SISTEM EJAAN
RUMI
Nama:Nur Ain Hidayatus Sakinah binti Zaari
Kumpulan :PPISMP B6
Angka giliran :2022192310132
No. Kad Pengenalan : 040427-11-0150
Pensyarah Akademik:Puan Sharifah Hanim bt Syed Akbar
Nama dan Kod kursus :BMMB1074
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
PENGENALAN
Sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Asia Tenggara , tradisi tulisan terbahagi
kepada beberapa tradisi iaitu kawi ,rencong , lampung dan batak.Sistem ejaan ini
menggunakan lambang suku kata dan baris bagi menunjukkan perbezaan
bunyi.Walau bagaimanapun, ejaan Jawi dan Rumi telah dikaji lebih mendalam
berikutan dengan pertuturan masyarakat yang lebih tertumpu kepada dua ejaan
tersebut.Seterusnya , para sarjana Barat mula berusaha membentuk perkataan-
perkataan Melayu dalam bentuk yang lebih praktikal.Antara sarjana Barat tersebut
ialah Antonio Pigafetta dan Ferdinand Magellan yang telah berjaya menyusun 426
daftar kata Itali-Melayu.Para pengembara dan orientalis Eropah ingin
mentransliterasikan ejaan Jawi ke ejaan Rumi dengan menggunakan aksara Latin
tanpa mengetahui bahawa sistem ejaan Jawi telah menimbulkan kerumitan dalam
sejarah sistem ejaan bahasa Melayu.
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN
RUMI SEBELUM MERDEKA
Sistem ejaan Wilkinson Sistem ejaan Za'ba
Sistem ejaan Fajar Asia
Sistem ejaan rumi
Kongres
SISTEM EJAAN WILKINSON
Pihak atasan memulakan perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu
pada tahun 1902.Penubuhan sebuah jawatankuasa ejaan diambil sebagai
sebuah insiatif .Jawatankuasa ini diketuai oleh R.H. Wilkinson dan
dipersetujui oleh kerajaan negeri-negeri Melayu Bersekutu.Ejaan Wilkinson
diperkenalkan berdasarkan rumusan daripada nama Romanised Malay
Spelling yang diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah
laporan.Maka , ejaan Wilkinson mula digunakan di semua sekolah umum
kerana ia dilihat sinonim dan seragam dengan karya penerbitan Wilkinson
sendiri . Wilkinson menjelaskan tentang sistem logis yang terdapat dalam
perumian bahasa Melayu.Sistem yang pertama adalah
PANDUAN SISTEM EJAAN WILKINSON
Panduan ejaan rumi Wilkinson adalah berpandukan kamus Melayu-Jawi-Inggeris
yang telah diatur oleh beliau pada tahun 1903. Seterusnya , Wilkinson mengambil
pendekatan transliterasi daripada jawi ke rumi sebagai cara perumian bunyi-bunyi
Melayu.Wilkinson menyatakan bahawa ada dua sistem yang rasional bagi
perumian bahasa Melayu . Sistem yang pertama ialah perumian secara harafiah
berdasarkan ejaan.Harafiah ialah pengambilan huruf-huruf jawi yang membentuk
sesuatu kata dan memadankannya dengan huruf rumi tertentu yang boleh
diterima.Sistem kedua ialah perumian secara fonetik iaitu menurut sebutan
sesuatu kata perkataan . Kelebihan menggunakan sistem harfiah adalah kaedah ini
menjurus kepada keseragaman dengan maksud mengurangkan kaedah tersendiri
bagi seseorang penulis manakala kelemahan sistem ini adalah sistem vokal bahasa
Arab tidak cukup untuk disepadankan dengan bunyi-bunyi vokal Melayu
.Bagi sistem kedua iaitu sistem fonetik , kelemahannya adalah sebutan bahasa
Melayu adalah berlain-lainan mengikut sesuatu tempat.
