The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqilahadam168, 2022-01-12 01:47:50

ebook etika (senyum sokmo)

ebook etika (senyum sokmo)

ETIKA DAN PERADABAN DI

TANAH MELAYU PADA MASA

ERA KOLONIAL

KELAS :
DIB1A

---------------------------------------------------------

NAMA PENSYARAH :
PUAN NOR AIDAH BINTI HASSAN

---------------------------------------------------------

NAMA AHLI KUMPULAN :
MUHAMMAD AFIQ FAHMI BIN ABDUL HADI

17DIB21F1052



FATIN ERA NATASHA BINTI AMIN
17DIB21F1010



NIK NUR HANIS HANANIA BINTI ZULKOPLI
17DIB21F1050



NURUL HIDAYAH BINTI AHMAD ZAKARIA
17DIB21F1004



NUR AQILAH BINTI ADAM
17DIB21F1018

PENGENALAN

Corak masyarakat kolonial Barat yang kita lalui
boleh dikatakan berlaku dalam masa yang
singkat dalam rangka sejarah kebudayaan di
Nusantara ini, tetapi pengaruh corak
masyarakat kolonial meninggalkan satu kesan
yang luas walaupun tidak mendalam.

Di Tanah Melayu khususnya, pengaruh
peradaban Barat lebih kepada pengaruh
bidang material, dan kesannya luaran sahaja.
la banyak mempengaruhi kebudayaan dan
institusi-institusi sosial.

Antara pengaruh peradaban Barat di Tanah
Melayu dapat dilihat melalui sistem
pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk
dan perubahan dari segi budaya.

MAKSUD ERA KOLONIAL

Periodisasi sejarah yang menentukan
tahap pendudukan, penempatan,
penubuhan, pentadbiran dan penquasaan
suatu wilayah di tangan sekumpulan
peneroka asing.

Istilah "jajahan" bermaksud "wilayah yang
ditadbir atau ditubuhkan oleh orang luar."

PERUBAHAN DARI SEGI
BUDAYA

O Budaya merupakan cara hidup yang diamalkan
oleh masyarakat.

O Masyarakat Barat dan Timur mempunyai budaya
yang amat jauh berbeza pada suatu masa dahulu.

O Masyarakat Barat menganggap budaya
masyarakat Timur mundur dan tidak standing
dengan budaya mereka.

O Masyarakat Timur sedikit sebanyak telah
terpengaruh dengan kehidupan Barat.

O Masyarakat Melayu mula mengalami perubahan
apabila bandar-bandar kolonial dan bandar-bandar
tradisional turut mengalami perubahan.

"MERDEKA ITU BUKANLAH SUATU
BENDA YANG MUDAH BOLEH DIDAPATI

MELAINKAN IANYA DIKEHENDAKI
UNTUK MENDAPATKANNYA IAITU
PENGORBANAN YANG SEBENAR."

- TUNKU ABDUL RAHMAN -

PENGKHUSUSAN PEKERJAAN

Kedatangan kaum India dan
China ke Tanah Melayu

menyebabkan Tanah Melayu
mempunyai tiga kaum

terbesar.Ini menyebabkan
berlakunya pengkhususan
pekerjaan mengikut kaum

masing-masing.

MELAYU

> Pekerjaan > Masyarakat
masyarakat melayu yang
melayu ialah tinggal di pantai
pertanian Timur pekerjaan
merupakan aktiviti utama mereka
utama orang ialah nelayan dan
melayu menternak
binatang.

CINA

> Orang cina > Di Kedah orang cina
lebih mengusahakan

mendominasi tanaman ubi kayu
pekerjaan dalm manakala di

sektor Terengganu dan Johor
perlombongan. pula mereka

mengusahakan
tanaman lada hitam.

INDIA

> Masyarakat India > Di Pulau Pinang
lebih sinonim dengan masyarakat India
pekerjaan di ladang- bekerja di ladang
pertanian yang
ladang.Biasanya
pekerjaan mereka mempunyai
ialah menoreh getah. pelbagai jenis

tanaman.

APA ITU KOLONIALISME ?

