memberi sokongan dan bantuan kewangan bagi merealisasikan industri desa sebagai penggerak
perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Industri ini harus diberikan nafas baharu
melalui suntikan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti supaya industri ini mampu
menembusi pasaran dunia sekali gus meningkatkan pendapatan negara kita. Oleh hal yang
demikian, pihak kerajaan berperanan penting dalam usaha menggalakkan generasi muda masa ini
untuk menceburi industri desa supaya industri ini dapat berkembang ke seluruh pelosok dunia .

Karangan 4 04

Selain itu,pihak kerajaan juga perlu mendorong rakyat Malaysia agar membeli
barang buatan desa melalui kempen yang dilaksanakan. Pihak kerajaan perlu bersikap
proaktif dengan mewajibkan kakitangan kerajaan agar memakai baju batik pada setiap
hari Khamis. Pihak kerajaan harus mempromosikan hasil industri desa dan kain batik ke
seantero dunia. Sehubungan dengan itu, para pelancong asing akan tertarik dengan
keunikan kain batik. Natijahnya, industri pelancongan akan turut berkembang maju.

Di samping itu, pengusaha industri desa haruslah bijak mencari peluang dan
platform dalam usaha mempromosikan atau mengkomersialkan produk mereka di
peringkat domestik mahupun global. Sekiranya pengusaha industri desa mengaplikasikan
pendekatan global dalam mencari peluang perniagaan, maka tidak hairanlah satu hari
nanti produk industri tradisional negara mampu duduk sebaris dengan produk industri
tradisional antarabangsa. Tuntasnya, pengusaha industri desa haruslah lebih berinisiatif
dan kreatif dalam memanipulasikan teknologi ICT agar industri tradisional dapat bersaing
secara kompetitif di peringkat global.

Karangan 4 04

Akhir sekali,pihak sekolah haruslah mendedahkan maklumat kepada para pelajar dengan
lebih mendalam lagi tentang kesenian industri desa supaya industri industri ini tidak lenyap
ditelan zaman. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh menganjurkan pameran dan mengadakan
pertandingan hasil industri desa. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar pada masa ini lebih
cenderung memilih barangan moden dan berjenama daripada barangan hasil industri desa.
Pihak sekolah juga haruslah menubuhkan kelab warisan yang lebih menerapkan kesenian
industri desa. Secara tidak langsung, pelajar dapat menonjolkan bakat yang terpendam dan
kreativiti mereka untuk menghasilkan barangan industri desa mengikut imaginasi serta acuan
mereka sendiri.

Konklusinya, industri desa sememangnya dapat memberi nafas baharu kepada masyarakat
luar bandar dan seterusnya meningkatkan pendapatan perkapita negara. Oleh itu, pihak yang
terbabit harus sentiasa memastikan bahawa penduduk di kawasan luar bandar diberikan
bantuan dan kemudahan yang secukupnya untuk meningkatkan hasil industri tradisional. Para
pengusaha industri ini juga harus melakukan anjakan paradigma selaras dengan keadaan
semasa supaya industri tradisional di negara kita dapat dimajukan ke tahap seantero dunia.

Karangan 5

Karangan 5 05

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu
memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak
dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya
terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya cemerlang dalam
pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu
anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?

Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam situasi
yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling
memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian dan keceriaan rumah
tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan
yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu
bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh
tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang
berat.

Karangan 5 05

Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak
dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan
harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya
dalam segala tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama.Apabila
anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan
mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk menangani hal ini,ibu bapa perlulah bertindak
lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat diselamatkan dan
boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran.

Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar supaya
anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu memberi motivasi dan galakan terhadap
anak-anak untuk belajar. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah menjadi contoh teladan yang baik terhadap anak-anak kerana
anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu
bapa perlulah menitikberatkan pelajaran anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen
serta menyediakan buku-buku rujukan yang lengkap untuk memudahkan anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah.
Langkah ini penting kerana secara tidak langsung anak-anak telah ditanamkan dengan sikap suka membaca. Situasi ini
boleh menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak untuk membaca buku-buku tersebut. Natijahnya, anak-anak akan
mempunyai kesedaran dalam kehidupan mereka sehingga mereka berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran.