SISTEM EJAAN ZA'BA
Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba , telah melakukan perubahan
terhadap sistem ejaan rumi Wilkinson.Sistem Ejaan Sekolah atau dikenali sebagai
Sistem Ejaan Rumi Za'ba mula diperkenalkan di Maktab Perguruan Sultan
Idris.Antara karya yang telah ditulis oleh Za'ba ialah Daftar Ejaan Melayu Penggal
(1926) dan Pelita Bahasa Melayu Penggal (1941) .Karya ini sedikit sebanyak
menyentuh tentang Sistem Ejaan Sekolah.Namun begitu , terdapat kelemahan dalam
sistem ejaan ini .Antaranya ialah terdapat pengejaan kata yang masih mengikut
kepada sistem ejaan rumi WIlkinson.Di samping itu, adaya ketidakseragaman ejaan
perkataan dalam penulisan yang menggabungkan penggunaan tulisan Rumi
berpunca daripada kaedah penggunaan aneka ragam lambang huruf serta beberapa
sistem ejaan rumi yang lain yang telah diterapkan dalam pelbagai jenis kamus . Impak
daripada kelemahan ini , beberapa pihak telah menunjukkan sistem baru ejaan rumi
dalam tempoh tahu 1940 hingga 1959.
SISTEM EJAAN FAJAR ASIA
Majalah 'Fajar Asia ' yang diterbitkan di Singapura bermula pada tahun 1943
yang diolah oleh Za'ba iaitu ketua pengarang dengan menggunakan Ejaan
Fajar Asia.Sistem Ejaan fajar Asia disifatkan sebagai percubaan pertama
dalam usaha menyatukan ejaan rumi bahasa Melayu dan ejaan rumi
Indonesia jika dilihat dari sudut penulisan keharmonian vokal dan pengejaan
kata. Dalam sistem ejaan Fajar Asia , grafem yang digunakan adalah sedikit
berbeza dengan sistem ejaan Za'ba dan sistem ejaan Wilkinson.Sistem ejaan
ini kemudiannya diangkat menjadi sistem ejaan rasmi oleh Angkatan
Sasterawan 50.Persatuan ini telah diwujudkan oleh satu kumpulan penulis
generasi muda. Antara yang turut sama terlibat ialah Tongkat Warrent , Keris
Mas, A Samad Ismail dan Masuri S.N. Asraf.Mereka menjalankan pelbagai
usaha agar dapat disepakatkan tuntutan yang berhubungan dengan politik,
bahasa dan sastera Melayu.
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
Pada tahun 1952 , Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu telah diadakan buat
kali pertama di Singapura. Perjumpaan kali kedua bertempat di Seremban ,1954
dan kali ketiga di Singapura dan Johor Bahru pada tahun1956.Isu ejaan rumi
dipandang serius semasa Kongres Bahasa Melayu yang ketiga (1956).Peserta
kongres mencadangkan beberapa langkah yang progresif seperti memperbaiki
semula sistem ejaan Za'ba .Sistem ejaan Kongres kemudiaannya dipersetujui oleh
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956.Secara
dasarnya , terdapat empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf rumi
.Salah satunya ialah ejaan di Malaysia dan di Indonesia hendaklah disatukan atau
disamakan.Selain itu , peraturan ejaan perlulah mudah untuk difahami supaya
sistem fonologinya diterima sebagai sistem fonetik yang lebih baik dari
sebelumnya dan satu fonom hendaklah dijelaskan dengan satu tanda huruf
sahaja. Bagi cara pengejaan , ia perlulah tetap sekata bersandarkan kaedah yang
satu dan secaman.Akhir sekali , kata-kata dari bahasa -bahasa asing hendaklah
disusunkan pengejaannya dengan hukum-hukum berdasarkan fonologi Melayu.