Kolonialisme dikenali satu dasar atau
amalan olen sesebuah negara meluaskan
penguasaannya ke atas sebuah negara lain.

Dasar kolonialisme uana dilakukan British
di Malaysia ialah satu dasar
mengeksploitasi rakyat dan sumber daya
sesuatu bangsa demi kepentingan negara
induk iaitu British.

Kemasukan migran menjadi taktor
berlakunya perubahan sosial dalam
masyarakat kerana British mengamalkan
pecah dan perintanal pentadbiran Tanah
Melayu bagi melemahkan bumiputera dan
memberi keutamaan kepada imigran
malahan sekaliaus memisahkan mereka
daripada bumiputera.

PENTADBIRAN TRADISIONAL

Perubahan yang telah British laksanakan
dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu
melalui hak memungut cukai.Contohnya di
Perak Birch ingin menguasai hak atau kuasa
untuk memungut cukai daripada sultan atau
pembesar Perak. Kesannya ini menyebabkan
kuasa sultan atau pembesar tergugat.

British telah menghapuskan amalan hamba
abdi dalam sistem pentadbiran Tanah
Melayu.Contohnya,di Perak Birch cuba
menghapuskan amalan menyimpan dan
menggunakan hamba abdi dalam kalangan
masyarakat melayu.Malahan beliau pernah
memberikan perlindungan kepada beberapa
hamba hutang yang telah melarikan diri ke
rumahnya dan hamba-hamba tersebut terdiri
daripada hamba perempuan. Kesannya,tahun
1883 Hugh Low berjaya mengatasi masalah
hamba abdi dalam kalangan masyarakat
melayu.

PENDIDIKAN

1874 British telah memperkenalkan Pendidikan di
Tanah Melayu. Pendidikan ini telah dibahagikan
mengikut struktur kaum terbesar di Tanah Melayu.

Sekolah melayu pada zaman kolonial bersifat
serba kekurangan kerana pihak British memahukan
Pendidikan orang Melayu hanya bersifat kekal
seperti dengan mengekalkan cara hidup yang
serba kekurangan.

British pada masa ini lebih mengutamakan
kemajuan terhadap sekolah inggeris dan
cina.Terdapat kemajuan yang lebih baik pada
sekolah cina berbanding dengan sekolah orang
melayu.Contohnya,pada zaman tersebut terdapat
sekolan swasta cina.

Sistem Pendidikan orang india hampir sama
dengan orang cina tetapi perbezaannya dengan
menggunakan sistem aliran bahasa inggeris dan
Bahasa tamil. Kesannya, sekolah ini diwuiudkan
untuk kaum india kerana dikatakan kaum minoriti
di Tanah Melayu.

PETEMPATAN

Masyarakat di Tanah Melayu terdiri daripada
kaum yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan
India. Ketiga-tiga kaum ini tidak
mengasimilasikan budaya antara satu sama lain.
Dasar pecah dan perintah yang dilakukan olah
British telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini
hidup terpisah antara satu sama lain.

Melalui dasar ini juga British telah menentukan
peranan dan kawasan setiap kaum bagi
memastikan setiap kaum tidak berinteraksi
antara satu sama lain. Contohnya, orang melayu
tinggal di kawasan kampung, orang india
tinggal di ladang getah dan orang cina tinggal
di kawasan bandar.British melakukan sedemikian
kerana bimbang kaum tersebut akan menentang
mereka.

- John F. Kennedy -

"Jangan bertanya apakah
sumbangan negara untuk anda.

Sebaliknya bertanya apakah
sumbangan anda untuk negara."

KUASA PEMERINTAHAN RAJA
DAN PEMBESAR ADALAH
TERHAD

Struktur masyarakat tradisional sebelum
kedatangan British adalah berbentuk

feudalisme . Sistem ini telah memberikan
kuasa mutlak kepada Raja atau Sultan.
Masyarakat feudal sangat memerlukan

perlindungan dan perhubungan peribadi
yang saling bergantungan antara yang kuat
dengan yang lemah ,dan dalam masyarakat ini
setiap orang terikat dengan dengan sistem ini.

