1 KERTAS KERJA SIMULASI HAJI CILIK PRASEKOLAH SEKOLAH RENDAH ISLAM INDERA MAHKOTA 2023M/1444H TARIKH 26 JUN 2023/ 8 ZULHIJJAH 1444H MASA 9:00 AM – 11:00 AM HARI ISNIN ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PRASEKOLAH
2 01. PENDAHULUAN Ibadat haji merupakan kemuncak rukun Islam seseorang. Perlaksanaannya merangkumi falsafah empat rukun Islam sebelumnya iaitu syahadah, solat, menahan kesabaran dan kesediaan berkorban harta. Justeru, perlaksanaannya perlu dihayati dengan sepenuh jiwa agar mencapai kemabruran yang dihajatkan. 02. RASIONAL Kurikulum Kebangsaan menggariskan murid mesti didedahkan dengan teori haji bermula dari awal lagi. Namun, pembelajaran teori tanpa disokong oleh praktikal menjadikannya kurang berkesan. Maka, unit kokurikulum dengan kerjasama jawatankuasa prasekolah mengambil inisiatif merancang dan cuba melaksanakan Praktikal haji ini agar pelajar memahami bukan sekadar teori, malah menjalani pengalaman separa sebenar tentang ibadah mulia ini. 03. OBJEKTIF Objektif perlaksanaan Simulasi Haji Cilik (SHC) adalah: 3.1 Memberikan proses pembelajaran dan pengalaman kepada kanak-kanak tentang perjalanan ibadah haji. Kanak-kanak merasai suasana panas, sesak dan kepayahan melaksanakan haji untuk memberikan mereka pemikiran bagaimana perjalanan ibadah haji yang sebenarnya. 3.2 Mencetuskan inspirasi dan keinginan kepada anak-anak untuk segera melaksanakan ibadah umrah atau haji. Mereka boleh memberikan asbab kepada ibu bapa untuk celik umrah dan haji. 3.3 Mengumpulkan seramai mungkin murid prasekolah bagi mewujudkan suasana haji yang sebenar. 3.4 Mendedahkan praktikal dan rukun-rukun haji dengan cara yang lebih mudah untuk difahami oleh kanak-kanak. 04. SASARAN Semua murid Prasekolah, Sekolah rendah Islam Indera Mahkota. 05. TARIKH PELAKSANAAN TARIKH : 26 JUN 2023 (ISNIN) MASA : 10:00 pagi– 12:00 tengahari TEMPAT : TEDUHAN ILMU
3 06. TENTATIF PROGRAM 10:00 pagi - Murid prasekolah berkumpul di Teduhan Ilmu 10:15 pagi - Ucapan alu-aluan 10:30 pagi - Ceramah ringkas tuntutan ibadat haji dan umrah 11:00 pagi - Latihan praktikal ibadah tawaf, saie dan melontar 12:00 tgh - Bersurai 07. JAWATANKUASA INDUK Penasihat - Puan Shalmisyam Binti Shahuddin (Guru Besar) Pengerusi - Puan Nor Haslinda Binti Mohamed Nor (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) Timbalan Pengerusi - Cik Izzatul Husna Binti Rahaman (Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum) Naib pengerusi I - Encik Muhammad Huzaifah Bin Mohd Noor Fitri (Guru Penolong Kanan HEM) Penyelaras - Puan Suhaila Binti Abd Manap( Penyelia Prasekolah) Setiausaha - Puan Noor Shuhailla Binti Othman Bendahari - Puan Nurul Farhana Binti Mohamed Alias AJK: BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 1 JURUACARA MAJLIS NORIZAN BT MASUUD Mengacarakan majlis Menyediakan teks ucapan Memastikan majlis berjalan lancar. 2 MULTIMEDIA & JURUFOTO MUHAMMAD SUHAIMI BIN ABDUL RAZAK Mengambil gambar sepanjang program berlangsung Memuat naik di dalam facebook sekolah 3 SIARAYA/ PA SISTEM MUHAMMAD FAKRUR RADZEE Menyediakan peralatan siaraya Memastikan peralatan berfungsi dengan baik. 4 KAWALAN JEMAAH SITI HANISAH BINTI ZAKARIANUR AWANIS BINTI KATABE Membantu mutawwif membawa jemaah menjalankan ibadah tawaf, saie, melontar. 5 MUTAWWIF ZULMUKSAH BIN HJ ABDUL MUBIN Mengendalikan program simulasi haji. Memberi panduan mengerjakan haji kepada Jemaah.
4 6 KAWALAN DISIPLIN NOOR SHUHAILLA BINTI OTHMAN NURUL FARHANA BINTI MOHAMED ALIAS Memantau pergerakan murid. Memastikan disiplin murid terkawal 7 PERSIAPAN TEMPAT NORFADZILAH BINTI ROSLAN NUR SYAHIRAH BINTI ABDUL GHANI LAILATUL AMIRA BINTI MOHD AZIMI Menyediakan tempat program seperti tempat tawaf, saie dan melontar. 8 POSTER/ HEBAHAN NUR HUSNA BINTI MOHD YUNUS Membuat poster untuk hebahan ibu bapa/ penjaga prasekolah. 9 PERALATAN DAN BAHAN MOHD FARRIZ BIN MOHD RAZDI MUHAMMAD NAZRUL IZWAN BIN ABDUL KHALID ASFARIHAN BINTI JAAFAR Menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan. Contoh kaabah, batu untuk melontar di jamrah. 08. PENUTUP Diharapkan program ini dapat menarik minat para pelajar untuk meminati matapelajaran Pendidikan Islam dan seterusnya dapat menanamkan cita-cita untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5 (menunaikan haji ke Baitullah). DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: DISAHKAN OLEH: PN. NOOR SHUHAILLA OTHMAN PN. NOR HASLINDA MOHAMED NOR PN. SHALMISYAM BINTI SHAHUDDIN PRASEKOLAH GPK KOKURIKULUM GURU BESAR, SEK REN ISLAM INDERA SEK REN ISLAM INDERA MAHKOTA SEK REN ISLAM INDERA MAHKOTA MAHKOTA ,KUANTAN KUANTAN. KUANTAN.