PERKEMBANGAN SISTEM
EJAAN RUMI PASCA
MERDEKA
SIstem ejaan rumi Sistem ejaan Sistem Ejaan Rumi
Persekutuan Malaysia Indonesia Bahasa Melayu
1972
Bahasa Melayu (Ejaan Malindo )
Universiti Malaya
SISTEM EJAAN RUMI
PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU
UNIVERSITI MALAYA (PBMUM)
Sistem Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) telah
diterbitkan oleh PBMUM pada tahun 1959 di dalam Kongres Persuratan dan Bahasa
Melayu Ketiga serta digunakan dalam Jurnal Bahasa.Sistem ejaan ini hampir sama
dengan sistem ejaan rumi Fajar Asia .Ia dilihat sebagai suatu insiatif dalam usaha ke
arah penyatuan ejaan rumi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.Terdapat beberapa
cadangan yang diutarakan oleh ahli bahasa dalam PBMUM.Antaranya ialah sistem
ejaan ini menolak penggunaan huruf-huruf kembar atau rangkap konsonan
contohnya seperti ch digantikan dengan c dan sh digantikan x.Di samping itu , ejaan
Malaya hendaklah disatukan dengan ejaan Indonesia dan dipisahkan dengan
penggunaan pun termasuk yang membawa maksud 'juga' atau sebaliknya.Akhir
sekali ,tidak ada perbezaan antara fonem 'ain' dan fonem 'hamzah'
SISTEM EJAAN MALAYSIA-INDONESIA
(MALINDO)
Berlakunya pembaharuan yang agak radikal oleh ahli-ahli bahasa Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu Ketiga sehingga mendapat perhatian pihak kerajaan.Maka sebuah
jawatankuasa ditubuhkan bagi menghalusi Ejaan Kongres berkaitan Ejaan Rumi seterusnya
menghubungi wakil Indonesia untuk penyelarasan.Satu perjanjian Persahabatan di antara
Republik Indonesia dan Persekutuan Tanah Melayu tercapai pada tahun 1959.
1.Rundingan pertama diketua oleh Dr. Syed Nasir dan Dr.
Slametmulajana.Mereka berjaya mewujudkan sistem ejaan
Malindo pada pertemuan pertama mereka.Sistem ejaan ini tidak
diteruskan ekoran dari konfrontasi dari kedua-dua negara.
2.Rundingan kedua diadakan setelah tamat pergolakan politik dan sistem ejaan
Malindo dikaji semula untuk diperbaiki.Wakil Indonesia iaitu Kolonel Wahju
Sukatno telah datang bagi menjalankan lawatan beliau ke Dewan Bahasa dan
Pustaka pada September 1966. Indonesia menyarankan agar sistem ejaan
Malindo diselaraskan di negara masing-masing di samping menyelaraskan
istilah -istilah bahasa Melayu dan bahasa Indonesia .Maka dengan itu ,
sebuah kata kerja yang berkait dengan sistem ejaan Malindo diwujudkan dan
seterusnya beberapa rundingan telah disusun atur semula sehingga
memerlukan penglibatan pihak lain.Hasil daripada rundingan , kesemua pihak
bersetuju untuk melaksanakan asas yang telah dibuat oleh para ahli bahasa
dari kedua-dua negara .Kemuncak pada sistem ejaan Rumi ini ialah
penyelarasan serta pelaksanaan bagi Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu
dan bahasa Indonesia diguna pakai sehingga ke hari ini.
SISTEM EJAAN RUMI BAHASA
MELAYU 1972
Sistem ejaan ini merupakan kemuncak kepada semua kegiatan dalam sistem ejaan
rumi.Ia mempunyai persamaan dengan sistem ejaan rumi Malindo dan telah
dilancarkan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein,Perdana Menteri
Malaysia yang bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka.Hal ini dilihat mempunyai
perkaitan dengan aspek jalinan kerjasama antara dua buah negara. Namun berlaku
konfrontasi antara dua buah negara ini menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan.
Berikutan dengan itu , satu sistem ejaan baru telah diperkenalkan iaitu Sistem
Ejaan Rumi Baharu .Sistem ini dilancarkan serentak di kedua-dua buah negara ,
Malaysia dan Indonesia serta digunakan hingga kini.Sistem ini dipersetujui
bersama oleh kerajaan Maaysia dan Republik Indonesia.