Karangan 5 05

Akhir sekali, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta

bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak. Untuk mengetahui perkembangan pelajaran

dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutama

guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini penting kerana jika anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran

atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal ini,

anak-anak pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Oleh itu,

jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan

selalu berbincang dengan guru-guru lain agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh memberikan

tumpuan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Konklusinya, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak
sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan
anak-anak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam
masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar
dalam mencorakkan masa depan anak-anak khususnya untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam
pelajaran.

Karangan 6

Karangan 6 06

Pada zaman pasca kemerdekaan ini, permainan tradisional adalah merujuk kepada permainan

budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh yang tertentu sebagai

pengisi masa lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tak lapuk dek

hujan dan tak lekang dek panas. Antara jenis permainan tradisional tersebut termasuklah congkak, wau,

gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng, guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya.

Kebanyakan daripada permainan tersebut kurang diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan

bahawa permainan tradisional berkenaan akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk

mengetengahkannya dalam kalangan khalayak ramai khususnya generasi masa ini. Persoalannya, apakah

peranan yang seharusnya generasi muda mempromosikan permainan tradisional?

Antaranya, generasi muda harus memupuk minat diri sendiri terhadap permainan tradisional.
Remaja pada masa ini banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh modernisasi dan perubahan. Mereka
sering menganggap permainan tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu, generasi muda
harus memartabatkan diri sendiri dalam bidang permainan tradisional. Hal ini boleh dilakukan atas
kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai informasi berkaitan dengan permainan tradisional.Secara
tidak langsung, wujud kesedaran dalam diri sendiri untuk memartabatkan permainan tradisional di
negara ini bagi menyaingi permainan moden yang semakin popular dalam kalangan remaja.

Karangan 6 06

Selain itu, usaha yang boleh generasi muda lakukan adalah dengan menjadikan permainan tradisional sebagai
pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan rakan-rakan sebaya pada waktu petang atau pada masa cuti
sekolah bagi menggantikan permainan moden. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional
malah dapat memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh mengelakkan diri saya
sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatif akibat daripada pengaruh rakan-rakan dan
persekitaran yang tidak baik. Bagi generasi muda , lebih baik mengisi masa dengan bermain permainan tradisional
daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jelaslah permainan tradisional mendatangkan banyak
kebaikan kepada generasi muda masa ini.

Di samping itu, generasi muda sebagai pelajar sekolah haruslah berani mengesyorkan kepada guru-guru di
sekolah agar permainan tradisional menjadi salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum. Hal ini secara tidak
langsung akan memperkenalkan permainan tradisional kepada semua pelajar. Generasi muda juga boleh menyertai
permainan tradisional yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti kokurikulum dan juga persatuan
akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan membuat wau, pertandingan bermain congkak dan
demonstrasi permainan daripada golongan tua yang lebih berpengalaman bagi menarik minat pelajar. Dengan cara
tersebut, minat remaja terhadap permainan tradisional dapat dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional dapat
dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan
dengan pelbagai permainan tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam secara semula jadi. Maka para
pelajar perlu berani membuat perubahan ke arah memartabatkan permainan tradisional.

Karangan 6 06

Akhir sekali, remaja perlu menanamkan semangat cinta akan budaya terutama permainan tradisional. Hal ini
adalah kerana, permainan tradisional merupakan budaya masyarakat Malaysia sejak dahulu dan perlu
diteruskan dan dipelihara agar dikenali oleh generasi akan datang. Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan
ditanam dalam diri sejak kecil sesuai dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika asasnya
telah kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan segan silu mempertahankan dan memartabatkan
permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa kerana sesuatu yang sukar pada awalnya akan menjadi mudah dan
biasa jika selalu dilakukan dan diamalkan. Begitulah juga yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika
remaja seperti saya telah mula menanamkan sikap sayang dan cinta akan budaya masyarakat ini, maka sudah
pasti permainan tradisional terpelihara megah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya kecintaan
terhadap permainan tradisional akan memupuk juga rasa cinta terhadap negara

Kesimpulannya, generasi muda hendaklah berusaha mempromosikan permainan tradisional agar
permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia umumnya dan generasi
muda khususnya. Maka golongan muda perlu berganding bahu dan meminta bantuan golongan yang lebih tua
agar permainan tradisional terus dimartabatkan dan diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti.
Kedua-dua golongan boleh saling bekerjasama sebelum nasi menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan
dikekalkan di negara ini dengan menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.