KESAN DAN CONTOH
KOLONIALISME BRITISH

Kesan dan Contoh

British telah menyebabkan kuasa raja menjadi
terbatas kepada penasihat agama dan adat
1stiadat orang Melayu . Contohnya _ melalui
Perjanjan Pangkor 1874 menyebabkan kehilangan
kuasa oleh Raja Muda Abdullah dari Perak.

Kesan dapat dilihat dalam aspek penguasaan
ekonomi dalam raja. Ketika dahulu raja adalah
pemilik tanah dan penguasa ekonomi
keranamemiliki tanah dan boleh mengurniakan
tanah kepada sesiapa yang dikehendakinya
terutama pembesar . Contohnya, Sultan
Abdullah di Perak menyewakan hak memungut
cukai di Muara Sungai Perak sebanyak $24.000
setahun dan Mentri Larut ketika zaman
kemuncak pemerintahannya pada tahun 1870-
1872 mendapat $18.000 setahun daripada
lombong-lombong di Larut. Malah British telah
menghakis kuasa pembesar dan sultan dalam
pemilikan tanah.

Fenomena ini menjadi tunjang kepada
kehilangan kuasa,mereka hanya berkuasa
memungut cukai untuk British dan mereka

diberikan gaji atau elaun.



Penjelasan ini jelas mengungkapkan
kolonialisme British telah mengehadkan
kekuasaan kuasa dan pembesar malah
mengubah struktur politik masyarakat

tradidional tempatan kerana tampuk
pemerintahan dikuasai oleh British.

PENGENALAN SISTEM RESIDEN

Struktur sosioekonomi telah berubah
kesan daripada kolonialisme

British.British telah memperkenalkan
sitem residen yang memberi
tamparan kepada penguasaan

ekonomi masyarakat tradisional
tempatan.Perubahan struktur
sosioekonomi adalah berbeza

mengikut negeri dan pemerintahan
residen itu sendiri.

PENGENALAN SISTEM
RESIDEN DI PERAK

Hugh Low telah berjaya mengekalkan sistem feudal
masyarakat tradisional Melayu iaitu para pembesar
menjalankan hasil kutipan cukai dalam bentuk tunai

namun mereka diberi gaji atau elaun walaupun
terikat dengan peraturan british.

PENGENALAN SISTEM
RESIDEN DI PAHANG

JP. Rodger telah menghapuskan sistem feudal masyarakat
Melayu secara langsung dengan melantik beberapa pegawai
Inggeris untuk mengutip cukai dan ini telah melenyapkan

kuasa Dato' Bahaman untuk mengutip cukai.

KESAN DAN CONTOH PENGENALAN
SISTEM RESIDEN

Kesan ;

Kehadiran kuasa residen yang diperkenalkan
menyebabkan perubahan ekonomi besar dalam
struktur sosioekonomi masyarkat tradisional tempatan.
Contohnya , pembesar kehilangan kuasa mengutip
cukai dan mereka hanya menjadi pekerja bagi British
dan sekaligus melenyapkan sistem serah diamalkan
sebelum kedatangan British.

British memperkenalkan undang-undang tanah
Kolonialisme British telah mengubah kaedah pemilikan
tanah yang dipraktikan sebelum ini iaitu sistem ekonomi
bebas . Contohnya, British telah memperkenalkan
beberapa undang-undang tanah untuk mengeksploitasi
ekonomi secara maksimum . Antara undang-undang
tanah yang digubal ialah:

1.1 PERTANIAN

GETAH

Berasal dari Brazil. Di Tanah Melayu Getah
9 batang anak menjadi
Sir Henry Wickham getah mula tanaman
berjaya membawa yang ideal
sejumlah biji getah ditanam oleh Sir
ke England. Hugh Low di bagi
halaman memenuhi
keperluan
kediamannya di
Kuala Kangsar. Eropah.

1.2 PERLOMBONGAN

ARANG BATU

Arang batu menjadi bahan galian eksport
yang utama bagi negeri Sarawak selama
sepuluh tahun selepas tahun 1889 apabila
kerajaan akhirnya berjaya mengusahakan
lombong arang batu di Sadong.
Galian in amat diperlukan untuk
kegunaan kapal-kapal wap pada ketika
itu.
Arang batu menjadi galian eksport bahan
mineral yang penting pada penghujung
kurun ke-19.

