Geografi Skala dan Tingkatan 2 Jarak Zulhazlia binti Zulkifli SMK Seri Berang 21700 Kuala Berang Hulu Terengganu
Di akhir pembelajaran, murid dapat 1. Menyatakan jarak mutlak, jarak relatif, skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan. 2. Menerangkan jarak mutlak, jarak relatif, skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan. 3. Menggunakan skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan untuk menentukan jarak sebenar 4. Menentukan jarak sebenar berpandukan skala pada peta
Uji Minda Bagaimanakah Rashid boleh melukis pelan bilik darjah yang luas di atas sehelai kertas yang kecil?
Skala • Skala ialah nisbah jarak sebenar permukaan bumi dengan jarak yang diwakilkan di atas peta • Skala digunakan untuk a) Memudahkan penyediaan pelan/ peta b) Menjimatkan penggunaan ruang c) Memudahkan kerja-kerja pembacaan dan pentafsiran peta dijalankan
Tips! Untuk memahami skala dan jarak dengan baik, murid perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang ukuran asas matematik iaitu 1 cm 1 meter 1 kilometer Uji minda! Bagaimanakah 1 km hendak ditukar ke ukuran meter?
Jenis Skala Terdapat 3 jenis skala iaitu a) Skala penyata b) Skala lurus c) Pecahan wakilan
Skala Penyata Skala penyata ialah skala yang dinyatakan menggunakan perkataan. Skala ini merupakan skala yang paling mudah difahami. Skala Penyata Maksudnya 1 cm mewakili 1 km Jarak 1 cm di atas peta mewakili 1 km di bumi 1 cm mewakili 500 m Jarak 1 cm di atas peta mewakili 500 m di bumi 1 cm mewakili 20 km Jarak 1 cm di atas peta mewakili 20 km di bumi
Uji minda Antara ke tiga-tiga skala yang dinyatakan, skala manakah yang paling besar? 1 cm mewakili 100 cm 1 cm mewakili 1km 1 cm mewakili 500 m
Skala Lurus Skala lurus ialah garisan lurus yang ditanda mewakili jarak sebenar di permukaan bumi Terdapat dua jenis skala lurus iaitu a) Skala lurus mudah b) Skala lurus penuh Kelebihan skala ini ialah jarak sebenar akan terus diperoleh jika kita menggunakannya
Skala lurus mudah Skala lurus penuh
Pecahan wakilan Pecahan wakilan ialah perbandingan jarak di atas peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi Ianya dinyatakan dalam bentuk pecahan dan dinyatakan tanpa unit 1: 2000 atau 1 2000 1 unit di atas peta 2000 unit di atas permukaan bumi
Menukarkan skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan 1. Teliti skala lurus dan nyatakan jarak yang diwakili oleh satu cm 2. Tukarkan jarak sebenar
Contoh 1 Tukarkan skala lurus di bawah kepada skala penyata Panjang 1 cm bersamaan dengan 5km di atas bumi. Maka skala penyatanya ialah 1 cm mewakili 5 km
Contoh 2 Tukarkan pecahan wakilan berikut kepada skala penyata 1: 100,000 1cm : 100, 000 cm 1cm : 100, 000÷100,000 1cm : 1 km Oleh itu, skala penyata bagi pecahan wakilan ini ialah 1 cm mewakili 1 km 100,000 hendak ditukar kepada km perlu dibahagi dengan 100,000 kerana 1 km = 100,000 cm
Jarak Jarak adalah ukuran diantara dua titik Jarak boleh diukur menggunakan jarak mutlak dan jarak relatif Jarak mutlak menggunakan ukuran piawai seperti sentimeter, meter dan kilometer Manakala jarak relatif diukur dengan menggunakan masa (minit/jam) atau dalam bentuk kos
Mengukur jarak Jarak di dalam peta boleh dibahagikan kepada dua iaitu a) Jarak lurus b) Jarak melengkung Jarak yang lurus biasanya melibatkan jalan raya, talian eletrik dan jalan keretapi Jarak melengkung pula melibatkan jarak ukuran sungai serta kawasan pinggir pantai dan muara
Peralatan yang digunakan untuk mengukur jarak Jarak lurus Jarak melengkung 1. Pembaris 1. Benang putih 2. Jangka tolok 2. Jalur kertas 3. Jalur kertas 3. Pembaris
Cara mengukur jarak lurus Jika Ali berada di Kg Selama dan dia hendak ke rumah kawannya di Kg Damai dengan menaiki motosikal. Berapakah jarak yang dilalui oleh Ali? Skala peta : 1 cm mewakili 2 km
Mengukur jarak lurus Jarak Kg Selama ke simpang jalan = 6 cm
Jarak simpang jalan ke simpang jalan = 6.3 cm
Jarak simpang jalan ke Kg Damai = 1 cm
Oleh itu, perjalanan Ali dari Kg Selama ke kg Damai melalui jalan ialah = 6.0 cm + 6.3 cm + 1 cm = 13.3 cm Mana kala, jarak sebenar di atas peta ialah = 13.3 cm x 2 ( 1 cm mewakili 2 km) = 26.6 km Ali perlu menaiki motosikal sejauh 26.6 km untuk menuju ke rumah kawannya… jarak jauh juga ya!
Jarak relatif Jarak relatif ialah jarak yang diukur menggunakan kos atau masa. Jarak ini sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap mengikut perubahan masa
Contoh Jenis kenderaan Kos Masa Bas RM 0.50 20 minit Teksi RM 2.00 10 minit Azlin tinggal di Kg Damai. Dia hendak ke rumah datukknya di Kg Selama. Jika dia hendak menjimatkan duit belanja, apakah jenis perkhidmatan yang dia boleh gunakan? Berapakah pula kos untuk kenderaan yang dinaikinya?
Jawapan:- Untuk menjimatkan kos, Azlin boleh menggunakan bas untuk ke rumah datuknya Jika menggunakan bas, kos tersebut ialah 26.6 km x RM 0.50 = RM 13.30