Karangan 7

Karangan 7 07

Malaysia wujud daripada ketamadunan silam, iaitu Kesultanan Melayu Melaka dan

kerajaan-kerajaan awal,seperti Kerajaan Langkasuka,Kerajaan Kedah Tua, dan beberapa kerajaan

lain di Pantai Timur Semenanjung. Malaysia dijajah selama 446 tahun dan mencapai kemerdekaan

pada 31 Ogos 1957.Sejarah penubuhan kerajaan dan penjajahan ini pastinya banyak meninggalkan

tempat bersejarah sama ada yang bercirikan tempatan atau Eropah sehingga negeri Melaka dan

Pulau Pinang telah diiktiraf olch UNESCO, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai antara

tapak warisan dan ketamadunan dunia.

Kini,kebanyakan tempat bersejarah di negara ini telah dijadikan oleh kerajaan negeri
masing-masing sebagai satu daripada daya tarikan pelancongan. Bangunan-bangunan sejarah
tersebut telah dibaik pulih dan dijadikan muzium serta diwartakan oleh kerajaan sebagai bangunan
bersejarah. Negeri Melaka misalnya, banyak mempunyai tinggalan penjajah. Selain terkenal oleh
Kota A Famosa yang dibina oleh penduduk tempatan semasa penjajahan Portugis, negeri bertuah
tersebut popular juga dengan "bangunan merah", iaitu Bangunan Stadthuys, peninggalan penjajah
Belanda yang masih utuh hingga kini. Terdapat juga tempat-tempat bersejarah yang mempunyai ciri
tempatan di Melaka, seperti Perigi Hang Li Po, Makam Hang Tuah,dan sebagainya.

Karangan 7 07

Lawatan ke tempat-tempat bersejarah banyak membęrikan faedah kepada pelancong,

antaranya menambahkan ilmu pengetahuan sejarah. Selama ini, kebanyakan murid atau individu

mengetahui sejarah sesuatu tempat bersejarah itu melalui pembacaan buku, surat khabar,

majalah, atau Internet, selain tontonan televisyen. Apabila mereka melawat ke tempat-tempat

tersebut, mereka dapat mengetahui sejarahnya dengan lebih jelas. Pengalaman dan pengetahuan

yang diperoleh secara langsung Itu sememangnya berbeza kerana memberikan kepuasan kepada

pelancong apabila dapat menyaksikan tinggalan sejarah tersebut dengan mata kepala sendiri.

Usaha kerajaan menjadikan tempat-tempat bersejarah sebagai tarikan pelancong
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat. Selain meningkatkan tukaran wang asing
dengan kedatangan pelancong asing,peluang pekerjaan turut terbuka luas kepada warga
tempatan, terutama dalam bldang yang menyediakan kemudahan pengangkutan, penginapan,
makanan, pusat bell-belah, tempat-tempat persiaran, kegiatan sukan, dan sebagainya. Dalam hal
ini, kawasan di tempat bersejarah tersebut menjadi maju dan seterusnya meningkatkan
pendapatan negara. Jelaslah bahawa lawatan ke tempat bersejarah bukan sahaja membangunkan
negara, bahkan juga memberikan faedah kepada rakyat tempatan.

Karangan 7 07

Bagi pelancong tempatan, terutama murid, lawatan ke tempat-tempat
bersejarah, sama ada dengan menyertai rombongan sekolah ataupun bersama-sama
keluarga, membolehkan mereka mengisi masa lapang dengan keġiatan yang
berfaedah. Hal ini sekali gus menghindarkan mereka daripada melakukan aktiviti
yang negatif, seperti melepak, menghabiskan masa dan wang di kafeteria siber, dan
sebagainya. Tambahan pula,lawatan bersama-sama keluarga dapat mengeratkan
hubungan kekeluargaan dan dapat mewujudkan keluarga bahagia yang menjadi
tunjang kepada pembentukan perilaku positif anak-anak.

Kesimpulannya, tempat-tempat bersejarah perlu dipelihara agar terus kekal
sepanjang zaman sebagai simbol ketamadunan bangsa dan penjajahan negara pada
masa silam. Pemuliharaan tempat-tempat bersejarah juga harus dilaksanakan secara
berterusan supaya faedah-faedahnya dapat dinikmati oleh para pelancong.

Karangan 8

Karangan 8 08

Peribahasa ada mengatakan bahawa "kalau hendak melentur buluh, biarlah dari
rebungnya".Berpegang, pada peribahasa tersebut, pelaksanaan Pendidikan Sivik di sekolah
yang bermula sejak Jun 2019 bertujuan melahirkan generasi muda yang bermoral tinggi.
Penerapan pendidikan yang menumpukan kepada empat nilal teras, iaitu kasih sayang,
kegembiraan, hormat-menghormati dan tanggungjawab sangat penting untuk
dilaksanakan.

