PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya, Dr. Ghazali bin Ismail kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingandaripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibubapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya soalkan kepada mereka. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembuatan kerja kursus ini. Terima kasih. 1
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. PENGHARGAAN 1 2. ISI KANDUNGAN 2 3. 1.0 PENGENALAN 3 4. 2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 4-6 5. 3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN 7-10 6. 4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISONAL 4.1 PANTUN 4.2 SYAIR 4.3 SELOKA 4.4 GURINDAM 11-17 7. 5.0 KESIMPULAN 18 8. RUJUKAN 19 ISI KANDUNGAN 2
1.0PENGENALAN Asal usul perkataan ‘sastera’ berasal dari bahasa Sanskrit, castra, yang merujuk kepada kitab suci. Kesusasteraan merangkumi segala hasil penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, sama ada melalui penulisan dan pembacaan, atau melalui pertuturan dan pendengaran (Harun Mat Piah et al; 2006, hlm. 6). Sastera merupakan satu bentuk seni kreatif yang menggunakan bahasa sebagai mediumnya. Ia bermula dari tradisi lisan dan terus berkembang mengikut perkembangan semasa. Pernyataan ini disokong oleh M.K. Danziger dan W.S. Jahnson yang mendefinisikan sastera sebagai seni yang menggunakan katakata, sama ada secara lisan atau bertulis. Tambahan pula, sastera merangkumi semua aspek yang menggunaan bahasa secara kreatif, seperti yang dijelaskan oleh Ismail Husein. Hal ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid yang mendefinisikan sastera sebagai seni yang bersifat intelektual dan menggabungkan kepuasan intelektual serta estetika. Karya sastera menggambarkan pesanan, amanat, serta gagasan dan fikiran pengarangnya. Hasil karya tersebut mencerminkan pemikiran dan idea pengarang yang ingin disampaikan kepada pembaca. Sebuah karya tercipta melalui gabungan perasaan, kepekaan, dan keprihatinan pengarang terhadap realiti yang dihadapi oleh masyarakat. Menurut Syed Ali Ashraf, sastera bukan sekadar satu bidang ilmu yang kreatif, tetapi juga merangkumi semua aktiviti manusia secara kreatif. 3
2.0KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU merupakan satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Menurut istilah kamus: Hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau lebih dikenali sebagai puisi yang mempunyai ciriciri keistimewaan tertentu . Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit iaitu Susastera yang membawa maksud huruf atau buku indah. 4
PEMBENTUKAN ISTILAH KESUSASTERAAN DALAM BAHASA MELAYU: Berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu sastra. sas- membawa maksud mengarahkan, mengajar atau memberikan petunjuk. tra- merujuk kepada alat. sastra pula bermaksud alat untuk mengajar. Kesusasteraan: Awalan su- bermaksud baik atau indah manakala imbuhan kedan an- bermaksud segala yang tertulis, mempunyai nilai seni dan estetika. Kesusasteraan juga bermaksud memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran. KEPELBAGAIAN ISTILAH SASTERA Seni bahasa Ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam Ekspresi fikiran melalui medium bahasa KEPELBAGAIAN ISTILAH SASTERA Semua karya yang memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam dan kesahihan moral dengan adanya sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan pandangan yang dinukilkan dalam bentuk yang mengagumkan. Inspirasi kehidupan manusia yang ditunjukkan dalam sebuah karya tulisan yang indah 5
4 UNSUR DALAM SASTERA: Bentuk: Bahan utama untuk melahirkan ungkapan peribadi dalam sesuatu bentuk sastera yang indah. Sastera dapat diungkapkan dalam pelbagai bentuk. Antaranya Ilaah bentuk suara yang disertai dengan bunyi-bunyian. mengandungi isi dalam fikiran, perasaan, idea, semangat, keyakinan dan kepercayaan. Keupayaan untuk mengeluarkan sesuatu dari dalam diri manusia Ekspresi: Isi kandungan: Bahasa: 6