ENAM CIRI UTAMA SISTEM EJAAN RUMI BAHARU
1972
Huruf yang ada dalam bahasa Melayu ialah huruf konsonan,vokal
serta huruf diftong
Sistem ejaan ini mengambil berat berkaitan dengan penggunaan
huruf besar dan huruf kecil
Wujud keselarasan dalam huruf vokal
Penggunaan tanda baca di dalam ayat
Terdapat penulisan kata bahasa Melayu seperti penulisan rangkai
kata
Penulisan partikel seperti lah , kah dan tah dieja berangkai dengan
perkataan yang ada dihadapannya
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM
MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI
Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan atau juga dikenali sebagai Balai Pustaka
mula ditubuhkan pada 22 Jun 1956.Jabatan ini ditubuhkan bertujuan untuk
menggerak dan memartabatkan bahasa kebangsaan , bahasa rasmi dan bahasa
ilmu.Dalam menyeragamakan sistem ejaan rumi , DBP diberikan peranan utama
bagi memastikan usaha ini dapat dijalankan dengan lebih efektif dan
progresif.Antara usaha yang dilakukan oleh pihak ini dalam menyeragamkan sistem
ejaan rumi ialah DBP bertanggungjawab menerbitkan ,mencetak atau membantu
usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk
persuratan dalam bahasa kebangsaan.Hal ini kerana , DBP juga merupakan salah
sebuah organisasi percetakan terbesar di Malaysia.DBP juga bergiat aktif dalam
usaha untuk mencetak dan menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah seperti
buku teks dan buku rujukan ilmiah termasuklah sekolah rendah dan sekolah
menengah.Di samping itu ,mereka menggalakkan penggunaan bahasa yang tepat
tidak kira di media sosial mahu pun perbualan nyata dengan cara memeriksa ejaan
dan penggunaan kata dalam setiap karya yang diterbitkan.
Dalam pada itu , mereka bertanggungjawab membetulkan kesalahan ejaan di papan-
papan tanda dan poster yang ada di sepanjang jalan.Dalam usaha menyeragamkan
sistem ejaan rumi , DBP berperanan membakukan perkataan -perkataan dan sebutan
yang sesuai dalam bahasa kebangsaan .Ia dilaksanaka melalui dasar bahasa yang
menerapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah , sekolah
menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi.DBP menubuhkan sebuah
jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Istilah (JKI) .Peranan mereka adalah
untuk mengumpul, membentuk , dan mengembangkan istilah dan ejaan bahasa Melayu
dalam bidang sains dan sains gunaan.Seterusnya DBP bergiat aktif dalam menerbitkan
buku -buku kesusasteraan Melayu mahupun dalam bahasa Inggeris dalam ejaan
rumi.Dengan adanya usaha ini , bidang kesusasteraan dan pendidikan dapat
diketengahkan lagi dalam kalangan masyarakat.DBP juga bertindak sebagai medium
penterjemahan karya-karya asing melalui sistem ejaan rumi bahasa Melayu masa
kini.Hal ini membolehkan masyarakat menambah ilmu pengetahuan tanpa sebarang
halangan dari aspek bahasa dan ejaan yang tidak difahami dengan jelas.Oleh itu jelaslah
disini bahawa pihak DBP memainkan peranan utama dalam memastikan sistem ejaan
rumi ini dapat diseragamkan penggunaanya secara menyeluruh.
CABARAN SISTEM
EJAAN RUMI PADA
MASA KINI
Pada masa kini , dapat kita lihat secara jelasnya keruntuhan sistem ejaan rumi bahasa Melayu. Hal
ini berikutan dengan sikap segelintir masyarakat Melayu yang tidak mementingkan bahasa
mereka.Mereka sewenang-wenangnya mencampur adukkan bahasa mereka dengan pelbagai
pengaruh dari sekeliling mereka. Sistem ejaan bahasa Melayu masa kini menghadapi cabaran
yang besar dalam mengekalkan martabat dan kedaulatannya sebagai bahasa kebangsaan;.