Antara kepentingan pendidikan sivik dalam kalangan generasi muda adalah seperti
melahirkan warganegara yang berakhlak mulia. Hal ini berkaitan dengan perkembangan
semasa apabila generasi muda semakin melupai nilai-nilai murni dalam kehidupan. Oleh
yang demikian, pengenalan pendidikan ini membolehkan mereka mempraktik serta
mendalami nilai-nilai tersebut dalam pergaulan seharian. Misalnya,menghormati hak dan
kepercayaan rakan-rakan yang berlainan etnik. Kesannya. pelajar dapat berinteraksi dan
berkomunikasi secara sopan dengan orang Iain bak kata slogan "budi bahasa budaya kita".

Karangan 8 08

Selain Itu, pendidikan sivik juga penting untuk 'melahirkan anggota masyarakat yang bersatu
padu dan penyayang. Hal ini penting kerana masyarakat yang penyayang akan lebih memahami dan
saling bertoleransi antara satu dengan yang lain bak kata peribahasa "berat sama dipikul, ringan sama
dijinjıng". Dengan berbuat demikian, masyarakat yang berbilang kaum dapat hidup dalam suasana
yang aman dan harmoni. Tamsilnya,wujud kefahaman dari segi tradisi, keagamaan serta kebudayaan
antara masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik. (Kesan) Sehubungan dengan Itu, rakyat dapat
mengelakkan sebarang konspirasi yang berusaha untuk memecahbelahkan kerukunan di negara kita.

Seterusnya, kepentingan pendidikan sivik yang lain adalah untuk 'memupuk nilai hidup saling
bergantung. Hal Ini penting bag mengatasi cabaran dan dugaan yang berlaku serta mengambil
tindakan yang sewajarnya. Hal ini dikatakan begitu kerana sikap ini berperanan dalam menjalinkan
rangkalan kemasyarakatan yang erat. Misalnya,masyarakat dapat memainkan tanggungjawab sebagai
rakyat Malaysia untuk menyempurnakan slogan "Sayangi Malaysiaku”. Kesannya, wujud masyarakat
demokrasi yang mengiktiraf persamaan taraf tanpa mengira agama, bangsa dan budaya persis
peribahasa 'di mana bumi dipijak, dl situ langit dijunjung'.

Karangan 8 08

Pada masa yang sama, pendidikan sivik juga penting dalam memupuk perasaan bangga dan
cinta akan negara. Hal Ini dikatakan demikian kerana pendidlkan sivik dapat melahlrkan
warganegara yang patriotik. Dalam konteks ini, kesedaran kewarganegaraan dapat memainkan
peranan yang konstruktif dalam pelbagal bidang. Contohnya,bekerjasama dalam usaha
menangani cabaran serta ancaman yang akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan
negara. Impaknya, benteng negara dalam membentuk perpaduan rakyat dapat diperkukuh
kerana bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.

Kesimpulannya, pendidikan sivik yang bermatlamat melahirkan insan limlah harus digalas
bersama. Tegasnya,kesedaran sivik dan amalan nilai murni ini berupaya memulihkan mentaliti
‘kelas ketiga’ dalam kalangan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masyarakat pada
suatu hari nanti. Oleh yang demikian, semua pihak harus mengambil tanggungjawab untuk
mendidik generasi muda demi keutuhan pada masa hadapan. Hal Inl bersesuaian dengan
peribahasa, 'pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara'.

Karangan 9

Karangan 9 09

Sektor pertanian penting bagi memastikan negara mempunyai simpanan makanan yang
mencukupi untuk tahun-tahun akan datang. Dengan perubahan teknologi yang semakin maju,
pertanian bukan lagi terhad kepada pengeluaran ladang sebaliknya sudah memasuki dunia yang
lebih luas seperti penghasilan benih atau baka baru, pemprosesan dan pemasaran hasil pertanian.
Pertanian kini melibatkan penggunaan bioteknologi, kejurutera¬an genetik, kultur tisu,
pertanian persis dan pelbagai lagi teknologi baharu. Penggunaan teknologi dalam pertanian
amatlah diperlukan untuk mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti.