3.0 FUNGSI-FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU HIBURAN Keperluan untuk menghiburkan dan melahirkan sastera yang membawa kepada keseronokan. Hiburan terhasil daripada kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun serta kemampuan karya sastera untuk menarik emosi pembaca atau pendengar apabila wujudnya unsur kelucuan. Fungsi hiburan ini penting untuk menjadikan sesuatu karya sastera lebih menarik seperti cerita penglipur lara yang diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati oleh masyarakat pada suatu ketika. Pantun merupakan karya sastera yang terkenal kerana keupayaannya membawa kepada keindahan yang menghiburkan. Hal ini dapat dilihat dalam sebuah pantun lama yang berbunyi seperti berikut: Berburu ke padang datar Dapat rusa berbelang kaki Berguru kepalang ajar Bagai bunga kembang tak jadi Rentak dan rima yang berbentuk irama dalam pantun mempunyai struktur bacaan yang tersendiri supaya dapat menghasilkan keindahan dalam pembacaan Pantun disampaikan dalam pelbagai variasi seperti dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, dijadikan dan lirik lagu yang terkenal. 7
FUNGSI-FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU PENDIDIKAN/ PENGAJARAN Berfungsi untuk memberikan pengajaran, nasihat, teguran atau pesanan kepada masyarakat Berfungsi untuk menjadikan karya sastera sebagai suatu badan yang dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat serta mengubah pemikiran dan memberi ruang kepada masyarakat bagi menerapkan nilai-nilai moral atau murni yang dibawa dalam karya sastera Sebagai contoh, Cerita Sang Kancil dengan Buaya yang mempunyai keupayaan untuk memasyarakatkan nilai, unsur moral serta pengajaran yang bermanfaat kepada masyarakat. Tanpa disedari cerita tersebut menunjukkan kepentingan nilai tolong-menolong dan memberi kesedaran bahawa betapa buruknya sikap yang tidak kenang budi. 8
FUNGSI-FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DAKWAH Dakwah berfungsi sebagai proses menyampaikan pesanan suci Tuhan kepada manusia melalui medium yang difahami seperti dalam media sosial. Islam juga menjunjung tinggi nilai-nilai kesusasteraan. Ruang dialektika berfungsi untuk menemukan warna baru dalam menyampaikan pesan Tuhan yang disebutkan sebagai dakwah. Menurut Hidayatul Mursyidi, dakwah didefinisikan sebagai mendorong manusia untuk melakukan kebajikan dan mencegah daripada perbuatan kemungkaran supaya memiliki kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat. 9
FUNGSI-FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU KRITIKAN SOSIAL Sastera berfungsi sebagai catatan kehidupan yang meneroka dan meluaskan kehidupan manusia dari pelbagai dimensi dan sudut pandangan yang berbeza. kritikan sosial mempengaruhi perbuatan dan akhlak sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik atau menyampaikan mesej Dalam kritikan sosial ini, karya sastera bukan sahaja merakam sesuatu yang luar biasa, malah sesuatu yang biasa tetapi mengolahnya dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya. Berdasarkan kritikan sosial, karya sastera tertumpu kepada masyarakat, kehidupan dan manusia, sudah tentu terdapat hubungan antara ketiga-tiga ini. 10
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISONAL AKAL BUDI 1) Pemikiran Bangsa Melayu akan menceritakan tentang perkembangan masyarakat Melayu dari aspek budaya selaras dengan alam pemikiran mereka yang merangkumi akal fikiran,akal budi, alam serta ilmu yang diperlihatkan dalam suratan AlamManusia-Tuhan. 3)Perlakuan Akal budi masyarakat Melayu juga dapat dilihat melalui perlakuan seharian mereka. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, perlakuan didefinisikan sebagai perbuatan. Dalam konteks kehidupan masyarakat Melayu, perlakuan dapat dikategorikan sebagai tingkah laku yang berhemah dan baik. 2) Pertuturan Pertuturan masyarakat Melayu dapat dilihat melalui sifat kesantunan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, santun bermaksud halus budi bahasa atau "berbudi pekerti" serta berusaha menjauhi konflik antara penutur dengan pendengar ketika proses komunikasi sedang berlaku. 4) Gaya hidup Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gaya hidup didefinisikan sebagai cara seseorang individu atau kumpulan menjalani kehidupan mengikut kemampuan seperti mewah, miskin atau sederhana. Kehidupan pula dapat didefinisikan sebagai perihal hidup. Terdapat beberapa jenis akal budi yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah kesenian, adat istiadat, agama dan kepercayaan serta sistem kekeluargaan dan amalan nilai-nilai murni. 11
