1 KERTAS KERJA HARI KELUARGA TUAN HAJI MOHAMED NOR & HAJJAH SITI KHATIJAH BINTI SETAPA 2024 1. PENGENALAN Hari Keluarga yang akan diadakan merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan sasama keluarga masing-masing. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli keluarga. Aktivitiaktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara adik-beradik dan keluarga. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan agar sambutan Hari Keluarga ini akan meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya. 2. OBJEKTIF 1. Memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang. 2. Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga. 3. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilainilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 4. Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan adik beradik sekaligus dapat memantapkan lagi institusi kekeluargaan yang sedia ada. 3. TEMA Cadangan tema hari keluarga ialah “SANTAI SAMA-SAMA” Cadangan tema baju ialah warna “PINK” 4. PERINCIAN PROGRAM Tarikh : 10 & 11 Februari 2024 (Sabtu-Ahad) Tempat : Kediaman Rasmi Haji Mohamed Nor Anggaran Bil Peserta : 33 orang 5. PESERTA Semua ahli keluarga.
2 6. AHLI JAWATANKUASA Penaung : Tn. Haji Mohamed Nor Bin Mat (Tok Yah) Penasihat :Hajah Siti Khatijah Binti Setapa (Tok Ma) Pengerusi : Nor Haslizura Binti Mohamed Nor (Mok De) Timbalan Pengerusi : Ayahnda Setiausaha : Nor Haslinda Binti Mohamed Nor (Ummi) Bendahari : Nor Hafidah Binti Mohamed Nor (Anti) JK Sukan & Rekreasi : Muhammad Ismat Hafizi Muhammad Ismarul Hakimi Muhammad Adlin Azzakirin JK Hadiah : Nor Hidayu Binti Mohamed Nor (mok nik) Nurul Izzati Batrisya JK Teknikal & Peralatan : Muhammad Hasrun Bin Mohamed Nor (eteh) Uncle Abah Syam JK Pengacara Majlis : Nor Habibatul Jannah Binti Mohamed Nor (mak dek) JK Jamuan : Nor Hasliza Binti Mohamed Nor (ibu) Mak cik JK Hidangan : Ayah Ngah Ayah Nik JK Publisiti Murahan : Mak Teh JK Doa, Tahlil : Muhammad Hafizuddin Bin Mohamed Nor
3 7. TENTATIF PROGRAM (10/2/2024) 1. Selepas zohor 2.30pm: preparation bahan memasak 4.30pm: Persediaan tempat (makan hidang set talam). 5.30pm: Permulaan game kanak2. 6.00pm: Permulaan game ramai2 2. Lepas maghrib 7.00pm: Solat maghrib berjemaah, bacaan yaasiin, tahlil dan solat isya' 8.30pm: Majlis makan 9.30pm: Majlis penyampaian hadiah (11/2/2024) 8.00am: Sarapan 9.00am: Memancing 12.00pm: gotong-royong masak tengahari 1.30pm: makan, solat 2.00pm: Mula mengemas dan membawang 6.00pm: bersurai 8. Menu Hidangan Set Talam Western Chicken Chop Lamb Grill Spaghetti Aglio Olio Jagung Mix Salad Cheese wedges Sosej Fries Blackpepper sos Buah
4 9. Menu Hidangan Tengahari 10hb, pagi dan tengahari 11hb Nasi Putih Patin Tempoyak Ulam Budu Ayam Kunyit Nasi Lemak Roti Canai Tangan Bulu Nasi putih Singgang Daging Ikan Goreng Ulam Budu Polisterin
5 9. ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA MASUK (RM) KELUAR (RM) CATATAN 1 DUIT KELUARGA 2 Hadiah : Kategori Sukaneka: 5 tahun kebawah ( 3 hadiah ) 6 – 10 tahun ( 5 hadiah ) 13 – 22 tahun ( 3 hadiah ) Pasangan ( 7 hadiah ) Keluarga ( 5 hadiah ) 10.00 X 3 ORANG = 30.00 10.00 X 5 ORANG = 50.00 10.00 X 3 ORANG = 30.00 10.00 x 7 pasangan = 70.00 10.00 x 5 keluarga = 50.00 BOTOL AIR BEKAS BEKAL BALDI BESEN BAKUL 3 MAKANAN DAN BAHAN MENTAH Chicken Chop Lamb Grill Spaghetti Aglio Olio Jagung Mix Salad Cheese wedges Sosej Fries Blackpepper sos Buah Patin Ayam Ikan Daging Polistrin 10. PENUTUP Dengan terlaksananya Hari Keluarga pada tahun 2024 ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan ahli keluarga, di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kekeluargaan serta kasih sayang dikalangan ahli keluarga.