1.3 KESAN KEPADA ORANG MELAYU

British telah mengamalkan

"PECAH DAN PERINTAH" bagi memudahkan
pentadbiran mereka di Tanah Melayu.

Pecah dan perintah adalah satu kaedah
imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di
tanah jajahan untuk melemahkan bumiputera
dan memberikan keutamaan kepada kaum
imigran dan sekaligus memisahkan mereka
daripada penduduk bumiputera.

Orang Melayu disisihkan dari corak kegiatan
ekonomi komersil yang diwujudkan walaupun
tidak ditindas secara kekerasan.

PENGANGKUTAN AWAL

PENGANGKUTAN JALAN DARAT :

> Tujuan pembinaan laluan adalah untuk mengangkut bijih
timah dari kawasan perlombongan ke Pelabuhan.

> Membina beberapa landasan kereta api:
a. Dari Taiping ke Port Weld [Kuala Sepetang] sepanjang
13km [1885].
b. Dari Seremban ke Port Dickson [1981].
c. Dari Kuala Lumpur ke Port Swettenham
[akhir abad ke - 19].
d. Dari Wetson ke Beaufort dan Tenom ke Jesselton[Sabah].
e. Dari Kuching ke Batu 10[Sarawak].

> Jalan raya yang menghubungkan:
a. Taiping ke Matang.
b. Kerian ke Seberang Perai

GAMBAR LANDASAN KERETA API

KUCHING
BEAUFORT

KUALA SEPETANG

PENGANGKUTAN JALAN AIR

Pengangkutan air melalui sungai dan pelabuhan
adalah penting.
Tongkang dan kapal susur pantai - mengangkut
bekalan makanan, jentera dan buruh.
Kapal wap - membawa hasil seperti bijih timah
dan getah ke Negara penjajah.
Kemasukan buruh asing dari India dan China
melalui pengangkutan air.
Membuka beberapa buah pelabuhan seperti:
a. Pelabuhan Pulau Pinang
b. Port Swettenham
c. Port Weld
d. Port Dickson
Sebagai pusat untuk mengimport barang buatan
dan perkakas kilang.

GAMBAR PELABUHAN

PELABUHAN
PULAU PINANG

PELABUHAN
SWETTENHAM

KOMUNIKASI DAN
PERHUBUNGAN AWAL

Memulakan perhubungan awal melalui pos dan telegraf.
Perkhidmatan pos pertama di Pulau Pinang [1826].
Sistem telegraf pertama digunakan di Perak [1876].
Penting dalam pentadbiran dan penguatkuasaan
penjajahan negeri-negeri Melayu.
Membolehkan maklumat dan arahan dari pusat
pentadbiran jajahan di Singapura disampaikan dengan
cepat ke pusat pentadbiran di Tanah Melayu.
›Perkhidmatan telefon diperkenalkan di negeri-negeri
Selat [1886).
Digunakan untuk tujuan keselamatan dan dipasang
untuk menghubungi pihak polis.
Berkembang untuk tujuan pentadbiran, digunakan
peniaga,pemodal, dan pengusaha estet yang
memerlukan maklumat dengan cepat.

PERADABAN PADA ERA KOLONIAL

Makan dengan menggunakan sudu
dan garfu.

Cara pemakaian:
- LELAKI : baju labuh berkolar dengan
kain sarung atau pakaian kot dan
kemeja.
- PEREMPUAN : memakai kain sarung
batik lasem dan baju kebaya pendek
bersulam.

RUMUSAN

O Keperluan terhadap pengangkutan
dipengaruhi faktor ekonomi dan dasar penjajah.

O Komunikasi penting dalam kehidupan
seharian manusia untuk berhubung dalam
melaksanakan sesuatu tugas.

O Segala peradaban yang pernah kita amalkan
sejak zaman sebelum kedatangan penjajah
jangan sesekali kita lupakan atau bang.Segalanya
adalah menjadi ibu atau asas kepada
pembentukan ketamadunan yang beracukan
kepada negara kita.


Click to View FlipBook Version