4.1 PANTUN CIRI-CIRI PANTUN : Merupakan perwujudan seni sastera Melayu yang paling baik. Berasal daripada masyarakat Melayu sendiri. digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan meluahkan perasaan. terdiri daripada dua rangkap hingga dua belas rangkap serta pantun berkait. Dalam apa-apa bentuk fizikal pantun, ianya merupakan ungkapan yang mengandungi petunjuk makna serta tujuannya sendiri. CONTOH PANTUN PERIBAHASA: Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali, Buat baik berpada-pada , Buat jahat jangan sekali . 12
Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali ; Pembayang Buah peria dijadikan perumpamaan dalam pantun ini kerana sifatnya yang pahit. Walaupun cuba dicampurkan dengan bahan atau buah-buahan yang lain, rasanya tetap pahit dan menjadikan buah peria ini seperti mempunyai pendiriannya yang tersendiri. Selain itu, buah peria juga mempunyai banyak khasiat yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit. Tambahan pula, buah peria tidak gemar dimakan berbanding sayur-sayuran yang lain. Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. Maksud Berdasarkan maksud pantun di atas, pantun tersebut dikaitkan dengan perbuatan manusia iaitu berbuat baik, buah peria menunjukkan kepada kita bahawa berbuat baik itu tidak perlu berlebihan sehingga tidak kena pada tempatnya. Selain itu, disebabkan sifat buah peria tersebut yang pahit dan sukar untuk berubah rasa, maka menjadikan baris terakhir sangat sesuai perumpamaannya kerana sifat jahat sememangnya tidak boleh bercampur dengan sifat baik seperti air dan minyak. 13
4.2 SYAIR CIRI-CIRI SYAIR: Syair merupakan sejenis puisi tradisional yang dicipta oleh orang Melayu dan telah lama dipengaruhi oleh orang Arab dan Parsi. Dalam bahasa Melayu, istilah puisi telah merujuk kepada jenis penulisan tertentu yang berasal daripada masyarakat Melayu itu sendiri. diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri. CONTOH SYAIR NASIHAT (RAJA ALI HAJI): Rangkap 1: Dengarkan tuan ayahanda berperi, Kepada anakanda muda bestari, Nasihat kebajikan ayahanda beri, Amalkan jangan malas dan ngeri Rangkap 2: Ayuhai anakanda muda remaja, Jika anakanda menjadi raja, Hati yang betul hendak disahaja, Serta rajin pada bekerja Rangkap 3: Kerja kebajikan janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Seperti air di dalam gelas Rangkap 4: Menuntut ilmu janganlah segan, Ilmu yang benar jangan yang bukan, Iaitu ilmu yang kebajikan , Di kitab ini sudah disebutkan Rangkap 5: Hendaklah anakanda mengaji selalu, Dari yang lain lebihkan dulu, Had syarak jangan dilalu, Tidaklah anakanda beroleh malu Rangkap 6: Segala perbuatan dengan berilmu, Maka kebajikan boleh bertemu, Jika sebarang-barang diramu, Akhirnya anakanda jatuh tersemu Rankap 7: Ilmi itu besar faedahnya, Membezakan hak dengan batilnya, Mengetahui rakyat benar salahnya, Supaya dihukum dengan adilnya Rangkap 8: Jika ilmu tidak diendah, Sebab anakanda campak permudah, Rakyat datang membawa gundah, Anakanda tercengang tunduk terngadah 14
Maksud setiap rangkap: 15 Maksud Rangkap 1: Nasihat yang diberikan oleh ayah perlulah dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas. Maksud rangkap 2 : Seseorang yang dilantik menjadi pemimpin mestilah memiliki hati yang mulia dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. Maksud rangkap 3: kerja kebajikan yang dilaksanakan perlulah dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan Maksud rangkap 4: Ilmu perlu rajin dituntut. Janganlah pula kita menuntut ajaran sesat atau ajaran yang salah. Maksud rangkap 5: Ilmu perlulah diutamakan terutamanya dalam hukum-hukum syarak demi mengelakkan aib Maksud rangkap 6: Tindakan perlulah berdasarkan kepada pengetahuan supaya membawa kepada kebaikan dan kebajikan bagi mengelakkan kejatuhan. Maksud rangkap 7: Ilmu yang baik akan menjurus kepada keadilan serta kebenaran supaya dapat membezakan perkara yang betul dan perkara yang salah Maksud rangkap 8: Sekiranya ilmu tidak dituntut dan mengambil mudah sesuatu perkara maka akan terjerumus seseorang atau negara ke arah kehancuran