Mengapakah terjadi perkara sebegini ? Hasil dari pemerhatian lanjut , rakyat dilihat lebih berminat
bertutur dengan menggunakan bahasa pasar atau juga disebut sebagai bahasa rojak,Malah ,
notis-notis atau risalah-risalah yang diedarkan kepada masyarakat juga turut menggunakan
bahasa Melayu yang tidak tepat dari sudut tatabahasanya dan ejaan.Oleh itu , pihak yang
bertanggungjawab seperti pihak DBP perlulah mengambil insiatif bagi mengatasi masalah ini
daripada berterusan dengan lebih lama sehingga turun ke generasi akan datang.Kita tidak
seharusnya membiarkan golongan pengkarya yang tidak profesional dalam penulisan mereka
bermaharajalela mencemari bahasa kita.Selain daripda itu , perkembangan sains dan teknologi
juga adalah sebuah cabaran kepada sistem ejaan rumi bahasa Melayu. Masyarakat lebih gemar
berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan aplikasi dan ruang siber yang ada .
Walaubagaimana pun , penggunaan bahasa di dalam media sosial dilihat lebih tragis.
Malah sesetengah daripada mereka mewujudkan perkataan yang kadang kala tidak membawa
apa-apa makna yang baik. Dalam perbualan secara atas talian , penyingkatan perkataan juga
dinormalisasikan .Sebagai contoh, mereka mengungkapkan fikir sebagai 'pk' dan tidak sebagai 'x'
.Perkara ini menjadi lebih serius kerana tidak ada sebarang tindakan daripada pihak yang
bertanggungjawab bagi membendung isu ini.Dalam insiatif menjaga kedaulatan sistem ejaan
rumi dan bahasa kita , pengguna media sosial sendiri seperti Whatsapp , Facebook , Tiktok dan
sebagainya perlulah menerapkan rasa cinta dan sayang kepada bahasa mereka sendiri.Keaslian
bahasa Melayu kian tergugat jika isu ini dibiarkan dalam tempoh masa yang lama.
KESIMPULAN
Sistem ejaan rumi telah melalui pelbagai perubahan dalam mencapai
standard yang menepati kesemua kriteria. Perjuangan tokoh-tokoh
bahasa terdahulu serta pada masa kini telah mewujudkan sistem ejaan
rumi yang terguna pakai sehingga ke hari ini.Walau bagaimana pun ,
sikap segelintir masyarakat Melayu perlulah diubah bagi memastikan
keluhuran dan keharmonian sistem ejaan rumi dalam bahasa Melayu
dikekalkan hingga ke masa hadapan.Oleh itu , semua pihak
seharusanya bekerjasama dalam memartabatkan sistem ejaan rumi
agar tidak ditelan zaman .
RUJUKAN
Asmah Haji Omar ( 2009) . Nahu Melayu mutakhir. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syamsul Aizuwani Nawi , Suhasni Dollah & Zurihan Yusoff (2020). Sejarah perkembangan bahasa Melayu . Global Medistreet
sdn .bhd.
Norhafiza Alias ( 2016). Perbandingan sistem ejaan Jawi dalam surat sultan Zainal Abidin III dengan sistem ejaan Wilkinson ,Za'ba
dan baharu. Universiti Putra Malaya.
Siti Hajar Abdul Aziz ( 2011).Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar.
Nurlidyawati Jasmin (2017). Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi. Scribd.
Mohd Naim Daipi ( (1991). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu: Bahagian II.Jurnal bahasa.
Muhammad Ariff bin Ahmad (1987) . Ejaan rumi bahasa Melayu sehingga ejaan Za'ba. Universiti Teknologi Nanyang.
Muhammad Ariff Ahmad. (1994). Ejaan rumi bahasa Melayu. In Pesan: Kumpulan makalah sempena Bulan Bahasa 1993
.Jawatankuasa Bulan Bahasa.
SEKIAN TERIMA
KASIH