Generasi muda sangat digalakkan melibatkan diri dalam menceburi bidang pertanian yang
kini sudah menjadi satu perniagaan yang membawa pulangan. Keadaan ini sekaligus akan
mengurangkan jumlah pengangguran di negara ini dan membuka lebih banyak peluang
pekerjaan untuk masyarakat setempat. Sebagai contoh di Semenanjung Malaysia, ramai di
kalangan usahawan pertanian sama ada dalam penanaman buah-buahan atau pertanian lain
berjaya memperoleh jualan sehingga RM1 juta sebulan.

Karangan 9 09

Ini kerana bidang ini adalah sangat mudah untuk dilakukan dan setakat ini juga tiada
sebarang isu dari segi pemasarannya. Selain itu, penglibatan generasi muda dalam bidang
pertanian sangat penting kerana negara memerlukan hasil-hasil pertanian untuk kegunaan
penduduk dan untuk eksport sebagai menjana ekonomi negara. Jika kita tidak mementingkan
pertanian, ini bermakna banyak wang terpaksa dibelanjakan oleh kerajaan untuk keperluan
mengimport makanan.

MyAgrosis merupakan contoh program agropreneur yang sangat bagus terutamanya
kepada generasi muda kerana sektor ini mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan. Peluang
berniaga bersama-sama dengan para petani moden yang lain bukan sahaja mendedahkan
generasi muda dengan pelbagai ilmu keusahawanan, tetapi turut dapat memenuhi keperluan
komuniti setempat. MyAgrosis bukan sahaja memperkenalkan generasi muda dengan
perniagaan ikan sejuk beku, tetapi membuka minat generasi muda untuk bergiat aktif dalam
bidang agropreneur selepas tamat pengajian kelak. Apabila menyertai program seperti ini iaitu
peluang berniaga bersama golongan pengusaha atau petani, timbul rasa minat untuk
berjinak-jinak dalam perniagaan.

Karangan 9 09

Sehubungan dengan itu, sebagai langkah untuk menarik minat generasi muda untuk menceburi
bidang pertanian, kerajaan perlu mempelbagaikan pameran pertanian seperti Pameran Pertanian,
Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) kerana ia boleh dijadikan sebagai satu galakan,
rujukan dan penyuntik semangat untuk generasi muda menceburi bidang pertanian. Ini kerana bidang
pertanian sebenarnya mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusahanya jika dilakukan secara
bersungguh-sungguh dengan menggunakan pendekatan yang baik dan strategi pemasaran yang betul.
Sehubungan dengan itu, kerajaan melalui pelbagai jabatan dan badan sokongan perlu mewujudkan Pusat
Sumber Pemasaran yang lengkap dengan menyediakan pelbagai peluang dan kemudahan kepada generasi
muda dalam bidang ini untuk bantuan serta sokongan memajukan bidang pertanian. Usaha ini
merangkumi penyediaan bantuan khidmat nasihat, peralatan, seminar memantapkan pengetahuan,
penyediaan tapak pemasaran hasil pertanian serta banyak lagi kemudahan lain.

Justeru, tidak dapat dinafikan penglibatan generasi muda dalam bidang pertanian sangat penting
untuk menjadi pelapis kepada generasi lama yang masih aktif dalam kegiatan pertanian yang
membabitkan tanaman. Tugas berat akan menanti generasi muda untuk mencorak dan mewarnakan bidang
pertanian di negara ini. Diharap mereka dapat menjadikan bidang ini sebagai satu sektor yang amat
berpotensi dan menjanjikan keuntungan kepada negara.

Karangan 10

Karangan 10 10

Sektor pelancongan negara, termasuk dunia, mengalami kejatuhan yang teruk sejak

pandemik Covid-19 melanda dunia. Pada 31 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah

mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik, iaitu sebagai wabak yang merebak ke seluruh dunia

dengan pantasnya sekali gus menjejaskan sektor pelancongan. Apabila Covid-19, iaitu sejenis

virus yang berkait rapat dengan virus SARS merebak dengan cepatnya, sektor pelancongan yang

menjadi sumber pendapatan utama negara terus lumpuh . Kes pertama Covid-19 di Malaysia

dicatatkan pada 25 Januari 2020, iaitu tiga orang pelancong yang merupakan warga negara China

memasuki Malaysia melalui Johor. Susulan daripada kes pertama itu, kerajaan Malaysia telah

mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 yang menyebabkan

kemasukan pelancong dari luar terpaksa disekat. PKP dan Covid-19 banyak memberikan impak

kepada negara terutamanya sektor pelancongan. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang

perlu diambil untuk merancakkan sektor pelancongan negara kita?