CONTOH SELOKA: 4.3 SELOKA CIRI-CIRI SELOKA: Seloka berasal daripada perkataan "shloka" yang membawa maksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. merupakan satu bentuk puisi tradisonal yang mempunyai corak bait-bait atau bahasa berirama. Seloka merujuk kepada peribahasa, perumpamaan atau bidalan yang mengandungi unsur jenaka, gurauan, ejekan dan sindiran. Seloka terdiri daripada ungkapan yang berjajar melebihi dua baris. SELOKA EMAK SI RANDANG Baik budi Emak Si Randang, Dagang lalu ditanamkan, Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi Maksud: Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi. 16
4.4 GURINDAM CIRI-CIRI GURINDAM: terdiri daripada dua baris dan mengandungi pengajaran yang bermakna. Ayat-ayatnya membangkitkan fikiran dengan bahasa yang ceria. Gurindam terdiri daripada dua baris serangkap serta rima akhirnya ialah a-a. tujuannya untuk berkongsi idea yang bermanfaat dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seseorang. CONTOH GURINDAM: 1) Barang siapa hendak bertanya Maka tanyalah pada ahlinya Maksud: Tidak semua pertanyaan boleh dilontarkan kepada sembarangan orang kerana setiap orang memiliki pengetahuan yang berbeza. 2) Barang siapa hendak mencari ilmu Maka carilah ke para guru Maksud: Guru merupakan orang yang memiliki ilmu, maka hendaklah mencari ilmu atau merujuk sesuatu perkara ke para guru. 4) Jika berilmu janganlah angkuh Nanti dirimu akan terjatuh Maksud: Jangan sombong apabila memiliki ilmu. Ikutlah ilmu padi yang semakin menunduk semakin berisi. 3) Jika belajar bersungguh-sungguh Keberhasilan akan kau rengkuh Maksud: Sekiranya rajin belajar, seseorang mendapat cara untuk berjaya 17
5.0KESIMPULAN 18 Secara keseluruhannya, Puisi Melayu tradisional dalam bentuk terikat mempunyai ciri-ciri dan hukum kepuisiannya yang tersendiri. Ia merupakan jenis sastera terikat dengan unsur irama, matra, rima, penyusunan baris, dan rangkap dalam pemakaian bahasanya (Hashim Awang, 1987:77). Manakala, puisi Melayu tradisional dalam bentuk bebas pula berbeza dengan puisi terikat, terutama dalam jumlah baris, perkataan, dan suku kata dalam baris tidak ditentukan (Mohd. Yusof Md. Nor, 1992:xii). . Walaupun terdapat pelbagai genre, bentuk, dan jenis puisi Melayu tradisional, namun, banyaknya bentuk dan jenis puisi tidak bermakna hasil-hasil tiap-tiap puisi adalah banyak.Ini disebabkan antara lain oleh pengklasifikasian puisi kepada tradisi dan moden, dan satu segi pembantutan puisi-puisi tradisional adalah kerana ia terhad kepada apa yang sedia ada dan tidak akan meningkat jumlahnya. Anggapan ini tidak tepat. Bentuk-bentuk puisi Melayu tradisional seharusnya dihidupkan dan dicipta semula, agar ia terus berkembang dan hasilnya turut bertambah. Pandangan sastera tradisional sebagai sastera lama yang tidak akan bertambah perlu diubah agar kesemua genre dan jenis puisi yang dimiliki oleh bangsa Melayu akan terus berkembang dan dinamik.
RUJUKAN 19 1. Sumber Internet publisherCreate a flipbook, manifestasi. myFollow this. (2022, March 27). Fungsi serta Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi tradisional. Issuu. https://issuu.com/manifestasi.my/docs/fungsi_serta_manifestasi_akal_budi_dala m_puisi_tra Mahdy, H. A. (2013, May 30). Analisis Syair Nasihat Karya Raja Ali Haji. Cerita Hajid. https://ceritahajid.wordpress.com/2013/01/02/analisis-syair-nasihat-karyaraja-ali-haji/ Fungsi Sastera melayu. anyflip. (n.d.). https://online.anyflip.com/diute/buse/ (PDF) Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun.(n.d.). https://www.researchgate.net/publication/324866095_Akal_Budi_dan_Cerminan _Jati_Diri_Melayu_dalam_Pantun Puisi Melayu Tradisional. (n.d.-b). https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/download/3227/2212/8308 Carian Umum. (n.d.). https://prpm.dbp.gov.my/Cari1? keyword=seloka&d=175768& Carian Umum. (n.d.-a). https://prpm.dbp.gov.my/Search?k=kesusasteraan