Karangan 10 10

Satu daripada usaha yang perlu dilakukan ialah pemain industri pelancongan perlu
menyesuaikan diri dengan amalan baharu aktiviti harian untuk memulihkan sektor pelancongan
yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. Dalam hal ini, kerjasama Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia,
Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia, Malaysia Inbound Tourism
Association, agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu untuk membangunkan
industri itu semula. Sebagai contohnya, mereka perlu berganding bahu berusaha untuk
mengadaptasikan amalan baharu termasuk memahami perubahan dalam pemikiran pelancong
antarabangsa mahupun tempatan. Melalui usaha ini, pelancong dari luar yang memahami
konsep amalan baharu dan langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak kerajaan akan
dapat bersiar-siar di negara kita dengan selamatnya. Tegasnya, usaha ini sudah pasti akan
merancakkan industri pelancongan negara.

Karangan 10 10

Selain itu, kerajaan hendaklah memulihkan dan merancakkan sektor ini semula dengan
memfokuskan pelancongan domestik Oleh sebab kebanyakan negara di dunia dilanda oleh
pandemik Covid-19, sasaran kerajaan ialah pelancong tempatan. Usaha untuk menarik
kehadiran pelancong tempatan diutamakan kerana mereka sudah memahami prosedur operasi
standard mengenai pencegahan penularan Covid-19 seperti saranan Kementerian
Kesihatan.Oleh sebab tindakan kerajaan yang tegas, manakala rakyat pula sentiasa bersedia
untuk mematuhi SOP, mereka dapat melancong di seluruh negara dalam keadaan yang selamat.
Sebagai contohnya, rakyat bebas untuk melancong ke mana-mana destinasi tempatan kecuali di
kawasan merah dengan syarat SOP dipatuhi. Dengan adanya kefahaman mengenai SOP yang
ditetapkan sekurang-kurangnya keberangkalian penularan Covid-19 dalam kalangan pelancong
domestik rendah jika mereka mengamalkan dan mematuhi kesemua SOP. Melalui kerjasama
antara rakyat dengan kerajaan, sektor pelancongan negara akan kembali pulih.

Karangan 10 10

Seterusnya, pengumuman kerajaan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kepada
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan telah memberikan nafas semula kepada sektor
pelancongan. Tindakan ini telah membenarkan sektor pelancongan kembali beroperasi. Sebagai
contohnya, penduduk Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada melakukan pergerakan
rentas negeri telah dibenarkan berbuat demikian. Usaha ini merupakan satu tindakan yang
produktif yang membawa kepada perkembangan positif bagi sektor pelancongan untuk bangkit
semula selepas berbulan-bulan mengalami kemerosotan disebabkan impak pandemik Covid-19.
Tegasnya, PKPP yang dilaksanakan oleh kerajaan telah menyebabkan sektor pelancongan mula
aktif semula terutamanya pelancongan domestik.

Karangan 10 10

Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai strategi yang perlu dirancang untuk memajukan
sektor pelancongan di Malaysia semasa Covid-19 melanda. Langkah-langkah tersebut perlu
dilaksanakan dengan berhati-hati agar negara kita akan lebih dikenali di persada dunia kelak
kerana menurut Peter F.Drucker, langkah terbaik untuk meramal masa depan ialah kita
menciptanya pada masa sekarang. Menerusi usaha secara bersepadu daripada pelbagai pihak
yang bekerjasama bagai aur dengan tebing, hasrat Malaysia untuk menjadi buah mulut
penduduk dunia akan mudah digapai. Selain itu, pembangunan sektor pelancongan negara yang
pesat juga mendorong kepada peningkatan ekonomi negara. Tun Dr. Mahathir pernah
mengatakan bahawa dunia moden ialah satu perlumbaan, yang malas akan ketinggalan dan
cuma yang berusaha akan berjaya. Oleh itu, Malaysia wajarlah berusaha untuk memanfaatkan
segala kelebihan yang ada sebagai negara yang kaya dengan alam semula jadi dan budaya yang
unik untuk berdiri megah di mata dunia walaupun pandemik Covid-19 melanda.

Terima Kasih

Ada soalan ?

CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icons by Flaticon,

and infographics & images by Freepik
Please keep this slide for attribution


Click to View FlipBook Version